Tumblr Scrollbars

My Friend

Selasa, 23 Disember 2014

Aku Mahu Dia Bahagia ( BAB 6 )





6

AKU senyum nipis tatkala melihat sebuah bangunan yang menyimpan segala kenangan pahit dan manis buat aku. SK Pendang, simpan seribu satu kenangan pahit dan manis. Aku berhenti di bahu jalan lalu turun daripada perut kereta. Aku menarik lalu menghembus nafas sambil bersandar di belakang bonet depan Honda Civic.
“Abang! Tunggu kejap,” aku berlari tercungap–cungap menuju ke arah seorang budak lelaki yang tua setahun dari aku. Laju sangat dia jalan.
“Abang, tunggulah orang. Ni ada hadiah untuk abang. Hari ni birthday abang kan?” Dia mati langkah sebelum menoleh ke belakang seraya aku hulurkan sebuah hadiah kecil kepada dia. Aku renung anak matanya dan... dia nampak macam tengah marah aku aje.
Wei. Mai sini kejap kau ni budak darjah tiga kan?” Seorang budak lelaki bernama Fuad sebaya ‘budak itu’ menepuk bahu aku. Rakannya barangkali.
“Ya, orang baru darjah tiga,” polos aku menjawab dan hadiah masih tak disambut. Aku tak tahu apa salah aku. Sejak dua minggu ni, dia dingin aje dengan aku. Dah tak ada main kahwin–kahwin, dia dah tak nak balik sekolah sama-sama dengan aku. Erti kata lain, dia bukan penjaga aku... lagi.
Bak sini duit kau,” beg sekolahku Fuad tarik kasar. Tiba-tiba aje si Fuad ni tarik macam tu. Isi kandungan beg dia hambur. Berhamburan semua buku-buku. Aku kerut dahi. Aku renung aje muka tiga orang budak lelaki di hadapan aku.
“Janganlah kacau dia!” Suaranya naik satu oktaf. Budak lelaki yang aku kejar sebentar tadi rampas beg aku daripada rakannya.
“Apa kau ni. Biasanya kau yang suka sangat buli budak junior,” dia keluh kasar lalu memungut buku aku yang berhamburan lalu memasukannya ke dalam beg semula. Tanganku dia tarik kasar menuju ke dewan perhimpunan yang kosong.
“Abang… bila kita boleh main sama–sama lagi? Lena nak main…” tubuhku dia tolak kasar membuatkan aku terjatuh. Hadiah yang aku berikan dia baling ke arah aku. Aku ketap bibir sebelum bangkit dari jatuh. Aku tolak dia kasar. Bahunya aku pukul sekuat hati aku. Sakit rasanya diperlakukan sebegitu rupa.
“Aku tak nak kawan dengan kau lagi! Kau jangan dekat dengan aku,” dia naikkan suara ke arah aku yang masih memukul kuat bahunya. Aku ketap bibir sebelum menolak dia kasar sekali lagi.
“Jahat...  abang jahat!” Aku menangis teresak–esak lalu berlari meninggalkan dia. Aku kesat air mata yang mengalir dengan belakang tangan.
“Kau lagi jahat la! Menyesal kawan dengan kau budak kecik. Cengeng. Aku tak nak kawan dengan budak tomboy!” Dia jerit ke arah aku. Aku suka dia dari hari pertama kami bertemu. Dia penjaga aku. Tapi... sampai hati dia tengking aku macam tu tolak hadiah aku mentah–mentah. Bermulalah dari saat itu aku dan dia bagaikan kucing dan anjing. Perasaan suka tu hilang macam tu aje.
“Lena uit, sampai negara mana dah kau mengelamun tu?” Aku sengih kelat sebaik sahaja melihat Marisa bersandar di belakang Honda Civic bersebelahan aku sambil memeluk tubuh.
“Parah kau ni memang tak boleh balik kampung. Dua kali dah kau mengelamun. Ingat someone ke?” Aku cebik lalu tolak kasar tubuh Marisa.
“Tak adalah. Saje... terkenangkan masa lalu.”
“Eleh... kau ingat sape ha?”
Diam.
TAK pitam aje aku tengok perkarangan rumah teres dua tingkat kita orang ni. Bukan macam orang bertunang tapi kahwin. Aku senyum nipis sebelum saling berpandangan dengan Marisa. Marisa kecilkan anak matanya. Bermulalah tugasnya untuk menyakat aku sekali lagi.
“Habislah kau. Kahwin. Kompang dipalu pengantin baru duduk bersanding tersipu... oh pocot kahwin kompang malu,” aku gelak besar bila Marisa melatah di hadapan aku. Padan muka, sakat aku aje kerja dia.
“Aku nampak toyol comel tadi. Eh mana dia? Anak buah kau ek?” Aku toleh ke belakang lalu tersenyum manis. Pintu kereta aku buka lantas tubuh Alisha aku geletek. Terkekek–kekek dia ketawa. Marisa berlari anak ke arah kami berdua sebelum membantu aku menggeletek tubuh Alisha. Comel aje anak kak ngah ni. Baru berusia lima tahun.
“Mak Su nak kahwin yeah! Dapat baby.” Alisha yang memeluk patung beruang coklatnya terloncat–loncat. Marisa ketawa besar. Suka la tu anak buah aku cakap macam tu.
“Yeah! Kita dapat baby... erk siapa nama?” Huh Marisa ni, kanak-kanak ribena betul.
“Isha. Nama panjang Alisha Erdina Alexandar,” aku usap lembut kepala anak buah aku yang berkacukan Scotland dan Melayu. Bijak pandai. Anak matanya berwarna biru diwarisi daripada arwah papanya yang meninggal dunia disebabkan kemalangan.
Aku dan Marisa memimpin tangan Alisha masuk ke dalam dapur. Riuh sangat aku tengok. Rupanya dia orang ada dekat dapur dan sebahagian lagi ada dekat bilik tetamu. Suasana kelihatan begitu meriah dengan sanak saudara aku yang datang dari jauh. Aku cari kelibat mama tapi tak  kelihatan. Nek ngah, kakak arwah opah bangkit dari duduk lalu mendapatkan kami.
“Besar dah cucu nek ngah ni,” aku berdeham sebaik sahaja melihat nek ngah memeluk erat tubuh Marisa.
“Nek ngah... ni Marisa kawan Lena. Ni Lena.” Marisa sudah tertawa kecil. Aku memeluk erat tubuh nek ngah sebelum bersalaman dengan sanak saudara yang lain. Pelik juga, aku bertunang aje kot belum kahwin lagi tapi persiapan banyak sangat.
Aku lihat papa bersama adik beradiknya serta sanak saudara lelaki berada di belakang rumah sedang memasang kanopi. Tadi dekat depan, aku lihat kanopi dihias begitu cantik macam nak sambut orang kahwin aje. Apa semua ni.
Aku memberi salam dan salam aku serentak mereka sambut. “Baru nak balik kamu ni kan.  Aik Risa pun ada?”Aku kucup lembut tangan papa lalu memeluknya erat. Anak bapa betul aku ni. Aku hanya sengih kelat lalu duduk di atas bangku yang kosong.
Wei Lena! Tahniah. Kejap lagi nak kahwin,” terbatuk–batuk aku dengan kata–kata lelaki-lelaki dekat belakang ni.
“Kahwin lama lagi kot. Ala saya nak tunang dulu,” riak wajah mereka berubah. Pelik kot dengan kenyataan itu. Tapi itu yang aku rancang.
“Hahaha dia melawak aje tu abang, pakcik. Lena, masuklah tak baik bakal pengantin bercampur dengan kaum lelaki. Hilang seri nanti,” abang long tarik kasar tangan aku menuju ke ruang tamu. Marisa dan Alisha  tercungap–cungap mengejar aku dari belakang. Aku baru balik dia dah nak marah. Memang panas baran betul.
“Kamu tak berubah lagi ke Lena? Berapa kali abang pesan jangan campur dengan kaum lelaki. Kamu tu perempuan. Dah nak jadi bini orang dah. Kita orang dah rancang perkahwinan kamu akan berlangsung…” bebelan abang long mati tatkala mama muncul dari luar. Abang long mendengus kasar lalu berlalu pergi dari situ. Aku dengan abang long memang tak kamceng. Dari kecik sampai besar memang tak sehaluan.
“Lena. Mama pergi rumah ibu mertua to be kamu tadi. Marisa pun ada? Ha elok sangat la tu,” mama memeluk aku erat. Aku dah kebil–kebil sebaik mendengar perkataan ‘ibu mertua.’ Apa dah jadi dengan orang dekat rumah ni? Aku lama lagi lah nak kahwin, baru bertunang aje kot tapi suasana macam nak kahwin.
Marisa menyalami tangan mama sebelum keluar daripada rumah meninggalkan aku dan mama. Tahu aje dia, hati aku tengah gusar.
            “Mama, Lena masuk bilik dulu ye. Penat,” mama sekadar mengangguk. Sebenarnya, rasa ingin tahu aku begitu membuak–buak. Aku nak penjelasan tapi aku dah penat. Aku koyak senyum nipis sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik yang dah lama aku tinggalkan. Rindunya aku bilik ni. Tas tangan aku letak di atas meja studi yang tersusun kemas sebelum melabuhkan punggung duduk di birai katil.
Aku renung wajahku yang terbias dari cermin di hadapan. Aku dah nak kahwin. Sedia ke aku dengan semua ni? Aku kerling jam tangan dan jam menunjukkan angka 5 petang. Aku hempas tubuh di atas katil lalu merenung siling putih dengan kipas yang ligat berputar.
“Saya tak nak apa-apa jadi kat awak. Kesian husband to be awak nanti if something happened to you. Dia nak kahwin dengan sape?
Anak Doktor Amran punya ayat tempoh hari... macam bagi persoalan kat aku. Ya persoalan. Macam mana keluarga dia orang tahu aku nak kahwin ek? Dahlah aku ni... rasa macam tersuka dekat anak dia tu. Tepis Elena... tepis. Kau dah nak kahwin dengan orang lain. Lagipun... anak dia tu dah berpunya.
TINGKAP lipat aku tolak ke kiri dan ke kanan membuatkan angin kuat menyerbu bilik tidurku. Aku berdiri statik di hadapan tingkap. Tenang aje cuaca pagi-pagi macam ni. Namun tenangnya cuaca tu tak setenang hati aku. Tiga hari aje lagi aku sah bergelar tunang kepada seorang lelaki yang aku tak kenal. Sedia ke aku? Entah aku pun tak tahu. Tunang aje kot bukannya nikah. Huh.
Pintu diketuk bertalu–talu membuatkan lamunan aku mati. Potong stim aje. Aku pulas tombol pintu dan mama sudah berdiri statik di hadapan aku. “Mama?” Riak wajah mama tampak sugul. Macam bersalah pun ada juga. Apa lagi yang tak kena ni?
“Mama nak cakap sesuatu… boleh mama masuk?” Aku gelak kecil dengan soalan mama lalu menarik lembut tangan mama duduk di birai katil sejurus sahaja aku menutup pintu bilik.
Mama renung wajah aku, buat aku rasa lain macam. Mama ni jarang sangat renung aku macam ni kecuali ada benda yang sangat penting bagi dia. “Kenapa ni mama? Ada apa–apa yang jadi ke?” Mama koyak senyum manis sebelum mengusap lembut pipi aku.
“Dah besar anak mama ni kan,” aku sekadar tersengih kelat.
“Mama nak cakap pasal kamu,” mama meletakkan tangan kanannya di atas paha aku.
Tangan mama aku genggam, erat.
“Cakaplah ma, orang dengar aje.”
Rambutku yang mengurai panjang mama usap. Dah... mama dah manja-manjakan aku.
“Kita orang dah bincang semuanya Lena. Dalam dua minggu lagi… bakal suami kamu nak langsungkan perkahwinan kau orang. Dia rancang… dua minggu dari sekarang. Kamu jugak kan yang nak mama uruskan. Kamu ok tak ni?” Aku tunduk merenung tangan mama. Rasa dada aku dah berombak dengan kenyataan itu.
Apakah? Deserve it Elena Husna! Semua benda kau anggap tak penting.
Macam baru kena hempap dengan batu.
Tapi... hati aku.
Hati aku sebenarnya... suka dekat ‘dia’ tu. Tapi dalam istikharah aku...
“Lena…” mama leretkan suara.
“Ye Lena tahu Lena yang nak mama uruskan tapi kenapa mama tak tanya Lena? Ni hal masa depan Lenalah mama,” suara aku dah kendur. Sebak kot. Siapalah orang tu kan suka suki dia aje nak rancang tarikh perkahwinan kita orang dah tu tak bincang dengan aku pun.
“Kamu tak yakin dia jodoh kamu?” Aku lantas menggeleng kepala sebelum menghempaskan tubuh baring di atas riba mama.
“Yakin... cuma tak terlalu awal ke nak kahwin? Tak sampai sebulan bertunang terus aje kahwin. Patutlah Lena tengok suasana rumah ni macam bukan orang bertunang aje. Macam dah majlis kahwin tapi memang untuk majlis kahwin... kan?” Aku keluh kasar dan mata aku dan mama saling bertaut.
“Benda baik ni tak usah dilambatkan sayang. Lagipun kamu dah ada kerja, dah ada pendapatan sendiri. Ye semua tu untuk akad nikah nanti. Takpelah Lena. Kamu marah?” Mama elus lembut juntaian rambut depanku .
 “Taklah. Tak ada gunanya nak marah. Salah Lena juga tak anggap benda ni penting. Asyik suruh mama ngan someone tu uruskan,” sengaja aku tekankan perkataan someone tu buat mama tergelak kecil.
Suasana sepi. Aku pejam mata dan aku tak tahu apa perasaan aku setelah aku mengetahui yang dua minggu aje lagi aku jadi isteri orang. Isteri orang kot.
“Kamu tak nak tengok gambar dia? Kemarin umi dia ada bagi mama gambar budak tu tau,” aku geleng lalu bangkit dari baring. Aku melangkahkan kaki menuju ke meja solek sebelum menyambar sikat dan getah rambut dan kembali duduk di  birai katil bersebelahan mama. Aku nak bermanja sekejap dengan mama, suruh dia ikat rambut aku yang macam pontianak dah ni.
“Kenapa tak nak tengok? Takut… jatuh cinta?” Aku duduk membelakangi mama dan mama dah menyikat rambut paras pinggangku.
Aku gelak kecil dan entah mengapa wajah ‘dia’ tu yang terbayang di minda aku. Parah dah... memang parah! “Apalah mama ni. Tak salah pun kan jatuh cinta dengan suami sendiri.”
“Eleh malu la tu... kan? Akak dah tengok dik serius segak,” kak ngah tiba–tiba aje  muncul, dah tu tak ketuk pintu pun nak masuk.
“Buat pe nak malu?” Kak ngah cubit tangan aku buat aku menyeringai kesakitan dengan cubitan ketamnya itu. Perit kot. Sian tangan.
            “Dahlah mama nak keluar. Ni Lena, ape ni bakal pengantin duk mengelamun dalam bilik aje. Baik kamu tolong apa yang patut dekat luar tu. Dia orang duk cari mana bakal pengantin pompuan ni tak muncul–muncul,” aku tayang sengih kelat sebelum mama dan kak ngah berganjak keluar daripada bilik.
            Suasana kembali senyap.
Padan muka aku suka sangat cakap tak penting. Nak tak nak aku memang akan jadi isteri orang dalam masa dua minggu aje lagi. Awal kan? Memang awal sangat.
So... aku kena lupa tentang anak Doktor Amran yang dah korbankan nyawa untuk aku. Tapi... hati aku. Aku suka dekat dia. Suka sangat-sangat. Aku terhutang budi aje... ye terhutang budi.
Tepis... dia bukan ajnabi.
Aku kembali merenung ke luar jendela melihat kesibukan orang yang berada di perkarangan luar rumah. Sadis rasanya. Sakit rasanya hati aku bila ‘si dia’ langsung tak rancang hal perkahwinan kami dengan aku. Apa dia anggap aku ni anak patung yang tak ada perasaan ke?
 Salah aku sebenarnya. Ya memang salah aku. Semua benda yang berlaku dekat aku, aku anggap tak penting dan sekarang kenapa rasa menyesal tu baru nak terbit dalam hati aku? Sudah terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan sesal kemudiaan tiada gunanya. Peribahasa nasi sudah menjadi bubur pun sesuai juga dengan keadaan aku.
Angin sepoi–sepoi yang tenang membuatkan rambut ikal mayangku beralun menutup mata kiriku. Aku menyebak rambut ke belakang lalu mengeluh kasar melihat suasana di luar perkarangan rumah dari tingkap atas bilik aku. Meriah sangat. Ada riak wajah bahagia tergambar di wajah mereka masing–masing. Orang lelaki aku lihat sibuk menyusun kerusi dan meja makan beradab manakala orang perempuan pula menyarung universal banquet di kerusi.
Ada bunga plastik diletakkan di tengah meja beradab bagi mencantikkan meja. Ini majlis untuk aku dan dia.  Aku pula dah tiga hari berkurung dalam bilik. Macam berkabung aje lagaknya. Marisa pula yang sibuk membantu kaum wanita di dapur.
            Tudung bawal plain berwarna peach aku ambil daripada almari baju lalu aku pinkan di bawah dagu. Senyuman manis aku ukir walaupun terpaksa sebelum keluar daripada bilik. Dari luar bilik, kedengaran suara keriuhan kanak–kanak bermain dan  kaum wanita yang sedang membincangkan sesuatu.
Sebaik sahaja aku menuruni anak tangga yang terakhir, aku lihat semua mata–mata dah tertancap ke arah aku. Senyap pulak. Dah tu... cara dia orang pandang aku macam pandangan hina sangat. Aku ketap bibir. Geram kot tengok orang pandang aku macam aku ni ada buat kesalahan besar. Sesetengah daripada mereka mulai berbisik–bisik. Aku masih dengan senyuman manis meskipun senyuman itu mulai tawar menuju ke arah mereka yang sedang menghias bunga pahar.
Aku menyalami tangan mereka meskipun hati aku mulai terusik dengan wajah selamba mereka itu. Macam tak suka aku aje gamaknya.
            “Kamu ke yang nak kahwin? Bukan kamu ke yang paling brutal dekat kampung dulu?”  Sentap. Aku senyum kelat dengan soalan seorang makcik yang aku lihat sebaya dengan mama. Seorang gadis muda yang aku anggarkan sebaya dengan aku menampar lembut lengan wanita itu. Ibunya barangkali. Aku masih berdiri statik di hadapan mereka yang sedang duduk.
            “Ye saya yang nak kahwin tu dan sayalah budak brutal yang selalu gaduh dengan anak makcik ni,” baru aku teringat gadis tu. Perempuan gedik yang tergilakan si pembuli itu. Ya si pembuli, itulah gelaran yang aku selalu guna untuk budak lelaki yang bagai anjing dengan kucing kat aku. Dia selalu aje cari pasal dengan geng aku lepastu aku pulak yang kena oleh mak dia.
Kejam sungguh!
            “Oh kamu. Rasa macam tak sesuai aje dengan calon…” mama muncul dari belakang membuatkan kata–kata makcik tadi mati. Walaupun ayat dia terhenti sampai dekat calon, kenapa hati aku sakit? Rasa macam tak layak untuk ‘si dia’. Sensitif!
            Mama hanya senyum kelat ke arah makcik tadi lalu menarik lembut tangan aku menuju ke dapur. Mama renung aku buat seketika. Pelik betul renungan mama, macam renungan simpati. “Lena... jangan pedulikan apa yang dia orang kata. Kamu…”
            “Kamu Elena kan? Tolong Mak Leha kejap nak,” kata–kata mama terhenti sebaik sahaja Mak Leha, rakan baik mama meminta bantuan aku. Aku mengekori Mak Leha dari belakang.
            “Tolong angkat kotak ni dekat luar. Meh kita angkat sama–sama,” aku hanya mengangguk lalu mengangkat kotak besar berwarna coklat tersebut bersama dia.
            “Ada apa dalam kotak ni Mak Leha?” Soalku sebelum meletakkan kotak tersebut di atas meja di luar rumah.
            “Bunga telur dengan ada lagi cenderahati untuk tetamu nanti. Kamu free nanti tolong-tolonglah hias. Baik kamu buat air untuk pakcik ngan makcik kamu dekat bawah kanopi tu, dari tadi tak habis–habis kerja dia orang,” aku menurut lalu menuju ke arah dapur.
            Jag besar berwarna biru aku keluarkan daripada almari sebelum mencuci jag tersebut. Air panas dan air sejuk aku tuang ke dalam jag sebelum meletakkan susu manis dan kopi ke dalam jag. Aku bancuh kopi tersebut lalu menatang dulang menuju ke luar rumah. Aku letakkan air tersebut di atas sebuah meja bulat yang dipenuhi dengan kuih muih yang bertutup.
            “Jemput minum semua,” ujarku lalu duduk di atas buaian besi bersebelahan pintu rumah.
            “Manisnya air kamu ni,” aku sengih kelat. Seronok kot kena puji.
            “Dah nak kahwin memanglah manis. Tak gitu Lena?” Dia orang ni lebih–lebih sangat puji aku. Kembang kempis hidung aku.
            Mereka kembali menyambung kerja yang terbengkalai sebentar tadi. Aku alihkan pandangan ke arah perkarangan rumah. Semakin ramai orang yang masuk dan keluar daripada perkarangan rumah.
            Meriah... sungguh meriah.
“Lama tak jumpa. Aku rasa kau tak layak kot nak kahwin. Mampu ke suami kau bertahan dengan sikap brutal kau tu?” Ayat pedas menusuk gegendang telinga aku. Aku kerling wajah yang memberikan ayat pedas tadi. Aku senyum hambar. Gadis sebaya aku tadi. Sentap kot dahlah aku ni jenis yang sensitif. Masih tak berubah suka sangat sakitkan hati orang lain. Aku hanya diam membisu. Malas nak bertekak.
            “Kenapa kau diam? Tengah fikir soalan aku? Tapi memang kenyataan, kau tak layak semua ni. Lagi–lagi dengan bakal suami kau tu. Hey kau kenal dak bakal suami kau tu? Hergh?” Shira tolak kasar bahu aku. Sewel ke apa perempuan ni? Meluat! Senyuman aku mati. Aku renung tajam wajahnya. Aku tarik dan hembus nafas perlahan. Tenang, aku harus tenang.
“Aku malas nak gaduh dengan kau Shira. Cukuplah dulu aku selalu kena rotan, kena marah oleh mama aku sebab kau. Kena caci maki oleh mak kau tu. Semua tu bukan salah aku kot,” dia gelak sinis. Kalau nak diingatkan balik memang sakit hati aku mengenangkan peristiwa tatkala aku bergaduh dengan dia dulu. Kaki aku berbirat sebab kena rotan dan semua tu sebab dialah. Tuduh aku yang bukan–bukan.Yelah mentang–mentang aku kasar dia tuduh pulak aku bukan-bukan siap bagi bukti palsu.
“Kau masih ingat? Huh kesian kau kan. Tapi puas hati aku. Aku tak suka kau sampai sekarang. Bakal suami kau tu buta kot... banyak–banyak pompuan kenapalah dia pilih perempuan brutal macam kau ni kan? Yang kau ni memandai setuju kenapa? Kau tahu tak dah lama aku suka bakal…” kata–kata Shira mati sebaik sahaja Marisa menolak tubuhnya kasar sehingga dia tersembam jatuh di atas tanah yang dipenuhi lumpur.
 “Kau! Berhambus! Kau jangan nak hina kawan aku. Tak sedar diri dahlah muka plastik. Berhambus cepat sebelum aku sepak kau habis-habisan!” Jerkah Marisa lalu mengugut Shira. Muka plastik? Huh memang muka plastik. Make up dia bukan main tebal. Shira bangkit dari jatuhnya lalu melangkahkan kaki keluar dari perkarangan rumah.
            Tahu takut.
“Kenapa kau tak suka aku Shira? Aku ada salah apa dengan kau?” Soalan aku membuatkan langkah Shira mati. Soalan yang dah lama ingin aku ajukan.
Dia menoleh ke belakang menghadap aku yang sudah statik berdiri bersebelahan Marisa di muka pintu lalu tersenyum sinis. “Sebab aku tak suka budak brutal dan bajet baik macam kau! Sebab kau ambil dia dari aku.”
Jari telunjuknya dihalakan ke arah Marisa yang berada di sebelah aku. “Dan kau memang brutal macam perampas ni!” Aku perampas? Sebak pulak hati aku bila orang gelar aku perampas. Aku senyum kelat menghantar pemergiannya.
Wei giler lah kau buat dia macam tu. Lawak aje aku tengok muka dia hahaha,” aku buat–buat gelak. Marisa pandang aku dengan pandangan serius.
“Kau ni... ok ke? Gelak pula. Dia hina kau depan aku kot. Siap kata kau perampas. Giler tol perempuan tu,” aku senyum hambar.
“Ok lah. Entah dia memang tak suka aku dari kecik. Memanglah dia kata aku perampas,” siapa entah lelaki yang dia suka yang nak kahwin dengan aku tu. Dia aje yang tak boleh terima takdir.
“Aku tahu kau sentap Lena. Kau tu orangnya sensitif,” aku mengeluh kasar. Memang aku dah sentap. Aku tak ada salah tup tup kena serang ngan Shira.
“Suka hati dialah malas nak layan buat aku naik darah aje. Dahlah malas nak fikir aku nak jalan–jalan sat. Kau nak ikut ke?” Marisa mengangguk laju. Kalau hal jalan memang dia nombor satu. Alisha berlari–lari anak memeluk patung beruangnya sambil membawa layang– layang diekori kak ngah ke arah aku. Tahulah aku apa mahunya dua beranak ini.
“Macam biasalah dik. Kak ngah busy sat tak boleh bawa dia main–main. Nanti merengek pulak dia tu. Boleh kan?” Aku angguk laju lalu mengusap lembut kepala Alisha. Terkekek–kekek dia ketawa, suka la tu aku lembut dengan dia. Aku dan Marissa melangkahkan kaki menuju ke sawah padi arwah opah sambil memimpin tangan Alisha.





2 ulasan:

  1. Kak..best nye..manja lah yg "kita2" tuh..Hahhaha..btw..Sye minat gile lah..please sambung cept2 eh..Hehehe

    BalasPadam
  2. hahaha thanks sudi baca ^_^ minat gile ? smbglah ni haha harap boleh siap sblm buka skolah...

    BalasPadam

Ask Me