10
TANGANNYA aku
kucup, lama.
Sekali tanda maaf aku untuknya sebab
asyik nak marah tak tentu pasal. Dah aku terbiasa dari kecik suka gaduh dengan
dia nak buat apa. Ingat senang ke nak berubah. Dah dia bagai kucing dengan
anjing dengan aku dulu. Aku lepas tangannya yang aku pegang, tapi tangkas dia
genggam erat tangan aku yang duduk berteleku di depannya.
Tangan kanan dia letak atas
ubun-ubunku yang terlindung dengan telekung. Aku pandang raut wajahnya dan...
dia dah bagi aku panahan mata sambil bibirnya terkumat-kamit baca sesuatu yang
aku tak pasti. Sebab panahan mata tu jugaklah...
aku tertarik dengan dia. Sebab ‘kejadian tu’ aku jatuh suka dekat dia.
“Budak brutal... suka jual mahal. Sebab tu, orang nak bagi kejutan kat
awak. Orang nak jadi pelindung untuk awak macam dulu Elena. Orang tak mainkan
awak, orang cuma nak hindar dari zina hati sebab tu orang tak muncul dalam
hidup awak. Orang suka awak dari darjah tiga. Sebab tu... orang muncul macam tu
je, setiap yang berlaku dekat awak sepanjang tempoh kita bertunang dulu...
kebetulan. Ya kebetulan, instinct
orang kuat... orang tak nak sesuatu yang buruk berlaku dekat awak. Orang minta
maaf... andai apa yang orang buat, buat awak rasa dipermainkan,” dan aku dah
bungkam dengan pengakuan Furqan.
Aku peluk tubuhnya erat. Rasa bahang
dekat pipi, pipi dah mulai basah seraya aku mengogoi sambil peluk Furqan erat.
Bersalah.
“Hei... janganlah menangis macam ni,
orang tak suka tengok awak menangis.”
“Orang minta maaf... orang suka
marah awak tak tentu pasal. Orang suka melenting... orang...” dia lepas
tubuhnya dari dakapanku seraya seka lembut air mata aku yang dah mengalir.
Ada senyum mengejek yang aku nampak.
“Syhh...
janganlah nangis budak brutal, orang janji, orang akan buat
awak berubah. Ya berubah jadi feminine,
orang akan bantu Elena Husna jadi lembut. Budak brutal... menangis sebab budak pembuli? Huh? Dah agak dah... orang
je yang boleh buat awak jadi cengeng,” aku ketap bibir seraya tumbuk kuat
bahunya. Geram!
“Tengok... baru je nak jadikan dia
ni feminine dah jadi ganas balik.”
Aku senyum kelat.
“Awaklah... tak habis-habis nak buat
benda menjengkelkan.”
“Menjengkelkan? Menjengkelkan ni jugak yang berjaya curi hati awak...
kan?”
Aku tambahkan senyum. Ya... cuma
dia.
“Betul? Awak nak jadikan orang feminine?”
Dia angguk sambil aku genggam erat
tangannya yang masih usap lembut air mataku yang masih tersisa.
“Feminine
di depan seorang Furqan Azwar... aje,” polos dia menjawab dan aku dah pecah
gelak nipis. Rasa lawak bila dia jadi tegas macam tu.
“Alolo...
comelnya dia gelak,” dan ternyata... dia mula nak bagi aku bunga dalam hati.
Hailah Furqan, kenapalah sukar sangat aku nak tafsirkan hati dia.
“Kita balik esok ke?”
“Nak esok?”
“Orang ikut awak aje.”
“Orang nak ikut hati awak.”
Hati aku? Sebenarnya aku masih nak
bermanja dengan papa.
“Lain hari boleh?”
“Apa saje untuk Elena Husna,” sekali
lagi aku peluk tubuhnya erat. Sungguh dia memahami.
GENAP seminggu
lebih kami bergelar suami isteri. Hari ini hari terakhir aku di rumah mama dan papa
sebelum ke rumah agam milik mertua aku. Adik beradikku yang lain sudah sibuk
memulakan tugas masing–masing. Papa menemani mama menjenguk butiknya di pekan,
tinggallah aku dan Furqan di rumah ni.
Dia khusyuk
menonton televisyen di ruang tamu manakala aku berada di dapur membuat macaron
kegemarannya. Suara seorang perempuan memberi salam memecahkan kesunyiaan yang
menghuni rumah ini. Furqan bangkit dari duduk lantas membuka pintu rumah. Aku
masih fokus kepada macaron yang hampir siap. Harap sedaplah macaron aku ni.
“Waalaikumusalam. Shira rupanya. Jemputlah masuk,” suara
mereka jelas kedengaran di ruang tamu.
“Shira ada bawakan macaron kegemaran abang ni. Abang
suka kan makan macaron,” aku ketap bibir sebelum keluar daripada ruang dapur. Eh...
suka hati dia aje nak panggil Furqan tu abang. Aku sendiri tak panggil dia
abang, memandai aje perempuan ni. Aku lihat Shira yang bertudung pashmina
jingga sudah duduk statik di hadapan Furqan dengan wajah plastiknya itu.
“Hai... budak brutal.
Busy ek kat dapur,” aku menjelingnya sekilas sebelum melabuhkan punggung
duduk bersebelahan Furqan.
“Buatlah air untuk Shira,” eh suka suki dia aje nak
arahkan aku buat air untuk perempuan gedik ni. Terpaksa juga aku tunaikan
permintaan si suami. Malas nak bertekak.
“Sedap juga
macaron yang Shira buat nikan,” lantang aje suara dia orang berborak sakan di
ruang tamu. Sesekali borak mereka dicampurkan dengan gelak tawa membuatkan hati
aku tambah sakit. Cawan kaca aku sambar daripada almari sebelum dehaman Shira
mulai kedengaran.
Entah sejak bila dia ada kat sini.
Shira senyum sinis ke arah aku sebelum memegang
cawan yang sudah terletak di atas dulang. “Fuh! Tak sangka perempuan brutal rampas kekasih hati aku. Aku tak
jamin kebahagiaan kau orang. Kau tu kasar. Furqan tu lebih suka pompuan lembut macam aku ni. Kalau
Furqan dah fadeup dengan kau. Inform aku ek,” aku ketap bibir sebelum menampar wajahnya plastiknya itu.
Terlopong mulutnya dengan riak spontan aku. Sakit betul hati aku bila dia cakap
macam tu.
“Kau ingat
Furqan tu barang ke nak pas–pas! Ha!
Ya aku sedar sape aku jika nak
dibandingkan dengan dia. Tapi aku yakin aku boleh…” cawan yang berada di
pegangan tangannya dia lepaskan. Berderai kaca di atas lantai. Furqan muncul
lalu merenung wajah aku tajam. Shira sudah menujukkan lakonannya memegang pipi
sambil menangis teresak–esak.
“Shira... nak
tolong dia je tapi dia tampar pipi Shira. Dia kata Shira perampas. Dia pecahkan
cawan tu. Dia ni dah kenapa abang?” Aku kutip cawan yang pecah. Serius hati aku
dah panas bergelegak saat ini. Hati aku sakit tatkala melihat dia menyembamkan
wajahnya di dada Furqan.
Apakah?
Furqan tolak lembut tubuh Shira yang sudah melekat
di dadanya itu. Gedik betul Shira tu. “Elena! Apa kena dengan awak ni? Ha!
Orang sangka awak dah berubah. Sama aje macam dulu kan,” aku bangkit dari duduk
lalu menolak kasar bahu Shira.
“Berambus! Berambus sekarang dari rumah aku sebelum
aku baling kau guna kaca ni!” Shira tekup mulut lalu berlari anak keluar
daripada rumah aku. Suasana tegang. Furqan pandang aku... sinis. Lengan aku dicengkamnya,
kasar.
“Awak ni dah gila ke apa ha?! Nak marah tak tentu
pasal. Awak nak bunuh Shira tu ke?! Orang ingat sikap brutal awak tu dah hilang rupanya sama aje,” suara Furqan naik satu
oktaf. Pertama kali... ya pertama kali Furqan naikkan suara dekat aku. Aku
sensitif! Apa dia lupa aku ni sensitif ke?
Aku tarik kasar lengan aku sebelum mengutip kaca–kaca
yang berada di atas lantai. Aku ketap bibir. Serius aku rasa nak menangis aje
bila Furqan backup si gedik tu.
Air mata mulai gugur dari tubir mata aku dan kaca dah
tercucuk di telapak tangan aku. Dalam lukanya. Tapi, tak seperit hati aku bila
Furqan naikkan suara kat aku. “Awak dengar tak orang cakap ni? Ubahlah perangai
awak tu. Dah kahwin pun masih…” aku bangkit dari duduk membuatkan kata-kata
Furqan mati.
“Ya orang
memang kasar, brutal. Orang memang
gila sebab orang cemburu dengan dia. Awak menyesal? Punya isteri yang ganas
macam orang? Kenapa tak kahwin dengan dia aje? Dia tu lembut... tak macam orang
ni, kasar. Dahlah. Kalau nak lepaskan orang, orang redha. Awak bukannya sayang
orang pun,” aku kesat air mata kasar sebelum berganjak keluar daripada rumah.
Sempat aku sambar tudung Syria berwarna hitam kepunyaan mama yang dijemur di
ampaian. Terkebil–kebil Furqan dengan esak tangisku.
AKU
menangis teresak–esak sambil duduk di atas pangkin berhadapan sawah padi
kepunyaan arwah opah. Hati aku nanar. Sakit. Lebih perit daripada luka di telapak
tanganku. Bahuku terhingut–hingut dengan esak tangisku. Sampai hati dia buat
aku macam ni. Yang aku ni... kenapa sejak dia jadi suami aku, aku suka
menangis? Aku dah jadi lembik sebab Furqan.
Tiba-tiba... petikan gitar dari arah belakang
membuatkan aku semakin geram. Siapa pula kali ini. Aku menyeka air mata yang
mengalir lalu mengeluh kasar. Geram dengan suara bising di belakang. Dia salah timing ni nak kacau aku, ada kang dapat penyepak aku, aku tak tahu ek.
Jangan
tinggalkan auramu…
Di
sekelilingku…
Ia
membuat aku termimpi…
Mimpikan
kita…
Jangan
biarkan wangianmu…
Mohon
memahami…
Ia
melekat di hidung yang memenuhi…
Dia
setiap sudut mindaku…
Kan
ku curi hatimu menyamun senyummu…
Kan
ku culik cintamu macam kau larikan lirikmu…
Kau
tak perasan aku suka mu…
Dari
dulu lagi…
Kau
simpan hatiku…
Dari
darjah satu…
Darjah
satu…
Lagu Pencuri daripada Mark Adam dia nyanyikan untuk
aku dengan gitar kesayangannya sebelum duduk di atas pangkin bersebelahan aku. Aku
cebik. Sekarang apa? Nak bagi aku bunga dalam hati pulak ke? Menyampah! Tapi memang dia dah bagi. Huh. Selalu aje aku
kalah dengan dia.
Tangannya dah merayap di pipiku seraya dia seka lembut
air mataku yang masih tersisa sebelum tarik lembut tangan aku yang luka
sebentar tadi. Sarung tangan dia pakai sebelum kapas dia ambil daripada kotak
kecemasan. Dahi aku berkerut menahan sakit. Kaca kecil yang melekat di telapak
tangan aku dia tarik perlahan–lahan sebelum menyapu antiseptik di telapak
tangan aku. Pembalut putih dia keluarkan lalu membalut telapak tangan aku.
Raut wajahnya yang fokus melilit tapak tanganku aku
renung. Sebenarnya aku malu menangis depan dia. Tapi... sensitif tu suka datang
depan dia, nak buat macam mana.
“Orang suka
awak dari darjah dua lagi,” luahku polos. Betullah, aku suka dia dari darjah
dua tapi perasaan suka tu hilang bila dia berubah jadi pembuli. Dia gelak kecil
lalu mencubit pipi aku. Kepala aku dia usap sebelum memeluk tubuh aku erat.
Aku terkesima.
Apa lagi yang dia ingin tunjukkan selepas ini.
Memasak kepakarannya, begitu juga dengan memujuk. Ambil hati aku juga merupakan
kepakarannya yang paling hebat.
“Saja je nak
buli awak. Dah lama orang tak tengok awak nangis
macam tu. Orang tahu Shira salah. Orang sengaja. Tak sangka pula sampai kena
kaca. Tinggi juga sikap cemburu awak tu kan,” sabar ajelah, dah dia memang suka
membuli.
“Jomlah balik rumah, nak makan macaron awak tu.
Tudung awak ni besar sangat. Senget pula tu meh
saya betulkan,” dia betulkan tudung aku sebelum menarik lembut tanganku pulang
ke rumah.
“Macaron orang ke Shira punya yang sedap?” Nada
cemburu aku keluarkan sambil berpimpin tangan dengannya menuju ke rumah.
“Awak punya ada rasa cinta. Mestilah awak punya lagi
manis, sedap, lembut... sebab biarpun awak tu kasar tapi hati awak lembut.
Cengeng. Sensitif,” aku senyum manis seraya menampar bahunya lembut. Geram. Lesung pipitnya aku
cubit sekali lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan