Tumblr Scrollbars

My Friend

Selasa, 23 Disember 2014

Aku Mahu Dia Bahagia ( BAB 4 )






4
KANTA kamera jenama Canon yang tergantung di lehernya dia gilap. Jadualnya sangat padat kebelakangan ini. Banyak perkara yang dia nak selesaikan sebelum pulang ke kampung halamannya di Kedah. Lelaki berketinggian persis seperti seorang model dengan rambut gaya pacak berdiri statik di hadapan tingkap. Dapat dia lihat kesibukan di Shah Alam melalui tingkap Galleri FUNA miliknya yang telah dibangunkan hampir tiga tahun. Itulah duniannya. Dunia fotografi.
            Suka benar dia melihat kesibukan di kota raya. Bagaikan lukisan dalam matanya. Tingkap lipat Galleri dia tolak lalu kameranya dihalakan ke arah kesesakan lalu lintas di jalan raya. Bahu ditampar kuat membuatkan fokusnya terganggu. “Susah jugak kau ni. Ada dunia sendiri. Aku bagi salam tadi kau tak jawab pun... kan?” Dia dengan wajah yang tak ada perasaan melabuhkan punggung duduk di atas sofa turqoise pejabatnya.
“Kau tak penat ke ambil gambar, jumpa client, pergi conference. Aku tengok meja pejabat kau tu macam sarang tikus aje. Memang kau kena kahwin secepatnya. Banyak aje kan pekerja kau kat sini buat apa bayar gaji dia orang mahal–mahal tapi boss dia orang yang buat kerja dia orang,” matanya dihalakan ke arah skrin kamera. Banyak foto yang terkandung dalam skrin kamera tersebut. Bebelan Adib dia tak ambil peduli pun.
Photoshoot perkahwinan Adib jadi perhatiannya. Sebenarnya bukan dia nak ambik kisah tentang foto perkahwinan Adib pun, apa yang dia nak tengok sebenarnya muka budak perempuan yang dah lama curi hati dia sejak dulu lagi.
Nice,” ujarnya perlahan lalu tersenyum manis menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Matanya masih tertumpu ke arah skrin kamera. Tiba-tiba... senyumannya mati. Parah dah dia ni, tak halal lagi dia dah jadi stalker. Bibirnya dah terkumat-kamit beristighfar.
Adib jongket kening kiri. Pelik betul sahabatnya yang satu ini. Memang kemaruk dengan kamera aje.
Adib geleng kepala lalu duduk bersebelahan si fotografer. Senyuman nipis terukir di bibirnya sebelum menyambar kamera yang berada di pegangan lelaki berambut pacak itu. Serta merta dia kembali ke dunia realiti. Potong stim punya kawan.
“Kau buat apa kat sini Adib? Kau nak suruh aku jadi pengapit kau lagi ke?” Sarkastik darinya. Dia bangkit dari duduk lalu mengemas meja pejabatnya yang serupa sarang tikus itu.
“Furqan… Furqan. Kau ni kan speechless. See… aku datang sini nak cakap terima kasih sebab sudi tolong aku jadi pengapit tak bertauliah dengan muka ketat kau tu. Semalam kau jugak yang mesej aku suruh aku datang sini. Itulah, asyik busy dengan photography kau tu aje. Sampai lupa. Baik kau kahwin cepat–cepatlah Furqan,” Furqan tampar lembut dahinya sambil sengih kelat. Lupa akan pesanan ringkas yang dihantarnya semalam.
“Aku dah nak kahwin pun. Tak payahlah kau nak bebel aku. Itulah perkara yang aku nak bagi tahu kau dan suruh kau datang sini,” ujarnya selamba lalu menghirup Nescafe yang terhidang di atas meja pejabatnya. Sekelip mata aje semuanya dah tersusun kemas. Cekap sungguh tangan seninya itu.
Adib bangkit dari duduk. Kaget dengan kata kata Furqan sebentar tadi.
Dalam dia si sukar ditafsir tu nak kahwin? Huh sungguh Furqan tu mana pernah tertarik dengan mana-mana perempuan. Keras hati tahap giga. “Kau biar betul. Dalam diam kau kan. Dengan Keysha ke?” Dia geleng kepala lalu merampas kamera kesayangannya semula daripada Adib.
“Habis tu dengan sape?” Furqan kembali memerhatikan kesesakan lalu lintas di sebalik tingkap pejabatnya. Tasik yang terbentang luas di belakang Gallerinya dia renung dengan angin yang menerobos masuk ke dalam pejabatnya. Angin sepoi–sepoi buat rambut pacaknya ditiup angin.
“Dengan someone… someone si budak brutal. Budak perempuan yang rampas hati aku,” senyuman senget dia koyak. Adib kerut dahi. Pelik betul sahabatnya yang satu ini. Betul–betul pelik.
MARISA kerut dahi merenung wajah aku. Nak aje aku bagi penampar sebijik bila dia renung muka aku lain macam. Aku jeling dia sekilas sebelum bangkit dari sofa ambil air sejuk yang berada di dalam peti sejuk. Kenapa pula dengan aku ni. Rasa lain macam aje. Air sejuk aku teguk lalu duduk kembali di atas sofa. Rancangan televisyen ni semakin hari semakin membosankan. Ulang–ulang aje siaran rancangannya.
“Kau tak sihat ke Lena? Muka kau pucat semacam aje. Bibir kau tu macam vampire dah aku tengok. Edward Cullen dah hisap darah kau ek semalam? Bukan main marathon Twilight kan kau semalam. Sampai lewat masuk kerja tadi. Kau ingat Doktor Amran tu abah kau ke?”Aku sengih kelat lalu baring di atas sofa. Rasa lenguh semacam aje badan aku ni. Ala bukan lewat pun. Macam biasa aje. Twilight kegemaran aku kot. Suka hati aku lah.
“Ala... kalau dia jadi abah mertua aku apa salahnya... kan?”
Marisa cebik. “Amboi... teringin. Dengan sape? Dengan penyelamat kau dari Ehsan tu ek?”
Aku senyum simpul.
“Agak-agaknya... anak dia tu bujang lagi ke?”
Marisa diam. Dahi aku didemahnya buat aku pulak yang dah kerut dahi.
“Kau dah kena mandrem ek Lena? Tak pernah-pernah kau cerita pasal lelaki kat aku? Kau suka anak dia ke?”
Haah kan... kenapa aku tiba-tiba nak cakap pasal ‘dia’ tu? Istighfar Elena istighfar. Dia bukan ajnabi kau nak kenangkan macam tu.
“Ni... kau tak nak tahu ke sape bakal kau nanti?” Dahiku dah bertambah berkerut. Apa entah punya soalan yang Marisa ni tanya. Aku hanya diam sambil pejam mata. Malas nak jawab soalan cepumas dia tu. Tak penting langsung ‘bakal’ aku tu.
Marisa tampar kuat dahi aku. Pijar! Serta merta aku bangkit dari baring lalu melemparkan kusyen sofa ke arahnya. Ha padan muka serangan bertubi–tubi dari aku. Aku gelak jahat lalu tampar kuat bahunya. Macam budak–budak aje lagak kami berdua. Dia sambut kusyen yang aku lempar lalu membalas serangan aku.
“Suka hati kau aje kan nak tampar dahi aku. Majuk ngan kau dua minit,” aku memuncungkan bibir lalu kembali baring di atas sofa. Potong stim punya Marisa.
Siling putih aku renung. Cuba nak buat ayat yang baik punya untuk Marisa.
 “Risa…” sengaja aku leret suara.
Ermm?”
“Aku dah buat keputusan. Mama aku kata pihak belah laki ngan pihak aku bincang nak bertunang dulu. Kita orang sibuk dengan kerja dan mama aku ngan umi bakal suami aku tu kata baik kita orang ni bertunang dulu,” nadaku serius lalu bangkit dari baring.
Marisa terkedu.
Tak percaya mungkin dengan kenyataan itu. Ya mama call aku semalam dan kita orang bincang hal kahwin aku. Aku setujukan aje.
“Kau dah taaruf dengan dia?
Aku geleng.
Taaruf? Nak berkenalan dengan ‘si dia’ tu ke? Nak jugak? Entahlah... aku rasa macam lebih tertarik dengan orang yang aku tumbuk sebab aku salah sangka dia nak cabul aku dan sebenarnya aku macam tertarik dengan anak Doktor Amran... jugak. Nampak tak kenakalan hati aku kat situ? Parah! Aku tertarik dengan dua orang yang aku tak pernah kenal... langsung!
“Biar betul kau tak kenal dia lagi? Ha ada kang yang merisik kau tu dah punya tiga orang isteri. Kau nak buat apa?” Marisa dah angkat-angkat kening. Aku rasa nak tumbuk aje muka Marisa ni. Menjengkelkan betul.
 “Ish kau ingat mama aku kejam ke bagi anak dia kahwin dengan orang yang ada banyak isteri? Aku hempuk kang ha. Aku serius kau buat lawak  antaraglobal. Mengarut. Nonsense. Nanti-nantilah aku tanya mama aku. Good night babe.” Marisa geleng kepala dan dia malas dah nak layan aku. Asyik layan rancangan Running Man yang dah berulang tu aje. Aku bangkit dari sofa menuju ke bilik aku.
Tiba-tiba kepala aku berpinar–pinar. Takkanlah penyakit aku datang lagi? Belum sempat aku melangkahkan kaki menaiki anak–anak tangga, aku rasa badan aku terlalu berat dan aku rebah. Gelap. Semuanya gelap. Suara Marisa sayup–sayup kedengaran di gegendang telinga aku.
HUJAN lebat membasahi bumi yang fana ini. Pelbagai ragam manusia kelihatan di segenap perkarangan hospital. Aku tercungap–cungap berjalan laju menuju ke ruang psikiatri. Aku terlewat lagi. Habislah. Tak guna punya penyakit. Kalau bukan sebab penyakit tu, aku takkan rebah.Yang penyakit tu pula kenapa la masa aku sibuk baru dia nak datang. Sadis betul nasib aku.
Aku teguk air mineral yang aku bawa dari rumah sejurus sahaja aku duduk di ruang bilik aku. Lega. Tombol pintu dipulas dan keluarlah wajah Marisa di sebalik muka pintu bilik aku. Keluhan berat aku lepaskan. Jangan nak mengomel lagi la duhai Marisa. Aku penat.
“Lena? Minta MC la dekat Doktor Amran tu. Kau ni kan aku tengok sibuk aje dengan kerja kau tu. Ye aku tahu kau nak dapat anugerah cemerlang macam lepas–lepas kan. Tapi kau perlukan rehat juga. Kau pitam semalam tau. Risau aku. Aku call kau tak angkat-angkat. Tengok–tengok dah duduk santai kat sini. Heysh macam–macam, baik kau pulang Kedah sekarang jugak. Kau ni…” aku tergelak kecil buat dia mati kata. Lawak aje Marisa ni mengomel. Macam aje aku ni anak dia nak mengomel macam tu.
“Aku oklah Risa. Aku dah makan Panadol dua biji tadi. Aku kena siapkan jugak lah, manalah tahu kan dekat sana ada kejutan besar untuk aku. Mana nak pergi honeymoon lagi. Bukan pasal anugerah pun. Dah banyak tropi aku letak dekat rumah kita. Dahlah buat kerja nanti kena marah oleh Doktor Amran ha aku tak tahu.” Marisa tarik kerusi seraya duduk di depan aku. Senyuman manis terukir di bibirnya lalu mendekatkan badannya ke arah aku. Ha yang dia ni duk senyum macam kambing dah kenapa.
“Diam–diam kau kan dah sedia dengan kahwin. Jauh sangat perancangan kau. Aku nak ikut jugak kau balik Kedah nanti,” aku sengih kelat.
“Aku rasa sedia tak sedia aje ni. Pasrah ajelah. Tak payahlah ikut, kau pun dah lama tak balik Kelantan kan?” Marisa cebik lalu bangkit dari duduknya. Merajuk la tu.
“Tak kira aku nak ikut juga. Lagipun daddy ngan mummy aku pergi buat umrah. Salah ke aku nak tengok kawan aku bertunang? Baliklah Lena rehat dulu aku tengok muka kau dah macam Vampire pucat sangat. Tak pasal–pasal patient kau lari nanti tengok muka kau.” Marisa ni sebut lagi pasal bertunang. Aku rasa macam nak batalkan aje pertunangan tu. Kau jangan buat benda gila Elena. Huh.
Hmm apa–apalah. Aku tak nak balik rumah. Titik. Keluar… keluar,” aku bangkit dari duduk lalu memulas tombol pintu. Tubuh Marisa yang berdiri bersebelahan pintu aku tolak lembut. Kejam. Aku peduli apa yang aku tahu aku nak habiskan kerja aku yang berlambak secepat yang mungkin.
Bedak muka Maybelline yang terletak di tas tangan sandang aku keluarkan. Aku lihat wajah aku disebalik bedak muka tersebut. Erk jerawat? Kureng punya jerawat. Memang pucat wajah aku. Aku teringat sekumpulan jururawat yang menegur akan perubahan wajah aku. Pucat sangat ke? Ah tak penting pun. Penat aje kot. Pintu ruang pejabat aku terbuka, tersembul wajah pesakit aku dan bermulalah sesi terapi antara aku dan pesakit aku yang menghidap Skizofernia.
DOKTOR AMRAN keluh kasar. Teh O  panas yang terhidang di atas meja dia hirup. Nasi goreng yang terhidang dia renung tanpa perasaan. Puan Zubaidah hanya mampu menggelengkan kepala. Degil betul anak bongsu yang seorang itu. “Umi… abah dah la tu. Janganlah risau. Nanti darah tinggi umi naik pula. Abah pula risiko dapat sakit jantung. Dahlah budak tu ok aje. Ana yakin.” Raihana, anak sulung Doktor Amran mencuba untuk memujuk kedua orang tuanya itu.
            “Memang sukar ditafsir betul adik bongsu kamu tu. Tak faham abah. Dia ingat nyawa ni mainan ke. Abah sangka dia naik aje form one dah berubah. Tapi makin menjadi–jadi sampai sekarang. Payah!” Rungut Doktor Amran lalu menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya. Anak bongsu yang sorang tu... dah kena tikam pun duk buat derk aje.
            “Dia akan berubah. Ana yakin dia akan berubah lepas aje dia kahwin nanti. Ana tengok bakal isteri dia tu memang gila–gila, ceria aje. Ana yakin dia boleh buat budak tu berubah.”
            “Umi sokong kata–kata kamu tu Ana. Ye. Kita yakin ajelah dengan pilihan hati budak tu bang. Dia ok aje tu.” Puan Zubaidah usap lembut lengan suaminya. Mencuba untuk menenangkan si Tuan Doktor.
Tanpa pengetahuan mereka si empunya diri yang sedang dirisaukan sedang khusyuk mencuri dengar perbualan keluarganya dari tingkat atas. Dia senyum sinis, apa yang dia tahu dia nak jaga si pujaan hati meskipun dari jauh.
           


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me