Tumblr Scrollbars

My Friend

Isnin, 19 Januari 2015

Aku Mahu Dia Bahagia ( BAB 25 )



BAB 25
            “ Lena! Saya minta maaf. Tolonglah terima maaf saya ni. Saya tahu saya salah tapi tolonglah saya merayu maafkan saya ye.” Aku cengkam kolar baju Dzakwan yang sudah statik berdiri depan aku. Meluat tahap maksima! Apa aku peduli dengan muka dia yang menjengkelkan ni. Ish!  Kepala lutut atau nama saintifiknya Patela aku hayunkan tepat ke tulang rusuk Dzakwan. Aku dah hilang sabar dari dua hari yang lepas duk merayu nak minta maaf dekat aku. Dzakwan terduduk kerut dahi tahan senak di tulang rusuk dan ada aku kesah!
            “ Awak dah lupa ke saya ni siapa? Saya ni budak brutal. Awak ingat semudah tu ke saya nak maafkan awak Zak?! Ha! Awak ingat saya ni apa? Perempuan murah ke?! Furqan aje yang layak sentuh saya macam tu.” Aku hayun buku lima yang aku kepal ke wajah Dzakwan. Pintu bilik rawatan terkuak tersembul wajah Furqan dengan riak wajah yang tegang. Bencana… kut. Aku keluh kasar. “ Keluar! Tolong keluar.” Aku hala jari telunjuk di pintu sebelum Dzakwan bangkit dari duduk. Darah yang mengalir di bibir dia kesat sebelum berdiri statik di hadapan Furqan. Aku nampak renungan tajam yang Dzakwan bagi untuk Furqan sebelum dia keluar dari bilik. Apa lagi lepas ni? Aku dah penat. Aku rasa nak tidur macam Furqan dulu.
            Aku duduk bersandar di belakang kerusi. Aku buat Furqan macam tak wujud aje. Kejam ke aku? Aku langsung tak bagi kata semangat untuk dia. Dia berusaha nak cuba berjalan semula dan dah genap sebulan dia sedar dia dah boleh berjalan cuma Doktor tak bagi dia masuk kerja lagi. Furqan senyum manis dan aku nampak dia bawa beg kertas yang berisi mangkuk tingkat. Dia tarik kerusi duduk depan aku yang tongkat dagu membelek fail pesakit.
            “ Tak payahlah datang. Duk rumah aje rehat. Tak payah susah – susah nak datang sini bawa makanan. Orang boleh beli dekat kantin nanti.” Furqan genggam erat tangan aku dan aku tarik kasar tangan aku yang dia genggam. Furqan masih tenang.  Aku tak nak tengok muka dia. Aku tengok mangkuk tingkat tu aje biarpun aku rasa tak selesa bila Furqan duk renung aku macam tu. Pasal Dzakwan dia tak nak tahu ke? Baguslah.
            “ Dah lama kan sayang tak makan masakan abang. Ni ada kegemaran sayang…” Aku bangkit dari duduk. Aku tahu aku dah kurang ajar tapi aku tak nak tengok muka Furqan.  “ Lena..” Suara Furqan meleret. Aku pandang dia tapi sekejap aje. Lepastu aku pandang tempat lain. Aku dah berdiri depan pintu nak lari kalau boleh.“ Orang nak rehat dekat kantin. Orang banyak kerja lagi bukan nak…” Aku kaku. Furqan peluk aku erat. Diam aje. Aku terkesima. Dah berada dekat kemuncak rasa bersalah aku. Dia lepas aku dari pelukan, tangan aku dia genggam erat sebelum dia kucup lembut pipi aku. Aku dah berdosa dekat Furqan.
            Dia renung anak mata aku. Aku ketap bibir. “ I miss my Elena. Sangat rindukan Elena, tapi dia dah dingin dengan orang.” Apa yang aku buat ni. Aku tak nak Furqan sedih tapi aku rasa aku dah hukum Furqan yang tak tahu apa – apa. “ Takpelah kalau tak nak makan makanan tu abang tinggalkan aje. Nanti Lena lapar makan tau nanti sakit. Abang minta diri dulu. Assalamualaikum.” Aku nampak Furqan senyum tapi senyum paksa. Dia pulas tombol pintu biarkan aku seorang aje dekat bilik ni. Aku terduduk. Kedua belah tangan aku genggam erat. Air mata tu tak boleh turun tapi aku rasa hati aku sakit sangat. Aku kejam.
            Sebulan lebih Furqan sedar dan aku masih dingin. Masalah tu aku tak boleh lupakan. Aku rasa sakit sangat bila aku ingat masalah yang serang aku bila Furqan koma setahun. Aku kerut dahi dengan kad nama yang aku pegang. Raisha Humairah. Aku rasa macam pernah dengar aje nama ni. Otak aku ni senang sangat nak lupa. Sape minah Raisha ni? Aku tak pernah kut pergi butik dia lepastu kad dia boleh pula ada dalam beg sandang aku jadinya minah Adibah ngan Marisa bawa aku mai butik ni. Aku memang pantang pergi butik. Kedai buku ha yang tu aku suka. Dia orang seronok sakan pilih baju macam tak pernah shopping aku pula releks aje duduk dekat satu sudut.
            “ Assalamualaikum. Boleh saya duduk?”  Aku jawab salam wanita sebaya aku lalu membalas senyuman yang dia bagi untuk aku.
            “ Awak… Elena kan? Elena Husna? Ingat saya lagi tak? Raisha Humairah?” Aku garu belakang kepala yang tak gatal. Dia dah gelak kecil. Mana aku ingat.
            “ Kita jumpa masa awak tengah honeymoon dengan husband awak. Ingat tak?” Dah aku dah lupa. Masuk tahun ni dah tiga tahun aku kahwin dengan Furqan. Honeymoon kita orang dah dua tahun berlalu.
            Dia gelak kecil lalu menepuk lembut tangan aku. Serius ayu aje minah ni. “ Pelupalah awak ni. Dalam flight dulu kita duduk sebelah menyebelah. Kita borak sama – sama.” Dia senyum sambil angkat kening kiri.
            Aku goyang jari telunjuk. Otak aku dah tafsir rangsangan.“ Oh… ingat. Hehehe lupa sebab dah masuk tiga tahun kan saya kahwin. Awak sihat?”
            “ Sihat. Alhamdulillah. Awak?” Aku? Aku tak sihat hati aku sakit.
            “ Awak preggy lagi ek?” Dia tunduk lalu kandungannya yang sedikit memboyot dia usap lembut. “ Yes I am. Dah empat bulan. Awak macam mana?”
            “ Anak saya kembar tak seiras. Seorang pompuan seorang laki. Baru setahun lebih.” Dia angguk dan suasana sepi. Aku pandang dia yang sedang meneguk air mineral sebelum aku alih pandangan ke arah minah dua orang yang seronok shoppingnya.
            “ Tak nak tambah ahli baru ke?”
            “ Tak tahulah Raisha. Saya dah rasa apa yang awak rasa.” Entah mengapa tapi itulah hakikatnya aku rasa selesa nak cerita masalah yang satu tu dekat Raisha. “ Suami saya koma setahun… tapi syukurlah dia tak lost memory cuma sepanjang dia koma saya rasa nak ikut dia tidur lama – lama macam tu je. Saya tak kuat tak setabah awak ngan kak ngah saya.” Suara aku dah bergetar. Raisha pegang erat tangan aku.
            “ Suami awak dah sedar?”
            Aku angguk dan mata kami saling bertaut. “ Tapi saya… saya yang tak ok.”
            “ Saya…layan dia dingin. Dingin sangat.” Aku nak cari kekuatan dekat Raisha. “ Kenapa layan dia dingin macam tu?” Aku keluh kasar.
            “ Sebab dugaan yang saya tempuh selama dia koma. Dengan perempuan yang tergilakan dia… dengan harapan dia orang yang rendah sangat nak tengok suami saya sedar. Dengan… seseorang yang tawarkan harga dengan harga diri saya dan saya…ada orang merisik saya macam aje suami saya tu dah meninggal. Kejam sangat ke saya ni Raisha? Suami saya tak tahu apa pun tapi saya layan dia dingin seolah – olah semua masalah tu dia yang bagi dekat saya.”
            “ Saya dah pernah rasa apa yang awak rasa Elena. Tapi awak tak pernah rasa bila orang yang awak cinta tu hilang semua kenangan tentang kau orang. Bila ada orang ambik kesempatan dengan hubungan saya dan suami saya. Sakit rasanya Lena… sakit bila suami saya abaikan saya. Awak kena bersyukur. Ye saya tahu awak tak dapat lupa dugaan tu tapi awak kena lupakan dugaan yang Allah bagi dekat awak. Allah bagi awak dugaan sebab dia sayangkan hambanya.” Dia bagi aku senyum manis. Sentap aku dibuatnya. Aku tak pernah fikir yang ada lebih teruk nasibnya dari aku. Huwargh giler kut aku ni. Apa aku merepek ni. Aku biarkan Furqan macam tu je. Kejam!
            “ Awak… masih cintakan suami awak kan?”Aku kutip soalan cepumas dari Raisha.
            “ Sangat cintakan dia kerana Allah. Dia imam yang terbaik buat saya. Cuma saya rasa perlukan masa untuk… lupakan masalah tu.” Dia angguk. Dia faham sebab aku tahu dugaan dia lebih besar dari aku. Suami dia koma hilang ingatan. Furqan aku koma setahun tapi dia tak lupa memori kita orang. Tapi aku si brutal layan Furqan dingin sebab masalah tu. Lupa ke aku yang Allah cuma nak uji hubungan aku dengan Furqan tu. Apa da aku ni.
            Take your time sis. Tapi jangan lama sangat kesian dekat suami awak.” Kan dia dah bagi aku ayat sentap lagi. Asyik nak sentap aje aku ni. Aku koyak senyum depan Raisha dia balas senyum aku. Senyum paksa je sebab dia dah bagi aku ayat sentap.

            Fira hulur gelas dekat Furqan. Aku koyak senyum nipis mesra aje anak dengan bapa tu tak ubah macam aku ngan papa. Ye aku ni memang anak bapak dari kecik semua papa… papa aje. Bila papa ada duty aku duk main sampai tak ingat dah maghrib, jadinya aku kena rotan kena denda dengan mama. Sekarang pun aku tengah manja dengan papa berlagak yang   aku ngan papa berdua dekat meja makan ni. Papa ngan mama dah nak balik Perak hari ni dah tak boleh kena suap ngan papa. Aku paut lengan papa tersedak papa sebab aku duk paut lengan dia yang tengah makan.
            Efwan ngan Fira gelak aje tengok aku bermanja ngan papa. Mama geleng Furqan cuma senyum paksa. “ Papa, nak suap boleh?” Papa cubit kuat pipi aku. Perit. “ Nah papa suap Lena pat.” Aku hulur sudu dekat papa. Papa turutkan aje permintaan aku dan aku dah kena suap dengan papa. “ Sape masak ni mama? Rasa dah lama tak makan masakan ni.” Furqan berdeham. “ Furqan yang masak. Kamu tu asyik busy aje sampai hal rumah pun kamu tak tahu.” Aku renung Furqan yang tengah suap makanan dekat babies kita orang. Aku suka tengok Furqan layan anak – anak kami. Tapi aku ego. Ego sangat layan Furqan digin.
            Fira terkedek – kedek lari nak salam Opah ngan akinya. Efwan dah penat jalannya tiarap aje. Pemalas tahap giga betul anak aku yang lelaki ni. Fira aje tahan lasak. Furqan gelak lalu didukungnya Efwan yang dah tertiarap nak dapatkan mama ngan papa. Dah lama aku tak dengar Furqan gelak. Lama sangat sejak dia koma setahun yang lalu dan dah sebulan lebih dia sedar aku dingin aje. Aku nampak kesabaran Furqan bila aku layan dia dingin. Nusyuz ke aku ni.
            “ Lena… Furqan dah sedar. Dah lah layan dia macam tu. Kamu tak kesian ke dekat Furqan tu? Cuba nak tarik perhatian kamu. Kaki dia masih sakit tapi dia sanggup masakkan untuk kamu bawakan kamu bekal pergi tempat keje tapi kamu buat derk je. Kamu tak sedar ke kamu dah hukum suami sendiri?” Mama bisik ke telinga aku sambil aku kucup tangan mama. Aku yang berdiri statik sebelah Furqan di hadapan pintu rumah cuma senyum hambar. Mama tahu aku layan Furqan dingin tapi mama tak tahu yang maruah aku dah kena tawar-tawar, mama tak tahu yang ada dua orang gadis tergilakan suami aku sampai berani peluk cium Furqan depan aku. Aku nampak dan aku rasa semua tu tapi aku pendam. Memang aku dah hukum Furqan secara tak langsung. Tapi hati aku sakit. Sakit sangat.
            Bye opah…ki!” Serentak babies aku lambai tangan dekat opah ngan aki dia orang. Aku lepas tangan Fira yang aku pegang. Aku tinggalkan babies aku dengan papa dia orang lepas aje kereta Vios papa hilang dari pandangan. Aku kerling jam dinding. Aku belum solat Isya. Solat aku… dah lama Furqan tak jadi imam aku. Salah aku juga, bila Furqan nak jadi imam aku, aku sengaja solat awal – awal. Sayang 27 pahala solat berjemaah. Bila Furqan sentuh aku asyik tepis tangan dia dan dia yang mengalah. Aku dah seksa Furqan yang baru aje sembuh.
            Aku pulas pintu bilik sebelum menerobos masuk ke dalam tandas. Air paip aku hidupkan lalu mengambil wuduk dan aku keluar aje dari tandas dia dah berdiri statik depan aku. Aku nampak dia masih koyak senyum manis. Aku rindu nak cucuk lesung pipit dia tapi ego aku kuat. Kuat sangat. Aku renung anak mata Furqan dia pun renung anak mata aku tapi sekejap aje aku blah dari situ. Aku tarik telekung yang tersidai di penyidai baju lalu aku sarung di atas kepala. Furqan masih statik berdiri depan pintu tandas. Aku tak tahu apa yang dia fikir sebab tak penting.
            Aku bentang sejadah bercorak masjid warna hijau di atas lantai. “ Izinkan abang jadi imam Lena.” Aku pandang wajah Furqan yang dah duk renung aku tapi sekejap je. “ Boleh?” Rasa hati aku dah terbelah dua dengar Furqan cakap macam tu. “ Abang kan memang dah jadi imam orang. Dah tiga tahun cuma setahun tu dah dibazirkan sebab abang koma. Apa lagi?” Aku bagi dia ayat sinis. Dia senyum nipis sambil garu kening yang tidak gatal. “ Tak nak dapat 27 kali ganda pahala ke? Nak tak nak Lena kena dengar cakap abang. Dah bentang sejadah lagi satu.” Aku ketap bibir. Dah lama dia tak layan aku macam tu. Aku turutkan aje permintaan dia. Keluar aje dari tandas songkok yang terletak di atas meja studi dia sambar lalu diletak di atas kepala. Setahun aku solat tanpa seorang imam. Kekok rasanya. Serius kekok.
            Iqamat kedengaran di gegendang telinga aku. Mendayu – dayu aje buat hati aku yang ego ni jadi cair. Seusai memberi salam yang terakhir Furqan tadah doa aku dah nak menangis sebab aku dah banyak salah dengan dia. Aku tak layan dia elok – elok. Dia toleh belakang hulur tangan dekat aku. Aku kucup lembut tangan Furqan dan dia tak lepas tangan aku. Aku pejam mata dan cepat – cepat aku bangkit dari duduk. Sikit aje lagi dia nak kucup dahi aku. Aku tak nak. Kejam aku tahu aku kejam. Lagipun sekarang ni aku rasa dah nak nangis.
            Aku buka telekung lalu aku sidai di penyidai baju. Aku ketap bibir aku dah agak dia tak akan mengalah. Furqan tu bukan jenis yang suka mengalah. Aku cuba lepas pinggang aku dari pelukan Furqan dari belakang tapi aku tak sekuat Furqan. Dia letak kepala atas bahu aku buat nafas aku turun naik. Tangan aku yang duk degil cuba lepas rangkulan Furqan dia genggam erat dan akhirnya aku dah tak larat. Nafas Furqan terasa di leher aku. Lama. Terasa liur aku tersekat di kerongkong. Suasana sepi. Diam aje. Semakin erat rangkulan Furqan rasa aku dah tak boleh bernafas.
            “ Sampai bila sayang nak layan abang macam ni? Rindu sangat dengan Elena Husna yang dulu si brutal tapi sensitif. Bukan Elena Husna yang ni yang dah jadi dingin. Sayang marahkan abang ke sebab tidur lama sangat?” Aku tunduk renung cincin di jari aku. Aku rasa aku memang dah nak menangis. Aku biar soalan Furqan tak berjawab.
            “ Lena…” Furqan leret suara namun seperti membisik.
            “ Mana Elena Husna abang yang dulu? Yang manja yang sensitif? Sayang masih sayangkan abang tak?” Diam. Dada aku dah berombak macam ombak tsunami kot. Dia masih peluk erat pinggang aku dari belakang. Lutut aku dah lemah rasa nak terduduk. Aku tahan air mata aku yang dah nak jatuh.
            “ Maafkan abang… tinggalkan Lena dengan masalah. Seksa hati Lena selama setahun jaga anak – anak kita sendiri. Bagi masalah yang buat hati Lena sakit. Abang tahu abang tak lalui masalah tu dengan sayang. Abang tak minta koma setahun Lena. Abang minta maaf sebab abang Lena terpaksa gadai maruah sebab nak pertahankan Galleri tu. Kenapa pendam… Adib dah bagi tahu semuanya. Dzakwan tu… dia tawarkan harga Galleri tu dengan harga diri Lena abang dah bagi dia pengajaran cukup – cukup. Rasa nak gila bila tahu dia buat Lena macam tu.” Aku dengar suara Furqan semakin bergetar buat air mata aku dah mengalir. Dia dah tahu.
            “ Maafkan abang. Tolonglah jangan layan abang macam ni. Abang sayang sangat dengan Lena… Terima kasih sebab pertahankan cinta kita.” Aku toleh ke belakang lalu aku peluk erat tubuh Furqan. Aku dapat kekuatan baru bila aku berada dalam pelukan Furqan. Rasa tenang aku rasa terlindung. Dah lama sangat aku tak rasa macam ni.
            “ Maafkan orang sebab…sebab layan abang macam ni. Orang dah hukum abang yang tak salah. Orang sakit… sakit sangat dekat sini bila tengok abang sakit macam tu.” Aku letak tangan di dada sebelum aku peluk Furqan sekali lagi. Bahu aku dah terhinggut – hinggut dengan esak tangis aku. Aku dah lepas semuanya rasa tak ada beban dalam hati aku.
            “ Orang dah buat silap besar dekat abang. Maafkan orang.” Kepala aku dia usap lembut. Macam budak – budak bila dia usap kepala aku macam tu. Ubun – ubun aku dia kucup sebelum belakang aku dia usap lembut. Rasa dah kaku berdiri macam ni. Sepi suasana sepi. Aku dah tersedu sedan dalam pelukan Furqan.
Aku tak ingin
Kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu …
Yang aku ingin
Arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu
Sayang…
Karna bagiku
Kau kehormatanku
Dengarkan
Dengarkan aku…
Hanya satu pintaku
 Untuk mu dan hidup mu
Baik – baik sayang
Ada aku untukmu …
Hanya satu pintaku
Di siang dan malam mu
Baik – baik sayang
Karna aku untukmu…
Semua keinginan
Akan aku lakukan
Sekuat semampuku
Sayang …
Karna bagiku
Kau kehormatanku
Dengarkan
Dengarkan aku…
Hanya satu pintaku
Untuk mu dan hidup mu
Baik – baik sayang
Ada aku untukmu
Hanya satu pintaku
Di siang dan malammu
Baik – baik sayang
Kerna aku untukmu …
            Tambah sedih hati aku bila Furqan nyanyi lagu tu. Lagu baik – baik sayang dari Wali Band. Aku senyum kelat tapi aku tak nak lepas Furqan dari pelukan aku. “ Elena…” Dia lepas dirinya dari pelukan aku. Dia renung anak mata aku sambil kesat air mata aku yang masih tersisa. “ I love you… I love you until Jannah.” Kami berbalas senyuman lalu dahi kami saling bertaut. “ I love you too until Jannah. Terima kasih dengan perjuangan abang cuba sedar dari koma.” Bibir kami bertaut. Lama.
            “ Janganlah nangis lagi. Bengkak dah mata tu.”
            “ Abang tambahkan air mata orang. Kenapa nyanyi lagu tu? Sedih tau tak.” Furqan gelak kecil lalu songkok yeng terletak di atas kepala dia letak atas kepala aku. “ Sebab lagu tu sesuai sangat dengan kita. Bila sayang sedih abang akan selalu ada jadi penjaga sayang. Abang beruntung sangat dapat isteri macam Lena ni. Sayang sangat.” Dia kucup tangan aku. Aku suka bila Furqan buat aku macam ni. Aku dah dapat Furqan aku semula. Furqan Azwar pembimbing dan imam aku. Kebahagiaan Furqan kebahagiaan aku kesedihan Furqan kesedihan aku. Aku mahu dia bahagia.

Ask Me