Tumblr Scrollbars

My Friend

Ahad, 8 Mac 2015

Dia Kapten Cintaku








ADAWIYAH hentak–hentak kaki ke hulu ke hilir tawaf mengelilingi biliknya yang dah diubah suai.  Bilik yang lintang pukang jadi kemas dengan kepakaran sahabatnya yang dua orang itu. Cemerlang untuk dia orang dalam kos rekaan dalaman. Dah cantik bilik yang macam tempat pembuangan sampah disebabkan Adawiyah. Adawiyah tu nama aje perempuan tapi perangai Nauzubillah!
Itulah selalu aje dicop sebagai singa betina masa zaman sekolah dulu. Garang giler! Tak ada yang berani nak dekat dengan budak Adawiyah tu sampai sekarang. Dia peduli apa  yang dia tahu dia anti dengan lelaki. Anti tahap giga siap buat pendirian tak nak kahwin. Nak kahwin ambil anak angkat aje.
Tapi perancangan Allah tu kan lebih baik. Tengok sekarang apa sudah jadi ma? Sejak peristiwa dia terserempak dengan si lumpuh tu semuanya jadi haru! Ceritanya... si lumpuh datang rumah dia orang bulan lepas merisik si Adawiyah singa betina! Tertipu rasanya.
Adawiyah mula–mula terhutang budi sebab si cacat yang lumpuh kakinya sanggup suruh teksi berhenti di bahu jalan masa hujan lebat. Siap suruh Adawiyah tumpang teksi dengan bayaran sekali dia langsaikan. Kebetulan masa tu dia kelam kabut sangat nak balik rumah takut papanya marah. Sempat si lumpuh tu minta nombor telefon papanya Adawiyah. Adawiyah turutkan aje. Rupanya ni motifnya huh sungguh sadis!
Papanya pulak tak tanya dia nak ke tak nak. Kahwin paksa? Ye kahwin paksa bagi Adawiyah tak bagi si lelaki yang dia rasa pernah nampak sebelum ni. Dia orang wajib jugak kahwin. Apakah? Adawiyah tak nak, lagi–lagi dia dah last semester degree dalam kos rekaan dalaman. Adawiyah fikir-fikir dia nak kerja aje dia kan tak nak kahwin.
Dia ramas–ramas kepala yang terlindung dengan shawl putih. Berfikir–fikir patutkah dia lari dari rumah teres dua tingkat ni. Peduli apa dengan orang dekat bawah tu. Sambar purdah yang dia beli tanpa tujuan tahun lepas... lepas tu terjun dari balkoni siap! Tak ada siapa yang kenal. Hahahaha kejam Adawiyah!
Ni pun berkurung dalam bilik dengan alasan sakit kepala. Kena tidur sejam ni bukan sejam dah dekat tiga jam. Ahaks nampak tak kekejaman seorang Nur Rabiatul Adawiyah. Husyh Rabiatul Adawiyah kot, nama Srikandi Islam yang berperibadi cantik sanggup berkorban demi agamanya. Dia? Huh dia tak ada. Solatnya pun lintang pukang.

Kejap solat kejap tak. Entah dah kenapa dengan fius otaknya Adawiyah ni. Dah kena bebel dengan papa dan ibunya pun masih sama. Kawan-kawannya? Lagilah asyik kena herdik sebab duk bebel dia. Katanya dia masih muda masih nak enjoy.
Tok...Tok...Tok.
“Rabiatul Adawiyah! Buka pintu ni,” ha dengar dah suara papanya Adawiyah yang tegas. Bencana buat Adawiyah.
“Rabiatul Adawiyah! Buka pintu ni cepat!” Dia jeling mata ke atas seraya bangkit dari duduk. Purdah warna putih sedondon dengan baju kurung serta shawl putihnya dia pakai. Senyum sinis dia ukir sebelum memulakan operasi pengantin lari dari rumah.
Ketukan pintu semakin kuat tak pun dia gentar dengan papanya yang pencen askar tu. Tak takut pun. Dia langkah balkoni sambil genggam selimut yang dia dah ikat pada benteng.
“Asstaghfirullahalazim! Adawiyah! Apa yang...” Kolonel Fuad tarik kasar tangan Adawiyah buat dia mati langkah nak terjun dari balkoni. Ibunya tergeleng–geleng. Ada mama tirinya dengan adik tirinya terkekek–kekek gelak di belakang ibunya.
 Ah dia benci manusia berdua tu. Perampas kebahagiaan dia dan ibunya! Sebab tu dia anti dengan lelaki. Tak nak punya nasib yang sama dengan ibunya. Kena madu dalam diam. Papanya kahwin tanpa pengetahuan ibunya.
Kejam!
Pleaselah papa. Wiyah tak nak. Papa nak anak papa kahwin dengan orang cacat...”
Pang!
Terkena pelempang dekat pipinya Adawiyah. Panar tapi dah biasa.
Adawiyah jeling walinya. Sakit hati! Tangan yang digenggam oleh Kolonel Fuad dia tarik kasar. Masih berdiri di balkoni dengan cuaca mendung semendung hati Adawiyah.
“Dia tetap akan jadi imam kamu jangan nak hina dia sangatlah Wiyah!” Kena herdik dengan Kolonel Fuad dan ada dia kesah.
Fine! Kalau itu yang papa nak!” Adawiyah atur langkah keluar dari biliknya dan sempat dia kerling adik tirinya yang tua dua tahun dari dia, Syuhada.
“Padan muka kau.” Adawiyah senyum sinis dengan wajahnya yang terlindung dengan Purdah. Tak terfikir langsung yang dia tak tanggalkan lagi purdah tu.
“Wiyah! Tunggulah ibu. Jangan macam ni Wiyah!” Adawiyah mati langkah bila ibunya genggam tangannya erat. Shawl Adawiyah yang sedikit senget dia betulkan. Kolonel Fuad serta Puan Suraya tak ketinggalan Syuhada turun anak–anak tangga tinggalkan ibu dan anak itu.
Adawiyah ketap bibir sambil renung wajah Doktor Arina.
“Ibu... Wiyah tak nak.” Doktor Arina senyum nipis lalu rangkul erat tubuh Adawiyah.
“Wiyah banyak kekurangan,” tambah Adawiyah.
“Wiyah bukan perempuan yang solehah... Wiyah boleh terima dia tapi Wiyah tak tahu kalau dia boleh terima kekurangan Wiyah bu.”
“Sebab tu Allah takdirkan dia untuk kamu.” Adawiyah kerut dahi. Tak faham maksud si ibu.
“Maksud ibu?” Doktor Arina usap bahu Adawiyah.
Wait and see.” Doktor Arina memang hobinya suka buat Adawiyah blur. Blur tahap giga.
Sekali lafaz dia sah jadi isterinya si lumpuh. “Sadisnya nasib aku. Ish...ish... tengok aku yang kena bangun dia duduk diam aje. Terbalik dah ni sepatutnya dia yang duduk depan aku ni aku pulak yang duduk depan dia. Sadis bin kejam!”
Bebelnya dalam hati sambil atur langkah menuju ke arah si lelaki yang dia tak endahkan sape entah nama dia. Mana nak kenal... tahunya nak tidur aje masa ijab kabul tadi.
Cincin emas putih disarungkan di jari manisnya Adawiyah sebelum dia kucup tangan kasar itu. Ada senyum manis yang terukir di bibir si suami. Dia rasa pernah nampak senyuman tu. Ya dia pernah. Dia suka senyuman tu. Suka sangat. Tapi dia tak ingat dah lama berlalu. Dia ada sebab yang tersendiri kenapa dia tak ingat.
PURDAH dan shawl dia tanggalkan lalu hempas tubuh di atas katil. “Masa untuk...”
“Assalamualaikum. Awak dah solat asar?” dia pejam mata bila manusia yang satu tu dah masuk  bilik.
“Adawiyah...” Masih tak bergerak.
“Sayang...” Adawiyah mendengus. Dia bangkit dari duduk lalu wajah si suami yang duduk di kerusi roda dia jeling. Tenang aje lagak lelaki berwajah sedikit cekung itu.
“Hoi kau jangan nak sayang–sayang dengan aku ek. Aku gelilah bedebah!” Herdiknya.
Lelaki tu diam tapi masih senyum tenang macam masa akad nikah tadi. Sanggup dia turutkan kehendak Adawiyah nak bilik kat atas tak nak kat bawah. Sebenarnya dia bukan lumpuh selamanya cuma kesihatan dia belum pulih. Dengan usaha gigihnya mampu jugak dia naik anak–anak tangga dengan bantuan ayahnya dan papa mertuanya.
“Jom... berjemaah dengan abang.” Adawiyah gelak jahat.
“Sejak bila kau jadi abang aku? Aku tak ada...”
“Saya tua tiga tahun dari awak. Awak kena panggil saya abang,” ha ni yang Adawiyah tak suka kena arah–arah.
“Aku uzur... dah kau solat je sorang–sorang. Aku penat nak tidur.” Adawiyah hempas tubuhnya di atas katil sekali lagi. Rasa ada seseorang sentuh lembut bahunya lalu rambut yang dia ikat sanggul diusap lembut.
“Kenapa pipi merah tu?” Takkan nak bagi tahu sebab dia cakap manusia tu cacat terus kena tampar dengan papa.
“Tak payah sibuk,” si suami senyum.
“Tak baik tidur waktu asar.” Adawiyah celik mata. Dia masih kekal senyum. Tak faham Adawiyah dengan lelaki ni.
“Kau dah dapat apa yang kau nak. Jangan nak arah–arah aku ek. Dah berambus jangan...” Bibir bertemu bibir. Rasa ada renjatan elektrik di tubuhnya Adawiyah. Rasa hatinya yang batu tu cepat–cepat jadi cair macam ais. Tak Adawiyah tetap anti dengan yang namanya lelaki.
“Abang cintakan Adawiyah. Cinta sampai ke Jannah. Abang janji abang akan bawa cinta kita hingga ke Jannah. Insyaallah.” Adawiyah telan liur. Pahit. Sentap pulak dia dengan ayat si lelaki.
Adawiyah berdeham lantas bangkit dari baring bersandar di kepala katil. Bibir dia sentuh. Nak marah tahap giga tapi tak terluah. Macam ada yang tersekat dekat hati tak sampai hati nak marah.
“Nama kau sape? Kerja apa? Aku tak kenal kau sape. Introduce yourself please.” Adawiyah renung tajam wajah si suami. Wajah bujur dengan mata redup. Adawiyah suka rambut lelaki tu. Gaya spike. Tenang–tenang aje wajah itu macam tak marah bila Adawiyah guna kata ganti nama diri kau aku.
“Arwah mak yang berikan abang nama Muhammad Fattah. Kata arwah mak Fattah tu maksudnya hamba Allah yang membuka. Mungkin sebab tu hati abang memang dah terbuka untuk Wiyah.” Fattah gelak kecil. Rasa lawak aje. Adawiyah koyak senyum nipis. Dia suka dengar gelak tawa Fattah.
“I work as a navy. But right now cuti sebab ni kaki ni belum sembuh. Sekarang dah kenal... kan?”
“Kaki kau kenapa? Jatuh kat laut ke?”
Fattah gelak lagi.
“Kau ni memang ada...”
Adawiyah pusing–pusing jari telunjuk.
“Aku serius kau asyik gelak aje. Macam dah terputus fius,” tambahnya.
“Patutlah masa sekolah dulu dapat gelaran singa betina.” Fattah masih dengan sisa gelaknya. Adawiyah kerut dahi.
“Kau tahu ke aku dapat gelaran tu?” Fattah angguk – angguk.
“Malas arh nak tahu... aku dah lupa semuanya,” gumam Adawiyah sambil berpeluk tubuh.
“Kaki ni sebab accident setahun lepas.” Fattah mati gelak tapi bibir masih tetap senyum.
Motorbike accident,” tambah Fattah.
“Nasib nyawa kau tak melayang kan kalau tak mesti tak dapat kahwin dengan aku.”
Fattah tambah senyum. Tak sentap dengan ayat kasar Adawiyah.
“ Ni kau dah dapat apa yang kau nak. Lepas ni kau nak buat apa pulak dengan aku? Nak kahwin lain lepas kau dah sembuh? Yelah kau kan navy. Banyak kerja kat laut.” Pekerjaan Fattah sama dengan Kolonel Fuad buat Adawiyah berfikiran negatif.
Tangan Adawiyah Fattah genggam. Cepat–cepat Adawiyah larikan pandangan. Tak nak pandang wajah Fattah. Cair hati dia dibuatnya. Betullah kawan–kawan Adawiyah kata kahwin nanti mesti dia tak kasar feat ganas.
“Kan abang dah kata tadi... cinta kita hingga ke Jannah. I love you... Nur Rabiatul Adawiyah binti Fuad. Abang ni bukannya A Samad Said mahupun seorang pujangga yang pandai nak berpuitis. Cuma seorang navy yang dah biasa dengan kehidupan di laut dengan ombak ribut. Tak terlintas nak duakan sayang.” Adawiyah tarik kasar tangannya. Tak nak cepat–cepat cair.
“Pergilah solat.” Adawiyah bangkit dari duduk. Fattah koyak senyum nipis. Lawak semacam aje bini dia yang dah kalut tu. Tak kenal lagi di sebalik wajah tenang Muhammad Fattah ni. Kesian.
GENAP seminggu dia orang nikah, Adawiyah masih guna kau aku biarpun dah kena sound dengan papanya. Adik tirinya Syuhada tu pulak lain semacam aje. Macam gedik–gedik dengan abang ipar sendiri. Tengoklah macam sekarang, berduaan di bawah gazebo. Adawiyah mampu tengok dari jauh je sebab dia bukannya ada rasa apa pun dengan Fattah tu. Nak cemburu dengan Syuhada? Tak. Dia kan anti lelaki.
Tapi Fattah tu buat dia tersedar sikit. Tak boleh tinggal solat... Fattah tu memang termasuk dalam pakej ustaz–ustaz sikit. Buktinya Adawiyah dah tak tinggal solat tapi solatnya masih jugak lintang pukang. Dahlah selalu lewatkan waktu solat, nak cepat–cepat habis pulak kecuali bila Fattah jadi imam dia.
“Jauh mengelamun Wiyah,” mamanya Syuhada merangkap mama tirinya muncul dari dapur. Mamanya baik aje tapi anaknya tu lain sikit. Tapi Adawiyah tetap tak suka Puan Suraya dengan Syuhada sebab dia orang perampas.
“Taklah ma.” Adawiyah duduk di buaian malas nak tengok kemesraan adik tirinya dengan suaminya yang dah tak pakai kerusi roda tu dari jauh.
“Ibu mana ma?”
Dating ngan papa kamulah.”
“Mama cemburu?” Adawiyah pandang wajah mama tirinya. Saje nak bagi ayat sentap.
“Tak. Mama yang rampas papa kamu dari ibu kamu kan.”
Adawiyah senyum senget.
“Dah papa sunyi sangat sebab tu dia kahwin dengan mama,” berlagak jadi anak yang baik walhal dalam hatinya dah menyumpah.
“Kamu biar aje adik kamu dengan Fattah tu?”
“Biarlah. Nak ambik Fattah dari Wiyah pun ok aje.”
Puan Suraya gelak. Tercuit hatinya dengan sikap selamba Adawiyah.
“Kamu ni ada pulak macam tu.”
Adawiyah sengih.
“Wiyah? Where’s your hijab?” Dah mai dah. Adawiyah jeling mata ke atas, sekejap lagi adalah tazkirah dari suami tak diundang tu.
“Masuk dalam kalau tak...” Adawiyah cebik. Bibir dia ketap bila wajah Syuhada yang ayu berpashmina biru berdiri statik bersebelahan Fattah. Dia hentak-hentak kaki masuk dalam rumah. Malas nak dengar bila Fattah dah mula nak bertegas dengan dia. Adawiyah kan ego. Tak suka kena tegur.
Fattah tu nampak cool aje sebenarnya tapi bila dia tak ada mood habis suara dia naikkan. Macam malam ni.
“Rabiatul Adawiyah! Jangan nak kurang ajar sangat. Dosa Wiyah abang yang tanggung tahu tak!” suara Fattah dah naik satu oktaf. Adawiyah tekup telinga dengan bantal sambil sorokkan diri di bawah gebar. Mata dia pejam. Tak suka orang jerit dekat dia.
Turun naik nafas Fattah yang berpaut dengan topang. Hilang dah sabarnya nak ajar Adawiyah ni. Dah dekat sebulan sikit aje usahanya dahlah dia tengah usaha nak pulihkan kakinya. Tak nak susahkan Adawiyah kesayangannya.
Kesian Adawiyah kena paut lengan Fattah kalau Fattah nak turun. Dahlah badan Adawiyah tu kecik aje macam budak form 5.
Fattah duduk di birai katil sambil koyak senyum manis. Suka tengok bila Adawiyah jadi macam kura–kura. Main sorok–sorok bawah selimut.
“Sayang tak kesian dekat abang ke? Tak tutup aurat. Bukan ke yang tertutup tu indah sayang?” Adawiyah gigit bawah bibir bila nada suara Fattah dah berubah menjadi cool manis–manis macam biasa. Gebar Fattah tarik perlahan–lahan lalu pipi Adawiyah yang berjerawat pasir dia usap lembut. Kasar pun kasarlah dia tak peduli.
Dia suka tengok anak mata Adawiyah yang kecil tu. Bibir merah Adawiyah tu lagilah, rasa tak nak tinggalkan Adawiyah kesayangannya bila dia dah mula bertugas nanti.
“Apa kau ni... sentuh senyum macam tu,” suara Adawiyah kendur. Antara dengar tak dengar aje.
“Saje.”
“Saje?” Fattah angguk masih belai pipi Adawiyah.
“Sayang papa?”
Adawiyah angguk sambil tepis tangan Fattah.
“Sayang ibu?” Adawiyah angguk lagi.
“Sayang mama?” Angguk sikit sebab dia sayanglah jugak dengan mamanya tu.
“Syuhada?” Dia angguk lagi. Fattah tambah senyum. Blur dah Adawiyah ni.
“Muhammad Fattah sayang tak dia?” Adawiyah angguk lagi.
“Sayang? Wiyah sayang abang ke?” Adawiyah angguk. Dia kan memang tak pandai menipu.
“Sayang 10 peratus je jangan nak perasan.”
“Banyak tu 10 peratus. Nanti pandai–pandailah abang tambahkan.”
“Suka hatilah.” Adawiyah bangkit dari baring. Esok exam katanya. Dia kan student lagi. Tapi dah seniorlah. Ikutkan hati bukan dia nak pun tinggal kat rumah. Dia memang tinggal dekat asrama UiTM sana. Tapi sebab arahan Fattah dia kena jugak tinggal kat rumah.
“Sayang abang kan... tutuplah aurat.” Adawiyah buat derk.
“Tengok Hada tu tutup aurat. Tak malu ke...”
Tangan Adawiyah yang ligat melorek sesuatu di atas kertas mati bila nama Syuhada terbit di bibirnya Fattah.
“Kau malu ada isteri samseng tak beriktiraf macam aku? Kasar? Ganas? Cerai ajelah aku ni. Talakkan aku lepas tu lantak kau lah nak kahwin dengan Hada kahwin aje. Aku tak kesah. Aku memang ditakdirkan bukan untuk lelaki hebat... stok ustaz macam kau. Aku banyak kekurangan Fattah. Banyak sangat,” entah kenapa Adawiyah sentap dengan ayat Fattah tu. Mendalam sungguh bila dia dibandingkan dengan Syuhada.
“Abang tak malu. Abang suka sebab ni ujian abang nak didik Wiyah. Sebab kita sama–sama ada kekurangan, abang nak betulkan kesalahan kita. Kekurangan kita ni,” cepat-cepat Adawiyah pandang tempat lain. Sejak akhir–akhir ni dia kuat sentap. Kadang–kadang tercemburu dengan adik tiri dia.
Rasa macam dah ada rasa untuk Fattah tu. Mungkin.
Adawiyah sambar buku latihan. “Dahlah. Kau tidurlah esok ada fisio... aku nak study esok exam.”
Fattah sambar  buku menjadi tetamu barzakh di atas meja sisi lalu bersandar di belakang katil.
“Tak pe... abang temankan Wiyah.” Adawiyah kerling ke belakang.
“Suka hati kaulah abang Fattah oi.”
Fattah sengih.
KARINA renung wajah Adawiyah yang bertudung pashmina hijau itu. Baginya Adawiyah tu beruntung berjodohan dengan Fattah. Tengok sekarang Adawiyah dah berubah sikit. Nampak sangat usaha Fattah nak femininkan betulkan akhlaknya Adawiyah.
“Kenapa kau pandang mukaWiyah macam tu Rina?” Karina berdeham bila ditegur dengan Maryam. Kacau daun.
“Haah kau ni Rina sejak Wiyah dah kahwin macam suka mengelamun. Biasanya kaulah yang bising sangat,” tambah Iris.
Tangan Adawiyah yang ligat menulis sesuatu di atas kertas mati bila namanya disebut–sebut. Memang Karina dah berubah. Majlis kahwin Adawiyah bukan dia datang pun. Sentap. Dia orang dah macam adik dengan kakak sejak zaman sekolah rendah kot. Adawiyah pun tak tahu kenapa Karina layan dingin dirinya.
“Kau tak ingat ke Fattah tu sape?” Adawiyah dongak. Pandang wajah Karina.
“Dia kan suami aku kenapa?”
Karina senyum senget.
“Masa zaman sekolah dulu kau lupa ke Fattah tu sape dengan aku dulu?” Adawiyah kerut dahi. Fattah simpan rahsia dengan dia ke?
“KAU dah boleh jalan kan? Cuba aku lepas lengan kau tak payah aku pegang.” Adawiyah agak–agak nak lepas Fattah di anak – anak tangga.
“Dah setahun lebih wei kau macam ni. Dah dekat tiga bulan kita nikah aku tak nampak kemajuan kau ke kau saje?” Tambah Adawiyah.
“Lepaslah.” Adawiyah menurut.
“Dah seminggu boleh jalan macam biasa. Macam mana Wiyah nak tahu. Semua buat derk aje. Saje manja...” Adawiyah senyum sinis lalu kucup lembut tangan Fattah sebelum turun anak–anak tangga.  
Penipu!
“NAMPAK? He’s my ex boyfriend Wiyah.” Adawiyah renung wajah Karina yang dah tegang.
“Aku rampas ke Rina?”
“Yup. Kau rampas dia dari aku.” Jawabnya jujur.
“ Aku... amnesia sebab accident kan. Aku tak ingat.” Adawiyah tunduk renung album gambar yang terbuka di hadapannya. Dua orang pelajar perempuan bertudung sekolah dengan seorang lelaki berdiri statik di sebelah Karina.
Memang Adawiyah kenal lelaki yang manis dengan senyuman tu. Muhammad Fattah. Suaminya. Rasa ada batu dekat pekung dada Adawiyah. Cinta dan persahabatan? Perlu ke dia korbankan rasa yang mula hadir sebab kemanisan si dia untuk sahabat sejatinya? Adawiyah buntu.
“I don’t care about yourself! Kau yang tak nak ingat memori antara aku dan Fattah. Ask him to divorce you. Please. I’m begging you sis.” Adawiyah angkat muka renung wajah Karina. Dia bersalah dengan Karina. Air mata turun dari tubir mata Karina. Dia tak suka tengok Karina sedih.
 . . . . .
Hampir sejam dia renung Tasik Perdana yang terbentang luas di depan. Dia kalah dengan pendirian. Dia cair dengan Fattah. Kemanisan...kesabaran Fattah layan dia yang degil. Tapi rasa sakit dekat hati bila Fattah sembunyikan kenyataan yang dia bukan cinta pertama Fattah.
“ Yo Wiyah. Sejak dua menjak ni suka sangat kau mengelamun kan? Kenapa? Ada prob? Meh citer kat aku.”
“Aku tak berhak untuk dia. Dia terlalu baik untuk aku.” Mike atau nama sebenarnya Mikail kerut dahi dengan ayat Adawiyah.
“Maksud kau?” Adawiyah pandang wajah Mikail yang duduk di sebelahnya.
“Kenapa kau selalu ada bila aku tengah galau?” Mike senyum nipis sambil garu kening yang tak gatal.
“Aku kan dah kata. Aku suka dekat kau. Aku nak jadi superman untuk kau.” Adawiyah senyum senget.
“Kau masih mengharap yang aku nak balas?” Mike angguk.
“Tapi tu dululah aku dah boleh terima kenyataan kau milik orang lain.” Mike bangkit dari duduk.
“Nanti tak pasal–pasal aku kena dengan captain navy tu.” Mike gabung gelak dengan Adawiyah.
Best tak jadi isteri tentera laut?”
“Bolehlah Mike.”
“Garang tak?”
“Tak. Manis adalah. Macam makan gula–gula kapas.” Mike pandang wajah Adawiyah yang dah tersenyum nipis.
“Kau blushing.” Adawiyah pegang kedua belah pipi. Panas!
“Tak... aku tak...”
“ Eleh... kau blushing lah wei.”
ADAWIYAH hempas tubuh di atas katil lalu sambar bantal Kapten Fattah yang entah ke mana perginya. Dah bertugas kot. Sejak peristiwa Adawiyah balik dari kampus minggu lepas... Adawiyah balik rumah terus marah–marah buat Kapten cintanya, Fattah dah sedikit dingin dengan dia. Entah kenapa.
Dia peluk erat bantal Fattah. Ada wangian Fattah di bantal tu dan dia dah angau sikit. Bingkai gambar perkahwinan yang terletak di meja sisi dia renung. Senyum nipis dia ukir sambil usap gambar Fattah. Dia rindu Kapten cintanya.
“KAU kan anti lelaki. Kau kata tak nak kahwin... kau kata nak anak... ambik je anak angkat. So I’m begging you Wiyah. Please minta cerai dengan Fattah. Aku tak dapat dia... kau pun tak dapat dia. Deal kan? Win win situation.” Karina pegang erat tangan Adawiyah yang sedang betulkan tudungnya di tandas.
            “Aku...” Adawiyah picit dahi. Samar–samar pandangannya saat itu dan akhirnya semuanya gelap! Karina jeling mata ke atas. Dia nak Fattah. Dapat ludah pun dia tak peduli. Dia nak kutip balik Fattah tu.
            Bau ubat–ubatan menusuk rongga hidung Adawiyah. Dia tak suka bau tu. Lebih– lebih lagi tekaknya rasa loya. Matanya silau dengan lampu yang terang benderang. Dahi dia picit lembut. Masih terasa pening. Rasa tangannya di genggam erat dan hangat. Ya hangat dia suka genggaman tu.
            “Wiyah... kamu dah sedar?” Suara Doktor Arina ibunya Adawiyah tusuk gegendang telinganya. Adawiyah senyum nipis.
            “Semalaman kamu tak sedar diri. Kebetulan Fattah baru balik dari duty semalam. Dengan uniform sekali dia mai sini risau sangat tentang kamu,” tambah papa. Dia kerling ke sebelah kanan. Fattah sembam kepala sambil tidur nyenyak di sisi Adawiyah. Masih dengan uniform putihnya.
            “Sekejap lagi kita dapat cucu lah ye kakak... abang,” syat Puan Suraya buat Adawiyah kerut dahi. Tak faham. Kolonel Fuad gabung gelak dengan Doktor Arina.
            “Maksud mama?”
            Syuhada senyum nipis. “Kau tak tahu ke kak. Kau dah pregnant dua minggu?” Adawiyah kebil–kebil sambil usap perutnya yang kempis. Ada rasa bahagia di lubuk hatinya.
“NAH... jom sayang kita makan. Hada masakan untuk kita tadi.” Adawiyah  bangkit dari duduk di atas sofa lalu menurut.
            “Sedap kan masakan Hada?” Adawiyah teguk air suam.
            “Sedap.” Fattah angguk dengan berselera menikmati lauk yang Syuhada masak untuk dia orang.
            Fattah hidang sayur di pinggan Adawiyah. “Makan sayur banyak–banyak baby mesti sihat.”
            “I want...” Adawiyah ketap bibir dengan layanan Fattah. Terharu.
            “Yeah what do you want?” Fattah senyum nipis.
            Adawiyah mengeluh. Berat hati nak lepaskan Fattah tapi dia tak suka tengok Karina sedih. Win–win situation?
            “Do you still love Rina?”
            “Tak.”
            “Nikah dengan Rina. Please.” Adawiyah genggam erat tangan Fattah.
            Fattah pandang wajah Adawiyah. Ada air yang bertakung di tubir mata Adawiyah kesayangannya. Tunggu masa air tu nak jatuh membasahi pipi aje. Tak pernah dia nampak Adawiyah menangis.
            “Jual suami?”
            “Tak. Aku tak jual kau pun. Rina kan first love... abang.”
            “Ya. Abang mengaku. Rina first love abang dan kita orang dah tunang tapi dia putuskan pertunangan kita orang sebab dia malu. Dia malu bila abang dah lumpuh. Dia tak sabar. Tak sabar nak tengok abang sembuh dan akhirnya dia buat hal. Dia putuskan pertunangan kita orang dan Allah temukan abang dan Wiyah. She’s my past. Sekarang cuma Wiyah dengan baby kita aje,” nah tembelang dah pecah. Adawiyah ambil bekas aje.
. . . . .
            “Wei perampas. Bila kau nak serahkan suami kau dekat aku ha?! Fattah just for me. Bukan singa betina macam kau.” Karina tolak–tolak tubuh Adawiyah kasar di koridor berhampiran tangga.
            “Aku tak akan serahkan dia. Aku sanggup putus kawan dengan kau Karina.” Karina senyum sinis. Kandungan Adawiyah yang dah sedikit memboyot dia hempuk dengan buku teks tebal buat dahi Adawiyah berkerut. Perit.
            “Ya Allah Wiyah. Rina! Kau dah giler ke?” Maryam pegang erat bahu Adawiyah.
            “Aku tak akan jual Fattah dekat kaulah! Aku menyesal ada kawan yang hipokrit macam kau. Kau yang buang Fattah. Aku dapat bekas aje. Kau cinta pertama dia! Tapi aku cinta terakhir dia. Aku yakin itu.”
            Karina terkedu. Bungkam.
“KENAPA ni Wiyah? Rindu Fattah ke?” Adawiyah geleng dengan soalan ibunya. Mulutnya masih terkumat–kamit membaca surah amalan seperti yang diajarkan Fattah setiap malam.
            “Yeke?” Adawiyah senyum hambar lalu mengangguk.
            “Baby sihat?” Adawiyah angguk.
            “Ibu nak tanya sikit.”
            Adawiyah usap kandungannya yang dah berusia enam bulan sambil melentokkan kepalanya di bahu ibunya yang duduk bersebelahannya di atas buaian. Malam yang kelam dihiasi dengan bulan dan bintang yang berkerdipan.
            “Tanyalah bu.”
            “Kamu bahagia dengan Fattah?”
            “Bahagia sangat. Abang Fattah manis macam gula–gula.” Adawiyah gelak kecil.
            “Seronok cinta lepas kahwin?” Adawiyah angguk.
            “Wiyah dah faham maksud ibu. Apa yang ibu cuba nak sampaikan masa akad nikah kita orang dulu. Wiyah dah nampak. Allah takdirkan dia untuk Wiyah untuk bantu Wiyah menuju keredaan Allah. Untuk ubah kekurangan Wiyah...”
Adawiyah berjeda.
            “ Dapat bekas pun Wiyah tak kesah bu,” keluar jugak air mata Adawiyah.
            “Ish ada pulak cakap bekas. Dahlah lepaskan semuanya sayang. Ibu ada.” Doktor Arina usap lembut bahu Adawiyah.
            “Kalau ibu tak ada nanti kamu jaga diri elok–elok dah nak jadi mak budak dah kan.” Adawiyah renung wajah Doktor Arina. Rasa macam ada perpisahan yang akan terjadi antara mereka.
            “Ibu kata ibu ada.” Adawiyah muncung bibir ke depan.
            “Ibu adalah ni.” Ibu usap kepala Adawiyah yang terlindung dengan tudung Syria.
            “Esok ibu ngan papa nak ke umrah. I will miss you mom.” Doktor Arina kesat lembut air mata Adawiyah.
            “Dah kita masuk. Malam dah ni nanti masuk angin kena marah dengan Kapten.” Adawiyah sengih.
ADAWIYAH ketap bibir sambil buang pandangan ke luar tingkap. Banyak kenderaan yang diparkir berhampiran rumah teres dua tingkat tempat dia membesar. Ujian untuknya sebagai ibu mengandung. Sakit di pekung dadanya. Menangis pujuk hati sendiri. Tak ada yang nak pujuk.
            “Kak... jomlah kita turun dah ramai orang kat bawah tu.” Syuhada yang ayu berbaju kurung bercorak bunga-bunga kecil peluk bahu kakak tirinya yang berdiri di depan balkoni.
            “Kak Wiyah dia orang tunggu. Jom kak.” Adawiyah geleng. Susah nak terima kenyataan.
            “Wiyah... jom Wiyah kita turun.” Puan Suraya usap belakang Adawiyah.
            “Aku kata tak nak... tak naklah! Please jangan paksa aku!” suara Adawiyah naik satu oktaf. Dia tak sengaja. Terikut dengan emosi buat dia terkurang ajar dengan mama tirinya.
            “Yelah. Kita orang turun ye sayang,” pujuk mama tirinya.
            Adawiyah kesat kasar air mata yang mengalir lalu hempas tubuhnya lembut di atas katil. Kandungannya dia usap lembut sambil pejam mata. Makin dipujuk hati makin lebat air matanya mengalir. Dia perlukan kapten tu. Kapten cool manis–manis. Rasa pipinya diusap lembut saat itu. Ya belaian tu dia rindu sangat.
            “Assalamualaikum... Wiyah.” Adawiyah celik mata. Ada wajah Fattah yang masih manis biarpun terpancar wajah letih. Wajah Fattah yang kuning langsat jadi merah sebab cuaca panas.
            Adawiyah senyum kelat lalu bangkit dari baring. Tubuh Fattah yang masih berseragam putih dia peluk erat sebelum mengogoi. “Sabarlah sayang. Allah sayangkan ibu dan papa.” Fattah usap lembut belakang Adawiyah.
            “Maafkan abang sebab lambat.” Adawiyah masih diam.
            “Jangan tinggalkan Wiyah. Wiyah takut...” Adawiyah tersedu sedan di pelukan Fattah.
            “Tak... abang tak akan tinggalkan Wiyah.” Fattah kucup lembut dahi Adawiyah. Kandungan Adawiyah dia usap lembut sebelum dia koyak senyum paksa. Simpati dengan si isteri. Tengah sarat mengandung diberi dugaan. Ibu papanya Adawiyah kemalangan semasa menuju ke KLIA dan jatuh gaung. Habis rentung ibu dan papanya dalam kemalangan tu.
            “Kita turun ye sayang. Ibu ngan papa tunggu surah yassin dari kita.” Adawiyah geleng.
            “Wiyah tak nak. Kita kat sini je boleh?” Fattah angguk.
            “Lepas abang tukar baju kita turun. Ye sayang.” Fattah usap lembut pipi Adawiyah. Adawiyah tak nak tapi dia harus kuat. Kekuatan yang diberi oleh Fattah buat hati dia sedikit tenang.
SEBULAN KEMUDIAAN ...
            “KAPTEN FATTAH!” Fattah mati langkah lalu toleh ke belakang bila namanya disebut.
            “Ye saya ada apa?”
            “ Husyh formallah sangat. Awal kau balik. Kelam kabut aje. Isteri kau dah nak bersalin ke?” Fattah kerling jam tangan Police.
            Macam biasa dia hambur gelak. Suka gelak betul Fattah ni.
            “Isteri aku sorang–sorang kat rumah kau tahu tak. Aku risau.” Akif anak buahnya Fattah sengih – sengih.
            “Yelah Kapten. Sayang betul kau dengan si Wiyah tu kan.”
            “Mestilah. Dia kan cinta hati berlian aku. Ni kerja kau dah siap belum?” Akif sengih.
            “Kerja kau curi tulang ajelah ye Akif.” Akif lari cepat–cepat dah mula dah bebelan Fattah.
. . . . .
            Tak keruan Fattah dibuatnya kejap ke kiri kejap ke kanan. Entah ke mana perginya Adawiyah kesayangannya. Dah pukul 8 malam batang hidung masih tak nampak. Panggilan langsung tak terjawab sehingga akhirnya bunyi hon diluar rumah buat dia terus menerobos keluar dari rumah berkembar miliknya.
            Mike keluar dari perut kereta lalu buka pintu kereta penumpang bahagian depan. Fattah cuma jadi pemerhati dari muka pintu.
            “Thanks Mike.” Mike angkat ibu jari lalu koyak senyum nipis dekat Adawiyah. Sempat dia kerling ke arah si Kapten yang masih dengan riak cool manis–manis. Dia anggukkan kepala dekat si Kapten sebelum masuk ke dalam kereta.
            Adawiyah senyum nipis ke arah Fattah. Fattah balas dengan jelingan tak tunggu Adawiyah lalu masuk ke dalam rumah. Fattah duduk di atas sofa lalu hirup teh yang dia hidang untuk dirinya sendiri.
            “Abang dah makan?” Fattah angguk.
            “Sape tadi tu? Sekarang ni dah berani ye kena hantar dengan lelaki lain,” sinis di pendengaran Adawiyah.
            “Wiyah minta maaf. Dia... kawan Wiyah aje.” Adawiyah kucup lembut tangan Fattah.
            “Dah pergi minum susu.” Adawiyah menurut.
            Adawiyah duduk bersandar di kepala katil lalu picit lembut kakinya yang mengah. Sebab tu dia tak balik naik teksi. Dia mana reti drive. Terpaksa terima tawaran Mike nak hantar dia balik rumah. Kaptennya pun ada duty tapi awal sangat dia balik. Tup...tup dapat fikiran negatif dari Kapten Fattah.
            “Mengah?” Adawiyah angguk.
            Fattah sapu minyak panas pada kaki Adawiyah.
            “Abang... marah Wiyah?” Fattah geleng sambil koyak senyum nipis dekat Adawiyah macam biasa.
            “Janganlah fikir pasal tu. Abang pun tak bagi tahu Wiyah abang balik hari ni.” Adawiyah senyum nipis.
            “Abang... thanks.”
            Fattah jongket kening kiri. “For what?”
            “Sebab sudi terima Wiyah jadi isteri abang. Sabar dengan keegoan Wiyah. Wiyah cintakan abang... hingga ke Jannah,” luah Adawiyah.
            Fattah senyum nipis.
            “Suka?”
            “Of course I like it sayang.” Adawiyah kucup bibir Fattah. Dia sayang Fattah sangat–sangat sampai kena kecam dengan Karina. Dia peduli apa sape suruh buang Fattah kesayangannya. Padan muka dah merana.
            “Amboi. Dah pandai.” Adawiyah gelak kecil sambil dahi bertaut dengan dahi Fattah.
            “Abang senior ajar.” Fattah gelak kecil sambil usap ubun–ubun Adawiyah.
AIR mata Adawiyah bergenang lagi. Ada mama dan adik tirinya temankan dia yang tengah berjuang dengan kematiaan nak lahirkan seorang bayi perempuan. Tak ada Fattah waktu itu. Apa taknya Adawiyah bersalin tak cukup bulan. Baru tujuh bulan bayinya dah nak keluar tak sabar sangat nak tengok dunia ni.
            “Push it again! Sikit je lagi!” Rintik- rintik peluh mengalir dari dahinya Adawiyah. Terbayang wajah Fattah yang masih berkhidmat.
            Suara bayi mulai kedengaran. Adawiyah senyum paksa sambil nafasnya tercungap– cungap. “Yeah good mom!” Puji doktor bidan.
            “Nak ayah iqamatkan?” Adawiyah geleng dengan soalan ayah mertuanya sambil renung bayinya yang berada di dukungan mama tirinya yang duduk di birai katil.
            “Wiyah tunggu abang.”
            “Dah tiga hari Wiyah, dia tak balik lagi. Panggilan pun tak berjawab.” Adawiyah buang pandangan keluar tingkap dari wad bersalin. Sejak dua menjak ni cuaca mendung. Tiba–tiba dia risau keadaan Fattah dekat laut sana.
            “Dah wiyah... tak payah fikir sangat,” pujuk mamanya. Adawiyah senyum kelat.
            “Maafkan Wiyah mama... Hada maafkan akak. Wiyah tak terima kau orang... Wiyah buta kau orang bukan perampas tapi ni dah ketentuaan Allah kan.” Syuhada senyum manis ke arah Adawiyah.
            “Tak pe... kita orang tak berdendam pun kan ma.”
            “Yup. Kita tetap family kan,” tambah mamanya sambil genggam erat tangan Adawiyah. Adawiyah senyum kelat.
. . . . .
            Adawiyah duduk bersandar di kepala katil sambil menyusukan si bayi yang dinamakan Nur Irdina. Seminggu dah usianya belum diiqamatkan oleh papanya.
Cot...Cot... Cot.
Berselera sungguh Irdina menyusu.
            Fattah tercungap–cungap berlari menuju ke wad bersalin. Baru dapat balik dari menjalankan operasi. Adawiyah saling berbalas senyuman dengan aptennya yang baru aje duduk di depannya. Ubun ubun Fattah yang basah dengan peluh Adawiyah usap lembut. Tangan kasar Fattah dia kucup.
Lama.
            “Assalamualaikum.”
            “Waalaikumusalam. Penat?” Fattah senyum nipis sambil angguk.
            “Maaf sayang abang...” Adawiyah letak jari telunjuk di depan bibir Fattah.
            “Tak pe. Kita orang ok aje. Nah iqamatkan Irdina.” Fattah usap lembut pipi Adawiyah lalu dukung tubuh Irdina yang dah tertidur.
            Adawiyah pejam mata bila suara iqamat Fattah tusuk gegendang telinganya. Lunak sangat suara Fattah buat hati Adawiyah tenang. Dia rindu Fattah. Rindu sangat.
KARINA dah nak gila dikejarnya Fattah ke mana aje lelaki tu pergi. Fattah tak layan dia masih tak putus asa nak kejar Fattah. Dia cinta sampai mati dengan Fattah. Menyesal sebab buang Muhammad Fattah kesayangannya. Kalau boleh dia nak mati sama–sama dengan Fattah.
            Macam–macam dah dirancangnya sejak tiga bulan yang lepas. Cemburu dengan kehadiran Nur Irdina. Nasib baik dia orang dah Konvokesyen kalau tak memang lunyai Adawiyah Karina buat lagi–lagi masa Adawiyah tengah memboyot. Tapi tak pe dia dah rancang semuanya.
            “Apa kamu buat ni Karina? Bongkar dapur tak tentu pasal?” Karina diam.
            “Rina!” Kirana senyum senget lalu hunus pisau ke arah neneknya yang suka membebel.
            “Mampus!” Ditendangnya tubuh yang dah tak bernyawa sebelum lap pisau dengan kain batik.
            “Kau pun... sama! Kau dah rampas dia dari aku!” Karina gelak jahat sambil turun anak–anak tangga rumah pangsa yang kelihatan sedikit usang.
“LAIN hari tak boleh ke?” Fattah geleng sambil menyusukan Irdina yang dah berusia tiga bulan dengan susu botol.
            Adawiyah cebik sambil hidang lauk tengahari di atas meja. Degil.
            “Tak bolehlah Wiyah. Duty abang nanti busy ha kesian Irdina. Tak ada outing dengan papanya kan sayang.” Irdina senyum. Irdina memang suka senyum macam papanya mana reti memberontak macam Adawiyah.
            “Abang ni. Yelah... yelah.” Fattah sengih ke arah Adawiyah yang tengah khusyuk menghidang makan tengahari.
            Fattah curi pandang ke arah Adawiyah yang duduk di sebelahnya. Lulus... berjaya jugak dia buat Adawiyah jadi feminine. Betulkan akhlak peribadi Adawiyah. Adawiyah sedar kaptennya asyik curi pandang sambil khusyuk memandu Honda Civicnya.
            “Apa abang ni tengok Wiyah macam tu? Wiyah dah gemuk ke?”
            “Mana ada gemuk.”
            “Ye ke?”
            “Ye sayang.”
            “Habestu tengok–tengok Wiyah macam ni kenapa?”
            “Saje. Suka tengok Wiyah tambah berseri–seri.”
            Adawiyah gelak kecil. “Jadi sebelum ni tak berseri lah yer?”
            “Aik ni mesti kes gagal tatabahasa kan. Tambah dengan tidak berlainan tau tak.” Adawiyah senyum kelat. Irdina yang berada di dukungan Adawiyah gelak kecil bila jari halus mamanya merayap di pipinya yang gebu.
            Karina senyum sinis. Rezeki nak bunuh manusia yang satu tu sekejap aje lagi. Tak peduli dengan semuanya. Stereng kereta MYVI putihnya dia genggam erat sebelum turun dari perut kereta. Senjata dah tersedia dalam beg sandangnya. Ada Fattah yang baru keluar dari perut kereta Honda Civic di tempat letak kereta yang begitu sunyi.
            Stroller bayi Fattah keluarkan dari bonet kereta sementara Adawiyah mendukung Irdina sambil beg sandang kepunyaan Irdina dia sambar di tempat duduk belakang lalu dia sandang di bahu. Fattah tarik kasar blouse labuh Adawiyah buat Adawiyah terdorong ke belakang sebelum Karina terpeluk tubuh Fattah. Nafas Karina turun naik diikuti dengan nafas Fattah.
            “Maafkan saya...” Karina tersilap tapi fikirannya yang kotor buat tusukan di perut Fattah semakin dalam. Semakin dalam tusukan yang dia berikan untuk lelaki itu.
            Karina tarik kasar pisau yang dia jadikan sebagai senjata dengan darah pekat yang mengalir. Fattah terduduk sambil mengenggam T-shirtnya sebelum kakinya mulai mengerekot di atas jalan raya. Tangan Karina menggeletar sambil mulutnya ternganga melihat tubuh Fattah yang basah dengan darah yang mengalir.
            Uhuk! Uhuk!
            Fattah terbatuk sebelum darah pekat mengalir dari mulutnya. Dahi berkerut menahan sakit sebelum dia terbaring di atas jalan. Adawiyah tekup mulut. Kaget.
            “Abang...” Adawiyah tekup perut Fattah dengan tangannya.
            Fattah senyum tenang sambil usap setiap raut wajah Adawiyah. Adawiyah sudah mengogoi. Rintik–rintik peluh mengalir dari dahi Fattah.
            “Jangan tinggalkan Wiyah. Wiyah dah tak ada sesiapa dah,” suara Adawiyah kendur.
            “Karina! Kau... sanggup kau buat macam ni.” Karina senyum senget dia lari tinggalkan anak beranak yang dah dalam kesusahan sebelum sebuah lori melanggar Karina dah tamatlah episod hidup Karina bila tubuhnya berada di bawah lori tersebut.
            Fattah tak mampu nak cakap apa–apa. Cuma mampu renung wajah polos Adawiyah dengan matanya yang sudah kabur dengan pandangan. Perlahan–lahan tangannya yang asyik mengusap raut wajah Adawiyah jatuh.
. . . . .
            “Sabarlah Wiyah. Fattah akan baik–baik aje. Mama yakin,” puas dah Adawiyah menangis. Dia penat, cuma mampu menunggu di luar bilik pemeriksaan. Entah apa nasib kaptennya yang cool manis–manis tu.
            “Keluarga Fattah?” Adawiyah diam. Tak sanggup nak berdiri. Nasib Irdina dah berada di dukungan Syuhada.
            “Ye doktor macam mana dengan keadaan anak saya?” Doktor Vanesh pegang bahu Encik Reno ayahnya Fattah. Adawiyah menangis lagi. Menangis dan akhirnya dia penat. Mesti ke Fattah pun tinggalkan dia lepas ibu papanya?
            “Sabarlah sayang. Mama ada... Hada ada.”
            “Tak sama ma...”
            “Ye mama tahu nak. Tapi kuatkan hati kamu... cekalkan hati.” Adawiyah geleng–geleng. Yang dia tahu dia penat aje.
            ADAWIYAH  kucup yassin lalu bangkit dari duduk di atas tikar mengkuang. Yassin dia sisip di beg sandangnya. Pusara yang masih merah itu dia siram dengan cerek. Dia mahu mati macam ni. Macam ibu dan papanya. Pusara sebelah menyebelah. Dia pun mahu pusaranya dengan Fattah macam ni jugak. Kalau boleh dia nak mati sama–sama dengan kapten cintanya.
            “Wiyah... jom kita balik,” dia peluk erat bahu Adawiyah. Adawiyah senyum kelat lalu mengangguk.
            “Wiyah ajelah yang drive. Abang tak sembuh lagi kan.”
            “Ni arahan Kapten Fattah tahu dak. Kena ikut. Biar kapten yang drive.” Adawiyah cebik.
            Sengaja Fattah angkat tinggi kunci kereta Honda Civic sambil senyum – senyum. Terjongket jongket tumit kaki Adawiyah nak capai kunci. “Abang... janganlah macam ni. Wiyah serius.”
            “Yeke serius.”
            “Ye.” Adawiyah jeling mata ke atas.
            “Dahlah dekat rumah mama banyak kerja tahu tak. Majlis nikah Mike dengan Hada tak lama lagi tau.”
            “Eleh yelah tu nak tolong.” Adawiyah cebik. Mental rasanya nak layan Fattah yang dah makin menjadi sikapnya.
            “Abang... bagilah Wiyah drive ye. Please... please.” Adawiyah kedip–kedip matanya kononnya nak pujuk Kapten Fattah. Kapten Fattah yang segak berbaju melayu biru laut dipadankan dengan seluar slack dan songkok terletak elok di atas kepala.
            Fattah senyum nipis sambil cuit hidung Adawiyah.
            “Nah.” Adawiyah peluk kejap–kejap tubuh suaminya.
            “Sayang abang.”
            “Abang kena rehat banyak–banyak. Dalam tahu tak kesan tusukan tu. Sikit aje lagi nak kena jantung. Wiyah rasa nak mati je dengar doktor cakap haritu.” Fattah gelak kecil sambil tepuk–tepuk kepala Adawiyah yang duduk di bahagian pemandu.
            “Jangan risau... kan Allah bagi peluang kedua untuk abang jaga kau orang lagi.” Adawiyah balas senyuman Fattah.
            “Sayang abang berapa peratus?” Adawiyah kerling Fattah sekilas.
            “Seratus peratus.” Jawab Adawiyah jujur.
            “Kan abang dah kata abang tambahkan.” Adawiyah gelak kecil.
            “Yelah dia menang. I love you... until Jannah,” mereka saling bertentangan mata sekejap.
            “I love you too more and more until Jannah singa betina.”
            “Kejam!”
            “Memang kejam pun. Abang yang bagi gelaran tu untuk sayang tahu tak masa form six dulu.”
            “Tapi budak tu kesian amnesia sebab accident. Dia tak ingat,” tambah Fattah.
            Adawiyah senyum aje.
            “Kenapa abang pilih Wiyah? Abang boleh usaha nak Karina lagi kan?”
            Fattah genggam tangan Adawiyah.
            “Sebab... Adawiyah punya sikap. Abang nak ubah jadi macam sekarang ni. Karina my past. Dia dah buang tunang sendiri. Konklusinya nak tak nak nama kita dah tertulis dalam Luth Mahfuzh masing–masing.”
            Adawiyah kucup tangan Fattah. Suka dengar jawapan kaptennya.
            Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. ( Surah Al- Baqarah:216 )
1:34 AM ( 10.03.15 )

           
           

            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me