Tumblr Scrollbars

My Friend

Ahad, 16 April 2017

MINI NOVEL: PLUVIOPHILE (BAB 7)



KORANG!! Tunggu kejap.” Hail sudah tercungap-cungap mengejar Tiana dan Risha yang seolah-olah ingin melarikan diri dari dia.
            “Risha! Tiana! Sekejaplah, saya nak tanya ni.” Akhirnya dua sekawan itu mati langkah bila Hail sudah menahan langkah mereka. Mereka saling berpandangan.
            “Kenapa kau orang nak lari dari saya? Saya punya soalan senang je kot.”
            “Awak nak tanya apa lagi Hail? Pasal Aira?” Hail angguk.
            “Kan kita orang dah cakap, mak Aira sakit sebab tu dia tak datang kuliah. Awak ni faham ke tak bahasa melayu? Nak saya cakap Sarawak ke baru awak faham?” Tegas Risha. Geram dia dengan Hail yang tak putus-putus mencari Aira. Sudah diberi jawapan masih tak puas hati.
            “Dua minggu… dua minggu mak dia sakit? Kau orang nak tipu pun agak-agaklah. Saya…”
            “Kita orang tipu? Tak ada faedahnya Hail, kalau kita orang nak tipu. Tak percaya pergilah call Aira. Pergi rumah dia ke tengok sendiri macam mana keadaan mak dia. Baru puas hati awak tu, kan?” Suara Tiana sudah naik satu oktaf. Kalau boleh mahu saja dia tarik Aira ke sini. Biar Aira sendiri yang berhadapan dengan Hail.
            “Bukan saya tak percaya tapi bila saya ke rumah dia, rumah dia kosong. Bila saya call dia, dia tak jawab. Tolonglah, kau orang kan kawan baik dia mesti kau orang tahu dia pergi mana. Please?” Rayu Hail buat kesekian kalinya. Rindunya ini sudah tak tertanggung lagi. Aira benar-benar menyeksa hatinya saat ini.
            “Hail, tak semua benda Aira kena kongsi dengan awak. Ini semua demi kebaikan…”
            “Kebaikan saya? Kebaikan mangkuk dia!! Ok fine! Kalau kau orang pun tak nak bagi tahu biar saya cari sendiri.” Terpinga-pinga Tiana dan Risha melihat wajah Hail sudah kemerahan. Sungguh mereka bersalah. Kalaulah Hail tahu kisah tragis Aira itu pasti Hail tahu kenapa Aira mahu berahsia dengan dia.
            “Kalaulah dia tahu Aira cintakan dia…” bisik Tiana sambil memandang sepi langkah Hail. Kasihan pemuda itu.
            “Aira dah tak lama babe…” Risha sudah sebak. Sebak melihat keadaan Hail dan Aira. Dua hati saling mencintai namun terpaksa mengorbankan rasa itu semata-mata demi kebaikan orang yang disayanginya.
“AIRA SOFEA!! Kau buka pintu ni Aira atau aku pecahkan pagar rumah kau ni. Jangan paksa aku buat benda bodoh Aira!” Hail sudah berdiri di depan pagar rumah Aira sambil digoncang-goncangnya pagar rumah itu. Sudah hampir sejam dia menjerit-jerit nama gadis itu agar keluar tapi keputusannya masih sama. Kosong.
            “Kau jangan harap kau boleh lari dari aku Aira! Kau lari dari aku, aku akan tetap kejar kau sampai kau berhenti berlari. Kau lupa ke kata-kata aku ni? Hoi perempuan sombong! Keluarlah!” Senyap. Suasana rumah Aira masih gelap gelita. Hail mengeluh kasar sebelum dia melompat masuk ke dalam rumah gadis itu. Terus saja diketuknya pintu bertalu-talu. Serupa orang gila saja Hail tika ini. Semuanya disebabkan cinta.
            “Aira… bukalah pintu ni Aira. Kenapa… kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau seksa hati yang tulus cintakan kau Aira?” Rintih pemuda itu sebelum pintu dibuka dari dalam. Terpancar wajah bengis Puan Muna dengan wajah yang bengkak itu. Hail sedikit tersentak melihat wajah wanita itu. Apa sebenarnya yang sudah berlaku pada keluarga gadis ini?
            “Kau nak apa dari anak aku?” Dingin.
            “Puan… saya nak jumpa Aira. Tolong izinkan saya jumpa anak puan?” Rayu Hail dengan nada suara yang bergetar. Sesekali dia pandang keadaan ruang tamu yang gelap itu. Tiada bayang Aira kelihatan.
            “Buat apa kau nak jumpa anak aku? Kau nak seksa dia?”
            “Saya nak bahagiakan dia dengan mencintai dia apa seadanya puan. Saya merayu, tolong percaya pada saya yang saya mampu membahagiakan anak puan.” Puan Muna merenung tajam wajah pemuda itu. Mendengar kata-kata cinta yang terbit dari bibir lelaki itu membuatkan dia ketawa sinis.
            “Kau cintakan dia?”
            “Puan, saya…”
            “Pergi mati dengan cinta kau tu!! Persetankan kebahagiaan yang kau nak bagi dekat anak aku! Sebab spesis macam kau nilah hidup anak aku menderita! Sebab cinta yang berakhir dengan sebuah penderitaanlah aku buat anak aku terseksa. Aku benci spesis macam kau ni! Awal-awal bolehlah kau kata kau cintakan dia kau nak bahagiakan dia. Tapi…” Nafas Puan Muna sudah turun naik dengan air mata yang sudah jatuh dari tubir matanya. Hail sudah berkerut dengan kata-kata wanita itu. Hatinya sudah mula meronta-ronta ingin mengenali keluarga gadis ini.
            “Tapi bila kau dah dapat dia, semuanya dah berubah. Cinta tu akan bertukar menjadi penderitaan. Kisah indah tu akan bertukar menjadi sebuah kisah tragis!! Sudahlah, jangan pernah berharap kau boleh miliki anak aku. Sampai bila-bila aku tak akan izinkan anak aku didampingi dengan seorang lelaki. Aku tak nak anak aku jadi macam aku!! Aku tak nak…” Puan Muna sudah terduduk sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia pukul-pukul kepalanya sebelum meraung sekuat hati. Hail sudah kelu di situ. Rahsia ini ke yang disimpan Aira? Dia mahu bertemu Aira. Dia mahu bawa Aira lari dari kisah tragis ini dan mengubah kisah tragis itu menjadi kisah indah.
            “Mak… jangan macam ni mak. Nanti luka mak tak pulih kalau mak pukul diri mak macam ni.” Aira terus menerpa ibunya yang serupa orang kesurupan itu. Baru semalam ibunya itu keluar dari hospital setelah dibelasah teruk oleh ayahnya semasa dalam perjalanan pulang dari menghantar kain pelanggannya.
            “Halau budak ni dari rumah aku Aira! Cakap yang kau bencikan dia.” Puan Muna pandang wajah pucat Aira itu. Sungguh, jiwa Aira sebak lagi melihat Hail sudah tercengang melihatnya. Semuanya sudah terbongkar.
            “Cakaplah!!”
            Senyap.
            “Kau dah tak sayangkan aku ke Aira? Kau nak seksa…”
            “Aku bencikan kau Mikhail! Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi. Kau cintakan aku? Kau ingat aku percaya ke kau cintakan aku ha bangsat! Kau… spesis macam kau ni sebenarnya yang buat perempuan terseksa.” Aira cuba mengawal sebak yang menghuni tangkai hatinya. Dia ketap bibir sambil menggenggam erat kedua belah tangannya. Sungguh, hatinya benar-benar rawan dengan kata-kata dusta yang dilemparkan pada Hail. Ya, semua itu tipu.
            Keadaan sudah berubah dingin. Hail tersenyum sebelum dia ketawa sinis mendengarkan kata-kata Aira itu. Baru dia tahu kisah hidup seorang Aira Sofea. Patutlah Aira sering saja jauhkan diri dari dia di saat dia mahu mengenali gadis ini. Rupa-rupanya gadis ini hidup dalam keluarga yang bermasalah.
            “Terima kasih sebab lahirkan seorang gadis seindah Aira Sofea. Saya hargai puan. Memang saya ni dari golongan yang sudah menghancurkan hidup puan tapi kewujudan saya juga untuk membuka hati hitam puan tu agar pemikiran puan tentang cinta dan penderitaan tu akan terhapus. Tak semua cinta tu akan berakhir dengan penderitaan, puan.”
            Hail jeda.
            “Dan kau Aira… aku tahu isi hati kau yang sebenarnya. Kau cakaplah apa saja untuk aku bencikan kau tapi sekali aku jatuh cinta aku tak akan pernah berhenti mencintai sampai akhir nafas aku. Kau satu-satunya gadis yang buat aku jatuh cinta. Aku tak akan pernah ubah hati aku dari terus mencintai kau. Ingat ni sampai mati.” Hail terus berlalu pergi sebelum Ducatinya dipecut laju meninggalkan perkarangan rumah Puan Muna.
            Keadaan semakin dingin. Aira masih kaku di situ.
            Puan Muna terus bangun dari duduknya sebelum ditolaknya kasar tubuh Aira yang sudah tercengang itu. Benci dia mendengar kata-kata dusta dari Hail itu. Dulu, bekas suaminya juga berkata begitu pada dia tapi pengakhirannya cintanya dikhinati. Dibuang seperti sampah.
            “Mak… Aira percaya cakap Hail mak. Tak semua cinta tu akan berakhir dengan penderitaan. Biarkan dia mencintai anak mak sebelum anak mak tutup mata. Aira mohon pada mak?” Rayu Aira sebelum dia peluk kaki ibunya itu. Puan Muna kaku. Lidahnya kelu. Sungguh, melihat Aira menangis meruntun hatinya sebagai seorang ibu. Dia juga mahu membahagiakan anak gadisnya. Cuma dia takut andai Aira menerima nasib yang sama.
GADIS itu membetulkan hoodie di kepalanya. Langkahnya semakin laju menuju ke stesen bas. Sesekali dia pandang tiga orang lelaki yang sedang mengekorinya tika ini. Nafasnya sudah tercungap-cungap sebelum dia melarikan diri dari tiga orang lelaki asing yang mengejarnya itu. Sungguh, Aira rasa dia berada dalam keadaan bahaya.
            Tiba-tiba dadanya terasa nyeri seperti ditusuk dengan berbilah pisau. Takkanlah saat ini juga dia kena serangan jantung? Di saat dia berada dalam keadaan bahaya dikejar oleh tiga orang lelaki itu. Aira merintih agar dirinya dilindungi sebelum dia terlanggar susuk tubuh yang baru saja memarkir motornya ditempat yang disediakan. Suasana yang sunyi tika itu tak memberikan sebarang pertolongan kepadanya.
            “Encik… encik tolong…” Aira terus memegang erat lengan lelaki itu sebelum dia angkat muka. Keduanya sudah tercengang. Kenapa harus dia lagi yang muncul dalam keadaan cemas tika ini?
            “Aira… kau kenapa?” Gadis itu sekadar mengeleng sebelum dilepasnya lengan Hail. Dia pandang sekilas tiga lelaki yang sudah terkial-kial mencarinya. Sudah terang lagi bersuluh dia pasti lelaki asing itu konco kepada ayahnya sendiri. Baru saja Aira mahu melarikan diri, lengannya terus dicengkam oleh Hail.
            “Lepaskan aku… Hail please lepaskan aku!” Aira sudah tekankan suaranya. Hail kalih belakang melihat lelaki asing yang membuatkan Aira dalam ketakutan.
            “Hail jangan jadi gila please?! Lepaskan aku atau dia orang akan buat benda buruk dekat kau sekali Hail! Ple…”
            “Pakai ni.” Hail terus bantu Aira memakai helmet sebelum dia kalih lagi ke belakang. Tiga lelaki itu sudah semakin menghampiri mereka berdua.
            “Naik.” Aira menurut sebelum Hail memecut motornya keluar dari perkarangan tempat letak motor itu. Tiga orang lelaki asing itu sudah memaki hamun pemuda itu kerana telah merosakkan rancangan mereka. Hampir saja mereka mendapatkan gadis itu seperti yang diarahkan oleh ayah kandung gadis itu sendiri. 

6 ulasan:

  1. Bila nak sambung.? Xsabar da ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. bila update n3 baru? cerita ni best la

    BalasPadam
  3. Gdax has its favorable circumstances and inconveniences, and to determine every one of the inquiries and issues identified with Gdax, you can generally take assistance from the first class experts by dialing Gdax Support Number 1-800-665-6722 The group of experts is dependably at your administration and gives first rate benefits so clients can appreciate exchanging without confronting any commitments. The group is constantly accessible nonstop for superlative and most extreme help.

    BalasPadam

Ask Me