8
AKU
renung wajahku yang terbias dari cermin. Aku tak suka tengok muka aku kena
conteng dengan make up, tapi kak ngah
asyik nak marah aku aje. Terpaksa. Senyum manis aku koyak. Gelang tu... betul
ke apa yang budak pembuli tu cakap?
“Awak jangan risau tentang gelang tu. Orang jamin
dia tak akan marah.”
Budak pembuli tu... memang pandai buat aku lega.
“Woi brutal, dah la tu mengelamun. Rombongan
lelaki dah datang tu. Jom,” aku tersedar daripada lamunan bila Marisa tampar
kuat bahu aku. Aku telan liur. Kelat. Nak batalkan boleh?
Aku pandang Adibah dan Marisa silih berganti. Tangan
aku tok sah dikata, dah basah dengan
peluh. “Before that nah... dari dia.
Adib suruh aku bagi surat cinta ni untuk kau.”
Aku sambar kertas yang Adibah hulur lalu aku buka
lipatan nota kecil yang berlipat sebelum pandang Adibah dan Marisa sekali lagi.
Budak berdua tu dah curi-curi pandang surat cinta aku.“Sibuk aje. Sanalah jauh-jauh.”
“Tak payah ganggu pengantin baru tu
Risa, dahlah kita duk diam jadi
dayang dia je,” sarkastik dari Adibah. Ada aku kesah?
Assalamualaikum my makmum to be ^_^ ...
Nervous?
Kesian nervous ek? Ada tips untuk
awak... bila nervous tarik nafas dan
hembus. Baca selawat, baca al–fatihah, baca tiga kul dan ada doa nabi Musa yang
orang dah catat untuk awak semalam. Surah ni untuk orang yang gemuruh macam
awak. Doa Nabi Musa AS, Nabi Musa berdoa dengan berkata:
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku, “ Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
“ Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; (
Surah Taha : 25-27 ). Baca doa tu. Insyaallah, kuranglah nervous tu. Tahu tak nama Elena tu maksudnya cahaya dalam bahasa
Spanish. Nur Elena Husna bermaksud cahaya kecantikan untuk orang. Blushing? Tok sah nak blushing sangatlah.
Nak ayat–ayat romantika d amor lagi?
Cepat–cepat turun, tak payah nak termenung sakan. Akhirnya dapat jugak ku miliki budak brutal kejayaan yang paling terbaik
untuk seorang Muhammad Furqan Azwar bin Amran ^_*
Yang Mencintaimu...
Budak pembuli
“Risa...”
“Ermm?”
“Tampar pipi aku please.”
Marisa menurut.
Pijar!
“Aku... anak Doktor
Amran. Anak doktor Amran tu... yang merisik aku? Apakah?”
“What?!” Marisa sedikit terjerit. Kaget... kot.
Aku pandang Adibah dan aku
nampak Adibah dah senyum senget.
“Kau nak pastikan, turun
cepat-cepat. Dia tengah tunggu kat bawah,” ujar Adibah polos.
Perlahan–lahan aku turun anak–anak tangga. Alisha pimpin
tangan aku. Jangan pitam Elena. Buat malu je nak main pitam-pitam. Orang lain
pun kahwin tak adalah nak pitam sangat. Aku ikutkan aje tips dari ‘si dia’. Aku
lihat dia berbaju melayu putih duduk di hadapan papa. Ada pandangan kosong yang dia bagi untuk aku. Sabar ajelah Elena.
Dia tu memang sukar ditafsir. Serius sukar ditafsir. Macam bukan dia aje yang
bagi aku surat cinta tu.
Tapi... aku masih shock dengan apa yang dah jadi.
Aku tak mimpi ke? Aku... suka dia kot!
Dia dah curi hati aku... sejak peristiwa dia kena
tikam. Huh.
Apakah?
“Aku terima nikahnya Nur Elena Husna
binti Adam dengan mas kahwinnya 500 Ringgit dibayar tunai,” sekali lafaz aku
sah menjadi isterinya. Pakcik-pakcik, abang-abang yang duduk di sekeliling dia
orang dah terangguk-angguk sah.
Dia bangkit dari duduk menghampiri aku yang duduk
bersimpuh bersebelahan mama dan umi. Aku tenung anak matanya dalam-dalam. Mata
kami saling bertaut sebelum aku cepat-cepat tunduk merenung jari aku. Setelah
jariku disarungkan dengan cincin emas putih, aku kucup lembut tangannya sebelum
satu kucupan hangat hinggap di dahiku.
Rasa macam dipermainkan.
Serius... macam dia dah mainkan aku.
“Sekali lagi ye,” entah dah berapa kali jurugambar ni asyik suruh Furqan buat
perkara yang sama. Muka aku dah bahang kemerahan. Orang yang aku suka... dah
sah jadi pelindung aku. Dia pegang kedua belah pipi aku sebelum dikucupnya
dahiku lembut. Malu tu tak usah nak cakap, yang peliknya aku tak menangis pun.
Tapi aku rasa bahagia.
Ya... bahagia.
PIPIKU terasa
lenguh dengan senyuman yang aku berikan kepada para tetamu. Bosan kot duduk
atas pelamin ni. Aku curi pandang ke arah Furqan yang duduk statik di sebelah
aku. Mata kami saling bertaut. Dia tersenyum manis ke arah aku. Aku suka tengok
Furqan senyum. Manis aje.
Lama dia pandang aku macam tu buat aku rasa tak
selesa. Dia bangkit dari duduk lalu mencapai mikrofon yang terletak di atas
meja lipat berhampiran kanopi tempat santapan. Dia dah berdiri statik di
kawasan karaoke.
“Saya Furqan Azwar ingin menyanyikan
sebuah lagu buat isteri yakni pendamping hidup saya. Banyak yang saya pelajari
dari dia. Elena… orang cintakan awak saat, minit ini, jam ini, hari ini hari–hari
seterusnya sehingga akhir nyawa orang. Terima kasih sudi terima orang jadi
suami awak,” kata–katanya membuatkan aku terkesima. Aku terkedu rasa nak habis
cepat majlis ni.
Inilah
mahar ku untuk mu
Seperti
ini ku mampu
Sepenuh
hati ku berikan
Sebagai
wujud cinta ku
Mahar
ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada
diri mu satu yang ku pilih
Mahar
ku untuk mu aku karunia
Yang
ALLAH berikan pada ku untuk mu
Terimalah
sebaris doa
Semoga
engkau bahagia
Dan
ku nyanyikan lagu ini
Persembahan
cinta suci
Mahar
ku untuk mu tulus ku serahkan
Kepada
diri mu satu yang ku pilih
Mahar
ku untuk mu aku karunia
Yang
ALLAH berikan pada ku untuk mu
Tetamu dah tepuk tangan dengan persembahan
spontannya tadi. Tanpa dipinta, aku dah balas senyum manisnya. Aku suka Furqan!
Budak pembuli... mimpi tu dah jadi kenyataan. Apa yang dia nak... dah jadi
kenyataan. Sungguh dia buat betul-betul. Kesian... dia sabar dengan sikapku
yang jual mahal. Tak sangka... Allah satukan aku dan dia.
Sungguh perancangan Allah tu sungguh
indah.
TEH aku
hulur kepada papa yang duduk di buaian seraya aku duduk di sebelahnya. ‘Si dia’
tu, sebenarnya aku tak sedia nak hadap muka dia. Sungguh, aku masih shock dengan semua ni. Rupanya... dalam
diam ubi berisi. Aku pulak...
langsung tak anggap benda tu penting. Duk
blur memanjang.
“Papa tak tido lagi ke?”
“Papa gaduh dengan mama,” aku gelak
nipis.
“Eh gelak pulak.”
“Lawak... papa dengan mama gaduh.
Gaduh sebab apa?” Papa hirup teh yang aku hidang untuk dia.
“Ermm
sedap air kamu ni, baik buatkan Furqan air.”
Pulak
dah.
“Papa... Lena tanyalah.”
Papa cubit-cubit pipi aku. “Tak
payah sibuklah,” aku sengih.
Kepala aku lentok di bahu papa. Anak
bapa? Ya akulah tu. Anak bapa betul.
Aku pandang bintang yang berkerdipan
di dada langit. Cantik.
“Papa...”
Aku leret suara.
“Ye Elena Husna.”
“Orang nak tanya something.”
“Tanyalah.”
“Kenapa... senang aje papa terima
Furqan punya pinangan dulu? Masa kak ngah dulu, bukan main papa bertegas dengan
orang yang datang nak meminang dia. Cerewet sangat.”
“Sebab papa suka anak muda yang
berani macam Furqan tu. Merisik kamu dalam diam. Orang-orang yang merisik kak
ngah kamu tu pulak... asyik kak ngah
je yang cakap ada orang nak datang. Furqan tu... dia datang tanpa diundang,”
spontan dari papa. Senyum nipis aku koyak.
“Orang pun suka dia...”
“Sejak bila?”
“Sejak... sejak dia korbankan nyawa
untuk orang sampai kena tikam dengan pesakit Lena.”
Papa pegang bahu aku.
“Tikam?”
Aku angguk.
“Dia... pernah kena tikam sebab
Lena. Sejak haritu... Allah hadirkan rasa tu untuk anak papa. Lena cuba tepis
rasa tu... tapi entah kenapa susah sangat. Orang pun pelik... kenapa dengan dia
orang boleh berlembut tapi dengan orang lain... Lena punya keras hati tu memang
speechless.”
Papa dah usap lembut kepala aku.
“Sebab... nama kau orang dah
tertulis dalam Luth Mahfuzh masing-masing. Setiap kejadiaan, Allah dah rancang.
Setiap pertemuan tu memang ada manis pahitnya. Dahlah... duk cakap pasal dia, baik kamu layan dia tu ha,” polos aku
mengangguk seraya bangkit dari duduk.
Wajah ‘dia’ dah terbayang di memori
aku.
Furqan... aku suka dekat dia.
Tak sangka... orang yang dah berjaya
curi hati aku jadi imam aku.
“BARU nak
masuk ke? Sangka dah tak tahu nak masuk mana,” sarkastik dari ‘si dia’ yang
tengah duduk di depan meja studi. Matanya tertancap ke arah album gambar
milikku. Suka suki dia aje nak bongkar bilik aku.
“Orang layan papa. Tak boleh ke?”
Dia pandang aku, sekilas.
“Boleh tu boleh... tapi tup tuplah awak nak lari dari orang
macam 12 tahun lepas... kan?”
“Kita baru sehari tau kahwin. Orang
tak ada masa nak gaduh,” aku balas sarkastiknya.
“Oh ya? Ada orang kesah?”
“Awak tak kesah tapi orang kesah!”
Tegas aku nyatakan di situ.
“Yang awak nak marah tak tentu pasal
ni kenapa?”
Dia tutup kasar album gambar seraya
bangkit dari duduk.
“Awak tu yang bersarkastik dengan
orang,” ayat sarkastik aku tekan. Biar dia tahu yang dia ni... tiba-tiba aje
nak cari gaduh dengan aku.
“Kuat melata.”
“Suka hati...” aku mati kata.
Nafas dah turun naik sambil genggam
erat kedua belah tangan. Spontan... bibirnya hinggap di bibir aku. Rasa bahang
dekat pipi. Sukar ditafsir punya manusia. Tangan aku digenggamnya erat sebelum
pipiku dia usap lembut. Ada manis di bibirnya. Senyum nipis dia koyak.
“Kan diam... senang je nak buat awak
diam,” suaranya dah berubah... separuh berbisik.
“Tak sangka... budak brutal terima budak pembuli dalam
hidupnya,” tambahnya.
“Orang sayang sangat dekat awak
Elena Husna. Cintakan awak sangat-sangat. Izinkan orang jadi penjaga sepenuh
masa untuk awak... sampai bila-bila. Izinkan orang jadi ayah untuk anak-anak
kita yang bakal lahir nanti,” aku tunduk menekur jari jemari. Soal tu... sedia
ke aku nak hidup dengan Furqan... sampai ke akhir hayat? Dengan perangai kami
yang berlainan? Asyik nak gaduh aje.
Dicuitnya lembut daguku mendongak
pandang wajahnya. “Kenapa diam aje? Kenapa tak melawan lagi? Falling in love with budak pembuli yang
awak asyik jual mahal kat dia dulu ke?” Sarkastik lagi dari dia.
“Tak salah... kan orang jatuh cinta
dekat awak?”
Dia senyum nipis.
“So...
awak izinkan tak ni?”
“Soalan apalah yang awak tanya ni
Furqan... tu tugas kita... kan? Tambah umatnya?”
“Orang pun... sayangkan awak.
Sukakan awak, cintakan awak dan orang... akan cuba jadi yang terbaik dalam
hidup awak,” dan aku... akan berikan dia kebahagiaan. Ya kebahagiaan, aku mahu
dia bahagia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan