Telekung
dia tanggalkan lalu disidai di penyidai baju. Naurah labuh punggung duduk
bersebelahan Alina yang tersengih - sengih dengan Lenovo K900 yang berada di
pegangan tangannya. Dia koyak senyum nipis lalu bahu rakannya dia tepuk.
“ Yang kau duk sengih - sengih ni awat?” Alina pandang Naurah sekilas
lepas tu matanya kembali tertancap ke arah Lenovo K900 berwarna hitam. Macam
tak wujud aje Naurah dekat sebelah dia. Asyik layan Lenovo tu aje.
“ Biasalah weyh. BF aku ni ha buat lawak antaraglobal. Asyik kata nak kahwin
aje.” Terbuntang mata Naurah saat itu. Dari zaman sekolah hingga zaman masuk
Universiti sekarang ni entah dah berapa banyak boyfriend Alina tu punya. Bukannya dia cemburu tapi dia rasa
rakannya yang satu ini macam bodoh aje. Senang dipermainkan.
“ BF
baru lagi ke?” Alina angguk.
Suasana sepi. Entah Naurah pun tak tahu
macam mana caranya nak nasihatkan kawan dia yang satu itu. Degil tak bertempat.
Tapi dia bersyukur Alina yang dulunya free
hair dah berjinak - jinak dengan tudung. Tipulah bila dia kata dia tak malu
nasihatkan kawan sendiri. Dia pun pernah juga berada dalam zaman jahil. Free hair, baju lengan pendek, orang
sampai cakap dia non muslim
disebabkan baju pinafore yang dia pakai dekat sekolah dulu. Dekat Ic Islam tapi
cara dia berpakaian Nauzubillah. Tak hairan dia rasa segan nak ajak Alina cara
berpakaian yang menutup aurat.
Ya Naurah pasti, ada hikmahnya kenapa
dia dipindahkan dari sekolah yang majoritinya bukan islam ke sekolah yang
pelajar perempuannya wajib bertudung. Naurah juga ada keinginan. Ya keinginan
perasaan yang ingin dicintai. Dia pernah cemburu tengok rakan sebayanya yang
asyik berkepit dengan lelaki. Bertukar - tukar pasangan. Rasa dilindungi.
Sehinggalah suatu hari tengah Alina dan boyfriendnya
tengah berborak seseorang menegur mereka dengan berkata yang “ Couple before nikah tu haram.” Lelaki itu. Disebabkan lelaki itu dia sedar
yang bercinta sebelum kahwin tu haram. Serius dia sentap.
" Kau tak bosan ke Lina?"
Alina jongket kening kiri.
" Bosan?" Naurah angguk.
" Bosan ngan pe Rah? Aku tak
faham."
" Bosan dengan couple? Best ke couple ni?" Alina gelak besar dan Naurah hanya tersenyum
tenang. Entah dah kenapa dengan Alina ni lawak sangat ke soalan cepumas dia tu.
" Wat pe nak bosan weyh.
Kita kena enjoy... zaman remaja beb kena enjoy dengan ni semua. Kau ni tak habis habis tanya aku best ke couple ni. Kau tu duk crush
dengan orang tup tup kau pendam
sampai tak sudah berkarat dalam hati kau." Naurah tampar kuat bahu Alina.
Padan muka bagi dia ayat sentap. Dahlah dia sensitif.
Alina terjerit kecil lalu bahunya dia
usap lembut. Lenovo k900 dia letak di atas meja studi lalu menghempaskan tubuh
di atas katil. Laman wajah Naurah yang masih tenang dengan senyuman itu dia
renung. Pelik sangat dengan Naurah sejak masuk UPSI dalam kos TESL dia dah tak
pernah dengar Naurah cerita pasal perasaan dia dekat Alina. Hati dia dah keras
kot.
" Kau tak teringin ke nak couple? Best weyh bila kau sedih BF kau duk pujuk kau... bila kau birthday..."
" Nak... aku nak couple lepas kahwin. Ha lagi best. Aku nak bercinta lepas kahwin aje.
Aku sedih? Aku ada Allah." Alina pecah gelak. Naurah hempas tubuh baring
bersebelahan Alina. Matanya tertancap ke arah siling putih.
" Adeh lawak sangat kau ni. Kuat berangan. Itulah asyik novel aje.
Kuat berdrama. Kau nak bercinta lepas kahwin ek? Dah tu macam mana kau nak kenal hati dia? Kalau dia jahat macam
mana?"
" Ish aku hempuk pale kau kang ha nak? Aku serius kau buat memain. Sebab tu kalau nak jodoh
yang baik kita kena betulkan sikap kita. Lelaki baikkan untuk pompuan baik... pompuan baik untuk laki yang baik. Pompuan jahat untuk laki yang jahat... pompuan...."
" Cop... cop! Oh jadi kau nak kata
yang aku jahatlah?" Alina memuncungkan bibir. Merajuk kononnya.
“ Taklah kau baik aje. Cuma kau tak bosan ke.? Kau asyik
dipermainkan, aku kenal kau bukan sehari ek.
Dah sepuluh tahun aku kenal kau sejak aku pindah dekat Sekolah campur tu. Kau start couple ni sejak kita form 3 dan
asyik tukar – tukar BF. Punca putus sebab boyfriend
kau tu dah ada skandal. Kau bosan dengan dia. Itu ajelah punca dia kan.”
Alina koyak senyum sinis. “ Yang kau tu… asyik pendam
aje. Sekurang – kurangnya bila aku suka dekat seseorang tu aku luah ek biarpun
aku malu tahap giga. Kau pula pendam… pendam sampai berkarat. Pastu makan hati
bila kau tahu kenyataannya dia tak macam yang kau sangka. Tak sealim mana yang
kau sangka sebab dia pun sama jugak. Pandai cakap tapi dia pun buat. Pastu
abang yang kat kampung kau tu… kata nak tegur.. nak kenal tup… tup kau pasrah cuma sebab muka dia tak ada perasaan. Susah nak
cakap dengan dia. Apa benda tu weyh?”
“ Ye… aku mengaku aku ni pengecut. Tak macam kau berani
luahkan perasaan.” Nada suara Naurah sudah kendur.
“ Ha tahu tak pe. Jangan tanya aku ek.. aku bosan ke tak. Suka hati akulah nak buat apa pun. Parents aku tak pernah tegur aku tau.”
Naurah bangkit dari baring namun wajahnya masih tenang. Dia
renung wajah Alina yang sawo matang itu. “ Beb…
kau nak tahu tak cerita Fatimah dengan Ali?”
“ Tak nak tahu… tak penting.” Alina pejam mata.
“ Fatimah puteri Rasulullah SAW. Rasulullah sangat
mengasihi puterinya yang satu ini. Puteri hasil perkahwinannya dengan Khadijah.
Dalam diam Saidina Ali amat tertarik dengan Fatimah. Keperibadian Fatimah yang
lemah lembut,punya didikan agama yang tinggi,kecekalan yang kuat. Tapi dia tahu
siapalah dia dengan Fatimah. Ali cuma seorang yang miskin. Dia diuji bila Abu
Bakar datang meminang Fatimah namun Rasulullah menolak lembut pinangan Abu
Bakar. Semangat dia naik untuk mempersiapkan dirinya namun Umar pula yang
datang untuk meminang Fatimah. Setelah pinangan Umar juga ditolak Ali tertanya
– tanya bagaimana ciri ciri menantu pilihan Rasulullah. Suatu hari Abu Bakar,Umar
Al Khatab dan Saad bin Muadz bersama Rasulullah duduk di dalam masjid. Pada
saat itu mereka turut berbincang mengenai Fatimah. Rasulullah SAW bertanya
kepada Abu Bakar… apakah Abu Bakar
bersedia menyampaikan persoalan Fatimah kepada Ali dan Abu Bakar sudah
bersedia. Semasa berjumpa dengan Ali… Abu bakar menjelaskan persoalannya yang
Ali adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan Rasul dan mempunyai
kelebihan lebih berbanding orang lain dan setelah menjelaskan kesemua persoalan
Ali datang berjumpa dengan Rasulullah di rumah Ummu Salmah. Dia tertunduk duduk
di hadapan Rasulullah dia malu namun hasrat di hati ingin dia sampaikan kepada
Rasulullah.” Naurah berjeda buat seketika. Senyum nipis dia koyak melihat Alina
yang sudah statik duduk bersebelahannya.
“ Aku sambung ek…
“ Alina angguk
“ Rasulullah berkata, Hai Ali nampaknya engkau mempunyai
suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau
perlukan akan kau peroleh dariku! Dan Ali dapat keberanian dan akhirnya dia
menyatakan hasrat ingin menjadi menantu kepada Rasulullah. Wajah Rasulullah
sudah berseri – seri dengan senyuman lalu berkata, Hai Ali apakah engkau
mempunyai suatu bekal mas kahwin? Ali berterus terang, anda sendiri mengetahui
bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak anda ketahui. Aku
tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.
Rasulullah menjawab, tentang pedangmu itu engkau tetap memerlukannya untuk
perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan
mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan
jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah
baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau
wajib bergembira sebab Allah sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di
langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Naurah berjeda. Sungguh dia suka
sangat dengan cerita antara Saidina Ali bin Abi Thalib dan Saidatina Fatimah.
“ Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan
hati gembira dengan disaksikan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. mengucapkan
kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: Bahwasanya Allah s.w.t.
memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400
dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu. Ali menjawab yang dia
terima dengan baik. Dan ternyata tak kurang juga yang
dilakukan oleh Fatimah dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah
berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah
satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda. Ali terkejut dan berkata,
Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda
itu. Sambil tersenyum Fathimah berkata, Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu.
Kau nampak? Indahkan kisah Fatimah dan Ali?”
“ Serius sweet.
So dia orang bercinta selepas kahwinlah?” Naurah angguk.
“ Kau tahu tak…. Couple
before nikah tu haram. Kenapa haram? Sebab boleh terjadinya zina. Zina
mata, kau orang duk renung mata
antara kau orang berdua, berduaan dan ketiganya syaitan. Simpanlah weyh cinta
kau untuk yang halal. Dahlah tu dari zaman sekolah sampai sekarang kau tak reti
bosan kan.”
Alina bungkam. Malu dengan Naurah. Macam nak minta putus
dengan BF dia pun ada jugak tapi dia orang serius. Dah nak kahwin pun. Lagipun
BF dia tu dah ada kerja, pendapatan sendiri. Biarpun baru dua tahun kerja
sebagai Cikgu Matematik.“ Kau… dah tak layan crush-crush ke? Dah lama aku tak dengar kau luah perasaan dekat
aku. Last kau luah masa form five.”
“ Tak. Crush tu
pun dosa sebab boleh membawa ke zina hati. Siang malam duk fikir pasal dia takut – takut terfikir yang bukan – bukan.
Syukurlah aku dah berjaya keraskan hati aku. Last aje aku balik kampung. Aku tekad aku ada azam baru aku tak nak
crush dengan sesiapa lagi. Cukup!
Baik aku lebihkan cinta aku dekat pencipta kita kan…kan. “ Naurah kedip – kedip
mata ke arah Alina. Alina koyak senyum nipis. Sentap dia dibuatnya oleh Naurah.
Biasanya dia yang buat Naurah sentap. Ni dah kena balik dengan Naurah. Naurah
memang dah berubah. Bukan Naurah yang dulu. Naurah yang bila bercakap kasar,
ganas. Naurah dah ada ciri – ciri muslimah.
“ Habestu… maksudnya Naufal tu crush terakhir kaulah kan?”
“ Macam tulah gamaknya.” Nama Naufal. Naurah suka nama
tu. Itupun dia terdengar masa balik kampung lima tahun lepas maknya Naufal duk panggil Naufal. Si tukang muazin
yang tua dua tiga tahun dari dia.
“ Kenapa kau boleh suka dekat dia? Kau bukan pernah jumpa
dia pun kan.”
“ Sebab… agama dia kotlah. Aku suka dia sebab suara dia.
Suara dia masa alunkan azan. Eh dahlah kau ni saje kan nak buat aku teringat
cerita lama yang dah basi.” Wajah Naurah sudah membahang kemerahan. Alina sudah
terkekek – kekek mentertawakan Naurah. Sungguh kejam kot Alina!
“ Eleh malu ler tu. Kau masih suka dekat dia ke?” Naurah
geleng.
“ Tipu!”
“ Tak! Ish kau ni entah apa pe. Entah – entah dia dah kahwin kot dah ada anak pun ha. Ni kau
dah solat Isya belum?” Naurah tolak kasar tubuh Alina membuatkan dia tertolak
sedikit ke belakang.
“ Kau ni kasar sangat. Cuba jadi feminine cam aku. Tak
aku tak solat…” Naurah cebik.
“ Kau tak yah
berdolak dalik. Baik kau solat cepat sebelum aku sepak muka kau.” Naurah sudah
statik berdiri di hadapan Alina. Alina sengih. Tahunya nak menipu aje. Susah
kot rasanya dia nak berubah. Mak ayah dia tak pernah tegur. Solat lima waktu
tak lengkap. Alina terus masuk ke dalam tandas. Naurah koyak senyum nipis
sebelum menghempaskan tubuhnya baring di atas katil.
Ayat kursi,doa tidur dan tiga kul dia baca sebelum
selimut dia tarik menyelimuti tubuhnya. Dia menoleh ke sebelah kanan menghadap
meja studi. Dia terkena dengan Alina. Buat dia teringat budak muazin yang satu
itu. Cerita lama. Gumamnya. Ya cerita lama yang dia tak harap dan tak peduli
sangat sebab dia yakin janji Allah itu pasti.
. . . . .
Iphone 6
menjerit minta diangkat. Panggilan daripada Suria yang berada di Melbourne
sana. Suria yang sedang belajar dalam kos Medical.
Habis juga pengajiannya dalam kos TESL. Lega. Dia jawab salam Suria.
“ Congrats weyh.
Kau dah graduate. Dah nak jadi cikgu
Bi ek.”
“ Welcome! Kau
pun dah nak jadi Doktor Suria.” Suria gelak kecil.
“ Alina tu macam mana? Masih macam tu jugak?”
“ Aah. Macam tu jugak. Katanya dia tengah bincang hal
kahwin dengan encik boyfriend dia.
Biarlah sekurang – kurangnya kita jalankan tanggungjawab kita sebagai kawan.”
“ Yeke. Syukurlah. Kau macam mana? Kau dekat kampung ek sekarang ni?”
“ Macam nilah. Tanam anggur baru seminggu kan aku graduate. Aah kat kampung tengah holiday kat kampung mama aku.”
Suria berjeda. Entah apa yang dijedanya. Otaknya ligat berputar
mengayat kawannya yang satu itu. “ Kau tahu… aku dapat mimpi sejak dua menjak
ni.” Belum sempat dia buka mulut nak mengayat kawannya, Naurah buka mulut
terlebih dahulu.
“ Mimpi apa?” Pen biru yang berada di tangannya diputar –
putar. Thesisnya ditangguhkan. Pemalas sungguh!
“ Dalam mimpi tu… aku pakai baju kurung warna peach.
Meriah sangat rumah arwah nenek aku masa tu. Ada seorang lelaki baju sedondon
dengan aku duduk depan papa aku. Pelik kan?” Suria gelak.
“ Macam… ehem.. macam mimpi kahwin aje.” Terus Naurah
statik duduk di birai katil. Perkara yang paling ditakutkan olehnya.
Dia bungkam. Ada benarnya kata – kata si budak doktor
itu. Naurah betulkan peti suara sebelum bangkit dari duduk menghadap jendela. Sawah
padi terbentang luas di hadapan. Pintu terkuak dan tersembul wajah adik
perempuannya yang nombor empat, Naimah yang tua lima tahun dari dia.
“ Kak long… mama suruh turun. Dia suruh kak long buat
air.” Bisik Naimah dan Naurah angguk.
“ Aku kena tutup phone.
Nanti kita sambung ek. Mama aku suruh
aku buat air. Assalamualaikum.” Naurah matikan panggilan. Suria tu mana nak
matikan panggilan. Tudung bawal biru dia tarik lalu dipin dibawah dagu.
Naurah terkocoh – kocoh keluar daripada bilik menuju ke
dapur. Terus dia teringat akan mimpi. Pertama kali dia mimpi macam nilah. Buat
air pastu tetiba ada kejutan untuk dia. Kejutan sebab janji Allah itu pasti.
Bila Allah sebut kun fun faya kun maka jadilah dengan kehendaknya. Dia atur
langkah menuju ke ruang tamu. Seorang wanita dan lelaki sebaya dengan mama dan
papanya atau mungkin lebih tua dari papa dan mamanya sedang berbincang. Seorang
lelaki berambut sikat sisi yang dia anggarkan tua tiga empat tahun dari dia
sedang duduk bersebelahan makcik bermata redup itu. Ada juga seorang wanita ayu
berpurdah.
Teh dia tuang ke dalam cawan lalu dia hidang kepada
mereka. Naurah kucup tangan makcik dan pakcik. “ Jemput minum.” Dia koyak
senyum nipis. Mama ajar dia senyum bila tengok muka orang. “ Oh jadi inilah Nauranya
ye.” Naurah kebil – kebil sebelum tangannya digenggam erat oleh papanya. Anak
bapa.
“ Ye inilah Naurahnya. Dah besar kan anak saya akak.”
Naurah pelik. Macam dalam mimpi aje. Lepastu…
“ Aah dah besar. Tak lama terima menantulah ni.” Pipi Naurah
memerah. Dia dah agak dah.
“ Ha macam tu akak duk
tanya kita orang baik tanya yang empunya diri.” Naurah kekal senyum. Macam
pernah nampak aje makcik depan dia ni. Dah lima tahun dia tak jenguk kampung.
Naurah duduk di tengah antara mama dan papanya. Berlagak
ayu biarpun dia tak seayu mana pun. Dengan sedikit jerawat pasir yang baru aje
serang dahinya. Apa taknya asyik tidur lewat aje. Duk baca novel sampai tak ingat dunia.
“ Umur kamu berapa tahun Naurah?”
“ Masuk tahun ni dah 23 tahun makcik.” Nah dia dah buat
suara ayu. Seayu macam perempuan melayu terakhir. Hipokrit sungguh Naurah.
“ Baru habis belajar ye.” Naurah angguk.
“ Kalau nak kahwin macam muda lagi kan?” Naurah geleng
tapi sedar silap di situ terus dia angguk. Naurah memang nak kahwin awal. Tapi
dia sendiri tak pasti sedia ke atau tak. Rancangannya nak kahwin lepas dapat
kerja, ada rumah,kereta sendiri. Besar sungguh cita – cita Naurah.
Makcik bertudung bawal ungu yang duduk di hadapan keluarkan
kotak kecil lalu dia hulur kepada Naurah. “ Kamu dah berpunya?” Naurah geleng.
Makcik tu dah senyum. Naurah rasa jantung dia dah berdegup pantas. Serius macam
dalam mimpi. “ Makcik kenal aje kamu ni. Dulu masa kamu balik kampung selalu
main dengan anak bongsu makcik tu. Rafael namanya. Semua adik beradik dia dah
kahwin tinggal dia aje yang belum.” Naurah tafsir ingatan cuba ingat Rafael
yang mana. Otak ligat berputar macam pita rakaman dan akhirnya.
“ Rafael yang gila bola tu ke makcik?” Makcik tu angguk. Giler tak ingat Rafael yang tua dua
tahun dari dia jiran arwah nenek. Sebelah aje rumah dia orang ni. Asal aje
balik kampung mesti dia dah terpacak duduk di ruang tamu tunggu Naurah sebab
nak main sama – sama. Naurahkan suka bergaul dengan budak lelaki dulu. Tapi
sejak dia dah jadi anak dara dia dah tak keluar rumah.
“ Ni Naufal abang Rafael. Rafaelnya…” Aku telan liur.
Naufal? Naufal si muazin. Mataku tertancap ke arah cincin di jari manisnya,
seorang wanita yang berpurdah duduk bersebelahannya. Cantik. Naufal genggam
erat tangan isterinya. Tapi Naurah tak rasa iri biarpun dia pernah suka dengan
Naufal. Janji Allah tu kan pasti. Tak semestinya kita akan berjodohan dengan
orang yang kita harapkan.
“ Rafaelnya tengah tunggu dekat Jepun sana dia tengah
sambung master dan nak habis dah dalam kos engineering. Tunggu jawapan dari
kamu nak terima dia jadi imam kamu atau tak.” Sambung Naufal. Naurah rasa macam
baru kena simbah dengan air panas. Rasa wajahnya sudah membahang kemerahan. Dia
dah lama tak jumpa Rafael si rambut cacak yang gila bola. Sampai kadang –
kadang bergaduh sebab Rafael suka acah dia cakap dia pengecut sebab tak nak
main bola dengan dia. Yelah Naurah itu pakaiannya serupa macam budak lelaki.
Seluar pendek tiga suku dengan topi baseball. Mungkin mamanya nak anak sulung
lelaki kot.
Kan Naurah dah cakap yang benda ni macam mimpi. Naurah
bangun pukul tiga lalu tunaikan solat istikharah. Dapat petunjuk dan hari ni realitinya.
Dia tak cinta Rafael tapi dia percaya cinta lepas kahwin. Dapat pahala dah tu
boleh gugurkan dosa pasangan bila saling menyayangi. Naurah renung cincin emas
putih yang sudah dibuka oleh pakcik di hadapannya.
Naurah pandang mama dan papa silih berganti. “ Keputusan
ada dalam tangan kamu.” Mama genggam erat tangan Naurah. “ Tapi kenapa saya
makcik? Kenapa dia tak jumpa papa saya sendiri?” Suara Naurah kendur. Naurah
tengok Rafael itu tak gentleman mana
pun. Apa barang suruh mamanya yang cakapkan. Nak Rafael yang cakap sendiri.
Papa hambur gelak. Papa memang suka gelakkan Naurah tak
tentu pasal. Jadinya Naurah nak sensitif sebab kena gelak tapi dia tahan. Malu
ada tetamu dekat depan. “ Itulah kamu ni yang tak tahu. Dah lama dia jumpa
papa. Tak lama dulu. Masa kamu masih jadi budak sekolah dan dia nak sambung study dia dekat overseas. Masa tu kita tengah kenduri arwah nenek. Kamu tu mana nak
mesra dengan orang. Nama aje cucu ketua kampung tapi tak mesra alam. Mana kamu
nak perasan Rafael tu. Kalau kamu nak tahu Rafael tu yang banyak tolong papa
layankan tetamu lelaki dekat luar. Kamu asyik stalk ab..” Naurah gelak kecil. Dia stalk Naufal aje masa tu. Patutlah dia pelik semacam tengok seorang
budak lelaki baju T-shirt macam budak sekolah. Tinggi, pakai seluar tracksuit hitam, pakai songkok separuh
nampak rambut pacak dekat depan asyik ulang alik masuk dapur masa dia tengah
sibuk cuci piring sambil stalk Naufal
yang tengah layan budak kecik dekat belakang. Serupa bapa budak dia tengok. Si
muazin. Baju Selangor warna hijau.
Rafael betulkan songkok di atas kepala sebelum berdeham.
Dia sudah berdiri statik di belakang papanya Naurah yang sedang mengemas meja
makan di bawah kanopi. “ Apa Rafael? Tersipu – sipu.” Papa hulur jag berisi
kopi yang tinggal sedikit kepada si tinggi umpama galah yang berada di
belakangnya. “ Itu pakcik. Nak cakap sikit.” Papa gelak. Papanya Naurah ni
memang suka gelak.
“ Apa dia? Cakaplah.” Papa sudah berdiri statik di
hadapan Rafael. Tinggi sangat Rafael ni muka macam cina sikit. Macam pramugara
dah tingginya. Rafael garu kening yang tidak gatal lalu berdeham.
“ Saya…” Rafael berjeda. Dapat tips dari abang dia Naufal
jangan gugup bila nak sunting anak orang. Naufal yang dah bertunang dengan
seorang Doktor Haiwan.
“ Saya nak melamar anak pakcik. Naurah. Lepas saya balik
dari sambung belajar dan saya nak sambung belajar sampai peringkat PHD. Simpan
Naurah untuk saya boleh tak pakcik? Itu maksud saya. Kalau Naurah masih tak
berpunya saya nak kahwin dengan dia.” Ujar Rafael. Satu nafas. Laju sangat.
Papa Naurah gelak besar sebelum menepuk bahu Rafael yang
sudah membahang kemerahan itu. Nasib baik semua orang dah pulang. Tinggal dia
orang berdua aje dekat sini. Sengaja Rafael pulang lewat sebab nak cakap benda
penting ni aje. Yelah Naurah bukannya tinggal dekat Perlis pun. Dia tinggal
dekat Pahang sana.
Naurah koyak senyum manis merenung cincin yang sudah
tersarung di jari manisnya. Cincin daripada Rafael untuk dia. Ya, Naurah kan
yakin janji Allah itu pasti. Tentang jodoh dan kematiaan semuanya sudah
tertulis di dalam Luth Mahfuzh. Dia terima pinangan itu dan lantas mereka
bertunangan. Kata mamanya Rafael sebulan lagi Rafael pulang ke Malaysia. Naurah
kata kalau boleh empat bulan begitu dah nak kahwin. Sungguh Naurah mungkir
janji dengan dirinya. Rasa lama dan memang lama.
Naurah sambut Iphone 6 yang berdering. Panggilan tidak
dikenali. Mungkin dari Alina yang suka main nombor telefon dengan dia kot.
Punat hijau dia sentuh. Rasa darah mengalir laju ke seluruh badannya. Suara
garau memberikan salam. Dia ni tak tahu ke pasal ikhtilat. Tak boleh sesuka
hati nak sms,call nanti tak pasal –
pasal zina hati. Dia kerling Naimah adik perempuannya yang sedang khusyuk
membaca komik.
Sengaja dia bagi Naimah dengar perbualan dia orang denga
besarkan peti suara. Naurah sambut salam. Dia tak pernah tengok Rafael. Agaknya
kali terakhir dia nampak Rafael masa form
3 kot. Masa dia dan Naimah pergi kedai beli gula terserempak dengan Rafael
yang khusyuk bermain bola di padang.
“ Thanks… terima
kita.” Naurah nak gelak dengan ayat kita tu. Macam budak – budak aje.
“ Sama – sama. Orang kena letak phone. Bye.”
“ Jap teacher!
Nak hadiah apa – apa tak?”
“ Nak! Nak awak cepat – cepat balik. Pastu kita boleh
kahwin and then…”
“ And then?”
“ And then kita
bina keluarga.” Rafael pecah gelak.
“ Naurah… Naurah sempoi aje awak ni kan. Bina keluarga?”
Naurah memang sempoi.
“ Bisinglah kak long. Bagi tahu mama kang ha padan muka. Abang Rafael kita orang dah nak tidur ni. Nak
Kak long Naimah cepat – cepatlah balik!” Naurah piat telinga Naimah. Suka
sangat menyampuk cakap orang tua – tua.
“ Erk Naimah ke
tu?”
“ Taklah Naurah abang Rafael.”
“ Abang? Ye kita kahwin nanti awak kena panggil kita
abang.” Naurah nak gelak. Tapi kena tahan. Apa pun Rafael bukan muhrim dia
lagi. Rasa lawak. Geli semacam bila kena panggil perkataan tu. Dia anak sulung
mana ada abang.
Naurah tak sangka begini pengakhiran jodohnya. Berjodohan
dengan seorang Rafael. Dia tak tahu pun yang Naufal si muazin sampai dia asyik stalk sampai suruh Naimah pergi amek gambar dia senyap – senyap abang
kepada Rafael. Rafael, rakan sepermainannya dulu. Bila dia balik kampung Rafael
yang tinggal sebelah rumah arwah nenek dia dengan bola dan topi baseball bagi
salam ajak Naurah ikut dia main. Tahu aje Naurah tu kaki bola.
“ Akak tahu tak siapa sebenarnya muazin kita solat masa last day kenduri arwah nenek?” Naurah
matikan panggilan lalu menghempaskan tubuh baring bersebelahan Naimah yang
bertiarap sambil membaca komik.
“ Naufal.” Naurah kerling Naimah. Naimah geleng.
“ Trettt salah.
Abang Naufal bagi abang Rafael chance
jadi muazin dan malam tu jugalah abang Rafael bagi tahu papa dia nak kahwin
dengan kak long.” Naurah bungkam. Dia suka suara tu masa kali terakhir kenduri
arwah nenek. Dia silap lagi. Naurah suka suara tu rupanya Rafael pemilik suara
tu. Janji Allah itu pasti. Apa taknya Naufal tu aje yang asyik jadi muazin.
Tapi masa hari terakhir tu dia rasa lain sikit. Macam ada aura gitu.
“ Jaga – jaga jangan zina hati Kak long.” Naurah cebik
lalu dijentik dahi Naimah.
“ Eh kasarlah kak long ni.”
Naurah jelir lidah. “ Suka hati akaklah. Wekk.”
Tak semestinya jodoh kita dengan orang yang kita suka.
Perancangan Allah lebih teratur dan terbaik. Allah punya pilihan lebih terbaik
dari kita. Bercinta lepas kahwin tu bukan drama tapi indah. Ya keindahan dengan
pahala yang berlipat ganda. Couple
sebelum kahwin. Banyak betul yang terjadi dalam kalangan remaja dan kadangkala
menyebabkan kes pembuangan bayi semakin meningkat. Tak perlu terhegeh – hegeh dengan
couple before nikah. Mesti ada lambat
atau cepat. Allah dah aturkan semuanya untuk kita. Natijahnya, perasaan itu
memang hadir tanpa diundang. Kadangkala kita tak tahan dengan perasaan tu sama
macam yang sedang menulis karya ni. Sebagai seorang remaja dengan kawan – kawan
yang asyik bercerita tentang couple
dia orang mungkin akan tertanya – tanya. Apa yang seronoknya bercouple ni? Dan bila penulis tanya kawan
soalan tu dia cuma sengih. Betullah menegur seorang yang rapat dengan kita
bukanlah mudah. Tak semudah abc. Thanks
to tarbiah sentap sebab sentapkan penulis tentang crush. Harap dia yang terakhir.
Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.
BalasPadam