Tumblr Scrollbars

My Friend

Sabtu, 20 Disember 2014

Aku Mahu Dia Bahagia ( BAB 2 )






2
IPHONE 6 yang aku letak di atas meja makan berdering minta diangkat. Kacau mood aku aje nak buat puding kastad. Seraya aku pandang skrin iPhone 6. Mama? Segar bugar terus mata aku saat mendengar suara mama. Kejadiaan tu... dah dua hari berlalu tapi aku masih lagi berkurung di dalam rumah. Lawak kot.
            “Waalaikumusalam mama. Lena sihat aje ni,” sengaja aku buat nada ceria walhal aku takut dengan Doktor Amran. Anak kandung dia kot yang cedera tu.
            “Hah bila nak balik ni? Lima bulan dah kamu tak balik. Raya tahun ni pun tak balik. Baguslah... kan,” mama dah mengomel dekat Kedah sana.
            “Busy la ma… bulan depan Lena janji Lena pulang yer,” aku buat–buat ketawa. Mama mengeluh. Sabarlah duhai mamaku, anakmu ini memang berat hati nak pulang Kedah tu.
Banyak pengalaman pahit aku dekat sana. Lepas papa pencen dari kerja sebagai pilot, dia orang pindah Kedah semula lima tahun yang lepas. Kak ngah dengan anak dia Alisha pun tinggal sebumbung dengan mama dan papa memandangkan kak ngah tu ibu tunggal. Abang long pulak kat Johor kerja sebagai engineer dan masih bujang macam aku. Acik pula dah ada keluarga sendiri dah pun. Dalam kita orang berempat, aku dengan abang long aje tak kahwin–kahwin lagi.
            “Mama pegang janji kamu tu. Busy ajelah kan. Kamu ada masalah ke Lena? Huh?” Memang naluri seorang mama selalu tepat. Pasal aku kena serang tu takkan nak bagi tahu mama. Nanti tak sudah–sudah risaunya. Teh O aku teguk. Rakus. Heysh tak ubah–ubah betul sikap kasar aku.
            “Lena tak ada masalah la ma. Ok aje ni. Ni awat mama call? Ada something ke?” Aku senyum manis saat mataku tertancap ke arah puding kastad yang dah siap. Peti sejuk aku buka lalu aku masukkan puding kastad ke dalam peti sejuk. Aku tarik kerusi makan seraya melabuhkan punggung di atas kerusi.
            “Aik, call anak sendiri pun tak boleh ke. Sekali sekala mama call anak bongsu mama ni. Memang ada something. Penting sangat ni Lena. Ha,” aku sengih kelat.
            “Something? Macam awesome aje bunyinye,” senyum lebar aku ukir. Ish macam best je.
            “Ada orang datang rumah kita minggu lepas. Mama fikir nak buatkan kamu keputusan tapi nanti tak sudah–sudah kamu merajuk. Lagipun kamu tu bukan anggap semua benda penting kan. Sebab tu baru sekarang mama nak bagi tahu kamu news ni,” aik apa pula? Orang datang rumah aje kot takkan orang datang rumah aku nak merajuk. Mama... mama.
            “Oh orang datang rumah. Tak penting la mama... Hahaha,” aku gelak jahat. Kejam betul aku ni kan. Gelakkan mama sendiri.
            “Mama nak cubit aje kamu ni. Asyik cakap tak penting aje. Kalau pasal merisik tak penting jugak ke Lena oi?”
            “Merisik? Memang tak penting. Lagipun bukan Lena kan yang kena risik,” selamba aje aku menjawab sambil jari jemariku mengetuk meja makan dan aku dah silang kaki.
            “Siapa yang belum khawin antara kau orang berempat?” Soalan cepumas mama, seronoknya.
            “Lena ngan abang long le,” jawabku spontan.
            “Ada orang merisik abang hulk yang suka marah–marah tu ek?” Tambahku. Mama dah gelak kecil.
            “Haish ada pulak gelar abang kamu macam tu. Bukan dia,” aku senyum tapi sekejap aje lepas aku dengar perkataan ‘bukan’. Sungguh perkataan tu singkat aje tapi punya maksud tersirat…
Wait! Maksudnya?”
Aku berjeda.
            “Len…Lena ke yang kena… ada orang merisik Lena ke?” Mama dah gelakkan aku. Aku dekat sini dah tersedak dengan kenyataan seram ni. Terbatuk–batuk aku dibuatnya.
            “So… macam mana Nur Elena Husna? Setuju dak? Kamu tu dah nak masuk 30 tahun. Dah 25 tahun dah pun. Elok sangat dah tu boleh khawin,” aku? Khawin? Ish tak nak aku. Beta ingin hidup enjoy dulu.
            “Dia setuju makcik!” Suara mama bingit dan si Marisa ni dah curi dengar suara mama. Aduhai si tukang menyakat ni datang dari planet mana entah memandai aje setujunya.
            “Hello ma? Mama? Owh mamaku sayang,” alamak mama dah tutup phone dia. Kureng punya Marisa.
            “Yeahh kelepak kelepang kelepak kelepang kelepak kelepak. Kompang dipalu pengantin baru duduk bersanding tersipu malu,” aku tampar kuat bahu Marisa yang tak sudah–sudah menyakat aku.
            “Baru merisik ok. Belum khawin. Aku belum buat keputusan lagi. Titik.” Marisa ketawa terkekek-kekek. Ha suka la tu sakat aku.
            Teh O Ais kepunyaan aku dia teguk sebelum melangkahkan kaki menuju ke tingkat atas meninggalkan aku yang kembali hanyut dengan khayalan.“By the way... putera raja yang selamatkan kau hari tu dah hilang jejak dan esok, Doktor Amran kata kau wajib masuk kerja,” habislah aku. Mesti Doktor Amran nak marah aku lagi. Lelaki misteri tu dah hilang jejak? Pun boleh.
“APA ni dengan bunga berjuntai–juntai atas katil. Rimas tahu,” aku mengomel sendirian sambil genggam sekolompok bunga ros merah yang bertaburan di atas katil. Aku tanggalkan bunga yang berjuntaian di atas katil lalu aku buang kelompok–kelompok bunga yang bertaburan di atas lantai. Rimas.
Suka suki dia orang aje nak renovate bilik aku macam ni. Aku menghempaskan tubuh di atas katil, nikmatnya tidur. Rindu dengan bilik aku. Senyuman manis aku koyak sambil pejam mata.
            “Kenapa senyum?” Aku lantas bangkit dari baring saat mendengar suara garau pecahkan mood aku. Tudung mana tudung. Aku bangkit dari katil lalu mencari tudungku yang aku sangkut dalam almari.
Hanya suami aku aje yang boleh tengok aurat aku. Lelaki mana pula yang duk sesat masuk bilik aku ni. Aku pandang wajahnya sekilas. Berani betul dia duduk atas katil aku dengan muka tak ada perasaan langsung!
            Pashmina berwarna hijau aku lilit di atas kepala. Wajah aku membahang kemerahan menahan marah. Dia masih berikan aku pandangan kosong. Serius aku tak kenal lelaki ini.           “Mama!” Jerit aku lantas bergerak ingin memegang tombol pintu. Dia tangkas bangkit dari duduk seraya berdiri statik di belakang pintu buat aku mati langkah. Gulp! Entah–entah dia ni perompak kot. Tak pe aku ada aikido... nak rogol aku?  No way! Dia yang kena dulu dengan aku.
Aku dongak. Nasib akulah jumpa perompak yang tinggi lampai.
“Apa yang awak nak?” Dia senyum senget.
Dia tarik lembut tangan aku lantas menghempas lembut tubuh aku di belakang dinding.
            Mata kami saling bertaut sebelum dia tarik lembut pashmina aku. Berani betul dia ni. Hembusan nafasnya semakin terasa di wajah aku tatkala dia mendekatkan wajahnya ke wajah aku. Aku ketap bibir sebelum melirikan mata ke arah lain. Tak betah nak pandang dia.
Jari telunjuknya dah ligat bermain–main dengan rambut ikal mayang aku. Woi mahal rambut ikal mayang aku ni, natural pulak tu.
“Lepaskan oranglah. Orang jerit karang. Ha!” Ugut aku dalam nada yang bergetar. Aku rasa nak menangis aje saat itu. Berani betul dia sentuh aku. Erk apakah tadi beria nak bagi aikido. Tapi aku rasa lain macam. Lelaki ni ada aura. Ya aura... aura yang buat hati aku jadi lembut.
            “Orang tak akan lepaskan awak. Sampai bila–bila pun orang tak akan lepaskan,” ujarnya lembut. Hati aku berkocak riang. Jantung aku pula berdegup kencang. Kenapa aku rasa… bahagia? Siapa dia.
            “Awak sape?” Soal aku.
            “Imam awak,” senyuman manis terukir di birai bibirnya. Manis. Buat aku punya tangan dah belai lembut pipinya. Rasa hati aku ada bunga yang baru tumbuh. Pelik betul. Ha? Imam? Jadi maknanya.
            Gedebuk!
            Aduh! Sakit betul pinggang aku jatuh dari katil. Alahai mimpi tu indahnya rasa dunia ni aku yang punya.
FIKIRANKU ligat memikirkan mimpi itu. Entahlah kenapa sejak akhir-akhir ni aku kerap sangat mimpi macam tu. Aku tak pernah terfikir pun nak kahwin. Dah baca doa tidur, ayat kursi, tiga kul... tetap dapat mimpi tu. Kesudahannya aku tunaikan solat istikharah. Ya aku dapat petunjuk dalam istikharah aku. Tapi... aku buat derk aje. Ada ke ni petanda yang aku... kena terima pinangan orang yang tengah tunggu jawapan dari aku?
            Aku tersentak daripada lamunan bila aku terlanggar sesuatu. Aku ketap bibir seraya keluar dari perut Honda Civic. Dah buat salah kena bertanggungjawab, mama ajar aku macam ni.
            Alamak. Aku terlanggar manusia rupanya. Sangka terlanggar pili bomba ke apa tadi. Aku si naif menghampiri dia perlahan–lahan. Lelaki pulak tu yang aku langgar, memang cari nahas betullah aku ni.  Air liurku macam tersekat di kerongkong. Lelaki berjaket kulit hitam dengan helmet di kepala itu perlahan-lahan bangkit dari jatuhnya. Aku hanya mampu melihat anak matanya yang terlindung dengan visor pada helmet.
Dan... mata kami saling bertaut. Lama.
            Aku berdeham. Aku rasa pelik dengan keadaan ini. Aku rasa sesuatu tapi aku tak tahu benda apakah itu. Perasaan aku aje ni.
“Awak ok ke? Jom saya hantar pergi hospital. Kaki awak tu ok ke?” Senyap. Tiada jawapan dari dia.
Pelik betul dia ni, bisu kot. Lantaklah janji dia ok. Ducati kepunyaannya pun masih dalam keadaan yang elok. Nasib baik dia pakai helmet kalau tak habis aku kena bayar wang insurans. Eh yang dia ni... macam tak ada perasaan aje aku dah langgar. Tak marah langsung.
            “Maafkan saya… saya betul–betul tak sengaja. A... awak ok ke?” Suara aku dah kendur.
 Serius aku takut dengan dia yang dah separuh tertunduk macam tahan sakit aje. Soalan aku dia tak jawab lagi. Risau juga aku nanti tak pasal–pasal dia saman aku.
Dia pandang wajah aku sekilas sebelum perlahan–lahan dia melangkahkan kaki naik atas motor sebelum memecut laju Ducati miliknya meninggalkan aku yang terpinga–pinga. Serius tak ada perasaan dia tu. Aku keluh kasar seraya bersandar di belakang Honda Civic. Semua ni sebab mimpi tu. Harap kau oklah manusia tak ada perasaan oi!
WAJAH  bengis Doktor Amran yang sebaya dengan papa itu aku tatap. Habislah, dia dah jadi singa. Memandai aje aku MC dua hari, dia bagi aku MC sehari aje pun. Macam aje hospital ni papa aku yang punya. “Macam mana boleh jadi macam ni Doktor Elena? Ha? Tak pasal–pasal Ehsan jadi agresif kamu pula dah dekat nyawa–nyawa ikan. Maaflah saya nak cakap yang prestasi kerja kamu semakin menurun kebelakangan ni. Kamu gagal handle kes ni. Tahu tak?” Sentap. Ah aku gagal sedihnya.
            “Tahu doktor,” aku sengih kelat.
            “Sengih ajelah kerja kamu. Dah buat kerja kamu. Heyshh kamu kena pandai selesaikan masalah Doktor Elena,” aku garu belakang kepala yang tak gatal. Selamba aje aku ni.
            “Doktor… anak doktor dah ok ke?”
            “Entah. Tak payah sibuklah,” ish aku tanya aje pun.
            “Aik awat pulak entahnya doktor. Dia ok ke tak ni?” Doktor Amran yang khusyuk memeriksa fail pesakit alih pandangan ke arah aku sebelum bangkit dari duduknya. Berani betul aku tanya dia macam ni.
            “Kalau kamu nak tahu, anak saya tu sukar ditafsir. Luka dia tempoh hari memang dalam. Tapi sehari aje dia dah keluar dari hospital tanpa pengetahuan doktor dan jururawat. Dia ok kot,” aku bungkam. Mata dah terkebil-kebil. Nak gelak boleh?
            “Dah lah pergi sambung kerja kamu,” aku masih tercegat berdiri di depan Doktor Amran. Banyak aku nak tanya sebenarnya. Terhutang budi dengan anak dia tu.
            “Dia marahkan saya ke?”
            “Tak pun.” Tak? Huh, dia cedera sebab aku.
            “Boleh minta nombor phone dia tak? Nak cakap thank you sebab tolong saya. Ah lagi satu…” butir ayatku terhenti di situ.
            “Keluar!!” Ah bingit telinga aku kena jerit. Aku mengalah.
Aku langkahkan kaki keluar daripada ruang pejabatnya. Belum sempat aku pulas tombol pintu aku menoleh ke belakang.
            “Nanti sampaikan salam saya dekat dia ye,” aku senyum tayang gigi.
            “Astaghfirullahalazim budak bertuah ni. Keluar la! Orang tu dah nak khawin jangan menggatal boleh tak,” erk dia dah nak khawin? Ala melepas aku.
            Aku jelirkan lidah ke arah Doktor Amran sebelum memulas tombol pintu pejabatnya. Nampakkan kekurangan ajar aku di situ. Mama nampak ni dah lama kepala aku kena hempuk.  Tapi Doktor Amran tu tak nampak pun aku jelir lidah kat dia. Kedekut punya orang tua. Aku nak tahu aje pasal anak dia, dia halau aku macam ni sekali. Kejam betul!
Keluar aje daripada ruang pejabat Doktor Amran, aku nampak Marisa sudah ketawa terkekek–kekek. Aik Marisa ni curi dengar pula. Tak ada kerja lain ke dia nak buat? Hurgh dia ni pantang tengok aku kena marah. Suka la tu. Lantaklah janji dia bahagia.
            “Berani betul kau Lena!” Berani? Aku senyum hambar. Biarlah janji ‘si dia’ tu hidup lagi. Terima kasih penyelamatku.











1 ulasan:

  1. best.. tak sbr tunggu entry seterusny. cepat2 lh update ye :D

    BalasPadam

Ask Me