KUIH BUAH MELAKA ( ONDE - ONDE )
Sedapnya ! |
BAHAN - BAHAN
1. Gula Melaka ( potong kecil - kecil dalam bentuk apa - apa ja tak kisah asalkan gula tu nanti tak cair dekat dalam periuk nanti )
2. Tiga helai daun pandan kalau nak guna pewarna pun boleh juga tapi iqa lebih prefer guna daun pandan
3. Tepung Pulut ikut korang punya suka ok ^ _ ^ "
4. Air jangan di letak banyak - banyak tu air nanti nda sadap
5. Kelapa muda ( yang sudah diparut )
6. Sedikit garam
1. Gaulkan tepung pulut dan sedikit garam.
2. Daun pandan dipotong kecil - kecil dan kisar daun pandan dan campurkan sedikit air.
3. Tapis air daun pandan tadi dan campurkan dengan tepung pulut tadi.
4. Ambil sedikit doh tadi ( ikut suka la mau besar ambil banyak mau sedikit ambil sedikit ) dan bentukkan bulat dan masukkan gula melaka di tengah.
5. Rebuskan doh tadi di dalam air mendidih. Bila kuih timbul di permukaan tu masak la sudah tu ^ - ^
6. Golek... Golek...Golek kuih buah melaka tu di atas kelapa muda yang telah diletakkan sedikit garam dan boleh la dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA !
Arigatou Gozaimatsu* terima kasih* iqa harap resepi ni boleh bantu korang untuk buat kuih onde-onde tu ^ - ^ lagi satu sebelum makan jangan lupa baca doa ok. Assalamualaikum! Bye bye.
Tq ya utk info..lupe dah bahan2 buat ni.hikhik
BalasPadam