Assalamualaikum korang ^_^ kali ni iqa nak share novel yang iqa baru buat. Mungkin nanti kalau korang baca novel ni bahasa dia tak seperti bahasa dalam novel yang korang selalu baca tu iqa masih baru lagi dalam dunia penulisan. Novel ni juga merupakan novel pertama yang iqa pernah buat. Harap korang enjoy dengan novel ni ^_^
* kalau nak feeling yang lebih klik playlist, utk scene happy2 klik ( 33 n 34 ) utk scene sedih or saspen klik ( 35 n 36 ) mengikut pendapat iqa keempat-empat lagu ni sesuai dengan novel ni ^_^
I'm In Love With My Childhood Friend
* kalau nak feeling yang lebih klik playlist, utk scene happy2 klik ( 33 n 34 ) utk scene sedih or saspen klik ( 35 n 36 ) mengikut pendapat iqa keempat-empat lagu ni sesuai dengan novel ni ^_^
I'm In Love With My Childhood Friend
If I don't know you and we were not friend, I will not know what firendship and love means
BAB 1
“ Hana! Rafel, kesalahan apa lagi yang kalian berdua lakukan
kali ini ha! Saya sudah muak dengan komen negatif mengenai kamu berdua dari
setiap guru yang mengajar di kelas kalian berdua. Telinga saya hampir berdarah
mendengar komen mengenai kalian berdua, kali ini saya tidak akan melepaskan
kalian berdua oleh kerana kesalahan ini berpunca dari Hana, cikgu mahu kalian
berdua buat ketuk ketambi selama 10 kali untuk Rafel dan 50 kali untuk Hana faham!
Buat sekarang !
Seperti
kebiasaanya, hampir setiap hari Rafel dan Hana dipanggil ke bilik guru disiplin
dan kesalahan yang mereka berdua lakukan hanya dilakukan oleh Hana manakala
Rafel hanya mempertahankan kawan baiknya itu. Kali ini Hana telah membuat
kesalahan yang berat dia telah menyebabkan seorang pelajar perempuan jatuh dan
mengalami kecederaan. Setelah ketuk ketambi Rafel mencapai 10 kali Hana
dikejutkan apabila Rafel menyuruhnya berhenti dan denda ketuk ketambi yang
hampir dilakukan Hana sebanyak 20 kali itu disambung semula oleh Rafel dan cikgu
mereka hanya menyetujui perbuatan Rafel itu.
“ Rafel, bodoh !” Hana yang berdiam
diri dari tadi tiba-tiba bersuara.
“ Hahaha Hana, macam tak biasa dah
berapa kali saya back up awak. Kenapa
tiba-tiba je ni Hana nak marah Rafel ? Oh, Rafel tahu sebab Rafel terkasar kan
dengan Hana …”Kata- kata Rafel tiba-tiba sahaja dipotong oleh Hana.
“ Bodoh… , bu… bukan sebab Rafel
terkasar dengan Hana lah. Tapi sebab, disebabkan Hana Rafel digantung sekolah
selama sebulan dan reputasi Rafel di sekolah tercemar kerana Hana. Kenapa
Rafel, kenapa? Sentiasa buat Hana rasa… rasa seolah-olah mama ada di sisi Hana?”
Deraian air mata Hana mulai gugur.
Hana… Rafel buat semua tu sebab kita
kawan… bukankah sudah lumrah seorang kawan membantu kawannya yang dalam
kesusahan. Rafel yang kaget dengan kata-kata Hana segera menjawab semua
persoalan yang bermain dalam minda rakannya itu sambil mengusap kepala Hana yang
berambut kecoklatan itu.
. . .
“ Doktor, bagaimana dengan keadaan
anak kami ? Dia… dia baik sahajakan doktor.” Malam itu Ibu bapa Rafel
dikejutkan apabila Rafel tiba-tiba sahaja pengsan dan tangan serta mulutnya
penuh dengan darah.
“ Encik, Puan saya harap kalian
berdua tabah dengan berita yang saya sampaikan ini. Anak lelaki encik,puan
mengalami barah paru-paru tahap empat kemungkinan besar jangka hayatnya tidak
akan mencapai ke usia 20 tahun. Dan tiada penawar bagi penyakit ini.”
“ …. Doktor apa yang harus kami lakukan
untuk anak kami doktor ?”
“ First,berita ini harus diketahui oleh anak encik dan puan jangan
biarkan dia tertanya mengenai penyakitnya. Second,
kita akan berusaha mencari penderma untuk anak kalian berdua third, anak encik dan puan harus membuat
temu janji setiap minggu dengan saya hanya itu sahaja yang dapat saya bantu dan
yang terakhir serahkan semuanya kepada tuhan.”
Keesokan
harinya sebelum Rafel berangkat ke sekolah ibu bapanya bersetuju untuk memberitahu
berita dukacita tersebut kepada Rafel.
“ Maafkan mama Rafel, mama tidak
menjaga kesihatan Rafel mama tidak dapat melahirkan Rafel dalam keadaan sihat
seperti orang lain.” Maafkan mama. Tangisan ibu Rafel mulai gugur, sambil
memeluk anak lelakinya dia mengeluarkan semua kata- kata itu.
“ Mama tak payah minta maaf dengan
Rafel. Rafel bahagia dapat orang tua yang memahami seperti mama dan papa.”
Mereka bertiga saling berpelukan dengan erat sambil Rafel berkata-kata.
Tanpa mereka
sedari Hana yang berdiri kaku diruang tamu rumah mereka setelah mendengar
perbicaraan Encik Hairi, Puan Zulaika dan Rafel terduduk. Dia seolah-olah tidak
dapat mengawal perasaanya dan terus menangis sehingga Rafel datang dan memeluk Hana
dengan erat.
. . .
“ Nah, papa ada hadiah untuk anak
papa yang hebat ni.” Kata Encik Hairi sambil menunjukkan sebuah basikal
berwarna biru kepada anaknya, Rafel sebelum Rafel berangkat ke rumah Hana untuk
menjemputnya pergi ke suatu tempat.
“ Terima kasih papa.
“ Sama- sama. Jalan elok- elok tau.
Setelah
sampai ke sebuah rumah teres 2 tingkat kepunyaan ayah Hana, mereka berdua terus
berangkat ke destinasi yang hendak mereka tuju. Hana tertanya –tanya kemanakah
mereka hendak pergi. Rafel hanya berdiam diri.
“ Jom turun dah sampai ni. Inilah
tempat yang Rafel maksudkan.” Mereka sampai ke destinasi yang dimaksudkan oleh
Rafel dan Hana tersenyum luas sebuah tempat dengan pemandangan yang cantik,
udara yang segar dan sebuah rumah pokok membuatkan hati Hana gembira.
“ Wah! Terima kasih Rafel.Hana nak
namakan tempat ni dunia ajaib Hana rasa seolah – olah berada dalam dunia lain
la Rafel haha.”
“ Sama – sama Hana. Dunia ajaib ni hadiah buat
Hana hari ni kan birthday Hana ini
lah present dari Rafel buat Hana.
Jaga elok- elok tau terutamanya rumah pokok tu jom kita naik ada kejutan buat
Hana.”
Sampai
sahaja mereka naik ke rumah pokok tersebut Hana sekali lagi dikejutkan dengan
suasana rumah pokok tersebut dia benar – benar berasa dalam dunia lain. Rumah
pokok tersebut dipenuhi dengan warna kegemaran Hana, barang kesukaan Hana.
“ Rafel, Hana dah buat senarai
perjanjian yang kita setuju untuk buat disini. Ni senarainya.” Mereka berdua
saling bertukar kertas yang bertulis oleh mereka berdua dan membuat perjanjian.
Rafel yang menunggang
basikal manakala Hana yang berada di belakang Rafel tiba – tiba berhenti
berhampiran dengan stesen bas Rafel tiba - tiba sahaja diserang dengan
penyakitnya. Hana yang panik segera meminta bantuan kepada orang yang lalu –
lalang. Hana semakin panik melihat Rafel mengerang kesakitan dan nafasnya
tercungap – cungap. Penglihatan Rafel semakin kabur dan Hana hanya menangis di
sisi Rafel.
kk yuki...best sangat...kk yuki pandai!!kk yuki tau bhsa jepun??kk yuki buatlah novel lgi...yg dlm bku leh??aishah suka...
BalasPadamkak tak tahu sgt bhsa jepun just minat dengan jepun ja :) yg dlm buku kena ada publisher maaf aishah. kak akan buat novel yg baru lps SPM tahun dpn ^ - ^
Padam:)...you a perfect,kk iqa...
BalasPadamTak perfect sgt syafiqah :) thanks syafiqah ^_^
Padamsedih citer yuki buat....btw,congrats..diz ur hardwork..keep it up gurl!
BalasPadamimprove your tatabahasa, learn more bout bahasa Malaysia
BalasPadam