Hujan
renai – renai turun membasahi metafora alam yang fana. Alunan surah yassin
kedengaran di sisi kuburan yang masih merah. Ucapan takziah diberikan kepada
seorang Alfeah atas kehilangan tunangnya, Amir yang menderita barah paru –
paru. Batu nisan yang dipacak di atas kuburan itu dia usap, terhinjut – hinjut
bahunya dengan esak tangisnya. Puan Maria, ibu kepada Alfeah hanya menggeleng
kepala lantas meninggalkan anak gadisnya itu. Puan Zulaikha, ibu Amir turut
meninggalkan Alfeah. Puas mereka pujuk, namun tidak berbaloi. Masha turut
memujuk rakannya itu namun hambar. Jadinya, Alfeah ditinggalkan keseorangan di
situ.
“
Kenapa awak tinggalkan saya. Lepas papa awak pula yang tinggalkan saya? Awak
dah janji dengan saya yang awak nak kahwin dengan saya, kenapa awak mungkir
janji.. Kenapa mesti awak, kenapa tak saya.” Tubuh Alfeah basah dek hujan lebat
membasahi tubuhnya. Bunga kemboja yang ditabur dia genggam erat sambil mengetap
bibir.
Genap
sebulan Amir meninggal dunia. Namun, Alfeah masih kemurungan. Puan Zulaikha,ibu
kepada Amir masuk ke dalam biliknya lalu memberikan sepucuk surat kepada
Alfeah. “ Arwah Amir, minta tolong umi bagi surat ni dekat kamu.” Alfeah hanya duduk
termenung di tepi tingkap biliknya.
“Sabarlah Feah, umi pun rasa kehilangan Amir. Dia tu satu – satunya anak lelaki
umi.” Air mata mengalir di pipi mulusnya. Surat digenggamnya erat sebelum
memeluk tubuh Puan Zulaikha. Teresak – esak dia menangis dalam dakapan wanita
itu. Puan Zulaikha tersenyum nipis seraya mengusap belakang Alfeah.
Assalamualaikum Nur Naurah Alfeah,
Ku
titipkan surat ini buatmu sayang.Sebelum itu kemaafan yang tidak tehingga ingin
ku beri kepadamu. Maafkan daku kerana memungkiri janji kita. Saya bersyukur
sangat, Allah mengizinkan saya untuk menulis surat ini buat awak. Kesatlah air
matamu Feah, saya baik – baik aje. Awak anugerah yang terindah buat saya Feah.
Allah pinjamkan awak untuk saya cintai. Terima kasih kerana menerima cinta
saya. Maafkan saya yang selalu sakitkan hati murni awak. Saya cintakan awak
Alfeah. Janjilah dengan saya yang awak akan cari kebahagiaan walaupun bukan
dengan saya.”
Yang mencintaimu,
Amir Hadwan.
Alfeah meraung dengan tangisnya
sebaik membaca surat yang diberikan kepadanya beberapa hari yang lepas. Puan
Maria segera mendapatkan anaknya, takut – takut jika Alfeah membuat sesuatu
yang tidak diigini. Puan Maria menghempaskan badannya baring di sisi Alfeah seraya
memeluk anak gadisnya dari belakang.
“ Kenapa mesti Amir ma? Kenapa tak
Feah.” Air mata mengalir dari tubir mata Puan Maria. Sebak melihat anak
kandungnya merasai kehilangan yang besar.
“
Feah janganlah cakap macam ni sayang. Allah lebih sayangkan Amir. Sabarlah
sayang, mama faham keadaan kamu. Papa pernah tinggalkan mama dengan penyakit
yang sama dengan Amir. Tapi mama redha aje sayang, mama kena teruskan kehidupan
mama dengan kamu. Mama yakin Allah akan berikan jodoh yang lebih baik dekat
kamu. Redha la dengan pemergiaan Amir. Kamu sayangkan dia kan. Kalau kamu nak
dia bahagia dekat sana, Janganlah sedih sampai macam ni.” Alfeah gigit bibir
dengan pujukan ibunya. Terasa kelat liurnya dengan air mata yang tidak henti –
henti mengalir. Tangan ibunya dipegang erat mencuba untuk mengumpul kekuatan.
Empat Tahun Kemudiaan…
Anak
tunggal kedua buah keluarga itu saling berpandangan. Senyuman mekar di bibir
lelaki berkacukan cina itu meski senyumannya hanya dibalas dengan pandangan
sinis oleh si gadis bertudung pashmina jingga.
“ Oh, jadi kau orang ni satu sekolah
la dulu yer. Tak sangka kan Maria, anak kita rupanya saling kenal sebelum kita
kenalkan dia orang antara satu sama lain.” Datin Zarina tergelak kecil diikuti
dengan Puan Maria.
“ Gila tak kenal, minah ni minat aku
gila – gila masa sekolah dulu. Tapi tak sangka hati aku dia berjaya curi dan
akhirnya dia jadi cinta pertama aku.” Monolog Zhafran dalam hati. Wajah polos
milik Alfeah ditatapnya, sungguh dia amat merindui wajah yang pernah
disakitinya dahulu. Takdir menemukan mereka kembali setelah hampir sembilan
tahun berpisah.
“ Jadi, bila tarikh yang kau orang
nak?” Aju Puan Maria kepada dua orang anak muda itu. “Saya ok aje aunty. Lebih cepat lagi elok kan,
sayang.” Zhafran kenyit mata ke arah Alfeah. Alfeah mencebik.
“ Mamat ni jangan harap kau boleh
dapat cinta aku. Cinta aku dah hilang setelah kau curang dekat aku. Menyesal
aku jadi teman wanita kau dahulu.” Alfeah menjeling ke arah Zhafran. Meluat
hendak melihat wajah bekas kekasihnya itu.
“ Feah.” Puan Maria memegang erat
tangan anaknya. Alfeah sudah termenung jauh, sakit hatinya mengimbas saat
Zhafran curang kepadanya. “ Perkahwinan ni mama dengan umi yang rancang. Feah
ikut aje, kalau itu akan menjanjikan kebahagiaan buat Feah.” Alfeah
menguntumkan senyuman manis kepada Puan Maria dan Datin Zarina. Zhafran
menggaru – garu keningnya yang tidak gatal sambil tersengih kelat.
“ Encik Zhafran Zarif, saya bukan
senyum dekat encik ye. Sekian.” Zhafran terkebil – kebil dengan bisikan halus
yang kedengaran di gegendang telinganya. Membahang wajahnya menahan malu.
. . . . .
Alfeah asyik menoleh ke arah belakang. Dahinya berkerut.
Pelik dengan keadaan di tangga kecemasan yang sunyi itu. Terasa ada seseorang
mengekorinya dari belakang. Terpaksa dia menggunakan tangga kecemasan untuk
turun ke bawah memandangkan lif di dalam pejabatnya sedang diselengarakan.
Belum sempat dia melangkahkan kaki menuruni anak tangga
kedua terakhir, tangannya dicengkam kemas oleh seseorang sebelum badannya
dihempas kuat ke belakang dinding. Dahinya berkerut menahan sakit. “ Aril.”
Membulat mata Alfeah tatkala melihat seorang Aril. Si Psiko yang tergila akan
dirinya sepanjang dia bertugas di pejabat itu sebagai seorang setiausaha.
“ Kenapa awak buat saya macam ni Feah? Kenapa awak tolak
cinta saya, kenapa nak kahwin dengan orang lain. Saya cintakan awak Feah.
Lelaki tu patut mati, tapi kenapa ada lagi yang curi awak dari saya? Kali ni,
saya pula yang akan pastikan lelaki tu mati. Tak ada siapa yang boleh miliki
awak selain saya sayang.” Titik jernih mengalir dari dahi Alfeah. Aril kemas
mencengkam tangannya. Tiada jalan lain, Alfeah terpaksa mengeluarkan akidonya. Alfeah
menendang kuat perut Aril. Lelaki itu menahan sakit sambil tersenyum sinis.
“ Tolonglah lepaskan saya. Awak nak apa?” Dibelai wajah
Alfeah sebelum tamparan kuat diberikan di pipi gadis itu. Darah mengalir dari
birai bibirnya. “ Maafkan saya sayang.” Darah yang mengalir dari bibir Alfeah,
Aril kesat. “ Saya cuma nak awak aje Feah. Dengan cara ni kita boleh hidup sama
– sama kan.” Wajah Alfeah membiru tatkala lehernya dicekik oleh lelaki psiko
itu. Alfeah memukul tangan Aril, namun tidak juga dilepaskan. Belum sempat
pisau dihunus tepat ke arah perut Alfeah, Aril melepaskan Alfeah tatkala dia
terjatuh dari tangga.
Zhafran senyum sinis sebaik menendang kuat tubuh Aril.
Pisau yang terlepas dari genggaman Aril turut terlepas. Alfeah terduduk sambil
terbatuk – batuk memegang lehernya yang terasa sakit. “ Awak ok Feah?” Mata
Alfeah terasa kabur tatkala itu. Akhirnya semua gelap. Zhafran segera
mencempung tubuh Alfeah keluar dari tangga kecemasan.
Tiga hari kejadiaan itu berlalu, Alfeah yang berdegil
ingin meneruskan pekerjaannya terpaksa dihantar pergi dan balik oleh tunangnya,
Zhafran. “ Awak nak bawa saya pergi mana? Saya nak balik lah.” Zhafran
tersenyum sebaik menghentikan keretanya di hadapan butik pengantin. Alfeah
berkerut. Terasa hangat pipinya tatkala itu, air mata turun lagi dari tubir matanya.
Ingin sahaja Zhafran seka air mata itu, sungguh dia amat merindui Alfeah. Cinta
pertamanya.
“ Temanya apa ye?” Zhafran dan Alfeah saling
berpandangan. “ Sayang nak tema apa?” Senyum manis Zhafran ukir kepada Alfeah. Perancang
perkahwinan yang duduk di tengah antara mereka berdua tersenyum. “ Saya nak
yang biasa – biasa aje.” Zhafran tersengih kelat seraya menggelengkan kepala.
“ Temanya, kayangan. Sebab.. cinta kami berdua seperti
kayangan. Kami berpisah buat seketika dan Allah temukan kami semula. Bagi saya,
ia persis seperti kayangan, imaginasi.” Alfeah telan liur. Kelat. Zhafran
seolah – olah tidak melupakan kenangan yang mereka lalui sepanjang cinta monyet
mereka. Alfeah tersenyum tanpa dia sedari.
. . . . .
“ Aku terima nikahnya Nur Naurah Alfeah binti Fuad dengan
mas kahwinnnya sebanyak RM 900 tunai.” Alfeah kelu sebaik perkataan itu menusuk
gegendang telinganya. Tidak tahu sejak bila Zhafran duduk di hadapannya ingin
menyarungkan cincin di jari. Lantas tangan Zhafran dikucupnya, dahinya turut
menjadi kucupan seorang Zhafran. Senyuman mekar di bibir Alfeah yang berpudrah
itu.
“ Amir!” Zhafran terjaga dari tidur sebaik sahaja Alfeah
maracau dalam tidurnya. Zhafran yakin nama itu merupakan bekas tunang Alfeah
yang meninggal dunia empat tahun yang lalu. “ Feah, sayang.” Rintik – rintik
peluh megalir dari dahi Alfeah. Dia terjaga dari tidurnya lalu tercunggap –
cunggap. Dia termimpi akan Amir yang sedang pergi meninggalkannya di dalam
sebuah gua.
“ Feah, awak ok?” Alfeah menangis teresak – esak lantas
dipeluk pinggang suaminya itu. Zhafran terkelu dengan kelakuan spontan Alfeah.
“ Mimpi aje kan. Saya ada, jangan nangis lagi.” Air mata Alfeah dia seka lantas
Alfeah kembali baring. Zhafran menarik selimut lalu menutupi tubuh Alfeah.
Rambut Alfiah diusapnya sebelum kembali tidur.
Genap tiga bulan perkahwinan mereka, Alfeah masih meracau
dalam tidurnya. Sungguh Alfeah masih belum mampu melupakan Amir. Ada sahaja alasan
Alfeah untuk menjauhkan diri dari Zhafran.
“ Maaf awak hari ni saya ada mesyuarat.”
“ Maaf saya penat sangat.”
“ Baju awak saya dah gosok, tali leher awak cari dalam
almari aje.” Namun begitu, senyuman Zhafran tidak pernah lekang dari bibirnya.
Alfeah kadangkala berasa bersalah dengan sikapnya yang sentiasa menjauhkan diri
daripada suami. Dia cuma tidak ingin menggoreskan hati seorang Zhafran yang
sentiasa sabar melayan karenahnya.
Alfeah khusyuk membaca novel di birai katil. Sesekali
terukir sebuah senyuman di birai bibir merahnya. Zhafran berasa tenang melihat
wajah yang semakin mendapat tempat di hati kecilnya. Komputer riba dimatikan
sebelum duduk di atas katil. Wajah Alfeah direnungnya tajam sebelum wajah itu
diusap lembut. Alfeah telan liur. Kelat. Pelik dengan kelakuan sang suami.
Alfeah terkebil – kebil melihat renungan tajam Zhafran.
Novel yang dibaca oleh Alfeah, Zhafran ambil lalu meletakkan di meja sisi
katil. Zhafran mendekatkan wajahnya ke arah Alfeah sekaligus membuatkan nafas
mereka bersatu. “ A.. awak kenapa” Belum sempat Alfeah menyambung kata- katanya
bibir mereka sudah bercantum. Lama. Membahang wajah Alfeah tatkala itu.
“ Saya cintakan awak Feah. Walaupun cinta awak dekat saya
dah hilang, tapi saya akan tetap mempertahankan cinta yang pernah kita bina
sembilan tahun yang lalu. Saya yakin yang awak akan dapat lupakan dia dan akan
mencintai saya semula. Saya tunggu sayang. Maafkan saya, sebab pernah sakitkan
hati awak dan tak hargai cinta yang awak beri dekat saya.” Zhafran menyeka air
mata yang mengalir dari tubir mata isterinya seraya bangkit dari katil. Alfeah
terkedu. Seolah – olah tiada nafas baginya saat itu. Baju Zhafran ditariknya
lalu dirangkul erat pinggang suaminya dari belakang. Zhafran telan liur. Kelat.
Tinggi penyesalan dalam dirinya kerana pernah menyakiti hati Alfeah suatu
ketika dahulu.
“ Saya… akan cuba cintakan awak seperti sembilan tahun
yang lalu. Saya janji.” Zhafran menoleh ke hadapan lalu mengucup dahi Alfeah.
Mereka saling berbalas senyuman. Alfeah yakin janjinya terhadap arwah Amir akan
terlaksana sebentar sahaja lagi.
Riuh suasana pejabat Alfeah tatkala berita mengenai
kematiaan mengejut Aril tersebar. Aril mengalami penyakit mental dibuktikan
ketika dia terjun untuk membunuh diri dari tingkat empat bangunan syarikat itu.
Alfeah berasa tenang sedikit namun dia simpati akan nasib keluarga Aril yang
berada di kampung.
Begitu juga dengan suasana pejabat Zhafran. Tercalar
sedikit maruah Zhafran sebagai CEO di dalam syarikat itu tatkala bekas
kekasihnya datang tiba – tiba untuk menagih cinta yang dia buang hanya kerana
gadis itu curang terhadapnya. Sedang gadis berambut panjang dan perang itu
duduk di atas pangkuan Zhafran, Alfeah muncul. Segera gadis itu bangkit dari
duduknya.
“ Patutlah awak, sejak dua minggu ni asyik pulang lewat.
Awak nak hancurkan hati saya lagi ke? Dia, bukan dia juga ke yang hancurkan
hubungan kita dahulu.” Air mata turun lagi dari tubir mata Alfeah. Sejak dua
menjak ni perubahan perangainya amat ketara. Kata doktor itu semua kerana
faktor pembawaan budak. Kandungan Alfeah hampir masuk empat bulan.
“Ini semua salah faham Feah, dalam hati saya ada awak
aje.” Segera Zhafran memeluk isterinya itu erat. Mencuba untuk menenangkan hati
seorang Alfeah. “ Kau pergi dari sini, kau tak reti bahasa ke. Kau yang nak kan
semua ni, kau yang pilih lelaki lain dari aku. Kau cuma nak duit aku aje!
Keluar!” Meysha senyum sinis lalu berganjak keluar dari bilik pejabat Zhafran.
“ Saya dah buat hati awak sakit lagi Feah, maafkan saya.”
Zhafran mengusap belakang Alfeah yang menangis teresak – esak itu. “ Jujur
dalam hati saya, cuma ada awak aje. Meysha tu cerita lama. Sekarang ni selain
Allah, Rasul dan umi saya cintakan awak Feah dengan anak kita.” Zhafran
mengusap lembut kandungan Alfeah. Tergaris senyuman lebar di bibir Alfeah.
Zhafran mecubit pipi isterinya yang semakin tembam itu.
Alfeah memuncungkan bibir. Zhafran tergelak kecil lalu
bibir isterinya itu dikucup mesra. “ Awak, tak payahlah pergi. Esok boleh pergi
kan, sekarang ni dah malam lah. Saya risau kalau awak ada apa – apa .” Pujuk
Alfeah sambil menyusun baju Zhafran. Suaminya itu terpaksa pergi ke luar daerah
malam – malam begitu kerana awal pagi esok Zhafran terpaksa menghadiri
mesyuaratnya seawal jam 9.00 pagi.
“ Feah, saya akan ok. Jangan risau. Jaga anak kita ni
elok – elok tau. Doakan saya selamat sampai.” Alfeah mengucup tangan suaminya.
Entah kenapa nalurinya berasa tidak tenang waktu itu.
“ Saya cintakan awak. Terima kasih kembalikan
cinta yang hilang.” Zhafran mengusap pipi mulus Alfeah seraya memberikan
senyuman lebar kepada isterinya.
. . . . .
Alfeah memandang sayu hamba Allah yang berada di
hadapannya itu. Alat oksigen dan monitor jantung membantu suaminya itu untuk
terus bernafas. Zhafran koma akibat kemalangan jalan raya setelah keretanya
bertembung dengan sebuah lori.
“ Jangan tinggalkan saya. Tolong jangan buat saya rasai
kehilangan lagi.” Bibirnya diketap sambil memegang erat tangan Zhafran.
Genap sebulan Zhafran koma dan genap tujuh bulan
kandungan Alfeah. Hanya doa dipanjatkan ke atas ilahi agar Zhafran segera
sedar. Anaknya itu memerlukan seorang ayah untuk mengazankan atau mengiqamatkan
sejurus sahaja kelahiran anak sulung mereka.
Akhirnya, doa mereka dimakbulkan oleh Allah. Alfeah
tersenyum lebar melihat suaminya kembali sedar melihat alam yang fana ini. “
Kau.. siapa?” Serta merta senyuman Alfeah mati. Doktor megesahkan bahawa
Zhafran mengalami hilang ingatan akibat gegaran otak yang dialaminya. “
Meysha?” Perempuan tidak diundang itu tiba – tiba sahaja muncul di hadapan
mereka. Pelik. Zhafran dapat mengingati Meysha, bekas kekasih yang membuatkan hubungannya
dan Alfeah hancur suatu ketika dahulu.
Semenjak hari itu, tiada lagi kemesraan yang Zhafran
berikan kepada seorang Alfeah. Zhafran berubah menjadi seorang yang pemarah dan
keras hati. Cintanya kepada Alfeah turut hilang memandangkan segala memorinya
terhadap Alfeah hilang dalam nahas kemalangan.
“ Awak, tak lama lagi anak kita akan lahir. Kalau
perempuan nak bagi nama apa? Kalau lelaki pula?” Zhafran tersenyum sinis seraya
bangkit dari baringnya. Malas mahu melayan Alfeah yang sedang bersandar di
birai katil sambil mengait sarung tangan bayi.
“
Sah ke anak tu anak aku? Aku kahwin dengan kau atas dasar apa pun aku tak tahu,
ni kan pula nak suruh aku cari nama anak kau.” Tersentap Alfeah mendengar
omongan suaminya. Dia segera bangkit dari duduknya.
“
Saya tahu, cinta awak dekat saya sekarang dah hilang persis memori kita yang
awak lupa. Tolonglah, saya redha awak benci.. dekat saya. Tapi, anak ni jujur
anak ni bukti cinta antara kita berdua. Saya cuma nak awak azankan atau
iqamatkan anak kita.” Alfeah ketap bibir cuba menahan air mata turun dari tubir
matanya.
“
Aku tak akan mengaku lah Feah! Aku bukan.. benci dekat kau. Aku cuma keliru aku
tak ada perasaan dekat kau dan aku tak boleh terima semua ni Feah!” Alfeah
perlahan lahan melutut seraya memeluk kaki Zhafran. Zhafran terkebil – kebil
melihat rayuan Alfeah.
“
Saya merayu anak ni perlukan seorang ayah. Saya mohon jangan benci anak ni.
Saya..” Dahi Alfeah berkerut menahan sakit. Rintik – rintik peluh mengalir dari
dahinya. “ Sa..kit.” Zhafran duduk
seraya dicempungnya Alfeah masuk ke dalam perut kereta. BMW merahnya dipecut
laju membelah kepekatan malam.
Sejurus
sahaja sampai ke perkarangan hospital, tubuh Alfeah hanya dicempung oleh
Zhafran sehingga ke bilik bersalin. Alfeah tercunggap – cunggap menahan
kesakitan dan peritnya melahirkan seorang anak. Zhafran menggenggam tangannya
erat, rasa simpati dalam hati kecilnya tiba – tiba menjelma. Alfeah tersenyum
lebar menampakkan lesung pipitnya sebaik suara bayi mulai kedengaran.
“
Tahniah, Encik dan Puan atas kelahiran anak perempuan.” Zhafran segera
melepaskan tangan Alfeah dari genggaman tangannya. Jururawat menghulurkan bayi
itu kepada Zhafran. Teragak – agak dia pada mulanya ingin mengangkat bayi itu.
Zhafran dan Alfeah saling berpandangan sebelum gegendang telinga bayi itu
diiqamatkan. Air mata mengalir dari tubir mata Alfeah.
Meysha
memaut lengan Zhafran menuju ke kompleks membeli belah. Hampir sehari Zhafran
meluangkan masa bersama Meysha meninggalkan Alfeah yang masih dalam keadaan
pantang. Zhafran keliru dengan apa yang terjadi kepadanya semenjak ingatannya
hilang.
Enam
bulan kemudiaan…
“
Awak baru balik? Nak saya buatkan air?” Zhafran hanya memandang sinis ke arah
Alfeah yang sedang mengendong Airis. “ Tak usah lah, aku dah minum dekat luar
tadi.” Ujar Zhafran sambil membuka tali lehernya. Alfeah mengangguk seraya
meletakkan Airis yang sudah nyenyak tidur di atas katil.
“
Awak, Alfeah demam. Boleh tak awak tolong..” Belum sempat Alfeah menyambung
butir bicaranya, pintu tandas dihempas kuat. Airis terjaga seraya
merengek. “ Kau ada kereta kan, aku
bukan tak bagi duit dekat kau. Pergi ajelah sendiri aku penat tau tak.” Keluh
Zhafran di dalam tandas. Alfeah mengeluh lantas memberikan susu kepada anaknya.
Zhafran
tidak boleh terlelap. Bunyi rengekan bayi amat menganggu, bantal diambil lalu
ditekup telinganya. Namun hambar, bunyi rengekan bayi masih kedengaran. Dia
menoleh ke sebelah, Alfeah sudah lena dibuai mimpi nan indah. “ Oh, tidur ye.
Nahas kau.” Airis diangkatnya dari katil bayi lalu didekatkan Airis kearah
Alfeah membuatkan Alfeah terus terjaga.
“
Ha, terkebil – kebil. Ambil budak ni.” Alfeah mengangkat Airis, seraya tangannya
ditarik kasar oleh Zhafran menuju ke ruang tamu. Tombol pintu dipulas sebelum
ditolaknya Alfeah keluar dari rumah teres dua tingkat itu. Pintu dihempas kuat,
semakin kuat rengekan Airis.
Bertalu
– talu ketukan Alfeah ketuk namun suaminya itu tidak membuka pintu. Hujan renai
– renai turun membuatkan Alfeah kesejukan. “ Awak, tolonglah bukalah pintu ni. Kalau
awak tak nak bagi saya masuk tak apa saya terima, tapi tolonglah jangan buat
Airis macam ni.” Alfeah terduduk. Terhinjut – hinjut bahunya dengan esak
tangisnya. Zhafran semakin melampau. Sejam kemudiaan, Airis tertidur lena.
Bibir Alfeah sudah pucat menahan sejuk. Akhirnya dia tertidur di hadapan pintu.
Rasa
bersalah menghantui Zhafran kembali. Dia bangkit dari baringnya lalu membuka
pintu rumah. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Wajah Alfeah ditatap sebelum
mengusap lembut pipi isterinya itu. Dikucupnya dahi Airis sebelum mengendong
anaknya masuk ke dalam rumah. Sejurus kemudiaan, tubuh Alfeah pula dicempungnya
lalu diletakkan di atas katil. “ Tidur mati la kau ni.” Zhafran menggeleng
kepala lalu menyelimuti tubuh Alfeah.
. . . . .
“ Woi, bangunlah aku nak kerja.” Air dipercik ke arah
wajah polos milik Alfeah. Serta merta Alfeah terjaga. Membulat matanya melihat
dirinya di atas katil. Senyuman terukir di wajahnya sebelum dahinya ditonjol
oleh Zhafran. Alfeah mengosok dahinya seraya berkerut. “ Terima kasih awak.”
Senyuman diberikan sekali lagi.
Alfeah menghulurkan tangannya kepada suaminya lantas
tangan itu dikucupnya. Zhafran tersenyum sinis lalu mengucup dahi isterinya.
Sungguh Alfeah merindui kenangan itu setelah hampir setahun semuanya lesap.
Masha menemani Alfeah membeli – belah barangan bayi pada
hari itu. Puas dipujuknya Zhafran namun hambar. Suaminya itu asyik sibuk dengan
pekerjaannya. Sedang mereka khusyuk membeli – belah, tiba – tiba kelihatan
kelibat Meysa dan Zhafran di sebuah butik pakaian. Alfeah terkaku melihat
kemesraan suaminya dan bekas kekasih suaminya itu. Bukan dia tidak menjelaskan
hal yang sebenarnya kepada Zhafran, cuma minda Zhafran sudah dikuasai oleh
wanita itu.
“ Awak.. masih cintakan saya?” Terbit juga ayat itu dari mulutnya
ketika Zhafran menjamu makan malamnya. Zhafran menjelingkan matanya ke arah
Alfeah. “ Kau macam tak faham keadaan kan Feah. Aku hilang ingatan, memori aku
tentang kau dah hilang maksudnya cinta aku dekat kau dah hilang Feah!” Alfeah
telan liur. Kelat. Mereka saling berpandangan. Lama.
“ Awak boleh kembalikan cinta yang hilang, ingat semua
memori yang pernah kita lalui bersama. Tapi, awak tak pernah berusaha nak
dapatkan cinta awak yang hilang,dah setahun. Awak faham tak. Saya bantu awak,
tengking saya. Hina sangat ke saya ni? Kalau macam ni keputusan awak. Saya
nak.. awak ceraikan saya!” Alfeah bangkit dari duduknya, air mata yang mengalir
cepat – cepat diseka. Tersentak Zhafran sebaik mendengar permintaan Alfeah itu.
“ Kenapa diam? Minda awak tu dah kotor dikuasai oleh
perempuan simpanan awak tu!” Tamparan diberikan kepada Alfeah. Sakit. Tapi
hatinya lebih sakit jika dibandingkan dengan tamparan yang diberikan oleh
Zhafran. Alfeah senyum sinis sambil memegang pipinya yang terasa nyilu.
“ Awak pukul saya sebab perempuan tu. Mama, papa saya tak
pernah pukul saya. Awak tak ada hak nak pukul saya!” Nafas Alfeah turun naik
menahan marah tatkala itu. “
Diam! Aku bingung kau faham tak aku bingung!” Dengan rasa yang bersalah,
Zhafran melangkahkan kakinya naik ke tingkat atas seraya masuk ke dalam bilik.
Alfeah terduduk menggenggam erat kedua
belah tangannya. Hatinya sakit, seperti disiat – siat tatkala itu.
Album gambar zaman sekolah serta perkahwinan Zhafran
capai di dalam almari bukunya. Tergaris senyuman di bibir melihat fotonya
semasa berada di zaman sekolah. Asyik diselak album itu, tiba – tiba wajah Alfeah
kelihatan di dalam foto bersama dia dan beberapa orang rakan yang lain.
Senyuman mekar di bibirnya, Alfeah memang cantik. Bukan sahaja luarannya tetapi
dalamannya juga cantik. Album perkahwinanya pula dibeleknya, terasa bahagia
wajah mereka berdua tatkala itu. Kelihatan Alfeah nyenyak tidur di atas katil.
Dia tersenyum lebar lalu mengusap lembut pipi yang ditamparnya tadi. Memorinya,,.
Seakan – akan pulih semula.
Kertas A4 yang terletak di dalam laci dia capai.
Tangannya mulai menari – nari di atas kertas tersebut. Ada sebutir air mata
jatuh di atas kertas. Sejurus kemudiaan, dia menyediakan hidangan makan
tengahari buat si suami sebelum mengemaskan dirinya. Tudung disarungkan di atas
kepala sebelum Airis yang bermain bersama alat permainan bayi didukungnya. “
Maafkan mama sayang. Kita cari kebahagiaan kita sendiri ye.” Airis tergelak
sambil mengigit sarung tangannya. Comel dengan matanya bulat seperti Zhafran.
“ Aku dah ingat semuanya. Terima kasih atas bantuan yang
kau beri dekat aku. Kali ni, aku tak akan terpedaya dengan kau lagi Meysha!”
Belum sampat Meysha mengucup pipi Zhafran, terasa nyeri pipinya sebaik Zhafran
menampar. Kereta BMW segera dipecut, tidak sabar hendak memberikan kejutan
kepada Alfeah. Bunga mawar merah kesukaan Alfeah sempat dibelinya sebelum
pulang ke rumah.
Zhafran membuka pintu rumahnya menggunakan kunci pendua
sebaik sahaja pintu rumah itu tidak dibuka. Senyuman mekar di bibirnya sebaik
melihat hidangan makanan kegemarannya di atas meja. Sepucuk surat terselit di
atas pinggan.
Kehadapan
suamiku,
Maafkan saya sebab keluar rumah
tanpa izin awak. Saya cuma nak cari ketenangan buat seketika waktu. Jangan
risau, saya dan Airis akan baik – baik aje. Terima kasih kerana bantu saya cari
cinta yang hilang. Saya cintakan awak. Awak cinta pertama saya. Maafkan saya atas keegoaan
saya dekat awak selama ini. Saya nak awak tahu yang saya tak pernah bencikan
awak. Saya cuma trauma, saya takut kehilangan awak. Jaga diri dan solat.
Alfeah.
Air mata penyesalan segera Zhafran seka sebelum memecut
laju BMW mencari Alfeah yang membawa diri. Di rumah ibunya langsung tidak
kelihatan kelibat Alfeah mahupun Airis begitu juga dengan rumah Masha. Di
carinya di rumah ibu metuannya juga langsung tidak kelihatan. Telefon bimbit
Alfeah dihubungi namun tidak berjawab.
“ Feah, nenek rasa kamu patut balik. Tak kesian ke dekat
anak kamu ni. Selesaikan masalah kamu dengan suami kamu secara berkomunikasi.
Semuanya akan baik aje Feah.” Alfeah hanya tersenyum mendengar nasihat neneknya
itu.
Genap
dua bulan Alfeah pergi membawa diri. Terasa riuh keadaan di ruang tamu waktu
itu. Nenek memanggil Alfeah yang sedang mendodoikan Airis. Setibanya ke ruang
tamu, ingin sahaja dia melarikan diri dari situ apabila melihat wajah Zhafran.
Zhafran memberikan senyuman lebar. Sungguh dia merindui senyuman itu.
“
Kamu borak la dulu ye. Biar nenek aje yang jaga Airis.” Alfeah menggeleng kepala
lalu mengekori neneknya. Belum sempat langkah dikeluarkan, pinggangnya terasa
dirangkul erat. Terasa nafas berhembus di gegendang telinganya. Alfeah terkelu
seketika sebelum melepaskan rangkulan lelaki itu dari pinggangnya.
“
Maafkan saya, Feah. Saya tak berusaha untuk ingat kenangan kita. Tapi sekarang
saya dah pulih. Saya cintakan awak Feah. Bagilah saya peluang ketiga.” Alfeah
ketap bibir menahan sebak di dada seraya pusing ke hadapan.
Alfeah
dan Zhafran saling berpandangan. “ Saya tak pernah marahkan awak. Saya cuma
kecewa. Saya nak tenangkan diri. Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?”
Zhafran tersengih kelat sambil mengaru kepalanya. “ Nenek telefon mama suruh bagi
tahu saya.” Alfeah menampar lembut bahu Zhafran. “ Terima kasih, sebab ingat memori
kita. Cinta pertama dan terakhir saya, terima
kasih..berikan kebahagiaan dekat saya. Awak anugerah terindah buat saya.” Saat
itu dahi mereka bersatu seraya saling berbalas senyuman masing – masing. Bibir
mereka bersatu sebelum mereka tertawa tercuit hati.
“
Jangan merajuk macam ni lagi tau. Saya hampir gila sebab cari awak.” Alfeah
tertawa kecil sambil mengusap pipi Zhafran. Zhafran memegang tangan isterinya
lantas dikucupnya tangan itu.
“
Cinta aku dan dia hilang. Dengan takdir, Allah ketemukan kami semula atas dasar
aturan keluarga. Cinta kami bagaikan imaginasi,khayalan. Berpisah begitu lama
dan akhirnya kami disatukan dalam ikatan yang sah. Janji aku kepada Amir
akhirnya terhasrat. Aku berjaya mendapatkan kebahagiaan yang aku impikan. Cinta
yang hilang..akhirnya bersemi kembali.”
Best
BalasPadam