Tumblr Scrollbars

My Friend

Sabtu, 17 Ogos 2013

I'm In Love With My Childhood Friend ( Bab 6 & 7 )

     BAB 6

Panas terik pada pada pagi itu membuat semua pelajar di Sekolah Sains mengeluh terutamanya yang sedang mempelajari Pendidikan Jasmani. Seperti biasa Misa dan rakannya tidak menghadiri kelas mereka. Mereka berempat sentiasa ponteng kelas subjek Pendidikan Jasmani dan melepak di kawasan belakang sekolah.
            “ Oii Misa macam mana hubungan kau dengan Rafel ? Berjalan dengan lancar tak macam yang kita dah rancang sebelum cuti sekolah.” Alia tiba – tiba bersuara setelah mereka berdiam selama beberapa minit.
            “ GAGAL KAU FAHAM TAK GAGAL ! Aku dah tak tahu dah nak buat apa semua ni berpunca dari budak Hana tu la. Aku dah bagi pelajaran kat dia tak serik serik lagi.” Bentak Misa yang sedang memegang pontong rokok yang dihisapnya.
            “ Cop.. cop … cop kau kata tadi kau dah bagi pelajaran kat dia ? Pelajaran macam mana tu, setahu aku kita takde pun rancang untuk bagi pelajaran dekat Hana tu.” Kata Jesicca.
            “ Jangan kata kat kitorang kau yang rancang kemalangan yang dihadapi oleh Hana tempoh hari.” Fina meletakkan jari telunjuk nya di dagu sambil alim mata kirinya diangkat.
            “ Ya! Memang aku yang rancang kemalangan yang dihadapi oleh Hana tu. Kenapa la dia tak mati ? kenapa la dia masih hidup kat dunia ni sekurang kurangnya boleh juga aku tambat hati Rafel tu. Tapi puas hati aku Hana dah tak ingat kat Rafel memori dia dah hilang puas hati aku.
Mereka bertiga kaget setelah mendengar penjelasan daripada Misa. Mereka tidak menyangka bahawa Misa sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan Rafel.Sejurus  kemudian loceng berbunyi menandakan proses pembelajaran waktu itu berakhir. Mereka berempat menuju ke kelas, Misa yang lalu di hadapan kelas Rafel sempat menjenguk ke dalam untuk mencari Rafel tapi malangnya Rafel masih tidak bersekolah.
Setelah hampir sebulan berada di Hospital Doktor Maika membenarkan Hana untuk pulang ke rumah. Kesihatannya juga membaik meskipun memorinya terhadap Rafel sudah lupus disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya. Rafel hanya dapat berdoa dan bersabar agar ingatan Hana kepada kenangan mereka berdua akan kembali di ingatan Hana. Pagi itu hanya Rafel dan Encik Aziz yang menemani Hana pulang ke rumahnya manakala Encik Hairi seta isterinya tidak dapat mengikuti mereka berdua atas urusan lain.
 Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka bertiga singgah di sebuah Restoran mamak untuk bersarapan, Encik Aziz meminta diri untuk ke tandas dan meminta mereka berdua mencari tempat duduk. Mereka berdua duduk di sebuah tempat yang tidak ramai orang, Hana hanya menguntumkan senyuman manisnya kepada Rafel dan Rafel membalas senyuman itu.
Beberapa minit kemudian seorang gadis bertudung meminta pesanan makanan daripada mereka berdua “ Nasi Goreng Seafood dua, Kuew  Teau Goreng basah satu. Um… Teh Tarik 2 dan Necaffe 1.  Itu sahaja thanks.” Rafel terkaku melihat Hana, matanya dilirikkan betul betul tepat ke arah mata Hana. Hana dapat mengingati makanan dan minuman kegemarannya. Suatu perkembangan yang bagus.
            “ Um… Rafel betul tak apa yang saya order tadi makanan dan minuman tu kegemaran kamu kan ?
            “ I… Ia kedua2 tu memang kegemaran saya thanks kamu boleh ingat apa yang saya suka. Andai sahaja kamu juga mengingati kenangan kita berdua itu sememangnya membuat saya lagi gembira. Dan…” Kata – kata Rafel terhenti, Hana meletakkan tangannya di atas tangan Rafel.
            “ Maaf Rafel, Hana janji akan berusaha mengingati kenangan kita berdua. Hana janji.” Hana sekali lagi memberikan senyuman kepada Rafel yang semakin berputus asa untuk meluahkan perasaanya kepada Hana.
 Selesai sahaja mereka bertiga menjamu selera, mereka pun menuju ke rumah Encik Aziz dan Hana. Sampai sahaja di perkarangan rumah Encik Aziz dan Hana mereka bertiga di sambut oleh Encik Hairi dan isterinya serta Harina dan Zafrul tidak ketinggalan juga . Rafel batuk dengan kuat sebaik sahaja turun daripada kereta berwarna putih kepunyaan Encik Aziz. Puan Zulaika membawa Hana masuk ke dalam rumah setelah Hana yang kelihatan risau akan riak muka Rafel yang menahan sakit.
Meskipun Rafel dalam kesakitan dia masih menunjukkan riak muka yang sihat di depan ibu bapanya serta Encik Aziz terutamanya Hana. Dia tidak mahu mereka berasa risau akan keadaanya yang semakin memburuk itu. Dia membantu meletakkan beg pakaian Hana di bilik Hana di tingkat atas. Hana memohon kepadanya untuk berehat memandangkan muka Rafel semakin pucat namun Rafel hanya membantah. Tiba – tiba langkah Rafel terhenti ketika dia hendak menginjak tangga yang terakhir Hana terus pergi ke arahnya namun Rafel tidak mengendahkannya.
Nafas Rafel tercungap – cungap ketika naik ke tingkat atas. Sampai sahaja di bilik tidur Hana, Hana yang mengikutnya dari belakang mengambil tisu yang berada di atas meja soleknya dan mengelap darah yang mengalir di hidung Rafel. Air mata Hana mulai bercucuran di pipinya dia terus memeluk Rafel dengan erat dan menangis teresak – esak. Seperti biasa Rafel mengusap kepala orang yang dicintanya itu untuk menenagkan hati Hana yang sedih.
            Nafas Rafel yang semakin tercungap – cungap itu hanya ditahan oleh Rafel pelukan Hana kepada Rafel semakin erat dia tidak mahu melepaskan Rafel dari dakapannya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia merasakan perasaan sayang kepada Rafel meskipun ingatannya kepada lelaki itu sudah hilang kerana kecederaan yang dihadapinya. Sejurus kemudian Puan Zulaika memanggil Rafel untuk pulang ke rumah disebabkan keadaan Rafel yang semakin memburuk. Rafel melepaskan dirinya daripada dakapan Hana dan meninggalkan dia dalam keadaan serba salah.
. . .
            “ Doktor bagaimana dengan keadaan anak kami dia sihat sahaja kan doktor?” Tanya Puan Zulaika dengan muka yang risau.
            “ Minggu lepas anak Encik dan Puan ada bertemu dengan saya, keadaannya semakin memburuk Encik, Puan. Kita harus cepat untuk mencari penderma untuk anak Encik dan Puan kalau tidak keadannya akan semakin memburuk dan akan membunuh anak Encik dan Puan.” Jawab Doktor Safina dengan yakin.
Sementara Rafel hanya menunggu di luar sahaja dia tidak ingin mendengar berita mengenai penyakitnya cukuplah hanya sekali dia mendengar berita mengenai keadaanya yang semakin memburuk itu. Lamunannya terhenti apabila dia melihat seseorang yang betul betul dikenalinya tak ia dan tak bukan pesakit itu ialah Misa. Misa berlumuran dengan darah manakala seorang wanita tua serta 3 orang anaknya sedang mengiringi Misa.
Dia kaget melihat Misa dalam keadaan yang parah dia segera bangkit daripada tempat duduknya dan menghampiri keluarga Misa.
            “ Assalamualaikum makcik, saya Rafel kawan kepada Misa. Ada apa dengan Misa Makcik?” Tanya Rafel sambil menguhulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Puan Aminah.
            “ Waalaikumsalam. Kawan Misa rupanya, adik saya… adik saya mencuba untuk bunuh diri dan kemungkinan besar dia mengalami… keguguran.” Jawab Rafi abang kepada Misa.
            “ Asstaghfirullahalazim. Keguguran ! Kenapa dia hendak membunuh diri ? Siapa… siapa ayah kepada anak Misa. Um… maaf soalan saya agak keterlaluan saya Cuma risau dengan keadaan Misa. Dia sentiasa ceria ramai kawan pula tu kat sekolah tak percaya pula dia tergamak nak bunuh diri.
            “ Tak apa kami sekeluarga percaya kepada kamu. Misa sentiasa menceritakan mengenai kamu kepada kami sekeluarga. Ayah kepada anak Misa meninggal dunia 2 hari lepas disebabkan overdos dadah yang berlebihan. Misa mengalami tekanan perasaan selepas mendengar berita tersebut. Dan satu hal yang kamu harus tahu mengenai Misa dia sebenarnya cintakan kamu lebih dari nyawanya dia tergila gilakan kamu sehingga dia… sehingga dia sanggup mengupah seseorang untuk membunuh Hana.”
            “ Ha! Jadi ini semua berpunca daripada Misa ? Bagaimana dia tergamak berbuat sedemikian rupa?”Rafel kaget alis matanya di angkat ke atas.
            “ Ya anak makcik yang buat semua tu. Makcik mohon maaf bagi pihak Misa. Dia memang seorang yang sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan apa yang dia nak. Maaf Rafel.” Puan Aminah memohon maaf kepada Rafel sambil menangis teresak- esak.
Sejurus kemudian Puan Zulaika dan Encik Hairi keluar daripada bilik Doktor Safina dengan riak muka yang sedih. Mereka pulang ke rumah sejurus itu. Di dalam kereta mereka bertiga hanya berdiam diri, Rafel masih tidak dapat mempercayai apa yang telah didengarnya sebentar tadi. Misa sanggup membuat sedemikian rupa kepada Hana. Dan semuanya berpunca daripada Misa, kenangan Rafel dan Hana terlupus daripada ingatan Hana.
            “ Hana tengah buat apa tu ?” Encik Aziz yang baru sahaja menunaikan solat subuh masuk ke bilik Hana.
            “ Hana nak kemas barang Hana la abah. Hana nak kembali ke sekolah semula dah lama sangat Hana tak sekolah.” Jawab Hana sambil mengeluarkan bajunya dan dimasukkan ke dalam beg baju.
            “ Hana dah nak balik sekolah ? Hana dah sihat ke ni ?”
            “ Abah, Janganlah risau dengan keadaan Hana dah sihat Hana dah bersedia nak bersekolah balik. Ok abah” Kata Hana sambil mengucup tangan ayahnya.
            “ Ok kalau macam tu bersiap cepat abah nak hantar anak gadis abah yang cantik ni. Sebelum tu abah nak call uncle Hairi dahulu nak inform yang Hana dah boleh bersekolah.
            “ Eh, tak apalah abah Hana boleh ingat lagi sekolah kat mana. Ingatan Hana dah semakin membaik abah tapi kenapa tentang Rafel Hana susah nak ingat abah ?
            “ Hana, perlahan – lahan untuk ingat kenangan kamu berdua. Jangan putus asa abah yakin suatu hari nanti Hana akan kembali seperti dahulu.” Jawab Encik Aziz dan mengucup dahi anaknya itu.
Puan Zulaika menyampaikan berita itu kepada anak lelakinya. Rafel segera bersiap untuk kembali ke sekolah. Dia juga menolak pelawaan ibu bapanya untuk menghantarnya ke sekolah, sebelum mengambil Hana di rumahnya Rafel bersalaman dahulu dengan ibu bapanya dan mereka bertiga berpelukan.
Sampai sahaja di rumah Hana, mereka berdua terus meuju ke stesen bas untuk menuju ke stesen kereta api.Keretapi tersebut menuju ke stesen yang mereka hendak tuju. Sampai sahaja di stesen keretapi Hana menunggu Rafel membeli tiket untuk mereka berdua, mereka berdua masuk ke dalam perut keretapi tersebut dan duduk di kawasan belakang.
Beberapa jam kemudian Rafel sekali lagi diserang oleh penyakitnya. Hana yang hanya berdiam diri mulai berasa risau dengan keadaan Rafel, muka Rafel berkeriut menahan sakit sambil memegang dadanya dan terbatuk – batuk.
            “ Rafel! Kenapa ni ? Rafel sihat ke ? Hana tengok Dari tadi Rafel macam tahan sakit ja.
 Nafas Rafel tercungap – cungap matanya pejam celik pejam celik menunjukkan dia betul – betul dalam kesakitan dan batuknya pula semakin teruk. Batuknya mulai menjadi batuk darah dan darah yang mengalir di sapu tangannya di sembunyikannya daripada Hana. Dia hanya mampu tersenyum kepada Hana sambil memegang dadanya.
            “ Ha… Hana Rafel ok ja ni. Hana tidur lagi ok sejam lagi sampai la kita. Hana…
            “ Ha ! Tidur?” Hana tergelak air matanya mulai mengalir di pipinya ingatannya terhadap Rafel semakin hari semakin pulih sebentar lagi dia pasti akan menjadi Hana yang dahulu. “ Tidur dan tidur dan tidur? Rafel dalam kesakitan dan Hana hanya tidur ? Rafel … cukuplah Rafel cukup janganlah buat macam ni dekat Hana lagi. Rafel sakit apa sebenarnya cakaplah dekat Hana please! Hana dah cuba untuk ingat memori kita dan ingatan Hana semakin pulih sedangkan Rafel tidak pernah mencuba untuk membantu Hana untuk mengingati kenangan kita?
            “ Hana, Rafel sihat la Rafel tak sakit. Maaf Rafel tak bantu Hana ingat kenangan kita. Rafel nak Hana berdikari untuk ingat kenangan kita, Rafel tak nak paksa Hana untuk ingat memori kita. Itu akan buat Hana lagi mengalami tekanan.” Rafel bangkit daripada duduknya dan menuju ke tandas.
Hana semakin tertanya – tanya penyakit apakah yang dialami oleh Rafel. Matanya liar melihat sekeliling kereta api tersebut, pelbagai ragam yang dilihatnya. Matanya tertumpu kepada dua orang kanak – kanak yang sedang bermain catur. Kanak – kanak tersebut masing – masing ditemani oleh ibu bapa mereka. Dia tersenyum dan tiba – tiba sahaja dia teringat dirinya dan Rafel semasa kecil. Lamunanya terhenti apabila tas Rafel terjatuh daripada kerusi, dia bangkit daripada duduknya dan memungut tas Rafel tiba – tiba sahaja dia terlihat 3 plastik daripada Hospital yang berisi ubat. Salah satu ubat tersebut tertulis antibiotic ( lung cancer ) Hana terduduk kaku air matanya mengalir dengan deras memorinya terhadap Rafel mulai diingatinya dia seolah – olah berada dalam dunia khayalan.
Ingatannya kembali pulih sekilas sahaja Rafel merampas tas dan ubatnya daripada Hana, Hana tersedar daripada khayalannya kepalanya pusing malahan matanya semakin kabur melihat Rafel.  Beberapa minit kemudian, “ Dup” Hana pengsan Rafel menyambutnya. Sampai sahaja di tempat yang dituju Rafel terus membawa Hana ke Hospital yang berhampiran. Penyakit Rafel semakin teruk dia hampir tidak tahan dengan kesakitan yang sedang dialaminya dia mengambil ubat tahan sakit serta menelan ubat itu. Sejurus kemudian dia masuk ke dalam ruang kecemasan diamatinya Hana dengan tepat matanya betul – betul tertumpu pada Hana yang sedang tidur nyenyak. Dia tersenyum dan berasa gembira ingatan Hana kembali pulih namun pada masa yang sama dia juga takut Hana akan berasa kesunyian jika suatu hari nanti dia pergi meninggalkan Hana.
 Hana kembali sedar dan dia bangkit perlahan – lahan daripada katil tersebut kelihatan Rafel sedang nyenyak tidur dalam keadaan duduk di sisi Hana.  Dia mengusap kepala Rafel dengan lembut rambut Rafel semakin nipis kerana keguguran mukanya juga semakin pucat Hana segera mengelap hidung Rafel yang berdarah dengan perlahan – lahan. Darah tidak henti – henti keluar daripada hidungnya sehinggalah Rafel terbangun daripada tidurnya Rafel terus menyambar tangan Hana yang sedang mengelap hidungnya yang berdarah.  Rafel perlahan – lahan melepaskan tangan Hana, Hana bangkit daripada katil dan keluar daripada ruang kecemasan tersebut. Rafel hanya mengekori Hana dari belakang, Hana tiba – tiba terhenti dia menoleh ke belakang dan mengambil beg roda yang berisi bajunya serta mengambil beg Rafel meskipun Rafel berkali – kali menolak untuk membawa kedua – dua beg yang berat itu Hana tetap berdegil.
            “ Hana biarlah Rafel bawa beg Rafel sendiri. Beg tu beratlah Hana, Hana kan masih sakit takkan nak masuk hostel pelajar lelaki. Dah sampai kat sekolah ni Hana…
            “ Shut Up ! Zafrul ohh Zafrul keluar lah kitorang dah sampai ni.” Hana terjungkit – jungkit melihat kalau – kalau ada Zafrul dengar akan suaranya itu. Tiba – tiba sahaja Adrian menjawab panggilan daripada Hana. Sambil menepuk tangan untuk kedua sahabat tersebut.
            “ Bagus – bagus pasangan kekasih gelap baru sampai lewat malam macam ni. Korang berdua buat apa ha lewat malam macam ni baru sampai. Kau Rafel ! kau bawa Hana pergi mana lagi lewat malam macam ni ? Kau tau tak aku tunggu dia lama sangat nahas kau sekali lagi  bawa princess aku jalan sampai lewat malam macam ni! FAHAM TU ! ” Adrian menarik kolar baju Rafel dan member amaran keras kepadanya.
            Hana yang kaget akan kelakuan Adrian terhadap Rafel segera melepaskan tangan Adrian daripada kolar baju Rafel. Hampir sahaja Adrian mengucup dahi Hana tapi dengan keberaniannya dia segera menampar muka Adrian. Muka Adrian jelas kelihatan merah dengan tamparannya yang begitu kuat. “ Bagus princess ku nyamanlah tamparan tu, tangan princess ada kat pipi Prince. Beberapa bulan yang lalu muka aku bengkak sebab lelaki berpenyakit tu ! Sekarang princess pula yang tampar takpe sejuk je pipi prince kena tampar oleh princess. Dengar – dengar Misa dah takde kan dia bunuh diri sebab nak Rafel tapi Rafel langsung tak endahkan Misa tu sampai dia keguguran pula tu.”
            “ Hei ! Kau dengar baik – baik ok kalau pun Misa dah takde tu semua bukan sebab Rafel la ! Rafel takde buat apa – apa yang tak baik pun dekat Misa ! Kau jangan nak burukkan dia kat depan aku! Kau boleh hina aku asal kau jangan nak burukkan Rafel depan aku.” Sejurus kemudian ketua warden asrama datang kearah mereka. Mereka segera mencari tempat untuk bersembunyi sebelum warden bernama Sarip yang  bertubuh gempal itu menarik mereka bertiga berjumpa dengan pengetua Sekolah Harapan.
Sejurus kemudian Warden Sarip pun berlalu, Adrian yang bersembunyi berhampiran dengan jalan keluar menunjuk mereka berdua dan melambaikan tangannya. Mereka berdua pula bersembunyi berhampiran dengan pokok bakau menghadap sebelah kiri Adrian bersembunyi. Hana yang kehairanan memalingkan mukanya kearah Rafel yang berada di belakangnya. Mata mereka saling bertatapan sesama sendiri dan tanpa mereka  sedari tangan mereka saling berpegangan. Tangan mereka semakin erat, Rafel mendekatkan mukanya dan ingin mengucup dahi Hana mulutnya semakin menghampiri dengan dahi Hana.
            “ HARAM BUKAN MUHRIM !” Zafrul dan Harina serentak bersuara mereka berdua tersedar daripada tatapan masing – masing dan melepaskan tangan mereka. Muka Hana merah padam manakala Rafel hanya tersengih kelat.
            “ Um …  jo…jom masuk hostel masing – masing dah lewat malam ni, esok kita ada kelas ok jom Zafrul.” Rafel gugup dengan kejadian yang berlaku tadi sambil memaut bahu Zafrul.
            “ Ha… aah esok kita ada kelas dah lewat malam ni jom masuk hostel masing – masing.” Hana membela Rafel dan memegang tangan Harina.
Harina dan Zafrul hanya berdiam diri sambil tersenyum melihat telatah Hana dan Rafel yang mencuit hati. Mereka berempat masuk ke asrama masing – masing, Rafel sempat mengenyitkan matanya dan melambaikan tangannya kepada Hana. Hana tersenyum dan membalas lambaian Rafel.
. . .
Burung mulai berkicauan mencari makanan sekaligus membangunkan seluruh makhluk manusia. Hujan lebat pada pagi itu membuatkan langit menjadi gelap kerana mendung. Sebentar lagi proses pembelajaran akan dimulakan, seperti biasa Rafel menunggu Hana di sebuah pondok berhampiran dengan asrama perempuan. Beberapa minit kemudian Hana muncul di kalangan pelajar perempuan namun pagi itu mukanya kelihatan muram, tidak seperti kebiasaan mukanya sentiasa ceria. Rafel segera menghampiri gadis yang bertinggian 160 cm itu, hampir basah kuyup dia kerana tidak berpayung mujur Hana membawa payung. Rafel menggantikan tempat Hana memegang payung Hana hanya berdiam diri sehinggalah mereka sampai ke kelas.
            “ Good Morning Teacher !” Bergema seluruh suara pelajar kelas 4 a 1.
            “ Good Morning class please sit down.” Jawab Cikgu Suzy yang mengajar subjek Biology.
            “ Selamat Pagi Hana” Ucap Rafel namun Hana masih berdiam diri.
            “ Good Morning Hana, Zao an Hana.” Hana masih berdiam diri Rafel mengeluh. “ Hmm yang ni mesti dia jawab” Katanya bermonolog dalaman. “OHAYAOGOZAIMASU HANA ! Secara tidak sengaja Rafel memberi ucapan selamat pagi secara kuat kepada Hana. Seluruh pelajar tertumpu kearah Rafel dan Hana yang berada di belakang.
            “ Siapa yang berteriak tadi? SIAPA !” Bentak cikgu Suzy yang sedang khusyuk mengajar pelajar 4 a 1 dalam bab Nutrisi.
            “ Saya cikgu maafkan saya.” Merah padam muka Rafel menahan malu.
            “ Hmm tersengih buat apa BERDIRI SEKARANG JUGA ! Kamu sangka sekarang ni subjek apa HA ! SUBJEK BAHASA JEPUN KE! Berdiri di luar kelas sekarang juga ! Jangan ganggu tumpuan kawan kamu yang lain, jangan nak berlagak Romeo dalam kelas cikgu ni.
Rafel segera keluar daripada kelas itu sebelum Cikgu Suzy meneruskan bebelannya. Entah kenapa Hana hanya berdiam diri selalunya dia akan tersenyum apabila Rafel dimarahi sedemikian rupa. Harina dan Zafrul saling bertatapan mereka juga berasa hairan dengan Hana, semalam bukan main lagi mereka berdua bagai pasangan kekasih hari ni pula Hana hanya berdiam diri.
            “ Ok class, sampai di sini sahaja pembelajaran kita pada hari ini. Jangan lupa siapkan homework kamu semua. Jangan tangguhkan homework lama – lama nanti berlambak, kamu               semua juga yang akan mengeluh.” Pesan Cikgu Suzy sebelum keluar daripada kelas itu.
            “ Ha kamu buat apa lagi itu masuk jangan nak berlagak jadi Romeo kepada budak perempuan dekat kelas kamu terutamanya Hana ini sekolah bukan tempat dating. Faham Tu !
            “ Faham Cikgu.”
Setelah beberapa jam menimba ilmu pelajar SMK Sains Harapan pun berehat. Hari itu, Hana tidak berehat bersama dengan Rafel seperti kebiasaanya. Dia hanya meninggalkan mereka bertiga dengan pelbagai persoalan. Harina meminta diri untuk menemani Hana sekaligus menanyakan masalahnya. Rafel bersendirian pada hari itu manakala Zafrul mempunyai tugas maklumlah sebagai seorang Pengawas Pusat Sumber dia mempunyai tugas pada hari itu. Selepas memilih makanan yang hendak dimakan Hana dan Harina duduk di sebuah bangku kosong berhadapan dengan sebuah bangunan.
            “ Um… Hana sihat kan hari ni ?” Harina membuka pertanyaan.
            “ Tak. Hana sakit hari ni.” Jawab Hana sambil menguis makanannya.
            “ Ha ! Sakit kenapa tak bagitahu kitorang terutamanya Rafel dia risau sangat dengan keadaan Hana tau. Hana sakit apa ?” Tanya Harina yang kaget.
            “ Hana sakit hati, sakit sangat – sangat. Biarlah dia tu, dia tu pentingkan diri sendiri. Hana tak suka la perangai dia tu suka sangat rahsiakan sesuatu dari Hana. Tak pernah pun pedulikan perasaan Hana.”
            “ Hana! Tak baik tau cakap Rafel macam tu, semasa Hana kemalangan dan hilang ingatan dialah orang yang tak berehat, nak tidur pun susah dia rasa bersalah sangat dengan apa yang telah terjadi dengan Hana. Apalagi yang dia rahsiakan dari Hana?
            “ Kenapa pula dia rasa bersalah ?” Hana bermonolog dalaman.
            “ Hana, Hana.” Harina mengerak – gerakkan tubuh Hana. Hana tersedar daripada lamunannya.
            “ Tak penting pun rahsia tu. Rina, Hana minta diri dulu Hana nak ke tandas kejap.
            “ Ok jumpa nanti Hana Bye.” Harina melambaikan tangannya kepada Hana. Hana membalasnya.
Dalam perjalanan menuju ke bilik segar dia terserempak dengan Rafel. Dia hanya lalu begitu sahaja tanpa berkata apa – apa dengan Rafel. Rafel menarik tangan Hana dan meminta penjelasan dengannya mengenai kesilapan yang telah dilakukan oleh Rafel. Hana hanya berdiam diri sahaja sehinggalah Rafel tiba – tiba pengsan. Hana meletakkan kepala Rafel diatas pangkuannya sambil menggerak gerakkan badan Rafel dan meminta pertolongan daripada orang malangnya hanya mereka berdua di sana.
            “ Rafel bangunlah, Rafel janganlah buat macam ni. Bagaimana dengan perjanjian kita Rafel.” Hana mulai menangis teresak – esak sambil mengerak – gerakkan badan Rafel namun hasilnya tetap sama. Hidung Rafel sekali lagi berdarah kerisauan Hana semakin menjadi – jadi, sekilas sahaja dia mendapat idea untuk membuat CPR kepada Rafel. Mulutnya menghampiri dengan mulut Rafel.
Tiba – tiba sahaja Rafel bangun daripada pengsan yang dibuat – buatnya dan tergelak sambil mengusap air mata Hana dan tersenyum. “ Rupanya Hana sayangkan Rafel juga kan .”
Hana menolak Rafel dan mata mereka saling bertatapan. Hana tersenyum sambil mengeluarkan tisu daripada poket bajunya untuk mengelap darah yang tidak henti - henti keluar daripada hidung Rafel. “ Rafel buat Hana macam ni kenapa? Nasib baik Hana tak sakit jatung.”
            “ Dah. Cukuplah tu biar Rafel lap sendiri, Hana selalu buat macam ni.” Kata Rafel dan mengambil tisu daripada tangan Hana. Mereka berdua duduk di sebuah pondok dan Hana mulai meluahkan apa yang membuat dia berdiam diri seharian pada hari itu.
            “ Rafel, betul tak apa yang Hana cakapkan ni ?
            “ Um… Misa yang merancang kemalangan yang dihadapi oleh Hana tempoh hari semata – mata inginkan Rafel daripada Hana. Dan… dia meniggal dunia tempoh hari kerana membunuh diri.
            “ Innalillahiwainalillahirojiun. Jadi Mi… Misa dah meninggal dunia? Hana tak sangka dia sanggup buat macam tu semata – mata inginkan Rafel.
            “  Ya. Misa dah meninggal dunia. Rafel pun tak sangka kita tengok Misa tu ceria ja selalu tiba – tiba sahaja dia sanggup bunuh diri.” Loceng berbunyi menandakan proses pembelajaran selepas rehat dijalankan semula.


                                                         BAB 7

Hari itu hampir dua tahun pelajar tingkatan empat SMK Sains Harapan bersekolah di sekolah itu. Dua bulan lagi Hana, Rafel, Zafrul, Harina serta Adrian akan menduduki SPM. Kesihatan Rafel semakin hari semakin teruk, kehadirannya di kelas juga semakin hari semakin merosot. Mereka hanya bertawakal dan berdoa agar ada seseorang akan mendermakan paru – parunya kepada Rafel.
            “ Oi Rafel. Aku nak buat perhitungan dengan kau bro boleh tak ?” Selepas pulang daripada kelas Adrian tiba – tiba sahaja mengajak Rafel untuk membuat sesuatu perhitungan.
            “ Perhitungan ? Kau nak buat apa lagi perhitungan apa lagi?” Soal Rafel.
            “ Ya. Perhitungan, aku nak buat perhitungan kalau kau menang aku tak kacau Hana lagi tapi kalau sebaliknya Hana sah jadi milik aku dan kau mesti jauhkan diri kau daripada dia faham !”
            “ Ok. Aku sahut cabaran kau. Cabaran apa yang kau nak bagi dekat aku.
            “ Sebentar lagi sekolah kita akan mengadakan sukan. Aku nak kau ikut sukan yang akan aku ikut.
            “ Sukan ? Aku…
            “ Aku tahu kau tak boleh bersukan kalau kau tak nak sahut cabaran aku tak apa lah. Aku akan tetap ganggu Hana ok.
            “ Aku… aku akan sahut cabaran kau demi Hana !
            “ Ok itu perjanjian kita aku menang Hana jadi milik aku dan kau jangan berani dekatkan diri kau dengan Hana kalau sebaliknya pula aku tak akan ganggu kau dengan Hana lagi ok tata.
Rasa bersalah sekali lagi muncul dalam diri Rafel jika dia sahut cabaran itu kemungkinan besar penyakitnya akan menyerangnya lagi. Kalau dia sahut cabarannya Adrian tidak akan menganggu Hana lagi.
Malam itu Rafel menyatakan hasratnya untuk bersukan kepada Zafrul.“ HA ! Kau nak ikut sukan tahun ni ? Kau kan tak boleh ikut aktiviti yang lasak – lasak ni lagipun kesihatan kau semakin teruk lah Rafel. Jangan buat kerja gila lah.”
            “ Aku memang nak buat kerja gila sebab kau nak tahu apa aku dah gilakan Hana. Aku gilakan Hana aku tak nak orang lain miliki dia dan aku taknak berjauhan dari dia.Kau nak tahu kenapa aku sanggup buat kerja gila ni kau nak tahu sebab apa sebab aku cintakan Hana kau faham tu ! Pantang larang tu semua tak penting yang penting Hana tak jadi milik dia.” Rafel yang sedang membuat kerja rumah bangkit daripada kerusinya dan membentak Zafrul.
            “ Aku dah agak dah ni semua mesti sebab Hana kan. Ok kau buat ja la apa yang kau nak buat terserah aku sokong kau dari belakang. Aku akan tetap sokong kau seperti mana kau pernah sokong aku untuk meluahkan perasaan aku kepada Rina.
Rafel terharu mendengar kata – kata daripada sahabatnya mereka saling berpelukan. “ Terima kasih Zafrul kau lah kawan sehidup semati aku.
            “ Kau pun sama kau lah kawan sehidup semati aku. Tapi siapa yang buat cabaran ni dekat kau jangan kata Adrian yang buat.
            “ Adrian yang buat siapa lagi yang tergila – gilakan Hana di sekolah ni selain daripada Adrian.
Beberapa Hari kemudian Temasya Sukan SMK Sains Harapan telah pun berlangsung. Hana tidak dapat mengikuti sukan tersebut kerana dia mengikuti pertandingan Bola Jaring di luar sekolah. Ianya berita baik buat Rafel agar Hana tidak akan risau akan keadaanya. Dia sudah bersedia untuk menyahut cabaran Adrian mereka berdua mengikuti acara lumba lari 100 meter ianya juga merupakan sukan kegemaran Rafel sudah sekian lama dia tidak berlari.
            “ Hei ! Bro ingat perjanjian kita kau kalah Hana aku punya.
            “ Kau kalah jangan ganggu hidup Hana lagi faham tu !
            “ Ok.” Adrian mengenyitkan matanya kepada Rafel dia yakin bahawa dia akan menang dalam cabaran itu. Setelah wisel ditiupkan mereka pun mula berlari tiba – tiba sahaja Hana muncul daripada celah Kompleks Sukan tersebut. Zafrul dan Harina yang kaget segera mengalih kan perhatian Hana.
            “ Ehhh, Rina kita nak ke mana ni Rafel mana Zafrul?
            “ Rafel ada kerja nak dibuat. Jom temankan Rina pergi beli sesuatu kat luar.
            “ Yalah Rina. Hana ikut la ni janganlah tarik tangan Hana sakitlah.
Tidak disangka pertandingan Bola Jaring berlalu dengan cepat. Hampir 10 minit Hana dan Harina berada di luar dewan untuk membeli sesuatu. Puas Hana mengajak Harina untuk masuk ke dalam dewan namun ajakannya hanya sia – sia.
            “ Hana awalnya korang habis.” Tanya Harina sambil memilih makanan yang hendak dibeli.
            “ Yaka awal? setahu Hana hampir 4 jam berada di sana. Puas hati Hana sekolah kita jadi juara lagi yeahh !” Hana melonjak kegembiraan.
            “ Wah! Juara lagi ke hebat la Hana sebagai kapten Bola Jaring sekolah kita.
            “ Bukan kerana Hana ja, tu disebabkan oleh pemain Bola Jaring di sekolah kita semuanya hebat – hebat. Rina, jomlah kita masuk kat dalam dewan panas la kat luar ni. Hampir 10 minit kita kat luar ni. Hana tak sabar nak bagitahu berita gembira ni dekat Rafel.
Cabaran yang dihadapi oleh Rafel dan Adrian berakhir tidak disangka bahawa Rafel memenangi cabaran itu setelah sekian lama dia tidak bersukan dia dapat merangkup gelaran juara. Adrian mengucapkan tahniah kepada dirinya tidak disangka Rafel yang hanya berdiam diri semasa Pendidikan Jasmani dapat menjadi juara dalam acara lari itu. Dia tertawa seolah – olah berada  dalam mimpi.
            “ Rafel, cepat ganti baju kau balik Hana dah datang tu aku dan Rina alihkan perhatian dia.” Kata Zafrul yang memegang no 4231 dalam acara lompat tinggi kepada Rafel yang tercungap – cungap kerana berlari.
            “ Aku tak percayalah Zafrul, aku Berjaya merangkup gelaran juara sekaligus merahi pingat emas. Akhirnya tak ada orang yang akan berani ganggu Hana lagi baru tenang aku rasa fuhh.” Keluh Rafel nafasnya masih tercungap – cungap.
            “ Tahniah. Selepas ni kau dah boleh luahkan perasaan kau kepada Hana kan jangan dipendam lagi kesian aku tengok Hana tu. Dah cepat pergi tukar baju kau balik.
            “ Yes Boss aku buat la ni. Thanks atas sokongan kau.” Rafel member tabik hormat kepada rakannya sebelum beralih pergi.
Sejurus kemudian Hana dan Harina masuk ke dalam Kompleks Sukan dan membawa beberapa makanan dan minuman. Mata Hana liar melihat sekeliling seperti mencari sesuatu. Acara yang disertai Zafrul sedang bermula dia meminta diri lalu menuruni anak – anak tangga kompleks tersebut. Hana tidak mengendahkan Zafrul matanya masih liar mencari sesuatu.
            “ Hana cari siapa?” Rafel menyergahnya dari belakang.
            “ Cari kau la jadi dia nak cari Adrian?” Harina menyakat Rafel sambil memaut tangannya di bahu Hana.
Rafel duduk bersebelahan dengan Hana dan bertanya kepadanya mengenai pertandingan Bola Jaringnya. “ Seperti biasa la Rafel, Hana n da’ geng win again.” Hana mengenyitkan matanya kepada Rafel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me