Tumblr Scrollbars

My Friend

Selasa, 23 Disember 2014

Aku Mahu Dia Bahagia ( BAB 5 )




5
“YE Doktor Elena, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Jururawat berketurunan India itu menguntumkan senyuman manis ke arah aku. Aku balas senyumannya sebelum fikiranku ligat memikirkan kejadiaan ‘tu’. Kejadiaan orang pertaruhkan nyawa sebab aku.
            Ye... aku akui kejadiaan tu dah dekat dua minggu berlalu, tapi hati aku ni asyik tertanya-tanya dia ok ke tak? Bersalah kot... orang kena tikam sebab aku. Sebelum balik kerja, sempat aku spend time nak ambik tahu tentang ‘orang tu.’
            “Sape nama anak Doktor Amran yang kena tikam kat rooftop dua minggu lepas?”
            Jururawat tu dah kebil-kebil. Jujur sangat ke cara aku tanya ni?
            “Furqan ke?”
            “Tu ke nama dia?”
            “Setahu saya tulah nama dia. Sekejap ek saya nak check nama dia,” aku angguk sambil ketuk-ketuk meja receptionist.
            Buku log dia belek–belek. Senyuman manis terukir di bibirnya seraya dongak pandang wajah aku.
            Tiba-tiba iPhone 6 berdering. Ada panggilan pulak masa ni. Baru aje nak tahu tentang ‘orang tu.’ Tak sanggup aku nak tanya Marisa dengan Adibah, ada nanti aku jadi bahan sakat dia orang. Buat sakit hati je. Aku kan sensitif.
Tanganku mengagau mencari iPhone 6 di dalam beg sandang. Mama. Habislah aku kena marah. Aku atur langkah ke arah bangku yang disediakan bersebelahan ruang bilik big boss seraya melabuhkan punggung duduk di atas bangku kayu. Skrin hijau aku sentuh sebelum menjawab panggilan.
            “Waalaikumusalam mama. Mama sihat?”
            “Bila kamu nak balik ni ha? Kamu kata tempoh hari minggu depan, ni sekarang dah dekat sebulan kamu mungkir janji. Kamu tahu tak tarikh perkahwinan kamu bila? Ha banyak kali mama pesan…” aku jarakkan seinci telefon pintar aku. Bingitnya mama jerit. Memang salah aku. Seminggu aje lagi kot pertunangan aku. Aku buat derk aje. Hailah Elena.
            “Ha kenapa diam?” Aku ketap bibir sebelum mengeluh kasar. Patutkah aku bagi tahu mama apa yang terjadi dekat aku? Tapi nanti darah tinggi mama naik pula.
            “Mama, esok Elena balik. Lena janji. Assalamualaikum ma,” aku terus menamatkan panggilan. Aku bersandar di belakang bangku lalu mengetap bibir. Tiba–tiba fikiranku ligat memikirkan hal pertunangan dan perkahwinan aku. Ada kejutan untuk aku lagi... ke? Tepat ke jawapan yang aku beri dekat keluarga ‘dia’ dan keluarga aku?
            “Ya. Orang faham. Tapi tengoklah dulu tak janji nak balik awal,” perbualan seseorang membuatkan aku tersedar daripada lamunan. Aku pandang sekilas figura yang baru aje keluar dari ruang bilik Doktor Amran. Cap baseball berwarna kelabu dia betulkan sedikit sebelum menutup pintu bilik.
Mataku masih tertancap ke arahnya. Dah kenapa aku ni. Macam pernah nampak aje dia ni. Bukan dia kot... Doktor Amran ada lagi anak lelaki yang lain. Dia pandang wajah aku yang masih tercegat duduk di bangku. Pandangan orang tak ada perasaan.
            “Apa pandang-pandang?” Sarkastik dari dia.
            Sombong! Sungguh sombong betul dia ni.
            “Saya tak pandang awak pun... perasan,” aku bangkit dari duduk seraya atur langkah tinggalkan si sombong yang masih tercegat berdiri membelakangi pintu bilik Doktor Amran. Sebenarnya aku nak masuk bilik pejabat Doktor Amran tu. Doktor Amran yang pesan kat aku... jumpa dia. Tapi sekarang ni... dengan tebal muka terpaksa jugak aku kena masuk.
            “Tepilah... saya nak masuk.”
            “Kalau saya tak bagi, awak nak buat apa?” Aku pandang wajahnya yang berdiri di sebelah aku. Tinggi, rasa aku ni pendek sangat.
            Jangan tumbuk dia Elena... kang Doktor Amran pecat kau... kau nak kerja kat mana?
            “Encik... saya tak ada masa nak main-main.”
            “Tapi saya ada masa nak main-main dengan awak,” spontan dari dia dengan riak wajah tak ada perasaan. Chinese look sebab mata sedikit sepet? Panahan mata tu? Bukan dia ke yang... aku tumbuk dulu?
            “Budak brutal, awak dah muncul semula dalam hidup saya. Huh?” Dan ternyata wajah aku dah bahang bila suaranya kedengaran separuh berbisik. Budak brutal? Dua patah perkataan tu... punya kenangan yang tersirat dalam hidup aku.
            Aku tak menjawab. Mata aku alih di tombol pintu yang dia genggam.
            “Ok... thanks my princess... sudi layan saya. Seronok main-main dengan awak,” ujarnya seraya koyak senyum nipis. Aku ketap bibir. Tombol pintu dia pulas untuk aku sebelum aku masuk ke dalam bilik pejabat Doktor Amran.
            My princess? Huh. Apakah?
            Lelaki... biasalah memang kaya dengan bahasa manis macam tu.
            Tapi bukan dia ke yang aku tumbuk dulu? Kenapa aku rasa orang yang kena tikam dengan orang yang aku tumbuk tu... orang yang sama? Apa dah jadi dekat aku sebenarnya?
            “Assalamualaikum. Kamu ni Doktor Elena ye,” aku tersentak saat suara seorang wanita tusuk gegendang telinga aku. Wanita sebaya kak ngah itu tutup pintu tandas sebelum melabuhkan punggungnya duduk di atas kerusi.
            “Waalaikumusalam. Ye saya. Doktor Amran nak saya jumpa dia sebelum saya cuti,” wanita berkot putih senyum nipis ke arah aku. Wajahnya... ada seiras sikit dengan orang yang dah buat hati aku sedikit terusik sebentar tadi.
            Amboi terusik, aduhai apa dah jadi kat aku ni? Hancur, berkecai prinsip tak nak jatuh hati.
            “Duduklah. Saya Doktor Raihana. Anak sulung Doktor Amran. Sebelum tu saya nak khabarkan yang Doktor Amran dah pencen. Saya yang gantikan tempat dia sekarang ni. Tempoh hari, masa jamuan perpisahan kamu tak ada kan?” Kerusi pejabat aku tarik lalu melabuhkan punggung duduk di atas kerusi.
Aku angguk lalu tersenyum hambar. Kejam betul aku ni tak datang jamuan perpisahan Doktor Amran yang nak pencen. Patutlah Marisa dan Adibah beria-ia suruh aku datang. Tapi masa tu aku malas nak bergerak. Letih sangat.
            “Permohonan kamu nak cuti selama  dua bulan dah diluluskan.”
Thanks doctor,” dia angguk.
“Saya dengar kamu nak kahwin kan?” Pelik betul dia orang ni. Kenapa keluarga Doktor Amran tahu aku nak kahwin. Padahal aku tak ada lagi hebohkan pasal ni.
            “Minggu depan pertunangan saya. Kahwin tu belum rancang lagi,” dia senyum manis lalu menghulurkan tangannya kepada aku. Lembut aje dia ni tak macam adik dia yang tadi. Poyo.
            “Tahniah dear,” aku bangkit dari duduk sejurus sahaja bersalaman dengannya.
            “Thanks,” jawabku sebelum berlalu pergi dari situ. Malam dah larut.
            “Akak harap adik berubah lepas kahwin dengan dia,” aku kerut dahi lalu pulas tombol pintu. Pelik aje bunyinya. Macam tuju kat aku. Ke aku yang perasan?
Tapi... patut ke aku menyesal sebab anggap perkahwinan aku hal yang tak penting. Tapi hati aku kuat menyatakan aku akan bahagia. Dengan mimpi aku dan solat istikharah aku. Biarpun lelaki dalam mimpi aku tu tak ada perasaan tapi aku akan terima.
Ya, aku akan terima dia... seadanya.
SEJAK anak Doktor Amran tu buat hati aku sedikit terusik, aku dah jadi lain macam. Budak brutal? Gelaran tu... cuma sorang budak tu aje suka panggil aku dengan nama tu. Budak yang bagai kucing dengan anjing dengan aku masa zaman sekolah dulu. Sebab, perangainya yang menjengkelkan. Cappucino aku hirup sambil melilau pandang sekeliling Old Town Coffee yang kelihatan penuh dengan pelanggan.
            Kalaulah aku ada peneman dekat depan ni...
            “Tak ada tempat dah nak duduk. Kita nak duduk kat mana ni abang?”
            SRETT!
            Aku dongak, kerusi di depan aku dah ditarik oleh seseorang dan tanpa meminta izin dua orang figura dah duduk di depan aku. “Assalamualaikum... tempat dah penuh. Saya tengok awak duduk sorang-sorang aje. Kita orang duduk sini, tak pe kan?”
            “Waalaikumusalam, bo...”
            Dia?! Sekali lagi aku dipertemukan dengan dia.
            “Boleh ke tak ni?”
            Aku angguk-angguk, tak mampu nak pandang wajah si empunya diri yang manis dengan senyum di depan aku. Macam rasa pelik bila aku berdepan dengan anak Doktor Amran. Anak big boss aku.
            Figura di sebelahnya aku pandang. Manis, dengan rambut merah yang dia ikat gaya pony tail.
            “Keysha nak ke toilet sekejap.”
            “Ok.”
            Aku teguk rakus Cappuccino yang tinggal sedikit. Nak pergi dari sini cepat-cepat. Tepis rasa tu. Prinsip aku hancur. Prinsip tak nak jatuh cinta aku dah hancur serius dah hancur sebab ‘si dia’ yang duduk di depan aku dan aku tak tahu, sebab panahan mata aku rasa macam tu dekat dia. Macam ada connection kat situ.
            “Doktor Elena, awak tak payah risau tentang kejadiaan awak tumbuk saya tu. Saya tak marah pun dan awak jangan risau tentang peristiwa pesakit awak tikam saya. Saya dah ok,” spontan dari dia buat aku terkedu.
            “Awak... awak ke orang tu?”
            Dia angguk.
            “Saya minta maaf, sebab saya... pesakit saya tikam awak. Saya minta maaf sebab tumbuk awak masa tu.”
            Dia gelak nipis.
            “Don’t worrylah. Awak nak engaged kan?”
            Pulak dah, dia pun tahu ke?
            “None of your business... tu hal peribadi saya.”
            “Sape cakap bukan business saya? Saya ada kena mengena tau.”
            Aku pandang dia.
            Dia pandang aku dan cepat-cepat aku pandang tempat lain.
            Ikhtilat!
            Jaga pandangan, jaga hati biarpun hati dah terusik. Biasalah, godaan syaitan.
            “Apa maksud awak?”
            Diam.
            “Saya tanya apa maksud awak?”
            “None of your business.”
            Apakah?
            “Apa-apa pun, thanks sangat-sangat sebab selamatkan saya,” aku keluarkan note RM 10 seraya bangkit dari duduk.
            “Saya tak nak apa-apa jadi kat awak. Kesian husband to be awak nanti if something happen to you. Dia nak kahwin dengan sape?”
            Aku senyum senget. Baru aku tahu... dia ni pelik orangnya.
            Si gadis ayu dah duduk di sebelahnya. Rasa geram sikit dengan perempuan tu sebab macam tergedik, terkulat-kulat sebelah dia. Lantaklah, tunang dia kot. Aku pulak dah kenapa... macam nak tercemburu dengan perempuan tu.
            “Saya tak ada masa nak main-main dengan awak.”
            “Yelah tak ada, dari dulu asyik jual mahal je kat saya... kan?”
            “Psiko!” Seraya aku atur langkah keluar dari Old Town Coffee. Takut bila brutal aku datang ada kang yang dapat penyepak aku.
            Dan si lelaki dah senyum nipis. Suka tengok kekalutan seorang Elena.
BAGASI aku letak dalam bonet kereta. Marisa yang ayu berbaju kurung kuning cair khusyuk dengan telefon pintarnya. Tak habis–habis. Siapalah agaknya yang dia mesej tu ek. Tak penting kot. Aku keluh kasar sambil merenung rumah yang dah terkunci. Rumah yang mempunyai banyak kenangan manis dan pahit antara aku, Marisa dan Adibah.
Boleh ke aku tinggal sini lagi lepas ni? Aku rasa ada sebuah kejutan yang sedang menanti aku di sana.
Ayu pulak Marisa ni aku tengok, semangat dia bukan main berkobar-kobar nak balik rumah aku dekat Kedah. Aku pulak hanya mengenakan blouse turquoise berlengan panjang dipadankan dengan skirt labuh maxi berwarna teal. Tudung bawal satin berwarna kelabu aku betulkan sedikit sebelum membaca doa menaiki kenderaan. Mataku tertancap ke arah cermin pandang belakang.
            “Oh mama saya mau kahwin. Kahwin dengan siapa. Kahwin dengan siapa saja. Oh mama saya mau kahwin. Hai dengan jejaka Kedah. Muka...” aku ketap bibir sebelum menampar kuat bahu Marisa. Berbunyi pula tu. Hati aku dah lah risau dia boleh buat lawak. Siap nyanyi lagu ‘oh mama saya mahu kahwin’ nyanyian Blues Gang pula tu. Sabar la duhai hati.
            “Sekali lagi kau buat, aku sepak kau keluar dari kereta aku!” Jerkah aku.Wajah aku dah bahang tahan marah. Hailah dah kenapa aku ni. Bukan aku tak biasa kena sakat dengan Marisa. Dari tingkatan satu hingga sekarang aku asyik kena sakat oleh dia.
            Suasana sepi.
Lama.
Aku fokus dengan pemanduanku. Hampir tiga jam kami saling melayan perasaan. Terbit rasa bersalah dalam hati aku dengan kelakuan aku beberapa jam tadi. Aku pandang Marisa yang berada di sebelah aku sekilas. Dia ketap bibir. Matanya dihalakan ke hadapan.
            “Wei, nanti sampai Kedah aku bawa kau makan Mee udang. Kau suka Mee udang kan?” Aku pecahkan kesepian antara kami berdua. Tiba–tiba aje aku terdengar akan esak tangis daripada Marisa. Hailah dah kenapa dia ni?
            “Risa. Maafkan aku. Aku cuma tertekan. Janganlah nangis,” aku pegang erat tangan Marisa. Antara kita orang bertiga, Marisa ni macam tak matang lagi. Macam perangai budak-budak pun ada.
            “Aku akan rindukan kau Lena. Lepas Dibah, kau pula pergi dari rumah. Aku... aku nak kita macam dulu. Aku tak nak kita berpisah. Bodoh ke aku sebab tunggu dia? Aku cuma mampu mesej dia dari jauh aje. Dia tak bagi jawapan untuk aku. Dia tak bagi jawapan bila dia boleh balik,” kejam ke aku? Marisa sentiasa menjadi pendengar setia aku walhal aku langsung tak tahu apa yang tersirat di lubuk hati kecilnya. Jujur aku pun tak sanggup tinggalkan rumah tu.
Aku senyum kelat lalu berhenti di bahu jalan. Aku peluk erat bahu Marisa. Tanpa disedari ada air mata yang mengalir dari tubir mata aku. Segera aku kesat.
            “Wei Risa. Chillah. Kau ingat persahabatan kita sampai kat sini ni ke? Taklah wei, sampai mati aku akan tetap jadi sahabat kau dan Adibah. Sahabat dunia akhirat. Aku akan kekalkan persahabatan kita hingga ke jannah. Insyaallah. Kau ingat lagi masa aku sambung belajar dekat Jepun? Kau dengan Adibah dekat New York. Aku seorang aje. Kau ada Adibah. Kau tahu kekuatan aku doa dan tasbih. Aku sunyi. Lima tahu wei aku solo aje dekat Jepun tanpa kau orang. Aku selalu rindukan kau orang setiap hari. Tasbih ni arwah Ustazah Aisha yang bagi aku. Dia nasihatkan aku jika hati kita sunyi berzikir la. Ingat Allah. Aku yakin dia tu akan pulang secepat yang mungkin. Dia cuma perlukan masa. Dahlah. Pengapit aku ni sedih aje. Hilang seri pengapit,” aku cubit pipi Marisa lalu kesat air matanya yang mengalir.
Tasbih aku keluarkan daripada beg tanganku lalu aku berikan kepada Marisa. Kami saling berbalas senyuman sebelum aku kembali memandu ke kampung halaman.
            “Kau kena belanja aku Mee kari Udang. Aku nak udang yang besar.”
            “Apa–apa aje untuk kau Risa,” dua jam kemudiaan, kami selamat sampai di Pendang Kedah. Aku parkir Honda Civic di depan sebuah gerai. Gerai Mak Minah. Aku senyum nipis. Banyak betul kenangan yang aku lalui di gerai ni. Aku perhatikan suasana di Gerai Mak Minah yang meriah.
AKU berlari anak memasuki Gerai Mak Minah. Hujan renai–renai turun membasahi metafora alam yang fana. Kesian aku, mama denda tak nak ambil aku pulang sebab kotorkan baju sekolah semalam. Ala panjat pokok dan main lumpur dengan geng aku aje kot. Papa pula ada shift dekat KLIA. Pilotlah katakan. Sadis!
Suasana gerai Mak Minah kelihatan lenggang. Hanya beberapa orang pelajar sekolah rendah aje yang sedang berteduh di gerai Mak Minah.
            Setelah hampir sejam aku berteduh, akhirnya hujan mulai reda. Aku lihat pelajar sekolah tinggal tiga orang termasuk aku. Mama betul–betul tak nak ambil aku ke? Aku muncungkan bibir lalu melabuhkan punggung duduk di atas kerusi. Kepala aku sembam di atas meja. Kedengaran kerusi ditarik di hadapan aku. Aku panggung kepala. Dia turut menyembamkan kepalanya di atas meja.
            “Kenapa awak ikut orang? Ada banyak lagi kan kerusi dekat sana. Semua orang tak sayang orang. Jangan dekat dengan oranglah. Sana jauh–jauh,” dia panggung kepala sebelum menghulurkan bar coklat putih. Kegemaran aku.
            “Orang suka tengok awak. Nak duduk depan awak aje, orang boleh jaga awak. Sape nak buli awak orang boleh tolong. Orang duduk sini ye. Nah, makanlah coklat ni sedap tau. Abah orang beli,” aku sambar coklat dari tangannya.
            “Awak suka tak main kahwin–kahwin?” Aku angguk.
            “Orang pun suka. Orang suka main kahwin–kahwin bila hari malam.”
            “Orang pun. Orang suka main bawah bintang ada bintang terangkan permainan kita,” dia angguk laju.
Kami diam sejenak. Sebuah kereta Wira diparkir di hadapan kami. Dia bangkit dari duduknya lalu berlari anak ke arah ibunya yang sedang menunggunya di hadapan gerai.
            Aku perhatikan gerak gerinya. Rasa budak tu kacak sikit. Sikitlah tak banyak. Tapi aku suka tengok muka dia. Buat rasa sedih aku tu hilang. Dia toleh belakang hadap wajah aku.
“Siapa nama awak?”
            “Nur Elena Husna. Arwah opah orang tau yang bagi nama tu kat orang.”
            “Orang nak kawan dengan awak boleh?”
            Aku angguk-angguk.
            “Boleh-boleh. Orang pun nak kawan dengan awak.”
            Dia tarik-tarik tangan uminya sambil dongak pandang raut wajah wanita itu.
“Umi… boleh tak orang  temankan kawan orang. Dia tak ada kawan la umi,” wanita sebaya mama itu menggeleng. Budak lelaki dah memuncungkan bibirnya.
            “Tak boleh sayang. Umi ada banyak kerja. Tak apa Mak Minah kan ada,” dia keluh kasar.
            “Malam nanti kita main kahwin–kahwin. Nak? Kita jadi suami awak… awak jadi isteri orang. Bye. Orang tunggu awak kat Gerai Mak Minah tau,” dia melambaikan tangannya ke arah aku. Aku angguk seraya hantar pemergiannya.
            “Satu hari nanti orang nak jadi suami awak betul–betul. Orang nak jaga awak,” ayat tu tak mungkin aku lupa. Tapi dia berubah menjadi seorang pembuli tegar! Tiada lagi kata manis yang terbit dari bibirnya sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke darjah empat. Bagaikan debu sahaja permainan dan ayat itu. Aku pun tak tahu kenapa dia berubah.
            “Elena! Uit. Cantik tak?” Marisa tampar kuat tangan aku.
            “Arh… apa?” Marisa mencebik lalu menghirup milo ais yang dipesannya tadi.
            “Mengelamun aje. Jomlah balik,” aku sengih kelat sebelum bangkit dari duduk. Seperti yang dijanjikan, aku bayarkan mee udang yang Marisa pesan. Belum sempat aku langkahkan kaki menuju ke Honda Civic, namaku diseru oleh seseorang yang pastinya aku kenal.
            “Woi brutal dah mai wei! Boss amacam boss mai sini tak habaq kita orang pun. Sape ni boss. Cun siot,” aku senyum nipis. Suka suki dia aje nak tampar bahu aku. Lelaki pula tu.
            “Apa kau ni sentuh sentuh. Aku dah nak kahwin hang tahu dak. Bukan muhrim wei. Ni kawan aku awat? Nak ngurat? Huh?” Dia orang dah gelakkan aku. Dah terbiasa kawan dengan budak lelaki sampai mama asyik nak marah aku.
            “Lena, jomlah balik. Kawan– kawan kau ni menyeramkan. Macam muka pecah rumah aje aku tengok,” aku gelak kecil. Lawak aje Marisa ni, sembunyi belakang aku. Memang muka kawan aku macam muka pecah rumah tapi don’t judge a book by it’s cover!
            “Kau kahwin tak habaq kita orang jugak tak apa,” lelaki dan tiga orang rakannya yang lain melabuhkan punggung duduk di atas kerusi.
            “Bukan tak habaq. Aku busy la. Lagipun dua tahun lepas aku mai sini kau orang tak ada. Minggu depan aku tunang kau orang datang tau. Aku tunggu. Kawan aku takut ngan hang pa jangan nak pandang–pandang. Aku tibai kang ha. Padan muka hang,” mereka dah ketawa terbahak–bahak. Marisa lantas masuk ke dalam perut kereta.
            “Aku masih ingat kau pernah bagi dekat seorang pembuli tu. Poyo giler. Mentang–mentang senior. Kena buku lima kau terus tak datang sekolah. Lawak betul,” aku hanya senyum tawar. Dia tu... entah hidup lagi ke tak?           
“Aku belanja hang pa. Bye. Aku chowlu. Assalamualaikum.”
            “Kirim salam ngan kawan cun kau tu.Waalaikumusalam.”
            Sebaik sahaja aku masuk ke dalam perut kereta, Marisa aju soalan cepumas yang paling terbaik abad ini. “Kau ni memang brutal ke?”
            “Entah la wei. Tapi budak sini selalu gelar aku brutal paling legend.” Marisa cebik.
             “Kawan aku kirim salam kat kau. Nak minang kau nanti,” aku gelak besar. Padan muka suka sangat sakat aku.
            “Erkeuww tak nak aku kahwin ngan kawan kau tu,” aku cebik. Macam–macam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me