KAYU API menerangi malam camping lima sahabat dekat sebuah Hutan Gunung. Habis dah SPM dia orang kebetulan keempat - empat sahabat tu tak ada yang dapat panggilan ke PLKN. Dia orang memang lima sahabat yang sukakan cabaran. Suka benda yang tahan lasak macam panjat gunung.
Malam
ini malam terakhir lima sahabat itu menjalankan aktiviti mereka di Hutan
Gunung. Mereka berlima duduk di atas kayu balak yang sudah tumbang dan ada
jugak yang duduk di atas tanah yang kering. Duduk dalam sebuah bulatan dengan
kayu api yang marak di tengah bulatan tersebut.
Fizo
yang lebih berpengalaman dari mereka berempat yakni abang kepada Fisha yang
berusia 20 an berdeham sambil menguis tanah dengan sebatang ranting kayu.
Dipandangnya rakan – rakan serta adiknya silih berganti. Masing – masing dengan
hal mereka sendiri.
“ Kau orang ada cerita gempak tak?” Semua mata hala ke
arah Fizo yang sudah senyum nipis sambil angkat – angkat kening.
“ Cerita gempak? Maksud kau?” Soal Fatihah.
Krik...Krik...Krik
Sesekali
kedengaran suara cengkerik menjerit menghiasi malam mereka.
“ Haah cerita gempak...” Fizo kecilkan mata sambil ketawa
jahat.
“ Apa abang ni. Janganlah takutkan orang.” Fisha
muncungkan bibir ke depan.
“ Ok. Abang serius.”
Fisha cebik.
“ Aku pun ada cerita jugak.”
Fatihah peluk bahu Fisha yang sudah bad mood tu. Apa tak bad moodnya abang dia
tu pelik sangat.
Alex menekur jari jemari. Antara mereka berlima Alex
memang pendiam. Cuma bercakap bila ditanya. Tapi minatnya dengan aktiviti lasak
tak ganggu sifat pendiamnya pun. Alex cuma mampu menjadi pendengar setia empat
sahabatnya.
Fizo sondol bahu Alex. Alex dongak pandang Fizo sambil
betulkan kaca matanya.
“ Kau ada cerita tak bro?” Alex diam.
“ La... diam pulak.”
Fizo cuba cabarkan Alex.
Alex pandang anak mata hazel Fizo. Matanya menikam anak
mata Fizo buat Fizo terkedu. Lain macam aje pandangan Alex dengan wajah tegang
semacam. Tapi dah biasa dah dengan Alex tu. Memang orangnya pelik sangat.
Fizo berdeham lagi.
“ Aku mulakan cerita aku ek.” Fizo renung api yang marak di depan. Dia tak ada cerita
sebenarnya cuma dengar dari bibir ke bibir aje.
“ Ok Fizo. Kau start...
kita orang dengar.” Fatihah tongkat dagu sambil mengunyah chewing gum.
Fizo pandang rakan – rakannya silih berganti. Fatihah dan
Fisha angguk sementelah Alex hanya diam.
“ Cerita ni sebenarnya aku tak tahu kesahihan dia sampai
mana tapi... kawan kepada abang aku punya kakak punya boyfriend punya kawan dah pernah alami kejadiaan ni.” Fizo
kendurkan suara yang lain hanya menjadi pendengar.
“ Nama bro tu
Hilman. Hilman ni memang tak percaya benda karut. Al – kisahnya terjadi masa
dia baru aje sambung master dekat Jepun dalam bidang engineering. Hilman ni tak kaya mana pun tapi dia memang minat
belajar. Jadi dia terpaksa cari sebuah rumah yang tak terlalu mahal untuk dia.
Rakannya tumpangkan dia sebuah bilik dengan bayaran RM 50 duit Malaysia setiap
bulan. Bilik tu cantik aje tapi rakannya kata jangan buka pintu depan. Hilman
ni jenis yang tak kesah pun.”
Fizo berjeda.
HILMAN
hempas
tubuh di atas katil otot – otot sendi – sendi dia renggangkan. Lenguh rasanya
dengan pelajaran serta kerja part timenya di sebuah Restoran halal bersebelahan
kampusnya. Jam dinding dia kerling dah masuk pukul 1 pagi. Thesis buat dia
tidur lewat.
Dia pejam mata sambil peluk erat bantal guling. Cuba
untuk lelap tapi gagal! Tak boleh lelap. Dia baring tegak sambil renung siling
putih. Ada habuk dekat kipas. Ada sarang labah – labah di atas siling putih
nampak macam usang sangat dah bilik ni. Patut murah sangat bilik ni. Nak sewa
rumah dia tak mampu.
Hilman bangkit dari baring duduk bersandar di belakang
katil. Kotak segi empat dia renung kosong. Gelap. Suis lampu dia hidupkan lalu
sambar sebuah buku. Belum sempat dia belek buku. Lampu mati. Dia keluh kasar.
Tok...Tok...Tok
Hilman bangkit dari duduk buka pintu bilik. Kosong. Tak
ada siapa yang berada di luar bilik.
Kruk...Krik...Kruk...Krikkkkk
Bunyi sesuatu di atas siling buat bulu romanya naik. Ada
titisan merah yang mengalir dari siling jatuh tepat di atas lantai. Perlahan –
lahan Hilman dongak sebelum kedengaran orang berlari naik anak – anak tangga
rumah teres dua tingkat ini.
“ Hilman... Sorry.
I haven’t paid the electric bill again. I forgot.” Hilman senyum ke arah
rakan serumahnya.
“ Never mind. I
have my torchlight.” Hilman angkat lampu suluh.
Hiro senyum nipis.
“ I thought I want
to go out to buy some food. Do you want to join me?”
“ I’m tired.”
Hiro angguk lepas tu turun anak – anak tangga
“ Take care
Hiro.” Hiro mati langkah. Wajahnya yang manis serta merta jadi tegang. Dia
toleh ke belakang pandang Hilman yang masih berdiri statik di muka pintu
berhadapan sebuah bilik yang berkunci.
“ Hilman... Don’t
enter that room. Eventhough anything happen don’t open it or you will deserve
yourself.” Hilman telan liur. Pahit. Tangannya basah dengan riak wajah Hiro
yang tegang dengan suara yang tegas.
Nak senyum pun dia tak boleh sebab rasa perut dah kecut.
Cuma mampu angguk aje.
Hilman pandang Hiro yang sudah menuruni anak – anak
tangga dan hilang dari pandangannya. Pintu bilik kayu bercat warna hitam dia
renung. Dia rasa ada sesuatu di sebalik pintu tersebut.
Tuk...tuk...tuk.
Krik...Kruk...Krik...Kruk.
Hahahahaha...
Bunyi sesuatu berlari menambahkan rasa ingin tahunya.
Ditambahkan dengan bunyi hilai tawa kanak – kanak yang dia tahu pastinya datang
dari bilik depan. Dia toleh belakang
masuk ke dalam bilik. Cuba sedapkan hati dengan mengatakan yang itu hanyalah
mainan perasaan. Tak sempat dia langkahkan kaki ke dalam bilik...
Tup!
Pintu terhempas dengan sendirinya. Hilman terkedu. Kaget!
Krik...kruk..krik...kruk.
Tangan Hilman terketar – ketar nak pulas tombol pintu
bila tombol pintu terpulas kiri dan kanan tanpa dia pulas. Dah tu kedengaran
bunyi larian di belakangnya. Hilman toleh ke belakang dan kosong. Dengan lampu
suluh yang berada di tangan kanan dia atur langkah perlahan – lahan menuju ke
arah pintu yang dilarang sangat dia masuk oleh Hiro tu.
Tuk...tuk...tuk
Dia ketuk pintu bilik usang.
“
Anyone there?”
Senyap
dan tiba – tiba pintu terbuka dengan sendirinya. Hilman terkedu lihat suasana
bilik tersebut. Bilik kanak – kanak. Dengan kuda mainan dan lantai kayu.
Dinding tok sah dikata lubang – lubang halus tembus dinding kayu. Aneh! Tingkap
yang dipenuhi dengan tapak tangan warna merah dan tingkap dengan lingkaran
ranting kayu.
Hilman
telan liur. Kelat. Rasa ada sesuatu di bilik kanak – kanak itu. Dia undur
setapak ke belakang tak nak peduli tentang bilik tu. Tiba – tiba...
Gedebuk!
Kakinya
ditarik oleh sesuatu membuatkan dia terduduk dan zup! Semakin kuat tarikan
tersebut sehingga kepalanya terhempas di atas lantai kayu. Turun naik nafas
Hilman saat itu. Mulut terkumat – kamit membaca ayat kursi.
Pang!
Pintu
bilik kanak – kanak dihempas kuat sebelum tarikannya terhenti.
Hilman bungkam. Belakang kepala yang terasa perit dia
usap lembut sebelum bangkit dari duduk. Mata melilau di sekeliling bilik
tersebut. Ada sebuah patung kuda yang bergerak ke depan ke belakang dengan
sendirinya.
Hilman atur langkah menuju ke pintu. Tak nak ganggu apa –
apa dekat bilik pelik ni. Masih terasa takut dengan kejadiaan yang menimpa
dirinya sebentar tadi. Kena tarik dengan satu benda yang dia tak pasti apakah
ia.
“ Don’t leave me
sir... Im scared.” Ada tangisan budak yang dia dengar.
Hilman buat derk.
Krik....Kruk...Krik...Kruk...
Bergegar lantai kayu bila sesuatu berlari di sekeliling
bilik ini.
Ada kotak muzik kedengaran. Ya ada kotak muzik menari –
nari di atas meja solek yang kelihatan
usang.
“ Tak aku cuma penat. Benda tu tak wujud.” Gumamnya.
Tangannya terketar – ketar nak pulas tombol pintu tapi
terkunci.
“ Don’t leave us
again!” Ada suara wanita garau yang dia dengar. Terasa bulu romanya tegang
bila pipinya dibelai lembut oleh seorang wanita berbaju merah dengan rambut
panjang mengurai. Anak matanya seolah – olah terjegil keluar merenung tepat
wajah Hilman.
“ Hiro!” Pintu dia ketuk – ketuk namun hampa.
“ You must deserve
it! You kill us! You kill me and our
daughter! Shit!” Marah perempuan berbaju merah itu sebelum menyerang Hilman
buat Hilman terbaring.
“ Arghh!
Hiro... help me!” Fikiran Hilman jadi
kacau. Perempuan berbaju merah dekatkan wajah ke wajah Hilman sebelum membelai
lehernya. Menyesal sebab buka bilik yang Hiro larang.
“ Ada sesuatu jadi dekat kamu baca ayat kursi.” Terlintas
di memori pesanan arwah atoknya. Mulut
Hilman mulai terkumat – kamit membaca ayat kursi sebelum suara tangisan memecah
gegendang telinganya.
Badannya yang terasa berat beransur ringan. Titisan darah
mengalir di lehernya bila cakaran makhluk tersebut sempat terkena pada nadi
lehernya. Hilman rasa lemah tak bermaya dan perlahan – lahan dia pengsan.
Cahaya matahari menerbos dari arah tingkap menyilaukan
pandangan Hilman. Dia picit dahi yang terasa panar sebelum bangkit dari baring
perlahan – lahan. Masih terasa perit lehernya yang terkena cakaran.
Bilik misteri dia pandang. Dia nak pindah. Ada sesuatu
dekat rumah ni. Ya dia pasti ada sesuatu di rumah ini yang membuatkan dia
menjadi mangsa. Dicarinya Hiro di seluruh rumah hingga ke bilik Hiro. Kosong.
“ Hiro dead.”
“ Yup he dead
because of an accident yesterday.”
Hilman hanya menjadi pemerhati rakan sekuliahnya. Hiro
mati dan mana jasadnya?
“ Do you live at
Hiro house?” Hilman angguk sambil lorek sesuatu di atas kertas.
“ Oh my god. Don’t
tell me you also live at infront of that haunted room.”
Tangan Hilman mati dari melorek.
“ Why? What happen
with that house and that room?”
Wajah dua orang rakannya yang berasal daripada Africa dan
Thailand tegang. Hilman budak baru memang dia tak tahu.
“ Hiro... he’s a
mudder! We saw him kill his wife and his daughter.”
“ Yeah he kill them
in that room five years ago and he left them in that haunted room.”
Hilman tegang. Fikiran mulai serabut.
“ Why? Why nobody
tell me about him?”
“ We felt guilty
about you.” Alasan tak munasabah bagi Hilman.
“
JADI? Lepas tu apa yang jadi dengan Hilman?” Soal Fisha.
“ Dia pindah dari rumah tu dan dia dah berhati – hati tak
nak tinggal dengan orang pelik macam Hiro. Yang abang tahu Hiro tu skizofernia.
Sebab tu dia bunuh anak bini dia pada malam hari anniversary dia orang.” Jawab Fizo. Alex hanya diam.
Fisha dan Fatihah angguk.
“ Fisha tak ada cerita superb macam nilah... hehehe.
Kau Tiha? Ada cerita kan.” Fatihah angguk sambil tiup – tiup hujung tudung yang
sedikit rosak ditiup angin malam.
“ Pengalaman aku. Sleep
paralyses!” Terhinjut bahu Fisha bila Fatihah punya suara naik satu oktaf.
“ Apalah kau ni Tihah. Kejut aku.” Fizo gabung gelak
dengan Fatihah. Alex hanya renung api marak di hadapan mereka.
Fatihah hempas pintu bilik seraya hempas tubuh di atas
katil. Penat dah lepas camping selama
tiga hari dua malam dekat Hutan Gunung Jerai.
Tuk... tuk...tuk
“ Tihah! Apa ni tidur aje. Solat Isya dah ke belum?” Soal
Puan Nurin dari pintu luar.
Fatihah pejam mata sambil peluk erat bantal gulingnya.
“ Dah mama. Jangan risau.”
Puan Nurin geleng – geleng. Nak masuk pintu dah berkunci.
“ Doa dah baca belum?” Diam. Fatihah dah lena diulit
mimpi indah.
Sesekali Fatihah ke kiri dan ke kanan. Rasa tak selesa
aje tidurnya. Selimut dia betulkan dengan mata yang masih terpejam. Dia toleh
ke kiri lagi tapi ada satu benda berat yang buat dia tak boleh menoleh. Dia
mulai kerut dahi. Rasa berat sangat dekat tubuhnya. Dah tu rasa macam ada yang
memerhati.
Dengan keadaan yang mamai Fatihah celik mata perlahan –
lahan. Samar – samar pandangannya melihat sekeliling bilik yang gelap gelita.
Dia cuba nak toleh kiri namun masih sama. Tak boleh bergerak. Rasa kaku. Dia
pun tak tahu kenapa.
Perlahan – lahan dia celik mata luas – luas dan rasa nak
tercekik tulang ikan bila dia pandang figura hitam berdiri statik di sebelah
kanannya sambil renung wajahnya dengan pandangan kosong. Seriau! Fatihah nak
celik mata namun hampa. Tak boleh buat apa – apa langsung rasa dirinya dah
dikawal.
“ Mama!” Tak mampu nak jerit nama mamanya itu. Takut
semua bercampur baur. Rasa hatinya dah nak pecah sebab figura yang menakutkan
itu.
Fatihah baca doa kursi tiga kul dan doa tidur dalam hati.
Sekali lagi dia cuba nak pejam mata dan berjaya. Tak ada lagi figura yang
menakutkan yang dia nampak. Sejak haritu Fatihah dah mulai ambil pengajaran
daripada kejadiaan menakutkan itu.
“ Tapi benda tu aku tak akan lupa even cuma sekali aku pernah lalui.” Mereka bertiga terkesima dengan
cerita Fatihah.
“ Macam mana kau tahu tu sleep paralyses?” Soal Alex tapi dalam nada yang dingin.
“ Mr Google kan
ada.” Fatihah sengih nampak gigi.
“ Sleep paralyses
tu jadi bila mana kita terlalu penat ikut kefahaman akulah kan. So sebelum tidur apa – apa pun kita kena
basuh kaki. Biar mimpi indah. Baca doa tidur... tiga kul dan ayat kursi.”
Tambah Fatihah.
“ Baik Puan!” Fizo tabik dekat Fatihah.
Fatihah pandang Alex yang duduk di sebelahnya.
“ Aku tak ada cerita sebab aku....” Alex berjeda.
“ Aku yang nampak. Aku boleh nampak benda dekat
sekeliling hutan ni. Macam dekat... kamera ni.” Alex hulur kamera dekat Fizo.
Terjegil mata lelaki tu. Kaget!
Dia hulur kamera dekat Fisha dan reaksi si gadis tetap
sama sebelum akhirnya kepada Fatihah.
“ Nampakkan? Sebab tu masa maghrib tak boleh tangkap
gambar sesuka hati dekat hutan macam ni.” Dingin suara Alex.
Mereka bertiga bungkam. Ada kelibat putih di belakang
mereka bertiga di dalam kamera tersebut. Alex memang tak suka tangkap gambar
tapi itulah. Dia orang nak sangat ambik gambar teruja sangat.
Fatihah dan Fisya serta Fizo bangkit dari duduk serentak.
“ Kita orang nak tidur. Good night!” Serentak Fatihah dan Fisya minta diri atur langkah
menuju ke khemah masing – masing.
“ Aku pun.” Fizo tepuk – tepuk bahu Alex. Jadinya cuma
Alex yang tinggal dekat luar.
Alex pandang sebuah kotej yang tidak jauh dari khemah
mereka. Dia tahu ada sesuatu di dalam kotej tersebut. Sebab dia manusia yang
mempunyai sixth sense! Alex si
misteri yang tak nak takutkan rakan – rakannya hanya kerana dia nampak benda –
benda dekat belakang dia orang yang duduk bertenggek di pokok ara sedari tadi.
TAMAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan