Tumblr Scrollbars

My Friend

Sabtu, 20 Disember 2014

Aku Mahu Dia Bahagia ( PROLOG )






PROLOG
BOLA KERANJANG dia lantun lalu dimasukkan ke dalam jaring. Rintik–rintik peluh dia kesat dengan belakang tangan. Habis basah belakang baju sekolahnya. Geram, marah dengan sikap si budak perempuan yang tak reti nak faham perasaan dia. Kalau bukan disebabkan konflik, mesti dia orang tak dingin antara satu sama lain. Tak kot, dia suka buat si budak perempuan marah–marah, si budak perempuan tu aje yang suka layan dia dingin. Sentap jugaklah hati dia tu tapi ditahan aje. Kalau dah umi dia suruh buat pilihan nak buat apa lagi. Apa pun umi yang lahirkan dia, bila umi kata jangan buat kena dengar takut dicop mohor anak derhaka. Macam kata ustaz dekat kelas mengaji dia jangan lawan cakap ibu bapa. Kata ‘ah’ sekalipun dah kira dosa.
            Nafasnya mulai tercungap-cungap sebelum dia hempas tubuh baring di tengah gelanggang. Direnungnya siling putih dengan kipas yang ligat berputar. Bola keranjang dia letak di atas perut sebelum pejam m. Bila diingatkan konflik tu kesian budak perempuan tu. Jadi mangsa dan dia tahu budak perempuan tu tak sejahat apa yang orang sangka. Sebab dia, budak perempuan tu kena fitnah biarpun terang tang tang ada bukti yang dia nampak. Kesian budak perempuan tu, sebab dia jugak habis berbirat betis si budak perempuan. Tengok aje cara budak perempuan yang suka pakai topi baseball tu jalan tahulah dia budak perempuan dah kena rotan teruk dengan mamanya. Sebab dia jugak, dia dah tak boleh jadi penjaga pelindung untuk budak perempuan tu. Sungguh dia nak jaga budak perempuan yang brutal tu. Tapi tu kejadiaan empat tahun yang lalu masa tu dia baru darjah empat budak perempuan tu baru darjah tiga.
            “Betul cikgu... orang tak curi duit abang Furqan,” tak sanggup dia nak tengok muka budak perempuan yang dah memerah sebab takut. Ya dia tahu budak tu takut.
            “Ni apa?! Tak curi? Ha?” Sampul surat berwarna coklat dikeluarkan dari beg si budak perempuan lalu dihempas di atas meja. Si budak perempuan tergeleng–geleng.
            “Kamu yang rapat dengan Furqan! Setiap masa kamu berdua bersama… tak ada lagi yang rapat dengan Furqan selain kamu.” Cikgu Alina sudah mengherdik si budak perempuan yang tunduk merenung lantai.
            “Abang Furqan… orang tak curi duit abang. Sumpah orang tak curi.” Furqan pandang budak perempuan yang sudah angkat tangan kanan tanda bersumpah di sebelahnya tapi sekejap aje. Ada titisan air mata yang dia nampak mengalir dari tubir mata si gadis cilik yang berikat tocang satu itu. Furqan diam. Tak percaya yang si budak perempuan sanggup curi duit yurannya.
            Si budak perempuan sudah tersedu-sedan sambil tangannya ditarik kuat oleh mamanya. Dia tahu si budak perempuan kesakitan. Furqan pun rasa nak menangis tengok teman sepermainannya dirotan sekali lagi oleh mamanya.
            “Mulai saat ini… umi tak nak kamu berkawan dengan Elena tu! Pencuri dah tu perangai tak senonoh macam lelaki,” pedas kata–kata uminya.
            “Dia kawan oranglah umi. Orang kan dah kata orang nak jaga dia aje,” umi matikan langkah di pekarangan tapak perhimpunan. Suasana mulai lengang, waktu tu dah habis waktu persekolahan. Masa untuk balik. Tangannya dicengkam kemas oleh umi. Dia renung anak mata umi yang mulai menyinga itu dalam–dalam.
            “Kamu tak sayangkan umi ke? Tak nak dengar cakap umi? Banyak lagi kawan kamu kan. Kenapa mesti kawan dengan budak tak senonoh tu? Ha!” Terhinggut bahunya saat suara umi naik satu oktaf.
            “Orang sayang umi,” nada suaranya kendur.
            “Ha kalau sayang dengar…”
            “Tapi orang pun sayang Elena. Dia baiklah umi dia tak jahat orang yakin bukan dia yang buat,” dia potong cakap uminya.
            “Pilih umi atau Elena?”
            “Dua–dua.”
            “Satu aje! Antara umi atau Elena? Lawan cakap umi berdosa tau. Kamu boleh kawan dengan orang lain lagi. Bukan dengan dia aje. Tahu dak!” Umi lepas kasar tangannya lalu umi tinggalkan dia bersendirian di pekarangan tapak perhimpunan.
Dia telan liur.
 Pahit.
 Mestilah dia pilih umi. Dia takut jadi anak derhaka. Tapi dia nak kawan dengan Elena jugak. Tiba-tiba... mata tertancap ke arah seorang budak perempuan yang suka sakitkan hati Elena.
            Gadis itu ketawa terkekek–kekek bersama seorang rakannya yang berbaju pinafore. “Kesian budak tomboy tu kan tak pasal–pasal kena dengan aku. Lepas ni dia tak boleh rapat dengan Furqan dah,” dia dah agak! Shira dalang semuanya tapi semuanya sia–sia. Elena jadi mangsa. Tak akan ada yang dengar penjelasannya.
            Tapi... semua tu dah berlalu.
Dia keluh kasar lalu bangkit dari baring. Dia rindu dengan budak brutal yang baru aje pindah. Dia rindu tahap giga dengan budak nama Elena Husna tu. Dia pasrah andai kata dia orang tak akan bertemu. Dia lontar bola keranjang sebelum menyambar beg sekolah lalu DSLR digantung dilehernya. Pintu dewan dihempas kuat. Masih marah dengan diri sendiri sebab tak pernah pertahankan Elena si budak brutal.
            “Furqan,” sebaik Furqan tanggalkan mangga basikalnya, Naurah sudah berdiri statik di hadapannya. Naurah rakannya Elena. Dia hulur sehelai kertas yang berlipat kepada Furqan.
“Dari Elena,” dia kebil–kebil lalu kertas disambar. Naurah atur langkah tinggalkan Furqan dengan surat dari Elena. Furqan koyak senyum nipis bila dia buka kertas yang berlipat.
            Lukisan orang lidi buat dia gelak kecil. Orang lidi yang habis diconteng wajahnya dengan warna hitam. Muka budak pembuli hitam menjengkelkan suka cari pasal.
            Assalamualaikum budak pembuli yang orang dah lupa nama dia sape
Budak pembuli, orang tak tahu awak masih ingat ke atau dah lupa setiap saat kita bersama dulu sebelum awak jadi pembuli. Awak bagai abang dan penjaga untuk orang. Bila mama rotan, bila cikgu marah awak suka backup orang. Terima kasih untuk semuanya. Ingat tak dulu kita selalu aje main kahwin–kahwin, main pondok–pondok jujur orang kata orang rindu nak main macam tu tapi orang tahu yang semua tu tak akan jadi. Orang suka awak yang dulu… yang tak suka membuli. Tapi orang suka awak yang sekarang ni jugak… cuma menjengkelkan bila awak duk kata nak kahwin dengan orang. Awak dah berubah sekarang ni… awak macam matang biarpun orang masih marah sikit dengan awak sebab tolak orang dari tangga dulu. Sorry sebab orang asyik belasah awak, sebab salah awaklah suka buli budak lemah. Suka cari pasal dengan orang. Orang harap awak jadi budak baik… impian yang awak pernah cakap dekat orang dulu orang harap akan tercapai. Impian nak jadi Photographer. Bye… Jangan cari orang, jangan rindu orang. Peace ^_^
Nur Elena Husna ( Si budak brutal )

            Furqan renung bintang yang berkerdipan di dada langit sambil duduk di pangkin arwah opah Elena. Tempat dia orang selalu main kahwin–kahwin. “Budak brutal… tapi impian orang nak kahwin dengan awak jugak. Mestilah orang tak akan lupa setiap saat kita bersama. Orang suka awak Elena. Sampai hati awak tak bagi tahu orang awak pindah… tak bagi tahu orang awak pindah dekat mana.”  Furqan hempas tubuh di atas pangkin. Keluhan berat dia lepaskan. Tak sangka yang si budak brutal akan tinggalkan dia bersama memori indah antara mereka berdua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me