Bab 4
Perkarangan Hospital Seri Delima menjadi kelam kabut apabila Hana yang mengalami pendarahan yang banyak sampai di Hospital itu. Encik Aziz serta ibu bapa Rafel mengikuti jururawat yang mengusung katil Hana sehingga ke ruang kecemasan.
Perkarangan Hospital Seri Delima menjadi kelam kabut apabila Hana yang mengalami pendarahan yang banyak sampai di Hospital itu. Encik Aziz serta ibu bapa Rafel mengikuti jururawat yang mengusung katil Hana sehingga ke ruang kecemasan.
“ Maaf encik,puan sila tunggu sebentar kami hendak memeriksa keadaan gadis tersebut.
Encik Aziz duduk dan beristighfar untuk menenangkan perasaanya yang risau itu. Dia tidak mahu kehilangan satu – satunya anaknya, dia sudah sabar atas kehilangan isterinya kali ini dia tidak sanggup kehilangan Hana pula. Encik Hairi menenangkan hati Encik Aziz manakala isterinya memberi sebotol mineral kepada Encik Aziz, Encik Hairi dan Puan Zulaika berasa bersalah dengan apa yang telah terjadi kepada Hana. Kejadian itu berlaku selepas Hana baru pulang daripada rumah mereka untuk mencari Rafel, hampir 10 kali Puan Zulaika menghubungi anak lelakinya itu tetapi Rafel tidak menjawab panggilan ibunya.
“ Pakcik, Makcik saya Adrian kawan sekolah Hana. Bagaimana dengan keadaan Hana? Dia baik – baik sahaja kan ?” Adrian bersalaman dengan ayah Hana dan ibu bapa Rafel sambil bertanyakan keadaan Hana.
“ Keadaan Hana belum pasti lagi maaf ya Adrian. Dah hampir 2 jam Makcik, Pakcik serta ayah Hana menunggu di luar ruang kecemasan. Kita sama – sama berdoa agar Hana dalam keadaan yang baik.
Sejurus Kemudian pintu ruang kecemasan terbuka, riak wajah doktor yang memeriksa keadaan Hana kelihatan sangat bersalah.
“ Siapa ibu bapa kepada adik Nur Hanani Syafiqah ?” Tanya Doktor wanita yang berketurunan cina itu dengan nada yang sangat bersalah.
“ Saya, saya ayah kepada Nur Hanani Syafiqah bagaimana dengan keadaan anak saya doktor? Dia, dia baik – baik sahaja kan doktor.” Encik Aziz menjawab dan bertanya dengan nada yang risau.
“ Maaf encik, anak encik dalam keadaan yang tidak stabil. Anak encik mengalami pendarahan yang teruk di bahagian kepalanya. Sila bertemu dengan saya selepas ini.” Jawab doktor yang bernama Maika itu dengan nada yang serba salah.
Adrian yang mendengar kata – kata doktor itu segera meminta diri dan pergi dari hospital itu. Dia tidak tahu mengapa perasaanya terhadap Hana semakin berbunga, dia juga sedang dilamun cinta dengan Hana. Tapi kerana cintanya yang terlalu dalam dia tidak mahu meluahkan hatinya kepada Hana, dia tahu bahawa Hana hanya mencintai Rafel seorang sahaja.
. . .
Telefon bimbit Rafel berdering semula kali ini kali yang ke 10 telefon bimbitnya berdering dia yang baru sahaja selesai menunaikan solat isyak mengangkat telefon bimbitnya dan menjawab panggilan daripada ibunya.
“ Assalamualaikum Rafel.
“ Waalaikumsalam mama ada apa ? Maaf Rafel tak angkat phone tadi sebab phone Rafel takde battery.
“ Yeke low battery ? Rafel, rafel kena pergi ke Hospital Seri Delima sekarang juga Maya sedang tunggu Rafel tu. Keadaan Maya kritikal sangat sekarang ni dia mengalami pendarahan yang teruk di bahagian kepala kirinya setelah mengalami kemalangan tengahari tadi.
Telefon bimbit yang dipegang oleh rafel terjatuh di atas lantai. Dia turut terduduk dan mengimbas kembali apa yang telah diucapkan kepada Adrian sebentar tadi. Tiba – tiba sahaja dia batuk yang amat kuat sehingga darah terpecik keluar daripada mulutnya, penyakitnya menyerang dirinya semula dia yang tidak tahan dengan kesakitan itu mengesot kearah meja nya untuk mengambil ubat tahan sakitnya. Setelah menelan ubat tersebut kesakitanya mulai terkawal dia berdiri perlahan – lahan dan menenangkan dirinya.
“ Doktor bagaimana dengan keadaan anak saya ? adakah pendarahan yang berlaku di kepalanya akan menjejaskan nyawanya doktor?” Encik Aziz serta kedua orang tua Rafel menanti jawaban daripada Doktor Maika.
“ Anak encik mengalami pendarahan yang banyak di bahagian otak kirinya. Otak Kiri lebih membahayakan nyawa berbanding dengan otak kanan. Otak di sebelah kiri atau nama saintifiknya Temporal penting untuk pertuturan,pendengaran dan memori. Kami akan mencari dana darah yang sesuai untuk anak encik. Harap encik bersabar dengan hal ini.” Doktor Maika menjawab dengan penuh keyakinan sebelum meminta diri untuk meneruskan tugasannya.
Seperti biasa, Misa menghubungi Rafel untuk melepaskan kerinduannya terhadap Rafel. Namun pagi itu buat pertama kali Rafel tidak menjawab panggilan daripada Misa. Misa yang berang melepaskan kemarahannya dengan menghamburkan barang – barang di biliknya, ibunya Puan Sarina hanya berdiam diri dengan kelakuan anaknya yang tidak dapat dikawal lagi. Hampir 7 tahun Misa menjadi seorang yang panas baran setelah ayahnya pergi tanpa pengetahuan mereka sekeluarga mujur Misa mempunyai seorang kakak dan abang yang telah berkerja dan berjawat jawatan tinggi, ringan juga beban ibu mereka.
“ Rafel … sebentar kamu nak pergi mana ? Nak keluar dengan perempuan yang hari tu ke ? Kamu tak sihat ke Rafel mama tengok muka kamu pucat je ni, penyakit kamu datang semula ek ? Kita jumpa doktor Safina sekarang jom.” Soal Puan Zulaika sambil memegang tangan Rafel yang panas itu.
“ Mama Rafel… Rafel nak jenguk keadaan Hana kat Hospital. Rafel sihat je ni mama just penat je buat kerja rumah yang banyak tu berlambak homework Rafel nak buat. Mama jangan risaulah keadaan Rafel.”
“ Oh nak jumpa Hana. Sekarang ni Doktor tengah operation Hana. Rafel dengan Hana gaduh ke ?
“ Kalau macam tu Rafel kena pergi sana dengan segera.
“ Kamu gaduh kan dengan Hana. Mama boleh tau ada something yang tak kena dengan kamu dua ni sebenarnya. Just kamu dua rahsiakan dari mama, papa dan uncle Aziz betul tak apa yang mama katakan ni.
“ Um tak la mama… ok baiklah Rafel dengan Hana ada gaduh sebelum Hana mengalami accident Rafel just nak test dia ja la mama if suatu hari nanti Rafel dah takde kat dunia ni boleh ke Hana hidup tanpa Rafel. Rafel takde maksud lain, tapi selepas accident tu berlaku Rafel rasa bersalah sangat rupanya Hana…” Rafel tidak dapat meneruskan perbicaraannya.
“ Rupanya Hana tu tak boleh hidup tanpa kawan special dia yang seorang ni kan. Rafel tahu tak sebenarnya bukan Hana yang nak masuk sekolah Sains tu sebenarnya mama yang minta tolong dengan dia untuk jaga Rafel sebab tu dia sekolah dekat sana. Dia ikhlas Rafel, dia ikhlas bantu kita sekeluarga. Di sebalik gelak tawa, senyumannya itu dia sebenarnya tengah bersedih Rafel setelah dia kehilangan ibunya dia diberi ujian lagi setelah Rafel disahkan menghidap penyakit kanser seperti arwah ibunya. Dia takut untuk kehilangan kamu nak, so mama harap sangat kamu jangan sakiti hati dia macam yang telah kamu lakukan tempoh hari.”
Setelah mendengar apa sebenarnya motif Hana bersekolah di Sekolah Sains, Rafel berlari hingga ke perhentian bas meskipun dia telah dilarang untuk berlari. Rasa penyesalan dalam dirinya semakin bertambah. Sampai sahaja di Hospital Seri Delima dia segera bertanyakan bilik Hana kepada jururawat yang berjaga di tempat kaunter. Namun pada pagi itu, pembedahan Hana telah pun dijalankan kelihatan Encik Aziz sedang bersendirian tanpa sesiapa di sisinya. Dia segera mendekati Encik Aziz dan Encik Aziz terus memeluk Rafel dengan perasaan kasih.
“ Rafel kamu pergi mana nak ? Tak kesian ke kat Hana hampir 2 minggu dia menunggu panggilan daripada kamu seperti yang sentiasa kamu lakukan kat dia. Satu persatu dugaan yang dia hadapi sekarang kemungkinan besar memorinya akan hilang Rafel. Dia… dia mengalami pendarahan yang teruk di bahagian otak kirinya dah hampir 5 jam uncle tunggu dia kat luar ni masih belum ada khabar berita lagi doktor pula tak keluar – keluar lagi dari bilik pembedehan tu.” Kata Encik Aziz dalam nada yang tersedu sedan.
“ Rafel minta maaf uncle, tak jaga Hana dengan baik meskipun Rafel berada di tempat kejadian. Rafel tahu Hana tu seorang yang kuat semangat dia tidak akan pergi meninggalkan kita. Dia seorang gadis yang kuat uncle. Uncle sabar ye sebentar lagi pasti mereka akan selesai melakukan pembedahan. Sekarang ni uncle sarapan dulu nanti setelah pembedahan ni selesai Rafel call uncle ok.
Encik Aziz meminta diri untuk ke kantin Hospital tersebut. Beberapa minit kemudian Doktor Maika keluar daripada bilik pembedahan dan mencari encik Aziz. Rafel bingkas bangun daripada tempat duduknya dan terus menanyakan keadaan Hana kepada Doktor Maika.
“ Kami selesai membedah pesakit tersebut. Keadaanya dalam kritikal kami terpaksa menempatkan dia di ruang ICU.
BAB 5
Kelihatan Encik Aziz berada di sisi anak gadisnya itu sambil memegang tangan dan mengusap kepala Hana dengan lembut. Rafel hanya melihat suasana yang hiba itu dari luar ICU, dia tidak cukup kuat lagi untuk melihat keadaan Hana yang cedera parah itu. Dia takut memori mereka berdua akan hilang begitu sahaja hilang di ingatan Hana. Tiba – tiba ada seseorang menyeru namanya dia beroleh kebelakang serta merta orang itu menguntumkan senyuman kepadanya sambil memanggil Rafel. Rafel mengekori lelaki itu sehingga ke luar Hospital di suatu tempat yang sunyi
“ Hai, Rafel kau apa khabar? Aku sangka kau dah tak pedulikan Hana lagi kalau kau tak nak dia kau boleh bagi aku. Aku on je kalau kau nak bagi dia kat aku, Hana tu cantik juga. Sayang orang kat depan mata aku ni sia – sia kan dia. Nasib badan Hana dapat kawan macam kau ni.” Adrian menguntumkan senyuman dan mengeluarkan kata – kata yang menyakitkan hati Rafel.
“ Kau dengar baik – baik kau boleh hina aku, kau boleh bunuh aku buat je apa yang kau nak kat aku asalkan kau tak kacau keluarga aku terutamanya HANA! Kau faham tu. Lagi satu Hana tu bukan boneka dia tu manusia jangan nak kata dia hak aku ke hak kau ke dia tu ada hak nak menentukan dengan siapa dia nak. FAHAM TU ! ”
“ Aku akan pastikan yang Hana tu akan jadi milik aku kau tunggu je. Kau ni memang… memang tak sedar diri kau tahu tak ayah aku meninggal disebabkan ada penyakit macam kau ni penyakit yang nak mati dah. Kalau kau mati suatu hari nanti siapa yang nak jaga Hana tu dia akan menjadi kesunyian sepanjang hayatnya sama dengan apa yang terjadi kepada mak aku. Aku suggest kat kau bagi je Hana tu kat aku boleh juga aku jaga dia sepanjang hayat aku bukan macam kau entah bila nak mati – mati lagi. Kenapa la kau selalu sahaja di sisi Hana boleh tak kalau aku yang jadi kau ha.” Adrian meninggikan suaranya sambil tangannya dihayunkan kearah dada Rafel, dia sengaja menapak tangannya di dada Rafel agar penyakit Rafel datang semula. Sejurus itu dia pun beralih dari situ.
Rafel terdiam kaku tiada kata yang hendak dia keluarkan. Dia merasakan apa yang dikatakan oleh Adrian itu memang benar, Hana akan kesunyian apabila dia pergi suatu hari nanti. Dia buntu apa yang harus dia lakukan untuk menghilangkan rasa bosan pada diri Hana jika suatu hari nanti dia pergi meninggalkan cinta pertamanya itu.
Pagi itu, Rafel bangun awal pagi bersiap – siap untuk ke Hospital Seri Delima. Masuk hari itu sudah seminggu Hana masuk di rumah sakit dan seminggu itu jugalah penyakitnya akan datang pada waktu malam. Sebelum dia menjenguk Hana dia bertemu dengan Doktor Safina untuk memeriksa keadaanya.
“ Sebelum kamu bersekolah di sekolah berasrama penuh kesihatan kamu bertambah baik tapi hari ni tahap kesihatan kamu bertambah kritikal. Kamu ada makan makanan yang menjejaskan kesihatan kamu ke ?
“ Tak… tak ada lah doktor saya makan makanan yang biasa saya makan sahaja.Saya tidak makan makanan yang menjejaskan kesihatan saya. Um maksud doktor keadaan saya kritikal apa ek boleh jelaskan ?
“ Macam ni Keadaan kritikal yang saya maksudkan tu paru – paru kamu semakin teruk kondisinya, kamu juga terpaksa dibedah untuk menstabilkan kesihatan kamu semula. Kamu harus bagitahu parent kamu tentang hal ni.
“ Macam tu ke doktor. Hmm… saya…saya tidak akan melakukan pembedahan ini, bagi saya masa lagi doktor teman…. Wanita saya dalam bahaya doktor. Dia koma setelah mengalami kemalangan dan mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepalanya. Siapa yang akan jaga dia jika saya tidak selamat daripada pembedahan itu. Harap doktor faham akan keadaan saya.” Sejurus kemudian Rafel meminta diri tiada apa lagi yang doktor Safina harus buat. Dia faham akan keadaan yang dilalui oleh Rafel.
. . .
“ Anakku, anakku bangun mama ada kat sini Hana tak nak sembang dengan mama ke meskipun hanya dalam masa 5 minit ?
“ Mama ! Mama pergi mana ? Kenapa tinggalkan Hana seorang – seorang mama? Hana nak sangat borak dengan mama. Hana dah penat ma hidup macam ni Hana….” Hana mengejar ibunya sampai ke suatu tempat yang indah.
“ Sayang. Mama tak pergi mana – mana pun mama dapat jaga Hana dari jarak jauh Hana jangan risau abah, Rafel ,aunty Zulaika,uncle Hairi ada dekat sisi Hana mereka tengah tunggu Hana tu jangan pernah penat dengan dugaan yang kita hadapi nak. Berdoa kepada tuhan agar hati kita sentiasa tenang.” Syura mengusap kepala Hana yang meletakkan kepalanya di pangkuan ibunya itu.
Sejurus kemudian Syura bangun dari tempat duduknya dan pergi meninggalkan Hana. Hana berusaha mengejar ibunya sehingga dia tersandung di sebuah tempat.
“ Doktor!Doktor! Hana.” Rafel tercungap – cungap berlari ke bilik doktor selepas denyutan nadi Hana semakin perlahan.
Doktor Maika memeriksa Hana. Rafel hanya dapat berdoa pada waktu itu, dia berdoa agar Hana berada dalam keadaan yang stabil semula. Beberapa minit kemudian Doktor Maika keluar daripada bilik yang ditempatkan oleh Hana. Dia menyatakan bahawa Hana sudah sedar daripada komanya. Namun begitu, suatu perkara yang membuatkan Rafel kaget dia merasakan bahawa cintanya,persahabatannya kepada Hana akan terkabur disebabkan ada sesuatu yang terjadi kepada Hana.
Beberapa jam kemudian, Encik Aziz serta kedua orang tua Rafel datang ke Hospital Seri Delima. Kelihatan Rafel duduk berdiam diri di sisi Hana. Hana sedang kebingungan dia tidak tahu apa yang terjadi, hampir beberapa kali dia menanyakan apa yang terjadi kepada Rafel tetapi Rafel hanya berdiam diri. Berdiam diri dan kaku sambil memegang tangan Hana yang dibaluti oleh pembalut berwarna putih.
“ Hana! Anak abah dah sedar. Alhamdulillah.” Encik Aziz memeluk anak perempuannya itu dan mengucup dahi Hana yang licin itu.
“ Alhamdulillah. Akhirnya Hana sedar juga daripada komanya setelah hampir sebulan dia tidak sedarkan diri.
“ Ya. Akhirnya Rafel boleh juga ke sekolah tak payah risau keadaan Hana lagi kan betul tak Rafel.” Puan Zulaika bertanya kepada Rafel yang masih duduk berdiam diri di sisi Hana.
Hana semakin bingung melihat kempat-empat orang di sisinya. Dia cuba memikirkan siapakah kempat – empat orang disisinya itu. Dia ingin melepaskan tangannya daripada Rafel, hampir basah tangannya oleh Rafel yang mengalirkan air matanya di tangan Hana.
“ Hana tu…. Hana tu siapa makcik pakcik ? Um… kamu siapa boleh tak lepaskan tangan saya.” Suatu perkara yang Rafel tidak ingin berlaku sudah pun berlaku. Encik Aziz, Encik Hairi serta Puan Zulaika kaget apabila mengetahui Hana hilang ingatan. Encik Aziz segera keluar daripada bilik yang ditempatkan oleh Hana menuju ke bilik Doktor Maika. Puan Zulaika berdiri di sisi Hana manakala Encik Hairi melepaskan tangan Rafel daripada tangan Hana dan menariknya keluar daripada bilik itu. Rafel hanya mengikuti ayahnya dia sudah tidak bermaya untuk meneruskan kehidupannya dia semakin bersalah dengan keadaan Hana.
“ Doktor apa yang telah terjadi kepada anak saya doktor ? Kenapa… kenapa dia tidak ingat identitinya doktor, kenapa dia tidak ingat orang di sekelilingnya doktor. Doktor adakah Hana akan selamanya akan menjadi begitu ?’” Encik Aziz membentak Doktor Maika dia hampir hilang kawalan setelah mendapati Hana mengalami hilang ingatan.
“ Encik tenang dahulu. Anak encik menghadapi amnesia selepas daripada pembedahan itu. Amnesia yang terjadi kepada anak encik disebabkan oleh trauma, dalam erti kata lain anak encik mengalami trauma selepas kejadian itu.
“ Apa! Trauma ? ” Encik Aziz yang kembali tenang dengan berita mengenai anaknya “
“ Ya anak encik mengalami trauma. Encik jangan risau penyakit amnesia yang dihidapi anak encik akan pulih dalam jangka masa yang pendek cuma anak encik harus dibantu untuk memulihkan memorinya semula. Jangan dedahkan dia kepada seseorang yang membuat dia tekanan serta membuat dia lebih trauma. Dalam masa ini anak encik Cuma boleh berada di dalam Hospital ini sahaja.” Doktor Maika menjelaskan keadaan Hana kepada Encik Aziz.
“ Baiklah Doktor terima kasih atas segalanya. Saya akan mengikuti semua cadangan yang telah diberikan oleh doktor. Saya minta diri dulu doktor.” Encik Aziz meminta diri menuju ke bilik Hana.
Sementara di bilik Hana, Puan Zulaika membantunya untuk memulihkan memorinya.
“ Hana, nama sebenar kamu Nur Hanani Syafiqah tapi kami semua selalu panggil kamu dengan nama Hana. Kamu sebaya dengan anak aunty kamu berdua kawan rapat sejak dari kecil sehingga sekarang. Nama abah kamu…” Kata- kata puan Zulaika dipotong oleh Hana yang sedang tersenyum manis.
“ Nama abah Ha.. Hana Aziz manakala nama arwah mama Hana, Syura. Arwah mama meninggal dunia semasa Hana berumur dalam 10 tahun akibat kanser paru – paru.” Puan Zulaika kaget setelah Hana mengingati Encik Aziz dan Puan Zulaika.
“ Nama aunty Zu… Zulaika kan manakala nama uncle Hairi dan lelaki yang tadi tu um… siapa… siapa nama dia aunty? Kenapa saya merasakan budak tu rapat sangat dengan saya. Um… siapa sebenarnya dia tu aunty ? Adakah dia kekasih saya atau sebaliknya aunty ?” Hana gugup apabila membahaskan mengenai Rafel. Dia tidak dapat mengingati Rafel apalagi dengan kenangan mereka berdua. Dia hanya merasakan saying terhadap Rafel meskipun memori serta perasaanya kepada Rafel telahpun dilupakannya akibat daripada penyakit amnesia yang dihadapinya.
“ Sayang abah ni rehat la dulu, nanti baru kita sambung borak – borak ok.” Sejurus kemudian Encik Aziz datang Puan Zulaika meminta diri untuk bersama dengan suami serta anaknya yang menunggunya di dalam kereta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan