Tumblr Scrollbars

My Friend

Khamis, 12 Mac 2015

Abang Tikus Dan Kakak Cicak




“ CIT!” Itulah abang tikus bila nak marah nak lepas geram mesti keluarkan bunyi tikus. Cit...cit...cit... Bosan Luna nak dengar. Abang tikus? Ye itulah nickname dia yang paling legend dekat Kolej Jasmine UITM Puncak Perdana  ni.
            “ Aku nak tangkap cicak dekat siling tu. Kena kumpulkan koleksi cicak so tolonglah aku. Please Fiz. Kau kan tinggi macam galah.” Luna cekak pinggang sambil renung cicak yang melekat dekat siling koridor. Pelajar lalu lalang dekat belakang Luna tak kesah pun asalkan dia dapat cicak tu.
            “ Hek eleh kau ni. Aku tinggi macam galah tapi bukan galah kau ek sesuka hati nak aku panjat tangga ni sebab nak ambil cicak tu letak dalam akuarium cicak kau.” Luna kecilkan mata dekat Nafiz.
            “ Eleh. Bajet aje kau tahu. Tapi takut cicak.”
            Nafiz rasa tercabar. Jatuh maruahnya bila kena cabar dengan kakak cicak. Beg sandang kamera dia gantung di leher Luna lalu panjat anak – anak tangga satu persatu. Luna senyum nipis.
            “ Ya kiri sikit jangan kasar cicak tu lari karang aku baling Kamera kau dekat tingkat bawah ni.” Angin sepoi – sepoi buat tudung bawal hitam Luna ditiup angin. Nafiz cebik bila anak matanya sempat kerling ke arah pelajar yang lalu lalang dekat koridor. Berbisik – bisik  bagai nak gossip ler tu. Jatuh reputasi oleh kakak cicak.
            “ Pe benda yang kau buat tu Fiz?” Fikri, rakan sekuliahnya Nafiz nak gelak sampai guling – guling dekat tangga sebab dia rasa lawak. Lawak tahap giga dengan nasib rakan segilanya terpaksa turutkan kehendak si kakak cicak.
 Tengok jatuh betul – betul jatuh reputasi abang tikus disebabkan kakak cicak yang fokus teliti dengan cicak yang masih melekat dekat dinding. Fikri kerling ke sebelah kiri pandang kakak cicak dari bawah sampai ke atas. Ayu! Dengan baju kurung warna kuning cair ditambahkan dengan tudung bawal warna hitam. Tapi akuarium yang dipenuhi dengan cicak dekat tangan Luna mencemarkan pandangan.
“ Aku tengah cat dinding ni ha.... dapat pun!” Nafiz mengeluh bila cicak dah kena tangkap. Perlahan – lahan anak – anak tangga dia turun tapi sampai anak tangga ke tiga entah mana silapnya abang tikus terpelecok dan jatuh dengan tangganya sekali.
Gedebuk!
“ Cicak aku!” Cicak mati kena hempap dengan tangga. Luna nak nangis sampai terjun dari tingkat tiga bila dia tengok cicak dah tak bergerak sebab kena hempap dengan tangga lipat yang dah hempap belakangnya Nafiz yang terduduk di atas lantai. Jadinya susasana jadi haru biru kuning hijau bila seorang pelajar pengsan sebab Nafiz buat dia terjatuh sama.
“ Dahlah aku nak cari cicak lain. Ish apa kejadah kau ni ambik cicak pun susah.” Luna hulur beg sandangnya Nafiz kepada pemiliknya lalu atur langkah tinggalkan Nafiz yang dah terpinga – pinga. Fikri kebil – kebil.
Cit! Kureng punya pompuan.” Nafiz usap bahunya yang perit sebab kena hempap dengan tangga lipat.
“ Dia dah mati ke?”
“ Entah. Dia ni memang kuat pengsan bila nampak orang jatuh.”
“ Yeke.”
Ada suara – suara sumbang buat Nafiz dah nak jatuh pengsan lagi. Nafiz tepuk dahi. Kakak cicak tu tak habis – habis nak bagi dia masalah antara Negara cicak dengan Negara tikus.
“ Ha aku tak tahu Fiz. Budak tu dah pengsan.” Fikri tepuk – tepuk bahu abang tikus sambil pandang ke arah sekujur tubuh di hadapan.
“ Cepatlah nanti dia mati kau kena penjara tahu dak. Kena hukum gantung. Tak pasal – pasal kampus kita jadi headline utama.” Ada sotong berbadan gempal dengan wajah putih bersih duduk mencangkung di hadapan yang pengsan itu.
Nafiz bungkam. Dia nak buat apa entah dengan budak perempuan yang dah pengsan tu. Semuanya sebab kakak cicak tulah. Aish menyusahkan betul kakak cicak tu. Gumamnya dalam hati.
            Mata Luna sekejap ke akuarium cicak sekejap dengan assignment yang entah bila siapnya. Memang tak akan siap dengan kakak cicak. Nak buat apa lagi dah dari kecil dia suka kumpul cicak. Bagaikan dunia ni milik dia dengan cicak aje. Tak kesah pasal orang lain. Kalau boleh dia nak cicak tu bertukar jadi putera cicak bila dia cium. Ala macam dalam cerita dongeng princess and the frog tu. Cium katak terus katak tu jadi putera raja.
            Tok...tok...tok Bunyi ketukan pintu Luna tak hiraukan. Sape suruh tak bawa kunci bilik. Entah ke mana perginya rakan serumahnya yang suka pengsan tu. Seharian tak nampak. Mood tak ada nak tanya mana menghilangnya Afina sebab Nafiz dah bunuh cicaknya.
            Tok...tok...tok
            Luna masih diam.
Orang dekat luar sana dah rasa nak pecahkan pintu bilik ni. iPhone di kocek seluar dia gagau lalu sentuh ikon contact cari huruf L dan sentuh nama Luna. iPhone dia lekap ke telinga dan ada bunyi
Tut...Tut...Tut
Panggilan tak berjawab.
Luna renung aje Lenovo dia bergetar menjerit melolong minta diangkat. Dalam lima enam kali menjerit tak diangkat – angkat. Dia tengah ratapi kematiaan cicak yang mati sebab kena hempap tengahari tadi. Jari jemari ligat menari – nari di papan kekunci. Lantaklah dia tak kesah pun dengan sekeliling.
“ Awak balik ajelah. Saya dah sihat dah ni saya kan dah besar bukan budak kecik lagi.” Suara ayu yang lemah tak cukup makan nasi menusuk gegendang telinga Nafiz yang dah memerah sebab si kakak cicak yang entah hidup ke mati tak reti nak buka pintu. Dekat sejam dia orang dekat luar Luna masih tak buka pintu.
Nafiz geleng.
“ Saya yang buat awak pengsan tadi tahu tak. Saya kena bertanggungjawab dengan apa yang saya dah buat.” Afina senyum nipis sambil tundukkan pandangan. Boleh kena tangkap Nafiz ni curi – curi masuk asrama aspuri. Nafiz tak peduli pun dah pukul 12.30 malam semua dah terbongkang tidur.
“ Awak baliklah nanti kita kena tangkap...khalwat macam mana?”
Nafiz gelak kecil.
“ Bagus macam tu kita kahwin ajelah.” Afina terkedu.
“ Tak boleh sebab mak saya kata lepas habis belajar dapat kerja dapat pendapatan sendiri baru boleh kahwin. Sekarang tak boleh.” Jujur.
Nafiz gelak lagi. Naif betul Afina ni. Naif tahap giga.
“ Ceh... dating tengah malam buta dibawah bulan purnama bintang yang berkerdipan di dada langit yang kelam sambil bincang hal kahwin. Apa kejadah kau orang ni. Ish...ish...ish.” Timbul sudah kakak cicak di muka pintu bilik. Dipandangnya abang tikus yang berdiri bersebelahan Afina silih berganti.
“ Tak...saya tak dating dengan dia pun. Sumpah tak.” Afina angkat tangan kanan tanda bersumpah sambil geleng – geleng kepala. Afina tu memang naif tahap nak meletup gunung berapi. Semua dia jujur. Luna tak gelak pun dah biasa.
Nafiz senyum meleret sambil renung wajah Afina .
Ehem...” Luna peluk tubuh sambil kecilkan mata dekat Nafiz yang dah lain semacam pandang Afina.
“ Apa ehem – ehem? Sakit tekak? Strepsills kan ada ubat batuk cap ibu dan anak pun ada jugak. Kau nak yang mana satu?”
“ Aku nak kau balik. Pi balik.” Luna tarik tangan Afina masuk dalam bilik. Afina menurut.
Cit!” Ha keluarlah sudah bunyi tikusnya Nafiz.
Dilukunya dahi Luna dengan iPhone yang dia genggam. Luna cebik sambil usap dahi.
Giler betul kau ni kan. Fina pengsan sebab kau tahu dak. Nak sangat aku kutip cicak yang melekat dekat siling tup tup aku jatuh Fina pengsan cicak mati. Padan muka cicak mati.”
“ Dahlah aku isytiharkan kita perang sebab kau cicak aku mati. Dah berambus!” Nafiz tahan pintu yang Luna nak tutup dengan tangan.
Luna kerut dahi sambil cekak pinggang di depan pintu yang dah separuh tertutup.
“ Aku rasa aku...” Nafiz berjeda sambil garu kening yang tak gatal.
“ Aku isytihar perang dekat kau. Tak ada pi balik... syuh...syuh.” Luna goyang – goyang tangan kanan tanda menghalau.
“ Eh kau ni mental betul. Sebab cicak kau tak nak kawan dengan aku.”
“ Ada aku kesah...” Luna jeling mata ke atas lalu hempas pintu bilik.
“ Haila susahnya punya kawan mental yang gilakan cicak. Sebab cicak nak marah aku.” Nafiz bebel sambil atur langkah tinggalkan asrama aspuri.
“ FATHIR!” Luna lari tercunggap – cunggap menuju ke arah mangsa AKA galah tak beriktirafnya. Bukan dia nak suruh orang yang dia aim jadi galah pun. Dah nasib. Nasib orang kena aim nasib dia pendek.
            Nafiz yang berjalan beriringan dengan Fikri cepat – cepat menerobos masuk ke dalam Kafe tinggalkan Fikri yang mati langkah. Tak nak jadi galahnya Luna yang gila cicak tu lagi.
            “ Fathir. Kau kena bantu aku sekarang jugak. Darurat!”
            Nasib Fikri ada nama Fikri kena ubah jadi Fathir.
            “ Darurat? Apa yang darurat sangat tu? Cicak kau semua dah mati ke ada yang nak beranak?”
            Luna pandang kat matrik Fikri yang tergantung di leher.
            “ Nama kau Fikri ke Fathir?”
            “ Tak tahu mengeja dan membaca ke?”
            “ Sebab tak tahu mengeja dan membacalah aku tanya.”
            Nafiz yang sudah duduk di dalam Kafe perhatikan dia orang berdua. Tercari – cari kelibat Afina si naif yang polos jujur dan seangkatan dengannya. Hampa aje si kakak cicak yang pakai baju kurung coklat macam warna cicak aje yang dia nampak. Kakak cicak dia tak berminat pun nanti tak pasal – pasal anak dia jadi cicak. Fikri tu aje yang pandang istimewa suka sangat layan Luna.
            “ Habes tu masa dekat tadika kau belajar apa aje?”
            Luna dongak pandang wajah Fikri.
            “ Aku belajar cara lukis cicak dengan cat air, krayon, warna lepas tu aku belajar cara buat cicak dengan Plastisin.” Fikri gelak besar.
            Luna pijak kuat kaki Fikri buat Fikri mati gelak.
            “ Aku tak nak kena gelak. Aku nak kau pi tangkap cicak yang melekat dekat siling tu.” Fikri telan liur. Dia geli cicak.
            “ Suruh abang tikus buat ek... boleh kan?” Luna geleng.
            “ Tak boleh. Kena kau jugak. Kalau tak aku bagi tahu papa kau yang garang tu kau guna duit PTPTN beli bunga,coklat dan hadiah yang aku tak ingat dekat aku. Nak?” Itulah Luna... pandai cari mangsa lepas tu mangsa nak tolak dia ugut apa yang dia nampak. Bukan dia kenal pun papanya Fikri. Saje takutkan.
            Fikri ketap bibir sambil letak cicak yang dia sambar dengan sapu tangan lalu dimasukkan ke dalam akuarium yang Luna pegang. Banyak giler cicak yang dia kumpul. Luna senyum nipis lalu tinggalkan Fikri yang dah sengih sebab dia kan syok dekat Luna semua nampak indah tapi tu lah Luna tu bukan nak ambik tahu pun. Asyik dengan akuarium cicak aje.
            “ Kenapa Fik? Kau demam ke?”
            “ Dah tahu lagi nak tanya.”
            Nafiz gelak besar lalu duduk di hadapan Fikri yang dah terbaring lemah atas sofa kulit dengan dahi yang dia demah dengan tuala kecil.
            “  Kau tahu aku kenal Luna sejak kecik. Itu ajelah yang dia tahu. Kumpul cicak banyak – banyak simpan dalam akuarium. Pantang tengok budak lastik cicak mulalah dia isytihar perang macam aku. Dah dua minggu dia tak layan aku sebab cicak dia mati kena hempap.” Fikri gabung gelak dengan Nafiz.
            “ Luna tu kosong ke.”
            “ Maksud kau?”
            “ Dia tak ada perasaan ingin dicintai dan ingin mencintai?”
Nafiz mati senyum.
“ Kau tahu... aku pernah confession dekat dia. Aku kata...” Fikri bangkit dari baring. Dua orang sahabat suka dekat perempuan yang sama ke?
“ Kau suka Luna ke?”
Cit! Aku tak habis cakap kau dah potong macam potong kepala manusia. Zaps! Terus hilang yer demam kau tu.”
“ Dah kau kata kau pernah confession dekat dia.” Suara Fikri naik satu oktaf. Geram.
“ Yang kau nak marah ni dah kenapa? Aku tak ada perasaan dekat Luna pun. Kau jangan risau. Relax...Cool...Chill. Suka Luna tak payah tangguh – tangguh terus masuk meminang kahwin ha siap. Lepas tu Luna milik kau aje tak ada yang ganggu.”
Fikri sengih.
“ Aku pernah confession dekat dia yang aku suka dekat dia dari darjah satu.”
Whatt?!”
“ Apa yang apa?”
“ Kau kata tak ada perasaan dekat Luna tu yang kau confession kau suka dia. Apa kejadah?!”
Nafiz tepuk dahi. Kuat melata betul kawan yang sorang ni.
“ Tu citer lama. Citer form five sekarang dah degree kan...  Dia kata dia tak nak suka dekat sesiapa nak dekat cicak aje. Ha mental kan macam tu. Ada pulak kata nak kahwin dengan cicak... layan cicak lebih penting dari layan manusia. Ha start dari situ aku dah tak ada perasaan dekat Luna.”
Fikri senyum senget sambil bersandar di belakang sofa.
“ Aku boleh buat.”
“ Aku boleh buat dia berubah fikiran.”
“ Kau jangan mainkan dia Fik... kau nak kena dengan abang dia yang kerja polis tu ke? Kena masuk lokap padan muka.”
“ Aku seriuslah. Kau tunggu dan lihat aje.”
            Nafiz tarik kerusi lalu duduk di depan Afina yang tekun dengan bacaannya di dalam perpustakaan. Nafiz hulur chewing gum kepada Afina... Afina dongak lalu geleng.
            “ Mak saya kata tak boleh makan gula – gula terlalu kerap nanti rosak gigi.”
            Nafiz gelak kecil. Sudahnya kiri kanan dia orang pandang dia orang sinis. Biasalah manusia tak pernah lari dari berburuk sangka mesti duk kata dia orang dating.
            “ Ni kita dah nak habis belajar kan. Saya dapat gaji pertama saya... saya janji datang rumah awak.” Afina kerut dahi. Dia kan blur tahap giga.
            “ Nak buat apa datang rumah saya?”
            “ Jumpa mak ayah awak lah.”
            Afina kebil – kebil. Lantas tangannya yang ligat menari – nari di atas kertas mati.
            “ Jumpa mak ayah saya nak buat apa?”
            Blur pun blurlah dah dia penuhi kriteria wanita idaman aku. Gumam Nafiz sambil senyum nipis depan Afina yang kuning langsat itu. Cepat – cepat Afina tunduk kata maknya jangan pandang orang lelaki lama – lama tak boleh dari mata turun ke hati sebab mak larang bercinta masa belajar.
            “ Nanti awak tahulah Fina.” Afina senyum nipis. Nafiz ni buat dia rasa dekat taman bunga. Tapi nasib dialah tak berapa faham sangat sebab dia memang blur dari zaman budak lagi.
            “ Boleh tak saya minta no phone ayah?” Tambah Nafiz. Amboi Nafiz belum apa – apa lagi suka suki aje nak panggil ayahnya Afina dengan panggilan ayah.
            “ Erk... nak buat apa?”
            “ Nak call dia nanti...”
            “ O...okay.”
            “ 014...” Tersentak dia orang sebab kakak cicak yang datang entah dari planet mana tiba – tiba aje ketuk meja bertalu – talu dengan wajah yang tok sah dikata dah macam manusia kanibal yang kelaparan.
            “ Fathir mana?” Habis basah lecun tudung baju kurungnya Luna sebab hujan. Sape suruh kerja duk cari cicak aje. Tak habis – habis dengan projek mencari cicak.
            Nafiz diam. Kacau daun aje.
            “ Wei abang tikus aku tanya jawab arh.” Luna hempuk bahu Nafiz dengan buku.
            “ Fathir tu sape? Aku tak kenal.”
            Luna kerut dahi.
            “ Kau amnesia ek? Fathir ala yang budak futsal yang suka bagi aku present setiap hari. Kawan belangkas kau yang rambut hipster tu yang tinggi macam galah yang...”
            Nafiz gelak kecil. Afina jadi pemerhati aje.
            “ Fikri ke maksud kau?”
            “ Entah Fathir ke Fikri nama dia tak penting yang penting dia mana? Aku nak suruh dia tangkap cicak dekat koridor sana tu. Rezeki aku dapat tangkap dua ekor cicak.” Ujarnya teruja. Kalau boleh nak aje dia lompat bintang dalam library ni.
            “ Ada. Entah kau cari arh.”
            “ Mana?”
            “ Cari sendiri.”
            “ Kau ni kan boleh tak jangan selfish sangat. Kau cari kawan bila susah... bila senang bila kau dah dapat apa yang kau nak kau blah macam tu aje. Kau ingat kita orang ni tak ada perasaan ke Luna? 24 jam dengan cicak aje. Cit! Jadi mangsanya Fikri. Kesian kawan aku yang sorang tu. Dah usaha nak tarik perhatian kakak cicak tak jadi – jadi.” Luna sentap sikit. Sikitlah. Ye dia lebih pentingkan cicak dari kawan.
            “ Apa maksud kau nak tarik perhatian?” Suara Luna kendur lepas tu dia bersin sebab sejuk. Dah baju basah tambah dengan penghawa dingin. Jadinya demam tak lama lagi.
            Nafiz senyum senget sambil renung anak mata bundar milik Luna.
            “ Bak kata Nabil... Lu pikirlah sendiri! Assalamualaikum.” Nafiz bangkit dari duduk tinggalkan Luna yang berdiri statik bersebelahan meja terkebil – kebil.
            “ Nafiz marah.” Afina senyum nipis dekat Luna.
            “ Ye aku tahu. Aku selfish ye Fina?”
            “ Dah awak memang suka cicak kan. Addict nak kumpul cicak.” Afina genggam erat tangan Luna.
            “ Aku tak boleh buang addict tu. Cicak comel apa... kan?”
            “ Tak... tikus lebih comel dari cicak.”
            Luna senyum senget.
            “ Kau blushing. Kau suka Nafiz ke?”
            “ Suka.” Tengok nampak tak kenaifan Afina. Uhuks tersedak air liur Luna dibuatnya.
“ Dia suka kawan dengan saya... saya pun sama.” Tambah Afina sambil senyum meleret. Ni kalau Nafiz dengar mesti dah lari satu pusingan dekat padang.
“ Luna... awak suka Nafiz jugak ke?”
Luna kebil – kebil. Soalan apakah.
“ HACHUMM!” Meleleh mucus Luna sebab selsema. Hidung tok sah dikata dah serupa badut kat circus. Berlambak tisu dekat tong sampah. Kerja – kerja nak cari cicak terus tergendala. Masih terngiang – ngiang benda merepek yang Nafiz bebel dekat dia dua hari lepas. Soalan Afina yang tak berjawab buat Afina layan dia dingin sikit.
            Ni lah padahnya. Nak sangat cicak tu kan tengok sekarang dah susah tak ada siapa nak ambil berat. Fikri? Entah dah genap seminggu tak nampak bayang lelaki rambut hipster tu.
            Cicak tolonglah tuan puteri ni cicak. Tuan puteri dah tak larat nak hidup. Maafkan tuan puteri cicak sebab tuan puteri dah tak dapat kawal cicak semua. Kerajaan Cicak Lunasia terpaksa dimatikan riwayatnya. Sempat Luna merepek sambil renung cicak yang tinggal sedikit dalam akuarium yang tak bertutup. Cicak yang lain dia dah lepaskan sebab akuarium dah penuh.
            “ Luna cari aku?”
            Nafiz angguk sambil main COC di atas katil. Fikri senyum meleret. Sukalah dia sebab pompuan tu cari dia.
            “ Dia kata nak cari galah tolong ambilkan cicak.”
            Fikri duduk di kerusi studi sambil pandang wajah Nafiz yang fokus main COC. Mati terus senyumannya.
            “ Tak habis – habis.”
            “ Itulah. Aku tak faham dengan Luna tu.”
            “ Tapi aku tak akan fed up.”
            “ Limit kau dekat sini dah nak habis Fik. Sempat ke?” Nafiz simpan iPhone di bawah bantal.
            Fikri senyum nipis. Lupa dia dah nak pergi.
            “ Wei COC kau dah level berapa?” Tukar topik.
            “ Cit! Fed up aku main natang tu.” Nafiz mengeluh.
            Cak...cak...cak
            Luna renung dua ekor cicak yang melekat di dinding. Susah nak tangkap. Alamatnya dia mampu tengok aje cicak tu. Macam dunia ni dia aje yang tinggal dengan cicak. Bekas dah ada dekat tangan tapi cicaknya tak turun – turun.
            “ Ada nampak Fikri tak?” Geleng.
            “ Kau orang kenal Fikri tak?” Angguk.
            “ Mana?”
            “ Akulah Fikri tu.” Luna kerut dahi.
            “ Aku bukan nak Fikri ni. Aku nak Fikri yang satu tu.” Komplen Luna kepada Afina.
            “ Awak suka dua – dua ke?”
            “ Tak ada pun.” Afina senang hati. Luna kan tak layan perasaan tu.
            Fikri tersedak terus Nafiz hulur air kepada Fikri yang dah memerah mukanya sebab tersedak.
            “ Sape pulak yang ngumpat aku ni.”
            “ Luna kot.” Nafiz gelak kecil.
            “ Fikri!” Luna si kanak – kanak Ribena jumpa dah Putera cicaknya yang lepak dekat Kafe.
            “ Ha kan aku dah kata. Cit! Cari kau sebab nak cari cicak aje. Aduh. Mental aku cam ni.”
            Fikri senyum senget. Hailah nasib dia dah.
            Fikri tolak kerusi ke belakang lantas sandang beg kameranya di bahu. Dia kan budak photographer memang tak pernah tinggalkan DSLR. Malas dah nak layan Luna. Bazir masa katanya. Ada jodoh Luna balaslah. Masalahnya Luna cintakan cicak sukakan cicak.
            “ Aku balik dululah.” Nafiz angguk sambil main COC.
            Luna kejar Fikri dari belakang. Yang penting dia dapat cicak. “ Fikri! Tunggu akulah apa kau ni duk lari – lari dari aku.”
            Fikri tak layan.
            “ Fikri.” Fikri lupa apa Luna tu atlet lumba lari. Luna berdiri statik di depan Fikri buat Fikri mati langkah.
            “ Kau nak apa?” Dingin.
            “ Aku nak kau ambik cicak dekat dinding sana macam biasa. Please.”
            Fikri ketap bibir.
            “ Kau ingat aku ni apa Luna? Kau ni tak habis – habis dengan cicak yang entah apa pe tu. Kau tak rasa yang kau ni gila ke sebab duk cari cicak setiap masa. Cicak aje.” Fikri sambar akuarium cicak dekat tangan Luna terus dia hempas di atas lantai. Berkeliaran terus cicak tu. Orang yang lalu – lalang dah geli gelaman.
            Luna rasa nak terjun laut sebab cicak dah hilang. “ Apa kau ni! Aku susah payah cari...”
            “ Kau ni perempuan giler! Cicak tu dah terlepas sebab tuan dia aku nak lepas! Cicak tak dapat kau aku pun tak akan dapat kau. Win – win situation right?!” Suara Fikri naik satu oktaf.
            “ Apa yang kau merepek ni ha? Kau yang giler. Lepaskan cicak aku tu kenapa?!” Fikri senyum sinis.
            “ Ya aku memang giler. Suka jatuh dekat pompuan giler cicak macam kau! Dahlah Luna... kau fikirlah masak – masak. Jangan satu hari nanti orang cop kau sebagai pompuan giler sebab gilakan cicak. Jangan selfish macam ni la Luna. Kau ada kawan lain bukan kawan dengan cicak aje. Sedarlah Luna. Tak salah kau minat kumpul cicak banyak – banyak tapi dah jadi salah sebab kau tak hiraukan kawan – kawan kau. Dahlah. Tak guna aku nak cakap dekat kau.” Luna bungkam. Fikri atur langkah tinggalkan Luna yang dah kaku.
            Tak dapat dia nak bertekak dengan Fikri yang dah marah tahap gunung berapi nak meletus keluarkan lavanya sekali. Karang tak pasal – pasal Luna hangus sebab kena lava Fikri yang dah meletus.
            “ Fikri tu kalau dah marah semua dia keluarkan.”
            Afina pandang Nafiz.
            “ Kesian Luna.” Nafiz dan Afina saling berpandangan. Cepat – cepat Afina pandang tempat lain.
            “ Apa nak buat. Sape suruh pentingkan cicak dari kawan sendiri.”
            “ Janganlah cakap macam tu. Cicak dia dah hilang dah tu siap kena herdik depan orang ramai.”
            Nafiz diam. Tak nak bertekak dengan si bakal makmum.
            Sejak peristiwa tu Luna dah tak ada mood nak cari cicak. Sentap dengan ayat Fikri dua hari lepas. Dia tak malu pun kena tengking dengan Fikri depan orang ramai tapi dia sentap sebab Fikri kata dia selfish.
            “ Fiz... Fikri mana?”
            Nafiz geleng sambil lorek sesuatu di atas kertas.
            “ Aku tanya ni...”
            “ Buat apa nak cari dia? Nak suruh dia buat bodoh tangkap cicak kau lagi?”
            “ Tak aku... aku nak minta maaf.”
            Nafiz letak pensil di atas kertas lalu pandang wajah Luna yang duduk di depannya.
            “ Kau dah lambat.” Ada nada sedih Luna dengar.
            “ Maksud kau?”
            “ Fikri dah tak ada.” Nafiz berjeda.
            “ Dia dah pindah. Pindah jauh dari sini ikut parents dia pindah dekat Canada.” Tambah Fikri.
            Putera cicak dah hilang buat Luna sedih sikit. Nafiz gagau beg sandang cari sepucuk surat yang Fikri tinggalkan untuk Luna.
            Nafiz hulur sepucuk surat warna biru langit terus disambar oleh Luna. “ Surat cinta daridia untuk kau.”
Assalamualaikum Kakak Cicak... ^_^
            First thing aku nak say sorry sebab aku tengking kau depan orang ramai. Second thing aku nak say sorry sebab aku pecahkan akuarium buat cicak kau terlepas. Third thing aku nak say sorry dekat kau andai kata aku dah tercuri sesuatu dekat diri kau yang giler cicak tu. Forth thing aku nak say sorry sebab aku tak say goodbye dekat kau. Last but not least... kau jangan lupa aku tau tak. Kau kahwin nanti jangan giler cicak pulak. Itu ajelah yang aku nak tulis. Tak tahu nak tulis apa lagi. Bye Kakak cicak. Jangan sedih – sedih.
                                                                                                        YM
                                                                   FIKRI
            YM? Yahoo messenger? Luna senyum nipis. Tercuri sesuatu dekat aku? Memang... tapi bila nak pulangkan? Gumamnya sambil dakap kertas warna merah jambu.

LIMA TAHUN KEMUDIAAN . . .
“ UWEK UWEK!” Afina dukung Batrisya yang dah merengek nakkan mamanya.
            “ Cit! Sian kau Luna baby kita orang tak suka kena dukung dengan kau.” Luna cebik.
            “ Apa abang ni janganlah cakap macam tu dekat Luna.” Afina membela.
            “ Cit! Dia kan jenis yang tak peduli.”
            Luna gelak kecil. “ Kau orang ni sweet aje aku tengok. Jealous aku. Kau ni duk cit...cit masih jadi abang tikus. Eh tak bapa tikus.” Afina gabung gelak dengan Luna. Nafiz diam aje. Malas nak menjawab.
            Teh yang dihidang oleh Afina... Luna teguk. Penat dah dia jadi setiausaha dekat Syarikat Tuan Zahid.
            “ Kerja macam mana? Ok?”
            “ Ok sangat Fina. Bos aku baik sangat dekat kita orang tapi tulah dia dah pencen. Esok kita orang dapat bos baru katanya anak dia yang sambung master dekat Ireland yang gantikan tempat dia. Entah arh tak penting.”
            “ Sambung master? Dekat Ireland?” Luna angguk dengan soalan Nafiz yang duduk di sebelah Afina.
            “ Sape nama anak dia?”
            “ Entah mana aku tahu. Tak nak ambik peduli.”
            “ Eh kau ni. Kau tu setiausaha tahu dak.”
            “ Ish sibuk aje.”
            “ Cit! Kau ingat tak Fikri?”
            Luna diam.
            “ Kenapa dengan dia?” Soal Afina sambil usap lembut pipi Batrisya.
            “ Masa abang punya shift fly dekat Ireland abang terserempak dengan dia.” Luna diam lagi.
            “ Ish entahlah. Dia dah lost contact dengan kita semua.” Rungut Nafiz sambil usap pipi Batrisya.
            “ Aku nak balik. Bye. Assalamualaikum.” Sempat Luna kerling cicak dekat dinding rumah Nafiz.
            Sebab cicak kena tengking. Hailah nasib aku. Gumamnya.
LAMBAT! Sebab cicak aku lambat. Sebab aku mimpi cicak banjir rumah dengan cicak aku lambat. Bebel Luna lepas tu tekan brek mengejut bila dia dah parkir kereta dekat tempat letak kereta. Dah kunci MYVI putihnya dia atur langkah laju menuju ke lif. Punat tiga dia tekan. iPhone menjerit melolong minta diangkat. Kalut Luna dibuatnya.
            Tangan gagau iPhone sebelum sentuh punat hijau. Panggilan dari Kak Mira akauntan Syarikat Tuan Zahid.
            “ Assalamualaikum... Luna kamu dekat mana sekarang ni?”
            “ Waalaikumsalam... dalam lif ni ha kenapa?”
            “ Aduh masaklah kamu macam ni Luna... Bos baru garang giler. Baru aje office boy kena herdik dengan dia sebab salah hantar surat. Dari tadi duk tanya mana setiausaha.”
            “ Ye...ye. Luna dah sampai dah ni.” Dup dap dup dap jantung Luna bila dah sampai aras tiga. Sempat dia pandang cicak dekat siling office. Ahaks memang Luna tak boleh buang addict cicak dia tu.
            Kak Mira hala jari telunjuk dekat pejabat Tuan barunya. Luna angguk – angguk lalu duduk di tempatnya. Baru aje dia duduk terus interkom berbunyi.
            “ Luna!” Husyhh angin kus – kus Luna dibuatnya. Pagi – pagi dah jerit – jerit.
            “ Bawa fail semalam masuk bilik aku.” Aku? Huh kasar. Luna menurut aje.
            Pintu bilik dia ketuk.
            “ Masuk.”
            Luna menurut.
Fail Luna letak atas meja. “ Ni failnya.”
Luna kerut dahi. Apa kejadah Tuan bos baru duk pusing belakang.
Cak...cak...cak
Ada bunyi cicak dalam Office. Luna pandang tingkap ada cicak melekat dekat tingkap. Nak aje dia suruh tuan bos kutip cicak tu untuk dia.
“ Jangan nak pandang cicak tu sangatlah. Introduce yourself!” Bak hang tegas giler. Kalah Tuan Zahid. Dah tu macam sombong aje cakap dekat Luna tak pandang muka.
Luna jeling mata ke atas.
“ Nama saya Nur Luna...” Tuan bos senyum senget sambil angkat tangan suruh Luna berhenti.
“ Keluarlah.” Luna turutkan.
Belum sempat Luna duduk interkom berbunyi.
“ Masuk balik. Buatkan aku air Nescafe.”
Dan begitulah tugas Luna sampai ke tengahari tak sempat duduk interkom berbunyi. Rasa nak marah – marah tuan bos baru pun ada jugak duk buli dia macam ni.
“ Tuan nak apa sebenarnya? Boleh tak minta sekaligus! Ni saya cakap dengan Tuan ni tahu dak. Tak reti nak pandang orang ke bila orang duk cakap dekat Tuan. Dahlah saya fed up. Tuan nak pecat saya sebab saya kurang ajar macam ni pun saya tak kesahlah. Dah esok saya...” Luna mati kata sambil ketap bibir. Turun naik nafas Luna sebab geram marah dengan sikap Tuan bos yang gila sangat tu.
Luna raup wajah kasar.
“ Aku nak kau sebenarnya.” Luna terkedu bila Tuan bos pusing depan.
Dia... dia dah kembali.
“ Kau?”
Husyh apa kau – kau ni. Aku bos kau tahu tak.”
“ Fikri?”
“ Nama aku Fathir kan bukan Fikri.”
Luna senyum nipis. Ada satu benda yang dia nak tahu sangat pasal surat tu. Macam love riddles dah baginya. Tak berapa nak love riddles sangatlah.
“ Apa maksud YM?”
“ Yang Mencintaimu.” Jawab Fikri selamba.
Luna buat derk.
“ Cicak kau dah berapa banyak?” Fikri belek fail.
“ Aku dah tak ada cicak. Kau dah pecahkan akuarium buat dia orang dah bawa haluan masing – masing.”
Fikri dongak pandang wajah Luna yang berdiri statik di depannya. Masih ayu macam dulu. Baju kurung corak bunga – bunga kecil dipadankan dengan shawl hijau. Sebab tu dia suka Luna, kasar – kasar Luna ayu aje tak pakai ketat – ketat punya pakaian. Dari zaman belajar sampai sekarang tak ubah lagi. Suka pakai baju kurung.
“ Kan aku dah kata... aku tak dapat kau cicak pun tak boleh dapatkan kau tahu tak. Win – win situation kan.”
“ Kau dah dapat kan apa yang kau nak.”
“ Belum lagi tunggu aku lafaz aku terima nikahnya baru aku dapat kau.”
“ Bila?”
“ Wah kakak cicak terima.”
“ Ok aku ubah fikiran.”
“ Ubah ajelah aku dah jumpa abang polis kau tu. Dia setujus seratus peratus. Katanya dia memang perlukan seseorang untuk jaga adik dia. Dia wali kau sekarang ni kan lepas ni dia tak payah jaga kau biar aku aje yang jaga.” Fikri kenyit mata dekat Luna. Luna rasa nak muntah hijau berbakul – bakul depan Fikri.
So say I love you?” Fikri angkat – angkat kening.
“ Aku takkan cakap. Baik aku cakap dekat cicak dekat tingkap tu lagi baik. Arwah mak ayah aku kata kalau belum halal jangan luah. Pendam aje.”
Fikri gelak besar. “ Kau pendam pun pendamlah aku tak kesah. Ye sayang.”
“ Sayang bak hanglah. Dah aku nak lunch.”
“ Ala... kejaplah jom kita pergi masjid dah solat zohor dah ni.” Fikri bangkit dari duduk bukakan pintu untuk Luna sambil senyum nipis.
“  Kesian kau kan kena dengan aku dari pagi tadi.” Dia orang jalan beriringan keluar dari office. Staff – staff lain pandang macam. Apa taknya baru sehari dapat Tuan bos baru tup tup Tuan bos dah macam pasangan kekasih dengan setiausaha sendiri.
“ Kau kejam!”
“ Tahu tak pe.”
            Tak semestinya kita akan berjodohan dengan orang yang dah lama kita kenal. Boleh jadi orang yang baru sejam...seminit...sesaat kita kenal itu berjodohan dengan kita. Kerana jodoh itu rahsia Allah.
3.11 PM
( 13.03.2015 )





1 ulasan:

  1. besttt plusss lawaaakkkk ><
    blh lak suka cicak? adesyhhh haha (Y)

    -nif

    BalasPadam

Ask Me