Tumblr Scrollbars

My Friend

Ahad, 21 Disember 2014

Aku Mahu Dia Bahagia ( BAB 3)




3
“BULAN depan aku balik Kedah,” aik aku yang balik Marisa pulak yang sengih–sengih dengan mulut yang penuh dengan nasi dan lauk. Ish tak senonoh betul.
“Nak kahwin ek? Aku nak ikut,” aku renung kuey teau yang tak terusik dari tadi. Aku tak ada selera makan. Tapi suka hati si Marisa ni aje orderkan aku makanan kegemaran aku ni. Aku abaikan soalan kahwin dia tu. Nak menyakat akulah tu.
Baru aku ingat minggu lepas, Adibah minta tolong dengan aku jadi pengapit dia. Katanya dia minta aku gantikan sepupu dia yang terlantar dekat hospital sebab demam panas. Dua hari aje lagi si Adibah tu jadi isteri orang. Nervous pula kena jadi pengapit. Tak logik langsung, jadi pengapit aje pun nak nervous bagai.
            “Kau orang!” Aik panjang umur si Adibah ni. Tiba–tiba aje muncul.
            “Dibah! Wei baliklah. Apa ni, dua hari aje lagi nak nikah mai hospital ni buat apa. Baliklah buat persiapan.” Marisa menghalau. Kejam!
            “Sampai hati kau halau aku Risa. Aku nak ingatkan kau orang especially si Lena ni. Tak reti nak angkat phone kau ke Lena oit. Lepas balik kerja nanti kau mai rumah parents aku tau. Try baju kebaya kau nanti,” selambanya dia ni duduk sebelah aku dah tu suka hati dia aje nak makan kuey teau aku.
            “Kebaya? Aku ada baju sendirilah. Tak pelah,” aku sengih kelat. Kebaya tu?  Urghh kureng sikit la aku.
            “Banyak kau punya tak pe. Aku ketua kau tau. Aku tak nak kau gagal jadi pengapit nanti,” berlagak punya Adibah.
            “Padan muka kena jadi pengapit. Wekk!” Aku nak gunting aje lidah si Marisa ni. Ish! Asyik-asyik, aku je yang kena sakat dengan Marisa. Bosan!
            “Sape pengapit lelaki?” Adibah dan Marisa saling berpandangan. Siap angkat-angkat kening yang tak berapa cantik sebelum memandang aku. Aku ni pun... dah kenapa? Tak penting kot sape jadi pengapit lelaki, tapi rasa ingin tahu tu tiba-tiba muncul. Aku pun tak tahu kenapa.
            “Jeng... jeng... jeng,” kureng punya kawan.
            “Woi Dibah! Sampai hati kau habiskan makanan feveret aku. Kejam tol!” Adibah ketawa terkekek–kekek. Aku tampar kuat bahunya buat dia menyeringai. Ha padan muka.
BUNYI kompang menambahkan suasana meriah di majlis perkahwinan Adibah dan pilihan hatinya. Meriah betul majlis perkahwinan dia orang ni. Aku kahwin nanti agak–agaknya meriah macam ni ke?
PANG!
Aduh pijar pulak pipi aku kena tampar. Ish si Adibah ni aku buat hal kang ha padan muka dia tak ada pengapit. Aku mengelamun kejap pun tak boleh ke.
            “Tak habis–habis mengelamun. Kau tu pun tak lama lagi la Lena.” Aku? Huh dengan sape la agaknya. Risikan orang tempoh hari pun aku tak jawab lagi.
            “Kau ni Dibah. Aku punya turn lama lagi. Aku ngan Risa masih nak enjoy dulu tak ke gitu Risa?” Soalku kepada Marisa yang berdiri membelakangi almari baju. Marisa senyum senget seraya aku pandang Adibah yang duduk di depan meja solek. Ayu aje Adibah yang tengah didandan dengan mak andam tu.
            “Kau senyum sinis ngan aku. Tak pe, nanti kau yang kahwin dulu dari aku padan muka.” Marisa dah terkebil–kebil. Jual mahal betul Marisa tu, dia ramai peminat tapi kad kahwin langsung aku tak dapat. Dah tu semua pinangan dia tolak. Bagus betul Marisa ni.
            “Aku tunggu someone, yang lain–lain tu dugaan aku aje,” ish Izwan la tu. Izwan aje yang dia nak, entah bila Izwan dia tu nak balik dari sambung master dekat Belgium. Macam–macam si Marisa ni. Adibah hanya menggeleng kepala dengan telatah kami. Hailah Adibah, sabar ajelah dengan telatah kawan kau yang gila–gila ni.
DI sinilah aku berdiri bersebelahan Adibah yang tidak lekang dengan senyuman. Hotel Pavillion tempat yang dia orang tempah untuk majlis resepsi. Cantik aje si Adibah ni. Hailah kawan aku berdua ni memang cun dari zaman sekolah, memang ramai peminat. Aku? Haha tak usah nak cakap. Seorang pun tak ada. Dah aku ni brutal.
Rintik peluh dari dahi Adibah, aku kesat dengan tisu. Aku pandang sekilas pengapit lelaki yang berbaju melayu biru sedondon dengan kebaya labuh aku. Dan... dia pun tengah  pandang aku, dengan pandangan kosong tapi sekejap aje lepastu dia pandang depan, tahu–tahu je aku usyar dia dari tadi. Ye aku tahu aku buruk. Ish senyum pun tak. Harap muka aje segak tapi hampeh tak de senyuman.
            “Dah lah usyar tu. Lepas kau turun dari pelamin, puas–puas la kau renung muka dia tu.” Adibah ni sedar rupanya aku tengah stalk pengapit suami dia. Eh tak hingin aku renung.
            “Ish dia tu. Tak ada selera aku nak tengok muka dia. Macam patung aje aku tengok, tak reti senyum.” Adibah geleng kepala lalu tepuk-tepuk tangan aku. Setelah hampir sejam kami berada di atas pelamin tibalah acara memotong pulut kuning. Lega, dapat juga aku makan. Lapar.
            “Dengar–dengar... turn  kamu pun tak lama lagi kan Doktor Elena?” Aku buat–buat ketawa kecil dengan soalan Doktor Amran. Baru aje aku nak lepaskan lelah duduk sebelah Marisa, dah dapat soalan cepumas dari boss aku.
            “Jangan percaya sangat cakap Doktor Marisa ni. Hehe dia melawak aje tu,” aku cubit lengan Marisa. Padan muka. Celupar sangat. Memandai aje, lagipun aku belum bagi keputusan mama lagi. Ok!
            “Bukan dia yang bagi tahulah. Saya tahu sendiri,” erk aku pandang wajah Marisa yang duduk di sebelah aku. Masam aje. Perit kot aku cubit, tapi dia tak salah apa-apa pun. Kesian.
            Tapi... hati aku rasa nak ambik tahu, kenapa tiba-tiba Doktor Amran cakap pasal kahwin dekat aku? Sebab keadaan kot. Haah keadaan aje... tu. Tapi peliklah, apa yang dia cakap tu ada kena mengena dengan aku sekarang ni.
            Tentang risikan ‘orang tu’... entah kenapa hati aku macam terbuka nak terima.
            “Doktor Amran jangan buat spekulasi la. Kan Marisa.” Marisa diam.
Ish dia ni protes la tu. Doktor Amran yang duduk di depan kami dah geleng kepala. Entah apa yang orang tua berjanggut ciput ni gelengkan. Doktor Amran ni orang tak percaya dah 57 tahun sebab awet muda sangat tapi papa aku lagi kacak. Pilot. Bangga aku jadi anak Kapten Adam.
            Kami disajikan dengan pelbagai hidangan dan persembahan. Persembahan tak penting yang penting makanan. Umh sedapnya. Tugas aku sebagai pengapit berakhir di situ. Gelojoh sangat aku makan sampai tersedak. Aduh air kenapa air tak ada.
Tiba-tiba... seseorang yang tak diundang hulur segelas air kepada aku tanpa memandang wajah aku. Aku pandang gerak langkahnya menuju ke arah dua mempelai yang dah menjamah makan malam. Tanpa aku sedar, bibirku dah kuntum senyum nipis sebaik aku teguk air yang dia hulur. Penyelamat lagi.
 Tapi bukan dia  ke yang jadi pengapit belah laki tadi?  Lantaklah aku dah lupa, lagipun baju dia tak sama dengan pengapit tadi. Photographer ni pakai baju kemeja lengan panjang ada corak kotak– kotak. Pengapit tadi tu, baju selangor warna biru sedondon dengan aku.
Mata aku langsung tak berkedip dari memandang gerak-gerinya yang fokus mengambil gambar perkahwinan Adibah dan Adib. Rasa... tertarik. Macam pernah nampak aje photographer tu. Tepis Elena tepis. Huh... dah kenapa dengan aku ni. Takkan dia hulur air je aku dah tertarik. Prinsip aku mana? Prinsip tak nak jatuh hati. Huh.
            Akhirnya, dia menghampiri meja kami dengan DSLR tergantung di lehernya. Cara dia jalan tu... gaya professional sangat. Langkahnya mati di depan aku dan Marisa seraya lepas aje dia minta izin nak ambik gambar aku dan Marisa, DSLR dia hala ke arah kami. Ni kepakaran aku, memang gila bergambar. Macam–macam pose aku buat dengan  Marisa. Tak tahu malu. Sungguh tak tahu malu... tapi tak pe kot. Adibah dah bayar mahal-mahal photographer tu.
Aku pandang wajahnya, tapi hambar. Wajahnya tak begitu jelas di penglihatanku. Aku tak rabun tapi topi Fedora dia tu halang aku nak tengok wajah si empunya diri.
            “One more la bang. Please!” Si Marisa ni over lebih. Aku dah penatlah.
            “Ok. One Shot. 1... 2... 3 cheers,” ha amek kau Marisa. Macam model aku tengok Marisa ni. Aku nampak si photographer dah senyum nipis. Ada lesung pipit yang terukir di kedua belah pipinya.
Manis.
AKU hulurkan kunci kereta kepada Marisa. Serius aku penat jadi pengapit Adibah. Kami menuju ke arah tempat letak kereta. Langkahku mati sebaik sahaja melihat Doktor Amran dan photographer tadi masuk ke dalam perut kereta yang sama di hadapan kami. Takkanlah dia tu yang… selamatkan aku sampai cedera kena tikam. Aku kebil–kebil memandang ke arah Honda CRV yang sudah memecut laju meninggalkan perkarangan Hotel Pavilion. Bunyi hon kereta membuatkan aku tersedar daripada lamunan.
            “Tak habis–habis mengelamun. Aku tak faham dengan kau. Kau pandang apa tadi ha?” Aku sengih kelat. Suka hati akulah nak mengelamun.
            Seat belt aku pakai, seraya pandang wajah Marisa yang duduk di bahagian pemandu. “Photographer tadi tu… hmm a...”
            “Anak Doktor Amran,” aku terkedu. Awat aku tak tahu?
            “A... anak dia yang... selamatkan aku dulu tu ke?”
            “Who knows beb. Maybe. Setahu aku dia ramai anak lelaki la. Tapi yang aku tahu photographer tadi tu memang rapat dengan Doktor Amran. Itulah, kau tak nak tahu asyik cakap tak penting aje,” lelaki yang selamatkan aku… hutang… aku ada hutang dengan lelaki yang selamatkan aku. Dia cedera sebab aku.
            Aku pecah gelak besar. Sedapkan hati. Marisa kebil–kebil memandang aku. Pelik la tu tengok aku tiba–tiba aje gelak.
            “Kau dah kena sampuk ek?” Aku sengih kelat lalu menggaru keningku yang tak gatal.
            “Aku rasa aku terjatuh la. Hahaha.” Marisa ikut sama gelakkan aku. Seronok aje gelak sama–sama dengan kawan macam ni.
            “Terjatuh cinta? Kini aku jatuh cinta pada pertemuan yang terindah telah membuatku dekat padamu...” serentak kami menyanyikan lagu Jatuh Cinta dari I Am Neeta memecahkan kesunyian malam yang menerpa kami dua sahabat yang gila–gila.
“AKU nikahkan akan dikau Muhammad Furqan Azwar bin Amran dengan anak aku Nur Elena Husna binti Adam dengan mas kahwinnya 500 Ringgit dibayar tunai,” suara papa kedengaran di segenap ruang tamu. Fikiran aku kosong. Tak faham dengan keadaan yang sedang berlaku dalam rumah ini. Jadinya aku rasa aku ni dah tak ada pilihan lain memandangkan aku dah duduk bersimpuh di tengah ruang tamu. Aku genggam kedua belah tangan lalu ketap gigi. Rasa geram kot.
            “Aku terima nikahnya Nur Elena Husna binti Adam dengan mas kahwinnya 500 Ringgit dibayar tunai,” aku rasa aku ni pelik kot. Biasanya, lepas aje akad nikah orang akan menangis kegembiraan atau kesedihan. Aku pula tak ada perasaan.
Aku koyak senyum paksa disebabkan aku terpaksa. Mama asyik cubit paha aku suruh senyum.
            Siapa orang ni? Aku langsung tak tahu dia ni sape. Baru aje balik Kedah semalam tup tup mama kata kena kahwin esoknya. Esoknya hari nilah. Padan muka kau Elena bagi jawapan lembab sangat.
Terasa liurku dah tersekat di kerongkong saat lelaki entah dari planet mana dah terpacak duduk berhadapan dengan aku. Tak ke namanya kahwin paksa ni. Aku renung wajah lelaki yang dah sah jadi suami aku. Macam pernah nampak aje. Chinese look sikit. Buat aku teringat lelaki yang tolong coverkan aku dulu yang dah kena tumbuk dengan aku.
            Dia hulur tangan kanan kepada aku. Dahlah muka tak ada perasaan tak faham aku. Aku hulur aje tangan aku dekat dia sebelum dia sarungkan cincin emas putih di jari manisku dan dia masih duduk statik di hadapan aku. Entah apa lagi yang dia nakkan dekat aku. Tak senyum pulak tu.
“Elena salamlah,” mama sondol siku aku yang duduk bersimpuh bersebelahannya dengan baju kurung berwarna putih sedondon dengan ‘si dia’. Apa ni aku pakai baju biasa aje. Baju kurung warna putih susu yang mama jahitkan untuk aku. Aku nak pakai baju kahwin macam Adibah tu ada renda–renda bagai.
Terpaksalah... aku kucup belakang tangan Furqan. Ye nama dia Furqan dah terang tang tang tadi papa sebut nama dia Muhammad Furqan Azwar bin Amran. Amran? Doktor Amran? Apakah. Rasa pelik kat situ... ke kebetulan?
            Aku tunduk merenung cincin di jari manis lalu dagu aku dia cuit sebelum bibirnya mendarat di dahi aku. Saat itu... rasa seluruh badan aku dah terkena cas elektrik. Dup dap dup dap jantung aku bila bibir Furqan dah mendarat di dahi aku. Aku pegang dada dengan perasaan yang aku tak tahu. Aku renung wajah Furqan yang dah tersenyum di hadapan aku. Ada lesung pipit di kedua belah pipinya.
Manis.
Aku balas senyuman itu.
“Elena Husna,” dia buat suara manja depan aku sebelum pipi aku dia usap lembut. Rasa hati aku ada taman. Ada taman bunga dalam hati aku.
Bila ku buka mata rasa tak berdaya
Hadapi semua sejak hatiku luka
Mampukah ku menunggu bayangan dirimu
Atau biar berlalu hapus semua lelahku
Mati terus senyuman aku bila ringtone aku Masih Perlu daripada Tasha Manshahar berdering di iPhone 6 aku. Potong stim betullah, siapalah yang suka suki aje nak bawa iPhone 6 aku dalam majlis akad nikah macam ni. Dah mati dah tu hidup lagi. Kacau aku nak tengok muka Furqan aje.
            ZAP!
            Hilang dan gelap secara tiba-tiba. Aku sorang aje? Mana yang lain? Mana ‘si dia’?”
Aku bangkit dari tidur. Mimpi lagi. Mimpi ajelah. Aku kerut dahi. Pelik, kenapa sejak dua menjak ni aku asyik nampak muka lelaki tu ada lesung pipit nama dia Furqan Azwar dan yang tak boleh blah nama bapak dia. Amran? Doktor Amran? Huyshh jangan–jangan anak dia yang selamatkan aku tak.
Aku geleng berkali–kali. Tak, bukan dia dan boleh jadi dia. Mataku tertancap ke arah jam loceng berbentuk segi tiga berwarna biru yang terletak di atas meja sisi katil. Pukul 3.00 pagi. Aku tekup mulut pabila mulut aku sudah ternganga besar disebabkan aku menguap berkali–kali.
            iPhone 6 aku berdering minta diangkat dan tertera nama mama dalam panggilan tu. Mama ni asal aje tak boleh tidur suka sangat call aku pepagi buta macam ni. Aku sentuh punat hijau sebelum menjawab panggilan mama.
“Lena…” mama leretkan suara. Aku senyum nipis, rasa lawak aje bila mama buat suara manja.
            “Mama…” aku turut meleretkan suara.
            “Macam mana dengan keputusan kamu Lena?” Diam. Aku tak jawab soalan mama. Dahlah aku baru aje dapat klu. Dapat petanda. Dapat pulak soalan cepumas dari mama.
            “Lena…” mama leret suara sekali lagi.
            Aku berdeham seraya duduk bersandar di belakang kepala katil.
            “Mama… awat sejak tiga empat bulan yang lepas orang selalu aje dapat mimpi kahwin. Petanda ke tu?” Mama hambur gelak. Aku sengih kelat aje.
            “Petandalah tu sayang. Ni sekarang ni pun, dah ada orang merisik kamu tapi kamu ni tak reti ke nak bagi jawapan? Dah dua minggu dia orang tunggu Lena, tak elok lambatkan benda yang baik–baik ni ha. Lagipun mama tengok budak tu boleh tahan juga. Senyum aje. Hormat orang tua sopan santun.”
            Terdetik rasa senang dalam diri aku bila mama cakap macam tu. Dia hormat mama papa. Bagus-bagus.
            “Mama… Lena… Lena terima. Lena dah buat solat istikharah masih jawapan yang sama. Memang dia,” ujarku dengan satu nafas. Aku mengeluh kasar dan mama dah diam dengan jawapan aku.
            “Yakin?” Mama bagi soalan cepumas.
            “Ye mama, yakin sangat. Insyaallah dialah imam Lena,” aku senyum kelat.
“Baiklah kalau itu keputusan kamu. Esok mama call uminya cakap yang kamu dah terima,” aku angguk. Mengiakan. Aku tahu ni keputusan tepat.
Sepi.
Suasana sepi dan panggilan belum ditamatkan.
            “Lena… boleh ke Lena dapat kebahagiaan Lena? Boleh ke Lena bagi dia kebahagiaan?” Ujarku setelah lama berdiam diri. Aku hempas tubuh di atas katil lalu bantal guling aku peluk erat sebelum menoleh ke sebelah kanan menghadap meja sisi katil. Aku renung dua ekor ikan emas kepunyaanku yang sedang berenang di dalam akuarium mini berbentuk bulat.
            “Percaya takdir Allah?” Aku ketap bibir.
            “Percaya sangat dan sebab takdir Allah… Lena hilang opah.”
            “Kamu dah buat solat istikharah?” Aku pusingkan badan lalu merenung siling putih dengan kipas yang tidak berputar. Sejuk kot dengan penghawa dingin dah terpasang.
“Dah mama. Lena dah dapat jawapan dia.”
            “Kamu dah tawakal Lena. Cuma usaha aje lagi, usaha perbaiki sikap kamu. Kamu yakin dia jodoh kamu?” Aku bungkam dengan soalan mama. Aku pejam mata dan aku rasa dada aku dah berombak dengan mimpi–mimpi tu.
“Yakin… Lena yakin.”
Bibir aku ketap.
            “Dah yakin dah isitkharah dah dapat jawapan semua dah ada Lena. Kamu dah yakin sangat kan dia jodoh kamu. So… kamu serahkan semuanya dekat Allah. Mama yakin dia tu budak yang baik dan mama yakin kau orang akan dapat kebahagiaan kau orang,” lega aku bila mama cakap macam tu. Lega sangat dan wajah ‘tu’ samar–samar hinggap di memori aku. Furqan? Siapa dia.
            “Dah pi tidur kang jerawat banyak ha mama tak tahu,” aku gelak kecil sambil sentuh dahi aku yang ditumbuhi dengan sedikit jerawat pasir. Aku benci jerawat. Huh buat muka aku cacat aje.
“Assalamualaikum mama,” mama menjawab salam aku sebelum panggilan ditamatkan. Aku letak iPhone 6 di atas meja lalu mataku tertancap ke arah akuarium mini. Aku suka tengok dua ekor ikan emas ni. Rasa macam dia orang hidup bahagia aje. Macam sepasang suami isteri pun ada jugak. Furqan Azwar... satu nama yang hinggap di memori aku di sebalik mimpi. Siapa dia tu? Tak penting... kot.


3 ulasan:

Ask Me