Tumblr Scrollbars

My Friend

Selasa, 17 Disember 2013

Di Antara Persahabatan,Ruang dan Waktu


Assalamualaikum! Konichiwa ^_^! Lama tak post entry hehe... Kali ni Iqa nak ubah nama jadi Syaf (Syafiqah) nama tu diberi oleh seorang budak yang ada ciri-ciri otaku hehe... Guna nama Syaf la sebab nama Iqa dah banyak orang guna haha... Seperti yang Syaf janjikan pada entry sebelum ni, novel Syaf terpaksa ditangguhkan sehingga penghujung tahun depan. Jadi Syaf ganti novel tu dengan sebuah cerpen! Tadaa! Dah siap cerpen ni hehe... Seriously... I have no Idea to give a tittle to my short story... Alhamdulillah Finally It's done! Harap korang enjoy la dengan cerpen ni... even karya Syaf tak sehebat penulis TOP d Malaysia mahupun LUAR NEGARA huhu...


AURORA LANGIT BIRU MEMPERSEMBAHKAN : (HEHE >< )

                                 
Cincai kan cover ni hehe... biarkan...


       Aku memicit bahu kiriku yang berasa sedikit lenguh. Hampir beberapa jam aku berada di Hospital untuk merawat pesakitku yang mempunyai pelbagai jenis penyakit. Aku hanya memberikan senyuman yang manis sebaik sahaja jururawat serta staf Hospital dan juga pesakit memberikan salam kepadaku. Tombol pintu pejabat dibuka olehku lalu aku mengambil tempat duduk yang telah disediakan untukku dan melepaskan lelah. Penat juga sebenarnya menjadi seorang doktor. Tahun ini hampir lapan tahun aku bergelar seorang doktor pakar otak.Tudung bawal yang tersarung di atas kepalaku aku kemaskan sedikit kemudiaan mataku tertancap ke arah sebuah bingkai gambar yang terletak di atas meja pejabatku. Aku mencapai bingkai gambar tersebut lalu tersenyum lebar tatkala melihat foto di dalam bingkai gambar berwarna biru tersebut. Aku dan rakan-rakanku tersergam indah tatkala mengenakan sepasang baju sekolah. Sememangnya kenangan zaman sekolah begitu indah, hanya segelintir manusia sahaja yang tidak pernah merasakan bahawa kenangan zaman sekolah itu begitu indah.
           
          “ Hidayatul Nisa!” Perjalananku memasuki gerbang sekolah terhenti tatkala Firhat Aizat rakan zaman kanak-kanakku menyeru namaku daripada belakang. Aku mengeluh lalu menoleh  ke belakang dan memberikan sengihan yang kelat.
          
          “ Hmm tersengih – sengih… dari tadi saya terjerit-jerit seru nama awak dari belakang awak tak peduli pun. Saya panggil nama penuh awak baru awak nak dengar. Heishh sakit tekak saya dibuatnya.” Keluh Aizat sambil memeluk tubuh. Aku tidak mempedulikan keluhan Aizat lalu memulakan langkahku semula menuju ke gerbang sekolah yang terhias indah. Aizat turut memulakan langkahnya berjalan mengiringi denganku.
          
            Aku tahu apa yang berlegar di fikirannya. Pasti dia ingin bertanyakan mengenai keadaan Nabila Elvarisa, rakan baik kami yang dikenali sejak dari tingkatan satu lagi. Seminggu lagi, SPM semakin menghampiri kami. Namun sejak akhir-akhir ini, Nabila sentiasa menjauhkan dirinya daripada kami berempat.“ Awak janganlah risau, mesti Risa rasa risau SPM kan tak lama lagi.” Pujukku kepada Aizat setelah riak mukanya berubah menjadi masam mencuka. Aku tahu Aizat mempunyai perasaan melebihi seorang sahabat kepada Nabila dan aku pula mempunyai perasaan melebihi seorang sahabat kepada Aizat. Aku menyayanginya melebihi seorang sahabat kerana dalamannya. Dia taat. Dia taat kepada agamanya begitu juga dengan ibu bapa serta guru. Luarannya juga membuatku terpukau akan dirinya. Wajahnya begitu kacak pada pandanganku.         

        Dengan matanya yang bundar dan anak mata berwarna hazel. Mukanya yang bujur serta rambutnya yang berpacak membuatkan aku jatuh hati padanya. Aku hanya menyimpan perasaan ini. Aku tahu bahawa Nabila juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Aizat. Sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka berdua saling memendam perasaan itu.
         
          Aku memulakan langkahku masuk ke dalam kelas dengan bacaan doa menduduki peperiksaan seperti yang sentiasa diajarkan oleh Ustaz kepadaku. Hari ini merupakan peperangan bagi aku dan rakan-rakanku. Peperangan yang akan menetukan masa hadapan kami. Dua hari sebelum SPM berlangsung merupakan hari yang begitu berat bagiku dan rakan-rakanku terutamanya Aizat. Tiada ribut tiada hujan tiada taufan Nabila tiba-tiba sahaja memutuskan hubungan persahabatan yang hampir lima tahun kami bina. Alasannya dia cuma berasa bosan dengan sikap kami berempat. Teruk juga aku mempertahankan persahabatanku sehingga terpaksa bertekak dengan gadis berkulit sawo matang itu. Kami terpaksa relakan dan menerima keputusan Nabila, tiada apa lagi yang harus diperkatakan.
         
          Beberapa minggu berlalu akhirnya kami menghampiri kemuncak peperangan itu. Jelas terpancar wajah tenang di setiap pelajar yang sedang menjalani peperangan SPM. Aku, Aizat, Fina dan Naufal berjalan beriringi menuju keluar daripada gerbang sekolah. Perbualan kami berempat terhenti sebaik sahaja Fina menyeru nama Risa yang sedang duduk bersendirian di stesen bas. “ Risa! Kenapa awak buat kitorang macam ni? Apa salah kami? Tolonglah saya nak kita macam dulu balik, saya dah tak tahan tengok persahabatan antara kita berlima hancur macam ni.” Fina melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Nabila. Nabila tidak mengendahkan pertanyaan Fina.
          
           Aku, Aizat dan Naufal hanya mengeluh. Kami bertiga hanya berdiri membelakangi pintu gerbang sekolah menanti Fina memberi pujukan kepada Nabila. Aku memulakan langkahku untuk menghampiri mereka berdua, belum sempat aku duduk bersebelahan dengan Nabila aku melihat wajahnya begitu pucat, bibirnya kering. Aku merasakan ada suatu yang pelik di sebalik wajah sahabatku itu.
          
          “ Maafkan saya… saya tak berniat nak putuskan persahabatan kita ni. Say…Saya…” Beberapa saat kemudiaan  butiran air mata Nabila  gugur dan mengalir di pipinya sebelum jatuh di atas tangannya yang digenggam. Aku meneguk air liur ku. Sebak rasanya. Aku berasa begitu pelik dengan keadaan Nabila, aku dan Fina saling berbalas pandangan. Pelbagai persoalan yang timbul dalam mindaku mengenai Nabila.
          
         “ Tapi… terima kasih…. Terima kasih sudi menjadi sahabat saya selama ini. Bye.” Nabila tersenyum kelat lalu mengesat air matanya.Kereta berjenama Honda Civic berwarna kelabu kepunyaan ibunya membuatkan aku dan Fina tidak sempat mendengar penjelasan daripada Nabila. Dia sempat memberikan senyuman yang manis kepada kami berempat sebelum masuk ke dalam perut kereta. Aku melihat anak mata Aizat dan Nabila saling berpandangan seolah-olah Nabila tidak ingin pergi jauh daripada jejaka itu. Kenderaan itu sudah mulai hilang daripada pandangan kami, angin yang berhembus kuat menemani aku dan rakan rakanku yang masih berada di persekitaran sekolah. Masing-masing melayan persoalan yang bermain di minda kami.
         
            Nabila sahabat kami yang terkenal dengan sikapnya yang ceria tiba – tiba sahaja memutuskan persahabatannya dengan kami. Air mata yang mengalir dari kelopak matanya serta wajahnya yang pucat itu menambahkan persoalan dalam minda kami. Aku harap Nabila akan berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang Pereka Fesyen.

. . . . .

Tiga Bulan Kemudiaan…
          “ Mama! Papa! Akhirnya… akhirnya keputusan SPM Dayah dah dapat… keputusan cemerlang pula tu, semuanya A+ ma…pa.” Aku berlari – lari anak masuk ke dalam rumahku sebaik sahaja pulang dari sekolah. Mama dan Papa saling berbalas senyuman sebaik sahaja melihat slip keputusan SPM ku. Kini cita-citaku semakin menghampiri, aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana doa dan usahaku selama ini telah berjaya.
        
            Rakan – rakanku yang lain turut memperoleh keputusan yang cemerlang. Begitu juga dengan Nabila, aku terserempak dengannya sebelum memasuki perkarangan sekolah pagi tadi. Kelihatan susut tubuhnya semakin kurusl.Wajahnya pula kelihatan bertambah pucat. Aku sempat bertanyakan mengenai keputusan SPMnya ternyata keputusan SPM kami berdua sama. Lamunan ku terhenti tatkala telefon bimbit ku berjenama Samsung Galaxy Mini berdering. Aku menyentuh skrin telefon bimbit untuk menerima panggilan. Seperti yang ku jangka Aizat menghubungiku. Pasti dia ingin bertanyakan mengenai Nabila.
         
            “ Assalamualaikum doktor!” Aku tersenyum tatkala mendengar usikan Aizat. Aizat. Aku mengenalinya ketika berada di sekolah rendah ketika  aku baru menjejaki ke darjah dua. Ketika itu, bekalan makanan yang dibawa olehku daripada rumah tidak sengaja ditumpahkan oleh sekumpulan pelajar lelaki yang sedang berlari menuju ke kantin. Maklumlah budak tak cukup umur fikiran pun bukannya matang, kalau jatuh bangun sendiri kalau tak pun jatuh menangis. Norma kehidupan.
          
              Aku hanya mampu menangis ketika itu. Aku duduk lalu memungut sisa makanan yang terjatuh di dalam bekalan makananku. Rakan – rakanku turut membantu memungut sisa makanan yang jatuh di atas muka bumi. Sekumpulan lelaki yang melanggar ku hanya tertawa melihat bekalan ku yang jatuh. Tiba-tiba sahaja gelak tawa mereka terhenti sebaik sahaja seorang budak lelaki menghampiriku.
          
             “ Nah… ni untuk awak. Mak saya ada goreng kuih cempedak,banyak pula tu. Kita kongsi eh. Janganlah nangis.” Aku ternganga apabila budak lelaki yang bernama Firhat Aizat itu menghulurkan sebekas makanan yang mengandungi kuih kegemaranku kepadaku. Aku dan rakanku bangkit lalu tanpa segan silu aku mengambil bekas makanan tersebut.
         
              “ Korang jangan la buli kawan kita. Sekali lagi korang buli kawan kita, kita bagi tau cikgu disiplin.” Aizat sempat memberikan amaran kepada sekumpulan budak lelaki yang berdiri kaku di hadapan kami. Sejak hari itu, persahabatan kami mulai terjalin bahkan semakin erat sehingga hari ini. Aku berasa diriku dilindungi  apabila Aizat berada di sampingku.
        
            “ Nisa... oh Nisa!” Lamunanku terhenti apabila Aizat menyeru namaku. Kesian Aizat terpaksa menemani aku dengan lamunan itu. Aku  hanya mampu tergelak,hanya Aizat yang memanggilku dengan nama Nisa. Aku jatuh cinta dengan nama aku sendiri. Nama yang bermaksud wanita itu membuatkan aku menjadi seorang yang feminine. Huh feminine ke? Selalu bertengkar dengan Aizat dan Naufal?
         
              “ Ya… ya. Janganlah panggil saya doktor baru ja dapat keputusan SPM bukan dapat ijazah lagi. Adess apa la awak ni.” Aku mengeluh. Aizat tergelak mendengar keluhan ku ada sesuatu yang mencuitkan hatinya itu.
          
               “ Yelah…yelah. Saya tak panggil dah dengan gelaran tu. By the way, congrats … for your excellent result.” Ah, sudah suara Aizat yang sengaja dibuat romantik membuatkan hatiku cair. Cair seperti ais! Kedua belah pipiku yang putih mulus bertukar menjadi merah menahan malu.
          
             “ Thanks… congrats for your better result too.” Balasku dengan nada suara yang ceria.
          
              “ Thanks… too my…sweet besties.” Tuturnya kembali juga dalam nada yang romantik. Apa dah kena dengan kawan aku yang seorang ni, aku menggeleng kepala lalu mengeluh.
          
            “ Hmm… and…. How about our friends… especially my beautiful and cute crush… Risa?”  Aku tersenyum lebar tatkala Aizat bertutur dalam bahasa inggeris. Selama ni tak nak pula dia bertutur dalam bahasa kedua Negara ni.
          
               “ Naufal ngan Fina dapat keputusan yang sama. Dia orang dapat 2 B ja, yang lain-lain tu semuanya A… and your sweetheart… get the same result as me!” Nabila…. Alangkah indahnya jika aku menjadi dirimu. Mataku layu.Perlahan-lahan mataku semakin tertutup.Aku terlena di atas katil bujangku ditemani malam yang membangakan kerana cita-citaku semakin menghampiri.
        
                  “ Good night… have a sweet dream.” Tutur Aizat sebelum menamatkan panggilan. Aku tersenyum kelat. Aizat. Dari dulu sentiasa memberikan persoalan kepada diriku sehingga hari ini. Aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang tersirat dalam hati kecilnya. Yang aku tahu, dia hanya menyayangi Nabila lebih dari seorang sahabat.

…..
          
            Suasana di LCCT kelihatan begitu sibuk seperti biasa. Aku mengucup kedua belah pipi mama ku, begitu juga dengan papaku. Aku akan meninggalkan mereka berdua selama lima tahun untuk meneruskan pelajaran ku dalam bidang perubatan di Tokyo Medical Universiti di Jepun. Naufal dan Fina pula berada di dalam Universiti yang sama kerana masing-masing mengambil kos undang-undang. Aku memeluk Fina dengan erat, semestinya aku akan merindui dia. Begitu juga dengan Naufal,Nabila dan Aizat. Kelibat Aizat masih belum kelihatan, adakah dia tidak mahu memberikan kata semangat kepadaku seperti kebiasaannya?
          
           “ Nisa!” Aizat berlari-lari anak sambil membawa sehelai waffle scarf berwarna coklat dan sehelai tudung Pashmina yang berwarna turqoise mendapatkanku yang sedang beratur memasuki balai pelepasan antarabangsa. Aku tersenyum. Senyuman yang mempunyai makna tersendiri, nafasnya tercungap-cungap. Senyumanku semakin pudar, butiran air mata jatuh dari kelopak mataku. Aku sebenarnya takut bersendirian apatah lagi di Negara asing.
          
            “ Nah. Pakai ni, simpan tau. Kalau rindu saya nanti guna ja waffle scarf ni.” Rambut ikal mayangku, aku angkat sedikit lalu Aizat melilitkan waffle scarf tersebut di sekitar leherku. Aku menangis teresak-esak. Persis seperti seorang kanak-kanak, perasaan malu langsung tidak menejah dalam sanubariku. “ Kalau tak buzy nanti belajar la pakai tudung ni. Saya yakin biarpun saya tak berada di sisi awak, awak akan terasa dilindungi kalau awak pakai tudung ni. Kalau awak pakai tudung... gerenti tiada siapa yang berani ganggu awak. Janganlah nangis, saya yakin awak akan dapat kawan yang lebih baik dari kami. Jaga diri elok-elok,jaga kesihatan dan jangan lupa solat.Jangan tidur lewat sangat, nanti kalau awak jatuh sakit saya yang risau.” Aku tercengang apabila tudung pashmina yang berada di pegangangannya beroleh di tanganku. Kata-kata semangat disampaikan kepadaku lalu dia mengenyitkan matanya kepadaku. Aku mengesat air mataku dari mengalir, aku menghadiahkan sebuah senyuman yang manis kepada Aizat begitu juga dengan kedua ibu bapaku serta Naufal dan Fina.
         
            Kelibatku semakin menghilang. Mataku sempat melihat sekujur tubuh yang berdiri jauh. Nabila. Dia datang untuk memberikan kata-kata semangat kepadaku. Kami saling berbalas senyuman. Dia sempat menunjukkan ibu jarinya kepadaku. Aku harap dia akan turut menjejakiku menyambung pelajaran di luar Negara meskipun dalam bidang yang berbeza.Impian kami sama hanya cita-cita kami yang berlainan.
          
            Hari ini genap seminggu aku bergelar seorang doktor. Pelbagai liku dan cabaran yang ku hadapi sepanjang berada di Jepun. Aku tinggal bersama dengan tiga orang sahabatku. Yang seorang bernama Yui dia memang cantik meskipun tidak mengenakan sebarang mekap. Dia langsung tidak berminat dengan pembedahan plastik. Dengan rambut coklat berparas pinggang serta hindung yang mancung membuatkan dia digilai ramai jejaka di Tokyo Medical Universiti. Yang seorang pula bernama Siti Khadijah persis nama isteri nabi yang pertama. Dia berasal daripada Jordan, anak matanya yang berwarna violet itu memang cantik meskipun berpudrah. Yang terakhir pula bernama Bellazynsa yang berasal daripada Itali. Gadis itu mempunyai wajah yang hampir sama dengan Nabila. Mereka bertiga masing-masing mempunyai cerita yang tersendiri sekaligus memberikan pengajaran terhadap diriku.
          
             Aku tersedar daripada lamunanku sebaik sahaja seniorku yang bernama Laila menyeru namaku. Aku bingkas bangun dari duduk di atas kerusiku meninggalkan meja kerja. “ Ya saya.” Jawabku ringkas.
        
              “ Cepat bantu seorang pesakit yang berada di dalam bilik Mawar. Pesakit sedang berada dalam keadaan yang kritikal!” Arah Doktor Laila kepadaku. Aku segera berlari bak Usain Bolt pelari nombor satu dunia menuju ke bilik yang ditujukan. Dua orang jururawat turut bergegas  masuk ke dalam bilik tersebut. Sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas katil tersebut sedang berjuang dengan kematian. Alat oksigen aku pasangkan pada wajah gadis tersebut. Pekerjaanku terhenti sebaik sahaja melihat wajah gadis yang mungkin sebaya denganku. Tumor yang besar melekat pada pipi kanan gadis tersebut. Aku seperti mengenali wajah itu meskipun mempunyai cacat celanya. Aku mendekati tubuhku ke arah gadis tersebut. Semakin menghampiri ke arah gadis itu. Aku menelan air liur ku. Kelat. Jantungku berdegup kencang tatkala melihat gadis tersebut.Semakin kencang degupan tersebut. Dia adalah sahabatku. Sahabat dunia dan akhirat. Kini persoalan yang bermain dalam mindaku dapat terjawab dengan sendirinya. Nabila.  Sebak rasanya melihat sekujur tubuh yang layu dihadapanku. Setitis demi setitis air mataku jatuh membasahi bumi. Aku hanya mampu melihat senyuman yang masih terpancar di wajah Nabila.

   Dia disahkan menghidap Rabdiosarcoma. Kanser yang dihasilkan melalui tisu lembut dan juga tendon. Gejala kanser tisu lembut ini akan menghasilkan benjolan sama ada di leher ataupun kepala. Benjolan ini tehasil seperti jerawat dan tidak akan berasa sakit jika disentuh. Rabdiosarcoma juga akan menyebabkan sel normal pada tisu lembut berubah menjadi abnormal. Aku mengesat air mataku lalu menyambung semula tugas menyelamatklan Nabila. Aku keluar daripada bilik Mawar dengan perasaan yang hampa. Puan Lina dan Encik Rahim ibu bapa kepada Nabila bangkit dari duduk lalu menghampiriku. Aku menyembunyikan kesedihan ini lalu menguntumkan sebuah senyuman kepada mereka berdua.

  “ Mak cik dengan pakcik jangan risau. Risa dalam keadaan yang stabil. Saya janji… saya akan rawat Risa sehingga dia sihat seperti sedia kala. Meskipun peluangnya begitu tipis.Hmm… boleh saya tanya sesuatu?”  Tuturku dalam nada yang rendah. Sebak rasanya melihat sahabat yang telah ku anggap seperti kakak sendiri terbaring kaku sebegitu rupa. Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan kepada Aizat,Naufal dan Fina.

  Puan Lina sekadar mengangguk. Aku menjemputnya masuk ke dalam pejabatku. Manakala Encik Rahim setia menemani anak gadisnya di dalam bilik Mawar. “ Makcik… sejak bila… Risa… menghidap Rabdiosarcoma?” Aku mengaju soalan kepada Puan Lina tersekat- sekat, sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku di sebuah sofa berwarna turquoise yang disediakan.Terselit rasa sebak dalam hatiku.

   “ Sejak… 10 tahun yang lalu.” Jawabnya ringkas. Aku sekadar tersenyum untuk menghindarkan diriku daripada perasaan sebak. Jadi ini punca sebenar dia memutuskan persahabatannya dengan kami berempat.

   Hampir seminggu aku merawat Nabila. Masa terluangku aku kongsi bersama dia. Rasa bersalah kadangkala menghambat diriku. Aku menyembunyikan punca sebenar persahabatan kami yang hancur dari kawanku yang lain.

   “ Maafkan saya… kalau awak nak bagi tahu dia orang perkara sebenar, saya tak kisah. Impian saya sekarang… Cuma nak tengok persahabatan kita yang saya hancurkan dulu kembali seperti biasa.” Tuturnya dengan nada yang sayu. Aku mengangguk. Ya, pasti aku akan memberitahu perkara yang sebenar kepada mereka.

. . . . .

   Pashmina berwarna ungu dengan corak berbunga –bunga yang berlipat di dalam almari aku capai. Aku melilitkan pashmina tersebut di atas kepalaku. Kunci kereta Myvi putih yang berada di atas meja solek aku capai. Petang tadi, aku menghubungi Fina, Naufal dan Aizat untuk makan malam bersamaku di Restoran Tasik Indah yang terletak di Shah Alam.

   “ Kau lewat la beb... basi kitorang tunggu kau kat sini. Tau tak.” Fina merungut sebaik sahaja kelibatku mulai kelihatan. Aku sekadar tersengih kelat. Aizat bangkit dari duduknya lalu menarik kerusi di sebelahnya lalu menyuruh aku duduk. Belum sempat aku melabuhkan punggungku di atas kerusi tersebut, Fina dan Naufal meminta diri untuk ke tandas. Aku dan Aizat saling berpandangan. Aizat menjongketkan bahunya. Pelik. Sejak bila Fina dan Naufal berbaik ni. Biasanya mereka berdua sentiasa tidak bersehaluan.

    “ Jangan la pedulikan dia orang tu. Hmm… cantik pashmina yang awak pakai ni. Secantik orangnya.Untunglah siapa yang jadi imam awak nanti. Dah la cantik, baik, pandai pula tu.” Tutur Aizat lalu memberikan senyuman yang manis kepadaku. Ha sudah. Perangai Aizat yang buat aku cair sedang menjelma. Aku tergelak. “ Mana ada cantik biasa – biasa ja. Siapa la nak saya ni. Saya ni asyik buzy memanjang mana sempat nak fikir hal tu. Oh… ya, so macam mana dengan lakaran bangunan yang awak reka tu? Dah siap belum? Hmm… dengar-dengar syarikat ayah awak dia nak serahkan dekat awak kan.” Bertubi-tubi soalan yang aku ajukan kepada dia.

     Aizat tergelak terbahak-bahak. Ketara sangat aku berasa malu dengan kata-katanya sebentar tadi. Dahiku berkerut dengan kelakuan Aizat yang pelik. Aizat menghentikan gelak tawanya sebaik melihat riak wajahku yang berubah. Padan muka gelakan aku lagi. Aku mencebik. “ Yelah… yelah saya tak buat lagi. Saya just rindu nak kacau awak macam dulu. Lakaran bangunan dah lama siap la…sayang. Dah serah pun setahun yang lalu… lambat pickup la ni masalahnya ni kan. Siapa suruh buzy memanjang, buzy… buzy juga solat jangan tinggal.” Muka ku yang putih mulus automatik bertukar menjadi merah.Malu rasanya. Aduh sejak bila Aizat berani memanggilku dengan gelaran “sayang”. Seperti biasa aku hanya tersengih kelat.

   Kelibat Naufal dan Fina mulai kelihatan. Aku menarik dan menghembuskan nafasku. Lega. Lega kerana akhirnya kami tidak berdua-duaan seperti tadi. Hidangan yang aku pesan melalui talian telefon diletakkan di atas meja kami. Sungguh menyelerakan makanan laut yang berada di hadapan kami. Fried with butter prawn,Sweet corn crab meat with asparagus,sweet and spicy sauce cuttle fish,kangkong with belachan dan pencuci mulut fried ice cream dan chilled mango platter begitu menyelerakan bagiku.

   Kami bertiga hanya melihat telatah Naufal yang seperti kebudak budakan itu. Naufal memang pantang apabila melihat makanan. Yang peliknya berat badannya tidak pernah naik dan dia tidak mempunyai masalah berat badan berlebihan. Aku tersenyum ceria melihat senyuman yang terpancar di wajah rakan-rakanku. Aku bersyukur kerana Allah mempertemukan aku dengan sahabat yang baik. Selera makan ku hilang sebaik sahaja aku teringat akan pesanan Nabila kepada ku. Dia ingin melihat persahabatan kami seperti dahulu. Aku buntu. Apa yang harus aku lakukan untuk memberitahu hal yang sebenanarnya kepada mereka?

    Aizat asyik memerhatikan diriku. Dia tersenyum melihat hidangan yang berada di pingganku tidak dihabiskan. “ Nisa! Makanlah, kalau awak sakit nanti pesakit awak macam mana? Nak suruh saya jaga ke?” Lamunanku terhenti apabila Aizat menyeru namaku. Dia menambahkan hidangan di dalam pingganku. Aizat! Ha sekali lagi dia membuatkan hatiku cair. Bahkan cair seperti ais di antartika! Naufal tidak mengendahkan kami berdua dia hanya melayan perutnya yang lapar. Fina pula menggeleng kepala melihat keperihatinan Aizat terhadap diriku.

    “ Heysh… korang berdua ni kang aku panggil tok kadi nikahkan korang esok padan muka. Kalau nak bermesra-mesra pun jangan la di depan kami. Sadiss sungguh! Aku nak makan pun tak ada selera dibuatnya.” Keluh Naufal yang masih melayan perutnya yang lapar. Aizat mencebik.  “ Panggil je malam ni pun boleh. Aku tak kisah.” Tersedak aku dibuatnya sebaik mendengar kata-kata Aizat. Pedas kata-kata itu di dalam pendengaran ku. Fina menghulurkan segelas air suam kepadaku.

   “ Dah la tu. Makan la, kesian Dayah dibuatnya sampai hati korang kan.” Fina menggosok belakang ku sehingga aku tenang kembali. Sebelum pulang ke rumah masing-masing kami saling berkongsi cerita mengenai perkara yang terjadi dalam diri kami. Cerita kami diselitkan dengan jenaka yang dilakukan oleh Aizat dan Naufal. Sesekali kami bergelak sakan dengan lawak yang mereka lakukan. Beberapa minit kemudiaan kami berdiam diri, tiada topik yang ingin dibincangkan. Aku mengetap bibirku. Menelan air liurku. Kelat. Tanganku mulai basah kerana peluh.Saluran adrinalin ku meningkat. Aku tidak tahu untuk memulakan dan menjelaskan kepada mereka mengenai keadaan Nabila.

   “ Guys… we need to talk… this is about… Risa.” Tutur ku gugup. Aku mengetap bibirku.

     “ Risa lagi. Awak tahu kan yang dia tu dah hancurkan persahabatan kita. Nak bahas pasal apa lagi tentang dia ha! Tahu tak bertahun – tahun saya pendamkan perasaan saya dekat dia and dia putuskan persahabatan kita macam ni ja. Dah saya nak balik! Nak bincang pasal dia… korang bincang je la.” Tutur Aizat dalam nada yang tinggi dan tegas. Ada terselit nada kecewa dalam kata-katanya. Aku kaget apabila Aizat bangkit dari duduknya. Tergores rasa cemburu dalam hatiku apabila aku mengetahui bahawa mereka berdua saling mencintai.

    Aku turut bangkit dari dudukku lalu menggenggam kedua belah tanganku.“ Risa cintakan awak! Kalau boleh saya nak awak jadi imam dia. Imam dia … sehingga hujung …nyawa dia. Kalau… korang nak tau, Risa hancurkan persahabatan kita disebabkan… disebabkan dia diserang dengan kanser. Dia menghidap Rabdiosarcoma. Kanser yang dihasilkan daripada tisu lembut dan tendon. Dia… sedang berjuang dengan kematian. Dia bukan saja-saja nak putuskan persahabatan kita… dia tak nak susahkan kita. Especially awak… Aizat. Khawin la dengan dengan dia. Jadi imam dia, berikan dia kata-kata semangat.” Aku menundukkan wajahku air mataku mulai menitis jatuh di membasahi bumi. Angin berhembus laju ditemani dengan hujan lebat yang mulai turun membasahi bumi seperti air mataku. Fina turut menangis teresak-esak. Naufal merenung ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya. Aizat terduduk sebaik sahaja mendengar penjelasanku. Kini semuanya telah terbongkar. Persoalan mengenai Nabila akhirnya sampai kepada kami. Bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

    “ Kalau… kalau itu yang awak nak. Saya… saya sanggup jadi imam dia sehingga akhir hayat dia. Tapi… saya nak awak Nisa… Saya nak awak jadi tanggungjawab saya sebenarnya bukan Risa. Saya nak lindungi awak… saya nak selalu ada di samping awak sehingga akhir hayat kita. Tapi kalau ini yang awak nak… saya sanggup lakukan apa sahaja demi awak. Saya cintakan awak… Nisa.” Air mataku semakin laju mengalir dari kelopak mataku, adakah ini mimpi ataupun realiti ? Semua yang aku rasa selama ini adalah salah. Aku buta. Aku tidak pernah menyedari bahawa Aizat menyayangi diriku melebihi seorang sahabat berbanding Nabila. Kedua belah lutuku berasa begitu lemah, aku terduduk semula di atas kerusi kayu. Masing-masing melayan perasaan ditemani dengan angin serta hujan lebat yang turun membasahi alam fatamorgana.
. . . . .

     Keesokan harinya Fina,Naufal dan Aizat bersepakat untuk memaafkan kesalahan Nabila. Mereka sedar bahawa Nabila tidak ingin menyusahkan kami. Masing-masing membawa buah tangan untuk Nabila. Waktu rehatku berlangsung aku turut melawat sahabat baikku yang sedang berjuang dengan kematian itu. Terpancar wajah ceria pada wajah sawo matang milik Nabila.Perlahan-lahan Nabila bangkit dari baringnya lalu duduk di birai katil begitu juga dengan Fina. Sudah lama aku tidak melihat kami berlima berkumpul. Aku rindu kenangan itu.

    “ Thanks… Dayah. Thanks… sebab bantu saya bagi tahu dia orang mengenai penyakit saya.” Tutur Nabila dalam nada yang lemah. Aku sekadar mengangguk lalu berbalas senyuman dengannya.

     Aku dan Aizat saling berpandangan aku tahu apa yang tersirat dalam hatinya. Dia ingin menjadi imam kepada hidup Nabila kerana itu permintaanku. Aku mengalihkan pandanganku daripada dia. Aku masih tidak dapat menerima hakikat bahawa dia ingin menjadi suri dalam hidupku.

    Aku menghempaskan tubuh ku di atas katil bersaiz king berwarna silver sebaik sahaja pulang daripada kerja. Aku memandang siling yang kosong. Kipas ligat berpusing menemaniku dalam keadaan yang kepenatan. Aku memang penat.  Satu – satu masalah menghambat diriku. Aku mencapai telefon bimbitku lalu menghubungi mama.

    “ Assalamualaikum mama. Mama ngan papa sihat?” Soal ku dalam nada yang ceria.

    “ Waalaikumsalam, mama sihat papa pun sihat. Kamu pula macam mana? Kerja macam mana?” Jawab mama. Mama dan papa, kalau bukan kerana mereka aku tidak akan berjaya sehingga ke tahap ini. Aku tersenyum tatkala mengimbas kembali saat manisku bersama kedua orang tua yang aku sayangi.

    “ Nisa sihat je ma… kerja ok juga. Semua senior Nisa sporting sangat dia orang banyak bagi tunjuk ajar dekat Nisa.” Balasku.

     “ Alhamdulillah. Bagus la kalau macam tu, mama tumpang gembira. Kamu tu bila balik sini? Dah ada calon belum? Mama tak nak anak mama yang seorang ni jadi anak dara tua nanti. Asyik sibuk dengan kerja dia ja.” Ha sudah soal jodoh mama dah bangkitkan.

     “ Mama je la yang carikan untuk Nisa. Nanti Nisa balik bulan depan maybe. Hmmm ok la ma… Nisa mengantuk ni. Assalamualaikum… Bye mama… sampaikan salam Nisa dekat papa.” Aku menyentuh butang merah pada skrin telefon bimbit jenama Samsung galaxy s4. Aku malas jika mama membangkitkan soal jodoh. Jodoh itu berada di tangan tuhan. Aku tahu kesemua adik beradikku yang lain telah pun berumah tangga. Hanya aku seorang sahaja yang masih hidup membujang.

     Lamunan ku terhanti sebaik sahaja telefon bimbitku berdering. Tertera nama Aizat. Mujur dia hanya menyampaikan mesej kepadaku, aku masih segan dan malu sebaik sahaja dia meluahkan rasa cintanya terhadapku semalam.

     “ Assalam… maafkan saya sebab semalam. Saya terlalu emosi, tapi saya memang cintakan awak. Saya nak awak jadi tanggungjawab saya.” Tergaris sebuah senyuman di bibirku sebaik membaca pesanan ringkas daripada Aizat.

    “ Waalaikumsalam. Saya tak marah awak pun semalam. Terima kasih sebab cintakan saya.” Balasku ringkas. Aku tidak tahu bagaimana ingin menyampaikan mesej yang berbahas tentang cinta.

      “ Awak terima tak cinta saya?”

       “ Cinta saya hanya untuk yang halal ja. Cinta saya layak untuk suami saya. Suami yang akan membimbing dan mengimamkan hidup saya dan anak- anak saya nanti. Saya harap awak faham.”

      “ Kalau macam tu, keluarga saya akan datang merisik. Dalam minggu depan.” Mataku terbuntang tatkala melihat mesej yang disampaikan oleh Aizat.

      “ Pendamkan ja rancangan itu, saya nak awak bahagiakan Risa.”

     “ Awak bukan tuhan. Jodoh,ajal dan rezeki berada di tangan tuhan. Jika jodoh saya dengan Risa saya akan terima dia apa seadanya.” Aku menelan air liur ku. Pahit. Dia memang cintakan aku. Aku buta dalam bab cinta. Aku tidak pernah menyedari bahawa Aizat mencintai diriku.

      Air mataku mulai mengalir. Laju. Aizat.Aku memang cintakan dia. Aku cintakan dia sejak dia menyelamatkan diriku daripada dilanggar sebuah kereta ketika kami baru memasuki bangku sekolah menengah. Ketika itu, dia berjuang dengan kematiaan hanya kerana dia menyelamatkanku daripada kemalangan.

     “ Hahaha… ok. Bagus la kalau macam tu. Assalamualaikum… selamat malam. Saya sayangkan awak… sebagai seorang sahabat.” Akan ku pendam sahaja perasaan ini sehingga akhir hayatku. Betul apa yang dikatakan oleh Aizat. Jodoh dan ajal berada di tangan tuhan. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang.
   
      “ Saya akan tetap menanti jawapan daripada awak. Saya akan tunggu hingga hujung nyawa saya. Saya tahu apa yang tersimpan dalam hati awak. Waalaikumsalam.” Aku mengetap bibirku membaca pesanan ringkas yang disampaikan oleh Aizat. Air mataku semakin merembas laju mengalir di pipiku.  Hatiku berasa begitu ngilu,perit.

    Nabila masih tetap tersenyum meskipun penyakitnya semakin teruk hari demi hari. Kemoterapi yang dijalankan oleh Nabila membuatkan rambutnya gugur. Wajahnya juga semakin pucat. Sebaik sahaja aku membuka tombol pintu sebuah senyuman dihadiahkan kepada diriku.Aku duduk di birai katilnya, mereka bertiga turut melawat Nabila hampir setiap hari.
   
  “ Korang dah solat?” Tuturnya dengan nada yang lemah.
  
    “ Belum.” Jawab kami serentak.

       “ Kalau macam tu… kita solat berjemaah jom. Firhat… awak jadi imam kitorang. Dah lama saya tak dengar bacaan al quran dari awak.” Aizat mengangguk lalu menguntumkan senyuman kepada Nabila. Aku memandangnya sekilas. Aku tahu dia sedang menanti jawapan dariku.

      Perlahan – lahan aku dan Fina memapah Nabila duduk di atas kerusi roda. Dia memang kuat. Semangatnya kental. Dia sentiasa tersenyum untuk menyembunyikan penyakitnya daripada kami. Aizat membantu Nabila menolak kerusi rodanya sehingga ke hadapan pintu tempat mengambil wuduk wanita.

     “ Terima kasih.”  Perkataan itu sering kami terima daripada Nabila. Dia tidak pernah mengucapkan kata maaf kepada kami jika kami membantunya.

       Belum sempat Aizat dan Naufal berganjak dari situ,Nabila mulai menangis teresak-esak. Aku mengetap bibirku. Fina turut mengalirkan air matanya. Suasana hiba kembali menerpa kami.

       “ Penyakit ini… penyakit ini…. Kenapa… kenapa dia memilih saya. Saya nak hidup macam kamu semua. Saya… saya nak hidup macam dulu. Saya nak berumah tangga dan memperoleh anak.”  Tutur Nabila dengan nada yang sayu. Tangisannya kedengaran. Aku, Fina dan Nabila saling berpelukan. Aku tidak ingin mengeluarkan air mataku. Aku harus memberikan semangat kepada Nabila untuk meneruskan kehidupannya.

      “ Jangan risau Risa… saya… saya sudi menjadi imam dan suri hidup awak. Saya nak awak hidup bahagia… Risa.” Pujuk Aizat selamba. Aku meleraikan pelukan Fina dan Nabila. Aku memberikan senyuman yang lebar kepada Aizat. Matanya berkaca-kaca. Sepanjang aku bersahabat dengan Aizat aku tidak pernah melihat wajahnya menjadi masam mencuka seperti itu.

     Nabila mengesat air matanya lalu tersenyum lebar. “ Terima kasih… Firhat.Tapi… saya tahu dari riak wajah awak…awak nak Nisa jadi tanggungjawab awak.” Aku dan Aizat saling berpandangan. Fina menolak kerusi roda Nabila masuk ke dalam tempat mengambil wuduk wanita. Fina memang bijak. Dia mencuba untuk meleraikan perbahasan antara Nabila dan Aiazat. Kami bertiga masuk ke dalam tempat mengambil wuduk meninggalkan Aizat dan Naufal yang berada di luar.

        “ Bro… aku faham perasaan kau. Kau dalam dilema kau nak Dayah tapi kau simpati dengan Risa. Aku faham apa yang sedang kau sedang hadapi Firhat.” Naufal menepuk bahu rakannya. Aizat hanya mampu mengangguk. Terasa sebak dalam dirinya mulai menerpa sebaik sahaja mendengar kata-kata Nabila sebentar tadi.

     “ Dayah…  Fina …saya nak bagi tahu korang sesuatu.” Belum sempat aku mengambil wuduk, Nabila menyapa aku dan Fina.

      Aku memberikannya senyuman yang lebar lalu mengangguk.

   “ Terima kasih sudi menjadi sahabat saya selama saya berada di atas muka bumi ini. Terima kasih kerana sudi melayan karenah saya… dan saya nak korang tahu bahawa …. korang sahabat yang paling hebat di dunia ni. Saya sayangkan korang.” Ada sedu dalam tutur kata Nabila.

      “ Awak pun sama… saya bersyukur dapat sahabat yang kuat seperti awak.” Hanya itu yang mampuku tuturkan.

        “ Ya beb… aku pun sama juga. Kalau tiada kau tak ceria la hidup aku ni heysh. Kalau bukan di sebabkan kau beb… hmmm hancur masa depan aku. Kau sedarkan aku daripada kesalahan yang aku lakukan.” Tambah Fina. Sebelum aku mengenali Fina, tiada siapa yang berani menjadikannya sahabat kerana dia seorang pengkid. Ada juga desas desus yang mengatakan bahawa Fina bukan sekadar pengkid bahkan seorang Lesbian! Nabila menyedarkan Fina daripada kesalahannya. Aku sendiri tidak dapat memberikan nasihat kepada gadis yang keras hati seperti Fina.

 Nabila tersenyum tatkala mendengar kata-kata kami berdua. Senyuman itu, senyuman yang terpancar dari wajahnya merupakan senyuman yang manis.

 Suara Aizat mengimamkan solat Isyak begitu lunak di pendengaranku. Aizat sering menjadi Johan dalam tilawah al-quran yang dianjurkan peringkat sekolah. Dia juga pernah mewakili sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa.Aizat begitu sempurna dalam diriku. Hampir semua ciri-ciri suami yang aku mahu ada dalam dirinya.

Kami menadah tangan untuk berdoa kepada yang esa. Aizat turut mengimamkan doa kami. Naufal yang muda sebulan daripada Aizat mengaminkan doanya. Keadaan pelik mulai menerpaku. Nabila. Dia masih belum bangkit dari sujudnya sejak rakaat terakhir. Fina melipat telekung yang digunannya. Kami berdua saling berpandangan. Aku menjongketkan bahuku. Aku sendiri tidak mengetahui apa yang terjadi kepadanya.

Fina menggerak-gerakkan tubuh kecil Nabila. Aku turut menyeru namanya berkali-kali. Tiada jawapan. Nabila rebah dari sujudnya. Aku memeriksa nadinya. “ Inalilahi wainalillahi rojiun.” Nabila telah pun pergi meninggalkan ibu bapa serta sahabatnya. Kenangan manis dan pahit yang aku lalui bersama Nabila kini tinggal bersama memoriku yang lain. Fina terduduk. Terkesima melihat sekujur tubuh di hadapan kami. Aizat dan Naufal turut mengucapkan inalilahi wainalillahi rojiun. Air mataku tidak dapat dikeluarkan lagi. Seperti tersekat di dalam kelopak mataku dari mengalir.

Wajah Nabila begitu tenang. Senyumannya masih kelihatan. Nabila meninggal dalam keadaan sujud ketika solat! Itu juga merupakan salah satu impiannya selama ini. Nabila… dia akan sentiasa berada di ingatanku. Sentiasa berada di ingatanku untuk selama-lamanya.
. . . . .

Aku mengeluh sebaik sahaja kelibat Aizat yang berbaju Selangor berwarna biru muda bersandar di belakang kereta Myvi putihku.Serius ketampanannya semakin terserlah dengan baju Selangornya. Fina dan Naufal terlebih dahulu meminta diri kerana mempunyai hal keluarga.

Apa lagi yang mamat ni nak. Esok tiada ke hari bagi dia. Getusku dalam hati. Semakin langkahku menghampiri dia, degupan jantung ku semakin berdegup kencang. Sejak peristiwa dua minggu yang lepas, aku langsung tidak bertegur sapa dengannya. Rindu? Hmm memang aku akui rindu berborak dengannya.

Dia menguntumkan senyuman yang lebar kepadaku. Manis. Menawan. Aku mencari kunci keretaku yang berada dalam poket baju kurungku yang berwarna biru dengan corak abstrak. Tak sangka hari ni kami mengenakan baju dengan warna yang sama. Peluh mulai membasahi tanganku. Kunci kereta milikku langsung tidak berada di dalam poket baju kurungku.

“ Cari ni ke?” Aizat tersenyum sinis. Tangan kananya bermain-main dengan kunci keretaku manakala tangan kirinya memeluk tubuhnya.

Aku mengetap bibirku. Muka ku serta merta bertukar menjadi merah. Meluap luap kemarahan dalam diriku. Aku mempercepatkan langkahku  menuju kearah jejaka yang berdiri di hadapanku. “ Bak sini… kunci tu. Saya tak main-main la.” Aizat sengaja meninggikan tangannya agar aku tidak dapat mencapai kunci tersebut. Aku pula seperti orang gila meninggikan kakiku untuk mencapai kunci tersebut. Aku tau la dia tu tinggi aku ni pendek.

“ Kalau saya tak buat macam ni… awak tak nak cakap dengan saya kan. Thanks to our friend…. Fina.” Aizat berbisik sesuatu ke arah telingaku. Hmm Fina. Aku dah agak pasti dia mastermind di sebalik semua yang terjadi. Patutlah dia memberi alasan kononnya ada hal keluarga. Rupanya dia melarikan diri dari aku.

Aku mulai mencebik. Aizat memulangkan semula kunci keretaku. Wajahnya kelihatan tenang dengan senyuman yang terpancar di wajahnya. Dia memulakan langkahnya untuk pergi dari situ. Langkahnya terhenti. Aku masih tercegat berdiri di hadapan kereta Myviku. Dia menoleh ke arah belakang. Mata kami bertatapan.

Today… I want to tell you something… Today hari terakhir saya stay in Malaysia. Tomorrow… saya akan berangkat keluar daripada Malaysia. Lakaran projek yang saya lakar akan dijalankan di Singapura.” Aku tercengang tatkala mendengar kata-kata Aizat. Perpisahan menjelmaku semula. Aku akan menjadi kesunyiaan. Air mataku tidak dapat ditahan lagi. Air mata itu jatuh dengan sendirinya.

So… you will… you will leave me alone? Tak cukup lagi ke Nabila tinggalkan saya… sekarang awak pula… awak pula yang akan tinggalkan saya.” Aku tersedu sedan. Aku menundukkan wajahku memandang lantai bumi. Aizat menghampiriku. Semakin dekat. Dia menghulurkan sehelai sapu tangan kepadaku. Aku menerima sapu tangan tersebut lalu mengesat air mataku.

“ Awak… janganlah risau. Saya yakin seorang imam akan hadir dalam hidup awak. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang apa yang baik untuk diri kita. Saya akan hubungi awak itupun kalau saya rindukan awak la.” Aku hanya menggeleng kepala. Terasa  hatiku bagai dirobek. Ngilu. Perit rasanya dengan perpisahan demi perpisahan yang aku harungi.

Jika Aizat sah menjadi suami aku, sudah lama aku memeluknya agar dia sentiasa berada di sampingku.Tidak pergi jauh dariku. Tapi, aku tak boleh lakukan sebegitu rupa. Aizat memulakan langkahnya  sekali lagi menuju ke Ford Mustang berwarna merah miliknya yang diletakkan di bahu jalan.

“ Saya cuma nak awak! Saya tak nak orang lain! Saya… nak awak… jadi pembimbing saya. Pembimbing saya.. dunia dan akhirat. Saya khilaf dengan perasaan saya sendiri.” Tutur ku dalam nada yang sayu. Aizat tersenyum lebar. Aizat cinta pertama dan mungkin terakhir bagiku. Cukuplah aku meninggalkan dirinya selama 5 tahun. Kami berpisah di sepanjang waktu itu. Hanya kerana aku yang menyambung pelajaran ke peringkat antarabangsa.
. . . . .
Lapan Tahun Kemudiaan…

Telefon bimbitku berdering. Tertera nama Imamku di dalam telefon bimbit berjenama Samsung s 4 berwarna hitam itu. Aku meletakkan bingkai gambar yang aku pegang kembali di atas meja lalu menyentuh skrin berwarna hijau.

“ Assalamualaikum sayang. Dah makan belum ni? Jangan lewatkan sangat makan tu. Nanti twin baby kita macam mana? Dia orang pun perlukan makanan.” Amboi suamiku tak pandai penat hendak memberiku nasihat. Kali ini entah keberapa ratus kali aku mendengar nasihat itu.

“ Waalaikumsalam. Dah awak janganlah risau. Ye saya tau la jaga dia orang macam mana. Yang awak tu dah makan belum?” Aku kembali mengajukan soalan kepadanya.

“ Sudah. Jangan risau la.” Jawabnya ringkas.  “ Dah keluar dari bilik ni saya ada kat luar ni.” Tambahnya. Aku hanya menggeleng mendengar kata-kata suamiku. Suamiku memang romantik dan sentiasa mengambil berat tentang diriku. Aku bersyukur kerana Allah memakbulkan doaku dan mengurniakan seorang imam yang penyayang dan taat kepada perintahnya.

Aku bangkit dari dudukku. Aku mengusap kandunganku yang berusia sembilan bulan. Aku harap anak kembarku seorang perempuan dan seorang lelaki.Perlahan lahan tombol pintu aku buka. Tersergam seorang jejaka yang kacak di hadapanku sambil membawa sejambak bunga ros merah. Bunga kegemaranku.Aku tersenyum melihat suamiku. Senyumanku mati tatkala perutku berasa begitu sakit.Ngilu. Aku terduduk tapi berjaya disambut oleh suamiku. Beberapa orang jururawat bergegas membawa pengusung beroda. Peluh mulai mengalir di wajahku. Aku mengetap bibirku.  Suamiku yang jauh lebih besar berbanding diriku mengangkat tubuhku yang kecil di atas pengusung beroda. Dia menggenggam erat tanganku. Senyumannya masih kelihatan. Aku suka senyuman itu. Senyuman itu sentiasa membuat aku cair dan tergoda dengan dirinya.

Suamiku menanti penuh debaran di luar ruang wad bersalin. Beberapa minit kemudiaan,suara bayi mulai kedengaran. Anakku telah selamat dilahirkan di dalam bumi ini. Aku tersenyum melihat dua orang puteriku di kedua sisi kanan dan kiriku. Suamiku masuk ke dalam wad bersalin lalu mengangkat anak sulung kami untuk diazankan. Suara lunak suamiku melaungkan azan mulai kedengaran. Terasa sakitku selepas berjuang melahirkan anakku hilang begitu sahaja. Seterusnya, anak kedua ku pula diazankan olehnya.

Aku dan suamiku saling berbalas senyuman. Dia mengucup ubun – ubun rambutku. Aku mengusap pipinya yang putih mulus itu. Semakin bertambah kebahagiaan dalam hidupku.

Aku dan kedua orang puteriku diletakkan di sebuah wad bersalin. Aku bersyukur kerana dikurniakan dua orang puteri yang sihat. Puteri sulungku mempunyai paras muka yang sama sepertiku manakala Puteri keduaku pula mempunyai paras muka seperti suamiku. Puteri sulungku mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Kedua belah pipi kiri dan kanannya mempunyai lesung pipit. Comel. Kedua dua puteriku begitu comel.

“ Awak… nak namakan anak kita dengan nama apa?” Soalku sebaik sahaja  dia melabuhkan punggung di birai katil hospital. Aku masih terbaring lemah di atas katil tersebut.
          
            “ Um… anak kita yang sulung yang comel macam mak dia ni kita bagi dia nama Nur Nabila Aisyah binti Firhat Aizat. Nanti kalau dia dah besar dia akan jadi orang yang kuat semangat macam Nabila. Kita guna nama isteri nabi, Aisyah supaya besar nanti dia jadi seorang yang bijak dan dermawan.” Aku mengangguk sebuah senyuman terukir di bibirku. Lapan tahun lalu, setahun selepas kematian Nabila, aku dan Aizat selamat di ijabkabulkan. Pelbagai kejutan yang diberikan kepadaku semasa majlis resepsi perkhawinan kami. Aizat. Dia memang seorang yang romantik. Semasa majlis resepsi perkhawinan kami, dia memberikan aku sebuah kejutan. Ketika aku sibuk melayan tetamu yang hadir di majlis perkhawinan kami,dia memimpin tanganku naik ke atas pentas. Menuju ke arah piano berwarna putih yang terletak di sudut kanan pentas. Kami berdua melabuhkan punggung di sebuah kerusi kayu yang disediakan.
          
               “ Lagu ni khas untuk awak. Terima kasih, sudi menerima saya menjadi imam dan suri dalam hidup awak. Saya janji…cinta kita akan kekal… hingga… hembusan nafas terakhir saya. Saya tetap cintakan awak hari ini…esok…lusa dan hari-hari seterusnya.”  Dia membisikkan sesuatu ke arah telingaku. Aku mengangguk. Aku meletakkan kepalaku di bahunya. Jari jemarinya sedia untuk memainkan sebuah lagu untukku. Inilah salah satu impian perkhawinan ku. Aku tidak pernah memberitahu sesiapa bahawa ini merupakan impianku. Aizat, dia begitu memahami diriku. Alunan muzik yang indah bagai meresap ke dalam jiwa dan sanubariku mulai dimainkan olehnya. Air mataku mulai gugur dari kelopak mataku. Sebak mendengar kata-katanya. Pastel Reflection. Lagu yang dimainkannya begitu meruntun jiwaku.  
          
               “ Anak kita yang kedua pula nak bagi nama apa?” Lamunan ku mati sebaik Aizat mendekatkan wajahnya ke arah wajahku. Dia mengusap lembut wajahku. Terasa hangat wajahku dengan sentuhan tangannya.
          
                 “ Afrina Hana… macam mana? Ok tak? Saya ada baca satu buku tentang nama anak. Afrina maksud dia putih kemerah-merahan. Hana pula maksud dia kebahagiaan. Nanti mesti senang dia nak capai kebahagiaan dia macam kita.” Jawabku ringkas. Tangannya yang mengusap lembut wajahku, ku genggam dengan erat. Sebuah senyuman terukir di wajahnya.
          
              “ Apa sahaja keputusan awak, akan saya terima. Saya akan pastikan anak-anak kita menjadi anak yang soleh solehah.Bijak.Saya akan pastikan juga dia orang dapat pendidikan yang secukupnya.Saya…”  Aku meletakkan jari telunjukku di bibirnya sekaligus mematikan kata-katanya.
          
               Aku menggelengkan kepalaku. Membalas senyumannya sebentar tadi. Perlahan-lahan aku mendekatkan dahiku  ke arahnya. Begitu juga dengan dia. Dahi kami bersatu. Aku sendiri tidak menyangka bahawa persahabatan yang lama kami pertahankan bertukar menjadi pernikahan. Betul apa yang seringku dengarkan. Jodoh, ajal maut dan pertemuan semua berada di tangan Allah. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang.
          
                “ Hey… bukan awak je… tapi kita berdua. Kita berdua yang akan membina mawaddah terhadap rumah tangga kita. Kita akan sama-sama tempuhi cabaran meneruskan kehidupan kita sekeluarga.” Satu kucupan hinggap di dahiku. Kami saling berbalas senyuman. Aku berharap kebahagiaan ini akan kekal. Kekal sehingga nafas terakhir kami.
          
             Fina yang dahulunya seorang pengkid telah selamat diijabkabulkan dengan seorang mualaf cina setahun selepas pernikahan kami lapan tahun yang lalu. Naufal pula akan melangsungkan pernikahannya bersama seorang gadis yang diidamkannya dalam tempoh yang terdekat ini. Naufal berjaya mencapai cita-citanya untuk menghawini seorang gadis sabah yang bertudung litup.
         
               Meskipun Nabila tidak lagi berada di samping kami, namun kenangan manis dan pahit kami akan tetap berada di memoriku. Nabila. Seorang gadis yang kuat dan sabar. Dia mengajarku erti persahabatan. Meskipun persahabatan kami berlima pernah terpisah di antara ruang dan waktu namun kami tetap mempertahankan jua persahabatan ini. Mereka sahabat dunia dan akhiratku. Siapa sangka Aizat sah menjadi imam dan suri dalam hidupku. Dahulu, aku menyangka bahawa Aizat dan Nabila saling menyayangi melebihi seorang sahabat. Aku salah. Seratus peratus salah. Aku bersyukur kepada Allah. Dia menambahkan kebahagiaan dalam hidupku.

       Allah memberikan seorang imam yang aku cinta dalam diam. Allah menambahkan dua orang zuriat dalam hidup kami. Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Ya pelangi. Aku lah salah seoarang hamba yang berjaya mendapatkan pelangi itu. Pelangi ku. Aizat. Dialah pelangi yang aku cari selama ini.

   Aku pernah terfikir adakah aku gila kerana mencintai sahabat sendiri? Sahabat yang telah aku anggap seperti abangku sendiri? Tak… aku tak gila. Ini semua ketentuan ilahi. Aizat sentiasa mengambil berat tentang diriku dan itu membuatkan hatiku mencintai dirinya. Dia sempurna dari segi luaran dan dalaman di dalam mataku. Tiada cacat celanya. Dia lelaki impian aku.

   Sebelum rohku ditiupkan, Allah telah mencatatkan nama Firhat Aizat sebagai jodohku di dalam Lauhul Mahfuzh kitab yang mengandungi peristiwa yang terjadi dalam hidupku. Peristiwa sama ada mengenai jodoh dan ajal maut. Lauhul Mahfuzh termasuk makhluk abadi seperti syurga,neraka.. Lauh Mahfuzh adalah kitab tempat Allah menuliskan seluruh catatan kejadian di alam semesta… aku biasa mendengar orang berkata semua takdir makhluk Allah telah ditulis-Nya di Luh Mahfuz.

     Dan pada sisi Allahlah kunci-kunci semua yang ghaib; tak ada yang mengetahuinya kecuali dia sendiri, dan dia mengetahui apa yang ada di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauhul Mahfuzh). ( Al An’aam, 6:59)

  Firhat Aizat, aku mengenalimu merupakan suatu kebahagiaan terhadap diriku. Bergurau denganmu merupakan suatu keriangan. Berjauhan denganmu suatu kerinduan. Aku pernah menyakiti hatimu dan itu merupakan suatu kesilapan yang besar terhadap diriku. Aku juga pernah berpisah denganmu selama lima tahun dan aku berasa pilu setiap kali aku merindui dirimu. Tanpamu disisiku aku berasa kesunyian. Aku berharap perkhawinan kita akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kita.

So... You guys have fun or not? hehe don't forget to leave your comment... Syaf akan terima jika komen yang korang bagi negatif atau positif. Yang baik itu datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kita sendiri ( betul ke ayat ni huhu... ) ^__^ Btw Thanks.... sudi baca cerpen kita....

         

         

6 ulasan:

  1. nice story.. good job dear.. teruskan berkarya lagi..good luck :)

    BalasPadam
  2. wahhhh citer yuki ade peningkatan >.< best2 .. semoga brjaya ^_^

    BalasPadam
  3. good job kina..berani buat cite mcm ni..bagus dan best..teruskan berkarya n good luck :)

    BalasPadam
  4. Bgus nyeee cite yukiii.. Akak suka hihi prshbatan mnjdi cinta wuuu hehehe.. Terus kn berkarya yuki.. Good job.. ;)

    BalasPadam
  5. yukiiiiiiiiiii !!! eh assalamualaikum.. best.. good job btw baiki typo tu.. hehe ;)

    BalasPadam
  6. Yuki..dh bce..hehe..best

    BalasPadam

Ask Me