“ Apa?! Pindah?
Kenapa tiba-tiba je ni ibu? Ayah? Tak sampai dua tahun pun lagi kan Hara
sekolah dekat sekolah perempuan tu? Hara tak nak la pindah dekat sekolah campur
ni. Lagi-lagi sekolah apa nama? Ibu ngan ayah tak tahu ke pasal sekolah tu?
Sekolah tu hmm masya-Allah! Semua perangai budak sekolah sana tu jahat-jahat
belaka tau!” Terkejut. Ya itulah reaksi Zahara sebaik sahaja Puan Zura memberitahunya
bahawa dia akan dipindahkan ke sekolah yang paling dia anti di antara
sekolah-sekolah di Sungai Besar ini.
“ Kamu jangan nak banyak complainara.Keputusan ibu dan ayah,muktamad!
Kalau kamu membantah juga, baik kamu berhenti sekolah. Tak reti nak bersyukur
ke ibu dan ayah dah sekolahkan kamu! Lagipun sekolah kamu tu jauh sangat dengan
rumah ni, sekolah baru tu pula dekat je dengan rumah kita. So, kamu tak payah susah-susah tunggu bas sampai lewat petang nak
pulang rumah. Jalan kaki je pulang nanti.” Zahara menundukkan wajahnya sambil mengetap bibir. Ah sudah! Ibunya mulai memulakan
syarahannya. Zahara bingkas bangun dari duduknya lalu masuk ke dalam bilik,
tanpa mengendahkan Puan Zura dan Encik Fuad yang duduk di hadapannya.
Puan Zura dan Encik Fuad hanya
menggeleng kepala melihat tingkah laku Zahara. Satu keluhan berat dilepaskan
sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas katil lalu menyembamkan wajahnya
di atas bantal. Zahara menjerit sekuat hati melepaskan segala masalah yang
membelenggu dirinya. Tiba-tiba satu pukulan menghambat bahu kirinya. Dia
menghentikan jeritannya lalu menelan
liur. Kelat. Angin kuat menerobos masuk ke dalam kamar. Pelahan-lahan Zahara
mengangkat wajahnya, seorang budak perempuan duduk di hadapannya sambil memeluk
tubuh. Zahara hanya tersengih kelat.
“ Kakak! Bisinglah! Farah nak tidur
pun tak boleh! Ni apa pula masalah akak kali ni?” Farah memuncungkan bibirnya lalu
melepaskan keluhan berat.
Zahara mencubit kedua belah pipi
adiknya lalu memberikan senyuman yang lebar. Farah menepis tangan kakaknya lalu
menggosok-gosok pipinya yang kemerahan akibat cubitan sebentar tadi.
“ Maaflah. Kakak cuma protes je, ibu
ngan ayah nak pindahkan akak dekat sekolah kamu tu. Kamu macam tak tau akak
anti sangat dengan sekolah tu. Wahhh akak nak buat apa ni dik?” Zahara meraup
wajahnya. Farah menepuk-nepuk bahu kanan kakaknya lalu bangkit dari katil.
Tingkap yang terbuka sebentar tadi ditutupnya. Suis lampu juga ditutupnya. Senyuman
nakal terukir di bibir Farah. “ Akak redha jelah, akak cuma dengar khabar angin
je tu. Sekolah tu ok je,korang ni je yang suka buruk-burukkan sekolah tu.”
Selimutnya ditarik menyelimutitubuhnya yang sudah terbaring di atas katil.
Zahara
duduk bersendirian di atas bangku bersebelahan bilik guru. Persekitaran sekolah
kelihatan begitu usang. Zahara mencebik.Seorang cikgu perempuan bertudung ungu
keluar daripada bilik guru tersebut. Zahara menguntumkan senyuman mesra
kepadanya,senyumannya dibalas.
“Kamu
Zahara Fatihah Binti Ibrahim kan?” Cikgu itu ingin kepastian mengenai diri
Zahara. Zahara hanya mengangguk. “ Jom ikut cikgu, cikgu tunjukkan kelas kamu
kat mana.”Zahara mengekori Cikgu Mila dari belakang. Akhirnya mereka berhenti
di hadapan sebuah kelas. Suasana kelas tersebut yang tadinya bising kini
kembali senyap. “Aku ada kuasa ke? Boleh buat semua orang senyap.”Zahara
tersenyum kelat. Lamunannya terhenti sebaik sahaja Cikgu Mila menggerakkan
tangan kanannya.
“
Ok cikgu, Zahara saya minta diri dulu la ye. Assalamualaikum.” Cikgu Mila mulai
berganjak keluar daripada kelas meninggalkan Zahara yang masih tercegat berdiri
di hadapan kelas. “ Kenalkan diri kamu.” Cikgu mualaf yang bernama Mikail itu
bangkit dari duduknya lalu menyuruh Zahara memperkenalkan diri. “Mak ai! Kacak
betul cikgu ni.” Zaharatersengih sendirian. Sejurus sahaja memperkenalkan diri.
Zahara mulai berganjak dari situ lalu duduk di barisan belakang bersebelahan
dengan tingkap.
Waktu
rehat mulai berlangsung. Zahara bungkam memandang meja kosong di hadapannya.
Soalan yang diajukan oleh rakan sekelasnya, dijawabnya hanyasekerat demi
sekerat.
Dua
minggu berlalu, dia masih dengan sifatnya yang ego. Sungguh adia tidak dapat
menerima kenyataan bahawa dia telah bersekolah di sekolah yang dia paling anti.
Zahara melepaskan keluhan berat lalu memandang ke arah luar. Tumpuannyaterhadap
kelas langsung tidak diendahkan. Seorang demi seorang lelaki kelihatan mulai
keluar dari kelas sebelah. Huh nak ponteng kelas la tu. Zahara hanya melihat
gelagat mereka yang keluar dari kelas melalui pintu belakang. Rasa simpati
terhadap cikgu yang berusia, yang sedang mengajar di kelas itu timbul dalam
dirinya.
Zahara mulai tertarik dengan seorang lelaki berambut
spikeberkulit kuning langsat yang turut keluar daripada kelas tersebut.
Senyuman lebar terukir di bibirnya. “Padan muka kan dah kena tangkap. Langsung
tiada skill nak ponteng ke?” Zahara
hanya menggeleng kepala. Rakan-rakannya turut ditangkap oleh seorang cikgu
lelaki yang berwajah bengis. Mereka berdiri di hadapan kelas menunggu rotan
yang akan menghambat telapak tangan mereka. Zahara asyik memerhatikan lelaki
yang tidak mempunyai kemahiran ponteng itu dari jauh. “Mak ai! Kenapa dengan
aku ni? Tak kan lah aku suka dekat budaksamseng tu.” Zahara tersenyum sendirian.
“
Hara! Kau stalkAzaire ek?” Zahara
tersedar daripada lamunannya sebaik suara halus mulai kedengaran di corong
telinganya. Safiza tersenyum melihat muka Zahara yang mulai membahang
kemerahan. Zahara mulai kalut. Tudung yang tersarung di atas kepalanya dikemaskan
sedikit. “ Azaire? Siapa tu? budak rambut durian tu ke?” Soalnya selamba.
Safiza mengangguk. “ Oh! Aah… eh tak.. taklah.. aku tak minatlah nak stalk budak samseng macam tu… hehe...”
Zahara tersengih kelat. “Kau jangan cakap macam tu Hara. Dia tu pencuri tau.
Aku tengok dia tu ramai peminat juga.Tapi dia tak berminat dengan diaorang semua
tu. Aku tak tahu la dekat luar sekolah macam mana pula kan. Dia tu pelik, tak suka
layan budak perempuan.” Zahara terangguk-angguk mendengar kata-kata Safiza.
Perbualan mereka terhenti sebaik
sahaja Cikgu Melina membaling marker pen ke arah mereka berdua. “ Apa yang
korang gosipkan tu ha?! Mari sini korang berdua! Buat ketuk ketampi sebanyak 50
kali!” Zahara dan Safiza saling berpandangan lalu memulakan hukuman mereka
berdua. Tiba-tiba Zahara berasa dirinya seperti diperhatikan. Mainan perasaan.
Ya. Mainan perasaan, itu yang ada di dalam benak fikirannya sekarang ini. “Mamat
samseng tu! Kalau bukan sebab dia aku tak lah kena ketuk ketampi macam ni. Huh!
Tapi memang salah aku pun.” Zahara merungut sendirian.
Tiga bulan berlalu, hari demi hari Zahara
dapat menerima kenyataan bahawa kini dia bergelar pelajar di sebuah sekolah yang dia anti
dahulu. Perasaan itu,sejak kali pertama dia melihatnya Zahara berasa terpukau.
Setiap hari,dia mencuba untuk menghilangkan perasaan itu. Benar kata Safiza,dia
pencuri. Zahara salah seorang mangsanya. Dia terjerat dalam sebuah permainan.
Permainan perasaan. Azaire dia pencuri hati Zahara. “Apa yang harus aku
lakukan? Cukup sekali aku pernah terjerat dalam permainan itu. Aku tak sanggup
dibebani dengan masalah ini.”
“ Mak ai! Budak ni jauhnya mengelamun! Tak
baik tau anak gadis mengelamun tengah – tengah tangga rumah.” Puan Zura
menyergahnya dari belakang. Lamunannya mati lalu tersengih kelat. “ Ara tolong
ibu boleh tak?”Zahara hanya mengangguk. Puan Zura menghulurkan sekeping duit
kertas berjumlah RM10 kepada anak gadisnya. “ Beli garam, dan bawang. Terima kasih.”
Puan Zura mengusap kepalanya, Zahara memberikan senyuman.Zahara bangkit dari
duduknya masuk ke dalam rumah. Tudung bawal berwarna biru yang berlipat di dalam almari dicapainya lalu
disarungkan di atas kepala.
“ Semuanya RM 5.” Zahara menelan liurnya
sebaik sahaja melihat wajah juruwang tersebut. Azaire, diamemang kacak. Dalam
pandangan Zahara wajahnya seperti Andhika Pratama. Tapi bukan sebab itu Zahara
terperangkap dalam permainan tersebut. Yang pastinya, dia masih tidak dapat
mengetahui apa yang membuat hatinyaberjaya dicuri oleh jejaka bermata redup itu.Duit
kertas RM 10 Zahara beri kepadanya, dia memulangkan baki RM 5 kepadanya lalu
mengutumkan senyuman. Senyumannya. Buat Zahara bertambah cair.
Setahun Kemudiaan….
Tahun ini, Zahara akan menduduki Penilaian Menengah
Rendah. Tahun ini juga, masuk tahun kedua dia memendam perasaan itu.
Kadang-kadang dia tertanya-tanya. Bagaimana dia boleh TERsuka dekat si Azaire
ni. Dia seperti memukau diri Zahara sejak kali pertama melihat dirinya.Sejak
hari itu Zahara mulai diselubungi suatu perasaan aneh. Sungguh perasaan itu
membuatkan Zahara berada di alam lain. Diari biru yang tersusun kemas di atas
meja Zahara ambil lalu membuka helaian demi helaian. Pen biru dicapai lalu
tangannya mulai menari-nari di atas sehelai halaman.
“ Dear Diary…
Am I a stupid
girl ?Am I the most stupid girl in this world ?Stupid! Penat… Aku penat suka
dekat kau… budak jambu… aku pun tak tahu la macam mana aku boleh TERsuka dekat
kau. Walhal kau dah rembat semua ciri-ciri lelaki yang aku tak suka.Huh. Hairan
aku…” Helaian kertas tersebut mulai basah. Setitik demi setitik air matanya
jatuh . Zahara mengetap bibirnya. Cepat-cepat dia mengusap air matanya. Luluh
hati Zahara memikirkan masalah ini.Keluhan berat dilepaskan lalu meneruskan
kerjanya. “Aku penat, stalk kau dari jauh. Kau tak reti ke nak buka mulut cakap
dekat aku? Kenapa kau buat aku rasa terpinggir? Jujur, kadang-kadang terselit
rasa cemburu dalam diri aku terhadap kawan aku. Crush.. kau layan dia orang
tapi kau tak pernah layan aku. Buruk sangat ke aku depan mata kau?” Diari biru ditutup lalu Zahara
menyembamkan mukanya di atas bantal. Sungguh dia resah. Zahara tidak tahu apa
yang harus dilakukannya untuk menghapuskan rasa suka yang ada dalam dirinya.
“ Tahniah! Kamu semua telah terpilih
mengikuti Program murid Cemerlang dan Program Mentor dan Menteedalam tingkatan
di atas keputusan peperiksaan kamu yang meningkat.”Zahara tidak menyangka
bahawa dia telah terpilih mengikuti Program Mentor dan Mentee.Di mana seorang
guru akan menjadi mentor terhadap menteenya iaitu pelajar yang terpilih. Tidak
sia-sia usahanya mengulang kaji pelajaran siang dan malam untuk mengikuti
program ini.Mereka diberikan taklimat mengenaiProgram ini yang akan dirasmikan
pada minggu hadapan.
“ Ok,sekarang cikgu nak kamu beratur
ikut list name yang ada dalam tangan
cikgu ni.Perhimpunan minggu hadapan kamu jangan pandai-pandai nak ubah
kedudukan kamu pula. Nanti susah cikgu nak cari kamu. Perhimpunan minggu
hadapan merupakan perasmian kamu semua dalam Program Murid Cemerlang dan
Program Mentor dan Mentee.” Cikgu Karina guru kaunseling, memberi kedudukan
kepada mereka untuk beratur mengikut senarai nama yang ada dalam kertas yang
dipegangnya.
Satu
persatu nama murid disebut, giliran namanya pula disebut.Zahara sempat
berkenalan dengan seorang dua pelajar yang terpilih mengikuti program tersebut.
“ Azairee Hazwan!” Membulat matanya
sebaik sahaja mendengar nama itu. “Alamak budak samseng tu terpilih
juga.”Zahara memberikan keluhan berat. Berkali-kali namanya disebut namun
kelibatnya langsung tidak kelihatan. Beberapa minit kemudian kelibatnya mulai
kelihatan. Dia berlari tercungap-cungap bersama dengan seorang rakannya. Dalam
diam Zahara memerhatikan Azairee dari jauh. Tergaris sebuah senyuman di
bibirnya. “Alangkah baiknya jika dia sedar bahawa aku menyukai dirinya.
Alangkah baiknya jika dia menjadi sahabat aku.”
“ Maaf cikgu,kitorang ada pemilihan
atlet bola sepak tadi.” Pendek alasannya. Zahara segera mengalihkan
pandangannya. “Nasib baik tak kantoi kalau tak jatuh saham aku. Oh,atlet
rupanya budak samseng ni.” Hampir jatuh
rahang Zahara apabila cikgu Karina memberikan kedudukan Azairee di belakangnya.
“ Cik adik.” Lamunannya mati sebaik
sahaja Zaharamendengar seseorang memangilnya. “Huh gelaran cik adik kau bagi
kat aku.” Zahara menelan liurnya. Kelat. Bibirnya diketap lalu menoleh ke arah
belakang. Sungguh Zahara tidak sanggup menoleh ke arah belakang apa tidaknya Azairee
betul-betul berdiri di belakang Zahara.
“ Nama kau siapa?” Zahara melepaskan
keluhan. Kawan dia rupanya. “
Zahara…Zahara Fatihah.” Sebuah senyuman Zahara berikan kepada lelaki tersebut.
Zahara sempat mengalihkan pandangannya ke arah Azairee,mata mereka bertaut sebuah
senyuman diberikan kepada Zahara. Cepat-cepat Zahara menoleh ke hadapan.
Zaharamemejamkan matanya dan mengetap bibirnya. Mukanya membahang panas.
Senyuman itu membuatkan hati Zahara semakin cair.
“ Nama dia Zahara Fatihah.” Zaharamendengar
lelaki tadi menyebut namanya kepada Azairee sekali lagi.Zahara membuat sebuah
kesimpulan bahawa yang ingin bertanyakan namanya tadi ialah Azairee. Keluhan
berat dilepaskan. “Hina sangat ke aku depan mata dia. Dia sanggup minta bantuan
kawan dia yang jauh di belakang untuk bertanyakan nama aku je.”
Hari
demi hari berlalu. Masa begitu pantas berlalu. Tahun ini hampir tiga tahun
Zahara memendam perasaan itu. Pashmina Turquoise disambar lalu Zahara lilitkan
di atas kepalanya. Dengan keputusan Penilaian Menengah Rendahnya yang agak mengecewakan
sebentar tadi dia mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran.
Pangkin
yang terletak di hadapan sawah padi milik ayahnya menjadi tempat berteduh.
Tenang rasanya melihat ciptaan Allah yang terbentang luas di hadapan.
Masalahnyadapat dia lupakan sejenak. Matanya dipejam rapat.Satu keluhan berat
dilepaskan. Angin petang berhembus laju,kedua belah tangannnya diletak ke
belakang lalu segaris senyuman terukir di bibir. Sungguh nyaman udara pada
petang ini.
“
Wahh! Mengelamun Nampak! Ingat someone la
tu. Kan Aina!”Terkejut. Itulah reaksinya sebentar tadi.“Alahai korang ni kacau daun la pula.” Zahara merungut lalu
mencebik. Safiza, Zahara dan Aina,hampir 3 tahun persahabatan mereka terjalin.
Meskipun mereka agak kebudak-budakan namun Zahara bersyukur kerana Allah
memberikan sahabat yang baik kepadanya.
“
Ala, Hara. Kau janganlah sedih macam ni, ni pengajaran buat kau. Buat aku, buat
Fiza juga. Kita sama-sama tak dapat masuk sains tulen tapi kita masih dalam
kelas yang sama! Yeah!Tak pe SPM nanti kita sama-sama buat yang terbaik. Ok!”
Zahara hanya tersenyum mendengar kata
semangat Aina.
“
Korang… korang rasa orang tu bodoh tak, kalau dia suka dekat seseorang tu dalam
diam, begitu bertahun lamanya?” Setelah beberapa minit berdiam diri akhirnya
Zahara bersuara. Membulat bola mata Aina
dan Safiza mendengar pertanyaan daripadanya. “ Tak bodoh pun, dah hati kata
suka. Nak buat apa lagi kan? Kenapa? Kau ada suka dekat seseorang ke?” Safiza
menduga. Zahara hanya menggeleng kepala. Dia tidak mampu menjawab pertanyaan
Safiza. Mereka bertiga masing-masing berdiam diri melihat pemandangan yang
indah terbentang luas di hadapan.
==========
Seperti
biasa Zahara akan mengambil tempat duduk bersebelahan dengan tingkap. Senang
sikit diamenghirup udara yang segar, mengelamun di luar kelas. Memerhatikan
seseorang tu. Seseorang tu? Azairee. Hampir jatuh rahang Zahara apabila melihat
lelaki itu masuk ke dalam kelas dan duduk silang sebaris dari Zahara. Nasib
baik Safiza duduk bersebelahan dengan Zahara,kalau tidak kemungkinan besar
Zahara akan tertangkap ketika memerhatikan Azairee dalam diam.
“Yes!”
Zahara tersenyum lebar lalu memegang tangan Safiza dengan erat. Safiza mulai
tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia menggerak-gerakkan bahu Zahara
sekaligus membuatkan dia tersedar daripada lamunan.
“
Apa yang yesnya? Oh… kau stalk Azairee
ek?” Serta merta wajah Zahara yang bujur membahang kepanasan. Dia menelan
liurnya. Kelat. Zahara hanya tersengih kelat lalu mengetap bibirnya. “ Ma…mana ada,
aku kata yes se..sebab akhirnya kita dah
jadi budak menengah atas. Ah tu la yesnya hehe” Tergugup gagap Zahara memberikan
penjelasan kepada Safiza.
“
Hmm yelah tu Hara oi!” Keluh Safiza lalu menulis nota yang diberikan oleh cikgu
di papan putih. Zahara hanya tersengih kelat. Dia sempat memerhatikan Azairee
dalam diam sebelum menulis nota yang diberikan oleh cikgu. Kadang-kadang Zahara
tertanya-tanya adakah dia sudah berpunya? Adakah dia mempunyai motif tersendiri
dengan layanan yang diberikan Azaire kepada dia? Hampir empat tahun Zahara
terperangkap dalam dimensi cinta. Cinta? Cinta dan Suka? Zahara bingung dengan
perasaannya sendiri.
Hampir
setiap hari Zahara memerhatikan dia dari jauh. Hampir setiap hari dia
tertunggu-tunggu agar Azaireemembuka mulut berbicara dengannya. Hati Zahara tidak
bermaksud untuk menunggu Azairee berbicara dengannya. Zahara cuma rasa takut dengan
layanan yang diberikan kepadanya. Dia pernah berasa kecewa kerana menyukai seseorang
suatu ketika dahulu. Kenangan itu terimbas kembali saat hamba Allah itu melafazkan
kata cinta kepada dirinya. Mulutnya ingin melafazkan bahawa dia menyukai lelaki
itu. Namun kata-kata itu tidak dapat dilafazkan apabila dia hanya mengatakan
bahawa dia menyukai Zahara sebagai seorang sahabat. Mulai hari itu, dia takut
untuk jatuh cinta sekali lagi.
“
Kau yakin ke nak ikut Pidato ni? Suara kau kan kecil macam semut.Nanti…” Zahara
hanya tersenyum mendengar omelan Aina. Zahara sendiri tidak menyangka bahawa
dia sanggup mengikut pidato sempena Hari Kemerdekaan. “ Ala, aku yakin aku
boleh buat. Korang jangan risaulah. Aku janji aku akan buat yang terbaik untuk
kelas kita. Ok.” Sebuah senyumandiberikan kepada rakannya
Hari
yang dinantikan telah pun tiba. Tercalit rasa gugup dalam dirinya mengambil
bahagian dalam pertandingan sebegini. Namun dikuatkan dirinya untuk mengambil
bahagian. Zahara mencari satu sudut yang tidak begitu riuh untuk menenangkan
fikirannya. Sebuah bangku yang terletak berhampiran sebuah makmal komputer
menjadi tempatnya menenangkan diri.
Teks
pidato yang berada di tangannya dihafal. “Aku harus buat yang terbaik untuk
kelasku.” Gumamnya dalam hati. Latihannya sedikit tergugat apabila sekumpulan
lelaki mulai membuat bising. Satu keluhan berat dilepaskan. Dahinya berkerut
menahan kemarahan.Zahara teringat kata semangat yang diberikan oleh Safiza dan
Aina juga rakan sekelasnya sebentar tadi. Membuatkan kemarahnnya semakin reda.
Pasti mereka sibuk membuat persediaan untuk persembahan koir sebentar lagi.
Alamak dia. Dia lagi.Zahara semakin
kalut melihat kelibat Azairee berjalan ke arahnya bersama dengan sekumpulan
lelaki sebentar tadi.“Kawan dia,bukan main banyak. Oh kiranya budak top la dia
ni.” Zahara menduga.Hampir lapan bulan mereka berada di dalam kelas yang
sama.Sekali pun Zahara tidak pernah melihat kelakuan nakalnya seperti dahulu.
Perasaan suka dalam dirinya semakin bertambah apabila melihat Azairee sentiasa
berminat untuk mendalami agama islam dengan lebih mendalam. Zahara suka melihat
Azairee, dia sentiasa berkongsi ilmu bersama dengan rakan-rakannya. Tergaris
sebuah senyuman di bibir Zahara apabila terkenang sifat baharu jejaka itu. Sedikit
sebanyak ciri-ciri lelaki yang Zahara suka ada dalam diri Azairee.
“ Kau ambil bahagian ke?” Lamunannya
mati sebaik melihat Azaire yang bersongkok hitam di hadapannya. Hampir jatuh
rahang Zahara mendengar soalan yang diajukan sebentar tadi.
“ Ya…sa..saya i..ikut pidato.”
Tergugup gagap Zahara menjawab. Mata mereka bertaut. Segaris senyuman terukir
dibibir Azairee.Zahara segera mengalihkan pandanganya ke arah lain. Dalam
sejarah hidupnya, kali pertama Azairee bersuara kepadanya. Zahara menundukkan
wajahnya lalu mencubit tangan kirinya. Ini realiti,ini yang Zahara tunggu
selama beberapa tahun. Satu saat…. Sepuluh saat. Dia masih belum berganjak dari
situ. Perlahan-lahan Zahara mengangkat wajahnya, sekali lagi mata mereka bertaut.
Senyuman masih terukir di bibirnya. Aduh,mamat ni dah kenapa. Zahara menelan
liurnya. Kelat. Hampir sesak nafas Zahara dibuatnya. Mengikut detik yang gadis
itu kira hampir dua minit dia berdiri di hadapan Zahara dengan senyumannya yang
menggoda. Rakan-rakannya sudah jauh meninggalkan dirinya yang masih tercegat
berdiri di hadapan.
Dia masih dengan gayanya yang persis
seorang model tidak bertauliah. Dengan tangan kanannya yang diletakkan di dalam
saku seluarnya dan tangan kirinya yang diletakkan di bawah dagu sambil
memerhatikan Zahara yang duduk di sebuah bangku. Ambil kau Zahara bukan ini ke
yang kau nak. Azairee menggaru garu keningnya yang tidak gatal lalu tergelak
kecil.Makin cair Zahara dibuatnya.
“ Huh, lawak betul la kau ni. Suara
kecil macam kau? Boleh terfikir nak ikut pidato ni? Hergh boleh menang ke?”
Sindiran? Luluh hati Zahara mendengar sindiran Azairee. “Lawanlah Zahara,
kenapa kau lemah dengan dia.Lawanlah macam yang kau selalu buat dekat lelaki
yang selalu kacau kau selama ni.” Salah satu sebab Zahara tidak ingin bersekolah
di sekolah campur.Dia tidak ingin kecewa buat kali kedua. Kedua belah tangannya
digenggam.Anak mata Azaireedirenung tajam olehnya.
“ Ha,sini pun kau. Kitorang asyik
tertunggu – tunggu kau je nak buat latihan Koir.” Zakwan, selaku ketua kelas
mereka membuatkan renungan Zahara mati. Senyuman dibibirnya belum hilang.
Zakwan menepuk bahu Azairee menyuruhnya segera berganjak dari situ. “ Hara!”
Zahara mengalihkan pandangannya ke arah hamba Allah di hadapannya. “ Good
luck!” Kata semangat diberikan kepada Zahara meskipun pendek. Dia memang
pelik,baru sebentar tadi sindiran diberikan kepada Zahara. Zahara hanya
mengangguk lalu membalas senyuman manisnya.
Setahun
Berlalu
“ Hai, keluarga Syukur.” Pulang
sahaja dari sekolah Zahara terkejut mendengar nama datuknya disebut oleh
seseorang yang pastinya suara seorang lelaki. “ Hai, Zahara! Boleh kita jadi
kawan?” Langkah Zahara menuju ke perkarangan luar sekolah terhenti. Seorang
lelaki dengan baju sekolah berlengan panjang dan berkulit sawo matang. Dia memberikan
senyuman lebar kepada Zahara.
Keluhan berat dilepaskan. Rakannya
sudah jauh pergi meninggalkan Zahara. “ Kita kan memang dah lama jadi kawan.
Sekarang nak apa lagi?” Dia tertawa terkekek-kekek. Ariel. Rakan Zahara semasa
berada di bangku sekolah rendah.Sentiasa membuatkan hidup Zahara ceria dengan
soalan pelik yang diajukan kepadanya.
“ Saya nak apa? Saya nak khawin
dengan awak lepas SPM. Boleh?” Buku teks Akaun yang berada di tangannya segera
dihayunkan untuk memukul bahu Ariel. Dia sempat mengelak lalu tertawa
terkekek-kekek. “ Tak boleh! Sebab dah ada seseorang… dalam hati saya.”
Senyuman Ariel mati. Wajahnya yang manis serta merta bertukar menjadi masam. “
Oh, untung la orang tu. Jangan la ambil serius dengan apa yang saya cakap tadi.
Saya saje je buat lawak bodoh. Bye.Assalamualaikum.”
Zahara menjawab salamnya lalu terangguk-angguk tanda mengerti. Cemburu.Adakah
dia cemburu dengan seseorang yang berada dalam hati Zahara? Kadang-kadang dia
berasa pelik dengan dirinya sendiri, sudah berpuluh kali Ariel memberikan
tanda-tanda bahawa dia mempunyai perasaan melebihi seorang sahabat kepada
Zahara. Namun,dia tidak dapat membalas perasaannya itu. Azaire, dia telah mencuri
hati Zahara begitu tahun lamanya.
Sejak Zahara menuturkan kata-kata
itu kepada Ariel,dia mulai menjauhkan dirinya daripada gadis itu. Tiada lagi
lawak jenaka yang diberikan untuk Zahara. Pesanan ringkas yang dihantar
kepadanya langsung tidak terbalas. Panggilan telefon juga tidak diangkatnya. Ariel
memang ingin menjauhkan dirinya dari Zahara. Rasa bersalah dalam dirinya mulai
menerpa. Ditambahkan dengan beberapa persoalan. Zahara buntu. Buku Bahasa
Malaysia yang tersusun rapi di atas meja diambil lalu mulai membuat latihan.
“ Dah lama Ariel tak sakat kau.
Korang ada masalah ke?” Belum sempat telekung yang berada di tangan Zaharadisarung
di atas kepalanya, Aina mengajukan soalan kepadanya. Zahara hanya menggeleng
kepala. Seperti biasa mereka bertiga akan menunaikan solat Zohor sebelum
menghadiri kokurikulum. Beberapa minit kemudiaan,selepas selesai menunaikan
solat mereka mulai berganjak pergi meninggalkan perkarangan surau. Ha,sudah dia
terserempak dengan Azaire yang sedang memberikan risalah kepada pelajar yang
sedang duduk di dalam dewan. Suasana kelihatan begitu riuh pada masa itu.
Mereka bertiga turut duduk bersila di dalam dewan tersebut.
“ Hara!” Tersembur keluar air
minuman yang diteguknya sebentar tadi apabila Ariel menjerkahnya dari belakang.
Safiza dan Aina saling berpandangan lalu saling berbalas senyuman. Pasti ada
sesuatu yang bermain di minda mereka. “ Apa ni, tak reti nak bagi salam ke?
Main jerkah je.” Zahara merungut sambil mengerutkan dahinya. Ariel tersengih
kelat lalu duduk bersila di hadapan mereka bertiga.“ Jom… jom couple… saya suka dekat awak.” Hampir
jatuh rahang Zahara mendengar pelawaan Ariel sebentar tadi, senyuman terukir di
bibir Ariel. Zahara mulai kalut, lalu menggaru keningnya yang tidak gatal.
Safiza dan Aina tertawa terbahak-bahak. Tanpa mereka sedari Azairee sudah
terpacak berdiri di belakang mereka.
Senyuman terukir di bibirnya lalu
memberikan risalah yang berada di tangannya kepada mereka. “ Couple tu haram.” Sungguh mendalam
kata-kata yang dituturnya sebentar tadi. Ariel bangkit dari duduknya lalu
tersenyum sinis. “ Adakah bukti couple tu
haram? Aku tengok semua budak sebaya dengan kita main terjah je couple-couple ni.” Sengaja Ariel meninggikan
suaranya kepada Azaire yang masih kelihatan tenang. Semua mata mulai tertumpu
ke arah mereka berdua. Soalan yang diutarakan oleh Ariel sebentar tadi menarik
minat pelajar yang berada di situ.
“ Ada bukti yang couple
tu haram, ada dalam al-quran dan ada juga dalam hadis. Ada tiga sebab couple tu haram antaranya tiada niat
yang baik. Kau ajak Zahara couple
tapi adakah dalam hati kau nak khawin dengan dia? Atau sekadar suka-suka je?
Yang kedua, kau boleh jatuhkan maruah Zahara sebagai seorang perempuan. Masyarakat
di sekeliling kamu akan memandang serong terhadap Zahara bukan kau. Dia orang
akan tertanya-tanya kenapa si Zahara ni begitu senang terima kau sebagai
kekasih dia yang belum halal? Aku tak sanggup lihat orang memberi tanggapan
yang buruk terhadap Zahara. Eh,maksud aku insan yang bergelar perempuan.Yang
terakhir, buang masa langsung tidak
bermanfaat. Bukankah dating, berbual
dalam telefon pagi,petang,malam membazir masa kepada kita yang akan menduduki
SPM? Bukankah sewajarnya dan lebih elok kita gunakan masa kita dengan belajar?”
Zahara tidak menyangka bahawa Azairee yang dahulunya seorang kaki ponteng, suka
membuli,merokok setiap hari mempunyai ilmu pengetahuan agama yang lebih luas
berbanding dirinya. Ariel tersenyum kelat. Satu keluhan berat dia lepaskan lalu
berganjak keluar dari dewan. Bahu kanan Azairee sempat ditepuk-tepuknya sebelum
mengucapkan terima kasih.
Suasana yang riuh menjadi senyap
setelah Azairee memberikan ilmu kepada mereka mengenai bercinta secara haram.
Mata Zahara dan Azairee saling bertaut, senyuman sinis diberikan kepada Zahara
sebelum dia berganjak pergi dari situ kembali ke tempat asalnya sebentar tadi.
Zahara tertanya-tanya adakah Azaireesalah faham dengan hubungannya dan Ariel?
Matanya dipejam rapat. Satu keluhan berat dilepaskan. Terasa bahunya dipeluk
oleh seorang hamba Allah, belakang badannya digosok-gosok. Air mata mulai
jatuh. Liurnya ditelan.Pahit rasanya dengan kelakuan Azairee terhadapnya selama
ini.
“ Assalamualaikum,boleh pinjam buku
teks kawan kau ke?
“ Assalamualaikum,tolong bagi
risalah ni dekat kawan kau tu.
“ Assalamualaikum, Az nak pinjam
buku teks awak Hara. Boleh kan?”
Zahara mengimbas kembali kelakuan
Azairee terhadapnya selama dua tahun mereka berada dalam kelas yang sama. Hanya
sekali sahaja Azairee pernah membuka mulutnya untuk bersuara dengan Zahara. “Jahat
sangat ke aku depan mata dia? Buruk sangat ke aku depan mata dia?” Zahara mulai
menangis teresak-esak, Safiza dan Aina masih mencuba untuk menenangkan dirinya.
“ Kami tahu Hara, kau suka dekat
dia. Kalau aku lah jadi kau Hara, aku akan mengalah dengan perasaan itu. Kau
memang sabar Hara, kau sabar pertahankan perasaan suka dalam diri kau. Sabarlah
Hara, aku yakin mesti ada hikmah di sebalik semua yang terjadi ni.” Zahara hanya
terangguk-angguk lalu tersenyum lebar mendengar kata-kata Aina. Zahara
bersyukur kepada Allah memberikan dia dua orang sahabat yang begitu memahami.
Mereka sentiasa faham masalah yang membelenggu dirinya. Zahara mengusap air mata
yang jatuh dari tubir matanya. Dia sempat memerhatikan Azairee dalam diam,
kelihatan dua tiga orang pelajar perempuan yang bertudung labuh menghampirinya.
Pasti mereka ingin bertanyakan mengenai agama islam kepadanya. Ya,dia pasti
suka seorang muslimah seperti itu.
==========
Peperangan
besar baginya iaitu Sijil Pelajaran Malaysia
sebagai seorang pelajar sekolah akan berakhir pada hari ini. Sehelai
surat yang ditulis semalam berada di tangannya. Satu keluhan berat dilepaskan
sebelum bangkit dari duduknya. Kedudukan Zahara di dalam dewan peperiksaan
bersama dengan Azairee hanya bersebelahan. Meskipun hanya sekali Azairee membuka
mulut berbicara dengannya, dia tetap bersyukur sekurang –kurangnya hati Azairee
terbuka untuk berbicara dengannya.
Zahara melangkah setapak berdiri di
hadapan kerusi Azairee yang kosong. Dia pandang kiri dan kanan,belakang dan
hadapan sebelum memasukkan surat tersebut di dalam beg sandang kepunyaaan
Azairee yang berwarna hitam. Zahara tersenyum lebar sebelum berganjak keluar
daridewan tersebut.
Sebelum pulang ke rumah masing-masing,
buat kali terakhir Zahara dan Azairee terserempak di perkarangan sekolah.Zahara
memberikan senyuman meskipun dia
menerima jelingan maut daripada Azairee. Mungkin dia masih berburuk sangka
terhadap Zahara dan Ariel dan menyangka bahawa mereka mempunyai hubungan yang
melebihi seorang sahabat.
Malam itu, hujan turun dengan
lebatnya. Zahara terbaring kaku di atas katil sambil merenung siling yang kosong.
Kipas ligat berputar. Farah tidak habis-habis dengan celotehnya. Tiba-tiba dia
teringat akan surat yang ditulisnya semalam. Adakah dia sudah membaca surat
tersebut? Atau dia sudah mengoyakkan kertas tersebut dan membuangnya ke dalam
tong sampah. Maklumlah surat itu merupakan pengakuan jujur Zahara terhadap
Azairee. Bukan senang bagi Zahara mengumpul kesemua kekuatan yang ada dalam
dirinya untuk menulis surat tersebut.
“ Dear Crush…
Saya suka dekat awak sejak kali
pertama saya melihat diri awak semasa kita berada di tingkatan dua. Pada
mulanya saya tertanya-tanya, bagaimana saya boleh menyukai diri awak. Padahal
saya akui kelakuan awak sebelum ni. Ciri-ciri lelaki yang saya tak suka. Muka
awak yang jambu tu bukan sebab saya suka dekat awak. Saya tertanya-tanya adakah
awak mempunyai perasaan yang sama dekat saya? Apa motif awak yang sebenarnya
layan saya macam saya ni seorang banduan? ^_^… Kadangkala saya rasa saya dah
gila harapkan awak membalas perasaan saya. Namun sejak dua tahun yang lepas
saya dapat mencari jawapan itu. Mungkin ini adalah hikmah yang Allah berikan
untuk saya. Awak… awak dah rembat semua ciri-ciri lelaki yang saya suka. Saya
suka tengok awak kongsi ilmu dekat kawan-kawan awak, saya suka lihat awak
menjadi imam kepada junior-junior kita. Awak ajar saya erti kesetiaan, erti
kesabaran. Azairee. Saya tahu, dalam mata awak… saya tak sehebat perempuan
lain. Cuma satu je saya harapkan dari awak, buang sifat ego awak. Terima kasih
dengan kata-kata semangat yang awak berikan kepada saya dua tahun yang lepas.
Saya tahu awak dah lupa kata-kata semangat yang awak berikan kepada saya. Saya
harap awak akan berjaya dalam hidup awak, saya harap awak dapat seorang isteri
yang solehah. Saya yakin awak akan jumpa pelangi yang indah untuk diri awak.
Awak seorang lelaki yang baik, mestilah awak akan dapat seorang isteri yang
baik. Saya sukakan awak… ^__^
Your Secret
Admire…”
Satu keluhan berat Azairee lepaskan
sejurus sahaja membaca surat tersebut. Dia terduduk di atas katil lalu
beristighfar beberapa kali. Liurnya ditelan. Kelat. Rasa sebak dalam dirinya
mulai menerpa sebaik sahaja membaca surat tersebut. Rasa bersalah turut menghantui
dirinya. “ Aku tau… kau yang tulis surat ni… Zahara… aku tak suka dekat kau…tapi
… aku cintakan kau”
==========
Lapan
Tahun Kemudiaan…
Lumrah setiap hari suasana di Kuala
Lumpur sentiasa sibuk dengan kesesakan lalu lintas. Zahara membebel sendirian
di dalam kereta berjenama Honda Civic yang baru dibelinya dua tahun yang lepas.
Resah dalam dirinya semakin bertambah. Tangannya mulai berpeluh melihat
kesesakan jalan raya yang teruk. Kalau sahaja semalam dia tidak menjadi burung
hantu menahan matanya untuk berjaga memeriksa kertas peperiksaan
pelajarnyapasti dia tidak akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas seperti
ini.
Radio yang sedang memutarkan lagu
Dia yang kau pilih, dari Shahir dihayatinya dengan begitu dalam. Bibirnya
diketap. Tangannya yang memegang steering kereta digenggam dengan erat. Serta
merta air matanya jatuh. Dia tersenyum kelat. Kenangan pahit lapan tahun yang
lalu masih segar diingatannya ketika Azairee memberikan senyuman sinis terhadapnya.
Dalam masa yang sama dia turut terimbas kembali saat Azairee memberikan kata
semangat kepadanya. Hatinya begitu luluh setiap kali terkenang memori itu. Meskipun
hampir lapan tahun mereka terpisah namun perasaannya terhadap Azairee tidak
pernah terpadam.Sungguh dia merindui jejaka yang telah mencuri hatinya setelah
sekian lama.
Dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan
dan kesejahteraan Azairee dari jauh. Air mata yang mengalir di pipi mungil itu diusapnya.
Tudung bawal berwarna Peach yang tersarung dikepalanya dibetulkan sebaik sampai
di perkarangan sekolah. Keretanya diparkir di hadapan kantin sekolah. Jam
dashboard sempat dikerlingnya. membulat matanya melihat jam menunjukkan angka
7.30 pagi. Tas tangan jenama Coach segera dicapainya lalu turun daripada kereta
tersebut. Langkah dipercepatkan menuju ke Pejabat am. Senyuman sempat diberikan
kepada staf-staf sekolah.
“ Cikgu Hara! Kenapa lewat sangat
datang sekolah ni ha? Cikgu sepatutnya jadi contoh kepada murid-murid cikgu.
Bukannya ambil kesempatan. Mentang-mentang dah dapat anugerah guru cemerlang
gatal pula ya sengaja nak datang lewat ke sekolah!” Punch kad yang berada di
tangan Zahara terjatuh. Tersentak dia mendegar jerkahan Cikgu Misla,guru
disiplin di sekolah itu.
“ Ma..maaf cikgu. Saya tak berniat
pun nak datang lewat. Maaf.” Punch kad yang terjatuh di atas lantai di ambilnya.
Cikgu Misla hanya menggeleng kepala. Sebuah senyuman diberikan kepada Cikgu
Misla, senyumannya hanya dibalas dengan jelingan maut.
“ Dah! Dekat luar tu, ada seorang
budak baru dengan ayah dia kot. Saya pun tak pasti sebab ayah dia tu muda
sangat. Anak murid kamu juga tu. Cikgu Farhan dah tawarkan diri dia hantar anak
dia masuk ke kelas. Tapi ayah dia tu menolak, dia nak juga jumpa guru kelas anak
dia ni.” Zahara hanya mengangguk langkahnya diatur keluar daripada pejabat am.
“ Apasal lama sangat cikgu kamu
datangha? Hergh… apa cikgu kamu tu ingat…” Di satu sudut berhampiran bilik guru
kelihatan seorang lelaki dengan gaya rambut spike dan berbaju kemeja t didalam
dan dipasangkan dengan kot kelabu ala-ala ahli korporat ditambahkan dengan kaca
mata hitam duduk di atas bangku. Seorang pelajar perempuan berikat dua duduk
bersebelahan dengannya. Omelan lelaki itu terhenti setelah Zahara memberikan
salam kepadanya.
Dia bangkit dari duduknya lalu
menjawab salam Zahara. Senyuman sinis diberikan. Zahara kalut melihat senyuman
sinis lelaki itu, senyuman lebar diberikan kepada lelaki yang terpacak berdiri
di hadapannya untuk menghilangkan rasa risau. Zahara membaca bismiillahirahmanirahim
lalu berdeham.
“ Alahai mamat ni, kacaknya.
Azairee. Apasal rambut mamat ni,kulit dia,tinggi dia dan… senyuman sinis dia.
Apasal semua tu buat aku teringat akan Azairee? Mata dia? Alahai, kenapa la kau
tutup mata kau guna kaca mata hitam tu.” Zahara mulai dibuai lamunan sambil
tersengih-sengih. Lelaki yang terpacak berdiri di hadapan Zahara dengan
tangannya yang menyeluk saku melepaskan satu keluhan berat.
“ Oh! Sekarang kau nak mengelamun la
pula. Tahu tak hampir dua puluh minit kami tunggu dekat sini. Kau dah buang
masa aku, kau faham tak! Kau sangka aku ni tak ada kerja lain ke nak buat? Ini
ke tugas kau sebagai seorang cikgu datang lewat ke sekolah. Mengelamun! Aku
boleh report kelakuan kau dekat pejabat pendidikan tau!” Zahara tersedar
daripada lamunannya. Tangannya mulai berpeluh. Takut dengan herdikan dan ugutan
lelaki itu. Bibirnya diketap, mulutnya terkumat kamit membaca selawat.
“ Ma…maaf encik. Saya…” Tergugup
gagap mulutnya ingin memberikan penjelasan. Segera kata-katanya dipintas oleh
lelaki itu. Terhincut bahunya mendengar herdikan lelaki itu. Matanya mulai
berkaca-kaca dengan layanan lelaki itu terhadapnya. Memang itu kesalahannya,
dia harus menerima layanan itu sebagai pengajaran buat dirinya. “ Kau senang je
kan, nak lafazkan kata maaf! Hergh, dah tak payah pening kepala dengan masalah
kau tu. Lewatlah apalah. Ni anak aku,dia ni spesial sikit. Dia ada masalah
disleksia.” Suaranya mulai diperlahankan namun masih jelas di pendengaran
Zahara. Zahara menarik dan menghembuskan nafasnya. Rasa resah dalam dirinya
mulai menghilang. “Dah banyak sekolah aku hantar dia ni tapi masalah dia tetap
sama. So, aku harap, kau dapat bantu
dia dan bantu aku juga atasi masalah disleksia dia ni. Maaf, aku tak berniat
nak kecilkan hati kau tadi. Aku Cuma bengang je tunggu kau lama kat sini.
Ingat, masa tu penting. Allah tak suka hambanya yang selalu melengahkan masa.
Aku harap ni pengajaran buat kau dan aku. Assalamualaikum.” Senyuman manis
diberikan kepada Zahara sebelum dia memulakan langkahnya sebelum berganjak dari
situ. Zahara tersenyum sendirian melihat kelibat lelaki itu yang semakin hilang
dari pandangannya.
Anak perempuan kepada lelaki
sebentar tadi bangkit dari duduknya lalu menarik-narik baju kurung Zahara yang
bercorak bunga dan berwarna jingga.Zahara memimpin tangan budak perempuan itu
lalu membawanya ke dalam kelas. Sebaik masuk ke dalam kelas,selaku ketua kelas
Arian memberikan salam kepada Zahara diikuti oleh pelajar yang lain. Zahara
merupakan guru kelas kepada pelajar yang berada di darjah tiga. Zahara
meletakkan tas tangan serta bukunya di atas meja guru. Dia memberikan senyuman kepada
pelajar baru itu. Pelajar baru itu memintal-mintal baju kurung yang digunannya.
Tercuit hati Zahara melihat budak perempuan yang berkulit putih itu.
“ Siapa nama kamu? Kawan –kawan kamu
nak tahu ni. Cikgu pun nak tahu juga.” Zahara menundukkan badannya lalu
memegang bahu budak perempuan itu. “ Nama saya, Amira Qistina Shuhada. Nama
ayah saya…” Zahara terangguk-angguk mendengar Amira memperkenalkan dirinya.
“ Sini-sini… duduk sini.” Zahara
hanya tersenyum melihat gelagat anak muridnya. Permintaan lelaki itu sebentar
tadi mulai bermain di dalam benak fikirannya. Ya. Lelaki itu,lelaki yang hampir
seiras dengan Azairee itu memberikannya sepenuh harapan agar Amira dapat
menjadi seperti kanak-kanak lain. Memberikan Zahara harapan agar masalah
disleksia Amira dapat diatasi. Bukan mudah baginya untuk memikul tanggungjawab
itu.
==========
Zahara sentiasa berusaha menyediakan
bahan yang baru untuk Amira membuat latihannya di rumah. Kadang-kadang dia
terpaksa berjaga di malam hari untuk membuat kajian mengenai kanak-kanak yang
mengalami masalah disleksia.
“ Amira. Nanti tolong bagi surat ni
dekat mak ayah kamu ek. Kata dekat mak ayah kamu yang cikgu Hara nak minta
kebenaran untuk buat kelas tambahan kepada kamu setiap hari selepas pulang dari
sekolah. Tak lama pun Cuma sejam je. Tak ada kos bayaran yang dikenakan.”Amira
hanya terangguk-angguk dengan permintaan Zahara.
Setiap hari Zahara akan membuat
kelas tambahan untuk Amira. Sedikit sebanyak masalah disleksia Amira dapat
diatasi dan menunjukkan peningkatan. Kadangkala lelaki itu akan memerhatikan
Amira dan Zahara dari jauh. Dia belum bersedia untuk menunjukkan identiti
sebenarnya kepada Zahara. Dia takut jika dia menunjukkan identiti sebenarnya
kepada Zahara, Zahara akan menarik diri untuk membantu Amira mengatasi
masalahnya.
Zahara teragak-agak untuk mendail
nombor itu. Dia takut jika herdikan akan diterimanya seperti kali pertama dia
bersua dengan lelaki itu. Dia hanya ingin membincangkan mengenai Amira bersama
lelaki itu. Satu keluhan berat dilepaskan. Kalau bukan sebab tanggungjawab yang
digalasnya jangan harap dia akan mendail nombor itu.
“ Tut… tut…tut…” Zahara menanti
panggilan itu dengan sabar.
“ As…Assalamualaikum. Ni… saya cikgu Zahara.” Sebaik panggilan dijawab
Zahara tergugup gagap memberikan salam. “ Waalaikumsalam, ya ada apa kau call aku malam – malam macam ni? Aku
baru je teringat kau yang gagap tu. Aku baru je terbayang – bayang kalau kau
jadi bini aku. Dapat anak macam si Amira tu. Mesti seronok kan?” Hampir jatuh
rahang Zahara mendengar kata-kata lelaki itu. Mukanya serta merta menjadi merah
dan panas menahan malu. Hampir sesak nafas dibuatnya setelah mendengar
kata-kata lelaki itu.
“ Hello! Kau masih dalam talian ke? Sorry la aku gurau je, kau janganlah ambil serius sangat.” Pensil
yang berada di tangan lelaki itu dimain-mainnya. Sebuah lakaran hiasan dapur kelihatan
di atas meja kerja lelaki itu. Matanya masih tertumpu ke arah lakaran tersebut.
“ Saya Cuma nak bincang pasal perkembangan Amira je. Boleh kita jumpa? Esok?”
Pensil yang dipegang oleh lelaki itu terjatuh. Badannya ditegakkan. Liurnya
ditelan. Pahit. Identitinya akan terbongkar. Satu keluhan dilepaskan.
“
Ya, ok. Esok?Boleh-boleh. Dekat mana nak jumpa?” Dia harus menerima kenyataan
bahawa identitinya akan terbongkar sebentar sahaja lagi. Lapan tahun,dia
tercari-cari di manakah keberadaan Zahara. Sungguh dia mencintai gadis yang
telah terpahat di dalam hatinya itu setelah sekian lama.
Pashmina
biru tidak bercorak dicapainya lalu dililitkan di atas kepalanya dengan gaya
yang simple. Terserlah keayuannya dengan Blouse labuh yang berwarna merah
jambu. Hanya bedak alas dan juga maskara serta pelembap bibir berwarna merah
jambu menghiasi wajahnya. Tas tangan berwarna ungu dan kunci kereta dicapainya.
Enjin kereta dihidupkan lalu dia memacu keluar dari perkarangan rumah teres dua
tingkatnya itu. Zahara tersenyum sendirian sambil mendegar radio yang sedang memutarkan
lagu I Love You dari Avril Lavigne. Hari itu bukan sahaja janji temu pertamanya
bahkan itu merupakan kali pertama dia keluar bersama dengan seorang lelaki.
Starbucks.
Tempat yang dijanjikan olehnya semalam. Selesai sahaja memakir kereta, Zahara
mulai mencari satu sudut tertutup agar perbincangan mereka tidak terganggu. Minuman dipesannya terlebih dahulu.
Beberapa minit kemudiaan kelibat lelaki itu mulai kelihatan. Zahara tersenyum
sendirian melihat penampilan pelik lelaki itu.Dengan topi berwarna coklat dan
juga clubmasternya yang berwarna hitam membuatkan lelaki itu persis seperti
seorang penjenayah.
Zahara
terus terkaku apabila lelaki itu duduk di hadapannya. Tercalit rasa menyesal
dalam dirinya kerana ingin berbincang bersama lelaki itu. Mata mereka saling
bertaut, lama. Zahara memberikan senyuman yang lebar kepadanya. Senyumannya
dibalas. Lelaki itu berdehem sejurus sahaja pelayan menghantar pesanan yang
dipesan oleh Zahara sebentar tadi.
“
Assalamualaikum,terima kasih sudi jumpa saya.” Setelah beberapa minit berdiam
diri, Zahara memberikan salam kepada lelaki itu lalu menghirup cappuccino yang
dipesannya sebentar tadi. “ Waalaikumsalam, kau nampak cantik pakai pashmina
macam ni. Nampak ayu je.” Sudah. Lelaki itu memuji Zahara secara berlebihan menyebabkan
dia tersedak. “ Terima kasih. Awak kerja apa ye?” Soalan itu diajukan kepada
lelaki itu sambil mencari sesuatu di dalam tas tangannya. “ Pereka Dalaman.”
Pendek sahaja jawapan lelaki itu.
Zahara
hanya terangguk-angguk. Bukan itu yang menarik minatnya terhadap lelaki itu.
Selain ingin membincangkan mengenai masalah Amira, dia juga berminat ingin
bertanyakan mengenai identiti lelaki itu. Penampilannya sentiasa pelik di mata
Zahara. Zahara mengeluarkan sebuah buku cerita yang baharu dibelinya semalam
lalu menghulurkan kepada lelaki itu.
“
Buku tu memang sesuai untuk Amira. Awak sentiasa buzy kan dengan design
yang awak lakar semua tu….” Mereka saling berbincang mengenai perkembangan
Amira. Clubmaster sudah dibukanya,topi yang terletak di atas kepalanya
diturunkan sedikit agar wajahnya tidak begitu jelas kelihatan di mata Zahara.
Zahara melepaskan keluhan. Suara lelaki itu, dia rindu suara itu meskipun hanya
sekali pernah dilafazkan kepadanya.
“
Azairee. Itu nama awak bukan. Itu… itu awak kan? Lelaki di depan saya ni.
Azairee kan?”Satu keluhan berat Zahara lepaskan. “Amira tu Cuma anak saudara
awak je, bukan anak awak. Saya tak bodoh awak… Tak mungkin saya boleh lupakan wajah
hamba Allah yang ada depan saya ni.” Dia menggenggam kedua belah tangannya.
Matanya mulai kabur kerana air mata berat bertakung di kelopak matanya. “Saya
selalu stalk awak dari jauh, stalk facebook awak… sa..ya sukakan
awak… perasaan tu tak boleh hilang… dah …dah sebelas tahun saya suka dekat
awak… Kenapa awak… sanggup buat saya macam ni? Hina sangat ke saya ni… depan
mata awak? Awak tahu tak…” Air matanya mulai mengalir dari tubir matanya. Semua
yang tersirat di dalam hatinya kini dapat dikeluarkan. Dia sudah cukup bersabar
dengan perasaan itu.
Lelaki
itu membuka topi yang menyembunyikan wajahnya yang sebenar. Betul tekaan
Zahara,itu adalah Azairee. Cinta berat sebelah Zahara semasa di bangku sekolah
menengah.“ Sebab aku cintakan kau. Aku tak suka dekat kau… tapi aku cintakan
kau. Perasaan cinta tu lebih kuat dari perasaan suka Zahara. Kalau kau sukakan
aku selama sebelas tahun. Aku, aku cintakan kau selama sebelas tahun ni. Kau
nak tahu kenapa aku lakukan semua tu? Kau nak tahu kenapa perangai aku boleh
berubah? Aku tak sanggup berhadapan dengan kau Zahara, aku tak nak perasaan tu
bertambah kuat. Cukuplah aku anggap kau tak wujud, tapi aku nak kau tahu kau
wujud dalam hati aku.” Zahara mengesat air mata yang mengalir. Hendak sahaja
dia jatuh pengsan mendengar pengakuan Azairee. Mata mereka saling bertaut.
Zahara tidak menyangka bahawa perasaan Azairee lebih dalam berbanding dirinya.
“Jujur
aku akui, aku pernah cemburu lihat kau dan Ariel rapat. Aku yakin kau mesti
sedih kan dengan senyuman sinis yang aku bagi dekat kau, layanan yang aku beri
dekat kau. Kau terlalu baik untuk aku Zahara. Mesti kau pernah dengar surah
an-nisa yang mengatakan bahawa… lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik
dan begitu juga sebaliknya. Aku tak begitu baik, aku belum cukup sempurna untuk
menjadi yang terbaik untuk diri kau Zahara. Kau dah banyak ubah hidup aku.
Banyak yang aku dapat pelajari dari kau selama ini. Aku cintakan kau… Zahara
Fatihah.” Zahara menekup mulutnya, dia menangis teresak-esak mendengar
penjelasan Azairee. Sungguh dalam cinta Azairee untuk dirinya sehingga dia
terpaksa berkorban. Mulutnya kaku untuk bersuara. Bagai digam setelah mendengar
kata-kata Azairee
Sebuah
senyuman lebar diberikan kepada Zahara. Azairee bangkit dari duduknya. Bibirnya
diketap, air mata lelakinya terus jatuh membasahi bumi. Zahara yang duduk
sambil menangis teresak-esak di hadapannya direnung dengan tajam. Langkahnya
mulai diatur meninggalkan Zahara, Zahara segera bangkit dari duduknya. Segala
keberaniaan dikumpulnya,satu keluhan berat dilepaskan.
“
Azairee! Awak lepaskan saya? Biarpun hati saya untuk awak?” Azairee
menghentikan langkahnya lalu menoleh ke belakang. Mata mereka saling bertaut.
Tidak mungkin dia akan melepaskan Zahara buat kali kedua. Namun dia tidak yakin
jika dia dapat membahagiakan hidup Zahara, dia tidak yakin dapat menjadi
pelangi yang baik buat diri Zahara. Menjadi imam buat gadis yang mencuri
hatinya itu.
“
Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Setiap Adam bertanggungjawab untuk
memimpin hawanya ke arah kebaikan. Hawa diciptakan untuk menghiasi kehidupan
Adam, berkongsi masalah. Kau diciptakan untuk aku cintai Zahara. Tapi… dalam
masa yang sama. Adakah aku lelaki yang baik? Adakah aku sesuai untuk menjadi
imammu Zahara?” Zahara bungkam. Memang di matanya Azairee sempurna. Imannya
sempurna,pelajarannya sempurna, wajahnya turut sempurna.
“ Kita diciptakan untuk bersama.
Kita saling mencintai. Kita cukup sempurna untuk menjadi pasangan yang halal.
Awak dah cukup sempurna di mata saya Azairee. Kita dah ada pekerjaan, bukan
macam dahulu kita bergantung kepada mak dan ayah kita. Awak dah ada pekerjaan
tetap, saya pun sama.” Hanya itu sahaja yang dapat dituturkan oleh Zahara. Dia
terduduk. Capuccino yang masih tersisa dihirupnya.
“ Aku tak akan lepaskan kau Zahara.
Aku cintakan kau. Aku tak nak kehilangan kau seperti lapan tahun yang lalu.”
Zahara mendongakkan kepalanya. Zahara tersenyum lebar kepada Azairee,
senyumannya dibalas. Tidak sia-sia luahan hati Zahara sebentar tadi, Azairee
membalas cinta berat sebelahnya itu.
===========
Canon
In D yang ditulis oleh Johann Pachelbelldimainkan merdu di ruang tamu rumah
agam dengan susunan hiasan Vantage itu. Zahara yang baharu turun dari tangga
rumah itu tersenyum lebar melihat suaminya memainkan lagu yang menjadi
kegemarannya. Langkahnya diperlahankan. Leher suaminya dipeluk lalu satu
kucupan diberikann di pipi suaminya itu.
Alunan piano dihentikan. Zahara
duduk di atas riba Azairee. Azairee memegang pinggang isterinya. Mata mereka
saling bertaut senyuman bahagia saling terukir di bibir masing-masing. Jodoh
mereka sudah tertulis di Luth Mahfuzh tanpa sesiapa sedari. Zahara tidak
menyangka bahawa cinta Azairee terhadap dirinya lebih dalam berbanding perasaan
sukanya terhadap Azairee. Dia tidak menyangka bahawa semasa berada di bangku
sekolah, dengan sifat Azairee yang sentiasa dingin terhadapnya merupakan sifat
cinta yang Azairee tujukkan buat dirinya.
“ Kebahagiaanmu,
kesenanganku.Kesusahanmu,deritaku. Terima kasih sayang, sudi menjadi suri dalam
hidupku. Maafkan saya dengan kesilapan besar yang saya lakukan dahulu. Saya..”
Jari telunjuk diletakkan di bibir Azairee. Zahara menggeleng kepala.
“ Terima kasih kembali sudi menjadi
pelangi dan imam saya. Jangan ingat kenangan lama. Kita kan dah buka buku yang
baru. Ternyata hati kita saling memiliki.Awak curi hati saya. Saya curi hati
awak.Awak dah tertulis dalam hati saya. Tiada orang lain dalam hati saya selain
awak. Awak lelaki pertama dan terakhir yang akan saya miliki. MR Crush…awak dah jadi suami saya. Saya
dah miliki awak.” Azairee tertawa kecil mendegar kata-kata Zahara. Tercuit hati
kecilnya mendengar kata-kata romantik isterinya.
“ MRS Crush… saya dah dapat apa yang saya nak. Sayangku… cinta tidak
selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta.Cinta dibawa oleh Adam
dan Hawa.Kemudian dilanjutkan oleh Romeo dan Juliet.Ditengelamkan oleh Rose dan
Jack (titanic) dan dibawakan kembali oleh Zahara Fatihah.” Merah padam muka
Zahara mendengar kata-kata manis yang mendalam daripada Azairee.
Jodoh itu dikategorikan kepada tiga
bahagian. Jodoh daripada Syaitan iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan
berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi
mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut. Yang kedua,
jodoh daripada Jin iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai
dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin
dengan lelaki tadi. Yang terakhir, jodoh daripada Allah iaitu pandangan 2
pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa.
Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya.
Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah
satu-satunya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang
digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
….TAMAT….
Assalamualaikum semua.. jemput ke blog sy :)
BalasPadamnak tukar bloglist? sape setuju sila kesini
http://akusijebat.blogspot.com/2014/06/jom-tukar-bloglist.html