Tumblr Scrollbars

My Friend

Rabu, 17 Julai 2013

I'm In Love With My Childhood Friend ( Bab 2 & 3 )

           BAB 2

Seperti biasa hari sabtu ialah hari untuk mengetahui perkembangan kesihatan Rafel kali ini Hana menemani Rafel ke hospital.
            “ Kesihatan kamu semakin membaik teruskan menjaga kesihatan kamu. Jauhkan diri kamu daripada makanan yang berkimia ianya akan menjejaskan kesihatan kamu jika kamu tidak mendengar nasihat saya. Saya tidak pernah pun melihat gadis sebelah kamu ni setahu saya kamu tidak mempunyai adik kan mahupun sepupu muka kalian berdua tidak serupa. Girlfriend kamu ke ? serasi betul saya tengok kalian berdua.” Doktor Safina yang juga merupakan doktor peribadi Rafel amat rapat dengan keluarga Rafel hampir semua profil keluarganya diketahu oleh wanita bertudung ungu itu.
            “ Ya. Saya faham doktor jangan dekati makanan yang berkimia nanti kalau saya jatuh sakit tiada orang yang boleh menggantikan tempat saya menjaga teman wanita saya ni. Saya faham.” Rafel menjawab spontan.
            “ Oh, jadi betullah gadis sebelah kamu ni teman wanita kamu memang serasi kalian berdua.” Kata doktor Safina sambil tersenyum.
            “ Saya bu..” Hana yang ingin mengatakan yang sebenarnya tiba – tiba sahaja tangannya ditarik oleh Rafel dan mereka keluar daripada bilik doktor  tersebut.
Rafel yang menunggang basikal dan Hana yang berada dibelakangnya berhenti di sebuah Restoran. Mereka duduk di bahagian belakang sekali seorang pelayan mengambil pesanan yang diminta oleh Rafel manakala Hana hanya berdiam diri.
            “ Ha na, jangan marah – marah nanti cepat tua. Rafel gurau je lah tadi, jangan ambil serius tau. Dah doktor tu kata kita ni serasi nanti kalau Rafel kata kita just kawan je bukannya nanti muka dia merah padam.” Rafel memberi penjelasan dengan apa yang dia lakukan tadi.
            “ Tak ambil serius pun. Tak marah pun just shock je dengan apa yang Rafel kata kat doktor tu. Hana menjawab.
            “ Nak ke Hana ni jadi teman wanita aku. Sampai bila aku nak pendamkan perasaan ni aku kena mengatakan perasaan cinta aku dekat Hana.” Rafel bermonolog dalaman sambil merenung Hana yang khusyuk membaca sebuah risalah.
            “ Hana, ada sesuatu yang Rafel nak bagitahu Hana ni. Ini berkenaan dengan…” Rafel berhenti berkata ketika seorang pelayan membawa pesanan makanan yang dipesan oleh Rafel sebentar tadi.
            “ Berkenaan apa? Dia nak jadikan aku teman wanita dia ke.” Jawab Hana dicampurkan dengan bermonolog dalaman sambil tersenyum.
            “ Berkenaan dengan…” Rafel bertukar fikiran untuk menyatakan rasa cintanya.
            “ Berkenaan dengan aliran yang Rafel akan pilih untuk tingkatan empat nanti ha berkenaan dengan aliran tu lah. Rafel ingat nak masuk kat aliran sains la Rafel nak jadi seorang doktor  suatu hari nanti kalau tak pun Rafel nak jadi seorang pilot. Hana pun masuk aliran sains juga ok Hana boleh jadi seorang doktor nanti Maya boleh …. ” Rafel segera menukar topik. Hana pula terus memotong perbicaraan nya.
            “ Oh tentang aliran rupanya Hana sangka berkenaan dengan apa. Hana nak jadi seorang pelukis and Hana tak nak jadi doctor faham tu ! Hana nak ambil aliran seni. Jadi Rafel nak masuk sekolah sains la ni ? Hana tengok Rafel berusaha lebih untuk masuk sekolah sains ni.” Soal Hana.
            “ Maybe ya maybe tidak. Nanti kalau Rafel masuk kat sekolah sains Hana macam mana takda orang nak jaga kawan Rafel yang cantik ni.” Kata Rafel senyum sambil mengusap kepala Hana.
Sebulan berlalu Rafel berjaya masuk ke sekolah Sains dia sendiri tidak tahu sekolah mana yang Hana akan masuk adakah dia tetap bersekolah di sekolah lamanya atau dia akan berpindah atau sebaliknya. Meskipun ibu bapa Rafel keberatan untuk melepaskan dia bersekolah di sekolah yang berasrama penuh mereka berdua terpaksa memenuhi permintaan anak mereka.
Selepas selesai sahaja program orientasi untuk pelajar baru, mereka ditempatkan ke bilik masing-masing sebelum solat maghrib. Keesokan harinya, mereka diagihkan kepada beberapa kelas sebelum memulakan hari pertama persekolahan. Rafel berjaya masuk ke kelas pertama dan duduk di bahagian belakang bersebelahan dengan tingkap manakala tempat duduk di sebelahnya pula kosong. Di kelas tersebut Rafel mulai berkenalan dengan dua tiga orang pelajar.
            “ Selamat sejahtera semua.” Seorang guru lelaki berkulit putih dan mempunyai muka yang bengis dan seorang guru perempuan yang berambut kecoklatan masuk ke kelas Rafel.
            “ Selamat sejahtera cikgu.” Bergema seluruh suara pelajar 4 a 1.
            “ Nama saya Cikgu Rashdan dan guru di sebelah saya pula Cikgu Suzie. Saya merupakan guru tingkatan kamu semua manakala Cikgu suzie merupakan penolong guru tingkatan di kelas ini. Cikgu nak kamu perkenalkan diri kamu mula dengan lelaki jepun dahulu.” Guru tingkatan 4 a 1 memperkenalkan dirinya serta penolongnya. Rafel pula terkejut apabila Cikgu Rashdan memangilnya dengan nama lelaki jepun.
            “ Nur Hanani Syafiqah Mohd Aziz silakan masuk dan perkenalkan diri kamu kepada rakan – rakan kamu.” Cikgu Suzie memangil seorang pelajar perempuan. Rafel pula tersedar daripada lamunanya apabila mendengar nama yang disebut oleh guru berketurunan cina itu. Dia seolah – olah kenal akan nama itu.
Seorang pelajar perempuan berambut kecoklatan masuk ke kelas 4 a 1 dan memperkenalkan dirinya. “ Hai semua ! Nama saya Nur Hanani Syafiqah Mohd Aziz, sebelum bersekolah di sini saya merupakan pelajar SMK Harapan. Kamu semua boleh panggil saya dengan nama Hana. Faham tu H a n a.”Hana memperkenalkan dirinya sambil matanya liar mencari seseorang. “ Ha kamu lelaki pelik yang duduk bersebelahan dengan tingkap tu sangka Hana tak boleh sekolah kat tempat macam ni. Bodoh ! kamu sudah lupa akan perjanjian yang pernah kita buat suatu masa dahulu ke? Kenapa tak bagitahu Hana kamu sekolah disini.” Hana memberontak bagai hilang kawalan diri manakala guru tingkatan dan penolong guru tingkatan mereka berdua memberi tempat duduk kepada Hana dan menyuruhnya berhenti
            “ Tak penting pun perjanjian tu buat Rafel. Sekolah ni tak sesuai untuk orang yang tak nak masuk aliran sains, buat apa nak bagitahu Hana.” Balas Rafel sambil merenung Hana yang senyum menuju ke sebelah tempat duduk Rafel. Dia sebenarnya tidak ingin melihat kesedihan yang terpancar pada muka Hana. Dia tahu disebalik senyuman manis Hana itu merupakan kesedihan Hana.
“ Hai, nama saya Siti Harina. Kamu mesti Hana kan salam perkenalan. Lelaki yang kamu sound tadi tu kawan istimewa kamu ke? Ah… maaf saya tanya soalan macam ni ” Seorang pelajar perempuan berkaca mata memperkenalkan dirinya kepada Hana dan bertanya hubunganya dengan Rafel sambil menghulurkan tangan kepada Hana.
            “ Hai, harina. Ya, saya            Hana salam perkenalan. Maksud Harina, Rafel. Oh Rafel tu memang kawan isitimewa buat Hana, jangan salah sangka pula kitorang takda hubungan apa-apa pun just kawan baik ja. Takpa takpayah minta maaf la Hana memang dah biasa dengan soalan macam tu.” Jawab Hana senyum sambil berjabat tangan kepada Harina.
Seperti biasa Rafel yang tidak boleh bersukan hanya duduk berdiam diri pada pagi itu. Guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani di kelas 4 a 1 memahami faktor dan penyebab Rafel tidak boleh bersukan, dia asyik melihat persekitarannya yang dipenuhi dengan murid yang sedang bersukan.Pernah suatu ketika dahulu dia yang berminat dalam  sukan bola sepak terpaksa dikejarkan ke hospital punca daripada dia bersukan, semenjak hari itu dia sudah fobia untuk bersukan. Dia tersedar daripada lamunannya ketika wisel ditiupkan dia tersenyum melihat Hana yang berada di tengah sekaligus menjadi ketua dalam pemanasan badan pada hari itu. Hana sememangnya seorang atlet bola jaring dan menjadi kapten untuk menengah rendah di sekolah mereka dahulu.
. . .
“ Hai Hana cantik! Kenalkan nama saya Adrian  ” Hana yang sedang keluar daripada bilik guru untuk menghantar buku latihan pelajar di kelasnya tiba-tiba disergah oleh seorang lelaki yang kelihatan seperti seorang samseng.
Hanaa tidak mengendahkan lelaki tersebut dan terus berjalan menuju ke kelasnya. Tanpa disedari lelaki tersebut menarik tangan Hanaa dan membawanya menuju ke sebuah pondok, teriakan Hanaa langsung tidak kedengaran kerana waktu itu hujan lebat telah turun. Lelaki tesebut terus memeluk Hanaa dan Rafel yang terserempak dengan mereka berdua terus berlari sekuat tenaga kearah Hanaa dan lelaki tersebut, satu tumbukan dikenakan kepada lelaki itu Rafel yang hilang kawalan amarahnya terus menyerang lelaki tersebut dan menyebabkan lelaki itu tercedera.  
            “ Nah air tenangkan hati awak dahulu. Fuhh … Rafel, Hana dah takut dah tadi Hana sangka Rafel nak bunuh dah budak tu.” Keluh Hana sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada Rafel.
            “ Hana mulai hari ni Rafel tak nak Hana jalan seorang diri macam tadi, Hana mesti pandai nak jaga diri. Kalau… kalau suatu hari nanti Rafel dah takda kat dunia ni siapa yang akan jaga Hana kalau papa Hana overseas? Bukan ka Hana juga yang mesti bertanggungjawab menjaga diri Hana.” Kata – kata Rafel membuat Hana yang sedang membalut tangan Rafel yang tercedera menitiskan air mata.
Hana tidak dapat berkata apa-apa Rafel yang simpati akan rakannya itu mengusap kepala Hana dan memohon maaf atas kata – kata yang diluahkannya tadi. Perasaan cintanya terhadap Hana semakin kuat namun disebabkan keadaan kesihatannya menyebabkan luahan hatinya tidak dapat terungkap dia tidak mahu Hana menderita kesunyian jika suatu hari nanti dia pergi meninggalkannya buat selamanya.
Setelah genap 5 bulan bersekolah cuti sekolah pertengahan tahun telah pun bermula pelajar Sekolah Sains Sakura melonjak gembira maklumlah masing – masing pulang ke rumah berjumpa dengan keluarga mereka. Tidak terkecuali Hana dan Rafel juga mengambil kesempatan untuk pulang ke rumah mereka. Sedang Hana berkemas untuk pulang dia melihat Harina duduk di meja belajar tersenyum sambil memegang sehelai kertas.
            “ Harina, kali ni dah hampir sepuluh surat yang Harina terima takkan secret admire Harina tak nak jumpa Harina, tak nak kenal…” Kata – kata Hana terhenti kerana Harina memotong perbicaraanya.
            “ Kenalkan dengan Hanaa? Saya… um dia… dia nak jumpa Harina hari ni boleh tak Hana tolong Harina ? Harina nak jadi cantik macam Hanaa, Harina nak Hana makeover Harina boleh… boleh kan? Harina akan buat je apa yang Hanaa nak asalkan Hanaa bantu Harina. Dia first secret admire Harina, sebelum ni Harina memang tak pernah ada secret admire semua budak pandang serong kat Harina diorang kata Harina ni ulat buku, jadi Harina nak sangat jadi cantik macam Hana. Hana boleh bantu Harina kan ah… Harina akan kenalkan dia dengan Hana sebagai tanda terima kasih.” Kata Harina yang gugup sambil memegang tangan rakannya itu.
 Rafel dan rakannya Zafrul yang duduk di sebuah pondok berhampiran dengan asrama perempuan menunggu seseorang sambil melihat keadaan pelajar  yang lalu lalang.
            “Zaf, mana budak perempuan yang kau nak kenalkan dengan aku tu ? Hampir sejam kita duduk kat sini jangan buang masa aku boleh tak ada orang tengah tunggu aku tu kat luar bukannya nak temankan kau je.” Keluh Rafel yang dalam masa yang sama risau akan keadaan Hana.
            “ Jap lah Raf,  kau ni asyik Hana je kat kepala otak kau sekali sekala apa salahnya kau fikirkan keadaan orang lain apelah kau ni. Ha tu pun kekasih hati kau cantik juga kan Hanaa tu patutlah budak samseng tu pergi tarik dia tempoh hari.” Bentak Zafrul yang dalam masa mengayat Rafel sambil mengeleng kepala.
            “ Mulut kau ni memang nak kena buku lima aku ni.” Rafel mempertahankan Hana sambil melihat Hana yang hampir menuju kea rah mereka berdua.
            “ Hana, thanks bantu Harina. Pulang asrama nanti Harina akan buat apa je yang Hana suruh sebagai balasan.” Kata Harina sambil memeluk rakannya itu.
            “ Welcome, eh tak pe Harina saya ikhlas bantu Harina. Harina sebenarnya cantik juga, Harina nak tau tak ada seseorang pernah cakap dengan Hana kita mesti jadi positive thinker kalau kita ada pemikiran macam tu kita boleh jadi orang yang berkeyakinan diri tau. Dah jangan peluk Hana lagi nanti jatuh pulak kita dua” Kata Hana sambil menasihati Harina.
Hana yang terserempak dengan Rafel menuju kearahnya dalam masa yang sama memberi lambaian dan senyuman manis.
            “ Dah start dah drama Jepun or Korea ni.” Zafrul memberi jenaka.
            “ Korang berdua jangan pedulikan budak gila ni, dari tadi dia cari orang yang dia minat tapi tak sampai – sampai lagi tu la pasal dia duduk meroyan. Hana tunggu seseorang ke ?” Soal Rafel sambil menetap mulut kearah Zafrul.
            “ Ya. Harina nak jumpa seseorang Hana temankan dia ja, katanya orang tu nak tunggu kat sini tapi tak sampai – sampai lagi ni. Kitorang terlewat tadi, takkan la budak tu dah pulang kot.” Hana menjawab persoalan Rafel.
            “ Eh… kamu tunggu seseorang juga ke? Maaf saya lupa nak kenalkan diri nama saya Siti Harina budak…” Soal Harina kepada Zafrul kata – katanya dipotong oleh Zafrul.
            “ Harina… Harina rupanya saya tunggu awak dari tadi tau saya tak cam awak sebab awak tak guna kaca mata, macam bukan Harina je sebab cantik sangat.” Gugup Zafrul sambil terpesona melihat kenaggunan Harina.
            “ Um, saya Harina. Thanks, sebenarnya Hana yang buat saya macam ni sebab… saya nak jadi macam dia.” Jawab Harina sambil menundukkan kepalanya.
            “ Drama Korea or Jepun kau yang buat la bukan nye aku.” Kata Rafel sambil memaut tangannya ke leher Zafrul.
            “ Dah jom balik Rafel jangan ganggu diorang dua. Bye Harina, Bye Zafrul. Have fun.” Kata Hana sambil menarik tangan Rafel.
Hana dan Rafel yang berjalan menuju ke pintu sekolah tiba-tiba terhenti setelah seorang pelajar perempuan menghalang perjalanan mereka sambil menghulurkan sehelai sampul surat yang berwarna merah jambu kepada Rafel.
            “ Saya Jessica rakan kepada Misa dari kelas 4 b 2 rakan saya menyampaikan pesanan kepada saya untuk memberi surat ini kepada awak. Harap awak jangan buka sekarang, terima kasih.” Kata Jessica sambil merenung tepat kea rah mata Hana yang sedang melihat perbicaraan mereka berdua dan beralih pergi.
Hana dan Rafel terpaksa menggunakan LRT untuk ke stesen bas kerana jalan raya pada masa itu sangat sesak. Di dalam LRT pula orang ramai berasak asak kerana kesempitan, Hanaa yang berdiri berhampiran pintu mengeluh kerana kesempitan. Tiba- tiba sahaja Rafel yang berdiri di hadapan Hana menarik tangan Hana dan kepala Hana terus berada di dada Rafel.
            “ Sesak nye kat sini Hana jom duduk kat depan kat depan mesti tak sesak. Nanti Hana pula yang jatuh, jom duduk kat depan.” Kata Rafel yang masih memegang tangan Hana.
Hana hanya terdiam dia seolah-olah tidak mahu lepas dari dakapan Rafel. Rafel yang sedang memegang tangan Hana terus menarik tangan Hana sehingga ke tempat hadapan. Hana masih terdiam kaku.
            “ Hana, Hello Hana . Hana lapar ke tengok Rafel macam nak makan Rafel je .”Kata Rafel sambil melambai tangan kearah Hana.
            “ Um… tak lapar pun just penat je.” Hana tersedar daripada khayalannya dan terpaksa membuat alasan.
Sampai sahaja mereka ke tempat yang dituju mereka berdua menuju ke perhentian bas, ibu bapa Rafel menyambut kedatangan mereka berdua begitu juga dengan ayah Hana. Rafel bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapanya yang hampir 6 bulan tidak bertemu begitu juga dengan Hana
            “ Thanks Hana jaga Rafel aunty tak tahu macam mana nak balas jasa Hana. Hana terpaksa pendamkan cita – cita Maya nak masuk kelas seni semata – mata nak bantu aunty jaga Rafel kat sekolah Sains tu. Puan Zulaika berpelukan dengan Hana sambil mengeluarkan kata – katanya, baginya hanya Hana sahaja yang dapat menceriakan Rafel dan menguatkan semangatnya untuk terus berada dalam keadaan sihat meskipun dia tahu apa yang tersirat dalam hati Hana.
            “ Most welcome aunty. Takpe aunty tak payah balas jasa Hana, Hana ikhlas bantu aunty. Hana tak masuk kelas seni takpe Hana boleh lagi belajar seni kat luar, Hana boleh belajar seni dekat  kelas seni.” Jawab Hana sambil memberi senyuman kepada Puan Zulaika.
            “ Jom mama kita pulang Rafel tak sabar nak tengok rumah rindu sangat kat rumah and Rafel tak sabar nak buka surat merah jambu yang secret admire Rafel bagi tadi. Bye bye Hana have a fun holiday. Rafel menarik tangan ibunya sambil mengucapkan selamat tinggal kepada Hana.
            “ Ok have a fun holiday too. Um… Raf… Rafel er… thanks selamatkan Hana tempoh hari.” 


                 BAB 3

Mereka membawa haluan masing- masing menuju ke rumah mereka. Maya hanya senyap di dalam keretanya sambil melihat kearah skrin telefon bimbitnya, Encik Aziz hanya menggeleng kepala melihat anak gadisnya itu. Hana hanya mengangguk dan mengeleng kepalanya sahaja apabila Encik Aziz mengajukan soalan kepadanya.
            “ Hana kenapa muram je ni ada apa- apa masalah ke sejak Hana balik dari sekolah sampai makan malam ni pun Hana diam je. Kalau ada apa- apa masalah cerita la kat abah mana tau abah boleh bantu.”
            “ Takde apa – apa masalah abah sorry kalau Hana buat abah risau. Hana just penat je perjalanan jauh sangat. Ok la abah Hana masuk bilik dulu Hana penat sangat, Hana nak rehat.” Hana menyembunyikan masalahnya daripada ayahnya, bukan apa dia tidak mahu ayahnya risau akan dirinya. Perasaan cintanya terhadap Rafel semakin kuat tetapi dia tidak kuat untuk menyatakan perasaannya kepada rakan baiknya itu lebih – lebih lagi setelah Rafel kelihatan gembira menerima seutas surat berwarna merah jambu itu. Dia ingin melihat Rafel sentiasa dalam keadaan bahagia. Dia sanggup korbankan dirinya, dia sanggup memendamkan hasratnya untuk menjadi pelajar seni semata – mata untuk Rafel.
            “ Assalamualaikum, nama saya Eliana Kamisa orang selalu panggil saya dengan nama Misa. Saya pelajar 4 b 2. Saya amat meminati awak Rafel, surat ini saya wakilkan Jesica untuk beri awak surat ni sebab saya tidak dapat memberi surat ini kepada awak kerana saya segan nak jumpa dengan awak. Saya harap kita boleh menjadi kawan, disini saya sertakan dengan nombor telefon saya harap awak hubungi saya nanti. Sampai sini sahaja coretan saya untuk awak.” Rafel tersenyum sambil membaca surat merah jambu itu, dia juga terlupa untuk menghubungi Hana. Meskipun dia sudah berjanji hendak menghubungi rakannya itu semasa mereka hendak pulang ke rumah.

Heavenly Days,  (Heavenly days)
Mune no poketto no heva, ( In the room of my heart)
Kimi no kieta nakumori wo sagasu yo, (I find the warmth that you left me)
Mou nidoto kimi wo omou koto wa nakutemo,( From now on, I won't ever think about you again, ah)
Mada sukoshi atakai ano hibi ni kagi wo kakete.( lock my heart for the day i feel that warmth        again)
Telefon Bimbit Hana berdering dengan lagu kesukaannya yang bertajuk Heavenly Days. Dia yang sedang menyediakan makan tengahari berlari anak menuju ke biliknya hampir sahaja dia tersandung apabila lantai biliknya basah kerana dia baru sahaja selesai membersihkan bilik tidurnya.
            “ Helo Rafel, Hana dari tadi tunggu Rafel telefon Hana tau hari ni kita nak jalan – jalan pergi mana ? Um… hello, ha Raf…” Hana terdiam kaku apabila orang yang menelefonnya bukan lah seperti yang dia harapkan.
            “ Hello tuan puteri, tengah buat apa tu ? Maaflah ini bukan Rafel yang tuan puteri  tunggu – tunggu tu. Ini Adrian putra kepada tuan puteri. Putra Adrian nak jumpa Puteri Hana boleh tak rindu la. Putra Adrian jumpa di….” Belum sempat Adrian menyatakan tempat yang hendak mereka tuju Hana telah pun mematikan pangilannya.
Hana berdiri dan terdiam kaku hatinya remuk bagai ditusuk dengan sembilu dia menghempaskan badannya di atas katil dia mengambil foto ibunya dan memeluk foto tersebut dengan erat. Air matanya mulai mengalir di pipinya yang putih itu. Hatinya sakit apabila memikirkan tentang masalahnya, hampir dua hari dia menanti panggilan daripada Rafel dia tidak ingin menghubungi Rafel dia tahu bahawa rakannya itu sedang berada dalam keadaan gembira setelah mendapat surat berwarna merah jambu itu. Kebelakangan ini juga dia sentiasa merindui arwah ibunya yang pergi akibat barah paru – paru ketika dia masih berusia 10 tahun. Dia sememangnya sangat rapat dengan ibunya, dia sengaja menceriakan dirinya dan orang sekelilingnya agar orang sekelilingnya mengetahui dia tidak sedih.
            “ Hana… tok… tok…tok Hana bukalah pintu ni dah hampir 2 jam Hana berkurung kat dalam bilik kenapa dengan Hana ni ada masalah ke ?” Ayah Hana risau akan keadaan anaknya itu. Hampir 2 jam Hana berkurung di dalam biliknya,Hana  hanya menangis dan menangis sehinggalah hatinya tenang dengan sendirinya.
. . .
Hana mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Rafel. Setibanya dia disana hanya Encik Hairi dan Puan Zulaika yang berada di rumah manakala Rafel mempunyai janji temu dengan seseorang. Hampir seminggu cuti sekolah berlangsung tetapi Rafel langsung tidak mengambil masanya untuk berjalan-jalan dengan Hana seperti biasa.
            “ Hana jemput minum Rafel tak ada kat rumah, uncle sangka tadi dia keluar dengan Hana. Rapi betul dia keluar tadi tersenyum – senyum pula tu, rupanya dia jumpa dengan perempuan lain first love dia kot. Dua tiga hari ni uncle tengok Rafel tu ceria je macam orang yang tengah jatuh cin…” Kata- kata Encik Hairi segera dipotong oleh isterinya.
            “ Um… Hana maaf ek Rafel takde kat rumah nanti kalau dia balik aunty bagitau dia Hana cari dia ok. Sekarang ni Hana balik dulu pergi rehat. Aunty tengok Hana macam tak sihat je ni biar uncle hantar Hana balik rumah ok.
            “ Tak pe aunty, Hana sihat je ni ok aunty Hana balik dulu assalamualaikum.” Hana meminta diri untuk pulang sambil bersalaman dengan orang tua Rafel.
Hana berjalan longlai hujan mulai turun pada petang itu. Hana yang sedang berjalan menuju ke Kedai Buku tiba – tiba berdiri kaku matanya melirik pada seseorang yang dikenalinya di sebuah Restoran berhampiran dengan Kedai Buku. Ianya tak ia dan tak bukan Rafel yang sedang minum petang bersama seorang gadis yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Tiba – tiba sahaja seseorang menarik tangannya dan membawa dia ke Restoran itu tak syak lagi orangnya ialah Adrian. Adrian menarik tangan Hana sehingga ke tempat duduk Rafel dan gadis yang tidak dikenalinya itu.
Gelak tawa Rafel dan gadis yang bernama Misa itu tiba – tiba sahaja terhenti setelah Adrian memukul meja itu menggunakan tangannya. Rafel berdiri daripada tempat duduknya sambil melirikan matanya kearah Hana yang sedang mengesat air matanya. Hana sudah tidak tahan lagi menahan kesedihannya baru kali itu, seseorang yang sentiasa mempertahankan dia tidak mengendahkan dia seperti hari – hari sebelumnya.
            “ Kau tengok tu, kau tengok apa yang kau dah buat dengan Hana HA! Kau tahu tak hampir seminggu dia tunggu panggilan daripada kau, kau dah tak nak jaga Hana seperti dahulu lagi ke ? Kau nak sia – siakan orang yang sanggup berkorban cita – cita demi kau ke HA ! Masuk kali ni dah hampir lima kali kau buat temu janji dengan Misa, bagaimana pula dengan Hana? Ini balasan yang kau bagi dekat Hana.” Adrian yang marah menarik baju Rafel dan suasana menjadi tegang.
            “ Yang kau nak masuk campur hal kitorang kenapa ? Kau takde kena mengena antara aku dengan Hana. Kau jangan nak cakap sembarangan eh untuk pengetahuan kau bukan aku yang beria-ia suruh Hana nak masuk sekolah Sains tu tapi Hana tu yang nak sangat masuk sekolah yang tak sepatutnya dia masuk. Dan untuk pengetahuan kau aku tak tahu la kenapa aku rasa kebelakangan ni aku dah bosan nak layan perempuan macam dia ni. Tak menarik langsung kat mata aku kau tengok Misa ni aku rasa Misa lagi perfect dari Hana ni.” Rafel melepaskan tangan Adrian dan terus melepaskan perasaan geramnya dan secara tidak sengaja dia mengeluarkan perkataan yang membuatkan Hana pergi dari tempat itu.
Hana berlari dengan pantas sehingga sebuah lori melanggarnya. Orang ramai segera menuju kearah Hana yang penuh berlumuran dengan darah Adrian segera menuju kearah Hana yang hampir tidak sedarkan diri. Air mata Hana mulai bercucuran di pipinya sambil melihat kearah Rafel yang masih berada di dalam Restoran itu.
Rafel terduduk dia masih memikirkan apa yang telah diluahkan kepada Hana sebentar tadi. Dari kecil mereka berkawan sehingga hari ini Rafel tidak pernah menghina Hana seperti yang dilakukannya sebentar tadi. Misa tersenyum melihat Hana yang lemah di tengah jalan tanpa diendahkan oleh Rafel, misinya hampir berjaya. Misa memang ingin membuat Rafel benci akan Hana agar dia boleh terus mendekati Rafel malahan Misa lebih licik dan kejam berbanding dengan Adrian. Luarannya memang menunjukkan dia seorang yang baik tetapi dalamannya tiada siapa yang tahu termasuk rakannya sendiri. Dia sanggup membuat apa sahaja demi mendapatkan apa yang dia mahu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me