7
AKU berdiri
statik di balkoni sambil merenung bintang yang berkerdipan. Bintang dan bulan
bagi aku seperti sahabat baik. Mempunyai peranan yang sama. Memberikan cahaya
malam kepada manusia. Aku atur langkah masuk ke dalam bilik setelah puas
bermuhasabah diri seraya hempas punggung duduk di birai katil bersebelahan
Marisa yang dah fokus dengan telefon pintarnya.
“Aku… dua minggu lagi aku kahwin,” terlepas juga
ayat tu dari bibir aku. Aku nak meluah sekarang ni.
Suasana sepi.
Hanya kedengaran suara riuh orang yang berada di
luar bilik yang sedang menyiapkan persiapan perkahwinan aku. Marisa bangkit
dari baringnya lalu menampar bahu aku. Dia buat-buat gelak meskipun aku tahu jauh
di sudut hatinya dia sedih.
“Chill lah.
Kan... aku dah kata kau dah nak kahwin. Boleh nampak la wei. So macam mana? Dah sedia nak jadi puan emm apa nama suami kau?” Ha hal yang satu tu nama dia aku memang
tak tahu. Malas nak ambil tahu sehingga memakan diri aku.
“Entah. Aku giler
la anggap tak penting. Tengok–tengok makan diri aku sendiri.” Marisa tergelak
kecil.
“Padan muka kau. Dah jadi trademark kau dah kan ‘tak penting’ tu. So kau menyesal?” Dia jelir lidah ke arah aku. Kejam!
Menyesal? Tak tahulah aku menyesal ke tak. Aku
geleng kepala lalu merebahkan badanku di atas katil. Mata aku pejam rapat. Aku
cuma nak tidur. Aku cuba nak lupakan ‘dia’ tapi hambar.
“Aku sebenarnya...” aku leret suara.
“Sebenarnya?” Aku celik mata, pandang wajah Marisa
yang dah tongkat dagu di sebelah aku.
“Aku tak tahu... sebab aku tak pernah rasa benda ni.
Tapi aku yakin... aku dah suka dekat someone.”
Marisa demah dahi aku.
“Kau serius ke?”
Aku angguk lemah.
“Sape?”
“Orang yang kena tikam sebab selamatkan aku dari
Ehsan,” polos aku menjawab dan ternyata Marisa dah terkedu.
“Kau... kau biar betul? Kau suka dekat anak Doktor
Amran?”
“Aku cuba nak lupakan dia... tapi kenapa susah
sangat? Prinsip aku hancur sebab aku terhutang budi je Risa.”
Marisa senyum nipis.
“Lena... kalau kau tak yakin dengan keputusan kau
ni, kau masih ada masa. Istikharah,” aku ketap bibir. Bungkam.
Kenapalah Allah hadirkan rasa tu di saat aku dah
dirisik oleh seseorang?
MAJLIS PERTUNANGAN
aku hanya diadakan secara kecil-kecilan, dihadiri dengan sanak saudara terdekat
belah aku dan belah bakal suami aku yang aku tak kenal lagi. Ya, sampai ke hari
ni, aku tak kenal langsung ‘si dia’ tu.
Tangan wanita yang dah sarungkan
cincin di jari manisku aku kucup lembut sebelum kami berlaga pipi. Tenang aje
wajahnya, dan... setiap raut wajahnya aku renung. Macam ada iras sikit dengan
anak Doktor Amran tu. Serius aku tak tipu, dengan mata sedikit sepet. Perasaan
aje... ye perasaan aku aje... kot.
“Mulai hari ni... panggil je saya ni
umi. Terima kasih... terima kasih Elena, sudi terima anak umi. Bagi peluang kat
dia. Terima kasih sangat-sangat,” aku senyum nipis sambil umi genggam erat
tangan aku.
“Sama-sama umi, saya akan terima dia
seadanya. Kerana Allah saya menerima dia dalam hidup saya,” dan umi saling
berbalas senyuman aku.
“Pilihan dia memilih kamu memang
tepat,” aku rasa nak leleh dah ni. Serius nak leleh. Huh.
Gelang berlian dia keluarkan
daripada kotak kecil berbentuk segi tiga seraya disarungkan di pergelangan
tanganku. Cantik. “Hadiah dari dia,” ujar umi separuh berbisik.
Bibir aku ketap. Hadiah dari ‘si
dia’ tampak elegant sungguh. Akan aku
jaga gelang ni macam aku jaga nyawa sendiri. Ya aku akan. Aku akan terima dia
biarpun hati aku dah dicuri oleh seseorang. Pasti, aku yakin aku akan lupakan
anak Doktor Amran tu bila aku dah kahwin dengan anak umi nanti.
Aku percaya dengan cinta selepas
kahwin. Percaya sangat.
HABIS berselerakan
buku-buku medic yang tersusun kemas
di atas meja studi. Gelang tu dah ke mana pulak
dia menghilang? Kes pelupalah ni, ish.
Aku baru tanggalkan sepuluh minit yang lalu kot sebab nak solat asar. Sekarang
dah hilang, entah ke mana perginya. Dahlah aku sayang sangat dengan gelang tu.
Tak boleh berenggang langsung dengan gelang berlian tu.
Habislah aku... mesti ‘si dia’ tu
kecewa sebab aku tak jaga hadiah dia. Aku dah jatuh sayang kot dengan gelang
tu. Tup tup gelang tu hilang, lari
dari aku. Hailah, gelang mana gelang pergi ni.
“Ha ni ha, gelang kau. Ada pulak kau letak bawah bantal. Ish, kau
ni pelik sangat,” aku lantas peluk erat tubuh Marisa bila dia dah jumpa gelang
berlian aku.
“Sayang kau sangat-sangat. Muah... muah... muah,” aku cium
pipi Marisa bertalu-talu.
“Woi! Kau nak jadi lessy ke apa ni ha?” Aku sengih kelat.
Marisa dah kerut dahi sambil usap kasar pipinya yang aku kucup. Ha padan muka,
baik sangat.
“Kau pasti ke? Aku guna Honda Civic
tu?” Aku angguk laju.
“Kau dah banyak tolong aku Risa, kau
guna je Honda Civic tu. Aku pinjamkan. Jaga dia elok-elok tau.” Marisa dakap
erat tubuh aku.
“Tahniah... kau pun, tak lama lagi
jadi isteri orang,” tambahku.
“Aku tak sangka dia bagi aku kejutan
macam ni,” aku usap bahu Marisa. Ada sendu di sebalik kata-katanya. Ya, Marisa
dah nak bertunang esok dan dua hari lagi... dua hari lagi aku sah jadi isteri
kepada ‘si dia’. ‘Si dia’ yang hadiahkan gelang berlian kat aku. Sedia ke tak
sedia ke aku kena sedia jugak.
SESEKALI
aku toleh ke belakang, pandang dua figura lelaki yang aku rasa macam pelik aje.
Memang pelik sangat, duk ikut aku
dari aku keluar dari kedai runcit. Aku cepatkan langkah dan dia orang turut
cepatkan langkah buat nafas aku dah turun naik. Tangan kanan aku sisip di dalam
kocek cardigan hitam yang tersarung di tubuhku. Sorokkan gelang berlian tu. Ada
kang dia orang nak rompak ke apa ke.
Ada jugak aku buat persediaan.
Apa-apa pun, dia orang ni memang nak
pekena ngan akulah!
“Eh... cik adik, yang laju sangat
jalan tu kenapa?”
“Haah, janganlah takut. Kita orang
nak jaga cik adik aje. Takut ada apa-apa jadi dekat cik adik manis ni.”
Aku ketap bibir. Dah... dia orang
dah mula nak cari pasal dengan aku!
Sampai di selekoh yang sunyi sepi,
dia orang dah kepung aku buat aku mati langkah. Dia orang tak kenal kot aku ni sape.
“Kau orang nak apa ha?”
Dia orang usap dagu seraya dekatkan
diri ke arah aku. “Kita orang... nak...”
Tapak kaki aku hayun tepat ke wajah
salah seorang dari dua orang manusia pelik buat dia dah terduduk. Tanganku
tangkas dicengkam kemas oleh rakannya buat dia orang dah nampak gelang berlian
tu.
“Lepaskan akulah! Kau orang nak apa
ha?”
“Wow... gelang wei. Mahal ni, baik kau bagi gelang tu kat aku kalau kau nak hidup
lagi. Kalau tak...”
Aku tak ambik kisah pun bila dia dah
keluarkan pisau.
Apa yang penting... gelang ni aku
kena lindung.
“Aku tak akan.”
“Oh tak nak ek... ok... Bard... kau pegang perempuan ni.”
Bau rokok menusuk ke rongga hidung
aku bila penyamun yang aku dah tendang tadi cengkam erat bahu aku dari
belakang. “Lepaskan...”
Nafasku dah tercungap-cungap bila
darah dah membuak-buak mengalir dari pergelangan tanganku. Gelang tu jadi fokus
utama aku. “Ha kan diam! Kau diam aje perempuan! Aku dah tak bernafsu nakkan
kau, aku nak gelang ni aje.”
Aku kumpulkan tenaga seraya siku aku
hayun ke belakang buat si penyamun yang cengkam erat bahu aku berundur ke
belakang. “Kau jangan ganas sangat perempuan. Ada kang kau makan penyepak kita orang, kau yang merana!”
Kaki aku hayun menendang kuat si
penyamun yang baru aje kelar pisau ke pergelangan tanganku. Peritnya tok sah dikata. Demi pemberiaan ‘si dia’,
aku sanggup apa aje jadi kat aku. Gelang tu... tanda dia hargai aku.
PANG!
Aku terduduk di atas jalan saat
pipiku ditampar kuat oleh penyamun yang aku dah tendang. Pijar! Tudungku
direntap kasar. Habis rambutku dah terdedah, aku pegang erat gelang yang masih
berada di pergelangan tangan dengan tangan kiri. Bau hanyir darah buat aku rasa
loya. Tepung yang aku beli tadi, dah memenuhi jalan. Tepung tu... sayang.
Membazir.
“Eh... aku tak nak berkasar tau, aku cuma nak gelang
tu. Tapi kau ni... kan ha, brutal sangat
kenapa? Erm... kasar tapi manis.
Rambut ni...” aku tepis kasar tangan kotor yang dah hinggap di ubun-ubunku.
“Aku tak akan bagi gelang ni kat kaulah!”
“Eh... ada aku kesah!”
“Kau tu perempuan... buat cara perempuan. Tak payah
nak jadi ganas sangat,” tambahnya dan gelang tu dia orang dah rampas dari aku.
Gelang tu...
Aku ketap bibir, cuba bangkit dari duduk.
Pergelangan tanganku perit sangat. Dia orang kelar betul-betul kat nadi... ke?
Bibir yang dah mengalir dengan darah aku kesat kasar.
“Bagi aku gelang tu... tolonglah. Kau orang nak
bunuh...”
“Woi! Kau orang buat apa ha!”
Aku kembali terduduk. Dia orang dah lari dengan
gelang tu. Aku nak buat apa? Seraya aku sarung tudung di atas kepala. Dia marah
aku ke nanti? Risau... sungguh aku risau apa yang akan jadi kat aku nanti. Aku
dah hilangkan hadiah pemberiaan dia. Mesti dia kecewa sangat kat aku.
“Elena...” aku dongak. Pandang figura yang dah
berdiri statik di depan aku.
Apakah?
“A... awak.”
“Awak ok ke Lena? Tangan tu,” dia duduk mencangkung
di depan aku seraya tangan aku dia tarik lembut. Handkerchief dia keluarkan dari poket seluar track suitnya seraya lilit di pergelangan tanganku.
Dia... buat lagi. Buat aku tambah suka dekat dia.
“Gelang tu... gelang saya. Dia orang...”
“Lena. Jom... tentang gelang tu nanti...”
“Awak tak faham! Gelang tu tunang saya yang
hadiahkan kat saya. Saya kena kejar...” aku bangkit dari duduk.
“Awak tak kesian dekat tunang awak ke kalau ada
apa-apa jadi kat awak? Jom... orang hantar pergi klinik,” kenapa dia selalu
ada. Kenapa bukan tunang aku yang muncul bila sesuatu yang buruk jadi kat aku?
Hambar.
Aku suka dia.
Sungguh aku suka kat dia.
Sekali lagi, dia muncul. Muncul bila benda buruk
jadi kat aku.
Kenapa aku rasa dia ni... pelindung untuk aku?
PANDANGANKU tertumpu
ke arah pergelangan tanganku yang dah dibalut dengan kain kasa. Aku ketap bibir
seraya pejam mata. Rasa bahang kat pipi. Sungguh dah bahang sebelum aku rasa pipi
aku dah basah.
“Kenapa awak selalu ada masa saya
susah?”
Dia fokus dengan pemanduan.
“Sebab orang tak nak benda buruk
jadi kat awak.”
Orang? Ayat tu...
“Awak bukan sape-sape kat hidup orang,” ya, aku suka guna ayat ‘orang’ tu.
Dia pandang aku, sekilas.
“Awak ni sape sebenarnya? Kenapa awak selalu muncul secara tiba-tiba?”
“Orang? Orang kan anak Doktor
Amran,” spontan darinya dengan wajah dah manis.
“Orang serius.”
“Ya... orang pun serius.”
“Encik...”
“Azwar... panggil orang Azwar aje. Abang
pun boleh, orang tak kisah.”
Aku jeling mata ke atas. Huh. Serius
poyo! Nak muntah hijau je tak bila dia suruh aku panggil dia abang. Menyampah!
“Ok, orang serius. Orang tak nak
apa-apa jadi kat awak. Tengok darah awak kat pergelangan tangan tadi pun buat
orang nak mati aje. Anything happens to
you... orang tak akan maafkan diri orang tau.”
Persoalan. Dia bagi aku banyak
persoalan. Aku kesat kasar air mata yang masih tersisa. Sedikit sebanyak hati
aku sedikit lega bila bercakap dengan dia.
“See...
awak akan nangis sebab orang aje...
kan?”
“Perasan... orang tak menangislah.”
“Eleh... awak menangis sebab gelang
tu hilang... kan?”
“Jangan nak perasanlah Encik Azwar!”
Suaraku dah naik satu oktaf.
“Huyshh
garang. Tak pe garang orang suka,
nampak manis aje. Eh tak payah berencik-encik dengan oranglah. Panggil... abang
aje. Ha abang.”
“Turunkan orang dekat sini,” ugut
aku. Aku tak betah diriku dihujani dengan persoalan. Dia macam dah berteka teki
dengan aku.
“Eh tak pe, orang tahu rumah awak,” nampak tak dia nak bagi aku persoalan
lagi.
“Kalau awak tak nak turunkan orang,
orang keluar.”
Aku dah buka kunci kereta seraya dia
berhenti di bahu jalan.
Dia duduk membelakangi pintu kereta.
Aku buang pandangan ke luar tingkap. “Elena Husna... si budak brutal. Biar betul... awak lupa tentang
orang? Budak pembuli?” Dan ternyata... aku rasa nak pitam saat ini.
Kejutan untuk aku.
“Awak dah lupa? Orang pernah pesan
kat awak, orang nak kahwin dengan awak tapi tak sangka awak dah bertunang,”
tambahnya.
“None
of your business.”
“Of
course business orang. Awak tu... budak brutal
yang suka pukul orang... kan. Sampai hati awak tak ambik kesah dengan apa yang
orang cakap dekat awak dulu,” sarkastik di situ.
Ya, aku percaya. Lelaki yang dah
korbankan nyawanya untuk aku dulu, budak pembuli. Aku dah jatuh suka dekat
budak yang bagai anjing dengan kucing kat aku. Aku dah jatuh hati dekat...
budak pembuli? Sungguh apa dah jadi kat aku sebenarnya?
“Orang dah nak kahwin. Lupakan orang,
yang lepas tu... biarlah lepas...”
“Awak suka kat orang. Orang tahu.”
“Tak. Tak pun.”
Dia senyum senget.
“Kalau awak tak suka orang... kenapa
awak cari orang haritu? Awak ingat orang tak tahu ke awak cari orang malam tu?
Awak suka orang sebenarnya... sebab gelang tu awak sanggup cederakan diri
sendiri. Sebab gelang tu... awak menangis.”
“Apa maksud awak?”
Diam.
“Kenapa tak jawab?”
“Sebab... orang nak awak fikir
sendiri apa yang orang cakap. Sebab... awak akan dapat jawapannya sendiri, satu
hari nanti,” aku terkedu.
Sungguh, otak aku dah ditinggalkan
dengan beribu persoalan tentang dia. Apa kena mengena antara dia dan bakal
suami aku? Apa... dia ke orangnya? Dia ke bakal suami aku? Apa yang pernah dia
cakap dekat aku dulu... dia buat betul-betul ke? Azwar? Kenapa nama tu seolah-olah
pernah aku dengar sebelum ni?
Sungguh... aku keliru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan