Tumblr Scrollbars

My Friend

Jumaat, 26 September 2014

Mencintaimu Kerana Allah ( Cerpen )

P/S : Psst... Keseluruhan cerita direka mengikut teknik imbas kembali dan jalan cerita sedikit panjang daripada cerpen kebiasaan. Enjoy… ^_~

Hafiz Naufal Akahito

Nur Hanania Almira

Azfar Halqi

Diana


Alia


Nur Harina Almira


Mardiah 


Amat susah untuk aku percaya akan perkara ini. Namun semuanya sudah tertulis di luth mahfuzh yang dia jodoh aku. Aku Nur Hanania Almira. Seorang wanita yang asyik memendamkan perasaan terhadap seseorang dan akhirnya berjaya. Aku tersenyum manis ke arah suamiku yang sedang mendukung anak kami yang baru berusia setahun lebih lalu menghampiri aku yang sedang duduk di dalam gazebo melihat keseronokan mereka bermain di halaman rumah. “ Kisah lama tak usah dikenang sayang… hati kita saling memiliki.” Ujarnya sambil tersenyum lebar. Aku membalas senyumannya lalu melentokkan kepala di bahunya.
SEBELAS TAHUN YANG LALU. . .      
Alunan bacaan yassin kedengaran di segenap rumah kampung teres setingkat itu. Seisi keluarga jauh terutama yang dekat merasai kehilangan arwah datukku yang meninggal akibat darah tinggi. Pada mulanya, aku juga tidak mempercayai kehilangan itu namun aku akur dengan qada dan qadar daripada Allah SWT. Aku jatuh pengsan saat pertama kali menjejakkan kaki ke kampung halaman mama. Kaget dengan kejutan besar itu. Aku bangga mempunyai seorang mama yang tabah. Namun di sebalik kehilangan ini ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Dia… yang mempunyai tarikan yang tersendiri bagiku.
“ Sakit la Nia oi! “ Aku mencebik melihat Alia mengosok – gosok bahunya yang aku cubit sebentar tadi. “ Kau yang salah aku nak tido kejap pun tak boleh ke. Kau pergi cucuk pinggang aku ni dah kenapa?” Alia menjelingkan matanya ke arahku tanda protes lalu menyalin semula latihan yang diberikan oleh guru Sejarah kami. Tapi itu semua salah aku juga.Alia cuma membantu aku untuk bangun daripada tidur semasa guru sedang mengajar.
“ Weyh masa kenduri arwah atok aku sepanjang seminggu lalu kan aku ada terserempak dengan seorang mamat ni. Masa tu lepas solat Isya aku kemas la sejadah,tikar semua dekat bahagian perempuan and then secara tak sengaja aku terpandang seorang abang ni dia tolong kemaskan dekat bahagian lelaki. Mula – mula tu aku take donno aje sebab kau tahu la kan aku hehe kat belakang kita ni dah lama terpahat dalam hati aku ni. Tapi seminggu kenduri…. Seminggu tu jugalah aku tengok asyik dia aje yang tolong kemaskan bahagian lelaki. Kau rasa tak apa yang aku rasa?” Alia hanya memandang wajahku yang sudah manis dengan senyuman lebar dengan pandangan kosong.
 “ Kesah ke aku kau ada rasa manis ke masam ke. Tak penting kot Nia. Kau dah crush dengan Azraf … takkan lah abang dekat kampung kau tu pun kau nak…crush?” Alia membisikkan ke arah telingaku namun dalam nada yang tegas. Geram. Aku tahu dia geram dengan perangai aku yang gila – gila.
“ Tapi dia tu hipo… aku sakit hati tau tak!” Aku genggam pen erat sebelum memukul meja. Azraf,memang dia pencuri hati aku sebab perangai dia yang tunjuk alim tu tapi sebenarnya tak alim pun dan disebabkan dialah aku tahu bahawa bercinta sebelum nikah itu haram. Namun sekarang apa yang jadi? Aku pula yang sakit hati setelah aku tahu yang dia sudah berpunya. Ah bagiku dia itu hipo AKA hipokrit.
            “ Kau kenal ke abang tu sape?” Aku geleng. Gila ke apa aku nak tanya asal usul dia dari mana yang aku tahu dia asal dari kampung. Alia tepuk dahi dengan tangan kanannya. Aku sengih kelat. “ Bengap arh kau ni… asal kau tak tanya kalau tak boleh juga aku adjust untuk diri aku lepas SPM nanti.” Aku mencebik.
            Aku mempercepatkan langkahku pulang ke rumah sebaik aku menyedari ada seseorang yang asyik mengekori aku dari belakang. Aku ketap bibir. Aku nekad akan mengeluarkan akido yang telah lama aku pelajari sejak dari sekolah rendah lagi.
            “ Hana… Hanania Almira!” Aku mematikan langkah. Kedengaran suara garau sedang menyeru namaku dari arah belakang. Kedengaran derapan tapak kaki semakin menghampiri aku. Aku sudah sedia mengeluarkan akido yang aku pelajari. Figura itu berhenti di sebelah aku. Aku menghembus nafas lega namun ingin sahaja aku hempuk kepala mamat sengal yang berada di sebelah aku.
            “ Azraf kau buat apa kat sini?” Azraf senyum lebar. Membunuh senyumannya itu.       “ Ikut hang pulang rumah la.” Mata aku membulat kaget. Banyak sungguh kejutan yang tidak terduga dalam hidup aku. “ Aku kan jiran baru kau. Tinggal depan rumah kau je kot Nia.” Azraf mengenyitkan mata ke arah aku. Apa kejadah mamat poyo ni nak memikat aku tok sah aku dah patah hati sangat dengan dia. Kesah pula aku nak tahu rumah dia dekat mana. Bak kata Alia semua tu tak penting. Aku hanya diam. Diajukan soalan sepatah aku jawab, malas mahu ambil tahu pasal dia.
. . . . .
            Rintik – rintik peluh membasahi pipiku yang bujur sirih. Bibirku terkumat kamit membaca istighfar. Entah sudah ke berapa kali aku termimpi yang aku kahwin. Kahwin? Aku rasa pelik remaja seusia aku yang berada dalam lingkungan 17 tahun bermimpi sedemikian rupa. Wajah suamiku yang berada di dalam mimpi membuatkan aku berkerut dahi. Sungguh wajahnya seperti aku kenal namun aku lupa.
            “ Kenduri arwah hari ke 40 nanti Nia tak usah ikut tinggal kat rumah aje. Belajar SPM nak dekat.” Ujar mama semasa kami sekeluarga sedang menjamah makan malam. Aku memuncungkan bibirku ke depan serupa itik. Tanda protes. “ Tak apalah ma Nia boleh study kan kat kampung nanti.” Aku sengih kelat seperti biasa.
            “ SPM lagi penting la. Apa da.” Kakakku sudah mulai menaikkan darahku dengan lidahnya yang dijelirkan ke arahku. “ Ayah… Nia boleh join kan?” Aku mencuba untuk memujuk ayah namun tiada respons. Kejam. Aku bangkit dari dudukku lalu masuk ke dalam kamar.
            “ Merajuk la tu.” Sempat kakakku memanaskan hatiku sebelum aku masuk ke dalam kamar. Aku duduk di atas katil sambil bersila dan berpeluk tubuh. Aku cuma menginginkan kepastian. Ya kepastian mengenai mimpi yang entah sudah ke berapa kali menganggu aku.
            Aku menjelingkan mata ke arah sepasang kekasih yang berada di hadapanku. Ingin sahaja aku muntah di hadapan mereka. Meluat rasanya melihat kemesraan sepasang kekasih yang belum halal. Azraf dengan senyuman membunuhnya sedang mengikat tali kasut di luar rumah manakala seorang gadis berkulit cerah dan bertudung sesekali aku lihat asyik tergelak. Entah apa yang mencuit hatinya itu. Selepas tali kasut aku ikat, aku bangkit dari duduk lalu melangkahkan kaki keluar dari rumah menuju ke sekolah. Tambah panas hati aku apabila melihat sepasang kekasih itu berjalan di hadapanku. Tudung si gadis ingin sahaja aku tarik meluat. Hati aku berombak seperti ombak tsunami barangkali. Cemburu. Sungguh susah untuk aku percaya hakikat ini. Azraf sudah berubah dia bukan lagi Azraf yang aku kenal seperti dahulu.
            “ Nia kau dah kenapa asyik diam aje biasanya kaulah penyeri hari kita orang. Dengan mulut murai kau tu bising pok pek sana sini. Tapi kali ni tak pula kau bendera merah ek?” Aku menjelingkan mata ke arah Diana. Jeling maut ok. Itu lah kepakaranku asyik menjeling orang sesuka hati. “ Aah la Nia… kau ada masalah ke? Dah tiga hari kot aku tengok kau macam berkabung diam aje. Aku soal banyak sepatah kau jawab.” Tambah Alia sambil menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya. Aku masih diam sambil mengunyah roti sandwich yang aku beli tadi.
            Aku menunduk ke bawah merenung lantai. Tidak semena – mena aku didenda kerana lewat ke sekolah kerana lewat bangun disebabkan… mimpi gila itu. Azraf yang berdiri bersebelahan aku menguntumkan senyuman lebar kepadaku saat cikgu asyik memarahi kami kerana lewat datang ke sekolah. Aku tidak membalas senyumannya itu. Aku benci tapi suka dia… pelik bukan? Aku suka dia… tapi hati aku sakit bila lihat dia berubah. Berubah drastik!
            “ Kau orang ni kan… bukan sekali dua kau orang lewat ni dah banyak kali. Kau orang berdua ni baik kahwin aje. Asyik orang yang sama aje lewat.” Wajah aku sudah membahang kemerahan di situ. Malu. Seribu kali malu. Aku lihat wajah Azraf hanya beriak tenang dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya. Ah Azraf ramai peminat termasuk aku. Peramah orangnya sentiasa bersedekah dengan senyuman kapten bola sepak sekolah kami sekaligus bijak orangnya. Wajahnya usah diomong boleh dikatakan dia itu lelaki cantik sentiasa menjaga penampilannya.
            Harina, kakak yang sentiasa membuatkan hati aku panas namun sporting sibuk mengemas pakaiannya ke dalam beg baju aku buat endah tak endah. Tanganku ligat menekan kalkulator untuk mencari jawapan bagi soalan matematik. Tombol pintu dibuka tersembul wajah ayahku di situ. Aku hanya memandang wajahnya sekilas. Kata mereka aku akan tinggal bersama adik ayah buat sementara waktu.
            “ Aik Nia.. pi la kemas baju esok tak nak ikut ke?” Aku tersenyum manis seraya bangkit dari duduk. Harina mencebik namun tangannya masih ligat mengemas pakaiannya.
. . . . .
            Mataku sesekali berair kepedasan memotong bawang merah. Aku jarang sekali masuk ke dalam dapur ini la padahnya. Harina sudah ketawa terkekek – kekek melihat riak wajahku. Suasana rumah arwah datukku kelihatan sibuk. Aku yang mulai kebosanan hanya mampu membantu pada saat itu namun semuanya bertukar menjadi teruk bagi aku yang jarang menjejakkan kaki ke dapur.
            Sesudah aku menyarungkan telekung telefon bimbitku berbunyi menandakan mesej telah masuk. Aku periksa ada whatsApp daripada Alia. Aku tersenyum sendirian melihat mesejnya.
            “Alia : Weyh kau snap la gambar abang tu. Aku pun nak tengok juga.”
            “ Weyh gila ke apa aku nak snap gambar abang tu. Tak pasal – pasal aku kena marah oleh dia nanti.” Aku membalas teks sambil berjalan keluar daripada bilik. Tangan kananku masih memegang telefon bimbit sambil menghamparkan tikar di bahagian perempuan untuk solat berjemaah nanti.
            “ Alia : Tak gila pun alah kau sembunyi ambil gambar dia lah! Taklah aku terpinga – pinga masa kau citer pasal abang tu nanti.” Aku mencebik lalu telefon bimbitku aku letak ke dalam poket baju kurung malas mahu membalas.
            Suara Azan di dalam rumah sudah kedengaran. Tidak seperti dahulu suara orang yang mengazankan. Aku hanya ambil endah tak endah malas mahu mencari tahu siapakah gerangannya namun pelik aku tertarik dengan suara itu. Di sebalik langsir ruang tamu dapatku lihat figura itu namun tidak jelas. Berbaju melayu putih dan seluar track dengan songkok hitam elok di atas kepala. Wajahnya aku cuba amati namun masih tidak jelas di penglihatanku.
            Sejurus solat maghrib dan bacaan yassin, solat Isya berjemaah pula kami tunaikan. Sekali lagi suara yang sama jelas kedengaran di gegendang telingaku mengalunkan azan Isya. Kini wajah itu begitu jelas di padangan mataku apabila kelihatan ramai orang memasuki ruang tamu. Terpaksa jemaah lelaki berdiri di hadapan kami termasuk dia. Abang tu.. dia rupanya yang mengazankan solat kami.
            Harina menyiku pinggangku membuatkan aku tersedar daripada lamunan. “ Dah la tu Hanania Almira oi! Hang dah gila ke stalk anak teruna orang.” Aku sengih kelat seperti biasa. Harina hanya menggeleng kepala melihat telatah aku yang gatal. Selepas menunaikan solat seperti biasa aku akan mengemas tikar dan juga sejadah. Makcik dan kakak serta adik yang lain sudah masuk ke dalam dapur untuk menjamah makan malam yang dihidangkan. Harina hanya membiarkan aku keseorangan mengemas. Kejam. Aku mencebik tahulah dia sudah menjadi tunangan orang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi tarikh perkahwinannya berlangsung dan aku katanya ditugaskan untuk menjadi pengapit. Sungguh kakakku begitu kejam.
            Aku lihat dia lagi. Sibuk mengemas bahagian lelaki. Telefon bimbit aku capai aku tahu ini perkara gila tapi aku memang suka buat benda yang gila – gila. Belum sempat aku menyentuh skrin tengah aku lihat dia sudah terpacak berdiri di hadapanku dengan tangan kanannya memeluk tikar kecil dan beberapa sejadah terletak di tangan kirinya. Aku menepuk dahi. Aku tersentuh zoom rupanya. Terserlah kebodohanku di situ.
            Aku membatalkan niat gilaku itu lalu menyambung semula menyusun tikar dan sejadah. Dia berdiri kaku di hadapanku sambil melihat telefon bimbitnya. Statik. Lama keadaan sebegitu rupa. Aku terkebil – kebil melihat wajahnya yang manis dengan senyuman. Aku telan liur kelat. Tidak bukan dia. Bukan lelaki yang sentiasa muncul menjadi imamku sekaligus suami di dalam mimpi itu. Ya aku tahu ianya cuma khayalan atau mainan tidur sahaja.
            “ Assalamualaikum…” Aku dibuai lamunan lagi. Dia melambaikan tangannya ke arahku sambil tersenyum manis. Tinggi orangnya bentuk badannya seperti model. Kulitnya putih kemerah – merahan tidak seperti aku yang sawo matang. Mata hazelnya bundar cantik anugerah Allah yang berada di hadapanku ini.
            “ Er..y..a saya ada apa?” Aku gagap entah mengapa mungkin kerana dia lelaki yang menjadi suamiku di dalam mimpi itu. Kini aku mampu berasa lega kerana akhirnya aku tahu siapa lelaki yang sentiasa muncul dalam mimpi aku.
            “ Awak…masih belajar ke?” Aku senyum manis membalas senyumannya tadi. “ Ya.. baru form 5… abang?” Dia terangguk – angguk tanda mengerti. “ Abang tengah tunggu tawaran universiti ke Kairo Mesir.” Patutulah bakal ustaz rupanya dia ni. Peramah juga abang ni.
            “ Sedap suara abang azan tadi… abang ni budak tahfiz ke?” Dia mengangguk mak ai lelaki idaman aku tu. Tapi Azfar memberi aku pengajaran jangan menilai dari luaran jika tidak kenal dalaman. “ Terima kasih. Buat yang terbaik untuk SPM nanti.  Jika sedang menyukai seseorang dalam diam lupakan ia… dan cintailah seseorang kerana agamanya tapi sekarang jangan bercinta cintun nanti merana. Fokus dengan pelajaran dulu ok.” Dia senyum, aku hadam kesemua nasihatnya.
            Belum sempat dia melangkahkan kaki keluar daripada rumah aku sempat bertanyakan namanya. Hafiz Naufal Akahito. Baru aku tahu dia itu mualaf Jepun. Aku tanya kepada ibuku dia siapa tapi ibuku menjawab dengan jawapan yang tidak memberangsangkan. Dari situ la titik permulaan pertemuan antara kami berdua.
. . . . .
            Aku masuk ke dalam pusat sumber dengan hati yang riang. Alia dan Diana dengan selera mereka menjamu masa rehat di kantin. Mata aku sibuk melilau mencari sebuah buku Sejarah yang sudah lama ingin aku pinjam di situ. Aku senyum senang hati tatkala buku yang aku cari selama beberapa hari ini diletakkan semula ke dalam rak buku oleh seseorang.
            “ Nia. Kau pun minat sejarah ke?” Aku pandang wajah suara itu. Aku hanya senyum kelat lalu mengangguk. Azfar aku lihat tekun mencari sebuah buku di rak buku. Sampai bila hati aku dia akan curi aku pun tidak tahu. Berkali – kali aku cuba hilangkan perasaan itu namun hampa. Hati aku nanar tatkala melihat dia dengan kekasihnya.
            “ Kau memang suka stalk aku ke Nia?” Ujarnya serta merta pencariannya mati. Aku telan liur. Kelat. Pelik bagaimana dia boleh tahu hal itu. Segera aku menggelengkan kepala tanda menafikan.
            “ Kau suka aku tak Nia?” Wajah aku membahang kemerahan dengan soalan cepu mas nya. Aku geleng lagi. Dia ketap bibir lalu tersenyum sinis. Dia mendekatkan dirinya ke arah aku. Aku pula masih statik berdiri kaku di situ. Buku yang aku baca sambil berdiri tadi dia rampas sebelum memberikan senyuman sinisnya kepada aku lagi.
            “ Aku tahu kau suka aku Nia. Jangan nak tipu aku lah… aku tahu kau… selalu stalk aku dari jauh dari kita tingkatan dua lagi. Kau suka aku sebab apa Nia? Kau pandang aku dari luaran bukan dalaman. Kau tak kenal hati aku yang sebenarnya Nia. Kau gadis yang baik aku lelaki yang jahat. Aku nak kau lupakan aku macam aku… cuba lupakan kau… sebab aku suka kau Nia!” Aku tersentak. Bagaikan fantasi saat itu. Dia melangkahkan kaki keluar dari perpustakaan meninggalkan aku dalam  keadaan terpinga - pinga. Sungguh aku tidak tahu ingin berkata apa. Kata – kata Naufal masih tersemat di ingatanku. Cintailah seseorang yang mencintai Allah dari segala apa yang ada. Muka aku raup membuatkan tudungku rosak sedikit.
            Keesokan harinya seperti biasa aku ke sekolah seperti tiada apa yang berlaku. Aku lihat rumah Azraf kosong. Sunyi. Aku terserempak dengan teman wanitanya di dalam tandas semasa waktu rehat. Dia menangis teresak – esak membuatkan dahiku berkerut. Aku ingin memujuknya tapi tidak pasal – pasal nanti aku yang kena. Rakannya aku lihat mencuba untuk memujuknya.
“ Aku sayangkan dia, sampai hati dia tipu aku. Dia lari macam tu aje… aku tak tahu dia pergi mana… dia dah pindah pun tak bagi tahu aku.” Ujarnya kuat. Aku melangkahkan kaki keluar dari tandas lalu masuk ke dalam kelas. Hati aku berombak saat itu. Dua hari aku kaget. Azfar… pindah. Aku sendiri tidak tahu ke mana dia pindah begitu juga dengan rakan yang lain dan di situlah titik penanda bahawa aku harus melupakan Azfar buat selama – lamanya atau aku yang merana.
. . . . .
ENAM TAHUN YANG LALU . . .
            Aku mendepakan tangan lalu menghirup udara yang segar. Pemandangan hijau yang terbentang luas di hadapanku membuatkan aku tenang. Sungguh indah ciptaan Allah. Aku baru sahaja menghabiskan pelajaranku di Maktab Perguruan selama lima tahun. Lega hatiku cita – citaku akan tercapai tidak lama lagi. Aku menghabiskan masa cuti di kampung halaman. Walaupun datuk dan nenekku sudah lama meninggal dunia aku masih mahu melawat rumah kampung yang menghimpunkan seluruh keluargaku.
            Kaki diatur untuk pulang ke rumah memandangkan hari sudah lewat petang. Pasti mama dan ayah berasa risau di rumah. Iphone mulai berdering, belum sempat aku mengeluarkan telefon bimbit terasa beg tanganku ditarik kasar oleh dua orang peragut lalu berlari meninggalkan aku yang panik. Mujur sahaja ada seorang lelaki berbaju T-Shirt ungu bersongkok hitam lalu di situ, lantas segera aku meminta bantuan daripadanya. Dua orang peragut itu menghentikan langkah mereka sebaik baju mereka dicengkam kemas oleh lelaki itu. Aku menghampiri mereka lalu merampas beg tanganku dari salah seorang peragut yang berwajah cekung dan pucat.
            Seorang daripada peragut itu tersenyum sinis lalu mengetap bibir. Sikunya dihayunkan kuat ke belakang membuatkan cengkaman lelaki itu terlepas. Pisau ditarik dari poket seluarnya sebelum dihunuskan ke arahku. Aku tersembam jatuh sejurus sahaja badanku ditolak kasar. Aku lihat lelaki itu masih gagah berdiri di hadapanku walaupun lengannya sudah luka dihunus pisau sebentar tadi. Lelaki itu mengerutkan dahi menahan sakit sebelum wajahnya pula ditumbuk kuat oleh peragut itu. Aku bangkit dari dudukku untuk membantu tetapi dihalang oleh lelaki itu. “ Jangan biar syaitan menguasai kemarahan awak.” Ujarnya tenang. Dia masih dengan senyuman manisnya walaupun darah mulai kelihatan dari birai bibirnya. Belum sempat dua peragut itu menyerangnya lagi dia tangkas mengeluarkan seni mempertahankan dirinya sebelum dua peragut itu terjelopok jatuh.
            Sekumpulan orang kampung mulai kelihatan dari jauh. Aku lihat ayahku berjalan laju ke arahku. “ Nasib baik tak ada apa – apa… ni dua penagih yang kita cari ni dah kena tangkap dah apa lagi. Masukkan dia orang dalam lokap.” Ujar seorang lelaki yang kelihatan sebaya dengan ayah aku. Aku lihat lelaki bersongkok hitam dan dua orang peragut itu sudah dikerumuni oleh orang kampung. Kami saling berbalas senyuman.
            “ Naufal kan? Terima kasihlah nak bantu anak pakcik ni. Jom ikut kita orang boleh kita borak – borak sepanjang beberapa tahun pakcik tak nampak kamu ni. Orang arab dah datang ni.” Dia kembali. Ya aku hampir tidak perasan tadi. Sudah lama wajahnya tidak aku lihat dan aku sudah lupa bagaimana wajahnya kerana aku berjaya melupakan dia setelah mimpi itu tidak mengangguku lagi.   
            “ Jemput minum ayah… abang.” Aku menghidangkan teh kepada mereka. Aku lihat lengannya yang tercedera sebentar tadi lalu aku hulurkan sehelai tuala kecil dan pembalut serta mangkuk yang berisi air untuk merawat lukanya itu.  
            “ Orang arab. Macam mana belajar kat sana? Si Nia ni pun baru aje selesai kuliah dia.” Aku melangkahkan kaki masuk ke dalam dapur meninggalkan ayah serta Naufal di ruang tamu. Aku senyum kelat di situ. Mama hanya mengerutkan dahi pelik dengan kelakuanku.
            “ Ok aje pakcik. Sekarang saya tengah mengajar dekat sekolah tahfiz dekat tahfiz abi saya tu. Tak sangka jumpa Nia tadi, dah besar dia sekarang dulu kecil aje rajin dia kemaskan tikar dan sejadah.” Ujarnya sambil mengelap luka. Sesekali dahinya berkerut menahan sakit. Aku tambah senyum. Rupanya dia masih ingat tentang aku. Ibuku yang bertambah berkerut memukul bahuku lalu menggelengkan kepala.
            “ Nia.. ish kamu ni senyum – senyum. Kalau suka cakap aje biar mama ngan ayah datang merisik untuk kamu.” Aku tersengih. Tidak akan sesekali perkara itu terjadi kepada aku. Azfar dan Naufal hati aku lebih memilih Azfar entah kenapa dengan hati aku. Rosak barangkali.  
            Aku sekadar menguntumkan senyuman manis kepada pelajar yang lalu lalang di situ. Sesekali kelihatan sebuah kumpulan yang asyik berbisik melihat penampilanku. Pelik barangkali bagi mereka. Ya aku dengan kemeja lengan panjang berwarna merah jambu dan skirt labuh berwarna turqoise. Tudung Shawl berwarna biru melindungi auratku. Mereka pula sudah biasa dengan penampilan berjubah,abaya dan tudung labuh serta niqab.
            Naufal muncul lalu aku menguntumkan senyuman lebar dan semanis yang aku mahu kepada jejaka kacukan Jepun itu. Baharu aku tahu yang abinya itu merupakan rakan karib kepada arwah datuk setelah sekian lama aku bertanyakan kepada ibunda kesayanganku.
            “ Untuk abang. Thanks la sebab semalam.” Aku menghulurkan sebuah bekal berisi nasi goreng ciptaan aku sendiri.
            “ Susah – susah ajelah Nia. Sama-sama… lain kali jangan jalan seorang dekat area tu memang gelap dengar – dengar dekat kawasan tu ramai penagih.” Ujarnya lalu duduk bersebelahan denganku di sepanjang laluan menuju ke kelas. Besar juga pusat tahfiz abinya Naufal.
            “ Hehe Nia bosan lah… dekat sini tak seronok kalau guna kereta. Nia lebih suka jalan kaki lagipun Nia mana ada kawan kat sini. Lain la kalau Nia dah ada… suami. Hehe.” Ujarku selamba. Aku memang pelik. Aku tak pernah ada perasaan dekat Naufal tapi entah mengapa aku rasa nak sangat jadi isteri dia.
            “ Jodoh tu di tangan tuhan Nia… lambat atau cepat ada juga jodoh kamu tu nanti. Abang ni dah 25 tahun pun still bujang. Kita kena yakin… jodoh kita dah tertulis dalam luth mahfuzh.” Ujarnya. Aku hanya mengangguk faham.
            “ Luka abang dah ok? Maaf la sebab Nia lengan abang dah tercalar dan sebab Nia muka abang lebam sikit.” Dia sekadar tersenyum tenang. Aku suka lihat bila dia senyum. Ingin sahaja aku ungkapkan hasrat di hati ingin menjadi isterinya.
            “ Tak apa la Nia yang penting semuanya selamat kan.” Dia bangkit dari duduknya membuatkan aku turut bangkit dari dudukku.
            “ Abang ada kelas ni. Terima kasih ye Nia bagi abang nasi goreng istimewa ni. Assalamualaikum.” Aku tayang senyuman manis lagi dan perlahan – lahan kelibatnya mulai hilang dari pandanganku.
. . . . .
            Aku,Alia dan Diana saling berpelukan melepaskan rindu masing – masing. Aku kini berkhidmat sebagai seorang guru Bahasa Melayu. Alia pula sedang menunggu tawaran untuk bekhidmat sebagai doktor pakar bedah dan Diana sebagai seorang pereka fesyen.
            “ Untunglah kau orang dua dah kahwin aku ni hmm bila la nak kahwin.” Mereka berdua ketawa kecil mendengar luahan aku. Alia memaut bahuku diikuti Diana.
            “ Janganlah monyok Nia, aku yakin kau tak akan jadi andartu. Apa yang penting sekarang ni kau kena letak cinta kau yang utama dekat Allah. Ha nanti Allah akan permudahkan la urusan kau tu.” Ujar Diana. Aku hanya terangguk – angguk.
            “ Oh ya… ada kejutan buat kau Hanania Almira!” Alia mengangkat kening lebatnya bersemangat ingin memberitahu kejutan itu. Aku hanya ambil endah tak endah malas mahu mencari tahu bak kata Alia tak penting!
            “ Kau ni aku nak bagi tahu kejutan kau take donno aje.” Alia memuncungkan bibirnya ke depan. Ah merajuk mereka ada suami yang boleh memujuk mereka. Mereka berkahwin seawal usia 22 tahun. Memang muda tapi mereka matang tidak seperti aku.
            “ Ha.. pe dia?” Aku menghirup jus manga yanga ku pesan tadi.
            “ Azfar…dia dah kembali. Dia dah jadi pilot sekarang ni. Aku terserempak dengan dia tempoh hari masa nak travel dengan suami aku. Kejutan kan?” Aku senyum sinis. Dia kembali dan ada aku kesah. Tidak sesekali hatiku ini bisa kau sentuh semula. Cewah!                      “ Kenapa diam Nia? Sepatutnya kau teruja la yeahhh kekasih hati aku AKA crush aku kembali.” Giliran Diana pula membantu menaikkan semangat aku.
            “ Kesah ke aku kalau dia kembali. Dia bukan siapa pun… entah – entah dia tu dah berpunya dah kahwin muda ke macam kau orang.” Alia dan Diana saling berpandangan. Pelik dengan reaksi aku. Aku sudah melupakan dia seperti yang dia minta semasa hari terakhir kami bersua di dalam perpustakaan. Luahan hatinya aku anggap tidak penting.
            Perutku dari tadi asyik berbunyi. Aku lihat seluruh pelajarku tekun membuat latihan yang aku beri. Mataku tertumpu ke arah seorang murid perempuan bertudung asyik memerhatikan lelaki yang berada di sebelah kanannya. Aku tersenyum sendirian teringat aku juga seperti dia dahulu.
            Aku memecut laju Honda Civic pemberiaan ayahku ke sebuah Restoran kegemaranku di ibu kota. Aku lihat meja penuh dengan pelanggan yang asyik menjamah selera tengahari. Restoran Seri Bunga memang terkenal dengan masakannya dari Indonesia. Sebaik mengambil makanan aku mengerutkan dahi tanda tidak berpuas hati dengan lelaki berkaca mata hitam di hadapanku tetapi membelakangi aku sibuk bercerita sambil berdiri dengan sahabatnya barangkali. Tidak semena – mena aku terlanggar seorang budak perempuan yang ingin lalu disitu. Makananku jatuh mengotori baju lelaki itu. Aku ketap bibir. Dia sudah beriak tegang. Suasana dingin mulai menerpa.
            “ Maaf encik. Saya tak sengaja.” Lelaki itu membersihkan kemeja lengan panjang berwarna biru lalu menguntumkan senyuman lebar.
            “ Tak apa saya yang salah berdiri tengah laluan ni.” Aku menghembus nafas lega nasib baik dia sedar diri orangnya. Tapi kenapa wajahnya aku pernah lihat sebelum ini. Ya aku yakin aku pernah melihat dia sebelum ini.
            “ Hanania…Almira?” Soalnya sambil membuka kaca mata hitam. Ya itu dia. Dia kembali janganlah dia menagih cinta sebab aku juga mencuri hatinya. Aku bingung jika dia suka dekat aku siapa pula gerangan gadis yang sentiasa ikut ke mana sahaja dia pergi? Mengapa dia memutuskan hubungan dengan gadis itu. Siapa gadis itu di hatinya? Atau dia ingin mempermainkan aku. Aku dibelengu dengan persoalan.
            “ Azfar… lama tak jumpa. Urmm saya minta diri dulu la ye.” Selera makan aku hilang. Sakit hati aku bila mengenang peristiwa lama. Dia masih seperti dulu dengan senyuman yang membunuh. Aku peduli apa selama ni dia bukan pernah ambil tahu pasal aku pun. Menyampah. Aku melangkahkan kaki keluar daripada Restoran. Dapat aku lihat senyuman sinisnya dari ekor mataku.
            Aku senyum sinis melihat sejambak bunga mawar merah dan coklat berada di atas meja kerjaku. Tiada nama yang tertera di dalam kad ucapan. Tapi aku tahu siapa gerangannya. Lelaki itu memang kuat berusaha mencari apa yang dimahunya. Aku bingkas bangun lalu membuang benda yang tidak penting bagi aku itu ke dalam tong sampah.
            “ Cikgu Nia kebelakangan ni asyik terima hadiah dari orang misteri aje tapi dibuang pula. Sayang la coklat tu bunga tu tak apalah buang aje.” Ujar rakan setugasku lalu mengambil Coklat bar daripada tanganku. Aku sekadar sengih kelat.
            Aku memandu Honda Civic dengan hati yang riang. Rindu rasanya dengan ayah dan mama yang berada di Kedah. Aku berhijrah ke Kuala Lumpur sejurus sahaja aku mendapat tawaran bekerja di sana.
            Senyuman aku semakin mekar. Rindunya aku suasana meriah dengan kehadiran Harina dan suami serta anak kembarnya yang hiperaktif. Turun sahaja dari perut kereta sepasang kembar berlari menuju ke arahku lalu melompat – lompat keriangan. Aku menghulurkan sebungkus hadiah masing – masing kepada mereka sebelum mereka menyalami tangan aku.Aku berpelukan dengan mama serta Harina sebelum tangan ayahku aku salam.
 “ Cikgu Nia yang manis lagi ayu cek mek molek. Hang ni dah jadi cikgu pun masih malas ke nak datang dapur. Cheq dah banyak kali nasihat hang masih tak nak dengaq cakap gak apa kes lu!” Sudah Harina membebel ke arahku yang asyik menonton televisyen bersama anak kembarnya. Aku seraya bangkit dari duduk lalu menuju ke arah dapur. Biar cheq tunjuk pula cheq malas ni pun hebat tau tak dalam bidang masak ni.
            Aku tersenyum nipis melihat keluargaku begitu berselera menjamu makan malam mereka. “ Ni Nur Hanania Almira la mewarisi mama yang pakar masak. Macam mana kakak? Sedap dak?”  Harina aku lihat begitu berselera menjamu makan malam yang aku sediakan. Maklumlah dia sedang berbadan dua.
            Sesekali rakan mama yang bertandang ke rumah akan bertanyakan kepadaku jika aku sudah berpunya. Aku hanya menguntumkan senyuman manis. Jodoh biarlah jodoh yang datang kepada aku tidak perlu bagiku untuk mencarinya. Aku hanya menginkan seorang imam yang mampu untuk mendidik aku ke jalan syurga bukan kerana rupa.
. . . . .
            Senyuman manis terukir di bibirku saat melihat muka buku Harina. Comel sungguh anak kembarnya. Alangkah indahnya jika aku mempunyai keluarga sendiri. Namun senyumanku mati sebaik aku tersedar orang di sebelahku asyik merenung tepat wajahku yang sedang duduk di dalam Restoran kegemaranku. Perlahan – lahan aku menolehkan kepalaku disebelah. Senyuman manis terukir di bibirnya. Terlebih manis bagiku. Aku senyum nipis lalu kembali melihat skrin Iphone.
            “ Nia…awak marahkan saya ke sebab apa yang saya buat dekat awak selama ni?” Ujarnya lalu duduk di hadapanku. Aku mengerutkan dahi berpura - pura tidak mengerti walhal aku mengerti apa yang dimaksudkannya.
“ Pasal kita… masa dekat perpustakaan dulu… awak masih marahkan saya ke?” Aku mengeluh kasar. Aku tidak mahu memikirkan peristiwa itu lagi namun lelaki berkulit putih ini mengungkitnya semula.
            “ Saya tak marah pun yang dah lepas tu lepaslah tak usah nak fikir lagi.” Ujarku selamba. Dia senyum sinis.
            “ Saya nak kahwin dengan awak Nia. Saya masih sukakan awak tapi sekarang saya dah mula cintakan awak. Nak tak jadi isteri saya pasangan sehidup semati saya.” Aku ketap bibir sebelum mata kami bertaut. Lama. Aku bungkam seperti terkena panahan petir sahaja saat itu dengan kejutan yang dia berikan kepada aku.
            “ Tak.. saya tak nak. Ada perempuan yang jauh lebih sempurna dari saya. Saya dah lupakan awak seperti yang awak nak masa dalam perpustakaan dulu. Saya tak suka awak… lagi.” Aku bangkit dari duduk lalu meluru keluar daripada Restoran. Aku mengeluh kasar melihat kesesakan lalu lintas di luar Restoran tersebut. Selamat sahaja aku menyeberang jalan raya, langkah aku mati apabila terdengar sebuah kereta menekan hon keretanya dengan kuat. Darah aku mengalir laju tatkala itu. Jantung aku bagaikan kapal terbang berdegup pantas. Aku menoleh ke belakang ada segaris senyuman manis aku lihat di situ sambil berdiri tegak. Statik. Dia berjaya membuatkan aku bingung dengan perasaan aku sendiri.
            “ See… you still on crush with me Nia. So.. let’s get marry I love you.” Aku senyum sinis. Dia melangkahkan kaki menghampiri aku. Dia memang gila sebab sukakan aku yang sederhana. Dalam hati aku cuma meninginkan seorang imam seperti Naufal. Akan tetapi adakah aku menipu diri aku sendiri tentang perasaan aku terhadap Azfar.
            “ Awak hipokrit! Awak tunjukkan diri awak yang sebenarnya di depan saya. Sekali aje saya cakap. Saya dah lupakan awak dan pergilah semula dekat kekasih lama awak tu. Saya tak cantik macam dia tak sebijak macam dia. Saya tak sempurna banyak kekurangan.” Aku senyum manis seraya melangkahkan kaki menuju ke arah kereta. Dia masih berdiri kaku di situ. Aku masih sukakan dia cuma aku ingin Naufal,imam seperti Naufal.
            Azfar duduk termenung di halaman rumahnya  sambil merenung tepat rumah teres dua tingkat milik ayahku. Dia senyum sinis. Puan Nisa dan Encik Arman sudah bersiap menuju ke rumahku. Azfar masih duduk tenang di situ statik. “ Kau… akan jadi milik aku Nia. Aku peduli apa kau tak cantik ke yang penting hati kau yang seputih kapas tu. Kau tak sedar yang kau tu sebenarnya comel aje aku tengok bulu mata kau yang panjang mata kau yang bulat. Aku memang hipokrit tapi aku tak bermaksud nak ada kekasih hati.” Gumamnya dalam hati.
            Aku memicit kepalaku yang sedikit berpinar-pinar akibat tekanan yang aku alami. Mimpi semasa aku berusia 17 tahun kembali semula. Aku benci mimpi itu membuatkan aku tekanan. Seusai menunaikan solat subuh aku bersiap untuk memulakan kerja sebagai seorang guru Bahasa Malaysia. Seperti biasa baju kurung berwarna biru tidak bercorak aku kenakan dipadankan dengan tudung bawal merah jambu tersarung di atas kepalaku.
            Aku kaya dengan senyuman. Tidak kira pelajar atau guru aku berikan sebuah senyuman manis. Langkah aku mati sebaik aku melihat hamba Allah bersongkok hitam dengan kemeja lengan panjang berwarna hijau muda berjalan ke arah aku. Mata kami bertaut sebelum dia menguntumkan senyuman manis kepada aku. Dia imam yang aku idamkan selama ini.
            “ Assalamualaikum. Abang buat apa kat sini?” Ujarku dengan nada yang ceria.
            “ Waalaikumsalam. Ada ceramah agama kat surau hari ni tak sangka terserempak dengan Nia kat sini. Nia sihat?” Belum sempat aku menjawab namaku diseru oleh rakan setugasku. Aku memberikan jelingan kepada lelaki yang beruniform juruterbang dengan kaca mata hitamnya, tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar dengan senyuman manisnya yang mengalahkan gula. Dapat aku lihat pelajar yang lalu lalang di situ berbisik sesuatu. Pasti berkata mengenai penampilan Azfar.
            “ Saya tinggalkan kau orang bertiga kat sini ye.” Ujar rakan setugasku lalu beroleh pergi dari situ. Naufal masih statik berdiri di hadapanku sambil memegang sebuah buku agama. Azfar pula berdiri bersebelahan aku. Terasa kerdil diri aku dengan dia yang tinggi. Suasana sunyi selama beberapa saat hanya kedengaran bunyi kenderaan yang berada di luar perkarangan sekolah.
            “ Hai aku Azfar nama kau siapa?” Azfar menghulurkan tangannya kepada Naufal untuk berjabat tangan dengan senyuman sinisnya. Marah barangkali. “ Saya Naufal. Selamat berkenalan.” Tangan mereka saling berjabat. Lama. Dapat aku lihat Azfar setia dengan senyuman sinisnya namun Naufal masih beriak tenang.
            “ Kau orang berdua ni ada apa – apa ke? Oh ya by the way I’m Nia future husband.” Ujarnya selamba sambil berpeluk tubuh. Hati aku panas mahu sahaja aku mengeluarkan akido yang aku pelajari lalu memberikan kepada Azfar yang berlagak.
            “ Abang… tak jangan salah…” Belum sempat aku menjelaskan semuanya Azfar terlebih dahulu memotong bicara aku. Wajah aku membahang kemarahan namun aku cuba kawal kemarahan itu.
            “ Nia ni memang macam ni… dia malu nak mengaku aku ni tunang dia.” Mata aku membulat saat dia menuturkan ayat itu dengan selamba. Aku seperti patung cendana diam tidak mampu membuat apa – apa.
            “ Oklah saya kena minta diri dulu. Semoga perkahwinan kau orang berjalan lancar. Jaga Nia ni Azfar  macam jaga nyawa kamu juga. Nia… jaga diri elok – elok.” Air mata aku yang bertakung lama aku cuba tahan daripada turun. Hati aku seperti disiat tatkala itu. Aku cuma mahukan Naufal.. suami seperti Naufal. Aku senyum paksa dia membalasnya sebelum melangkahkan kaki menuju ke arah surau.
            Aku tewas dengan air mata yang akhirnya jatuh membasahi pipiku. Mata aku kabur dengan air mata. “ Saya sanggup buat apa aje Nia. Asalkan saya dapatkan awak. Maafkan saya.” Ujarnya tenang. Aku ketap bibir lalu merenung tepat anak mata hazelnya.
            “ Awak memang pentingkan diri. Saya bukan milik awak, saya milik Allah! Saya memang bodoh sebab pernah sukakan awak. Tolonglah jangan kacau saya… saya ada hak dengan siapa saya nak kahwin. Saya bencikan awak faham tak!” Dia senyum sinis mendengar aku protes. Seperti baginya itu semua tidak penting.
            “ Nur Hanania Almira… tunggu apa kejutan yang saya akan bagi awak nanti. Ni tujuan saya datang sini. Berikan amaran istimewa untuk cinta hati saya ni.” Aku kesat air mata aku. Kasar. Dia senyum manis. Aku hanya menjeling ke arahnya sebelum melangkahkan kaki masuk ke dalam pejabat. Hati aku menipu. Aku masih ada perasaan dengan dia. Tapi dalam hati aku cuma menginginkan imam seperti Naufal hanya itu yang aku mahu.
            Memang benar – benar kejutan yang dia berikan kepada aku. Mama menghubungi aku malam itu dan memberitahu sebuah berita yang membuatkan jantung aku hampir jatuh. Aku terduduk di atas katil sambil mengetap bibir. Kejutan itu bisa membuatkan aku sakit jantung.
            “ Nia.. macam mana? Hang terima ka? Mama tengok pihak lelaki tu beria – ia sangat siap bawa tiga dulang lagi macam nak kahwin aje ni baru merisik.” Aku bungkam. Lama aku berdiam hanya membiarkan mama berceloteh. Aku mengeluh kasar lalu bangkit dari duduk.
            “ Hujung minggu Nia balik. Assalamualaikum.” Aku lempar Iphone ku di atas katil. Hatiku berombak saat itu sakit hati dengan kelakuan Azfar. Dia semakin berani.
            Aku lihat suasana ruang tamu rumah dari luar kelihatan begitu meriah dengan sanak saudara sama ada jauh dan dekat. Terdapat juga segelintir jiran perumahan kami dan rakan mama dan ayah. Begitu meriah sekali. Aku lihat sebuah pelamin indah dihiasi dengan bunga mawar merah tersergam indah di situ. Aku hanya menguntumkan senyuman paksa sebelum masuk ke dalam rumah teres dua tingkat milik ayahku.
            “ Dah sampai pun orang penting ni. Duk sini diam – diam.” Harina memimpin tangan aku dan menyuruh aku duduk di atas pelamin. Aku lihat seorang jurugambar asyik mengambil gambarku. Aku pelik dengan situasi itu. Aku lihat ayah dan adik beradiknya yang lain duduk dihadapanku. Semua mata asyik memandang aku sebelum seorang wanita sebaya mama datang menghampiri aku. Aku semakin keliru apabila wanita itu ingin menyarungkan cincin di jari manisku.
            “ Puan… apa semua ni? Saya tak faham.” Ujarku sambil berkerut dahi. Dia tersenyum tenang di hadapanku. “ Mulai hari ni kamu dan anak makcik akan bertunang. Anak makcik kata kamu dah terima risikan tempoh hari. Dia nak cepatkan tarikh perkahwinan tapi sebelum tu dia nak kau orang bertunang dulu.” Aku bagaikan dihempap batu yang besar tatkala itu. Kaget dengan kejutan ini. Aku lihat orang yang duduk di sekeliling aku. Ramai sanak saudara aku dari sebelah mama dan ayah. Alia dan Diana aku lihat duduk tenang sambil melemparkan senyuman manis ke arahku. Aku buntu. Aku tiada pilihan lain selain menerima hakikat itu. Azfar begitu licik. Sedari kelmarin lagi aku berasa pelik mama menyuruh aku mengenakan baju kurung yang baharu dijahitnya semasa hari raya yang lalu. Mana mungkin aku akan menolak takdir itu mentah – mentah. Nama mama dan ayah aku akan tercemar jika aku tolak. Aku terpaksa akur.
            Sejurus sahaja cincin disarungkan di jari manisku bakal ibu mertuaku memeluk aku erat. Aku seolah – olah tiada perasaan tatkala itu. “ Terima kasih Nia… sudi terima anak makcik. Mulai hari ni panggil aje makcik mak ye.” Aku angguk dan tersenyum paksa.
            Tiga malam aku tidak dapat tidur lena memikirkan perkara ini. Biarlah keluargaku mengetahui bahawa aku menerima lamaran Azfar walaupun hakikatnya aku masih samar – samar menerima hakikat itu. Aku ketap bibir sambil berpeluk tubuh. Kedinginan menerpaku saat aku berdiri di hadapan balkoni rumah pangsa milik aku. Mata aku pejam menahan air mata turun dari tubir mataku. “ Cintailah seseorang kerana agamanya bukan kerana harta atau rupa paras.” Air mataku jatuh saat terimbas kata – kata yang pernah diucapkan oleh Naufal dahulu.
            Aku masih belum dapat menerima hakikat ini. Aku terduduk dengan esak tangisku. Bahuku terhinjut – hinjut tatkala itu. Aku terperangkap dalam perangkap Azfar. Genap tiga hari kami bertunang dia langsung tidak muncul memberikan penjelasan kepada perkara ini.
. . . . .
            Azfar duduk tenang di hadapanku dengan senyuman manisnya. Senyuman kemenangan bagiku kerana cita – citanya sudah tercapai. Sebulan sahaja lagi dia sah menjadi suami aku. Aku genggam erat kedua belah tanganku mengumpul segala kekuatan. Jus manga yang aku pesan tadi aku hirup sebelum mengeluh kasar.
            “ Saya minta maaf sebab buat macam ni Nia. Tapi saya tak boleh… saya terlalu cintakan awak. Saya tak nak orang lain rampas awak dari saya Nia. Saya redha kalau awak.. bencikan saya.” Aku ketap bibir. Aku renung mata hazelnya menahan air mataku jatuh dari tubir mataku. Aku buntu. Hati aku seolah – olah terkunci untuk membahas perkara ini.
            “ Kenapa… awak pilih saya? Bekas… kekasih awak dulu… kenapa tak pilih dia? Tak cukup ke awak dah buat hati saya hancur saya kecewa dengan awak dan awak jugalah yang suruh saya lupakan awak. Tapi sekarang apa… awak muncul nak jadi suami saya. Kalau inilah takdir kehidupan saya. Ok… saya terima. Tapi… jangan menyesal sebab saya bukanlah seperti yang awak nak saya tak sempurna.” Jelas kedengaran nada suaraku bergetar. Dia senyum sinis.
            “ Sebab hati kita saling memiliki Nia… awak curi hati saya dan saya curi hati awak. Awak hinalah saya hukum saya sebab dah buat hati awak hancur dahulu. Tapi tu dahulu Nia… saya nak mulakan lembaran baru dengan awak. Sampai mati pun saya tak akan menyesal dan saya juga bukan yang sempurna buat awak Nia. Tak ada manusia yang sempurna di dunia ni termasuk saya.” Aku buntu aku memang seorang penipu. Aku menipu hati aku yang pernah disakitinya dahulu. Benar kata Azfar hati kami saling memiliki. Aku redha jika dia menjadi imam dalam hidupku. Cuma aku mengimpikan imam seperti Naufal selama ini. Aku berpegang kepada konsep cintailah seseorang kerana agamanya seperti yang pernah dikatakan kepada aku dahulu.
            Naufal mengerjakan solat istikharanya. Memohon diberikan petunjuk kepada mimpi yang sentiasa mengganggu waktu tidurnya sebelum membaca Al-Quran.
 Laungan Azan kedengaran di masjid berhampiran kampung arwah Atuk. Aku lantas bangun dari tidur dan bersiap untuk ke masjid menunaikan solat subuh berjemaah. Dengan hati yang keberatan kad jemputan kahwin aku ambil daripada laci sebelum melangkahkan kaki menuju ke Masjid yang terletak 2 kilometer daripada rumah Atuk. Seperti biasa, aku dan keluarga akan mengisi masa lapang bercuti di kampung halaman di Perlis ketika musim cuti sekolah bermula.
            Tangan aku berketar sedikit sebelum memberikan kad jemputan perkahwinan kepada Naufal yang berbaju Selangor putih berdiri di hadapanku. Dia tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya saat membaca kad tersebut. Aku tersenyum paksa. “ Tahniah Nia dah nak jadi isteri orang dah ni. Abang akan pergi untuk adik abang yang seorang ni. Kalau dah jadi isteri orang tu nanti kena bijak jaga maruah suami. Jaga suami macam jaga diri Nia sendiri. Jangan derhaka dekat suami ingat syurga itu terletak di tapak kaki suami. Abang doakan Nia dan Azfar akan kekal bahagia sehingga akhir hayat kau orang.” Tenang sahaja kata – kata yang menusuk gegendang telingaku. Aku terangguk – angguk sebelum mama menyeru namaku untuk balik ke rumah.
            “ Aku terima nikahnya Nur Hanania Almira binti Ishaq dengan mas kahwinnya RM 700 tunai.” Aku menadahkan doa kepada yang ilahi bersyukur akhirnya aku selamat menjadi isteri kepada lelaki yang sudah lama mencuri hatiku. Aku tidak percaya namun Allah mempunyai aturan yang tidak dijangkau kepada hambanya. Kami saling berbalas senyuman sejurus sahaja dia menyarungkan cincin di jari manisku. Aku terkesima seolah – olah semuanya khayalan Azfar, yang aku sangka tidak pernah menganggap aku wujud rupanya menaruh perasaan kepada aku.
LIMA TAHUN YANG LALU . . .
            Aku termenung melayan perasaan di halaman rumah berkembar dua tingkat kepunyaan kami. Masuk setahun perkahwinan kami aku masih belum dikurniakan zuriat. Umurku baru mencecah usia 24 tahun masih muda aku juga kahwin muda seperti rakanku yang lain. Tiba – tiba pandanganku jadi gelap. Aku ketap bibir sebelum memegang erat tangan kasar itu. Aku senyum lebar orang yang aku rindu sudah balik ke rumah. Aku memeluk erat tubuhnya melepaskan rindu. Aku amat merindui dia. Hampir seminggu kami tidak bersama disebabkan jadual tugasannya begitu padat. Bau bunga mawar begitu menusuk ke rongga hidungku. Azfar begitulah rutinnya dia sentiasa memberikan aku sejambak bunga mawar merah seperti suatu masa dahulu selepas sahaja pulang daripada perjalanannya ke merata dunia.
            “ I love you Mr Pilot.” Tuturku sebelum bibir kami mulai bertaut. Rambutku yang ikal mayang kusut selepas sahaja dia mengusap lembut kepalaku. “ I love you more until Jannah.” Aku senyum dia turut tersenyum. Aku memaut lengannya sebelum masuk ke dalam rumah.
            “ Sayang masak apa ni? Rindu sangat dengan masakan awak.” Tuturnya lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. Aku menghidangkan lauk kepada Azfar sebelum membuka tali lehernya. Mata kami bertaut. Lama. Ada senyuman nakal terukir di bibirnya sebelum dia memeluk erat pinggangku membuatkan aku terduduk di atas ribanya.
            Aku cuba bangkit namun pelukannya semakin erat. “ Janganlah bangun dulu. Nanti lepas ni dah tak ada orang buat macam ni dekat awak macam mana? Tak rindu saya ke? Kalau boleh nak mati sama – sama dengan sayang kan best kalau macam tu.” Aku ketap bibir. Sejak kebelakangan ini selalu sahaja dia berkata sedemikian rupa. “ Awak… janganlah cakap pasal mati. Awak tak kesian dekat saya ke. Saya lagilah rindu dekat awak… Saya seorang aje dekat rumah ni jomlah makan. Meh sayang suap.” Aku menyuapkan nasi bersama lauk kegemarannya sebelum dia membuat perkara yang sama denganku. Aku hanya menurut duduk di atas ribanya sehingga dia selesai makan.
            “ Dinikahi wanita itu kerana empat perkara kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama nescaya engkau akan beroleh keuntungan hadith riwayat Bukhari dan Muslim. Maksudnya dalam hadith ni agama diletakkan nombor satu daripada empat perkara ni. Dari aspek harta, biarlah seseorang wanita itu miskin daripada harta kekayaan tetapi kaya dengan harta akhlak dan budi pekerti. Kedua dalam aspek keturunan tak apa kalau sekarang ni kita belum ada anak ingat kisah nabi Ibrahim dengan isterinya Sarah mereka sentiasa berusaha dan tawakal untuk memperoleh keturunan sehingga usia nabi Ibrahim mencecah 100 tahun dan lahirlah  nabi Ishaq. Ketiga kecantikan. Kecantikan dalaman dan luaran…kecantikan dalaman sebenarnya menguasai kecantikan luaran dengan sifat keibuan dan lemah lembut dan dalam aspek agama. Aspek yang terpenting dalam empat aspek ni. Tak apa kalau ilmu agama tu cetek kita boleh belajar dan belajar sehingga ajal menjemput kita. Ingatlah sesungguhnya siapa yang mati dalam menuntut ilmu sesungguhnya dia mati syahid, syahid akhirat. Saya… mencintai awak kerana agama yang awak miliki Hanania Almira.” Begitulah rutin harian kami selepas sahaja menunaikan solat isya Azfar akan memberikan sedikit usrah kepada aku. Aku bersyukur memiliki suami seperti Azfar yang aku pandang dia hipokrit dahulu. Azfar pada awal perkenalan aku dengan dia aku lihat dia seorang yang samseng. Kaki ponteng banyak masalah disiplin yang dihadapinya dan aku tiada motif untuk menyukai dia pada mulanya.
            Dia bangkit dari duduk lalu mengambil senaskah Al Quran daripada almari buku. Aku tersenyum manis sebelum bangkit dari dudukku memeluk erat pinggangnya. Lama kami begitu membuatkan wudhuknya terbatal. Aku takut jika aku terpisah dengannya. Aku amat mencintai dia aku takut kehilangannya. Perlahan – lahan air mataku jatuh membasahi pipi. Dia melepaskan tanganku lalu menoleh ke hadapan. Dia tersenyum manis senyumannya masih seperti dahulu. Air mataku yang jatuh dia seka sebelum mengucup lembut ubun – ubunku.
            “ Hanya ajal yang boleh pisahkan kita sayang. Janganlah sedih saya ada kan. I love you until Jannah. Terima kasih sudi menerima saya seadanya.” Tuturnya lembut sebelum memeluk erat tubuhku.
            “ Saya takut… kalau awak hilang dari mata saya. Terima kasih juga sudi jadikan saya suri dalam hidup awak.” Aku ketap bibir sebelum tersenyum manis.
            Azfar melepaskan aku daripada pelukannya sebelum mengusap lembut pipiku. “ Jangan takut… takutlah jika kita melakukan dosa kepada Allah. Saya akan ada di samping awak. Jika ditakdirkan suatu hari saya hilang dari mata sayang… ingatlah awak masih ada Allah yang menjaga awak.” Kata – katanya membuatkan aku terkesima. Aku meninggikan tumit kakiku sebelum bibir kami saling bertaut. Lama. Aku suka keadaan itu membuatkan hati aku begitu tenang apabila berada di sampingnya.
            Alia dan Diana mengerutkan dahi menunggu aku yang lewat datang ke butik milik Diana. Aku sengih kelat lalu melabuhkan punggung duduk di atas bangku yang disediakan. Aku mencubit pipi Arina, anak kepada Diana yang baru berusia setahun. Kadangkala aku berasa cemburu kepada mereka yang dikurnia anak. Alia juga sedang mengandungkan anak sulungnya.
            “ Maaf la hangpa semua cheq lambat sebab traffic jam.” Diana bangkit dari duduknya lalu menarik tanganku menuju ke sebuah bilik peribadinya diikuti Alia. Aku senyum lebar melihat blaus labuh dan tali leher rekaan aku yang dijahit oleh Diana.
            “ Ni ha hang punya rekaan dah siap dah. Bak sini duit, cheq nak duit komisyen.” Diana berpeluk tubuh. Alia menggeleng kepala melihat telatah kami. Tali leher yang aku reka akan aku berikan kepada Azfar sebagai hadiah ulang tahun yang ke 24.
“ Hang memang boleh jadi fashion designer la Nia… cantik rekaan hang. Baik tukar job aje jadi fashion designer.” Alia yang diam mulai bersuara. Aku sengih kelat bangga dengan pujian Alia.
            “ Ha sengih aje… so hang macam mana dengan suami AKA crush hang tu? Cheq suka sangat kisah hangpa ni. Boleh buat novel kot… cheq syukur sangat sebab hang kahwin dengan Azfar kekasih hati hang tu.” Diana mulai dengan celotehnya. Kalau dia bersyukur sehingga tahap itu aku lebih bersyukur dikurniakan seorang suami yang memahami, patuh dengan ajaran agama dan memang kelebihan Azfar dia seorang yang romantik.
            “ Cheq… takut kalau sesuatu jadi dekat dia. Sejak dua menjak ni cheq tengok dia lain macam aje. Suka termenung, suka cakap pasal kematiaan.” Aku senyum kelat lalu mengeluh kasar. Aku luahkan segalanya dengan rakan yang sama – sama membesar denganku. Aku hanya ada mereka selain Azfar di kota metropolitan ini.
            “ Nia… tu mainan perasaan kau aje. Azfar akan oklah. Janganlah dok pikiaq yang bukan – bukan Nia. Doakan aje suami hang tu selamat pulang.” Aku angguk sebelum memeluk erat tubuh Alia yang mulai membesar itu. Diana melangkahkan kaki menuju ke arah kami dan bermulalah jejak kasih saling berpelukan antara satu sama lain.
            “ Hang kalau bosan duk rumah seorang tu hang pergi aje butik cheq ni tapi kalau nak baju tudung percuma tak leh la. Kena bayaq gak.” Pecah gelak tawa kami bertiga saat itu.
. . . . .
            Tanganku berasa begitu hangat dengan pegangan Azfar yang berada di sebelahku. Kami pulang ke kampung arwah Atuk sejurus sahaja Azfar pulang ke rumah tengahari tadi. Pelik dengan Azfar tidak pernah diajaknya aku untuk pulang ke kampung. Katanya dia ingin menghirup udara yang segar selain ingin berjumpa dengan Naufal.
            “ Maafkan saya sebab selalu tinggalkan awak dekat rumah seorang. Kalau boleh saya nak bawa awak fly dengan saya. Setiap masa saya sentiasa rindukan sayang. Maaf yer.” Tuturnya lembut sebelum mengucup lembut tangan aku. Matanya khusyuk memandang sawah padi yang terbentang luas di hadapan. Aku senyum kelat sebelum melentokkan kepalaku dibahunya.
            “ Tak apa… saya ok aje. Selagi awak ada di samping saya… keadaan saya akan baik aje. Ingat tak masa sekolah dulu… kita selalu kena denda. Tapi awak macam tak tahu malu aje. Mula – mula awak selalu backup saya lama – lama awak pun ikut lewat masuk kelas. Kenapa awak buat macam tu?” Dia gelak kecil sebelum baring di atas ribaku. Mata kami saling bertaut. Tanganku dia genggam semakin erat seolah – olah tidak ingin melepaskan aku.
            “ Sebab… sayang comel sangat kalau kena denda dengan dahi berkerut semacam. Bibir diketap. Kesian la asyik kena denda aje. Sengaja saya nak temankan awak kena denda. Ok kan? Ala awak pun suka apa saya kena denda kita sama – sama kena denda.” Aku pukul lembut bahunya. Azfar selalu sahaja membuatkan jantungku berdegup pantas dari kadar biasa dengan kata – katanya.
            “ Awak tahu tak bila saya nampak awak dengan bekas kekasih awak yang jauh lebih cantik dari saya tu selalu pergi sekolah sama – sama saya rasa sakit sangat. Itupun awak sengaja ke?” Dia menggelengkan kepala sebelum mengesat air mataku yang mulai jatuh dari tubir mata sebelum dia bangkit dari baringnya lalu mendekatkan wajahnya ke arahku.
            “ Saya tak sengaja… maafkan saya. Saya tak nak dia buat sesuatu yang buruk dekat awak Nia. Dia gilakan saya dan saya cakap saya tak nak terima dia sebab saya nak kahwin dengan awak aje. Dia ugut nak rosakkan nama awak kalau saya tak terima dia jadi kekasih saya. Tapi hati saya untuk awak aje Nia sampai sekarang sehingga… nafas terakhir saya.” Aku memeluk dia erat aku salah. Aku pernah menuduhnya sebagai seorang hipokrit.
            “ Kalau suatu hari saya pergi buat selamanya… saya harap awak akan terima dengan hati yang tenang. Setenang sawah padi yang ada dekat depan kita ni. Saya akan jadi penjaga awak dari jauh.” Aku ketap bibir. Dia memang suka melihat aku menangis.
            “ Janganlah cakap macam tu. Awak dah tak sayang kan saya ke? Awak nak tinggalkan saya?” Azfar senyum lebar sebelum mengusap lembut kepalaku.
            “ Saya suka tengok awak nangis. Comel aje. Saya kan dah janji saya akan ada di samping awak sampai bila – bila. Itu janji saya dengan awak Nia.” Aku mengusap lembut pipi mulusnya sebelum tanganku pula menjadi mangsa kucupannya.
            Aku menyalami tangan ibu mertuaku. Tiba – tiba Azfar membawaku bertemu dengan ibunya keesokan harinya. Katanya dia rindu dengan ibunya walaupun baru sahaja minggu lalu dia bertemu dengan wanita sebaya mama.
            “ Az rindu sangat ngan mak la. Mak ni untuk mak dan ayah. Mana tahula kan tiba – tiba benda buruk jadi kat Az.” Azfar menghulurkan kunci rumah kepada ibunya. Ibu dan ayahnya saling berpadangan pelik dengan perilaku anak tunggalnya itu.
            “ Hang ni memang suka mengelamun kan Nia. Suami hang kat sebelah tu pun hang tak perasan. Kesian mama tengok dia dari tadi duk cari bini tercinta dia ni.” Aku tersenyum lalu memeluk mamaku erat. Aku lihat Azfar kelihatan sibuk mengeluarkan barang daripada kereta Porsche kesayangannya. Aku ingin membantu tapi dia menyuruh aku untuk berehat.
            “ Mama… apa tanda – tanda 100 hari sebelum kematiaan?” Aku tidak tahu kenapa aku tiba – tiba terfikir perkataan itu. Mama aku lihat sudah mengambil tempat di ruang tamu. Aku melangkahkan kaki duduk di hadapannya. Ayahku turut berada di situ.
            “ Mama tak pasti… abang pasti dak?” Soal mama kepada ayah yang khusyuk membaca surat khabar. Surat khabar dilipatnya sebelum anak mataku direnung tajam.
            “ Kematiaan menandakan perpisahan antara seseorang dengan orang tersayang. Tanda pertama dari Allah biasanya akan berlaku selepas Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan – akan mengigil dan rasanya sedap dan lega. 40 hari sebelum kematiaan juga akan berlaku sesudah asar. Bahagian pusat akan berdenyut – denyut. Pada ketika ini daun di Arasy yang tertulis nama orang yang akan mati akan gugur dari pokoknya. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atasnya iaitu mula mengikuti orang tersebut sepanjang masa sehingga saat kematiannya.” Aku terangguk – angguk dengan kata – kata ayah. Aku telan liur aku lihat Azfar melangkah masuk ke dalam rumah lalu memaut bahuku. Aku lihat wajahnya yang ceria pernah dia berkata kepadaku bahawa sejak kebelakangan ini dia merasa ada sesuatu yang mengikut ke mana sahaja dia pergi. Pelik.
            “ Tanda 7 hari sebelum kematiaan akan berlaku sesuatu yang luar biasa seperti melakukan sesuatu yang pelik dan mereka yang diuji dengan musibah penyakit akan mengidam sesuatu atau selera makannya bertambah secara tiba – tiba.” Aku mengerutkan dahi melihat Azfar yang berselera menjamah makan malam kami. Seperti tidak makan selama tiga hari sahaja lagaknya.
            “ Awak… perlahan – lahan la rindu ke masakan saya?” Dia angguk laju sebelum menguntumkan senyuman kepadaku lalu kembali menjamah makan malamnya. Aku harus nafikan dia akan baik – baik sahaja. Kata – kata ayah tempoh hari masih terngiang di gegendang telingaku.
            “ Tanda lima hari sebelum kematiaan akan terasa anak lidah bergerak – gerak. Jika tanda ini terjadi banyakkanlah zikir dan membaca al quran supaya dapat melafazkan kalimah syahadah dan memudahkan sakaratul maut. Tanda 3 hari sebelum kematiaan bahagian tengah dahi akan terasa berdenyut dan bergerak. Sekiranya orang itu sakit tenat, tiba – tiba kelihatan bertambah sihat yang menggembirakan orang sekeliling. Tanda dua hari sebelum kematiaan pada masa ini biasanya seseorang itu akan dapat melihat dan bertemu dengan roh orang yang telah meninggal dunia terutama roh orang yang mereka sayangi. Ketika ini juga mata hitam tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan beransur jatuh, ini dapat dikesan jika kita melihatnya di bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan – lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.” Seusai solat isitkharah. Aku tersenyum manis melihat Azfar yang tidur lena sebelum mataku jatuh melihat telapak kakinya. Aku mengerutkan dahi lalu menyentuh telapak kakinya. Dia terjaga dari tidur seraya memeluk tubuhku erat. Aku senyum paksa walaupun hatiku berasa tidak enak tatkala itu.
. . . . .
            “ Awak tukar shift dengan kawan awak? Baru je minggu ni awak balik. Nak ikut lah hehe.” Aku membetulkan tali lehernya sambil mengeluh dia hanya berdiri tegak merenung wajahku. Dari semalam dia hanya berdiam diri tidak seperti selalunya. Tali leher yang aku reka akhirnya menjadi miliknya setelah genap 24 tahun usianya.
            “ Nak ikut kena bayaq sendiri. Hantar saya ek. Awak tak reti kan nak pandu Porsche tu meh cheq ajar sikit. Nanti esok – esok boleh pandu Porsche ni tanpa saya.” Dia mengenyitkan mata ke arahku lalu mencuit lembut hidungku. Aku menyarungkan shawl ungu di atas kepala menurut kehendaknya menghantar dia ke KLIA. Belum sempat aku melangkahkan kaki turun ke bawah tubuhku dicempungnya sehingga ke luar rumah. Aku hanya membiarkan keadaan itu.
            “ Nur Hanania Almira… tahu tak apa maksud nama sayang tu?” Aku geleng fokus aku tumpukan ke hadapan. Sekali sahaja diajarnya aku sudah pandai memandu kereta kesayangannya ini.
            “ Maksud dia cahaya putri yang dikasihi Allah. Sebab tu rasa tenang sangat bila ada di samping awak. Awak memang putri dalam hidup saya memberikan saya cahaya untuk membimbing awak ke jalan yang dikasihi dan diredhai Allah seperti nama awak.” Aku tersenyum lebar lalu mengetap bibir entah mengapa hatiku berasa sebak tatkala itu. Aku mematikan enjin kereta sebaik sampai ke lapangan terbang. Aku menghantar Azfar sehingga ke balai pelepasan. Tangannya aku kucup. Sebelum pipiku terasa hangat dengan air mata yang mulai turun dari tubir mataku.
            “ Hanania Almira… terima kasih kerana sudi menjadi makmum kepada Azfar Halqi. Maafkan kekhilafan saya terhadap awak selama ni. Awak cinta hati saya. Jaga diri baik – baik jaga iman. Saya cintakan awak hingga ke jannah.” Aku dengar nada suaranya seperti bergetar aku tahu dia juga sedih dengan perjalanannya.
            “ Saya akan tunggu awak. Terima kasih sudi jadi imam yang baik dan sempurna di mata saya. Janganlah buat ayat sedih hehe. Saya cintakan awak juga sampai akhir hayat saya. Saya sayangkan awak melebihi nyawa saya sendiri. Terima kasih jadi khalifah yang baik dalam hidup saya.” Pelik dengan keadaan saat itu tidak pernah diberikan aku kata – kata seperti sedemikian rupa. Dia memeluk erat tubuhku aku tahu air matanya mengalir tatkala itu. Aku tersenyum nipis dia suka melihat aku menangis namun dia malu jika aku lihat dia mengalirkan air matanya.
            “ Jaga diri elok – elok ye sayang. Saya akan balik seperti selalunya.” Kami saling berbalas senyuman. Aku menyalami tangannya. Lama. Aku hanya melihat langkahnya menuju ke balai pelepasan sehingga perlahan – lahan dia mulai hilang dari pandanganku.
            “ Tanda sehari sebelum kematiaan seseorang itu akan berasa denyutan di kawasan ubun – ubun yang berlaku selepas waktu asar, di mana ini menandakan tidak akan sempat lagi dia menemui waktu asar hari berikutnya.” Azfar mengerutkan dahi melihat wajahnya di hadapan cermin sesudah dia menunaikan solat Isya. Wajahnya kelihatan tidak seperti kebiasaan dengan wajahnya yang kelihatan sedikit cekung. Iphonenya berbunyi menandakan panggilan telah pun masuk. Dia tersenyum lebar sebelum menjawab panggilan.
            “ Assalamualaikum cinta hati saya. Malam ni saya balik. Sabar ye baru dua hari dah rindu.” Aku hanya tersenyum kelat mendengar celotehnya.
            “ Waalaikumsalam. Ada tak ole – ole dari luar Negara tu? Mesti la rindu. Rindu sangat.”
            “ Ada… ole – ole ada dalam hati saya. Cinta saya untuk awak tu ole – ole dia. Rindu sayang juga. Saya nak siap ni kena datang awal. I Love You until jannah take care sayang.” Belum sempat aku menjawab dia mematikan panggilan aku mengeluh kasar sebelum menyarungkan telekung untuk menunaikan solat Isya.
            Aku terjaga dari tidur apabila Iphone ku berdering beberapa kali. Aku tersedar daripada tidurku di atas sejadah. Jam menunjukkan angka 1 pagi. Aku mengesat mataku sebelum melihat Iphone. Aku memuncungkan bibir sangkaan ku meleset bukan Azfar yang menghubungi namun nombor telefon yang tidak dikenali menghubungi aku.
            “ Waalaikumsalam ye saya Puan Nur Hanania Almira suami kepada Kapten Azraf Halqi. Ada apa ye?” Aku menjawab salam daripada seorang lelaki yang mengatakan bahawa dia merupakan kru MAS Airline.
            “ Saya harap… Puan bersabar dengan berita ni. Suami Puan… terlibat dalam nahas Kapal Terbang. Semua penumpang termasuk… Juruterbang dan pramugari dan pramugara tak ada yang selamat.” Nafas aku turun naik saat itu. Iphone ku jatuh daripada genggamanku. Aku ketap bibir sebelum memegang erat telekungku mencari segala kekuatan yang ada. Aku cuba bangkit dari dudukku namun kakiku terasa lemah. Azfar… meninggal dunia seakan bumi berhenti berputar tatkala itu. Ucapan cinta untuk aku yang diucapnya tadi masih terngiang – ngiang di gegendang telingaku.
. . . . .
            Alunan bacaan yassin kedengaran di ruang tamu rumah yang kami bina hasil daripada cinta antara aku dan Azfar. Aku hanya terbaring kaku di atas katil seperti mayat hidup dengan tangisanku yang entah sudah ke berapa kali. Aku memeluk erat gambar perkahwinan aku dan Azfar.
            “ Nia… sampai bila hang nak jadi macam ni nak. Tak kesian ka dengan Azfar. Terimalah pemergiaan dia Nia. Anak mama kuatkan.” Belakangku terasa hangat dipeluk oleh Mama. Aku tidak kuat untuk meneruskan kehidupan aku selepas ini. Aku hanya bergantung kepada Azfar. Tiada lagi kata dan ucapan cinta yang akan menusuk gegendang telingaku. Tiada lagi bunga mawar merah yang akan diberikan kepadaku seperti Azfar. Kapal terbang yang menuju ke Kuala Lumpur dari Hong Kong yang dipandu oleh Azfar dan rakan setugasnya dikhabarkan telah terhempas akibat cuaca yang buruk berlaku di Negara itu.
            Aku tidak dapat lagi mengecam wajah Azfar. Dia hangus terbakar dalam nahas itu. Namun aku mendengar daripada pihak pengurusan jenazah bahawa wajahnya masih tetap tenang dengan senyuman yang sentiasa dia berikan kepada aku. Aku rindu dia. Seperti separuh jiwaku pergi saat ini. Tiga bulan tragedi hitam itu terjadi aku seolah – olah seperti mayat hidup. Aku bukanlah Nur Hanania Almira yang ceria seperti dulu. Aku berubah drastik.
            Mama membawa aku ke kampung halaman arwah atukku memandangkan itu permintaan aku. Aku ingin ketenangan. Aku memaksa diriku untuk menjadi kuat. Aku harus kuat untuk menjalani kehidupan ini tanpa Azfar di sisiku.
            “ Sampai bila kau nak jadi mayat hidup ha Nia! Kau ni kan heyshh susah la nak cakap dengan kau degil sangat. Kau ingat kau macam ni kau boleh buat Azraf hidup lagi ke! Kalau dia ada pun dia sedih kau faham tak tengok kau macam ni. Kau memang tak sayangkan Azraf. Dia tak tenang Nia kau faham tak ni.” Aku ketap bibir saat mendengar herdikan Diana. Alia hanya duduk tenang di sebelahku. Aku hanya memandang sawah yang terbentang luas di hadapanku.
            “ Kau tak pernah rasa apa yang aku rasa Diana. Kau masih ada suami kau dah ada anak kau nak apa lagi Diana! Kau orang berdua jangan ganggu aku boleh tak. Aku… nak mati aku nak ikut jejak Azfar.” Satu tamparan Alia berikan kepada aku. Alia senyum sinis lalu bangkit dari duduk merenung tepat wajahku sebelum air mataku turun lagi dari tubir mata.
            “ Aku rindukan dia. Kau orang sendiri tengok kan macam mana perasaan aku dekat dia masa dekat sekolah sampai sekarang. Aku tak boleh lupakan dia. Dia cinta pertama dan terakhir buat aku. Kenapa… Allah tu kejam sangat. Kenapa Allah tak nak berikan aku kebahagiaan yang aku harapkan. Kenapa Diana.. Alia?!” Mereka bungkam sebelum aku terduduk di atas pangkin. Mereka memeluk erat tubuhku sambil menangis teresak – esak.
            “ Allah tak kejam Nia. Allah cuma nak uji keimanan awak aje. Awak wanita yang baik. Allah nak uji sejauh mana kesabaran awak dengan musibah yang dia berikan.” Kedengaran suara menjawab persoalan aku dari belakang. Naufal memberikan aku senyuman tenang sambil memberikan seutas tasbih kepada aku.
            “ Berzikirlah ingat Allah. Awak kena sabar Nia. Bukan ini yang Azfar nak dia cuma nak awak kuat… sabar.. dia cuma nak Al fatihah dari awak aje sebagai makanan dia kat sana. Bukan kesedihan awak. Awak cintakan Azfar kan? Kesabaran itu tanda awak cintakan dia. Ya kami semua tak pernah lalui seperti yang awak lalui tapi ingatlah ada yang lebih teruk musibah yang mereka hadapi berbanding awak. Nia.. awak masih ada mak ayah keluarga awak rakan – rakan dan yang paling penting awak masih ada Allah. Ingatlah Allah tu tak kejam dia cuma nak uji keimanan dan ketakwaan awak.” Aku telan liur sambil mengesat air mataku. Kata – kata Naufal begitu menusuk ke kalbuku. Aku mencuba untuk memberikan segaris senyuman sambil mengeluh kasar. Benar kata dia. Aku harus kuat menjalani kehidupan yang Allah berikan kepada aku. Aku harus ingat kata – kata yang sentiasa diberikan Azfar kepada aku seusai usrah kami selepas sahaja waktu solat.
. . . . .
TIGA TAHUN YANG LALU . . .
            Suasana di rumah anak yatim Solehin kelihatan begitu meriah dengan kedatanganku sebagai pengasas di sana. Itu merupakan permintaan Arwah Azfar suatu ketika dahulu seperti yang diberitahu oleh ibunya. Aku mengusap lembut kandunganku yang baru mencecah lima bulan hasil daripada perkahwinan aku dan Naufal. Setahun selepas pemergiaan Azfar, Naufal merisik aku untuk dijadikan isteri. Azfar seperti tahu sahaja bila ajalnya pelbagai persiapan yang dia lakukan meskipun terdapat sedikit perkara yang membuatkan dia makan hati sendiri. Dia menyuruh Naufal menggantikan tempatnya jika sesuatu yang buruk berlaku kepada dia.
            Azfar cinta pertama aku…dan aku akan tetap mencintai dia. “ Sayang kenapa datang sini. Kesian baby ni asyik jalan aje tak rehat kan anak ayah.” Naufal mengusap lembut kandunganku sebelum mengucupnya. Aku genggam erat tangan Naufal dia imam seperti yang aku harapkan selama ini. Ternyata Allah merancang perjalanan hidupku dengan cara begini. Aku dapat merasakan hidup bersama lelaki yang aku suka semasa di bangku sekolah dan lelaki yang aku impikan untuk menjadi imamku seperti Naufal.
            Antara Naufal dan Azfar tiada bandingnya. Mereka sama masing – masing ada kelebihan yang tersendiri. Aku bersyukur dikurniakan dua orang suami seperti Naufal dan Azfar. “Mama... ni hadiah untuk mama dan ayah. Selamat ulang tahun perkahwinan. Terima kasih sudi jadi ibu dan ayah kami.” Aku senyum manis lalu memeluk erat tubuh anak angkat perempuanku yang berusia tiga belas tahun yang kematiaan ibu bapa semasa nahas kapal terbang yang turut meragut nyawa Azfar cinta hatiku.
            “ Terima kasih Iffah. Sama – sama. Ok anak – anak duduk semua hari ni ayah nak berikan usrah yang bertajuk musibah dan nikmat.” Aku duduk tenang bersebelahan suamiku yang sedang memberikan usrah Jumaat kepada anak angkat kami. Rumah berkembar tanda cinta aku dan Azfar dijadikan sebagai rumah anak yatim. Aku kini berhijrah ke kampung halaman ibu dan tinggal bersama Naufal di dalam sebuah rumah teres di Perlis. Aku sanggup mengikut ke mana sahaja dia pergi asalkan dia berada di samping aku. Ada hikmat di atas kehilangan Azfar. Aku berlajar cara menghargai dan kesabaran. Naufal menjadi penguatku selain keluarga dan rakan – rakan. Ada Allah yang sentiasa menjaga aku dari jauh.
            “ Musibah dan Nikmat. Kedua – duanya ujian yang diberikan Allah kepada setiap hambanya. Nikmat merupakan bentuk kesenangan, keperluan dan keselesaan yang diterima seseorang. Seperti kesihatan, keamanan,keselesaan, harta benda, makanan,tempat tinggal dan banyak lagi. Bila kita dapat nikmat ni kita kena bersyukur ucapkan Alhamdulillah. Kita mesti menggunakan nikmat Allah ke jalan yang diredhainya. Musibah pula bentuk kesusahan, kesulitan dan halangan yang dihadapi oleh seseorang seperti kematiaan, kesakitan,kehilangan dan kemalangan. Bila dapat musibah kita kena bersabar berdoa banyak – banyak kepada Allah supaya Allah ringankan beban kita. Allah sayangkan kita sebab tu dia berikan kita musibah.” Aku lihat semua anak angkat kami terangguk – angguk mengerti dengan pesanan yang disampaikan Naufal.
            “ Ayah apa yang nak dibuat kalau kita ditimpa musibah?” Soal Hakimi kepada Naufal.
            “ Bersabar dan berdoa. Banyakkan ibadah sunat seperti solat sunat,puasa sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Berzikir untuk mengingati kekuasaan Allah dan ingatlah Allah tak kejam berikan kita musibah dia cuma sayangkan kita dengan ujian yang dia berikan.” Ujarku tenang. Aku juga pernah ditimpa musibah yang pernah membuatkan hati aku jadi mati. Aku tidak ingat bahawa ada lagi insan yang menyayangi aku.
. . . . .
            “ Kalau abang nak yang baru… Nia setuju aje kalau itu akan buat abang bahagia.” Tuturku dalam nada yang sedikit bergetar. Ramai wanita di luar sana yang menginginkan Naufal menjadi suami mereka termasuk seorang gadis yang muda setahun dariku yang sebenarnya ingin dikhawinkan oleh ibu Naufal kepada Naufal. Cantik orangnya dengan niqab yang menutupi wajahnya tidak seperti aku. Aku bukan wanita bertudung labuh namun aku masih menutup aurat mengikut syarak.
            “ Apa yang Nia merepek ni? Abang ni untuk Nia seorang aje abang tak kan poligami. Abang tak nak Nia menderita. Sebab abang terlalu cintakan Nia.” Tuturnya lalu melipat sejadah seusai membaca Al Quran. Aku mengeluh kasar lalu mengusap lembut kandunganku.
            “ Tapi ini… umi nak abang kahwin lagi. Abang… syurga abang terletak di bawah telapak kaki umi. Abang kena turutkan permintaan umi selagi benda tu tak bertentangan dengan agama. Abang kena lebihkan cinta abang dekat umi berbanding Nia. Nia akan ok aje.” Aku memberikan senyuman manis kepada Naufal sebelum dia duduk di atas birai katil.
            “ Abang tahu! Ok baiklah kalau itu yang Nia nak! Abang hargai sangat pengorbanan Nia tu tapi tolonglah faham keadaan sekarang ni. Nia mengandung dan benda tu tak akan jadi.” Tuturnya dalam nada yang tegas. Aku ketap bibir sebelum bangkit dari duduk.
            “ Nia dah kata Nia akan ok! Abang tak faham ke? Nia tak nak abang berdosa apa salahnya kahwin aje poligami. Nia sanggup selagi abang tak berdosa sebab tak ikut cakap umi. Dia nak sangat abang kahwin dengan Mardiah.” Aku ketap bibir. Aku tidak ingin dia dihujani dengan dosa. Umi asyik memujuknya untuk berkahwin dengan Mardiah. Ustazah yang berkhidmat di situ dan juga anak rakan baik umi. Aku tahu dosa aku kerana meninggikan suara kepada suami telah tertulis tapi aku terpaksa.
            Mama memarahi aku kerana pulang ke rumah tanpa izin Naufal. Hati aku hancur apabila melihat umi seperti tidak menyukai aku. Ada sahaja kesalahan aku di mata umi. Mardiah pula selalu dibangganya.
            “ Maaf ye Naufal. Mama dah pujuk bini kamu tu suruh balik tapi dia tu tak mau. Mama harap hang faham la yer Naufal. Faktor pembawaan budak la katakana hati dia sensitif tak boleh tengok benda yang buat dia sakit hati.” Aku hanya mendegar perbualan mama dan Naufal melalui telefon rumah. Anak mataku merenung ke luar jendela melihat rumah orang tua milik arwah Azfar.
            “ Heyshh hang ni kan Nia… mama tak faham la dengan kamu ni degil sangat. Kamu tak pikiaq pasal laki hang tu ke. Tak kesian dengan dia ka. Seminggu dah kamu mai sini tak reti nak balik ke. Nia…” Aku mengeluh kasar lalu merenung anak mata mama. Aku senyum kelat lalu memegang erat tangannya.
            “ Nia nak buat apa ma? Nia sayangkan Abang… Nia tak nak dia berdosa.” Tuturku dalam nada yang sebak. Aku cemburu dengan Mardiah yang selalu mendapat tempat di hati umi.
            “ Kenapa ni Nia? Hmm cuba hang citer dekat mama.” Aku ketap bibir. Menahan air mataku daripada jatuh.
            “ Nia… suruh abang… poligami.” Suara aku terketar – ketar saat itu. Aku lihat riak wajah mama bertukar tegang.
            “ Astaghfirullahalazim Nia! Apa yang kamu merepek ni ha! Naufal tu cuma nak kamu seorang aje sampai hati kamu buat dia macam ni Nia. Ayah ada ajar kamu buat macam ni ke? Ingat sikit Nia biarpun dia cuma cinta kedua kamu, tapi dia jadikan kamu sebagai cinta pertama dia. Kamu tahu tak kamu dah berdosa Nia? Ini ke yang ayah ajar dekat anak ayah.” Aku tunduk mendengar herdikan ayah yang muncul dari belakang. Ayah memang marah waktu itu. Aku tahu aku berdosa tapi dalam masa yang sama aku tidak mahu Naufal turut berdosa kerana tidak mengikut perintah uminya.
            Aku melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik. Mama dan ayah hanya menggeleng kepala melihat kelakuanku. Aku terduduk sejurus sahaja mengunci pintu bilik. Aku ketap bibir sebelum bahuku mulai terhinjut – hinjut dengan air mata yang mengalir.
            “ Tengok lah isteri kamu tu dekat dua minggu tak balik. Umi suruh kamu kahwin dengan Mardiah tak nak kamu pilih Nia tu juga. Kamu boleh poligami Naufal, jadikan Mardiah isteri kedua kamu. Tak kesian ke dengan Mardiah ni dia dah tak ada siapa – siapa. Menumpang kasih dengan kita aje. Kalau kamu kahwin dengan dia sekurang – kurangnya ada juga yang jaga dia.” Tangan Naufal ligat menyemak buku latihan anak muridnya. Mardiah hanya menjadi pendengar setia perbualan antara ibu dan anak itu. Jujur dalam hati gadis berniqab itu dia mahu menjadi isteri kepada Naufal. Sudah lama dia menyimpan hasrat itu. Mereka saling mengenali dari kecil lagi. Namun semuanya berubah dia redha jodohnya bukan bersama Naufal.
            “ Umi… maafkan Naufal. Nanti Naufal fikirkan tapi bukan sekarang dan izinkan Naufal keluar daerah nanti. Naufal nak jemput Nia… dah lama sangat dia jadi macam tu.” Puan Aisha hanya menggeleng kepala dengan kata anaknya. Dia menyayangi dan menerima Hanania cuma dia kasihan akan Mardiah yang sudah lama menunggu Naufal menjadikan dia isterinya.
            Aku hanya memandang kosong Iphone yang dari tadi asyik berdering menandakan panggilan telah pun masuk. Setiap hari aku mendapat panggilan daripada Naufal namun aku hanya membiarkan. Aku mengeluh kasar sebelum menjawab panggilan Naufal. Suara yang aku rindu mulai kedengaran.
            “ Sayang… dah tak sayangkan abang lagi ke? Sampai bila nak jadi macam ni Nia? Abang rindukan Nia sangat. Abang sunyi Nia tak ada… abang rindu Nia dan anak kita. Pulanglah Nia. Kalau Nia nak sangat abang poligami ok abang akan buat tapi abang merayu… baliklah Nia. Tak kesian dekat abang ke? Nia?” Aku ketap bibir duduk di atas birai katil. Aku senyum kelat hanya membiarkan suara Naufal sahaja yang menusuk gegendang telingaku. Sungguh aku merindui dia. Aku cuma tidak ingin dia berdosa kerana tidak mengikut perintah uminya.
            “ Abang rindu suara Nia… tak nak cakap sesuatu dekat abang ke?” Aku diam sambil mengusap lembut kandunganku. Suaranya jelas kedengaran sedikit bergetar seperti menahan sebak.
            “ Abang minta maaf sebab buat hati Nia sakit. Nia tak nak cakap apa – apa dekat abang ke? Abang nak jemput Nia ni. Tunggu ye.” Aku diam lagi air mataku mengalir deras.
            “ Abang sayangkan Nia… cintakan Nia. Assalamualaikum. Tunggu abang jemput Nia malam ni.” Panggilan dia matikan. Aku baring di atas katil melayan perasaan. Bahuku terhinjut – hinjut dengan air mataku yang semakin deras mengalir dari tubir mata. Perlahan – lahan mataku mulai tertutup. Aku rasa penat dengan semua yang berlaku kepada aku.
. . . . .
            Mama menggerakkan tubuhku membuatkan aku terjaga daripada tidur. Aku lihat jam menunjukkan angka 1 pagi. Mama memberikan aku tudung bawal lalu memimpin tangan aku perlahan – lahan turun ke bawah. Aku mamai sebelum mama menyuruh aku segera masuk ke dalam persona ungu milik ayah.
            “ Nia… Naufal. Dia kemalangan… keadaan dia tak berapa stabil. Dari tadi mama kejutkan kamu tapi kamu tak dengar nasib baik ada kunci pendua. Cuba tengok Iphone kamu tu. Banyak panggilan dari Naufal kamu tak jawab. Hummer dia bertembung dengan lori yang bawa minyak sawit Nia… mama tak boleh cakap. Cuma yang mama tahu kereta dia habis terbakar.” Mama memeluk aku erat. Aku menangis dan menangis. Aku takut kehilangan imamku buat kali kedua. Aku degil. Semuanya salah aku jika aku tidak berdegil semuanya tidak akan belaku.
            Aku sempat memeluk erat tubuh Naufal yang berlumuran darah sebelum dia dibawa ke bilik pembedahan. Keadaannya begitu kritikal. Mama menarik tubuhku lalu memeluk aku erat. Cuba menenangkan aku yang dalam kesedihan. Aku lihat umi dan abi melangkahkan kaki ke arahku dan duduk bersebelahan mama.
            “ Nia… nak ke mana pula ni?” Soal mama apabila melihat aku bangkit dari duduk. Mulutku berkumat – kamit membaca zikir untuk menenangkan jiwaku yang gusar. “ Nak ke surau kejap… nak solat hajat. Cukuplah… Nia pernah rasa kehilangan suami… Nia tak nak rasa buat kali kedua. Izinkan Nia.” Aku senyum tawar. Mama bangkit dari duduknya aku lihat wajah umi masih dalam kesedihan. Aku menuju ke surau ditemani mama.
            Air mataku turun bercucuran lagi. Terimbas saat aku dimaklumkan mengenai pemergiaan Azfar dalam nahas kapal terbang seawal pukul 1 pagi persis seperti saat ini. Aku duduk berteleku di atas sejadah memohon kepada yang maha esa agar suamiku diselamatkan. Dokter mengesahkan bahawa Naufal mempunyai pendarahan yang teruk di dalam otaknya.
            “ Maafkan Nia… semua ni sebab kedegilan Nia. Nia redha kalau umi nak hukum Nia… abi nak suruh abang ceraikan Nia. Maafkan Nia disebabkan kehadiran Nia dalam keluarga abi dan umi… abang jadi anak yang degil sebab tak ikut kemahuan umi. Maafkan kesilapan kita orang. Jangan marahkan abang umi… Nia yang bersalah. Sebab Nia muncul dalam hidup abang.” Aku sujud di bawah kaki umi sambil mengetap bibir. Aku mencuba untuk tidak mengalirkan air mata. Aku sudah cukup puas selama beberapa tahun aku hidup berumah tangga air mataku sentiasa tumpah dari tubir mata.
            “ Umi yang salah sebab desak kau orang berdua Nia. Kamu tak salah… umi bersyukur kamu sudi menerima anak umi apa seadanya. Kami tak akan buat macam tu Nia. Umi sedar kekhilafan umi selama ni. Umi cuma kecewa sebab Naufal lebih memilih kamu berbanding pilihan umi sendiri. Umi simpati dengan Mardiah… selama ni dia cuma menumpang kasih sayang kami aje. Tanpa umi sedar yang Mardiah dah ada pilihan dia sendiri. Maafkan umi.” Umi memeluk erat tubuhku aku senyum manis. Aku yakin semua perkara musibah yang terjadi kepada aku ada hikmatnya. Aku… sentiasa dihujani dengan kejutan yang tak ku duga.
. . . . .
            Aku ketap bibir duduk di atas kerusi di hadapan Naufal yang koma. Hampir sebulan dia koma dan hanya dibantu dengan alat bantuan pernafasan dan monitor jantung. Kepalanya yang sentiasa ditutup dengan songkok atau kopiah dibalut dengan balutan putih.  Dia kehilangan banyak darah dalam tragedi itu. Aku redha jika dia hilang ingatan asalkan aku masih dapat menatap wajahnya itu. Aku sentiasa memberikan bacaan yassin kepadanya. Dia pernah memberitahu kepada aku jika seseorang itu koma sedekahkan yassin kepada dia nescaya orang itu perlahan – lahan akan beransur pulih.
            Air mata yang mengalir aku kesat sebelum tersenyum kelat. Naufal lelaki impianku dan akhirnya ia menjadi nyata. Azfar lelaki yang aku suka dan akhirnya ia menjadi nyata apabila kami diijab Kabul namun kami terpisah akibat tragedi. Ada hikmat yang tersembunyi. Allah berikan aku dua orang pembimbing yang aku idamkan. Tangannya yang dingin aku genggam erat sebelum mengucupnya lembut. Aku rindu Naufal.
            “ Dua bulan aje lagi anak kita lahir. Abang sedarlah… tak kesian ke dekat kita orang. Siapa yang nak azan atau iqamat anak kita ni? M..aafkan Nia. Sebab Nia abang jadi macam ni. Nia nak buat apa lagi? Bangunlah. Nia rindu suara abang.” Aku menyembamkan kepalaku di atas katil di sisinya sambil menggenggam erat tangannya. Aku tersenyum kelat melihat bunga mawar merah di atas meja sisi katil.
            “ Alia… suami aku. Dia ada harapan kan untuk sembuh? Untuk sedar dari… koma dia?” Alia memegang erat tanganku apabila kami duduk di dalam sebuah kafe yang terletak di dalam hospital itu. Dia angguk laju sebelum memberikan senyuman manis kepadaku.
            “ Yakinlah Nia. Abang Naufal tu akan baik aje. Lagipun kau nampak sendiri kan? perubahan dia. Dia dah ada kemajuan.” Tuturnya lembut.
            “ Nia… kau sabar lah yer. Kesian anak kau tu… dia perlukan makanan, kau macam dah tak jaga masa makan aku tengok. Kami akan selalu ada di samping kau Nia. Kami yakin suami kau akan sembuh seperti sediakala sikit aje lagi. Sabar lah.” Diana mengusap bahuku lembut sambil tersenyum manis. Aku tersenyum bersyukur mendapat rakan yang sekepala dan memahami seperti mereka.
            Tanganku berketar untuk memulas tombol pintu. Terdetik rasa cemburu dalam diriku tatkala melihat Mardiah dan umi duduk bersebelahan Naufal. Aku senyum kelat sebelum duduk di luar bilik. Lama mereka di dalam. Aku menunduk sambil mengusap kandunganku yang berusia enam bulan. Semasa pemeriksaanku tadi pagi, dokter mengesahkan bahawa anak yang berada dalam kandunganku perempuan.
            Aku senyum manis ke arah Mardiah sebaik gadis yang muda setahun dariku itu keluar daripada bilik Naufal. Dia membalas senyumanku di sebalik niqab hitam yang digunanya lalu duduk bersebelahanku. “ Boleh saya sentuh?” Aku angguk sebelum dia mengusap lembut kandunganku.
            “ Saya… suka tengok peribadi akak. Akak memang penyabar. Maafkan Diah sebab selalu buat akak sakit hati. Maafkan Diah sebab buat akak cemburu sampai jadi macam ni akak gaduh dengan abang.” Dia menundukkan wajahnya dan merenung kandunganku. Aku memegang bahunya dengan senyuman yang masih tersisa.
            “ Jangan salahkan sesiapa dalam hal ni. Masing – masing ada kesilapan. Tak ada orang yang sempurna dalam hidup ni betul tak ustazah?” Dia tergelak kecil lalu memeluk erat tubuhku.
            “ Dan sungguh kami akan berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kematiaan dan buah – buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang – orang yang sabar. ( Q.S Al-baqarah 155 ) Allah berikan akak musibah sebab Allah sayangkan akak. Abang Naufal dan Azfar sebenarnya beruntung sebab dapat isteri yang solehah macam akak. Sabar adalah timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah dan Allah tidak akan mungkir janji dan dengan sabar hati begitu optimis bahawa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus seorang hambanya. Diah yakin abang akan sihat seperti sediakala. Dia tu seorang yang kuat berusaha namun dia juga ada sikap sabar. Dia pernah cakap dekat Diah yang…ada seorang gadis yang dia nak jadikan isteri lepas aje dia balik dari Kairo… tapi… semuanya hancur bila gadis tu kahwin dengan orang lain. Gadis tu akak… Akak Nia. Dia mencintai akak kerana agama akak.” Aku tahu air matanya mengalir di sebalik niqab yang menjadi pelindungnya itu. Aku ketap bibir aku diberikan kejutan lagi. Mengapa Naufal tidak pernah berkata seperti itu kepada aku. Dia sakit hati sendiri… makan hati.
            “ Diah… jom kita balik. Nia… kita orang balik dulu ye. Kamu dah makan Nia?” Aku angguk umi senyum ke arahku sebelum kelibat mereka mulai hilang dari pandangan. Aku duduk melayan perasaan di luar. Lama. Sebelum perlahan – lahan aku bangkit dari duduk melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik yang ditempatkan Naufal.
            Aku mengucup lembut ubun – ubunnya yang terlindung dengan balutan putih. Pipinya yang licin itu aku usap perlahan sebelum duduk di sisinya. Aku menyembamkan wajahku di sisinya sebelum memeluk erat tubuhnya. Aku pejam mata sebelum aku terlena di sisinya.
. . . . .
            Pipiku terasa hangat dengan belaian seseorang. Aku terjaga dari tidur terasa lenguh badanku tidur duduk. Aku duduk tegak dan tersenyum ke arah Naufal. Senyuman kami saling berbalas. Doaku dimakbulkan setelah sekian lama aku menunggu. Belum sempat aku bangkit dari duduk dia memegang erat tanganku seperti tidak ingin melepaskannya. Aku mendekatkan wajahku ke arahnya sebelum dia membuka alat bantuan pernafasannya perlahan – lahan.
            “ Bunga mawar merah tu… untuk sayang. Maafkan abang sebab buat sayang menangis lagi. Jangan lari dari rumah lagi ye. Kesian isteri abang ni kena jaga dua orang.” Tuturnya dalam nada yang lemah. Dia mengesat air mataku yang jatuh sambil tersenyum tenang. Naufal menggenggam erat tanganku sebelum mengucupnya. Aku menyembamkan kepala di sisinya. Dia mengusap lembut kepalaku yang dilindungi dengan Shawl hijau.
            “ Nak tahu tak anak kita perempuan. Dia dah tendang perut saya… sakit kadang – kadang. Terima kasih sebab kuatkan diri abang. I Love you.” Aku senyum manis.
            “ Untunglah sayang lepas ni ada kawan perempuan. Syukurlah… janji anak kita tu awak dengarkan ayat Al Quran nanti dia jadi bijak boleh hafal Al Quran. Sekurang – kurangnya ada juga pakej kita masuk syurga bila dia hafal Al Quran. Ana uhibbuki. (Saya sayangkan awak ).”
            Aku tersenyum lebar sejurus sahaja Naufal memberi iqamat kepada Ainul Fatimah. Terpancar riak wajah gembiranya dengan kehadiran penyeri hidup kami. Azfar tidak pernah aku lupakan. Dia cinta pertama aku. Aku belajar cara mencintai seseorang daripada Azfar dan aku berikan kepada Naufal. Aku lihat Harina tidak henti – henti mengusap lembut pipi mulus milik Ainul. Aku hanya tersenyum melihat kebahagiaan yang berada di hadapanku. Alia dengan anak dan suaminya begitu juga dengan Diana. Mardiah berhijrah ke Mesir untuk menyambung pelajarannya. Ibu bapa Azfar kini sibuk menjaga rumah anak yatim di rumah berkembar tanda cinta aku dan Azfar suatu ketika dahulu. Aku bersyukur memiliki anugerah yang terindah daripada tuhan untuk aku. Aku menatap wajah Naufal yang duduk di sisiku di birai katil. Aku suka lihat senyumannya. Mata kami saling bertaut saat dia memalingkan wajahnya ke arahku. Kami saling berbalas senyuman sebelum dia mengusap lembut ubun – ubunku.
            “ Jazakillah khairan kathira ( Terima kasih ) terima abang seadanya walaupun cuma cinta kedua, sudi jadikan abang pembimbing ke arah syurga untuk Nia. Abang janji cuma ajal aje yang boleh pisahkan antara kita berdua. Tak ada siapa yang boleh pisahkan kita selain Allah.” Aku mendekatkan kepalaku ke arahnya.
            “ Afwan ( Sama – sama ) abang… cinta kedua Nia tapi abang juga… cinta terakhir Nia. Abang anugerah terindah yang Allah berikan untuk Nia. Terima kasih sudi jadikan Nia isteri abang biarpun Nia banyak kekurangan.” Bibir kami saling bertaut sejurus sahaja mereka membawa Ainul keluar daripada bilik meninggalkan aku dan Naufal di dalam bilik kami.
. . . . .
DUA TAHUN KEMUDIAAN . . .
            Ainul yang berada di atas pangkuan Naufal tertawa melihat kemanjaan aku dengan Naufal. Aku menegakkan kepalaku yang dilentokkan di bahu Naufal sebentar tadi  lalu mencuit pipi si cilik. Wajahnya mirip Naufal bukan seperti aku. Ada lesung pipit yang timbul di pipinya apabila dia tersenyum seperti ayahnya.
            “ Abang… masa awal – awal kita jumpa kan. Abang tak perasan ke Nia selalu kemas bahagian perempuan bila habis solat masa kenduri arwah atok?” Dia tertawa besar lalu mengusap kepalaku. Aku mencebik lalu memukul lembut tangannya. Aku tanya betul -  betul dia boleh ketawakan aku sampai Ainul pun terikut – ikut. Kejam.
            “ Tak perasan ingat siapalah makcik yang selalu tolong kemas ni. Loh rupanya budak kecik yang nak ambil SPM rupanya. Kesian…” Naufal menggelengkan kepala aku tertawa kecil teringat suatu perkara.
            “ Sampai hati hang cakap cheq ni makcik. Cheq tak kecik la masa tu dah besaq dah. Abang nak tahu tak hehe… Nia pernah mimpi yang abang kahwin dengan Nia masa Nia umur 17 tahun pelik dak? Budak sekolah mimpi kahwin.” Aku sengih kelat dia tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya sebelum mencubit lembut hidungku.
            “ Dah mai dah Kedah dia. Hang memang gatal mimpi macam tu tapi cheq pun pernah mimpi juga hang jadi bini cheq dalam mimpi. Tup… tup kahwin dengan Pilot. Tapi ternyata Allah merancang kisah cinta kita. Sayang memang dah tertulis dalam luth mahfuzh abang. Kita buka lembaran baru… yang lepas biarlah lepas. Anggap tu semua pengajaran untuk kita.” Aku angguk sebelum menunduk melihat Ainul sudah tertidur di atas ribaku. Belum sempat aku bangkit mendukung Ainul masuk ke dalam rumah Naufal menegahku lalu Ainul didukungnya masuk ke dalam rumah. Aku tersenyum bahagia lalu melangkahkan kaki mengikuti mereka masuk ke dalam rumah teres dua tingkat milik Naufal. Ustaz pilihan hatiku.
            Di sebalik musibah terdapat seribu satu hikmat yang Allah berikan kepada setiap hambanya yang disayangi. Dia hanya ingin menguji tahap ketakwaan dan keimanan setiap hambanya. Aku termasuk dalam golongan itu. Aku tidak percaya namun aku harus menerima takdir seperti yang sentiasa dikatakan oleh Azfar semasa hayatnya. Aku tidak percaya Azfar pergi secepat itu dan aku tidak percaya Naufal, imam impianku menjadi suamiku setelah pemergiaan Azfar. Ternyata Allah memang merancang jalan cerita cinta antara aku dan dua insan Azfar dan Naufal dalam keadaan yang berbeza.
… TAMAT …


            

2 ulasan:

Ask Me