Assalamualaikum… Konichiwa ! hai korang ^ _ ^ Yeahhh ! Akhirnya Iqa dah berjaya sekali lagi menyiapkan cerpen
baru lagi. Ni cerpen yang kedua Iqa pernah buat. Iqa bagi sinopsis sikit ok
story ni berkisah tentang perjuangan untuk mempertahankan Negara Malaya Iqa
guna teknik imbas kembali juga sama dengan cerpen sebelumnya guna teknik imbas
kembali tapi bahasa dia belum sempurna lagi gaya bahasa dia mungkin ada tapi sikit
ja haha. Harap korang enjoy dengan cerpen yang Iqa baru buat ni ^ _ ^
PERJUANGAN
BAB1: MEMORI SEORANG WANITA TUA
Erina
memulakan langkahnya dengan membaca bismillahirahmanirahim
dan berjalan dengan berhati – hati langkah berjalannya agak perlahan maklumlah
diusianya yang genap lapan puluh tahun itu sudah tidak kuat untuk berjalan
dengan laju seperti zaman remajanya.
Kedatangannya disambut oleh seorang wanita yang kemas bergaya mengenakan
sepasang kot berwarna hitam. Pada hari itu dia harus berkongsi semua pengalaman
pahit dan manisnya kepada seluruh Negara pada hari itu juga dia diundang
sebagai tetamu terhormat di sebuah rancangan dokumentari yang bertemakan hari
kemerdekaan. Hari itu genap 57 tahun Negara Malaysia mencapai kemerdekaannya.
Pengacara wanita itu
mulai memperkenalkan diri Erina dan bertanyakan pengalamannya ketika berada
dalam era penjajahan Jepun. Erina yang kelihatan tenang duduk di sofa berwarna
biru itu mulai menceritakan pengalamannya ketika berada dalam era penjajahan
Jepun dengan senyuman yang manis. Meskipun wajahnya sudah ditenggelami dengan
usianya yang tua tetapi mukanya masih kelihatan berseri – seri.
BAB 2: KEBAHAGIAAN SEBUAH KELUARGA, TALI BARUT YANG TIDAK DIDUGA
Pada era penjajahan Jepun Erina hidup dalam serba kemewahan meskipun berada dalam kongkongan Jepun. Ayahnya merupakan seorang pejuang Malaya manakala ibunya seorang peniaga yang menjual kopi. Dia merupakan anak kedua dari tiga beradik. Sebagai seorang anak perempuan yang tua dia sentiasa membantu ibunya menguruskan hal rumahnya. Setiap petang dia yang dibantu oleh adik perempuannya yang bernama Syahida akan membantu ibu mereka membungkus kopi di dalam bekas untuk dijual di pasaran. Abangnya Amran yang dalam latihan menjadi seorang pejuang Malaya sentiasa melindungi mereka sekeluarga ketika ayahnya sedang berjuang menentang askar Jepun.
Mereka hidup dalam
keadaan bahagia . Pernah suatu dahulu ketika malam menjelma isteri rakan
ayahnya yang sarat mengandung ingin melahirkan Erina bertungkus lumus menyelamatkan
nyawa anak dan isteri rakan kepada ayahnya. Dari situ Erina mula dikenali oleh
penduduk kampungnya sebagai bidan yang termuda di kawasan kampungnya. Waktu itu
usianya yang baru mencecah 23 tahun sudah boleh menjadi seorang bidan terkenal.
“ Assalamualaikum … Assalamualaikum …” kedengaran suara seorang lelaki dalam
lingkungan 30 an dari luar rumah Erina sedang mengetuk ngetuk pintu rumah kayu
tersebut. “ Waalaikumsalam” pintu kayu tersebut dibuka oleh Syahida. “ Oh Abang
Amir rupanya ada apa abang nak cari abang Amran ke ?’’ Soal gadis yang berumur
dalam lingkungan belasan tahun itu. “ Ya abang nak cari abang Amran kamu dia
ada kat dalam rumah tak ?”
“ Abang Amran ada dalam
rumah kejap Ida pergi panggilkan’’
Beberapa minit kemudian
Amran keluar daripada kamarnya dan menjemput Amir masuk ke dalam rumahnya yang
sederhana itu. Syahida masuk ke dalam dapur dan membuat air untuk kedua dua
jejaka tersebut. “ Ha… ada apa abang
Amir datang rumah Amran tengahari buta ni ada apa apa informasi mengenai tali barut
Jepun tu ke ?” soal Amran.
“ Ya abang datang ni
sebab nak bagi informasi mengenai tali barut Jepun tu kami dah kenal pasti
identiti tali barut tu dia… Amir diam sejenak dia tahu bahawa berita ini akan
mengejutkan Amran.
“ Abang Amir siapa tali
barut Jepun tu?” sergah Erina yang baru pulang daripada kebun kopi milik
keluarganya itu. “ Erina masuk tak bagi salam siapa yang ajar ?” sergah
abangnya yang dari tadi menantikan berita mengenai tali barut Jepun itu. “
Assalamualaikum” Erina member salam kepada dua jejaka tersebut. “
Waalaikumsalam” Kemudian Syahida yang membawa sedulang minuman panas duduk
berhampiran kakaknya dia juga tertanya tanya siapakah tali barut Jepun
tersebut.
“ Kalau abang bagi tahu
kamu semua identiti tali barut tersebut janji dengan abang kamu jangan
menghukum orang tersebut dia ada sebab kenapa dia terpaksa menjadi tali barut
Jepun tersebut. Orang yang telah mengkhianati kita dan menjadi tali barut Jepun
ialah Sudin.” Tiga beradik tersebut terkejut mendengar berita mengenai identity
tali barut tersebut. Sudin tali barut kepada Jepun sememangnya seorang yang
mereka percayai kerana tanggungjawab Sudin menjalankan tugasnya sebagai seorang
komander kepada pejuang Malaya.
Malam itu mereka
bertiga berasa keberatan dan bersalah untuk memberitahu identiti tali barut
Jepun kepada kedua ibu bapa mereka. Mujurlah Erina yang sememangnya seorang
yang berterus terang mulai memberitahu kedua ibu bapanya mengenai berita itu. “
Benarkah apa yang kamu katakan ini Erina kamu jangan main tuduh Sudin tali
barut askar Jepun tu. Sudin tu seorang komander mustahil dia nak jadi seorang
tali barut kepada Jepun.” Ayah Erina mulai menengking Erina maklumlah Sudin
orang kepercayaan ayah Erina. Semenjak kematian Rosli ayah kepada Sudin
kepercayaan Budin ayah kepada Erina berpindah kepada Sudin. “ Betul ayah apa
yang dikatakan oleh akak Ina tu abang Sudin buat semua tu sebab dia berada
dalam dilema. Adik abang Sudin Aisya kena culik oleh askar Jepun dan dijadikan
gundik kepada askar Jepun dia buat semua tu sebab dia sayangkan adik dia.
Tinggal aisya je yang dia ada bagi dia harta tak penting yang penting keluarga
dia sebab itu dia jadi tali barut kepada askar Jepun itu.” Syahida yang dari
tadi berdiam diri mulai memberi penjelasan kepada ayahnya yang terkejut mendengar
berita menganai tali barut tersebut.
Ibu kepada tiga beradik
tersebut dan isteri kepada Budin hanya berdiam diri dia hanya tersenyum
mendengar berita itu. Aminah seorang yang hati terbuka dia sentiasa menerima
berita dengan hati yang terbuka. “ Ok
ayah percaya dekat kamu bertiga. Esok ayah akan adakan perbincangan mengenai
hal ini ayah akan mencuba sedaya upaya untuk membantu Sudin
melepaskan adiknya daripada askar Jepun.” Ayah Erina
mulai kelihatan tenang dan berkata dengan semangat.
“Kalau macam itu Amran
akan ikut ayah mempertahankan bangsa kita!” Amran berkata dengan semangat bagai
mengenggam bara api. Erina dan Syahida tergelak mereka berdua tahu tujuan abang
mereka selain mempertahankan bangsa abang mereka juga sebenarnya memendamkan
perasaan kepada Aisya adik kepada Sudin.
Keesokan paginya Amran
yang bersemangat menyelamatkan Aisya bangun awal tidak seperti kebiasaanya. “
Abang kamu tu nampak semangat je pagi pagi ni apa yang dia mimpikan semalam
bangun awal awal pagi ni?” Aminah menanyakan kepada Erina. “ Macam biasa la
mak kalau bab aisya ni dia memang macam tu semangat bukan main” Erina dan
Aminah mulai tergelak. Mesyuarat pada pagi itu berjalan dengan lancar manakala
misi menyelamatkan Aisya juga berjaya dengan kebijaksanaan Erina merancang strategi.
Pada keesokan malam harinya majlis doa selamat dijalankan sebagai tanda
kesyukuran mereka Berjaya dan Aisya berada dalam keadaan selamat.
BAB 3 :CINTA SEORANG PEJUANG MALAYA, DARURAT
BAB 3 :CINTA SEORANG PEJUANG MALAYA, DARURAT
“ Aisya tunggu sebentar janganlah laju sangat jalan tu.” Amran yang dari tadi menemani Aisya kepenatan mengejar Aisya yang sedang membantu ibunya menjual jamu buatan ibunya. “ Abang Amran cepat sikitlah jalan hari dah nak gelap ni tak baik anak dara jalan hari nak gelap ni.” Senyum Aisya. “ Baiklah jangan paksa abang Amran dukung Aisya jalan laju sangat kan”. Kata Amran sambil berlari menghampiri Aisya. Aisya hanya tersipu malu mukanya merah padam dengan sifat Amran yang sentiasa mengambil berat mengenai dirinya. Sifat Amran yang sentiasa mengambil berat telah menambat hati Aisya.
Seperti kebiasaanya
Budin, Aminah, Amran, Erina dan Syahida akan mengadakan mesyuarat untuk
mencapai kata sepakat mencapai kemerdekaan Malaya. Pada hari itu juga mereka
semua dikejutkan dengan darurat akibat suatu pembunuhan yang terletus. Amran
juga sudah menjadi seorang pejuang Malaya. Keadaan darurat tersebut menyebabkan
perubahan ekonomi terhadap keluarga Budin akibat perintah berkurung.
Suatu hari, berita yang
amat mengejutkan mereka sekeluarga sekali lagi datang kepada mereka. Ketika
semua orang sedang berkurung di dalam rumah akibat daripada darurat, Erina
sekeluarga dikhabarkan dengan kematian ayahnya yang mati dibunuh oleh askar
Jepun. Hati Erina bagai ditusuk dengan sembilu maklumlah Erina sangat rapat
dengan ayahnya bagai belangkas. Ibunya yang terkejut mendengar berita tersebut
pengsan dan dibawa berehat oleh Syahida di dalam kamar ibunya. Manakala Amran
mulai bersifat keras hati dia menjadi seorang panas baran dan sanggup menyamar
sebagai askar Jepun dan menjadi tali barut kepada askar Malaya. Perniagaan
Aminah juga muflis akibat daripada mogok daripada pihak Jepun yang ingin
memusnahkan perkampungan mereka. Aminah jatuh sakit dan menjadi lumpuh seumur
hidup. Erina menerima semua dugaan dengan tabah.
Ketika Erina dan
abangnya pergi ke majlis syura untuk menuntut kemerdekaan, askar Jepun menyerbu
rumah mereka kerana mereka sudah mengetahui identiti Amran. Askar Jepun yang
marah bagai api yang membara memperkosa Syahida beramai ramai dan membunuh
Aminah dengan pisau belati. Mereka membawa Syahida yang lemah bersama dengan
mereka. Setibanya Erina dan Amran di rumah Erina terduduk dan meraung dengan
kematian ibu mereka manakala Amran berusaha menenangkan hati Erina yang ramuk
melihat ibunya dibunuh dengan kejam. Aisya dan Sudin datang ke rumah mereka dan
berusaha mambantu mereka berdua menjejaki Syahida yang diculik.
BAB 4: KEHILANGAN YANG TIDAK DIDUGA, KEJAYAAN YANG SUDAH DICAPAI
Pagi itu Amran yang berpakaian rapi yang hendak menuntut adiknya daripada askar Jepun meninggalkan mesej yang penting kepada Aisya dia memberitahu isi hatinya kepada Aisya. Aisya tersenyum dan membalas isi hati Amran mereka berdua tersenyum. Tidak ketinggalan Amran juga menyampaikan mesej kepada Erina bahawa Syahida akan berada dalam keadaan selamat dan dia meminta Erina untuk menjaga dirinya. Amran dan Sudin meneruskan perjalanan mereka ke destinasi yang hendak mereka tuju. Sesampai sahaja mereka di Ibu pejabat askar Jepun Satu das tembakan mengenai jantung Amran begitu juga Sudin akhirnya adik mereka berjaya melepaskan diri daripada pihak Jepun. Malangnya Erina diambil sebagai gundik manakala Aisya dibunuh dengan kejam.
Meskipun hampir setiap
hari Erina dilayan dengan cara kekasaran tetapi dia tetap tabah dia juga tidak
henti henti berdoa agar adiknya berada dalam keadaan selamat. Pagi itu genaplah
tiga tahun dia kehilangan orang yang disayanginya dia juga dibebaskan daripada
menjadi seorang gundik kepada askar Jepun. Dia juga menjadi seorang yang kuat
dan bersemangat untuk mencapai kemerdekaan Negara Malaya.
Setelah genap Sembilan
tahun hidup dalam era Jepun akhirnya Negara Malaya mencapai kemerdekaanya. 31
Ogos 1957 hari bersejarah Negara Malaya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman
sebanyak 7 kali dan sah Negara Malaya menjadi Negara merdeka. Hati Erina
melonjak gembira setelah sekian lama dia hidup dalam keadaan peperangan
akhirnya dia dapat merasakan kemardekaan meskipun dia kehilangan orang yang
disayanginya. Dia juga sudah kehilangan jejak adiknya entah hidup atau entah
tidak dia juga tidak mengetahui berita mengenai Syahida.
BAB 5: CARIK CARIK BULU AYAM AKHIRNYA BERCANTUM JUA
BAB 5: CARIK CARIK BULU AYAM AKHIRNYA BERCANTUM JUA
Deraian air mata Erina membasahi pipinya yang sudah dipintali oleh sejuta kedutan. Air mata penonoton yang berada dalam rancangan itu turut mengalir setelah mendengar kisah Erina. Erina berasa sungguh bangga memperjuangkan Negara Malaya daripada jajahan kuasa luar dia juga bangga melihat Negara Malaya yang sekarang dikenali dengan nama Malaysia pesat membangun dan akan menjadi Negara maju suatu hari nanti. Ketika hendak sampai ke penghujung rancangan pengacara dokumentari khas tersebut membawa keluar seorang wanita tua. Erina kaku melihat wanita tua tersebut ianya tak ia dan tak bukan Syahida adik yang dijejakinya hampir 30 tahun. Mereka saling berpelukan dan deraian air mata yang membasahi pipi kedutan mereka berdua mengalir dengan deras.
Enjoy your time ^ _ ^ and dont forget da komen arigatou gozaimatsu !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan