Tumblr Scrollbars

My Friend

Jumaat, 26 Disember 2014

Aku Mahu Dia Bahagia ( BAB 9 )





9
ALISHA peluk betisku erat sebaik sahaja aku menghidangkan sarapan buat kami sekeluarga pada pagi itu. Tahulah aku apa mahunya. “Petang nanti mak su bawa main layang–layang, sekarang ni kita breakfast dulu,” ujarku sambil mengusap lembut pipi gebu Alisha.
Dia meloncat–loncat keriangan sambil memeluk patung beruangnya. “Yeah sayang mak su,” aku koyak senyum manis sebelum aku menarik kerusi untuk Alisha. Memang aku suka layan budak-budak. Apa... ingat budak ganas macam aku, tak suka budak-budak ke?
 “Isha nak makan apa? Ni ada spageti. Lama dah kan tak makan spageti yang mak su masak.” Alisha mengangguk lalu aku hidangkan spageti carbonara di atas pinggannya.
Ermm... dah pass dah ni... jadi mak budak,” aku pandang wajah mama yang membantu aku menghidangkan teh. Aku sengih. Suka kena puji.
“Tapi...”
Mama dah leret suara sambil duduk di depan aku.
“Tapi... kamu gaduh kan dengan Furqan semalam?”
Alamak! Mama tahu ke?
“Eleh... mama yang gaduh dengan papa cakap orang.”
“Ha... jadi nak ikut cara mama ngan papa?”
“Gaduh-gaduh manja je ma. Orang tak tumbuk dia pun macam yang mama tengah bayangkan. Ok? Tak nak orang jadi nusyuz sebab pukul suami,” mama dah gelakkan aku.
“Banyaklah gaduh-gaduh manja tu ma. Ala... kau orang tu memang dari kecik suka gaduh. Asyik-asyik nak gaduh aje... kan?” Kak ngah dah mula nak provoke aku.
“Tu dulu, sekarang lain. Zaman dah berubah kak ngah,” aku bela diri sendiri.
“Ha... Furqan mana? Dari tadi papa tak nampak pun.”
Dah... kang aku kata aku tak tahu dia kat mana ada yang kena tempelak dengan mama. Furqan dah hilang kot... aku pun tak tahu dia ke mana. Bangun aje dari tidur, dia dah hilang. Teringin dia nak jadi imam solat subuh aku buat pertama kali, tapi nampak gayanya dia tak buat. Ambik hati sikitlah.
SRETT!
Aku pandang si penarik kerusi. Panjang umur dia. Mata kami saling bertaut. Dia senyum, namun cara dia pandang aku macam pandangan kosong. Hek eleh dia ni... semalam bukan main cari pasal ngan aku, sekarang muka tu ish rasa nak tibai je bagi aku pandangan tak ada persaan.
Sukar ditafsir!
Aku tak tahu dan tak boleh tafsirkan bila dia boleh bagi aku bunga dalam hati. Sungguh... aku tak tahu.
Aku tarik kerusi lalu duduk di sebelahnya. Nasi goreng aku hidangkan di atas pinggan Furqan. Nasi goreng yang aku hidang dia pandang kosong. Aku pandang dia sekilas lalu menyuap spageti kepada Alisha yang duduk bersebelahan dengan aku. “Kenapa? Awak nak orang suap macam Isha ke?” Dia menjeling ke arah aku. Jeling maut ok. Dengan budak–budak pun dia nak cemburu ke?
Parah.
“Minggu depan kita orang balik rumah umi, tulat baru balik Shah Alam. Izinkan saya bawa Elena ye mama papa,” tuturnya sopan. Balik? Aku tak nak balik. Tak sedia nak ke rumah mertua.
“Elena ni dibawa tanggungan kamu dah Furqan. Apa pula tak bolehnya,” ujar papa yang duduk di hadapan Furqan. Aku pandang mama yang duduk di hadapan aku. Tolonglah mama, jangan setuju tak nak balik lagi.
“Mama pun sama. Jaga Elena ni baik–baik Furqan. Kalau dia degil kamu buli aje dia ni,” seisi keluarga tertawa dengan lawak bodoh mama. Sabarlah duhai hati semua orang sokong si Furqan rambut pacak ni. Ala aku kena buli oleh dia aku ok aje... kot.
AKU duduk di depan meja solek lalu menyarungkan tudung bawal di atas kepala sejurus sahaja mengenakan bedak alas sebelum Furqan berdiri berpeluk tubuh di sebelah aku. Dia rampas bedak alas aku.
Kejam.
“Tak boleh pakai. Nanti tak pasal–pasal ada orang mengurat. Ni nak pergi mana?” Aku pandang dia dengan pandangan kosong. Ambik kau. Aku nak balas, nak bagi dia rasa apa perasaan aku bila aku tanya dia diam.
Aku bangkit dari duduk menuju ke arah pintu. Belum sempat aku pulas tombol pintu, dia mencegah lalu menarik kasar tangan aku sebelum menghempas lembut tubuh aku di belakang dinding bersebelahan pintu. Tangan kirinya disandarkan di dinding dah tu tangan kanannya dah ligat membelai wajah aku.
Senyuman manis dia koyak. Dah bagi semalam pun... tak puas lagi ke? Dia dekatkan wajahnya ke wajahku sebelum dahi kami mulai bertaut. Aku tunduk, aku tak suka dia buat macam ni. Daguku dia cuit sebelum bibir kami saling bertaut. Aku terkesima dengan kelakuan spontannya itu.
Furqan ni... dah giler ke?
 “Mak su. Nak main layang–layang,” kedengaran suara Alisha dari luar bilik. Serius aku rasa kekok saat  itu. Dia renung wajah aku dan aku hanya tunduk. Aku tak faham dengan Furqan. Pintu dah diketuk bertalu–talu. Aku cuba tolak kasar tubuhnya, namun kudratku tak kuat.
Kan... aku dah kata, dengan dia aku jadi lembik. Dia memang ada aura dan dia... dia je yang berjaya rampas hati aku.
“Mak su!” Alisha hampir sahaja membuka pintu namun tangkas ditutup kuat lalu dikunci oleh Furqan. Furqan ni dah kenapa? Serius aku tak faham sikap dia ni.
“Mak su! Nak main! Mak su bukalah pintu.”  Alisha dah mulai merengek di luar bilik. Furqan peluk tubuh aku, erat.
Lama, sebelum dilepaskan perlahan–lahan.
“Maafkan orang. Orang tak boleh kawal diri orang.” Furqan mengeluh kasar sebelum menuju ke bilik air. Aku tercengang.
Gerak langkahnya aku perhatikan.
Thanks sangat-sangat untuk dia... dah buat aku jadi bingung.
“Orang nak keluar ni,” dia sekadar mengangguk.
“Solat asar la dulu. Tak baik lengahkan masa solat.”
PAP!
Macam baru kena tampar dengan dia. Sentap!
SEUSAI solat asar, aku bangkit dari berteleku lalu menyarungkan bawal di atas kepala. Furqan dah keluar dari bilik seusai solat asar sebentar tadi. Entah ke mana pula perginya dia ni. Tombol pintu aku pulas sebelum menuruni anak–anak tangga.
Sepi.
Aku lihat mama dan kak ngah sedang khusyuk menonton televisyen bersama papa, acik dan abang long. Meriah aje suasana ruang tamu. Namun si tak ada perasaan tu tak ada pula.
“Cari sape?” Soal acik, abang aku yakni anak ketiga papa dan mama.
“Cari Alisha mana dia?”
“Dah keluar,” serentak mereka menjawab.
 “Pergi mana? Siapa temankan dia? Bahaya la,” aku melabuhkan punggung duduk bersebelahan papa.
 “Macam biasa arh sawah padi. Cinta hati kamu yang temankan,” aku lantas bangkit dari duduk. Senyuman terukir di bibir aku.
 “Ha... bukan main lagi kan. Suka la tu,” seisi keluarga mulai mentertawakan aku. Selalu aje aku jadi mangsa sakat. Memang dah nasib.
“GARAM,” aku menurut.
            “Gaul,” bibirku dah menjuih.
            “Ish... tak payahlah sibuk. Biar orang yang buat, orang laki duk kat luar je.”
            Diam.
            “Awak nikan... memang suka mainkan orang ke?”
            Dia masih diam sambil gaul mee kari udang yang dia suruh aku masak tadi tapi dia yang gatal tangan. Buat semua. Lantaklah... aku malaslah nak gaduh. Penat.
            Aku pandang wajahnya yang fokus dengan masakan. Sebenarnya... aku tak puas hati dengan Furqan. Ye, aku tak puas hati sebab aku rasa dia main-mainkan aku dalam hubungan ni. Sengaja bagi aku persoalan.
            “Just ask me... apa yang awak nak tanya.”
            “Awak... boleh tak kita tak gaduh dalam sehari? Dah nak masuk seminggu kita  kahwin tau, awak asyik nak gaduh dengan orang je... kan?”
            Aku dah tercakap benda lain.
            Dia senyum senget.
            “Awak suka melata.”
            “Awak suka cari pasal.”
            “So?”
            Furqan pegang pipi aku. Ada senyum tergaris di bibirnya.
Sukar ditafsir...
            “Kenapa...”
            “Ye?”
            Tangannya yang masih melekap di pipiku aku genggam, erat. “Kenapa... awak bagi kejutan macam tu kat orang? Kenapa awak macam mainkan orang? Kenapa tak berterus terang yang awaklah... awak sebenarnya tunang orang dulu? Patutlah... sesuatu berlaku dekat orang, awak selalu muncul. Saje... kan, berteka teki dengan orang.”
            Dia bungkam.
            Perlahan-lahan dia lepas tangannya yang aku genggam seraya tinggalkan aku yang terpinga-pinga nakkan penjelasan dari dia. Aku keluh kasar. Gaduh... lagi. Aku ni pun satu... yang aku tanya macam tu dah kenapa? Kan... dia dah marah. Yeke dia marah...

            Tapi... aku pun punya hati. Aku nak tahu apa sebab dia buat macam tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me