Tumblr Scrollbars

My Friend

Ahad, 5 Mei 2013

Cerpen Mengapai Langit Biru

Assalamualaikum ! Watashi no burogu e yōkoso ! *selamat datang ke blog iqa* maaf korang iqa memang suka sangat dengan bahasa japan ni ^ _ ^ Kali ni iqa nak kongsi dengan korang cerpen yang iqa dah buat ni first cerpen in my life yang iqa pernah buat tak sangka pula iqa yang iqa sebenarnya ada bakat terpendam hihi. Cerpen ni iqa buat sempena minggu bahasa kat sekolah iqa. Cikgu Bahasa Malaysia iqa dah baca keseluruhan cerpen iqa ni dia kata " bagus jalan cerita cerpen kamu boleh bawa pergi dewan bahasa dan pustaka cuma mesti ada bab2 kecil sebab cerpen ni panjang" tak silap iqa dua kali dia cakap pasal nak bawa cerpen ni pergi dewan bahasa dan pustaka hihi last dia cakap dia nak hantar pergi dewan bahasa dan pustaka dia suruh iqa perbaiki cerpen ni dan buat semula. FUHH! Ok dah banyak dah yang iqa bebelkan kat intro ni harap korang enjoy cerpen iqa ni and jangan lupa bagi komen ^ _ ^ iqa harap2 sangat korang boleh bagi komen negatif or positif iqa akan terima sebab iqa nak juga tau apa kekurangan dan kelebihan cerpen ni .

                                         
                                                MENGAPAI   LANGIT   BIRU

       Waalaikumsalam !” Nur Hanika menjawab panggilan telefon daripada ibunya zaiton yang dari pagi tadi hanya menelefonnya seharian untuk bertanyakan keberadaanya menuju ke kampung halamannya di Perlis. Maklumlah hanya Nur Hanika seorang sahaja anak perempuannya. “ Mak jangan risaulah dengan keadaan ika sejam lagi sampai la ika ke sana . Ringkas sahaja jawapan Nur Hanika hanya perkataan itu sahaja yang dapat dikeluarkan daripada mulutnya. “ Mak bukan apa ika mak cuma risau keadaan ika dekat sana tu. Betul ke ni ika mak dan ayah tak payah ambil ika kat Jeti Pelabuhan tu ? Kalau ada orang yang ganggu ika pepper spray je guna serbuk cili yang mak buat untuk ika tu tau. Ika dah sarapan belum ni kalau belum pergi sarapan nanti ika gastrik susahkan siapa lagi bukan ke nanti susahkan mak ? Nur Hanika hanya tersenyum dengan pertanyaan ibu nya yang tidak yakin dengan keselamatan anak tersayangnya itu. “Mak ika ok je ni ika tengok macam mak je yg tak ok ? Ika baru je breakfast . Mak sekarang ika tengah baris ni nak masuk kapal mak jangan risau ok kalau ada apa apa ika call mak ok bye assalamualaikum ! Nur Hanika membalas persoalan yang bermain di minda ibunya zaiton yang merisaukan anak perempuannya itu dan segera meletakkan telefonnya sebelum orang tua itu menanyakan soalan yang lebih banyak kepada dia. Ika ! ish budak bertuah ni ! Waalaikumsalam ! Sejurus berada di dalam kapal yang menuju ke kampung halamannya itu Nur Hanika mula mengimbas kembali kehidupan masa lalunya sekaligus kenangan pahit baginya yang pernah dilaluinya pada masa lalu.

        “Tok…Tok…Tok ika bangun ika tak nak pergi sekolah ke dah pukul berapa ni ika ? Kedengaran suara perempuan dalam lingkungan 40 an sedang mengetuk pintu sambil menyuruh anak perempuannya bangun daripada tidur yang lena. Sepanjang Nur Hanika menginjak ke usia belasan tahun tidak pernah lagi ibunya menyuruhnya bangun untuk ke sekolah. Pada kebiasaanya Nur Hanika bangun lebih awal berbanding ibunya untuk menyiapkan sarapan pagi untuk mereka sekeluarga selepas menyiapkan sarapan pagi baru lah dia menunaikan solat subuh sebelum bersiap ke sekolah. “Ye mak ika dah bangun ni dah pukul berapa ni mak ? “ Ika ! Kedengaran suara tegas dari luar pintu bilik Nur Hanika tidak ia dan tidak bukan suara itu suara Badrul ayah kepada Nur Hanika. “ Ika buka pintu ni cepat ! nak berapa kali mak kau suruh bangun ha ! bukan ke hari ni hari pertama ika masuk kat menengah atas ika buat apa semalam sampai tak sedar dah pukul 6.20 pagi ni ! Nur Hanika menutup mulutnya dan perlahan - perlahan membuka tombol pintu biliknya . Nur Hanika hanya tersenyum dan tersengih kepada ayahnya . Ha! tunggu pe lagi tersengih sengih pergi bersiap sekarang juga ikut ayah nak suruh ika jalan kaki alamatnya pukul 7 la baru sampai kat sekolah tu . “ Baiklah ayah yang ku sayangi . Nur Hanika sememangnya seorang yang ceria dalam keluarga tersebut kendatipun mereka hidup dalam serba kekurangan hanya sekadar makan pagi kais petang dan kadangkala mereka hanya makan nasi berlaukan bawang dicampurkan sengan kicap Nur Hanika akan tetap tersenyum . “ Nape tak jahit kasut tu takkan la budak cemerlang dapat 8 A PMR pakai kasut yang koyak koyak ni buat malu je . “ Tanya Badrul . “ Ayah tak pe lah ayah nanti Ika kerja part time dapat lah beli kasut baru ika tak malu pun pakai kasut koyak koyak ni nape pula ayah nak malu. Jawab gadis berkulit putih itu kepada ayahnya. “ Nanti kalau ayah dah gaji ayah beli kasut baru tak payah kerja part time tu nanti pelajaran macam mana . “ Ayah minta duit wan nak beli buku rujukan la tak lama lagi kan wan ambil STPM cepatlah ayah. Ikhwan memotong perbualan ika dan ayahnya. “ Kau tak payah la beli buku rujukan segala tu kau tu bkn nye pergi beli pun kau pergi singgah beli rokok adalah . “ Ala ayah ni kedekut la bagi RM 10 pun nak berkira ke . “ Ayah jom jalan nanti Ika lewat pergi sekolah . Nur Hanika memotong perbicaraan ayah dan abangnya itu dia tidak mahu perbalahan terjadi antara dua orang anak beranak itu . Ikhwan sememangnya anak yang tidak patut dicontohi dia sememangnya anak yang tidak dapat mensyukuri apa yang ada pernah satu hari tu habis semua barang kemas ibunya digadainya semata mata ingin membeli sebuah motorsikal.

           Nur Hanika dan rakannya Rohayu dan Karina sedang menikmati makanan mereka pada waktu rehat Mereka masing masing menceritakan apa yang mereka lakukan sepanjang sebulan mereka bercuti . Lonceng pun berbunyi menandakan proses pembelajaran mulai dilakukan .Pada masa itu subjek yang paling disukainya telah berlangsung iaitu Bahasa Malaysia Nur Hanika sememangnya amat meminati subjek itu . “Selamat Sejahtera cikgu ! bergema seluruh suara pelajar 4 sains dalam kelas itu. “Salam sejahtera semua semua duduk. Kedengaran bunyi kerusi ditarik oleh seorang murid iaitu tidak ia dan tidak bukan Nur Hanika gadis itu semamangnya seorang yang perihatin dia memberi guru tersebut kerusi yang baru kerana kerusi guru tersebut telah dilekatkan dengan gula – gula getah . “ Terima Kasih siapa nama kamu ? Nama saya Nur Hanika kawan kawan panggil saya dengan nama ika je . Guru tersebut hanya tersenyum melihat telatah Nur Hanika . Baiklah murid – murid semua cikgu mahu kamu memperkenalkan diri kamu , wawasan kamu , cita – cita kamu . Tapi sebelum tu cikgu nak perkenalkan diri cikgu dahulu . Nama cikgu Siti Mardiah panggil cikgu diah je . Ok mulakan dengan barisan kat belakang perkenalkan diri kamu. Sememangnya Nur Hanika memang menyukai sesi memperkenalkan diri bukan apa dia sangat suka sesi ini kerana dia dapat meyakinkan dirinya untuk mencapai cita citanya ingin menjadi seorang doktor dengan menyebut matlamatnya . “ Nur Hanika . . . Nur Hanika . Cikgu Diah menyeru nama Nur Hanika yang telah tenggelam dibuai khayalan cita cita . “ Ika Cikgu Diah panggil kau la . Kata Rohayu . Nur Hanika dan Rohayu memang rapat bagai isi dengan kuku apa tidaknya ibubapa mereka juga sangat akrab serta saling tolong menolong. “ Ya saya. Nur Hanika menjawab ringkas . “ Perkenalkan diri kamu . “ Baik cikgu. Nama saya Nur Hanika binti Badrul . Matlamat yang ingin saya capai ialah saya ingin mengubah nasib keluarga saya ingin menjadi seorang doktor agar saya dapat membantu orang yang senasib dengan saya . “ Ok baik bagus matlamat kamu tu . Ok Next . “ Nama saya Rohayu. Matlamat saya ingin menjadi seorang pramugari . Saya ingin mengubah nasib saya dan mencari lelaki kaya yang boleh mengubah nasib saya dan….. “ Ok stop cikgu tak nak dengar lagi matlamat tak penting kamu tu. Nur Hanika hanya tersenyum melihat gelagat rakanya itu Rohayu dari dulu sememangnya ingin menjadi seorang pramugari di samping mencari lelaki kaya.

            “ Selamat petang … selamat petang …. ada orang ka dekat dalam ni? Kedengaran suara seorang lelaki dalam usia 30 an bersama 2 orang lelaki yang berbadan besar memberi salam di luar rumah Nur Hanika yang usang itu . Hampir seminggu mereka mencari Badrul cuma ingin menagih hutang yang telah dipinjam oleh Badrul untuk membayar barang ganti yang telah dicuri oleh Ikhwan . Pintu rumah usang itu mula dibuka dan Nur Hanika yang muncul di dalam rumah itu dan membuka pintu rumah tersebut . “ Ya Selamat Petang oh Mr rupanya Ika sangkakan sapa tadi . “ Ayah kamu mana ? Mak kamu abang kamu mana ? “ Ayah kerja. Mak pergi toreh getah kat ladang Pak Seman . Abang ada kat dalam nape nak Ika panggil ke ? “ Tak payah . Bagitau ayah kau hutang bila nak bayar dah hampir 2 bulan tak bayar bayar hutang . “ Nantilah Mr ayah belum gaji lagi lah ayah tu cuma kerja sebagai pemandu lori je bukannye kerja kerajaan gaji sampai ribu gaji ayah tu sebulan RM 800 je . “ Ah aku tak kisah tu bukan hal aku nak duit aku minggu ni juga kalau tak nahas kau nak ajar aku pula belajar belum habis nak ajar aku . Lintah darat dan 2 orang lelaki yang berbadan besar tersebut pergi dengan meninggalkan amaran kepada ika . Malam itu Nur Hanika seperti biasa setelah mereka sekeluarga selesai menjamu makan malam Nur Hanika membantu ibunya Zaiton membungkus nasi lemak yang akan dijual keesokan harinya. “ Mak….. “ Ya Ika ada apa? “ Tadi kan mak time mak pergi toreh getah ada seorang uncle dalam umur 30 an dan 2 orang laki badan besar tanya pasal ayah. Diorang nak duit diorang balik la mak kata uncle tu siap bagi amaran kat ika lagi mak kalau ayah tak bayar hutang tu . “ Ika mula hari ni mak tak nak kamu sorang sorang kat rumah ni mak tak nak kamu ikut campur dengan hal ayah tu jangan risau pasal ayah boleh bayar punya hutang tu . Kerja Ika sekarang ni cuma satu je study kata nak jadi doktor kan. “ Ya mak Ika akan jaga diri ika baik baik . “ Bagus la kalau cam tu gi tidur esok sekolah . Lagi satu kat sekolah tu nanti jangan nak gatal pula cari boyfriend . “ Mak Ika takkan nak gatal la mak masuk hari ni dah 3 bulan Ika masuk kat menengah atas takde la mak nak couple couple ni . Kata Ika sambil tersenyum. “ Bagus la kalau macam tu. Seperti biasa Nur Hanika mencium tangan ibunya sebelum masuk ke dalam bilik .

                                                                   
    Seperti biasa sebelum ke sekolah Nur Hanika membantu ibunya menjual nasi lemak yang telah dibuat oleh ibunya semalam. Nasi lemak ibunya memang terkenal dengan sambalnya yang pedas ,manis ,masam. Seperti biasa Rohayu dan Karina menunggu kedatangan rakan mereka Nur Hanika . “ Ika ! Seru mereka . “ Lambatnya kau datang buat apa tadi ? “ Macam la tak biasa Ika pergi tolong mak Ika lah tadi apalah korang ni . Mereka bertiga ketawa bersama. Pada pagi itu subjek yang membosankan bagi mereka semua matematik hampir seluruh pelajar kelas 4 sains berasa bosan dengan subjek tersebut melainkan Nur Hanika dia tidak pernah tidak menyukai mana mana subjek . 2 jam kemudian loceng berbunyi menandakan masa rehat . Seperti biasa mereka bertiga hanya makan makanan bekal masing masing . Rohayu tersengih sengih Nur Hanika dan Karina hanya menggeleng kepala 2 hari berturut turut rakan mereka itu hanya tersengih sengih . “ Ayu napa ngan kamu ni tersengih sengih je ade yang tak kena ke dengan kamu ni ? Tanya karina . “ Sebenarnya aku…….. sebenarnya aku…. “ Cis kamu ni sebenarnya aku sebenarnya aku sebenarnya aku apa ? sergah Nur Hanika. “ Sebenarnya aku suka dengan seorang laki ni nama dia…….. Izwan. Rohayu tersenyum . “ Apa! Nur Hanika dan Karina serentak berkata . “ Ish kamu ni biar betul ayu kau minat dgn budak samseng tu ? takde laki lain ke yang kau nak minat . Marah karina kepada Rohayu bagai api yang membara. “ Ish suka hati aku la nak suka dengan sapa . “ Ika jom teman aku jumpa dia . “ …….. Nur Hanika terdiam sejanak. “ Ika … Ina jom lah temankan aku jumpa dia . Setelah menjamu makanan masing masing mereka bertiga pergi menemui Izwan. Setibanya mereka di sana kelibat Izwan langsung tidak kelihatan. “ Ayu jomlah balik kat kelas tak malu ke berdiri kat depan kelas orang ni. Kata karina .“ Izwan. Seru Rohayu. Tiba - tiba Izwan bersama seorang lelaki yang berambut kecoklatan berjalan di hadapan mereka. Mereka bertiga terdiam sejenak. Izwan tiba tiba menghampiri mereka bertiga. “ Hi nama saya Izwan boleh berkenalan kata izwan kepada Nur Hanika. “ Um.. kata Nur Hanika. “ Hi sebenarnya saya yang nak berkenalan dengan kamu. Perbualan mereka berdua dipotong oleh Rohayu. Izwan dan Rohayu saling memperkenalkan diri antara satu sama lain. Nur Hanika mengambil kesempatan tersebut lalu meninggalkan mereka berdua sehingga dia tidak sengaja melanggar seorang lelaki yang berambut kecoklatan. Buku buku yang telah dipegang oleh lelaki itu semuanya bertaburan di atas lantai Nur Hanika dengan segera membantu lelaki tersebut dan meminta maaf kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut hanya berdiam diri. Jantung lelaki tersebut berdegup kencang ketika melihat Nur Hanika.


     Malam Sabtu merupakan malam yang paling terbaik buat ikhwan dia sentiasa mencuri keluar daripada rumah apabila ibubapa nya tidur lena Nur Hanika sudah lama mengetahui kegiatan abangnya itu. Dia tidak memberitahu ibubapanya hanya tidak ingin perbalahan berlaku antara mereka sekeluarga. Baginya menasihati abangnya itu hanya bagai mencurahkan air di daun keladi. Abangnya keluar daripada rumah usang tersebut hanya kerana menginginkan kebebasan dari kongkongan ibubapa nya . “ Assalamualaikum Ika. “ Waalaikumsalam eh ayu naiklah. Nak air biar aku buat. “ Tak payah susah susah aku nak cakap dengan kau sikit je ni . “ Um cakap pasal apa? “ Pasal kawan Izwan tu budak rambut coklat tu kau ada langgar dia kan hari tu. “ Ada napa? Aku takut lah dengan budak tu aku ade minta maaf kat dia buat tak tau je nanti dia balas dendam dengan aku macam mana ayu? “ Ala kau tak payah risau la nanti aku suruh Izwan cakap dengan dia kata kau tak segaja dan….. “ Eh tak payah tak payah biarkan la dia tu… tu je ke yang kau nak kata dengan aku ? “ Tak de dah. Rohayu tersengih dia sebenarnya bukan ingin menanyakan hal tersebut tetapi atas permintaan izwan budak berambut coklat tersebut mula meminati rakannya itu. “ Selamat pagi cikgu ! Pelajar 4 sains duduk dan proses pembelajaran mula dilakukan sebelum itu seperti biasa sebelum Nur Hanika memulakan pembelajarannya di kelas dia akan memeriksa laci mejanya sama ada sampah atau tiada tiba tiba dia terlihat sekeping sampul surat yang berwarna merah jambu. Dia hanya membiarkan surat tersebut masa demi masa berlalu sehinggalah dia mengalah dan membuka surat tersebut. Nur Hanika kaget melihat isi yang tertulis di surat tersebut seseorang telah mencairkan hatinya dengan kata kata semangat tertera dan tertulis di sebelah kiri surat tersebut dengan nama lelaki yang bernama Muhammad Naufal . Dia yakin bahawa surat berkenaan mesti datangnya daripada lelaki yang berambut kecoklatan tersebut.

                                                                  
          Seminggu berlalu hari yang dinantikan oleh Nur Hanika telah ditunggu tunggu pada hari itu umurnya telah genap berusia 16 tahun. Seperti tahun tahun sebelumnya Nur Hanika akan menulis harapan barunya di dalam buku catatannya. Meskipun ibubapanya hanya sekadar mengucap selamat hari jadi kepadanya dia tetap bersyukur mempunyai orangtua yang sangat memahami dirinya pada pagi itu sebelum ke sekolah Nur Hanika dihadiahkan sepasang kasut sekolah yang baru dia sangat gembira dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapanya. Seperti biasa dia menerima lagi sekeping surat daripada lelaki itu kali ini dia mendapat sebuah hadiah yang berisi kotak muzik. “ Happy birthday my friend serentak Rohayu dan Kirana mengucapkan kepada Nur Hanika. “ Thank you . “ Nampaknya dia memang betul betul suka kat kau . Berdekeh ketawa mereka berdua. “ Wan! Mari sini jap . Bentak badrul. Apa yang kau dah buat ha kat sekolah kau ponteng 5 bulan tak pegi sekolah duit aku melayang cam tu je sekolahkan kau ni mula hari ni aku tak nak sekolahkan kau lagi aku dah penat kau ni bagai menconteng arang kat muka aku je kan . Kau tengok adika kau tu ada buat hal macam ni tahun depan kau nak ambil STPM dah daripada aku mati naik darah dengan kau ni baik kau berhenti je sekolah. “ Ala ayah tu pun nak marah ke wan dah bosan la ayah hidup macam ni wan malu la ada ayah yang miskin ayah tu memang miskin dari dulu hingga sekarang . Satu tamparan menapak pada pipi ikhwan badrul yang tidak tahan dengan perangai anak lelakinya itu segera menampar anak nya itu. “ Ayah mulai hari ni wan tak nak tinggal kat rumah buruk ni lagi. Zaiton hanya berdiam diri sahaja semenjak barang kemas peninggalan emaknya digadai oleh anak nya sendiri Zaiton sudah tidak mengambil peduli tentang hal anaknya itu. Nur Hanika hanya berdiam diri sahaja dan berkurung di dalam bilik.Baginya situasi sebegini sudah biasa dihadapinya. Hari ini , Nur Hanika memberanikan diri untuk menyelesaikan masalahnya dengan lelaki yang sentiasa memberikan kepadanya surat. Mereka berjanji untuk berjumpa pada masa rehat. Masuk kali ini sudah 4 kali Nur Hanika melihat jam pada dinding dewan mereka. Aku akan masuk ke kelas kalau dah kali ke 5 aku tengok jam kat dinding ni. Tiba – tiba pintu dewan tersebut dibuka betul la apa yang aku rasakan selama ini dialah yang telah menghantarakan kesemua surat surat tersebut kepada aku. “ Hi. Senyum lelaki berambut coklat tersebut . Nama saya Muhammad Naufal panggil naufal je . “……… Hi…… Jawab Nur Hanika dia turut memperkenalkan dirinya kepada lelaki tersebut. Naufal mula mengeluarkan kesuluruhan isi hatinya kepada Nur Hanika. Nur Hanika hanya menjawab bahawa mereka hanya boleh berteman seperti biasa tidak lebih dari itu. Dia sudah berjanji kepada ibunya agar tidak berpacaran semasa di bangku sekolah. Naufal hanya menerima dengan hati yang terbuka. . . . Telah genap 4 bulan Nur Hanika dan Naufal berteman manakala Rohayu dan Izwan sudah mulai berapcaran. Setiap hari Naufal sentiasa membantu dan menemani Nur Hanika membantu ibunya menjual nasi lemak. Hari demi hari hati Nur Hanika sudah dapat menarima Naufal dengan seadanya mereka sentiasa mengulang kaji bersama sama , berkongsi masalah dan sebagainya. “ Pakcik saya pergi dulu pakcik hari dah lewat ni assalamualaikum. “ Baiklah kalau macam tu terima kasihlah temankan anak pakcik ni waalaikumsalam. “ Sama – sama pakcik,jawab Naufal. “Ayah macam mana boleh tak kitorang…….. “ Ha kitorang ape nak couple ke takde couple – couple sergah ibu Nur Hanika.Nur Hanika hanya tersengih. 


        Keputusan peperiksaan akhir tahun mereka telah diumumkan seperti biasa Nur Hanika sentiasa mendapat tempat pertama diikuti dengan Karina dan Rohayu . Mereka berkongsi khabar berita itu bersama dengan rakan mereka yang lain . Naufal terlebih dahulu menanyakan keputusan peperiksaan Nur Hanika diikuti dengan Nur Hanika menanyakan keputusan Naufal . Naufal tidak menyangka dia dapat memperoleh tempat pertama dalam peperikasaan kali itu bahkan lulus. Sememangnya dahulu sebelum dia mengenali Nur Hanika dia seorang yang panas baran , mudah putus asa dan kurang keyakinan diri. Malam itu selesai sahaja Nur Hanika membeli barang keperluan dapur datang orang yang pernah datang kerumahnya bersama 2 orang lelaki yang berbadan besar. Mereka tak ia dan tak bukan merupakan lintah darat yang pernah datang kerumahnya untuk menagih hutang. Nur Hanika membuka seribu langkah untuk berlari sekuatnya sehinggalah kakinya tersandung dan Nur Hanika terus terjatuh kesemua barang yang telah dibelinya habis berhambur. Mereka menarik tangan Nur Hanika dan terus membawanya ke dalam semak Nur Hanika sekuat hatinya menjerit meminta tolong sehinggalah kedengaran kereta polis . Naufal dengan segera berlari sepantas kilat mendapatkan Nur Hanika .Ketiga tiga orang lintah darat tersebut ditangkap oleh polis. Nur Hanika sekuat hatinya menangis ketakutan . Badrul mengucapkan ribuan terima kasih kepada Naufal yang telah menyelamatkan anaknya itu. “ Assalamualaikum Ika…. Ika . Seperti biasa Naufal menjemput Nur Hanika lebih awal dari yang kebiasaanya. “Waalaikumsalam Zaiton menyambut salam anak muda tersebut . “ Ika dah bersiap ke makcik. “Ika tak pergi sekolah hari ni dia rehat dulu la hati dia tak sedap lagi tu mengingatkan perkara semalam. “ Baiklah kalau macam tu makcik saya pergi dulu lah assalamualaikum. “ Waalaikumsalam hati hati. Sambut Zaiton.

          Hampir seminggu senyumanya tidak kelihatan sehinggalah suatu hari Naufal membawanya ke pinggir sawah yang kelihatan tenang. “ Maaflah pada malam tu Naufal tak temankan seperti hari hari sebelumnya kalau Naufal ada mesti hal ni tak terjadi kat Iqa. “Takpelah bukan salah Naufal pun Iqa ni yang nak sangat jalan malam macam je takde esoknye . Senyuman Nur Hanika mula kelihatan. “ Macam tu lah senyum . Puji Nufal kepada Nur Hanika. Hati Nur Hanika kuat menyatakan bahawa dia juga mempunyai perasaan yang sama dengan Naufal kendatipun hampir setahun mereka berteman pada hari itu juga Nur Hanika membalas semua perasaanya terhadap Naufal walaupun dia tahu bahawa dia sudah bejanji kepada ibunya. Namun perasaan itu tidak dapat dikawal lagi. Selepas itu, Naufal membawa Nur Hanika bertemu dengan ahli keluarganya yang lain . Syuhada kakak kepada Naufal sangat menyukai Nur Hanika begitu juga dengan ibubapanya. “ Oh jadi nilah gadis yang telah buat adik akak cair . Ika tau tak sebelum dia kenal Ika ni tak pernah akak tengok dia senyum muram je memanjang.Ika ni mesti ada power boleh buat Naufal sentiasa ceria.Mereka sekeluarga ketawa besar apalagi merah padam muka Nur Hanika dan Naufal. Syuhada memang seorang yang ceria walaupun dia baru kehilangan tunang kerana menderita barah paru paru.

                                                                       ( ^___^ )


    Hari demi hari berlalu Nur Hanika telah menginjak ke tingakatan lima bagi nya tahun itu dia harus bersungguh sungguh dan belajar lebih gigih agar cita citanya serta matlamatnya dapat dikecapi. Kendatipun dia dan Naufal sudah berpacaran namun pelajarannya tidak akak dilupakan. Hari silih berganti Nur Hanika , Rohayu , Karina, Izwan dan Naufal sering membuat kumpulan belajar maklumlah hampir 5 bulan SPM mereka berlangsung. “ Ika . Zaiton memanggil anak gadisnya itu. “ Ya mak ada apa. Ika tengah study ni mak . “ Mak nak pergi beli barang dapur ni nak ikut mak tak ? “ Ok mak jap ika nak bersiap. “ Mak tunggu kat bawah. Nur Hanika bersama dengan ibunya menaiki bas ke pekan ramai orang yang mengunjungi pasar pada hari itu kerana hari itu hari cuti. Badrul baru sahaja memperoleh pekerjaan yang baru manakala gajinya juga lumayan mereka tidak perlu makan pagi kais petang seperti hari hari sebelumnya. Gajinya juga menaik walaupun cuma 3 peratus. Setelah membeli barang barang yang hendak dibeli mereka pun pulang ke rumah . Ketika menunggu bas di stesen bas tiba – tiba Nur Hanika melihat kelibat orang yang dikenalinya dan sangat akrab denganya ia tak ia dan tak bukan ialah Naufal. Nur Hanika meminta izin kepada ibunya untuk pergi ke seberang untuk berjumpa dengan Naufal . “ Mak tunggu sini jap eh Ika nak gi seberang jap nak jumpa Naufal banyak benda ika nak tanye apesal dia tak sekolah dah 2 minggu tak nampak dia. “ Pergilah nak kalau mak larang pun Iqa  tetap pergi juga kan.Tersenyum Nur Hanika mendengar telatah ibunya. Setibanya di sana hati Nur Hanika bagai ditusuk dengan sembilu apabila melihat Naufal sedang bermesraan dengan seorang perempuan . Nur Hanika segera mendekati kekasihnya itu dan menampar perempuan tersebut. “ Ika apesal Ika tampar dia Ika nak kena balik ke . Marah Naufal kepada Nur Hanika. “Naufal  apesal tak pergi sekolah takde khabar Ika pergi rumah Naufal takde Naufal tau tak betapa risaunya Ika ngan Naufal, ni balasan Naufal terhadap Ika . Deraian tengisan Nur Hanika mula mengalir di pipi nya. Dia segera meninggalkan mereka berdua dengan hati yang sakit.

                                                                   
           Keesokan harinya setelah pulang daripada sekolah seperti biasa Nur Hanika menunggu kelibat Naufal. Detik demi detik berlalu lelaki itu tidak muncul sehinggalah Izwan menyatakan bahawa Naufal ingin bertemu dengan Nur Hanika di tempat kebiasaan mereka. Nur Hanika tiba di pinggir sawah tersebut. Naufal menyatakan hasratnya untuk memutuskan perhubungan mereka berdua . “ Naufal dah bosan lah dengan Ika Naufal dah ada yang baru yang lebih bagus dari Ika. Lagi satu Naufal rasa malu sangat ada kekasih macam Ika yang miskin ni. “ ……….. Nur Hanika mempertahankan dirinya lalu menyatakan bahawa hubungan mereka boleh diperbaiki seperti dahulu. Namun Naufal menafikannya. Setelah hampir sebulan perkara itu berlaku. Nur Hanika sangat sukar untuk tetap tersenyum. Kendatipun begitu matlamat dan cita citanya kadangkala boleh melupakan semua kenangan manis yang pernah dihadapinya dengan Naufal. Peperiksaan sebenar SPM sudah berlangsung selama 2 minggu hati Nur Hanika meskipun hancur disebabkan Naufal namun dia tetap menguatkan azamnya untuk menjadi seorang doktor. “ Ika . Lepas SPM ni kita wat apa ek . Tanya Rohayu. “ Aku ingat nak kerja part time la kat Restoran mak Leha tu. Sementara kita tunggu keputusan SPM la. “ Ok kalau macam tu aku pun nak ikut kau juga la. Rohayu sememangnya prihatin terhadap rakannya itu dia sudah cukup puas menanyakan kepada Naufal punca mereka berpisah namun soalannya tetap sama seperti yang pernah diungkapkannya kepada Nur Hanika.


    4 bulan berlalu keputusan SPM mereka telah diketahui Nur Hanika sangat terharu dengan keputusan SPMnya dia memperoleh 11 A+ dalam semua subjek hatinya bagai ingin melonjat keriangan sudah tentu dia akan mencapai matlamat dan cita citanya. Namun begitu berita gembira tersebut ditamabah dengan perasaan sedih kerana ikhwan telah mengalami kemalangan . Dia mengalami kemalangan setelah jatuh dari motor akibat daripada lumba haram. Doktor mengesahkan bahawa ikhwan harus segera dioperasi bagi melihat pembekuan yang ada dalam otaknya. Mereka sekeluarga dengan tekun bekerja keras bagi membiayai kos pembedahan ikhwan. Sehinggalah Nur Hanika sudah dapat masuk ke Universiti di luar Negara. Namun begitu, kerana kekurangan wang cita citanya itu terpaksa dipendam buat seketika bagi membiayai perubatan abangnya. Suatu hari , semasa ingin melawat ikhwan pada hari lahir Nur Hanika dia bertemu dengan Naufal . Mereka sempat menanyakan khabar masing masing. “ Hi Naufal pun ada kat sini Naufal buat apa kat sini ? style baru ke pakai topi . Senyuman itu tetap keluar daripada bibir Nur Hanika walaupun banyak dugaan yang telah dihadapi. “ Ya style baru . Naufal lawat kawan Naufal kat sini . Happy birthday I….Ika . Meskipun hampir 2 tahun mereka tidak bertemu namun Naufal tetap mengingati tarikh lahir Nur Hanika. “ Thanks. Um…….. Ika nak tanya Naufal something ni nape Naufal nak kita pisah ? nape Naufal masih ingat birthday Ika ? Pertanyaan itu membuatkan Naufal memberi alasan untuk meminta diri sekaligus membuat hati Nur Hanika berasa sebak. “ Ika dah bayar ke kos pembedahan wan ? Tanya badrul kepada anak perempuannya yang sudah menginjak ke usia 18 tahun. “ Belum ayah nape? “ Ada orang yang dah bayar kos pembedahan abang kau. Sape? Takkan ayu bukan ke ayu dan keluarganye pegi kat kuala lumpur . Mereka sekeluarga terus tertanya tanya dengan persoalan tersebut. Sehinggalah ikhwan sedar dia terus menangis memohon ampun dan maaf kepada ibubapanya serta adiknya keran telah membuat kesalahan yang besar.


    Setelah seluruh masalah mereka selesai Nur Hanika ditawarkan biasiswa dalam bidang perubatan di Universiti United Kingdom mereka sekeluarga berasa bersyukur dengan tawaran tersebut. Tahun demi tahun berlalu Nur Hanika juga dikurniakan seorang lagi lelaki yang telah menambat hatinya. Kali ini lelaki berkenaan seorang yang ceria , memahami hati Nur Hanika. Setelah genap lima tahun berlalu Nur Hanika bersama dengan kekasih barunya pulang ke kampung halaman mereka nasib mereka baik kerana mereka tinggal dalam kampung yang sama. “ Ika, Azim  ada sesuatu untuk Ika . Kata Azim kekasih baru Nur Hanika. “ ………… apa dia? “ Kita………….. nikah ? nak kita dah habis kuliah sekarang tengah practical tak lama lagi dapat lah tawaran kita nak kerja. “………. Kalau itu pilihan Azim, Ika ikut je. Jawab Nur Hanika. Dia mula melupakan kekasih lamanya walaupun perasaanya terhadap Naufal masih sama seperti dahulu. Pelbagai persiapan yang telah dilakukan untuk menjayakan pernikahan mereka yang akan diadakan 2 bulan lagi sehinggalah satu hari semasa Nur Hanika dalam practical dia kaget apabila melihat pesakitnya seseorang yang pernah mengambil hatinya tak ia dan tak bukan pesakit tersebut ialah Naufal. Naufal dalam keadaan yang sangat lemah . “ Naufal ! Seluruh badan Nur Hanika tidak boleh bergerak kerana masih dalam keadaan kaget. Jadi inilah punca sebanar kita berpisah ? “ Ika. Buat apa kat sini ? keluar dari bilik ni sekarang Naufal tak nak ganggu persiapan Ika dan kekasih baru  Ika untuk bernikah . Naufal  dah nak mati buat apa lagi Ika nak cintakan Naufal . Naufal bukan Naufal yang dulu yang aktif sekarang Naufal dah nak mati . Doktor sahkan Naufal  menghidap barah otak semasa kita dalam form 5 Naufal tak nak matlamat dan cita cita Ika  hancur disebabkan Naufal. 3 bulan lagi Naufal akan……….. “ Tapi hati Ika  tak kan penah hilang untuk mencintai Naufal, Ika tetap cintakan Naufal dan perasaan itu tidak akan hilang . Deras tangisan yang keluar dari pipi mereka berdua Nur Hanika terus memeluk Naufal .

                                                                   
         Selepas itu hubungan Azim dan Nur Hanika semakin renggang sekaligus Azim terpaksa melepaskan Nur Hanika agar Nur Hanika bahagia bersama dengan Naufal. Pernikahan mereka juga terpaksa dibatalkan. Sementara menunggu panggilan pekerjaan daripada pihak kerajaan. Nur Hanika hanya menemani Naufal seharian dia takut dia akan kehilangan Naufal buat selama – lamanya. Ikhwan pula telah bekerja sebagai seorang mekanik di bengkel ayahnya hidup mereka semakin mewah setelah Nur Hanika menghabiskan pembelajarannya. Hampir setiap hari Nur Hanika hanya menemani Naufal.

       Suatu hari doktor membenarakan Naufal keluar daripada Hospital selama seminggu. Mereka berdua sangat gembira kerana akhirnya mereka dapat melepaskan kerinduan masing – masing mereka pergi ke semua tempat yang pernah mereka datangi suatu masa dahulu termasuk pinggir sawah berhampiran rumah Naufal. “ Ika, Naufal nak tanya ika sesuatu ni . Keputusan SPM ika macam mana? “ Terlebih ok Naufal sampaikan ika dapat biasiswa pergi luar Negara Naufal pula macam mana? “ Sama la ngan Ika ……….. tapi naufal just seminggu je kat sana sebab …. Air mata Naufal mula deras dengan laju keluar dari pipinya. “ Naufal nape ni ? Nur Hanika cuba menenangkan hati Naufal “ Naufal cintakan Ika……. . Naufal tak nak tinggalkan Ika. “Perkataan tu tak pernah ika dengar dari Naufal . Ika yakin Naufal akan hidup lebih lama .Nur Hanika tersenyum dengan perkataan itu. Khabar berita menyelubungi mereka sekeluarga kerana Nur Hanika mendapat tawaran perkerjaan sekaligus khabar berita kepada Naufal dan Nur Hanika kerana mereka akan bernikah 2 hari lagi. “ Maaflah Naufal Cuma dapat beli cincin murah je. “Tak pelah Naufal asalkan Ika boleh nampak Naufal hari hari dah cukup buat Ika.

                                                                       
    Dua hari kemudian hari yang ditunggu tunggu sudah pun tiba. Sementara menunggu kedatangan Nur Hanika mereka membaca yassin bagi memudahkan proses pernikahan berlangsung.Tiba – tiba Naufal yang tertunggu tunggu kedatangan Nur Hanika jatuh sakit kepalanya bagai ditusuk dengan sembilu orang ramai mula mendekati Naufal dan menelefon ambulans . Nur Hanika yang baru sampai dengan segera mendekati Naufal hati Nur Hanika hancur apabila melihat keadaan Naufal yang tengah nazak .Nur Hanika memberi kata kata semangat yang pernah diungkapkan oleh Naufal kepadanya dahulu. “ Naufal bertahanlah ingat lah kenangan kita yanag terdahulu “ Cita – cita kita ingin hidup dan mati bersama Nur Hanika tidak putus putus member kata kata semangat kepada Naufal sehinggalah dia mendapat mesej terakhir daripada Naufal yang menyatakan dia harus tetap tersenyum walaupun dalam keadaan sedih diikuti dengan dua kalimah syahada hembusan nafas Naufal terhenti sampai di situ sahaja. Air mata dengan deras keluar dari pipi Nur Hanika begitu juga dengan ahli keluarga mereka yang lain. Nur Hanika tidak dapat menerima pemergian Naufal sehingga mencuba membunuh diri dengan mengelar urat tangannya sehinggalah dia teringat kata kata yang pernah diungkapkan oleh Naufal kepadanya disaat terakhirnya. 

                                                                           . . .

    Nur Hanika tersenyum dengan kenangan pahit yang pernah dilaluinya.Ia juga merupakan kenangan yang indah bagi dirinya meskipun hampir 5 tahun kejadiaan itu berlaku. Dia tetap memegang kata kata Naufal iaitu tetap tersenyum walaupun dalam keadaan sedih. Dia berasa lega kerana cita cita seta matlamatnya sudah tercapai meskipun kehilangan orang yang dicintainya. “ Ika ! anak mak. Ayah Nur Hanika hanya tersenyum melihat gelagat isterinya. “ Mak , mak , kan Ika dah kata tak payah ambil ika. “ Ala biarlah mak tu rindu ika. Sergah ikhwan. “ Betul tu ika mak kamu tu sampai tak boleh tidur lena fikirkan kamu . Kata Badrul. Nur Hanika hanya tersenyum melihat keluarganya sambil memandang ke langit seperti dia sudah menggenggam langit tersebut.



Iqa harap korang enjoy dengan cerpen yang Iqa buat ni ^ _ ^ Arigatou Gozaimatsu*terima kasih* jangan lupa bagi komen kat ruangan komen. Komen postitif dan negatif akan iqa terima dengan hati yang ikhlas iqa juga mohon maaf kat korang jika cerpen ini ada kesalahan sebab ni cerpen pertama yang iqa buat. Assalamualaikum! Sayonara*selamat tinggal*.

5 ulasan:

  1. cerita yang menarik. berusahalah untuk memantapkan lagi cerita yang dikarang :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas komen anda

    BalasPadam
  3. salam adik yuki akk da bace bagi akak not bad lahh..xpelahh ini permulaan bagus tuk adik..bhsa yg adik gun apon nmpak matang..teruskan usaha adik yuki tu ok.. boelh jdi peganti A SAMAD SAID.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. arigatou gozaimatsu *terima kasih* kak lensa hihi kak lensa ada2 ja ^ _ ^

      Padam
  4. jln citer ok ~ tapi ayt still byk kena perbaiki... hehe by the way Gmbatte kak yuki hihi.... klu yuki x knl kite kite x taulh nk ckp pe hehe... but yuki kena ingat! blajar drpd kesilapan >.< blh buat kite brjaya... so klu ade org kritik bnda2 negvite kt yuki punye karya... yuki just buat bnda tu jdi postive >.< gud luck ^_< .. jgn jdi lmh krane kritikan org okey >.< haha

    BalasPadam

Ask Me