Tumblr Scrollbars

My Friend

Isnin, 6 Oktober 2014

Love After Nikah

Qaireen Diyana


Zafril Alasdair Evan

Shazril
Syukur

Suraya


Alvian

Daniel


Alaisha

Arisa



Eva






Suraya mengerutkan dahi tatkala bahunya ditampar kuat oleh rakannya yang berambut ikal mayang kecoklatan itu. Qaireen tersengih kelat menampakkan gusinya yang putih lalu duduk di hadapan Suraya yang bertudung bawal jingga. Dari bawah sampai ke atas Suraya hanya menggeleng kepala dengan peribadi rakannya yang kasar dan lasak.
            “ Kau sihat Airen?” Soal Suraya. Rindu benar dia dengan rakannya yang satu itu. Genap dua minggu mereka tidak bersua setelah Qaireen diberikan tugasan untuk memberikan taklimat mengenai subjek Bahasa Inggeris di Sarawak. “ Sihatlah cuma aku bengang aje masa balik tu ada mamat pilot sesat duk cakap dia kenal aku. Agaknya dia tu skizo kot.” Ujar Qaireen lalu menghirup Teh O Ais kepunyaan Suraya. Membulat mata Suraya seraya duduknya ditegakkan. Seperti seronok sahaja cerita rakannya itu.
            “ Pilot? Dia kenal kau? Cuba kau cerita sikit dekat aku. Mana tahu aku kenal. Kau tu kan pelupa.” Qaireen mencebik lalu duduk bersandar di belakang kerusi. Tangan dan kakinya disilangkan lalu fikirannya mulai mengimbas perkara itu.
            Qaireen menggosok – gosok dahinya yang terasa nyilu akibat terlanggar seseorang yang mempunyai susuk tubuh yang lebih besar darinya. Topi yang terletak elok di atas kepala, Uniform juruterbang serta kaca mata hitam Clubmaster sudah menunjukkan wajah segak lelaki berkulit kuning langsat itu. “ Maaf Encik saya tak sengaja.” Dengan rasa rendah diri Qaireen memohon maaf. Lelaki itu tersenyum manis lantas kaca matanya dibuka. Terserlah mata biru lelaki berambut spike kecoklatan yang berada di hadapannya. Qaireen tercengang wajah lelaki itu agak kemelayuan tetapi anak mata dan rambutnya seperti orang barat. Kaki dilangkahkan ingin keluar daripada lapangan terbang.
            “ Qaireen Diyana!” Qaireen menghentikan langkahnya seraya nafasnya mulai turun naik. Tiba – tiba sahaja dia disergah oleh lelaki yang tidak dikenali itu. “ Awak dah lupa saya siapa? “ Qaireen mengerutkan dahinya pelik dengan soalan lelaki itu. Dia hanya bungkam membuatkan lelaki itu tersenyum sinis.
            “ Awak dah lupa. Tak apa yang pastinya saya tak akan lupa orang yang selalu backup saya bila kena buli masa sekolah dulu. Ingatlah siapa orang yang awak selalu jaga Aireen. Siapa orang yang sentiasa risau bila sesuatu yang buruk jadi dekat awak sampai awak sendiri tak suka. Kalau awak dapat selesaikan semua klu ni. Awak akan tahu siapa saya.” Ujar lelaki itu tenang lalu berganjak pergi dari situ.
            “ Hang sape weyh? Chek tak kenal hang sape la!” Laung Qaireen kuat dalam loghat kedahnya namun lelaki itu tidak mengendahkan.
            Suraya terangguk – angguk tanda mengerti setelah cerita itu disampaikan oleh Qaireen. Dia mengecilkan bola mata seolah – olah sedang berfikir dan beberapa saat kemudiaan senyuman terpancar di bibirnya. “ Aku tahu dia siapa.” Suraya terangguk – angguk lagi. Qaireen hanya memandang kosong wajah rakannya. “ Um sape?” Soal Qaireen sambil jari jemarinya sibuk bermain Samsung SIII. Suraya mencebik lalu menhirup Teh O Aisnya. Qaireen kelihatan ambil endah tak endah sahaja.
            “ Kau tu yang sebenarnya skizo Airen oi. Kau dah lupa ke abang senior yang tua empat tahun dari kita? Ala masa kita form 1 dia form 5. Ah abang tu kacak giler kacukan Scotland tak silap aku tapi selalu kena buli kau yang backup . Dia pernah kena buli teruk sampai bengkak muka dia kau yang backup sebab dia jugalah kau pernah kena gantung sekolah sebab belasah teruk budak yang buli dia. Kau ni dah nyanyuk ke?” Qaireen sekadar terkebil – kebil. Daya ingatannya memang lemah lagi pula bukan seorang sahaja yang selalu dibantunya ketika dibuli. Ramai lagi mengsa buli yang selalu dibantunya.
            “ Dah ingat? Dia dah kembali Airen. Lagi satu dia.. selamatkan kau. Aku masih ingat lagi biarpun kejadiaan tu dah lama. Sebab dia nak selamatkan kau dari kena langgar dia koma.. dan..” Kata – kata Suraya mati sejurus sahaja Qaireen bangkit dari duduknya.              “ Thanks yer Su.. aku kena balik mak aku sakit. Aku terpaksa minta MC lagi la. Jumpa lagi yer Su.” Suraya sekadar mengangguk. Baru sahaja dia mendapat pesanan ringkas daripada rakannya yang berada di kampung mengenai kesihatan Puan Azlia yang semakin memburuk. Ibunya disahkan menghidapi barah otak semasa dia berumur 13 tahun. Ayahnya pula sudah lama menceraikan ibunya dan semenjak hari itu kelibat ayahnya langsung tidak muncul hanya muncul apabila ayahnya menginginkan sesuatu.
            Qaireen mengurut bahu ibunya yang lenguh lalu memberikan dua biji ubat dan segelas air. Rumah kampung teres setingkat itu kelihatan begitu indah dengan susunan ala tradisional dan moden. Itulah sahaja peninggalan arwah atok Qaireen kepada ibunya yang merupakan anak tunggal.
            “ Kenapa ni ibu tiba – tiba aje sakit tu serang balik. Nak kata tak makan ubat ibu rajin aje makan ubat ni ubat ni dah nak habis. Jangan cakap kat Aireen yang ibu risau sampai jadi macam ni.” Puan Azlia sekadar tersenyum kelat dengan omelan Qaireen lantas menghempaskan tubuhnya di atas katil. “ Ibu risau pasal kamu la.. kesihatan ibu semakin buruk ibu tak nak tengok kamu sebatang kara.” Qaireen menguntumkan senyuman manis menampakkan lesung pipitnya.
            Tangan ibunya digenggam erat mengumpul seberapa banyak kekuatan. “ Ibu janganlah risau pasal Aireen. Ibu akan sihat seperti biasa Aireen yakin bu. Aireen janji apa yang ibu nak Aireen akan tunaikan apa aje.” Ujar Qaireen dalam keadaan bersemangat. Tangan kanannya diangkat seperti mengangkat sumpah sahaja lagaknya. Tergaris senyuman di bibir pucat milik Puan Azlia.
            “ Ala ibu minta kamu yang satu tu sampai sekarang tak nampak bayang. Yang datang kamu tolak entah dah kenapa kamu ni. Yang datang ke mari tu bukan calang – calang orangnya atau kamu tak boleh lupakan bekas tunang kamu yang curang tu?  Kamu tu dah 26 tahun Aireen dah layak dah jadi tanggungjawab orang.” Qaireen sengih kelat seperti biasa. Ah lelaki itu dia yang menaruh perasaan terhadap lelaki itu semasa berada di tingkatan dua. Dia tidak menyangka si lelaki juga mempunyai perasaan terhadapnya dan terikat la tali pertunangan. Namun lelaki itu curang terhadapnya.
            “ Minta apa bu?” Soalnya berpura – pura tidak mengerti. “ Heyshh kamu ni nak lari la tu.. apa lagi kalau bukan K besar dan ada lima anak. Dah la kamu rehat la dulu.” Keluh Puan Azlia lalu menarik selimut membungkus dirinya. “ Kahwin.. semua lelaki sama aje. Habis madu sepah dibuang.” Monolognya lalu tersenyum sinis.
            “ Hari ni Qaireen nak tidur sebelah ibu. Jangan membantah.” Qaireen sudah menghempaskan tubuhnya bersebelahan Puan Azlia. Ibunya sekadar mengangguk. Qaireen memandang siling kipas dengan pandangan kosong teringat akan peristiwa yang pernah membuatkan dia trauma.
            “ Zafril Alasdair Evan. Awak dah kembali.” Terbit nama itu dari birai bibir merahnya.
. . . . .
            Tangannya ligat menari – nari di atas papan putih. Hampir dua tahun dia berkhidmat sebagai seorang pendidik dalam bahasa Inggeris. Anak muridnya yang pelbagai ragam pandai dikawalnya meskipun dia masih baru dalam pekerjaan itu.
            “ Who is your Idol ?What do you understand about an Idol?” Ujarnya kepada anak muridnya yang mulai menumpuhkan perhatian. Hanya terdapat dua tiga orang sahaja yang asyik bermain. Qaireen terkenal dengan sifat tenangnya dan garang. Qaireen boleh dikatakan jangan disangka air yang keruh tiada buaya kerana bila – bila masa sahaja gunung berapinya boleh terletus.
            “ Idol is someone you admire teacher. Like I admire you.. You are my idol teacher.” Ujar anak murid yang duduk di hadapannya bangga. Belum sempat dia membuka bicara tiga figura kelihatan diluar kelasnya. Qaireen melangkahkan kaki keluar dari kelas untuk menyambut tiga figura yang berada di luar kelas. Seorang budak perempuan berambut tocang asyik merenungnya dengan pandangan yang serius. Dia kelihatan unik jelas kelihatan wajahnya tidak seperti anak jati melayu anak mata ambarnya yang bulat begitu cantik. Rambutnya pula agak keperangan sedikit.
            “ Teacher Aireen dia ni spesial sikit. Kalau budak – budak tu asyik tanya hang jawabkan untuk dia boleh tak?” Qaireen sekadar mengangguk dengan senyuman manisnya. Matanya asyik memandang pelajar barunya itu.
            “ Hey Qaireen Diyana.” Qaireen bungkam saat mata hazelnya bertentangan dengan mata biru itu. Zafril berada di hadapan lelaki itu benar – benar sudah kembali dalam hidupnya. Lelaki yang membuatkan dia trauma disebabkan nyawa. Dia amat terhutang budi dengan Zafril. “ Lama kita tak jumpa. Awak dah cantik dah besar sekarang tak macam dulu. Saya.. rindu..” Qaireen sekadar terkebil – kebil mendengar tutur bicara Zafril. Suraya berdehem membuatkan kata – kata Zafril mati.
            “ Kalau anak buah saya tu kena buli.. backup la dia macam yang awak buat dekat saya dulu.” Zafril masih dengan senyuman manisnya. Senyumannya itu begitu manis mengalahkan gula. Qaireen sekadar tersenyum sinis lalu melangkahkan kaki masuk ke dalam kelasnya.
            “ New student please introduce yourself.” dan dari disitulah bermulanya titik permulaan pertemuan antara Qaireen dan Zafril setelah genap 14 tahun misteri kehilangan Zafril.             “ Apa aku nak buat.. dia dah kembali.” Monolognya lalu menyambung semula sesi pembelajaran.
            Qaireen memecut keretanya laju, lelaki itu semakin gila. Ke mana sahaja Qaireen pergi akan diekorinya. Bukan Qaireen tidak ingin melaporkan kepada pihak polis namun lelaki itu begitu licik tiada bukti yang menunjukkan lelaki itu ingin mencederakannya. Akhirnya lelaki itu berjaya menahan MYVI putih milik Qaireen di bahu jalan. Qaireen mengetap bibir lalu menekan hon kereta sekuat hatinya yang bergelora dek kemarahan. Lelaki itu tidak mengendahkan lalu membuka pintu kereta Qaireen yang tidak berkunci. Qaireen tersenyum sinis lalu turun dari perut kereta.
            “ Aireen please maafkan saya. Beri saya peluang kedua please la Aireen saya masih sayangkan awak please. Saya merayu.” Shazril memegang erat tangan Qaireen membuatkan gadis berikat kuda itu mengerutkan dahi. Tangannya ditarik kasar lalu mengeluh.
            “ Kita dah putus tunang dan jangan ganggu saya lagi. Pergi la dengan model tu. Peluang kedua saya tak akan bagi apa cara sekali pun yang awak nak buat!” Bentak Qaireen sambil masuk ke dalam perut kereta sebelum memecut keretanya laju. Shazril tersenyum sinis lalu mengeluarkan pistol yang terletak elok di dalam poket seluarnya. “ Kau tunggulah Aireen aku akan pastikan hidup kau merana!” Pistol hitam tidak berpeluru itu dilepaskan ke arah kereta Qaireen lalu tergelak besar. Shazril semakin psiko.
            Suraya mengerutkan dahi namun dia hanya berdiam diri. Malas mahu bertanya rakan yang membesar bersama sama dengannya yang asyik merenung dia membetulkan pashmina birunya. “ Weyh ajar aku pakai tudung aku tengok cantik aje kau pakai tudung. Rasa dihormati dan aku rasa aku dah banyak kumpul dosa dengan rambut aku ni dah banyak lelaki bukan ajnabi tengok aurat aku.” Suraya menguntumkan senyuman manis lalu menarik pashmina jingga yang terlipat kemas dalam almarinya. Dihulurkan pashmina itu kepada Qaireen lalu duduk bersebelahan gadis itu.
            “ Pakai tudung sebenarnya tak wajib ni tutup aurat ni yang sebenanrnya wajib tak guna kau pakai tudung tapi baju kau.. ketat. Sekarang pun boleh Aireen aku ajar kau cara nak tutup aurat sempurna cuma dari kau aje nak tak nak.” Suraya memegang bahu Qaireen. Mereka memang sekepala cuma Suraya kaya dengan pengetahuan agama tidak seperti Qaireen.
            “ Aku  sayang kau ketat ketat Su.” Qaireen memeluk erat bahu Suraya. “ Kau tu dah macam adik aku la Airen semua tentang kau aku dah masak sangat. Janganlah kau nak malu dengan aku kalau dalam bab macam ni aku ni pun bukannya baik sangat.” Qaireen tersenyum nipis rendah diri sungguh rakannya itu beruntung siapa yang akan memiliki Suraya.
            Tangannya ligat membelek – belek buku yang tersusun rapi di hadapan. Ada sebuah buku yang menarik perhatiannya untuk membaca lantas buku itu ditariknya dari rak buku. “ Cinta selepas nikah. Seronok bukan?” Suara itu kembali menghantui. Tajuk buku itu begitu menarik perhatiannya. “ Cinta selepas nikah tu bukan aje menambahkan pahala bahkan nikmat dia hanya dua insan tu aje yang tahu. Sesungguhnya Allah meredhai orang yang berjihad kerana cinta.” Qaireen mengerutkan dahi tidak mengerti dengan kata – kata Zafril yang sedang membelek sebuah buku islam yang terletak di belakang Qaireen.
            “ Maksud awak?” Soal Qaireen, topik yang dibangkitkan Zafril menarik perhatiannya. Zafril tersenyum manis. “ Maksud saya cinta selepas nikah dituntut dalam agama kita dan juga diredhai Allah berbanding cinta sebelum kahwin. Dinyatakan dalam surah ar rum ayat 21 ( dan di antara tanda - tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa dia menciptakan isteri – isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh,dalam yang demikian ada tanda -tanda bagi orang yang menggunakan fikiran ) mereka tidak mengetahui kekurangan dan kelebihan pasangan mereka tapi apabila mereka saling memahami meskipun pada mulanya tanpa ikatan cinta lama kelamaan cinta itu akan berputik. Nikah kita bercinta seronok bukan?” Qaireen terkebil – kebil kata – kata Zafril merentap jiwanya bagai renjatan elektrik.
            “ Saya nak awak tahu yang saya masih sukakan awak tak.. saya cintakan awak. Tapi saya dapat lupakan perasaan tu sebab cinta saya kepada Allah. Saya lebihkan cinta saya kepada Allah sebab saya sedar saya tak akan dapat cinta Qaireen Diyana. Saya harap.. nama Qaireen Diyana tertulis dalam luth mahfuzh saya.” Nafas Qaireen turun naik saat itu. Zafril masih beriak tenang meskipun hatinya amat merindui Qaireen.
            “ Zaf..ril.” Suraya menggeleng kepala melihat rakannya yang sudah lama dibuai khayalan itu. “ Aireen kebakaran!” Suraya memekik ke arah gegendang telinga Qaireen membuatkan gadis itu tersedar daripada lamunan. Qaireen ketap bibir lalu menampar kuat bahu rakannya itu. “ Zafril dah lama keluar la Aireen apa la kau ni. Sempat aku beli tudung kesian Zafril lama dia berdiri depan kau nak minta diri kau pula macam orang dah kena pukau. Zafril buat apa dekat kau ha?” Qaireen menggeleng kepala lalu melangkahkan kaki menuju ke kaunter pembayaran.
            “ Cakap la dekat aku dia buat apa dekat kau sampai lamunan kau panjang sangat ni?” Qaireen mencebik rakannya yang satu itu menyibuk sahaja. “ Dia dah kembali Su.. orang yang dah buat aku trauma sebab nyawa dah kembali.” Suraya mengeluh kasar Qaireen betul -betul belum melupakan tragedi itu.
. . . . .
            Puan Azlia mengerutkan dahi menahan sakit. Kepalanya terasa seperti dicucuk dengan belati saat itu. Mujur sahaja Qaireen pulang ke kampung ada juga yang menemaninya di situ. Encik Ibrahim serta isteri dan tiga orang anaknya duduk berhadapan Qaireen dan Puan Azlia yang asyik mengurut dahinya itu.
            “ Kami bukan saje nak datang. Cuma dengan rasa rendah diri dan hinanya kami di sini nak minta tolong dengan kau orang Azlia.. Aireen. Silalah ketawa lihat kita orang macam ni. Anak aku si Eva ni.. dah.. mengandung anak luar nikah. Kita orang nak minta tolong kau orang carikan suami untuk dia yang boleh bimbing dia.” Riak wajah Encik Ibrahim, ayah kepada Qaireen begitu bersalah. Eva hanya melihat dua insan itu dengan pandangan sinis. Tidak pula bagi ibu tiri serta abang dan kakak tirinya. Hanya Eva sahaja yang benci akan  Qaireen dan Puan Azlia, tercalar maruahnya tatkala itu.
            “ Kita orang tak boleh tolong maaf. Sila keluar daripada rumah ni dan kita orang juga ada masalah sendiri dan itu semua sebab abang yang tak reti nak jaga anak!” Puan Azlia bangkit dari duduknya lalu mengusir keluar keluarga itu. Dia sudah muak setiap kali bekas suaminya itu mempunyai masalah dia selalu sahaja dijadikan tempat mengadu walhal mereka sendiri tidak pernah membantunya apabila dalam kesusahan.
            Puan Azlia terduduk sebaik sahaja kelibat keluarga itu tidak kelihatan. Air mata bergelinangan lagi di pipinya. Qaireen memeluk erat bahu ibunya mencuba untuk menenangkan diri ibunya yang sakit itu. “ Aireen.. ibu nak kamu tolong ibu boleh kan?” Qaireen mengangguk pantas lalu mata dua beranak itu bertaut. “ Ibu nak… kamu terima yang kali ni punya. Tolong ibu sayang ibu dah tak ada harapan nak sembuh,ibu tak nak kamu merana seorang diri sekurang kurangnya ada juga yang jaga kamu. Ibu yakin budak tu baik orangnya agamanya kuat dan ibu rasa kamu kenal dia. Ibu tak akan bagi tahu dia orang tentang budak tu sebab ibu nak budak tu yang bimbing dan jadi imam kamu bukan adik tiri kamu tu.” Lidah Qaireen kelu untuk menuturkan bicara saat itu. Dia bungkam. Dia menganggap semua lelaki sama sahaja. Dia pernah mengharapkan Shazril untuk membimbingnya ke jalan yang benar namun itu semua hanyalah khayalan semata – mata. Dia buntu apa yang harus dia lakukan.
            Tiga teruna itu asyik berbual di tempat lepak kegemaran mereka di sebuah Restoran. Zafril kembali bungkam. Dia hanya mendengar perbualan dua rakannya itu. “ Banyak – banyak perempuan yang ayu lagi feminin budak kasar tu juga yang kau pilih Zafril. Kalau kawan dia tu tak apa juga tu setaraf sikit dengan engkau Zafril.” Zafril menumbuk kuat bahu rakannya geram rasanya dengan kritikan Syukur. Alvian hanya menggelengkan kepala. Tiga sekawan itu saling mengenali semasa berada di bangku sekolah menengah lagi. Persahabatan yang terputus tanpa Zafril akhirnya bersemi semula setelah lima tahun Zafril kembali.
            “ Ni bukan sebab setaraf ke feminine ke.. sebab dia tu ada daya tarikan dan aku ni ada banyak hutang dekat dia tau. Kau tau apa Syuk yang kau tahu buang yang lama ganti yang baru player aje kerja kau.” Syukur tersengih kelat. “ Tapi kahwin ni bukan benda main – main la Zafril sedia ke nak kahwin dengan Aireen tu? Dah la dia tu sejak sekolah banjir dengan peminat sampai sekarang kot. Aku dengar dengar dia tu putus tunang sebab tunang dia curang yang aku dengar la. Sebab hari tu aku ada terserempak dengan dia, ada seorang lelaki ni asyik ikut aje ke mana dia pergi dah banyak kali tu aku tengok mamat yang sama asyik ikut dia.” Giliran Alvian pula meluahkan apa yang tersirat di hatinya. Zafril tersenyum tenang dia tahu perkembangan Qaireen selama ini meskipun dia jauh daripada mereka. Sungguh dia menyayangi Qaireen.
            “ Kau cakap ada hutang kat dia hutang duit kan bayar ajelah ala kau kan dah kaya dah jadi pilot… Kapten pula tu ketua pilot.” Zafril tersenyum sinis lalu menegakkan duduknya. “ Hutang.. aku dah banyak susahkan dialah dia kena marah oleh cikgu.. mak dia. Kena gantung sekolah sebab aku. Dia kena bayar ganti sampai esok pun tak akan siap kalau aku listkan semua hutang aku kat dia. Sekarang giliran aku pula tolong dia. Macam yang Vian cakap dia macam dalam bahaya aje bila bila masa bekas tunang dia tu boleh buat sesuatu yang buruk. Lagipun aku nak jadikan dia lemah lembut. Aku nak bimbing dia dan aku dah dapat petunjuk dia tu jodoh aku. Aku boleh buat jadi jangan cuba nak halang aku.” Syukur dan Alvian hanya terkebil – kebil dengan pengakuan Zafril. Mereka bungkam tinggi benar terhutang budi Zafril terhadap Qaireen.
. . . . .
            Suraya bingung melihat Qaireen yang menangis teresak esak itu. “ Aku tak nak kahwin Su. Tapi aku tak nak tengok ibu aku sedih sampai macam tu.” Terhinjut hijut bahu Qaireen dengan esak tangisnya. Suraya menggosok gosok bahu rakannya. “ Airen aku tahu kau takut nak kahwin tapi kau kan Qaireen Diyana, siapa yang tak kenal tegas dengan pendirian dia kasar agak kelelakian sikit. Ha kau kuat kan Airen aku yakin kau boleh buat.” Qairen ketap bibir mata rakannya itu direnung tajam.
            “ Kau salah, aku lemah Su. Aku tak nak kahwin dengan orang yang aku tak cinta.” Suraya mencuba untuk menahan gelak tercuit pula hatinya melihat Qaireen seperti kanak – kanak. “ Cinta selepas kahwin. Dapat pahala tau dapat keredhaan Allah lagi. Kalau aku kan aku nak aje.” Suraya sudah mengeluarkan skill memujuknya. Memang patut dia menjadi guru kaunseling di sekolah tempat dia berkhidmat.
            “ Cinta selepas kahwin?” Suraya mengangguk laju. Qaireen teringat akan kata kata yang pernah diungkapkan oleh Zafril beberapa bulan yang lalu. “ Kalau benda tu akan buat ibu aku senang hati ok aku nekad. Aku akan pegang konsep cinta selepas kahwin.” Qaireen dan Suraya saling berbalas senyuman.
            Mata hazel Qaireen yang berselindung di sebalik niqab putih hanya tertumpu ke arah susuk tubuh yang berada jauh di hadapannya. Dia langsung tidak mengendahkan siapakah gerangan yang bakal menjadi imam dalam hidupnya.
            “ Aku nikahkan engkau Zafril Alasdair Evan dengan Qaireen Diyana Ibrahim dengan mas kahwinnya sebanyak seribu ringgit tunai.” Bagaikan masa ketika itu telah terhenti. Nafas Qaireen turun naik kaget dengan kejutan itu. Jantungnya berdegup kencang tidak seperti biasa. Zafril sah menjadi suaminya dengan sekali lafaz sahaja. Kepalanya berpinar – pinar saat itu sebelum matanya tertutup sebelum dia terbaring di atas riba ibunya. Gelap.
            Wajah Qaireen yang putih kemerah merahan itu diusapnya lembut. Tergaris senyuman di bibirnya melihat Qaireen yang sedang nyenyak tidur. Kasihan isterinya itu besar sungguh kejutan yang diberikan sehingga Qaireen jatuh pengsan. Dia bangkit dari duduknya lalu menuju ke tandas mengambil wudhuk untuk menunaikan solat sunat nikah. Perlahan – lahan Qaireen membuka matanya. Terasa berat kepalanya tatkala itu. Dilihatnya suaminya sedang membentangkan sejadah di atas lantai. Mata biru dan hazel itu bertaut lagi. Lama. Sebelum ketukan pintu mulai kedengaran.
            “ Aireen dah sedar?” Soal Puan Aleya ibu kepada Zafril yang berketurunan Scotland. Qaireen hanya duduk di atas katil tanpa bergerak rasa lemah badannya tatkala itu.   “ Dia dah sedar. Tak apa dia terkejut aje tu. Mama tak usah risau la.” Ujar Zafril lembut. Sungguh beruntung Qaireen dapat memiliki suami seperti Zafril. Dalam dan luarannya cukup indah. Puan Aleya sekadar mengangguk lalu berganjak dari situ.
            Pintu kembali ditutup rapat. Tergaris senyuman sinis di bibir Qaireen tatkala itu. Wajah Zafril hanya dipandang kosong. “ Awak dah ok? Awak pengsan tadi.” Segelas air diberikan kepada Qaireen. “ Tak usah nak kesah pasal saya la. Awak dah dapat apa yang Qaireen bangkit dari duduknya lalu meninggikan suaranya kepada Zafril. Lelaki itu masih beriak tenang.
            “ Awak skizo ke?” Membulat mata Qaireen tatkala itu. Ingin sahaja dihempuknya kepala Zafril menggunakan bantal. “ Awak solat apa?” Soal Qaireen. “ Solat Sunat lepas nikah.. jom.” Qaireen senyum sinis lalu menyilangkan tangannya. “ Saya ni.. yang wajib pun saya jarang buat apa lagi yang sunat ni. Awak ajelah saya tak reti solat sunatnya macam mana. Nanti tersalah awak pula yang kena tanggung.” Zafril tergelak kecil lalu mengusap lembut ubun ubun isterinya. Terbatal air sembahyangnya ketika itu.
            “ Tengok air sembahnyang awak dah batal. Tak usah sentuh sentuh. Solat dulu kalau nak sentuh nanti la yer.” Zafril melabuhkan punggungnya duduk bersebelahan Qaireen lantas tangan Qaireen dipegangnya erat. “ Apa gunanya saya sebagai suami tapi tak bimbing isteri dia. Awak tu dah tanggungjawab saya Aireen. Semua dosa awak saya yang tanggung. Saya ada tanggungjawab untuk betulkan iman awak,dah sekarang ni ambil wudhuk kita solat sunat sama sama. Kalau tak pandai saya kan ada. Tugas saya bimbing awak Aireen.” Lembut sahaja tutur bicara Zafril. Lelaki itu memang tenang orangnya tidak pernah dilihatnya Zafril kelam kabut. Qaireen bangkit dari duduknya lantas masuk ke dalam tandas untuk mengambil wudhuk.
. . . . .
            Qaireen kelihatan sibuk menyediakan sarapan buat suami serta keluarganya yang masih belum nampak bayang itu. Berkali kali pembantu rumah di rumah agam itu melarang Qaireen membuat kerja tetapi Qaireen masih berdegil. Puan Aleya serta suaminya mulai kelihatan menuruni anak tangga. Encik Muar dari dahulu sampai sekarang masih dengan muka garangnya. Apa tidaknya Encik Muar merupakan seorang mantan tentera. Pernah sekali dia dan bapa mertuanya itu bertegang kerana Encik Muar asyik memarahi Zafril yang dibuli itu.
            “ Aireen kamu tak payahlah sediakan semua ni. Mama dah upah maid kat rumah ni. Duduklah Aireen.” Puan Aleya mempelawa Qaireen duduk bersama mereka. Tanpa membantah Qaireen menarik kerusi lantas melabuhkan punggungnya.
            “ Ha suami kamu mana? Tak kan masih tidur kot.” Encik Muar mulai bersuara. Qaireen hanya tersenyum manis dia sendiri tidak tahu ke mana menghilangnya Zafril. Bangun sahaja daripada tidur kelibat Zafril tidak kelihatan.
            “ Zafril ni memang nak kena. Baru seminggu perkahwinan kau orang dia dah buat hal! Zafril memang cari pasal dengan papa.” Bingit telinga Qaireen mendengar suara tegas daripada ayah mertuanya. Puan Aleya sudah memegang lengan suaminya untuk menenangkan lelaki berkulit sawo matang itu.
            “ Zafril dia dah mulakan tugas dia Puan.. Tuan.” Mak Tina pula menyampuk perbualan sekeluarga itu. Mujur sahaja dia terserempak dengan Zafril tadi. Belum sempat Qaireen menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya dia bangkit. Entah mengapa hatinya dihempap rasa kesunyiaan.
            “ Mama dan papa makanlah dulu. Aireen ada kerja nak buat.” Dengan rasa hormatnya Qaireen meminta diri lalu menaiki anak tangga rumah itu. Pintu bilik ditutup rapat sebelum dia terduduk di atas kerusi kerja suaminya. Iphone 3 dicapai lalu mencari nombor telefon Zafril. Dia tersenyum kelat baru dia teringat mereka belum memberikan nombor telefon antara satu sama lain.
            “ Sampai hati dia.. menghilang macam tu aje.” Qaireen tersenyum sinis lalu mengeluh kasar.
            Setelah genap seminggu lebih menetap di rumah agam itu, Qaireen meminta diri untuk pulang ke kampung halamannya. Bayang Zafril pula masih belum kelihatan. Malas dia hendak masuk campur hal suaminya.
            Sampai sahaja di perkarangan rumah teres setingkat itu Qaireen mengerutkan dahi. Pelik bila masa kereta Porsche milik suaminya ada di situ. Kasut kepunyaan Zafril juga kelihatan. Puan Azlia sedang mengemaskan ruang tamunya tatkala itu. Zafril pula masih dengan baju uniformnya sedang menjamu makan tengahari. Dia memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah tangan ibunya sempat disalam sebelum menarik kuat tangan suaminya masuk ke dalam bilik. Puan Azlia hanya menggeleng kepala pasti ada masalah lagi antara pengantin baru itu.
            “ Hai teacher Qaireen Diyana.” Beg baju dan tas tangannya dihempas di atas lantai. Zafril mencuba untuk menenangkan hati isterinya yang sedang marah itu. Wajah Qaireen yang putih kemerah merahan itu semakin merah membahang kerana menahan marah.
            “ Saya ni siapa?” Soal Qaireen dengan nada tegas. Zafril sekadar tersenyum manis.    “ Skizo? Awak skizo lagi ke?” Qaireen tersenyum sinis. “ Sepanjang empat hari ni ke mana awak menghilang? Awak tahu tak papa asyik tanya awak kat mana. Sampai hati awak tak bagi tahu saya. Saya tahu siapa saya. Saya bukannya isteri yang sempurna buat awak. Saya tak tutup aurat, jarang solat tapi saya masih ada naluri seorang isteri. Awak cuba nak menghilangkan diri macam… 14 tahun yang lalu lagi ke? Hilang tanpa khabar..” Suara Qaireen sayu menahan sebak. Zafril telan liur. Kelat. Tebal perasaan bersalah dalam dirinya.
            “ I’m Flying across the world. I will not leaved you like 14 years ago sayang. I love you … janganlah risau ok saya minta maaf sebab tak bagi tahu awak. Saya cuma tak nak kejutkan awak itu aje. Sebab awak comel sangat masa tidur. Saya dah cakap masa awal perkahwinan kita kan. Saya akan bimbing awak dan saya pun bukan suami yang sempurna Aireen.” Qaireen mendekatkan dirinya kepada Zafril lantas dipeluk erat tubuh suaminya. Zafril kaku senyuman terukir di bibirnya.
            “ I miss you please don’t leave me alone like before.” Air mata yang mengalir Qaireen kesat. Jatuh sahamnya jika Zafril tahu dia menangis. Perlahan – lahan Qaireen melepaskan Zafril daripada pelukannya. Senyuman masih jelas kelihatan di bibir suaminya itu. Tali leher Zafril dibuka sebelum dia berganjak keluar dari situ.
Encik Ibrahim dan Eva datang lagi pada malam itu. Ibu serta kakak dan abang tirinya pula tidak kelihatan malu barangkali setelah diusir oleh Puan Azlia. “ Kau orang berdua sekarang dah bahagia ek. Oh Aireen tahniah atas perkahwinan kamu. Suami kamu ni bukan calang calang orangnya juga ye. Ada rupa juga tapi sayang kamu punya kalau Eva..” Keegoan Qaireen seolah olah tercabar saat itu. Dia bangkit dari duduknya membuatkan Encik Ibrahim mati kata.
“ Jangan harap kau orang boleh rampas Zafril dari saya. Jangan porak - perandakan keluarga ni lagi abah! Malam ni Aireen bukan anak abah lagi sebab abah sendiri tak pernah anggap Aireen ni anak abah. Aireen tahu abah tak boleh terima sebab perkahwinan abah dan ibu atas dasar paksaan keluarga. Tapi Aireen ada hak! Aireen pun nak bahagia dan kau Eva jangan nak menggatal dekat suami aku. Ni semua sebab abah tak reti nak jaga anak murahan..” Tamparan kuat menghambat pipi Qaireen. Kaget Puan Azlia dan Zafril yang duduk di situ. Eva tersenyum sinis. Darah mengalir dari birai bibir merahnya.
“ Kau bukan anak aku mulai hari ni! Aku tak akan jejak kan kaki kat rumah ni lagi dan aku doakan yang kau bahagia Aireen! Dasar anak kurang ajar. Jom Eva kita pulang.” Qaireen masih memegang pipinya yang terasa nyilu itu. Tidak akan dibazirkan air matanya untuk lelaki yang telah membuatkan hidup ibunya menderita. Qaireen menghantar ibunya masuk ke dalam kamar. Ibunya itu perlu berehat.
“ Aireen. Maafkan ibu sayang.” Qaireen masih menguntumkan senyuman manisnya meskipun bibirnya sedikit tercalar dengan tamparan ayahnya tadi. “ Tak apalah yang penting dia tak minta yang bukan bukan dekat kita lagi. Ibu rehatlah. Aireen ok aje.” Puan Azlia sekadar tersenyum. Selimut ibunya ditarik untuk menyelimuti kaki ibunya.
Qaireen seperti biasa melayan lamunan yang panjang di atas pangkin di hadapan sawah padi milik arwah atoknya. Mata dipejamkan ditemani dengan angin sepoi – sepoi. Rambut ikal mayang yang tidak berikat mengurai dek angin yang kuat. Sesekali ada juga orang yang lalu lalang di situ. Tenang rasanya melihat ciptaan tuhan yang terbentang hijau di hadapan.  Qaireen terjerit kecil pipinya yang nyilu dari semalam semakin nyilu apabila terasa benda sejuk menghinggap pipinya.
Zafril berada di sebelahnya dengan sehelai tuala kecil yang basah dan besen kecil yang berisi air. Perlahan – lahan dituamnya pipi Qaireen. Mata mereka bertaut saat itu. Tangan Zafril dipegang erat sebelum mencapai tuala kecil dan diletakkan sahaja di atas pangkin. Zafril kembali mencapai tuala kecil itu lalu kembali menuam pipi Qaireen.
“ Tak usah la nyilu dah ni.” Zafril masih fokus ke arah Qaireen. Dari semalam Qaireen asyik berdegil. “ Awak takut ke dia orang rampas saya dari awak?” Qaireen ketap bibir. Soalan itu membuatkan dia ingin lari dari situ. Tiada lagi ketenangan yang dia rasa saat itu. “ Diam pula.” Qaireen mencebik lalu duduk menghadap suaminya. Mata biru dan hazel itu bertentangan lagi. Zafril mendekatkan wajahnya ke arah Qaireen.
“ Kenapa tak jawab?” Semakin dekat wajah Zafril dan Qaireen sehingga nafas mereka pula saling bertaut. Qaireen masih kaku. Mujur sahaja tiada orang tatkala itu. Lama kelamaan dahi mereka pula bertaut Qaireen seolah – olah dipukau saat itu. Zafril masih dengan riak tenangnya. Belum sempat bibir mereka bertaut bunyi hon motor dari jauh membuatkan mereka kembali ke alam nyata.
Qaireen beredehem lalu bangkit dari duduknya. Dari jauh jelas kelihatan geng sekampungnya. Dia melambaikan tangan ke arah mereka sungguh dia merindui sahabatnya itu. Ada tiga orang kesemuanya dan hanya ada seorang perempuan yang kelihatan tomboy di situ. Qaireen terus sahaja memeluk rakan perempuannya itu.
            “ Weyh kak long Reen awat hang tak habaq kat kita orang hang dah balik.” Soal seorang lelaki berambut panjang dengan seluar jeans koyak di bahagian lutut. Usah dikata rakan Qaireen semua seperti samseng kampung.
            “ Ala maaf ler chek balik ni pun kejap aje tak lama. Chek dah tak reti nak cakap Kedah la. Cakap biasa aje la.” Jawab Qaireen lalu menampar kuat bahu rakannya.
            “ Sebab kau dah duk KL lama dah tak lepak dengan kita orang maklumlah kita orang ni cuma budak kampung yang tak maju cam kau je. Su tak de ke rindu gile aku ngan dia.” Rakannya yang tomboy pula mulai merungut sambil tercari cari kelibat Suraya.
            “ Kau orang ni mana ada la. Su dia tak ikut. Oh ye lupa nak kenalkan ni suami aku. Hangpa semua tak mai rumah chek masa chek nikah sampai hati kau orang kan.” Zafril bersalaman dengan rakan Qaireen sambil menguntumkan senyuman manis.
            “ Weyh kak long Reen suami hang kacak giler. Untung hang kan.” Rakan tomboynya yang bernama Zetty itu mulai memuji. Pantang sungguh Zetty melihat ketampanan seorang lelaki. Qaireen hanya tersengih kelat banjir sungguh dia dengan pujian semenjak berkahwin dengan Zafril. Tidak dapat dinafikan lagi wajah Zafril yang berkacukan Scottish dan Melayu itu. Mata birunya begitu unik dengan rambut spikenya kecoklatan. Wajahnya bujur serta kulitnya kuning langsat begitu indah kepada sesiapa yang melihatnya itu belum dikira dengan dalamannya lagi.
            “ Kita orang kena chow dulu nak lepak sana. Hang tak leh ikut hang kena temankan suami hang tu dan hang jaga Aireen elok elok tau. Hang dah rampas dia dari chek untunglah hang Aireen pilih. Banyak orang yang nak kahwin dengan Aireen tapi hang juga yang dia pilih.” Sempat rakan lelakinya yang berambut panjang memberikan amaran kepada Zafril. Qaireen sekadar tersengih kelat lalu melangkahkan kaki menuju ke bendang sawah yang terbentang luas diikuti Zafril yang berada di belakang.
            “ Patutlah awak macam singa sebab kawan awak tu semua ganas.” Qaireen menghentikan langkahnya lalu menoleh ke hadapan. “ Oh saya macam singa ek tapi saya juga yang awak pilih.” Zafril senyum sinis lalu memegang kedua pipi Qaireen anak mata mereka bertaut lagi. Lama. Ingin sahaja Zafril menyambung semula perbuatannya yang tergendala tadi. “ Kenapa awak pilih saya?” Senyuman sinis dibalas dengan senyuman sinis. “ Sebab sejahil mana pun saya tentang agama.. saya nak seorang imam yang taat akan agamanya yang meletakkan cinta utamanya kepada Allah. Macam awak.” Belum sempat bibir mereka bertaut Qaireen menolak kuat tubuh suaminya. Bibirnya yang pecah akibat tamparan ayahnya dipegang.
            “ Jangan bibir saya tak sedap sebab darah dia belum kering.” Zafril sudah tidak dapat menahan gelaknya lagi. Qaireen sekadar terkebil – kebil melihat gelak tawa Zafril. Tergaris senyuman manis di bibirnya indahnya suasana sebegitu.
. . . . .
            Shazril semakin berani mengekori ke mana sahaja Qaireen pergi. Pada hari itu dia nekad ingin membuat sesuatu kepada Qaireen. Ditunggunya Qaireen berdekatan kereta MYVI putihnya yang diparkir di bahu jalan dengan senyuman sinis. Belum sempat Qaireen membuka kunci keretanya terasa tangannya dikunci rapat oleh seseorang. Terasa benda tajam dan sejuk pada leher jenjangnya.
            “ Kau siapa ha? Lepaskan aku la!” Kaki dihayun tepat ke belakang  lalu menyiku perut lelaki itu menggunakan tangan kanannya. Lelaki itu terjelopok jatuh. Namun dia tangkas berdiri lalu menolak Qaireen sehingga dia tersandar di belakang MYVInya. Shazril tersenyum sinis lalu mengacukan pisau tepat ke leher Qaireen. Pipi Qaireen diusapnya lembut. Nafas Qaireen turun naik saat itu dia ketap bibir lalu merenung tajam mata Shazril.
            “ Kau nak apa Shaz? Aku dan kau dah tak ada apa – apa kau faham tak?” Shazril menumbuk kuat MYVI putih milik Qaireen tercalar sedikit kereta kesayangannya itu. “ Kau sayang kereta ni kan? ni baru permulaan Aireen. Aku akan pastikan suami tercinta kau tu mati lunyai dalam tangan aku sendiri macam aku buat dekat kereta kau Aireen. Aku nak kau tuntut cerai dekat dia atau dia mati!” MYVI putih nya semakin kemek dengan tendangan daripada Shazril. Qaireen mulai kalut hendak dikeluarkan seni mempertahankan dirinya Shazril bersenjata. Suasana sepi tanpa seorang pun yang lalu lalang di situ. “ Kau dah giler ke Shaz! Kau jangan berani nak sentuh suami aku. Langkah mayat aku dulu baru kau boleh buat apa yang kau nak.” Shazril ketawa terbahak – bahak. Dia semakin gila ditinggalkan Qaireen dalam keadaan gusar ketika itu. Puas hatinya melihat Qaireen beriak wajah pucat ketakutan.
            Genap lima bulan ugutan bunuh daripada Shazril Qaireen terima dan genap setahun perkahwinannya. Shazril tidak bermain dengan ugutannya, semakin banyak ugutan bunuh yang diterima oleh Qaireen. Hanya dia dan Suraya sahaja yang mengetahui hal itu. Eva pula semakin berani bertandang ke rumahnya kononnya ingin belajar bahasa Ingeris bersama kakak tirinya. Semakin banyak cabaran yang dilalui Qaireen yang mulai mendalami islam itu.
            “ Aireen ni bukan yang aku kenal. Kau kena kuat Aireen! Pasal Shazril yang psiko tu kau kena lapor dekat pihak polis. Kau takut? Biar aku temankan kau sekarang juga.” Suraya menarik kuat tangan rakannya yang sedang mengusap kandungannya yang berusia empat bulan itu. Qaireen sekadar menggelengkan kepalanya. Dia masih dengan kedegilannya.
            “ Aku tak ada bukti Su kau faham tak aku tak de bukti. Dia tu licik.” Suraya mengeluh kasar lalu duduk semula bersebelahan Qaireen. “ Aku akan bantu kau untuk dapatkan bukti dia Aireen tapi yang pasti sekarang ni kita kena lapor dekat pihak polis dulu. Kau tak nak kan sesuatu yang buruk terjadi dekat suami kau.” Qaireen ketap bibir lalu bersandar di belakang sofa. Belum sempat dia menyarungkan tudung bawalnya Iphone 3 yang terletak di atas meja berdering. Nombor yang tidak dikenalinya diterima. Malas – malas dia hendak mengangkat.
            Beberapa minit kemudiaan, Iphonenya terlepas daripada pegangan tangannya. Air mata serta merta turun dari tubir mata bundarnya. Suraya kaget lalu mengangkat Iphone yang terlepas daripada genggaman tangan Qaireen sebentar tadi. Suraya telan liur. Kelat. Tangan Qaireen dipimpinnya masuk ke dalam perut kereta lalu memecut laju menuju ke hospital.
            Kelihatan Syukur dan Alvian berada di luar setia menanti sahabat mereka yang kritikal itu. Qaireen kelihatan lemah duduk di satu sudut bersama dengan Puan Aleya dan Suraya. Air mata tidak henti – henti mengalir dari tubir matanya. Figura seorang dokter keluar daripada ruang kecemasan bersama dengan beberapa orang jururawat yang sedang menolak katil pengusung. Zafril kelihatan begitu teruk dengan darah yang memenuhi seluruh tubuh serta wajahnya. Qaireen memeluk erat suaminya yang hendak dibawa ke bilik pembedahan itu. Suraya sempat memeluk bahu Qaireen mencuba untuk menenangkan keadaan rakannya.
            “ Bagaimana keadaan anak saya dokter?” Soal Encik Muar dalam nada yang sebak. Dokter berkaca mata itu sekadar menggeleng kepala. Susah baginya hendak menjelaskan keadaan Zafril kepada mereka. “ Dua… das tembakan mengena tepat jantungnya. Kepalanya terkena hentakan kuat dan.. tulang rusuknya patah. Kami terpaksa membedah untuk mengeluarkan peluru. Peluang untuk dia hidup.. susah hendak kami cakap. Tapi kami janji akan buat yang terbaik untuk selamatkan dia.” Dokter tersebut kembali masuk ke dalam bilik pembedahan meninggalkan keluarga itu.
            “ Macam mana boleh jadi macam ni Syuk,Vian? Apa yang jadi sebenarnya?” Syukur dan Alvian memandang tepat wajah Qaireen yang membengkak kerana air matanya itu.          “ Semua ni salah Aireen papa… mama. Aireen.. bekas tunang Aireen ugut Aireen nak bunuh Zafril kalau Aireen tak tuntut cerai dekat dia. Aireen dah buat tapi Zafril.. dia tak nak lepaskan Aireen. Dia cakap.. sampai mati pun dia tak akan lepaskan Aireen. Kalau papa dan mama nak benci Aireen silakan sebab Aireen, Zafril jadi macam ni.”  Puan Aleya memeluk erat bahu Qaireen.
            “ Memang Zafril tak akan lepaskan kamu Aireen. Masa kami pindah dulu dia asyik cari kamu aje. Memang jodoh kamu dengan dia kuat sangat. Dia terhutang budi dengan kamu sebab kamu dia ada semangat teruskan impian dia biarpun dia selalu kena buli. Kita orang tak akan bencikan kamu Aireen bukan salah kamu.” Puan Aleya mencuba untuk menenangkan hati Qaireen. Baharu sahaja sebulan yang lalu dia diuji dengan kehilangan ibunya kini sekali lagi dia diuji.
            “ Sebenarnya hal tu dia dah tahu Aireen. Dia asyik cakap dekat kita orang pasal masalah tu je. Dia siasat motif awak nak dia lepaskan awak. Maafkan kami Aireen kami dah cuba halang dia tapi dia degil. Zafril nak ajak Shazril berbincang tapi Shazril buat cara kasar. Zafril balas dan hampir berjaya tewaskan Shazril tapi.. Zafril tak sedar yang Shazril tu ada senjata dan depan mata kami dia tembak Zafril dan..” Suraya menampar kuat bahu Syukur menyuruhnya berhenti. Perkara itu hanya menambahkan kesedihan Qaireen.
            “ Aku tak nak hilang dia lagi Su. Aku pernah trauma sebab dia selamatkan aku juga. Depan mata aku dia kena langgar lari. Dia orang cakap nyawa dia… lima puluh.. lima puluh aje. Aku keluar asrama dan.. dia dah tak ada. Warden asrama sendiri tak tahu dia orang sekeluarga pindah kat mana tapi yang pastinya dia orang kata.. nak selamatkan nyawa Zafril.” Suraya segera mengesat air matanya yang mengalir. Sebak hatinya mendengar luahan Qaireen.
            “ Dah la Aireen.. makanlah dulu kau tak kesian dekat anak kau ke. Dia perlukan makanan Aireen.” Qaireen tidak mengendahkan bubur nasi yang berada di hadapannya. Pandangan kosong ditujukan ke arah sekujur tubuh yang terbaring kaku dibantu dengan alat pernafasan dan monitor jantung. Kepala Zafril hanya dibalut dengan balutan putih, teruk benar kecederaan yang dialaminya. Qaireen menyembamkan wajahnya di atas katil lalu memegang erat tangan Zafril. Suraya sekadar menggeleng kepala susah benar hendak memujuk Qaireen walaupun genap tiga minggu Zafril koma Qaireen masih dalam keadaan begitu.
            “ Macam tulah abang. Su dah tak tahu nak buat apa dah. Perkahwinan kita.. ditunda dulu boleh kan bang?” Teragak – agak Suraya ingin menundakan perkahwinannya bersama Syukur setelah genap tiga bulan pertunangan mereka.
            “ Kalau itu yang terbaik.. abang ok aje. Kakak Zafril rasanya boleh bantu sebab kakak dia tu pakar psikiatri. Tak pe nanti kita bincang dengan kakak dia.” Suraya sekadar mengangguk dan bermulalah sesi kaunseling Qaireen. Kakak Zafril yang bernama Airis itu memang terkenal dengan motivasinya. Lama kelamaan hati Qaireen mulai dapat menerima takdir Allah. Tidak pernah ditinggalkan solat sunat hajat dan tahajud serta amalan sunat yang lain seperti yang selalu diajarkan oleh Zafril kepadanya.
            Setelah genap dua bulan Zafril koma terdapat peningkatan mengenai keadaan Zafril. Tuala kecil dibasahkan lalu mengelap lembut wajah suaminya. Zafril masih dalam keadaan tenang senyuman manisnya tidak pernah lekang dari birai bibirnya yang pucat itu.
            “ Cinta selepas nikah.. nikah kita bercinta memang seronok. Saya dah jawab untuk awak ni. Soalan tu.. masa di pangkin dulu memang saya takut kalau sesiapa rampas awak dari saya dan saya tak jawab sebab saya tak tahu kenapa saya rasa macam tu. Bangunlah sayang anak kita dah boleh gerak. Dia dah tendang perut saya. Dokter cakap anak kita kembar. Awak nak kan anak kembar. Saya pegang konsep tu.. cinta selepas nikah terima kasih berikan nikmat yang awak maksudkan.” Qaireen tersenyum manis lalu mengesat air matanya lalu menyembamkan kepalanya di atas katil.
. . . . .
            “ Qaireen Diyana.” Qaireen terjaga daripada tidurnya sebaik mendegar namanya diseru. Dilihat suaminya masih dalam keadaan yang sama. Sungguh dia amat merindui suara itu. Qaireen bangkit dari duduknya lalu meneguk air suam yang terletak di atas meja sisi katil. Matanya kembali tertumpu ke arah Zafril. Ada segaris senyuman terukir di bibirnya. Belum sempat dia melangkahkan kaki keluar dari situ. Zafril tangkas memegang tangannya erat. Lelaki itu mencuba untuk duduk namun keadaannya masih lemah. Ditariknya tangan Qaireen sehingga wajah Qaireen benar – benar bertaut dengan wajahnya.
            “ Ma..af.” Zafril mengerutkan dahi susah benar dia hendak menuturkan bicara. Badannya masih terasa sakit. Qaireen terduduk di atas katil yang ditempatkan suaminya lalu memegang erat tangan itu.
            “ Saya rindukan awak. Lama saya tunggu awak sedar dekat tiga bulan dah dua kali awak gadai nyawa macam ni disebabkan saya. Tapi saya.. cuma tahu nak marah awak tak tentu pasal aje. I love you…” Zafril tersenyum manis lalu mencuba untuk bangkit dari baringnya namun gagal badannya masih terasa sakit. Qaireen tahu apa yang diinginkan suaminya. Alat bantuan pernafasan Zafril dia buka sebelum bibir mereka saling bertaut. dia melihat air mata jernih mengalir dari tubir mata Zafril.
            Qaireen mengait sarung tangan bayi di atas katil sambil tersenyum manis melihat suaminya yang sibuk menyusun katil bayi. Doktor menjangkakan bahawa dua minggu sahaja lagi Qaireen akan melahirkan anak kembar mereka. Mengenai Shazril lelaki psiko itu dipenjarakan seumur hidup dan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan kerana masalah  mental. Eva pula mulai insaf setelah seorang lelaki muncul dalam hidupnya. Lelaki yang sanggup menjadi suami kepadanya. Hubungan Encik Ibrahim dan Qaireen pula semakin membaik.
. . . . .
            Pasangan kembar itu begitu cilik. Pening kepala Qaireen dibuatnya dengan perangai hyperactive mereka. Dia duduk di satu sudut sambil menyusukan anak ketiganya yang baru berusia dua bulan itu. Kelibat Zafril dengan kaca mata hitamnya serta topi yang terletak elok di atas kepala mulai kelihatan. Arisa dan Daniel berlari mendapatkan ayah mereka. Tabik hormat diberikan kepada Zafril oleh kedua orang anaknya yang sudah berusia tiga tahun itu.
            “ Besar nantikan Arisa nak jadi Kapten Pilot like my dad. Papa bak sini topi tu.” Zafril menghulurkan topinya kepada Arisa. Beg pakaian Zafril ditariknya lalu berlagak seperti seorang juruterbang. Daniel mengejar kakaknya yang sudah jauh meninggalkan mereka.
            “ I miss you sayang. Dua hari bagaikan dua tahun buat saya.” Qaireen mengeluh lalu memeluk pinggang suaminya. Zafril mencuit pipi Qaireen. “ Awak cintakan saya tak?” Qaireen mematikan langkahnya lalu menampar kuat bahu suaminya. “ Soalan bonus ke cik abang oi?” Qaireen bercekak pinggang lalu memuncungkan bibirnya. Zafril tergelak kecil lalu mencubit bibir isterinya itu.
            “ Cinta selepas kahwin… seronok bukan?” Qaireen menguntumkan senyuman manis menampakkan lesung pipitnya. Zafril mencucuk pipi isterinya comel sahaja wajah Qaireen ketika senyum. “ Terima kasih sebab beri saya peluang merasai nikmat cinta selepas kahwin. Saya nak awak tahu yang sebenarnya saya yang terhutang budi dekat awak. Dua kali.. awak gadaikan nyawa awak sebab saya. Jangan buat.. benda bodoh macam tu lagi tau. Awak tak kesian ke dekat saya.” Zafril tersenyum lalu mengusap kepala isterinya. Matanya terus sahaja liar melihat sekeliling senyumannya semakin manis.
            “ Dekat sini.. titik pertemuan kita lepas 14 tahun saya menghilang. Memang nama Qaireen Diyana tertulis dalam luth mahfuzh saya. Saya cintakan awak dari segala.. apa yang ada.” Pipi Qaireen diusapnya lembut. Rengekan Alaisha yang berada dalam stroller bayi menyedarkan mereka kembali ke alam realiti. Daniel pula menangis teresak – esak lalu berlari ke arah mereka. “ Kakak tolak Daniel sakitlah kaki.” Terpaksa juga Zafril mendukung anaknya itu. Arisa menjelirkan lidahnya ke arah Daniel. Anaknya yang satu itu begitu lincah. Jarang sekali dia menangis.
Sepuluh Tahun Kemudiaan . . .
            Zafril melangkahkan kaki masuk ke dalam dapur untuk membantu isterinya menyediakan makan tengahari. Mujur sahaja Zafril tidak bertugas pada hari itu. Qaireen pula tidak bertugas memandangkan hujung minggu. Arisa dan Daniel belum pulang daripada asrama mereka manakala Alaisha pula melawat ke muzium Negara bersama rombongan kelab kajian tempatannya.
“ Hari ni tak ada tazkirah ke? Rindu saya nak dengar tazkirah awak tu.” Zafril tersengih kelat lalu mengusap lembut kepala isterinya. Habis rambut Qaireen kusut masai dengan usapan Zafril tadi. Bahu Zafril ditampar kuat.
            “ Tazkirah ek.. nak tazkirah cinta selepas kahwin lagi ke?” Qaireen memaut lengan suaminya. “ Nak.” Qaireen tersengih kelat lalu menyambung semula tugasnya menggoreng ikan masak pedas. Genap 14 tahun perkahwinan mereka. Tidak pernah sekali pun Zafril meninggikan suaranya kepada Qaireen meskipun isterinya itu degil.
            “ Cinta selepas kahwin ni diredhai oleh Allah bukan tu aje kita bebas nak buat apa aje tak macam cinta sebelum kahwin terbatas tak boleh berpegangan keluar berdua duaan. Tapi cinta selepas kahwin semua tu kita boleh buat. Malahan kita boleh gugurkan dosa pasangan masing – masing.” Pendek sahaja tazkirah yang diberikan Zafril kepada isterinya. Qaireen mematikan gas lalu memeluk erat tubuh suaminya dari belakang.
            Zafril memalingkan badannya ke hadapan lalu memegang pipi isterinya. “ Bertemu jodoh dengan orang yang kamu cintai mungkin satu kebetulan… tapi mencintai siapa jodohmu adalah kewajipan.” Qaireen dan Zafril mendekatkan wajah mereka antara satu sama lain sehinga dahi mereka bertaut. Bibir mereka berjaya disatukan. Lama mereka begitu sehingga kedengaran orang memberi salam. Zafril menyambut kepulangan ketiga orang anaknya itu. Kelihatan riak wajah Arisa begitu tegang seperti menahan marah.
            “ Kenapa Risa? Baru balik dah monyok semacam tak suka ek balik jumpa mama ngan papa?”  Daniel tertawa kecil melihat wajah kakaknya itu. “ Diamlah Daniel!” Bentak Arisa lalu membaling bantal sofa ke arah adiknya. “ Risa.. kena gantung sekolah.” Tuturnya dalam suara yang bergetar.
            “ Kenapa boleh jadi macam tu ?” Soal Zafril lalu duduk di hadapan anak gadisnya yang sudah berusia 13 tahun. “ Sebab… Risa gaduh ala Risa cuma nak backup budak lelaki yang kena buli tu ajelah.” Tegaris senyuman manis di bibir Qaireen.
            “ Nanti mama tolong kamu dah sekarang ni makan dulu.” Arisa bangkit dari duduknya lalu menjamu makan tengahari. Qaireen tersenyum melihat Arisa. Anak gadisnya itu membuatkan dia teringat akan perangai kasarnya semasa berada di bangku sekolah dulu. Terasa tangannya hangat dipegang erat oleh seseorang tatkala itu. Mata biru dan hazel itu bertaut lagi masing-masing tersenyum lebar.
            “ Ingat kenangan dulu ke?” Qaireen tersengih kelat. Zafril tergelak besar kaget anak – anaknya yang sedang makan tengahari itu.
            “ Nak tahu tak Risa, mama kamu ni pun dulu macam kamu juga. Kasar..” Qaireen mencubit lengan suaminya membuatkan Zafril mati kata. “ Tu dulu yer sayang hehe sekarang ni makan ajelah. Kalau tak...” Qaireen sudah merenung tajam anak mata Zafril. “ Kalau tak apa?” Zafril bangkit dari duduknya lalu menggeletek pinggang Qaireen. Anaknya hanya terkebil – kebil melihat kelakuan ibu bapa mereka.
            “ Mama.. papa. Sweet sangat la!” Serentak anak mereka memberikan kata – kata itu. Qaireen tersenyum bahagia melihat keluarganya. Konsep cinta selepas kahwin yang dipegangnya membuatkan dia sanggup menghadapi cabaran sepanjang perkahwinannya. Ditatapnya lagi wajah kuning langsat Zafril yang sudah menjamu makan tengahari.
            “ Terima kasih… sebab kenalkan saya cinta selepas kahwin.” Zafril saling berbalas senyuman dengan isterinya lalu mengangguk laju.
. . . . .
            Dia membutangkan Uniform Zafril sebelum membetulkan kolar bajunya. Tali leher pula dipasangkan sebelum dia menyalami tangan suaminya itu. Pinggang suaminya dipeluk erat sebelum dilepaskan semula.
            “ I will miss you captain Zafril Alasdair Evan. I love you.” Suara Qaireen kedengaran seperti bergetar. Begitulah Qaireen susah benar hendak melepaskan pemergiaan suaminya ketika Zafril ingin melakukan tugas.
            “ Saya akan rindukan awak juga Teacher Qaireen Diyana. Saya cintakan awak dari segala apa yang ada. Sudah jaga anak tu baik – baik. Jaga solat… ingat walaupun saya tak ada kat rumah ni Allah ada untuk jaga kamu semua.” Qaireen tersenyum lebar lalu mengesatkan air matanya yang jatuh.
            “ Papa I want to be like you… Semua orang kena panggil Daniel Kapten Muhamad Firhat Daniel.” Ujar Daniel sambil menyalami tangan ayahnya. Arisa berlari – lari anak lalu memeluk erat pinggang ayahnya. “ Me too.. Risa nak jadi Kapten macam papa… panggil Risa Kapten Arisa Daniyah.” Arisa tabik hormat kepada ayahnya.
            “ Kau orang kalau nak jadi macam papa belajar elok – elok. Jangan terpengaruh cinta sebelum kahwin nanti boleh rosakkan prestasi kamu. Jaga mama elok – elok tau.” Zafril sempat menasihati anaknya lalu mengusap lembut kepala ketiga orang anaknya.
            “ Aku mencintaimu kerana agamamu…kau imamku…kau pebimbingku menuju ke Jannah… aku berharap cinta kita akan kekal sampai ke Jannah. Aku memilihmu kerana engkau seorang insan yang mencintai Allah dari segalanya.” Monolog Qaireen sambil melambaikan tangannya ke arah suaminya yang mulai hilang dari pandangan.
------------------------TAMAT-----------------------
           

           


           



           


           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me