Watak :
“ Aku suka kau tapi
sebagai kawan ajelah.” Dia tersengih tatkala mengimbas kata yang pernah
diungkapkan oleh sahabat lelakinya tujuh tahun yang lalu. Lamunanya mati sebaik
sahaja dia menyedari ada sepasang mata asyik merenungnya. Dia tersenyum. Rakan
sekelasnya sedang khusyuk menelaah pelajaran pada saat itu. Dia selalu sahaja
melayan perasaan. “ Ha! Syafrina bangun. Jelaskan apa yang cikgu ajar tadi.
Kamu asyik mengelamun je kan. SPM dah
nak dekat.” Tersentak Syafrina mendengar sergahan guru matematiknya seraya
bangkit dari duduk. Syafrina hanya tersengih kelat. Dari awal pembelajaran dia
tidak mengambil perhatian dengan apa yang disampaikan oleh gurunya.
“ M..maaf cikgu. Saya tak faham.” Rotan dilibas di atas
meja guru tersebut. Kaget seluruh pelajar di dalam kelas itu. “ Alasan! Itulah
kalau cikgu ajar kamu mengelamun je kan. Dah jawab soalan ni.” Syafrina
memandang buku latihannya. Hanya soalan tanpa jawapan. Di lihatnya pula buku
rakannya. Amelia juga belum menyelesaikan soalan matematik itu. “ Syafrina.” Gulp! Jantungnya berdegup
kencang. Naufal memanggilnya. Dia menoleh kebelakang.Segaris senyuman Naufal
berikan sambil memberi buku latihan matematiknya. “ Terima kasih.” Syafrina melangkahkan
kakinya mara ke hadapan. Pen marker diambil lalu disalinnya jawapan yang
diberikan Naufal tadi.
Syafrina duduk semula ditempatnya lalu mengembalikan buku
itu kepada Naufal. “ Lain kali
jangan mengelamun kan dah kena marah.” Syafrina hanya tersenyum nipis dengan
kata-kata Naufal. Segan rasanya apabila Naufal menegurnya.
Amelia ketawa terkekek-kekek mengimbas kejadian semalam.
Syafrina sudah memuncungkan bibirnya. “ Aku rasa dia suka kaulah Syaf. Sejak
dua menjak ni dia macam suka bergaul dengan kau. Backup kau pula tu.” Syafrina mengecilkan matanya ke arah Amelia.
Dia menafikannya. Tidak mungkin Naufal turut mempunyai perasaan yang sama
dengannya.Mereka tidak sepadam. Naufal mempunyai ramai peminat dan paras wajah
yang elok. Naufal yang berkacukan Cina Melayu Jepun itu memang membuatkan ramai
hati gadis tertawan. Rambut spike dan ketinggiannya seperti seorang model
menambahkan seri di wajahnya. Dia juga mempunyai nilai murni yang tinggi dan
agama yang cukup sempurna.
“ Ha mengelamun lagi. Dah study group kita sampai sini je. Seminggu lagi kita dah nak SPM kau
janganlah asyik mengelamun Syaf.” Syafrina hanya tersengih kelat. Semakin SPM
mendekati semakin kuat lamunannya.
Debaran menjawab soalan SPM semakin berkurang. Hari itu
hari terakhir mereka menjawab soalan SPM. Syafrina menyanyi kecil menuju ke
dalam dewan. Langkahnya terhenti apabila Naufal memanggilnya. “ Ermm..pulang
nanti aku nak jumpa kau. Boleh?” Syafrina mengangguk. “ Tunggu aku kat sini.”
Naufal mengenyitkan matanya kepada Syafrina lalu masuk ke dalam dewan. Syafrina
seperti dipukau pada saat itu. Dipukau oleh perasaan yang datang dengan
sendirinya.
Loceng berbunyi. Kelihatan ramai pelajar bersorak
kegembiraan. Mutiara hujan turun membasahi bumi. Syafrina mengeluarkan payung
yang dibawanya lalu melangkah keluar dari perkarangan sekolah pulang ke rumah.
Selesai solat zohor di rumah, Syafrina baharu teringat akan janji yang belum
dilaksanakan olehnya. Tudung di sarungkan di atas kepala lalu meluru keluar
dari rumah dan berlari menuju ke sekolah semula.
Hampir dua jam Naufal menanti kehadiran Syafrina. Dia
tersenyum sinis lalu bangkit dari duduknya keluar dari perkarangan sekolah.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia terlihat akan kelibat Syafrina yang
bertudung jingga itu. Dia menggelengkan kepala melihat Syafrina berlari
tercunggap cunggap di bahu jalan. “Syafrina!” Naufal melambaikan tangannya ke
arah Syafrina. Larian Syafrina terhenti. “ Apa yang dia nak. Kenapa dia nak
jumpa aku ni?” Pelbagai persoalan bermain di minda Syafrina. Kakinya
dilangkahkan di atas jalan raya. Baru selangkah Syafrina melangkahkan kakinya, telefon
bimbit nokia C3 yang diletak dalam poket seluarnya bergetar. Panggilan dari
ibunya. Dia menjawab panggilan itu. Kedengaran esak tangis ibunya di corong
telefon bimbit. Hati Syafrina mulai tidak tenang.
“ Ay… ayah dah meninggal Syaf! Kapal terbang yang ayah
naik…terhempas di tengah hutan.” Syafrina seperti tidak mempercayai perkara
itu. Seolah-olah tiada nafas baginya tatkala mendengar berita buruk itu. Tanpa
menghiraukan Naufal yang berada di seberang jalan, Syafrina melangkahkan
kakinya menuju ke Hospital yang dikatakan oleh ibunya tadi.
“ Syafrina!” Mata mereka bertaut. Naufal menghentikan
langkah kakinya menyeberangi jalan apabila Syafrina menoleh ke arahnya. “ Aku,
aku suka kau. Itulah perkara yang sebenarnya aku nak sampaikan.”.Syafrina
kaget. Terkesima dengan luahan itu.
“ Sreett” Kereta berjenama Hummer melanggar
Naufal tanpa sengaja. Naufal sudah terkulai layu di atas jalan raya. Darah
merembas laju dari kepalanya. Hampir sesak nafas Syafrina melihat kemalangan
yang terjadi di hadapannya. Dia segera berlari mendekati Naufal yang separuh
sedar itu. Orang ramai mulai mengerumuni tempat kemalangan. “ Aku..aku suka kau… Syaf..rina.
Maafkan aku. Aku tak sedar… yang aku… su.. suka dekat kau.” Syafrina menangis
teresak-esak. Mulut Naufal terkumat-kamit mengucap dua kalimah Syahadah dan
perlahan-lahan matanya mulai tertutup. Siren Ambulans mulai kedengaran. Naufal
segera diangkat di atas pengusung lalu dimasukkan ke dalam Ambulans. Alat
bantuan pernafasan diberikan kepada Naufal. Syafrina yang berada di sisi Naufal
hanya menangis sehinggalah sampai ke tempat yang dituju. Kelihatan suasana
hospital begitu riuh dengan beberapa ahli keluarga yang kelihatan cemas.
Kebetulan
di dalam hospital itu jugalah jenazah ayah Syafrina dibedah siasat. Syafrina
menghampiri ibunya yang duduk berseorangan di satu sudut. Mata ibu dan anak itu
bertentangan sebelum air mata mereka bergelinangan lagi.
“
Waris Encik Azairee.” Syafrina dan Puan Zahara bangkit dari duduk mereka lalu
mengikuti Jururawat India yang memanggil mereka sebentar tadi. Encik Azairee kelihatan
tenang meskipun kecederaan yang dialaminya begitu parah. “Awak. Kenapa awak
tinggalkan saya. Macam mana dengan anak yang saya kandungkan. Dengan Syaf. Kami
masih memerlukan awak.” Syafrina berganjak pergi dari situ. Dia tidak tahan
melihat kesedihan ibunya. Baru dia teringat akan Naufal.Dia segera memasuki
ruang kecemasan yang ditempatkan oleh Naufal sebentar tadi.Terasa lemah
lututnya tatkala melihat selimut putih disarungkan ke seluruh tubuh lelaki itu.
Naufal disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di dalam otaknya.
. . . . .
Selesai
sahaja pengkebumian Encik Azairee, Puan Zahara duduk termenung di hadapan piano
kepunyaan suaminya. Syafrina tidak dapat menghadiri pengkebumian Naufal. Dia
tidak sanggup meninggalkan ibunya yang dalam kesedihan itu. “ Ma,makanlah ma.
Sikit je. Mama tak kesian dekat adik ke.” Bubur nasi terhidang di hadapan Puan
Zahara. Syafrina memujuk Puan Zahara sambil mengusap lembut kandungan ibunya.
Puan Zahara bangkit dari duduknya lalu masuk ke dalam kamar. Syafrina mengeluh.
“Assalamualaikum.”
Kedengaran suara wanita di luar rumah mereka. Syafrina bangkit dari duduknya
lalu membuka pagar rumah. Puan Aisya dan Amelia melangkahkan kaki masuk ke
dalam rumah. Syafrina menjemput mereka duduk lalu masuk ke dalam dapur untuk
menghidangkan minuman. Sekembalinya dia ke ruang tamu,dia duduk berhadapan
dengan Puan Aisya dan Amelia. “ Nama makcik Aisya. Makcik,ibu kepada Naufal.
Nah, ni diari Naufal.” Diari putih diberikan kepada Syafrina. Syafrina
tersenyum melihat diari itu meski perit di lubuk hatinya bertambah nyeri.
Amelialah yang memberitahu alamat rumah Syafrina.“Sebelum Naufal meninggal, dia
macam tahu aje bila ajal dia datang. Perkataan terakhir yang dia sampaikan
dekat makcik,dia bagi diari ni dekat makcik dan dia kata kalau sesuatu buruk
terjadi dekat dia tolong berikan diari ni dekat kamu.” Senyuman
masih mekar di bibirnya. Pipinya terasa basah. Tidak tahu sejak bila air mata
jatuh dari tubir mata bundarnya.
“
Saya kehilangan dua orang lelaki yang saya sayang pada hari yang sama. Mama
saya… mama saya sarat mengandung. Mama saya macam dah putus asa. Saya… buntu.
Macam mana saya nak… teruskan kehidupan saya. Mama trauma atas kehilangan
ayah.” Terhinjut-injut bahu Syafrina dengan esak tangisnya. Amelia memeluk bahu
rakannya itu. “ Syaf. Sabar la Syaf. Aku ada,aku akan selalu
ada di sisi kau. Kau la kawan dunia akhirat aku Syaf.”
Hari
itu genap sebulan peristiwa pemergiaan Encik Azairee dan Naufal. Diari yang diberikan
oleh Naufal masih belum dibacanya. Puan Zahara hari demi hari beransur pulih.
Dia seperti sudah menerima pemergiaan suaminya itu. Terubat sedikit perit di
hati Syafrina melihat ibunya sudah mahu menjamu selera. Diari itu ditatapnya
lagi. Lama. Dua bulan sebelum Naufal meninggal dunia, Naufal sentiasa
berkelakuan pelik terhadapnya. Ada sahaja perkara yang Naufal lakukan
sehingga membuatkan hatinya menjadi
tidak tenang apabila berhadapan dengan lelaki itu. Dibukanya diari itu satu
persatu. Dia tersenyum melihat foto Naufal terselit di dalam diari itu. Dia
tidak menyangka bahawa Naufal turut mempunyai perasaan yang sama dengannya. Dia
menekup mulutnya takut-takut kalau ibunya terdengar akan esak tangisnya lagi.
“
Huh Syafrina si pencuri hati! Lantak kaulah nak terima aku ke tak. Aku akan
tetap luahkan isi hati aku dekat kau. Syafrina! Aku cinta,suka,sayang kau! Aku
akan buktikan dengan kau yang aku mampu untuk berikan kebahagiaan dekat kau.
Aku yakin kaulah bakal isteri aku! Tapi,apa pasal aku rasa hidup aku tak lama.Weyh
Syaf! Kalau aku mati,aku dah suruh umi aku bagi diari ni dekat kau. Kalau kau
sedang baca. Aku nak kau tahu yang kau ada hutang dengan aku. Bukan hutang
duit,tapi hutang hati. Kau dah curi hati aku. Bila nak pulangkan? Hehe. Kalau aku
mati, kau jangan sedih-sedih Syafrina! Aku tak suka tengok kau menangis macam
tempoh hari. Haha kau menangis sebab kena kacau oleh kawan aku kan. Maaf la.
Aku yang suruh sebenarnya haha sebab aku nak tengok kau menangis.Weyh aku harap
kau hidup bahagia. Assalamualaikum. Aku harap ajal aku tak sampai lagi. Aku nak
khawin dengan Kau Syafrina! LOVE U BABY !”
Itulah mesej yang membuatkan hati Syafrina berbolak balik bagaikan roller coaster. Dia tergelak kecil.
“
Bodoh. Kenapa awak tak bagi tahu saya awal awal.” Syafrina memeluk diari putih
itu. Tombol pintunya terbuka. Tersembul wajah ibunya di muka pintu. Puan Zahara
saling berbalas senyuman dengan anak gadisnya itu. Dia melabuhkan punggung
duduk bersandar di birai katil.“ Mama
dah sedia untuk mulakan lembaran baru Syaf. Kamu dan bakal adik kamu yang
memberi semangat kepada mama. Terima kasih.” Syafrina memegang tangan Puan
Zahara lalu duduk bersebelahan dengan ibunya. Syafrina mengangguk dan sudah
semestinya dia ingin membuka lembaran baru dalam hidupnya.
. . . . .
SEMBILAN TAHUN
KEMUDIAAN…
Dia menyembunyikan diri di dalam sebuah kedai buku
diikuti dengan dua orang pengawal peribadinya. Sudah pastinya dua orang gadis
itu tidak dapat mencarinya. Dia bukannya seorang buaya darat,dia hanyalah
seorang lelaki yang digilai ramai wanita.Dia yang berkulit putih,tinggi lampai
persis seorang model dan mempunyai anak mata berwarna hazel serta berlesung
pipit membuatkan dia menjaga kegilaan ramai. Dia juga seorang jejaka yang hidupnya 24 jam
dikawal oleh ibu bapanya hanya kerana dia seorang waris tunggal kepada cucu seorang
jutawan.Dia dikawal disebabkan ibunya trauma apabila suatu ketika dahulu dia
hampir terbunuh oleh sekumpulan penculik.
Tiba-tiba sahaja seorang budak lelaki berbaju hijau
melanggarnya. Budak yang berusia dalam lingkungan sembilan tahun itu memegang
bar coklat. Bibirnya diketap melihat baju kemeja birunya yang kotor disebabkan
budak itu sebentar tadi. Tangan budak kecil itu dipegangnya. Budak itu hanya terkebil-kebil.
“ Hey budak!Tengok apa yang kau dah buat dengan baju aku. Kau ni kan, aku buang
coklat kau padan muka.” Budak itu menjerit menyeru seseorang sambil menangis
teresak-esak. Lelaki itu menekup mulut budak itu agar dia segera diam. Kuat
juga jeritan budak itu sehingga semua mata tertumpu ke arah mereka. Seorang
gadis bertudung pashmina turquoise sudah memeluk tubuh di belakangnya.Langsung
tiada segaris senyuman di bibir gadis itu. Lelaki itu tersedar akan kehadiran
gadis itu lalu tersengih kelat.
“Awak buat apa dekat adik saya? Budak kecil macam ni pun awak
nak buli ke?” Gadis itu meninggikan suaranya kepada lelaki itu. “ Adik kau yang
langgar aku sampai baju aku kotor macam ni. Kau ni pun satu,kau tak reti ke nak
jaga adik kau ni. Kalau hilang macam mana?” Gadis itu memimpin tangan adiknya
keluar dari kedai buku meninggalkan lelaki yang masih dalam keadaan tidak
berpuas hati. Malas dia hendak bertekak dengan lelaki itu.“ Woi! Perempuan!”
Syafrina menghentikan langkahnya tatkala lelaki itu mengejar lalu memegang
bahunya. Bibirnya diketap sebelum beg tangannya dihayunkan ke arah lelaki itu.
Lelaki itu tersembam jatuh. Pengunjung yang
berada di dalam Kompleks membeli belah itu sudah terkebil-kebil melihat aksi
Syafrina sebentar tadi. Huh bukannya hebat pun aksi dia. Dia belum bagi Akido
lagi. “ Tuan Izham. Tuan tak apa-apa ke? ” Dua orang pengawal peribadi itu sudah
kelam kabut menghampiri tuannya. Izham segera bangkit dari jatuhnya. Dia hanya
menggelengkan kepala lalu menghulurkan sebuah diari putih yang kelihatan lama
kepada Syafrina. Dahinya mulai berkerut seperti menahan sakit.
“
Diari kau jatuh tadi. Maaf buat kau terkejut.” Membahang wajah Syafrina menahan
malu. Rintik-rintik peluh mulai mengalir dari dahi Izham. “ Cik kena
bertanggungjawab kalau sesuatu terjadi dengan tuan kami.” Terhinjut bahu
Syafrina tatkala diherdik oleh salah seorang dari pengawal peribadi Izham. “
Tuan,jom kita balik. Tuan kena berehat lagi ni.” Syafrina hanya terkebil-kebil
melihat tiga orang lelaki yang berada di hadapannya mulai berganjak dari situ.
Kelibat mereka bertiga mulai tidak kelihatan. Rafiq menarik-narik blouse labuh
turquoise yang dipakainya. Syafrina menguntumkan sebuah senyuman lalu memimpin
tangan adiknya menuju ke tempat letak kereta.
Meskipun
hampir sebulan kejadiaan itu berlalu, namun Syafrina masih tidak mampu
melupakan kejadiaan itu. Izham meninggalkan dia dalam keadaan yang pelik. Jelas
terpancar riak wajah kesakitan di wajah Izham. Novel yang dibacanya ditutup.
Dia bangkit dari duduknya lalu keluar dari berkabung di bilik menuju ke dapur.
Puan Zahara sedang menghidangkan makan malam untuk mereka bertiga. Syafrina
membantu ibunya menghidangkan makan malam manakala adiknya Rafiq, khusyuk
menonton televisyen.
“ Syaf. Kamu dah ada calon belum?” Syafrina hanya
tersengih dengan soalan ibunya. “ Ha,tersengih-sengih je lah kan kerja kamu.
Syaf kamu tu dah nak masuk 26 tahun. Asal je ada orang nak meminang kamu,kamu
tolak. Kamu nak ke orang gelar kamu anak dara tua? Tengok kawan kamu Amelia tu,
dah dapat seorang anak. Mama pun teringin juga nak tengok kamu berkeluarga.”
Syafrina hanya tersenyum mendengar omelan ibunya. Dia masih belum bersedia
untuk membina bahtera kebahagiaan rumah tangga. “ Mama jangan risau. Cepat atau
lambat jodoh Syaf mesti datang.” Puan Zahara hanya menggelengkan kepalanya.
.
. . . .
Matahari tegak di
atas kepala. Tidur Syafrina terganggu tatkala langsir biliknya dibuka. Mukanya
mulai kebasahan dek air yang dipercik oleh Puan Zahara di wajahnya yang
berkulit kuning langsat itu. Syafrina terjaga dari lenanya. Puan Zahara sudah
bercekak pinggang di hadapan Syafrina sambil menggelengkan kepalanya.
“ Alamak! Syaf dah lambat la. Klien.Nak jumpa klien”.
Puan Zahara keluar dari kamar anaknya menuju ke dapur. Selesai sahaja
membersihkan diri, Syafrina mengambil baju kemeja coklat berlengan panjang dan
seluar palazzo di dalam almari pakaiannya. Dia hanya mengenakan bedak
alas,pemerah pipi dan juga pelembap bibir lalu menyarungkan tudung bawal merahnya.
Beg kerja yang berisi lakaran dapur yang akan dibentangnya sebentar lagi
diambil bersama dengan beg tangannya. Syafrina berlari-lari
anak menuruni anak tangga. Teh yang dihidangkan oleh ibunya sempat diminum lalu
Syafrina menyalami tangan ibunya.
Izham
tersenyum keriangan sambil memandu Porshce kesayangannya. Akhirnya dia bebas
daripada kawalan ibu bapanya. Namun di sebalik kebebasannya itu mempunyai
syarat yang tertentu. Dia harus mencari seorang isteri dalam masa dua bulan
sahaja. Senang sahaja baginya, pilih sahaja salah seorang perempuan yang
menggilainya untuk dijadikan isteri. Izham menghentikan keretanya di hadapan
Kafe Coffee. Awal pagi itu dia harus menjumpai kliennya untuk membincangkan
mengenai lakaran dapur yang bertemakan klasik.
Sekali
lagi semua mata terpana memandangnya sebaik sahaja dia memasuki kafe itu. Kaca
mata Raybannya dibuka lalu duduk di hujung sudut bersebelahan dengan tingkap.
Seorang pelayan wanita menghampirinya. Senyuman diberikan kepada pelayan itu. “ Capucino 2.” Enam minit
kemudiaan,Capucino yang dipesannya dihidangkan di hadapan.Izham mengeluh. Hampir tiga puluh minit dia menanti
kliennya itu. Memang tidak menepati masa. Iphone 4 nya bergetar di atas meja.
Nombor yang tidak dikenali menelefon. Punat hijau disentuh. “ Assalamualaikum.
Saya klien Encik. Maaf Encik kereta saya rosak.Nampaknya perbicangan kita
ditunda dahulu.” Suara wanita kedengaran di corong telefon.
“
Waalaikumsalam.Tak apa. Awak dekat mana sekarang?” Izham bangkit dari duduknya.
Not Rm 10 diselit di bawah Capucino yang tidak terusik. Izham mulai
menghidupkan enjin keretanya menuju ke tempat yang dinyatakan oleh wanita yang
menelefonnya sebentar tadi.
Syafrina
membebel sendirian melihat kereta Honda Civicnya tiba-tiba sahaja rosak. Beg
lakaran dan beg tangan diambilnya dari tempat duduk penumpang lalu menuju ke
stesen bas. Belum sempat dia melabuhkan punggungnya di atas tempat duduk stesen
bas itu, dua orang lelaki bertopeng hitam menghampirinya lalu mengacukan pisau
tepat ke lehernya. Syafrina menghayunkan tangannya tepat ke wajah lelaki itu.
Tapi, kudratnya sebagai seorang wanita begitu lemah. Dia terjelopok jatuh. Beg
tangannya yang terjatuh dilarikan oleh dua orang peragut itu lalu menuju ke
lorong yang sunyi. Seorang lelaki yang menyaksikan kejadiaan itu segera
mengejar peragut tersebut. “ Fulamak! Ada hero datang. Kau nak hidup lagi kan.
Baik kau pegi dari sini. Kalau tak.” Peragut itu mengacukan sebilah pisau
kearahnya. Dia tersenyum sinis lalu menghayunkan kaki kanannya tepat ke arah
peragut itu. Peragut itu terjelopok jatuh,pisau yang berada dalam genggaman
peragut itu turut terlepas. Beg tangan yang berada dalam pelukan salah seorang
peragut itu direbutnya sebelum peragut yang ditendangnya sebentar tadi bangkit
lalu menghunuskan pisau ke lengannya. Kelibat Syafrina mulai kelihatan. Akidonya
dikeluarkan. Terpegun lelaki itu melihat seni mempertahankan diri yang
dikeluarkan oleh Syafrina. Kedua dua orang peragut tersebut mulai lari dari
situ. Lelaki itu memungut beg tangan Syafrina lalu menghulurkan kepadanya.
“
Terima kasih. Eh! A…awak kan orang yang…” Membulat mata Syafrina. Kaget.
Syafrina menundingkan jarinya kepada Izham. “ Ye.Aku kenapa? Takdir yang
menentukan kita jumpa lagi. Hebat la kau ni,ayu-ayu macam ni pun ganas juga kan
sebenarnya. Adeh, kotor la pula baju aku. Lain kali hati-hati la weyh,nasib
baik aku ada kalau tak habis lesap beg kau tu.” Izham menggosok-gosok lengannya
yang cedera. Syafrina hanya terkebil-kebil.
“ Maaf sebab awak eh saya” Syafrina mulai bingung dengan situasi itu,matanya
hanya tertumpu ke arah lengan Izham yang cedera. “ Ha dari kau tergagap baik
kau pergi dari sini.Nanti kalau aku pergi dulu tak pasal-pasal kau kena ragut
lagi.” Syafrina mengherotkan bibirnya. Terasa menyampah dengan lagak lelaki berlesung
pipit itu.“ Kejap. Awak klien yang” Izham mengangguk. Dia juga kaget pada
mulanya apabila mengetahui kliennya pada pagi itu ialah Syafrina. “ Dah,
perbincangan kita dibatalkan. Esok pagi jumpa aku awal-awal.Aku pergi dulu, ha
apa nama kau?” Izham menghulurkan kadnya kepada Syafrina. “ Syafrina Aishah.” Izham sekadar
mengangguk lalu meninggalkan Syafrina.
“
Awak!” Syafrina berlari-lari anak menghampiri Izham yang sudah jauh meninggalkannya.
“ Ha apa lagi?” Izham memperlahankan langkahnya menuju ke keretanya semula. “
Awak ok ke? Lengan awak tu macam teruk je. Nanti kalau awak” Kata – kata
Syafrina terhenti apabila Izham menghentikan langkahnya. Matanya tepat
memandang anak mata Syafrina. Syafrina mengetap bibirnya. “ Ikut aku.” Syafrina
bagaikan dihipnosis. Dia mengikuti Izham masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan.
“
Ambil peti kecemasan dekat belakang tu.” Syafrina hanya menurut. Matanya
kembali tertumpu ke arah lengan Izham yang cedera. Izham mencebik melihat
Syafrina yang kelihatan seperti kebingungan. “ Apa lagi,tolonglah balutkan blur la kau ni.” Kali ini mata Syafrina
sudah beralih memandang lelaki yang berada di sebelahnya itu. “ Tak boleh.Kita
bukan mahram tak boleh bersentuhan la.” Izham mengambil peti kecemasan yang
berada di pangkuan Syafrina lalu dibukanya peti kecemasan itu.Sesekali dahinya
berkerut menahan sakit. “ Muka dah cantik tapi blur. Aku bukan suruh kau sentuh aku pun. Aku suruh kau tolong aku
balut je. Aku boleh balut sendirilah.” Syafrina tersengih. “ Plaster.” Syafrina
menghulurkan kepada Izham. “Siap! Ha,dah telefon mekanik?” Izham membuka
lipatan kemeja lengan panjangnya sambil memandang kereta Syafrina yang
diletakkan di bahu jalan. Syafrina mengangguk sebelum membuka pintu kereta. Izham
sempat mencengkam tangan Syafrina. Mata mereka bertaut. Entah kenapa bayangan
Naufal tiba-tiba sahaja ada di dalam minda gadis itu.
“
Lepas. Awak nak apa?” Izham melepaskan tangan Syafrina. “ Aku hantar kau balik pejabat
kau la.Kau fikir aku tak tahu ke pejabat kau dekat mana.” Izham memusingkan
stering keretanya. Kereta itu dipacunya dengan laju.
Izham
tersenyum sendirian ditemani cahaya bulan mengimbas kejadian semalam. Dia juga
tidak menyedari kehadiran ibunya. “ Mengelamun. Dah jumpa puteri raja kamu
belum?” Izham menggeleng. “ Tunggulah. Mama macam tak kenal anak mama ni.
Putera Kacak ni mestilah senang jumpa puteri raja.Petik je jari sepuluh yang
datang tau.” Datin Mastura mengeluh. “ Puteri raja yang seksi nak seksa atau
yang beragama?” Senyuman Izham mati. Dia bangkit dari duduknya lalu masuk ke
dalam rumah. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menghawini seorang
wanita yang penuh dengan agama.
. . . . .
“
Kau kena khawin dengan aku.” Tersedak Syafrina mendengar kata-kata Izham. Hari
itu,tiba-tiba sahaja Izham ingin bertemu dengannya buat kali kedua selepas
mereka membincangkan projek lakaran dapur bulan lepas. Rupanya pertemuan mereka
kali itu ada udang di sebalik batu.
“
A…apa yang awak merepek ni? Khawin ni bukan benda yang main-main la.” Izham tersenyum
sinis.Syafrina mengerutkan dahinya sambil mengetap bibir. Geram rasanya melihat
pandangan sinis daripada Izham yang duduk di hadapannya. “ Aku serius. Kau kena
khawin dengan aku.Aku dah fikir masak-masak.” Nada suara Izham serius.
Pandangan matanya terhadap Syafrina juga bersungguh-sungguh. Syafrina terdiam
kaku. Lama. Matanya tertumpu kepada hidangan makanan yang dipesannya tadi. “ Kita
baru jumpa dua kali kan? Saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya.” Dahi
Syafrina berkerut. Perasaan amarahnya mulai menjelma. Izham seperti memainkan
perasaannya. “ Kau nak marah? Aku serius Syafrina aku nak khawin dengan kau.”
Suasana kelihatan tegang. Masing-masing mempertahankan diri mereka. Syafrina
mengeluh lalu meneguk sirap bandung yang dipesannya tadi.
“Adakah atas dasar cinta atau…nafsu?” Izham
mengalah. Dia tidak dapat menjawab pertanyaan itu.Dia hanya mahu menghawini
Syafrina agar ibunya tidak mengongkongnya lagi.
Entah kenapa Syafrina berasa sebak. Matanya mulai berkaca-kaca menahan
air mata turun dari tubir matanya.
Syafrina
bangkit dari duduknya meninggalkan Izham. “ Kau tunggu ajelah! Aku akan
pastikan kau akan jadi isteri aku! Aku tahu dah banyak lamaran orang yang kau
tolak kan. Aku akan pastikan kali ni,aku tak akan tergolong dengan dia orang.Aku
akan berusaha sedaya upaya aku!” Izham turut bangkit dari duduknya lalu
mengeluarkan kata-kata keramat daripada mulutnya. Syafrina hanya tersenyum
sinis tanpa menoleh ke belakang.
“
Ada orang kata,Syafrina ni pe..perempuan simpanan? Habistu mama percaya ke?”
Terpancar riak wajah kecewa di wajah Puan Zahara. “ Ma,jawablah ma.” Getaran
suara Syafrina jelas kedengaran. “ Syaf,mama percaya dekat kamu. Cuma mama
terkejut bila orang cakap anak mama macam ni. Kamu tahu tak,hampir seluruh staf
di syarikat kita tahu hal ni. Mama takut kalau rakan kongsi kita dapat tahu hal
ni.Kamu ada bermusuhan dengan sesiapa ke Syaf?” Puan Zahara mengetap bibirnya.
Perasaan amarah Syafrina semakin membuak buak. Dia pasti lelaki itulah yang
membawa cerita buruk mengenainya.
Syafrina
nekad pada hari itu dia harus menyelesaikan salah faham yang terjadi. Dia
memberikan sebuah senyuman kepada penyambut tetamu untuk menyembunyikan amarahnya.
“ Saya nak cari Encik Qairiel Izham.” Penyambut tetamu itu memandang Syafrina
dengan pandangan yang pelik. “ Cik ni siapa ye?” Senyuman Syafrina mati. Dia
tidak dapat menahan amarahnya lagi. “ Saya? Tak penting bagi awak nak tahu
siapa saya. Yang saya tahu sekarang ni saya nak jumpa Encik Qairiel Izham!
Sekarang!” Sengaja Syafrina menegaskan nada suaranya. Kesabarannya mulai
hilang.
“
Naik ke tingkat dua puluh. Tapi sekarang cik tak boleh jumpa dia. Dia mesyuarat
sekarang ni.” Syafrina mempercepatkan langkahnya menuju ke lif. Saat masuk ke
dalam perut lif butang dua puluh ditekannya. Bibirnya diketap.Lengan baju
kurungnya dilipat. Setiausaha yang bekerja di Syarikat itu mencuba untuk
menghentikan langkah Syafrina. “ Cik tak boleh masuk sesuka hati. Cik kena buat
temu janji. Lagipun sekarang ni Encik Izham sedang mesyuarat.” Syafrina tidak
mengendahkan wanita yang berada dalam lingkungan 30 an itu. “ Ada aku kesah!
Yang penting aku dapat selesaikan masalah aku dengan bos kau tu!” Syafrina
menerobos masuk ke bilik mesyuarat. “ Encik Qairiel Izham!” Bergema suaranya di
dalam bilik mesyuarat itu. Izham yang tekun membincangkan tender kepada
kliennya tergumam. Membulat matanya melihat Syafrina muncul di hadapannya.
Syafrina tidak mengendahkan mata-mata yang memandangnya.
Tangan kanannya digenggam erat lalu menuju ke hadapan. “Buk!” Tumbukan
diberikan di pipi Izham. Darah keluar dari birai bibirnya.“ Kau apehal? Pecah
masuk Syarikat aku ha! Pergi dari sini.” Izham memegang pipinya yang terasa
nyilu. Kliennya hanya terkebil-kebil melihat drama mereka. Datuk Irsyad,ayah
kepada Izham menggeleng kepala dengan kelakuan anaknya seraya bangkit dari
duduk lalu keluar dari bilik itu.Malas hendak masuk campur hal anaknya memandangkan
mesyuarat mereka pada hari itu hampir tamat. “Apa yang kau cakap dekat mama aku?
Dekat staf-staf syarikat aku? Apa pasal kau tuduh aku macam tu?!” Syafrina
meninggikan tumit kakinya lalu menarik kolar baju Izham. Mata mereka
bertaut.Senyuman sinis terukir di bibir Izham. Dia sudah agak,kejadiaan ini
akan berlaku juga.
“
Kau nak tuduh aku bukan-bukan ke?” Izham melepaskan kolar bajunya dari genggaman
Syafrina. “ Bukan-bukan apanya! Kau jangan pura-pura tak tahulah. Kau cakap aku
perempuan simpanan kan! Kau buat semua ni sebab aku tak nak khawin dengan kau
kan! Kau rasa diri kau tu hebat sangat ke sampai jatuhkan air muka aku dan mama
aku! Kau salah orang.Ya kau boleh sakitkan hati aku. Tapi kau jangan pernah
sesekali nak sakitkan hati mama aku!” Pengawal keselamatan menghampiri
Syafrina. Izham memberikan isyarat agar mereka menghentikan langkah mereka.“ Aku
tak peduli. Yang aku tahu aku nak kau! Hergh! Aku akan pastikan yang kau akan
jadi isteri aku!Lihat aku sanggup buat apa je Syafrina! Dah pergi dari sini.”
Sebak di hati Syafrina bertambah nyeri. Sakit hatinya masih tersisa. Tiada lagi
kesabaran dalam dirinya.“ Tapi kau sedar tak apa yang kau buat tu salah! Kau
buat cara kotor! Kau fitnah aku tu apa pasal? Kau memang cari nahas dengan aku.
Ni untuk kau,kau dah buat mama aku malu!” Segala kekuatan dikumpulnya. Kaki
dihayunkan menendang kuat perut Izham. Izham terduduk lalu tersenyum sinis.
Terasa senak perutnya akibat tendangan Syafrina sebentar tadi. Kliennya mulai
bangkit dari duduknya. Pengawal
keselamatan mencengkam lengan Syafrina. Perlahan-lahan Izham bangkit dari
duduknya. Dahinya berkerut menahan sakit. Tangan kanannya memegang perutnya
erat. Dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan apendiks beberapa bulan yang
lalu. Pengawal keselamatan melepaskan Syafrina dari cengkaman mereka.Syafrina
mulai melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu. Puas hatinya.“ W..woi! Se.. sebenci
mana pun kau dekat aku,aku akan tetap kha..win dengan kau. Kau tak berhak nak
menghukum diri kau la! Antara nafsu dan cinta aku sendiri tak dapat jawapan itu.” Berkerut dahi Izham melafazkan
kata-kata itu.Izham terduduk. Syafrina menekup mulutnya lalu keluar dari bilik
mesyuarat itu. Masuk sahaja ke dalam kereta Honda Civicnya, dia menangis
teresak-esak. Mengeluarkan semua yang tersirat di lubuk hatinya.
. . . . .
Puan Zahara masuk ke dalam kamar anaknya. Syafrina
memeluk diari putih yang diberikan Naufal sembilan tahun yang lalu. Cepat-cepat
dia mengesat air matanya lalu bangkit dari baringnya. Puan Zahara duduk di
birai katil lalu memegang tangan anaknya.“ Syaf tempoh hari ada orang meminang
kamu lagi. Sopan santun budak tu walaupun dia dah malukan kamu tempoh hari
kacak pula tu.Mama dia pun baik.Mama yakin dia orang,orang yang baik-baik. Mama
harap sangat Syaf, pinangan kali ni kamu tak tolak ye.” Syafrina hanya
menundukkan wajahnya. Dia hanya trauma dengan kejadiaan Sembilan tahun yang
lalu. Dia akui perasaannya terhadap Naufal begitu tinggi seperti gunung everest
dan tebal seperti kamus dewan bahasa.Tiada siapa yang boleh menggantikan tempat
Naufal di hatinya. Dia takut jika dia berkhawin, dia tidak dapat memberikan
cinta untuk suaminya.
“ Mama nak sangat ke, Syaf berumah tangga?” Syafrina
melentokkan kepalanya di bahu ibunya. “ Nak.Sangat-sangat. Mama tahu kamu tak
dapat lupakan dia,tapi kamu jangan seksa hati kamu macam ni. Belajarlah untuk
menerima cinta yang baru. Ya,Syaf. Terimalah pinangan dia orang. Kamu boleh
belajar untuk terima cinta yang baru.” Liurnya seperti tersekat
dikerongkongnya. Dia buntu untuk menyelesaikan masalah ini. Betul apa yang
diperkatakan oleh Puan Zahara, Syafrina tidak pernah belajar untuk menerima
cinta yang baru.
Syafrina menandatangani dokumen yang bertimbun di atas
mejanya. Sengaja dia sibukkan diri agar masalah itu dapat diselesaikan dengan
segera. Tiba tiba saha tombol pintu pejabatnya terpulas. Dia menjelingkan
matanya saat Izham masuk ke dalam pejabatnya. Fail ditutupnya kasar sebelum
bangkit dari duduknya menghadap tingkap. Izham tersenyum sinis lalu melabuhkan
punggungnya di atas kusyen yang berwarna ungu. Nafas ditarik dan dihembus. Dia
cuba untuk tidak bertengkar dengan Syafrina lagi.
“ Assalamualaikum.” Senyuman mekar di bibir Izham. Syafrina
hanya menjawab salamnya. “ Aku datang Cuma nak minta maaf sebab.. sebab tuduh
kau yang bukan-bukan.” Mata Syafrina mulai menatap wajah Izham.Lama. “ Awak
yakin ke boleh bahagiakan hidup saya?” Izham bangkit dari duduknya lalu
menghampiri Syafrina.Jelas kelihatan kesan lebam di pipi Izham akibat tumbukan
yang diberikan Syafrina minggu lepas. Syafrina terkebil-kebil melihat Izham
berada di hadapannya.
“ Sudah semestinya Syafrina. Aku akan pastikan yang kau
akan jadi wanita yang paling bahagia di dunia ini.Kita akan sentiasa bersama
sehingga hembusan nafas terakhir kita.Aku akan pastikan yang kita akan saling
sayang-menyayangi dan mencintai antara satu sama lain.” Tergumam Syafrina saat
mendengar kata-kata Izham. Izham masih kelihatan tenang. Dia puas mengeluarkan
kata-kata itu kepada Syafrina.
“ Ikhlas atau terpaksa?” Syafrina tidak ingin
mengeluarkan air matanya lagi. Renungan Izham terhadap anak mata Syafrina
begitu bersungguh-sungguh. Senyuman ikhlas diberikan kepada Syafrina sebelum
dia bersandar di dinding sambil tangannya diletakkan di dalam poket seluar. “
Ikhlas. Aku akan pastikan semua tu akan terjadi.” Syafrina turut bersandar lalu
menyilangkan tangannya ke belakang. Syafrina tersenyum sinis.
“ Awak cintakan saya?” Mata mereka saling bertatapan.
Cepat-cepat Syafrina melarikan renungan matanya. Kerana mulut badan binasa dia
sudah mengeluarkan perkataan itu. “ Tak. Aku langsung tak ada perasaan dekat
kau.” Syafrina menguis-nguis kakinya. Geram rasanya mendengar jawapan yang
seperti dibuat-buat oleh Izham.
“ Awak nak khawin dengan saya atas dasar nafsu atau
cinta?” Syafrina mengulangi soalan yang sama diajukan kepada Izham lima bulan
yang lalu. “ Kita boleh wujudkan cinta. Bukankah cinta selepas khawin itu lebih
elok berbanding cinta sebelum khawin?” Syafrina terkebil-kebil sebelum
melabuhkan punggungnya di atas kerusi kerjanya semula. Dia mati kata. Izham
menghampiri lalu berdiri di hadapannya. “ Jadi,kau terima pinangan tu atau
tak?” Syafrina hanya mengangguk. Izham tersenyum puas. “ Terima atau tidak?”
Syafrina berdehem. Perasaan malu mulai menghantuinya. “ Ya,saya kan dah angguk.
Saya…terimalah.” Izham teranguk-angguk sebelum keluar dari pejabat Syafrina.
Syafrina tersenyum lalu menyembamkan wajahnya di atas meja. Membahang wajahnya
dengan lamaran Izham sebentar tadi. Dia yakin itu keputusan yang tepat.
. . . . .
Dua hari sahaja lagi tarikh perkhawinan Izham dan
Syafrina dilangsungkan. Pelbagai persiapan sudah disiapkan. Syafrina menuju ke
Midvalley Mall untuk mencari barang hantaran Izham. Amelia menemaninya pada
hari itu. Persahabatan mereka masih kekal meskipun mereka sudah berkerja.
Selesai sahaja membeli barang hantaran Izham,Syafrina dan Amelia singgah ke Noodles
Station untuk menjamu makan malam mereka. Amelia sudah meminta izin kepada
suaminya sebentar tadi.
“ Aku tambah bahagia lihat kau bahagia Syaf. Tak sangka
kau akan kahwin juga.Aku sangka kau nak jadi mak dara tua.” Tergelak Amelia
mengeluarkan kata-katanya. Syafrina turut tergelak. “ Terima kasih.Kau selalu
ada di sisi aku senang mahupun susah. Aku sayang kau banyak-banyak. Tapi kau
orang dah tak boleh panggil aku mak dara tua.Aku dah nak khawin.” Syafrina
tersenyum puas. Amelia hanya menggelengkan kepala. Tiba-tiba sahaja kelibat
Izham berada di hadapan Syafrina. Belum sempat dia memanggil nama itu,seorang
gadis bergaun pedek memaut lengan Izham sambil tertawa terkekek-kekek. Dia
melarikan pandangannya kepada buku menu yang berada di hadapannya.
Amelia menolehkan kepalanya ke belakang. Amelia memegang
tangan Syafrina erat. Dia mencuba untuk memberikan kekuatan kepada rakannya
itu. Syafrina hanya tersenyum kelat. “ Syaf.Kau kan tahu sendiri ramai
perempuan gilakan bakal suami kau tu. Kau tengok Izham tu dia tak nak kan semua
tu. Dia cuba lepaskan diri dia dari pautan perempuan tak sedar diri tu. Kau
tahu kan Izham pilih kau bukan orang yang gilakan dia.” Syafrina hanya terangguk-angguk.
Memang nasibnyalah dapat berkhawin dengan Qairiel Izham lelaki pujaan wanita.
“ Kejap. Kau monyok ni,ha baik kau cakap dengan aku kau
dah jatuh cinta dekat Izham kan?” Tersedak Syafrina mendengar kata-kata Amelia.
Amelia segera menghulurkan air kepada rakannya. “ Ma..mana ada.” Membahang
wajah Syafrina melihat renungan mata Amelia yang tidak berpuas hati dengan
jawapannya. “ Mel, siapa je yang tak cemburu lihat suami atau bakal suami dia
dengan perempuan lain.” Saat itu Izham terpacak berdiri di sebelah mereka.
Tetamu tidak diundang itu menarik kerusi bersebelahan Syafrina lalu melabuhkan
punggungnya. Amelia sudah tersenyum.
“ A..awak buat apa dekat sini?’ Syafrina kaget melihat
Izham disebelahnya. “ Jadi,kau cemburulah lihat aku dengan perempuan lain?”
Amelia berdehem lalu bangkit dari duduknya. Syafrina turut bangkit. “ Mel,kau
nak pergi mana?” Syafrina mulai tidak tenang.“ Pulang. Assalamualaikum.”
Syafrina tidak dapat mengikuti Amelia.Kasihan pula jika ditinggalkan Izham
bersendirian.Syafrina kembali duduk. “ Jawablah soalan aku.”
“ Suka hati saya la nak cemburu ke nak marah ke nak gelak
sampai pecah perut ke. Awak tak pernah kesah pun pasal saya.” Syafrina
memuncungkan bibirnya. Cemburu,sakit hatinya dengan adegan yang dilihatnya
sebentar tadi. Izham mengusap kepala Syafrina lalu tertawa terkekek-kekek.“
Sayang. Janganlah cemburu,jangan risau aku pilih kau bukan dia orang. Sebab aku
kesah la aku tanya kau wahai Puan Syafrina.” Syafrina menundukkan
wajahnya.Malas dia hendak bertekak dengan lelaki itu. Dari awal pertemuan
mereka ada sahaja perkara yang membuatkan mereka bertekak bagai anjing dan
kucing.
“Aku terima nikahnya Syafrina Aishah binti Azairee dengan
mas khawinnya sebanyak RM 300 tunai.” Mata Syafrina tekun merenung wajah Izham.
Dengan sekali lafaz Syafrina dan Izham sah menjadi suami isteri.Cincin
disarungkan di jari Syafrina. Syafrina menyalami tangan suaminya. Purdah yang dipakai
Syafrina dibuka oleh Izham lalu mengucup dahi isterinya itu. “ Aku suka
kau,tapi sebagai kawan ajelah.” Hampir sesak nafas Syafrina mendengar bisikan
Izham. Kata-kata yang tidak dapat dilupakannya sehingga ke hari ini. Kata-kata
yang diberikan oleh sahabat baik Syafrina semasa berada di bangku sekolah
rendah. Izham menguntumkan senyuman kepada Syafrina. Izhamlah sahabat yang
memberikan kata-kata itu. “ Saya cintakan awak. Terima kasih sudi menjadi hawa
saya.” Syafrina tersenyum. Air matanya turun lagi. Cepat-cepat Izham menyeka
air mata isterinya. Datuk Irsyad mulai berdehem. “Kau orang ni boleh tak tunggu
malam nanti.Dia orang dah lapar tu.” Sempat Puan Zahara mengata lalu bangkit
dari duduknya.
Syafrina duduk di hadapan cermin menyikat rambutnya yang
ikal mayang sambil tersenyum memerhatikan Izham yang duduk di birai katil
sambil tekun membaca. “ Sampai hati awak kan tak bagi
kata selamat tinggal dekat saya dahulu.” Izham tidak melayan keluhan Syafrina.
Syafrina mengeherotkan bibirnya. “ Awak dengar ke apa yang saya cakap ni.”
Izham mengangguk. “ Sampai hati awak lupakan saya.” Kali ini Izham pula
menunjukkan protesnya. Syafrina bangkit dari duduknya lalu berdiri bersebelahan
Izham. “ Awak sendiri yang buat saya
lupakan awak. Sakit tau hati saya awak tinggalkan saya macam tu aje.” Bunyi
ketukan pintu kedengaran. Syafrina dan Izham saling berpandangan. Izham bangkit
dari katilnya lalu membuka pintu.
“ Apa yang bising-bising tu. Kau orang gaduh lagi ke?”
Izham hanya tersengih kelat. Datin Mastura hanya menggelengkan kepala lalu
berganjak pergi dari situ. Syafrina dengan rajuknya menghampiri pintu bilik. “
Ke tepi.” Syafrina memegang tombol pintu. Belum sempat dia memulas tombol pintu
itu Izham memeluk pinggangnya erat. Terasa lemah lutunya dengan kelakuan
spontan Izham itu. “ Sayang janganlah merajuk. Bukan niat saya pun nak
tinggalkan sayang macam tu.” Syafrina bagaikan dihipnosis lagi. Izham memimpin
tangan Syafrina duduk di birai katil.
“ Waktu tu saya kena culik. Hampir sebulan saya dijadikan
tebusan. Saya hampir terbunuh lepas penculik tu tikam perut saya.Tapi Allah
berikan saya peluang untuk hidup sampai ke hari ini. Saya dapat khawin dengan
orang yang saya cinta.” Syafrina memeluk pinggang suaminya erat. Bukan niatnya
untuk melupakan persahabatan mereka.Dia pernah menaruh perasaan terhadap Izham
suatu ketika dahulu. “ Lepastu.Awak dan keluarga awak pindah?” Syafrina
meleraikan pelukannya. Izham mengangguk.
“ Masa dekat kedai buku dahulu. Masa saya hayunkan beg
dekat awak. Kenapa dahi awak berkerut macam tahan sakit je. Sakit ke. Ada luka
mana-mana lepas tu? Maafkan saya.” Izham menggelengkan kepalanya lalu meluku
dahi Syafrina. Syafrina menggosok-gosok dahinya yang licin itu.“ Sebab masa
tu,saya baru je lepas pembedahan seminggu sebelum tu. Memang la sakit. Tak apa
lah,saya tak marah pun.Memang salah saya cari pasal dengan raksaksa yang ayu
ni.” Syafrina menjulingkan matanya ke atas.
“ Awak sakit apa?” Izham memberikan senyuman kepada
Syafrina. Ada sesuatu yang bermain dalam benak fikirannya. “ Apendiks. Tak apa
sekarang saya dah sihat. Kalau saya sakit pun jururawat cinta ada di sebelah
saya.”
“ Janganlah cakap macam tu. Janganlah minta nak sakit
lagi. Kalau sesuatu berlaku dekat awak macam mana? Saya tak nak kehilangan awak.
Cukuplah sekali saya kehilangan orang yang saya sayang.” Suara Syafrina mulai
bergetar. Izham tertawa sambil mengusap kepala isterinya. “ Sayang jugakan awak
dekat saya.”
“
Saya nak tanya awak satu soalan. Jawab tau.” Soal Izham. Syafrina hanya terangguk-angguk.
“ Awak cintakan saya?” Syafrina dan Izham saling berbalas
senyuman. “ Saya dah mula cintakan awak selepas awak lafaz akad nikah siang
tadi. Awak cinta pertama saya. Kita kenal sejak sekolah rendah. Saya pernah
memendam perasaan dekat awak. Tapi perasaan tu hilang semenjak awak hilang begitu
aje dalam hidup saya. Sakit rasanya… awak tahu tak hati saya sakit sangat bila
saya tahu awak tinggalkan saya tanpa ucap selamat tinggal. Mula dari hari itu
saya nekad nak lupakan semua kenangan yang pernah kita lalui bersama. Saya mula
sukakan seseorang semasa berada di sekolah menengah. Tapi sekarang perasaan
yang hilang itu muncul semula lepas awak jadi imam saya.” Mata Syafrina mulai
berkaca-kaca. Dia mengeluh kasar lalu mengetap bibirnya. Izham meluku dahi
Syafrina, dia tahu sebentar sahaja lagi isterinya itu akan mengalirkan air mata.
Macam dia tak kenal perangai Syafrina yang cengeng itu.
“ Jadi lelaki tu lah yang buat awak lupakan saya? Mana
budak tu sekarang?” Izham sengaja meninggikan suaranya. Dia cemburu apabila
mengetahui hati Syafrina pernah dicuri oleh lelaki lain.“ Dia dah meninggal.
Kemalangan. Dia meninggal depan mata saya. Tapi saya gembira dia luahkan
perasaan dekat saya.” Mata Syafrina dan Izham saling bertaut. Izham memegang
erat tangan Syafrina. Dia faham perasaan Syafrina ketika itu.
“ Sebab tu lah awak tak nak terima cinta baharu? Awak
trauma?” Syafrina mengangguk. Syafrina melentokkan kepalanya di bahu suaminya.
“ Tak apa. Saya akan pastikan cinta kita akan selamat. Hanya ajal yang boleh
pisahkan kita.”
“ Sejak bila awak tahu yang kita pernah saling mengenali?
Awak masih ingat kata-kata tu?” Syafrina memandang tepat wajah suaminya. Izham
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal lalu tersengih kelat. “ Sebelum akad
nikah siang tadi. Itu pun saya tanya mama awak untuk kepastian.Sebenarnya dah
lama saya tahu.Apa awak ingat diam saya ni maksudnya saya dah lupakan budak
ganas dan ayu ni ke. Cuma saya tak pasti yang tu awak.Kata-kata tu sampai
bila-bila saya tak akan lupa. Saya bersalah berikan kata-kata tu dekat awak.
Maaf.” Izham menggelengkan kepala melihat air mata bahagia yang turun dari
tubir mata isterinya itu. “ Cengeng!” Izham menyeka air mata Syafrina. “ Nak
buat macam mana lagi kalau memang saya cengeng. Saya cuma terharu awak.. awak
masih ingat persahabatan kita meskipun kita selalu gaduh.” Syafrina memeluk
pinggang suaminya.Erat. Dia tidak mahu perpisahan di antara mereka berdua lagi.
“ Sayang,saya maksudkan. Aku suka kau sebagai kawan. Ayat
tu saya maksudkan. Cuma saya…” Kata-kata Izham terhenti saat bibir mereka
saling bertaut. Membahang wajah Izham dengan kelakuan spontan Syafrina. “ Awak!
Sekarang awak bukan je sukakan saya tapi awak cintakan saya juga.” Syafrina
tersenyum lebar lalu menyembamkan wajahnya di dada suaminya. “ Syafrina Aishah
memang nakal. Nakal,ganas,ayu,cengeng.” Izham tergelak kecil saat melihat
isterinya sudah tertidur dalam dakapannya. Pipi isterinya itu sempat dicuit
geram lalu membaringkan tubuh Syafrina di atas katil. Gebar ditarik menyelimuti
tubuh Syafrina. Izham bangkit dari duduknya lalu mengambil wuduk untuk
menunaikan solat Istikharah. Dia bahagia apabila melihat Syafrina bahagia. Dia
sedih apabila melihat Syafrina disakiti. Hampir seluruh dirinya seperti diresap
oleh isterinya itu.
Syafrina sedar suatu ketika dahulu dia asyik menolak
jodoh. Walau sejauh mana pun dia lari dari jodoh Allah sudah merancang apa yang
terbaik untuk setiap hambanya. Allah mengambil Naufal dari hidupnya dan
digantikan dengan Izham. Dia yakin yang Izham adalah imam terbaik dalam
hidupnya. Dia berjanji kepada dirinya yang dia akan belajar untuk menambahkan
cinta untuk cinta pertamanya itu.Qairiel Izham.
…TAMAT…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan