Tumblr Scrollbars

My Friend

Sabtu, 17 Ogos 2013

I'm In Love With My Childhood Friend ( Bab 8 & 9)

BAB 8

Tinggal sehari lagi pelajar Tingkatan Lima SMK Sains Sakura akan mengetahui keputusan SPM mereka. Masing – masing berada dalam keadaan yang risau maklumlah keputusan SPM mereka yang menentukan kerjaya mereka pada masa hadapan.Hari itu genaplah ulang tahun ke 17 buat Hana. Pagi – pagi lagi Encik Aziz mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada anak gadisnya itu. Pagi itu Harina keluar bersama dengan Zafrul untuk bersenam di kawasan sekolah itu.
Selepas sahaja membersihkan diri kedengaran ada seseorang yang memanggil namanya daripada tingkat bawah. Ianya tak ia dan tak bukan ialah Rafel, Rafel mengucap selamat ulang tahun kepadanya kelihatan Rafel sedang rapi.
            “ Arigatou Gozaimas” entah kenapa pagi itu dia ingin berbahas dalam bahasa Jepun.
            “ Onaji ! Hana cepatlah bersiap kita keluar dating hari ni.
Hana tersenyum puas sambil mengangguk – angguk kepalanya. “ Dating akhirnya dia ajak aku keluar dating tak percaya hari ni first date aku. Yeeeeeeahhhhh !” Hana melonjak keriangan seolah – olah kanak – kanak yang baru dibelikan mainan oleh ibu bapa mereka. Dia segera mengeluarkan baju yang sesuai, dia mengeluarkan baju gaun berlengan pendek dan berparas lutut. Dikenakan bersama dengan cekak rambut berwarna merah jambu serta sandal yang berwarna ungu. “ Yeahh siap.” Katanya. Sejurus kemudian Harina masuk ke dalam rumah dia kaget melihat Hana yang kelihatan Rapi. “ Wah ! Hana cantiknya Hana, padan la dengan Hana baju colour turquoise, cekak rambut colour pink dan sandal colour ungu memang boleh jadi fashion designer la Hana ni. “ Thanks Rina. Ok bye Rafel dah tunggu aku kat bawah tu. SAYONARA RINA-CHAN” Sekali lagi dia berbahas dalam bahasa Jepun memang cita – cita Hana untuk melanjutkan pelajaran di Jepun suatu hari nanti sebab itu dia mempelajari bahasa itu dari dia berumur 11 tahun.
 “ Ha, apa tu Sayonara ?” Harina mengeluarkan sehelai kertas daripada lacinya dan menulis perkataan sayonara. “ SAYONARA. Aku pisah – pisahkan word tu  Sa – Yo –Na – Ra. Sa – Y ( o tukar jadi u ) = Yu – Na – Ra = SAYUNARA? Apa tu sayunara? Ha, Sa – Yu( Na tukar dengan Ra )= Ra – Na dah jadi Sa – Yu – Ra – Na. SAYURANA RINA – CHAN aku padam Sa – Yu – Ra – N a Rina Chan. Ok dah siap SAYURAN Rina. Hana! sanggup dia kata aku sayur mentang – mentang la badan aku memang lembik macam sayur.” Harina mencebik.
Pada hujung minggu ramai pengunjung yang mengunjungi tempat – tempat menarik maklumlah hari cuti ibu bapa yang seharian bekerja dapat meluangkan masa dengan anak mereka pada hari itu terdapat segelintir pengunjung yang meluangkan masa bersama dengan orang tersayang . Pelbagai ragam manusia yang dapat dilihat di sana
“ Roller Coaster ?!”
“ Ya roller coaster. Kenapa Hana takut naik roller coaster ?”
“ Rafel lupa ka Hana kan memang takut dengan ketinggian! Kita main permainan lain la banyak lagi dekat sini.”
“ Tahu Hana takut dengan ketinggian. Sekali ja tak lama pun jom Hana.” Sejurus kemudian Rafel menarik tangan Hana dengan kuat. Hana tidak dapat melepaskan tangannya daripada pegangan Rafel kerana Rafel menarik tangannnya begitu kuat.
Naik sahaja di atas Roller Coater tersebut Hana memejamkan matanya Rafel melepaskan tangan Hana dan tersenyum melihat gelagat Hana yang ketakutan. Roller Coaster yang mereka naiki mulai bergerak Hana yang ketakutan berteriak dengan kuat dan secara tidak sengaja dia sudah memeluk tangan Rafel yang berada di sebelahnya. Rafel ingin melepaskan tangan Hana daripada bahunya namun dalam masa yang sama dia berasa kasihan akan kawannya yang ketakutan itu. Beberapa minit kemudian Roller Coaster tersebut berhenti Hana membuka matanya perlahan – lahan dan segera melepaskan tangannya daripada tangan Rafel dia hanya tersengih.
Sejurus kemudian, setelah puas bermain pelbagai permainan di Taman Tema tersebut mereka berdua menaiki sebuah bas pergi ke Kompleks membeli – belah. Suasana Kompleks membeli – belah tersebut riuh rendah dengan pelbagai ragam manusia.
            “ Um… Hana tunggu sini sekejap Rafel nak beli sesuatu tunggu tau jangan pergi mana – mana.” Pesan Rafel kepada Hana.
            “ Rafel …” Hana tidak sempat bertanya kepada Rafel dia hendak pergi ke mana sambil mencebik. “ Ingat aku ni budak – budak ke aku dah berumur 17 tahun la. Dia ni nak pergi mana pula tinggalkan aku seorang dekat sini.” Hana mengeluh dan bermonolog dalaman.
Matanya liar melihat sekeliling, tiba – tiba sahaja dia melihat seorang budak lelaki dan perempuan yang berbahas dalam bahasa Jepun sedang bergelak ketawa. Dia tergelak sendirian melihat gelagat kedua – dua budak dalam lingkungan 10 tahun itu. Tiba – tiba sahaja hatinya tergerak untuk berkenalan dengan mereka berdua. “ Baik aku borak dengan budak – budak tu dapat juga aku berbahas dalam bahasa Jepun.” Dia mulai berjalan kearah kedua budak tersebut.
Dia memberi senyuman kepada kedua budak tersebut. Senyumannya dibalas oleh kedua budak tersebut dia melabuhkan punggungnya di tengah- tengah kedua budak tersebut dan memberi salam . “ Konichiwa!” Dia mulai berbicara dengan kedua budak tersebut. “ KONICHIWA !!” Kedua budak tersebut membalas serentak. “ Bagus diorang balas salam aku” Hana bermonolog dalaman. “ Watashi wa Hana- san. Anata no namae wa dareda?” Dia memperkenalkan dirinya serta bertanyakan nama kedua budak tersebut. “ Watashi wa Riodesu” Kata budak lelaki tersebut sambil menundukkan kepalanya. “ Watashi no namae Yuri” Giliran budak perempuan bertocang dua memperkenalkan dirinya sambil memberi senyuman kepada Hana.
            “ Friendly juga budak – budak ni nak cakap apa lagi dengan diorang ni” Hana bermonolog dalaman sambil jari telunjukknya diletakkan di dagu. “Doko ni anata no ryoshin?”     ( mana ibu bapa kamu ?)” katanya sambil memaut bahu Rio dan Yuri. “ Ryoshin? Watashi wa chodo watashi ga 8-saidesunode, yuiitsu no watashinohaha wa sugirasu otosan o motte iru.        ( Ibu bapa ? Saya hanya mempunyai ayah, ibu saya meninggal dunia sejak saya berumur lapan tahun )” Kata Yuri. “ Watashimo mo 8-saidesunode,watashitachi wa onaji watashi no okasanha sugisaru. Hoho ni tsuite no anata no otosan ? (  kita sama ibu saya meninggal dunia sejak saya berusia lapan tahun juga. Bagaimana pula ayah kamu?) “ Watashinochichi wa, kare ga ima no shigoto no jitsugyokadearu.Kare wa ima,nihonde wa,kare wa tsuneni isogashi (ayah saya adalah seorang ahli perniagaan dia bekerja sekarang. Dia sentiasa sibuk dia di Jepun sekarang)” riak wajah Yuri mulai berubah rasa bersalah pada diri Hana mulai timbul soalan apa yang ditanya kepada budak yang berumur 10 tahun itu. Kanak – kanak itu mesti tidak faham akan soalannya. “ A, naruhodo. Anata wa do rio?” ( Oh, begitu. Bagaimana pula dengan kamu Rio ?) Dia beralih kepada Rio yang dari tadi hanya berdiam diri. “ Watashi no ryoshin ? Watashi wa, wareware wa ushinawa rete shimatta ka wakaranai”( Ibu bapa saya? Saya tidak tahu kami tersesat )
Sejurus kemudian Rafel muncul dan memanggil nama Hana. Hana melambaikan tangannya kepada Rafel, Rafel menuju kearah mereka bertiga. “ Nani! Anata no ryoho wa, watashitaticha-do ni mayotte busu o tebanasu” ( Apa! Kamu berdua tersesat jom kita pergi Kaunter Pertanyaan) Hana yang kaget segera membawa mereka berdua ke kaunter pertanyaan namun mereka berdua berkeras mereka tetap ingin duduk di situ. “ Apa yang kita nak buat ni Rafel.” Rafel tidak faham situasi yang sedang berlaku dia bingung melihat mereka bertiga. “ Ada masalah apa Hana ? Rafel tak faham la apa yang korang borakkan tadi, Rafel bukannya faham bahasa Jepun ni.” 
            “ Macam ni, diorang dua ni sesat lepastu tak nak jumpa ibu bapa diorang pelik la diorang ni.” Hana berbisik dengan Rafel. “ Adakah Hana explain dekat diorang untuk apa kita pergi kaunter pertanyaan tu?” “ Takde kenapa?” Rafel tergelak dengan jawapan Hana. “ Patutlah diorang tak nak Hana tak explain untuk apa bawa diorang pergi kaunter pertanyaan.” Rafel menggeleng kepalanya, Hana tersengih.
            “ Wareware wa joho senta ni iku ni wa,anata no ryoshin o mitsukemashita.” (Kita pergi ke kaunter pertanyaan untuk menemui ibu bapa Rio jom ) Sejurus kemudian Rio dan Yuri  mengangguk mereka berempat menuju ke kaunter pertanyaan di tingkat bawah. Dalam perjalanan menuju ke kaunter pertanyaan, tiba – tiba sahaja perut Yuri meragam. “ Ane Anna watashi wa uete iru” ( Kak Hana saya laparlah ). Yuri menarik baju Hana dan memegang perutnya yang lapar.
            “ Watashitachiha,sushi-ya ni iku” ( Ok, jom kita pergi ke Restoran Sushi ) Hana memberi senyuman kepada Yuri. Mereka berempat menuju ke Restoran Sushi yang berhampiran tiba – tiba sahaja Rio dan Yuri menjerit dan berlari kearah seorang lelaki dan wanita yang berumur dan memeluk mereka. Hana tersenyum melihat mereka berdua perutnya juga meragam. “ Ani, Ane !” Yuri dan Rio menjerit serentak dan menunjuk kearah Restoran Sushi tersebut. Mereka berenam masuk ke dalam Restoran tersebut. Yuri dan Rio bergelak kelihatan mereka berdua sangat gembira.
            “ Thanks for helping our son and his friend ” Ibu kepada Rio berterima kasih kepada mereka ditambahkan dengan senyuman yang manis. “ My name is Mizuhashi Mayu and my husband name Mizuhashi Koide
“ Welcome” Hana membalas senyuman tersebut.
“ Rio! Wa anata no kusuri o taberu.” ( Rio makan ubat kamu ). Encik Koide memanggil anaknya Rio dan memberi ubat.
“ Medicine ? Can I ask? What wrong with your son ?” Rafel yang dari tadi berdiam diri tiba – tiba bersuara.
Our son was diagnosed with stage four brain cancer since he was 8 years old.” Encik Koide menjawab soalan tersebut. “ Oh I see. I feel sympathy for you son sir.” Rafel bersimpati akan nasib Rio.
 Thanks! I see your face also pale. Do you have an illness similar to my child?” Puan Mayu berasa hairan dengan muka Rafel yang kelihatan pucat.
Sejurus kemudian pesanan mereka telah pun sampai mereka menjamu makanan masing – masing. “I was diagnosed with stage four lung cancer since I’m 12 years old.” Rafel menjawab persoalan Puan Mayu. Puan Mayu dan Encik Koide bersimpati akan nasib Rafel.
            “ Umei !! ( Sedap !! ) Yuri yang kelaparan bersuara. Beberapa minit kemudian selepas menjamu makan tengahari Hana dan Rafel meminta diri mereka berdua berterima kasih kepada Encik Koide dan isterinya kerana membelanjakan mereka makan tengahari tersebut.                     
“ Sugoi! Koibito!” ( Wah pasangan kekasih ) Yuri menyergah mereka sebelum mereka membawa haluan masing – masing ditambahkan dengan Rio.
“ Koibito ? Nai wareware wa sode wa arimasen…” ( Kekasih ? tak kami bukan…) Kata – kata Hana terhenti disebabkan oleh Rafel dia tiba – tiba sahaja menutup mulut Hana menggunakan tangan kanannya sambil tersengih.
“ Pasti budak – budak ni kata kitorang pasangan kekasih apa yang aku nak jawab ni ?” Rafel bermonolog dalaman sambil menutup mulut Hana. “ Watashi wa… aishite”  ( Saya …. Cinta ) Hana menjauhkan tangan Rafel daripada mulutnya.
Encik Koide dan Puan Mayu terpegun melihat Rafel terutamanya Hana yang fasih berbahada Jepun. “ You both can speak in Japanese language?”
“ Can but only a little. Hana is more clever than me”. Kata Rafel. “ Ok bye – bye Rio-kun, Yuri-chan.” Hana melambai kearah mereka sebelum beralih pergi daripada tempat itu.
            “ Bye – bye hajimemashite” Rio dan Yuri membalas serentak. Hana memberi senyuman kepada mereka sekeluarga.
. . .
Jam menunjukkan pukul empat petang, sampai sahaja di tempat kegemaran mereka Rafel meminta Hana untuk menutup matanya menggunakan sehelai kain berwarna biru. Perlahan – lahan Rafel membawa Hana masuk ke dalam rumah pokok mereka. Setelah melabuhkan punggung di rumah kayu itu Hana membuka ikatan kain tersebut. Hana kaget melihat persekitaran rumah pokok tersebut dipenuhi dengan warna warni.
Di hadapan matanya dipenuhi dengan makanan dan juga sebuah kek. “ Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday dear Hana, Happy Birthday to you.” Rafel menyalakan mancis pada lilin yang mempunyai tujuhbelas lilin itu sambil menyanyikan lagu hari jadi kepada Hana.
            “ Thanks Dear Rafel. Romantik juga kan Rafel ni semua colour favourite Hana ada dekat dalam rumah pokok ni siap dengan bunga favourite Hana juga. Awesome! Kawaii ! ni semua present Hana ka ?” Rafel hanya tersenyum melihat gelagat Hana yang terpegun melihat suasana rumah pokok tersebut.
Perlahan – lahan Rafel menyentuh tangan Hana diangkatnya kelima – lima jari  Hana dengan perlahan – lahan. “ Hana ada suatu hal yang Hana mesti tahu berkenaan dengan Rafel. Mungkin tahun ini tahun terakhir Rafel bersama dengan kamu semua, tahun terakhir Rafel berpuasa, menyambut hari raya, hari lahir dengan kamu semua terutama dengan Hana. Sebelum Rafel menghembuskan nafas terakhir Rafel nak luahkan sesuatu dengan Hana, sesuatu yang Rafel pendamkan selama beberapa tahun ini. Rafel… cintakan Hana sejak kita berada dalam tingkatan dua. Aishitteru Hana-Chan.”
Hana kaget mendengar luahan hati Rafel terhadap dirinya dia segera memeluk lelaki itu air matanya mulai membasahi pipinya. Dia hanya mampu tersenyum akhirnya sesuatu yang ditunggu – tunggunya telah pun tiba.
“ Hana… cincin ni menunjukkan Hana balas atau tidak perasaan Rafel terhadap Hana. Hana terima maksudnya…”
“ Bodoh ! kenapa baru sekarang Rafel confusing dekat Hana. Bodoh ! Apa yang Rafel cakapkan ni, tahun ni bukan tahun terakhir la kita berpuasa, menyambut hari raya dan hari lahir bersama – sama . Rafel dah lupa ka dengan perjanjian yang kita pernah buat lima tahun yang lalu.” Hana melepaskan Rafel daripada pelukannya sambil menyarungkan cincin yang diberi oleh Rafel. “ I Love You too . “ Hana tersenyum puas air mata gembira mengalir dengan deras di pipinya. Rafel menyarungkan cincin kepunyaanya di jari telunjuknya pula sambil mengucup dahi Hana.
            Mereka berdua turun daripada rumah pokok tersebut dan duduk di tempat perjanjian mereka. “ Rafel disini kita berdua membuat perjanjian kita dekat sini kan. Hana masih ingat lagi masa tu lepas kita buat perjanjian itu, penyakit Rafel tiba – tiba ja serang Rafel. Masa itu Hana sangka Hana akan kehilangan Rafel selama - lamanya seperti mama tinggalkan Hana bersendirian di tengah – tengah jalan.
            “ Um… dekat sini perjanjian manis antara kita dua. Hana… kalaulah suatu hari nanti Rafel tinggalkan Hana buat selama – lamanya apa yang Hana akan lakukan ?”
 Hana meletakkan kepalanya di bahu Rafel sambil memegang tangan Rafel. Selama beberapa minit itu dia hanya berdiam diri Rafel setia menanti jawapan daripada kekasihnya itu.
            “ Hana tak tahu nak buat apa ? Mungkin Hana… hmm Hana tak tahu nak buat apa. Janganlah cakap tentang mati, Rafel dah putus asa dengan penyakit Rafel ? Hana tahu Rafel seorang yang bersemangat, Rafel seorang yang kuat buktinya Rafel sentiasa lawan penyakit Rafel. Meskipun Rafel dalam keadaan yang sakit namun Rafel masih dapat tersenyum. GAMBATTE Rafel ! Jangan putus asa.” Hana bersemangat sambil mengenggam tangannya dan memberi senyuman yang manis.
            “ Hana masih ingat time kita dalam darjah lima ? Time tu hari perjumpaan ibu bapa dan guru time tu juga abah Hana tak boleh datang Hana merajuk teruk time tu langsung tak nak borak dengan kami semua. Suatu hari Rafel buat lawak dekat Hana, Hana yang muram tiba – tiba ja tergelak. Sejak hari itu Rafel buat keputusan nak ganti tempat abah Hana, Rafel nak jaga Hana sebab kalau Hana berdiam diri dunia Rafel rasa sunyi sangat – sangat.
Hana tergelak, mereka berdua masing – masing terkenang akan peristiwa yang mereka lalui sejak persahabatan mereka. Peristiwa pahit, manis yang mereka lalui beberapa tahun lalu sehingga mereka berumur 17 tahun. “ Hari ni Hana dapat present yang hebat sangat.”
            “ Present apa yang hebat sangat tu ?” Mereka berdua saling bertatapan. “ Hari ni setelah hampir beberapa tahun kita bersahabat akhirnya kita jadi pasangan kekasih. Hadiah yang paling hebat buat Hana. Hana masih ingat lagi first time kita jumpa kita selalu gaduh, kita selalu kena marah oleh cikgu sebab selalu buat hal selalu gaduh ja. Bagai kucing dengan anjing sampai satu hari tu mama nasihat kan Hana jangan bermusuhan nanti lama – lama boleh jadi sayang. Hana tak faham apa yang mama maksudkan tapi lama kelamaan Hana dah faham maksud mama.”


                                                            BAB 9

Hari yang ditunggu – tunggu oleh pelajar Tingkatan Lima Sekolah Sains Sakura telah pun tiba mereka akan mengetahui haluan masing – masing pada hari itu. Selesai sahaja solat subuh berjemaah di surau Rafel dan Zafrul menuju ke bilik mereka, perjalanan mereka tiba – tiba sahaja terhenti. Penyakit Rafel menyerangnya semula dia terduduk berhampiran dengan asrama mereka, Zafrul memapah Rafel sehingga ke bilik mereka. Rafel mengerang kesakitan, Zafrul segera mencari ubat Rafel dia yang panik ingin memanggil Hana namun langkahnya keluar daripada bilik itu tiba – tiba terhenti keran Rafel memintanya agar tidak memberitahu Hana.
            “ Raf janganlah macam ni Raf dia sepatutnya tahu penyakit kau semakin bertambah teruk, kau tak simpati ka dekat dia ? Nah makan ubat ni perlahan – lahan.” Zafrul menghampiri rakannya itu sambil menghulurkan sebiji ubat serta segelas minuman kepada Rafel.
            “ A… aku kata jangan… janganlah dah puas dah dia nangis disebabkan aku, kau tahu tak dia sentiasa… dia sentiasa bagi aku semangat untuk melawan penyakit aku malahan aku… aku sentiasa berputus asa untuk melawan … penyakit ini.” Rafel semakin lemah dia tidak kuat untuk berkata apa – apa, dia berkata dan menarik kolar baju Selangor Zafrul yang berwarna ungu itu.
Zafrul terdiam kaku dia dalam dilema dan rasa bersalah jika dia memberitahu kepada Hana hal ini persahabatan mereka mungkin akan terhenti tapi jika dia tidak memberitahu Hana hal ini Hana akan sentiasa berfikir bahawa Rafel akan sembuh seperti orang lain.
            “ Hana … Rafel” Harina yang baru sahaja selesai mandi tercungap – cungap berlari kearah bilik mereka.
            “ Rafel kenapa Rina dia kenapa” Hana pucat melihat Harina yang panik.
            “ Rafel dia …. dia”
            “ Rina tenang dahulu duduk, nah minum air ni tarik nafas dalam – dalam dan hembus. “ Hana menghulurkan segelas air kepada Harina.
            “ Aku bagitahu kau hal ni kau tenang ok. Fuhhh… Rafel penyakit dia serang dia tadi subuh sekarang ambulans ada dekat depan nak hantar dia ke Hospital.
Hana yang kaget segera bangkit daripada katilnya dia segera berlari dengan sekuat tenaganya menuju ke asrama lelaki. Dia membuka seribu langkah mengejar Ambulans tersebut sebelum Ambulans itu menuju ke Hospital.
            “ HANA ! Jangan…” Harina tidak dapat menahan Hana. Dia membuka seribu langkah mengejar Hana.
Asrama lelaki dipenuhi dengan pelajar – pelajar yang panik melihat Rafel yang semakin lemah. Mulut Rafel dipenuhi dengan darah manakala darah tidak henti – henti keluar daripada hidungnya. Matanya semakin kabur perlahan – lahan matanya mulai tertutup.
            “ RAFEL ! Rafel bangunlah janganlah main – main dengan Hana tak lawak pun. Rafel bangunlah. Please !” Hana yang baru sahaja sampai ke asrama lelaki meratapi Rafel yang tidak sedarkan diri, setelah puas meminta izin dengan jururawat yang menghanta Rafel ke Hospital dia akhirnya dibenarkan mengikuti Ambulans tersebut ke Hospital.
Zafrul dan Harina serta Cikgu Suzie guru kelas mereka juga mengikuti Ambulans tersebut menuju ke Hospital. Harina menenagkan Hana yang menangis sambil menggerak – gerakkan badan Rafel. Sampai sahaja di perkarangan Hospital, Rafel terus diusung menuju ke ruang kecemasan.
Beberapa minit kemudian ibu bapa Rafel sampai di Hospital ibu Rafel hanya menangis manakala ayahnya pula mendoakan agar Rafel dalam keadaan selamat. Hana hanya berdiam diri dia sudah puas mengalirkan air matanya manakala Harina tidak henti – henti memberi kata – kata semangat kepada Puan Zulaika bahawa anaknya dalam keadaan yang baik – baik sahaja. Zafrul turut berdoa agar rakan sehidup sematinya itu akan sihat seperti remaja yang lain.
Beberapa minit kemudian Doktor Safina keluar daripada ruang kecemasan tersebut. Encik Hairi serta Puan Zulaika segera bertanyakan keadaan anak mereka. “ Doktor bagaimana dengan keadaan anak kami, dia … dia baik – baik sahaja kan Doktor.
“ Anak encik dalam keadaan yang kritikal, kesihatan Rafel semakin memburuk namun sehingga saat ini kami masih tidak dapat menjumpai penderma untuk anak encik dan puan lagi. Saya harap encik serta puan akan bersabar dengan keadaa Rafel saya akan mencari penderma untuk Rafel.
“ Saya… saya rela doktor, saya rela dermakan paru – paru saya kepada Rafel asalkan dia akan sembuh semula saya dapat merasakan penderitaanya doktor. Saya rasa bersalah sangat saya hanya mampu untuk memberi kata – kata semangat kepada dia sedangkan dia masih dalam keadaan yang sama. Saya pernah kehilangan mama sekarang saya tak nak kehilangan Rafel pula.” Hana yang berdiam diri tiba – tiba menyatakan hasratnya itu.
“ Hana….” Harina sebak melihat rakannya itu. “ Saya akan pertimbangkan Hana, saya faham keadaan kamu. Saya harap kamu bersabar dengan keadaan Rafel, saya minta maaf kerana tidak dapat mencari penderma untuk Rafel.” Doktor Safina memegang bahu Hana lalu meminta diri.
. . .  
Hari silih berganti masuk hari itu sudah hampir seminggu Rafel dimasukkan ke ICU Ibu bapa Rafel, Encik Aziz serta kenalan Rafel tidak henti – henti berdoa agar Rafel diberi kesihatan dan akan sedar daripada komanya.
            “ Rafel, bangunlah janganlah buat Hana macam ni. Akhirnya Hana dah dapat kalahkan Rafel, Hana dapat 11 A+ Rafel pula hanya dapat 10 A+. Pasti Rafel jeles kan dekat Hana, akhirnya setelah sekian lama Hana dah menang Hana dapat kalahkan Rafel. Bangunlah Rafel, Hana tak nak kehilangan Rafel pula kali ni.” Perasaan Hana bagai ditusuk dengan sembilu melihat Rafel terbaring kaku dia atas katil  ditemani dengan alat oksigen dicampurkan dengan bunyi – bunyi mesin oksigen.
Zafrul dan Harina sebak melihat keadaan Hana terutamanya Rafel. Tidak ada lagi gelak tawa serta jenaka daripada Hana serta Rafel yang mereka sentiasa dengar dan lihat apabila Zafrul dan Harina mempunyai masalah. Mereka hanya boleh melihat keadaan Hana dan Rafel mereka tidak dapat untuk menceriakan Hana semula seperti yang Hana sentiasa lakukan untuk mereka. Rasa bersalah kadangkala menyelubungi mereka berdua, namun mereka hanya mampu berdoa kepada Rafel  serta memberi kata – kata semangat kepada Hana.
            Tombol pintu bilik yang ditempatkan Rafel dibuka dengan perlahan – lahan Puan Zulaika serta suaminya datang sambil membawa makanan untuk Hana. “ Hana makanlah sayang Rafel mesti kecewa melihat Hana dalam keadaan macam ni. Ni aunty ada bawa makanan favourite Hana ni, Hana makan ok nanti Hana jatuh sakit siapa yang nak bagi kata – kata semangat kepada Rafel lagi. Hana makan ya.” Puan Zulaika menghulurkan plastik yang berisi bekal makanan buat Hana.
Perlahan – lahan Hana bangkit daripada tempat duduknya dan keluar daripada bilik tersebut. Hana tidak mengendahkan Zafrul dan Harina yang duduk berhadapan dengan bilik Rafel, dia hanya pergi begitu sahaja. Zafrul member isyarat kepada Harina untuk menemani Hana menjamu makan tengaharinya.
            “ Hana ! Hana tunggulah aku.” Harina mengejar Hana daripada belakang sambil menyeru namanya namun Hana tidak mengendahkan Harina dia hanya berjalan menuju ke luar Hospital dan Hana melabuhkan punggungnya di sebuah tempat duduk.
            “ Rina… kenapa semua orang yang aku sayang nak tinggalkan aku. Apa salah aku dengan diorang Rina ? Mula – mula mama tinggalkan aku di tengah – tengah jalan. Aku masih ingat lagi waktu itu selepas sahaja aku dan mama menyambut ulang tahun aku yang ke lapan tahun penyakit mama tiba – tiba sahaja menyerangnya. Mama jatuh pengsan di tengah – tengah jalan raya di khalayak ramai. Sekarang ni Rafel… Rafel pun nak ikut jejak mama aku ka nak tinggalkan Hana juga. Hana tak tahan la Rina, aku tak tahan dah nak hidup macam ni kenapa bukan aku sahaja yang menghidap penyakit yang akan membunuh orang yang aku cintakan Rina kenapa ?” Hana menangis teresak – esak memikirkan kehidupannya yang ditinggalkan oleh orang yang disayanginya.
            Air mata Harina mulai mengalir di pipinya dia memeluk dengan erat rakannya itu. Perasaan sebak tidak dapat ditahan dia simpati akan nasib rakannya itu. “ Hana, jangan cakap macam tuhan itu maha adil. Dia ambil mama Hana daripada Hana sebab dia sayangkan mama Hana, Rafel pula aku yakin dia akan baik – baik sahaja. Abah Hana kan masih ada, aku, Zafrul, makcik Zulaika serta pakcik Hairi kami semua sayangkan Hana. Kami semua akan sentiasa berada di samping Hana, kami tak akan sia – siakan Hana. Aku janji Hana persahabatan kita tidak akan putus aku akan selalu menemani kau dalam keadaan suka ataupun duka.”
            “ Rina… thanks Rina. Aku beruntung sangat – sangat dapat kawan sebaik kau, kaulah kawan sehidup semati aku.” Hana mengesat air matanya dan mulai menjamu makan tengaharinya. Dia makan dengan kuantiti yang sedikit sahaja selera makannya semakin hilang memikirkan nasib kekasihnya yang dalam kritikal itu.
Malam itu Hana dan Encik Aziz berperang mulut kerana Hana berkeras ingin mendermakan paru – parunya kepada Rafel meskipun sudah berkali – kali Encik Aziz melarangnya. Borang penderma juga sudah diisi oleh Hana dia hanya tinggal menunggu keesokan harinya agar paru – parunya segera didermakan kepada Rafel. Hana sanggup mengambil risiko asalkan kekasihnya itu sembuh seperti lima tahun yang lalu agar Rafel dapat bersukan seperti orang lain.
. . .
            “ Abah, Hana minta maaf sebab tak dengar cakap abah. Hana… Hana tak nak kehilangan orang yang Hana sayang buat kali kedua abah, Hana dalam dilema.” Pagi itu Hana memohon maaf kepada ayahnya sambil memeluk orang tua tersebut. Sekali lagi air matanya mengalir pagi itu.
            “ Abah faham Hana, abah faham. Abah juga pernah lalui apa yang Hana sedang lalui sekarang ini, tapi bila abah fikirkan semula siapa yang akan menjaga kamu jika kami berdua tidak terselamat daripada pembedahan tersebut. Abah doakan agar pembedahan kamu berjaya, jika itu kamu fikirkan jalan terbaik buatlah sayang. Kamu dah besar abah tak boleh mengongkong kamu lagi, kamu tahu kan apa yang baik dan mana yang buruk.
Setelah selesai menjamu sarapan bersama ayahnya, Hana meminta diri untuk ke Hospital. Zafrul dan Harina menunggunya di luar rumah mereka bertiga menuju ke Hospital menggunakan sebuah kereta kepunyaan Zafrul. Hana hanya berdiam diri di dalam kereta tersebut manakala Zafrul dan Harina mencuba untuk menceriakan Hana namun usaha mereka hanya sia – sia Hana seperti tunggul. Kepalanya pusing memikirkan  musibah yang dilaluinya.
Sampai sahaja di perkarangan Hospital Harina menyatakan hasratnya dia tidak boleh melawat Rafel pada hari itu kerana dia tiba – tiba sahaja mendapat panggilan daripada ibunya bahawa pakciknya meninggal dunia. Zafrul resah memikirkan keadaan Harina dalam masa yang sama dia buntu melihat Hana. Dia sudah berjanji kepada Rafel untuk menemani Hana jika sesuatu akan terjadi kepadanya.
            “ Zafrul… temankanlah Rina dia dalam kesedihan tu. Aku ok ja ni bye… bye.” Hana keluar daripada kereta tersebut dan memberikan senyuman kepada kedua – dua rakannya itu. Senyumanya disambut oleh Harina meskipun hatinya sedang berduka.
Masuk sahaja di bilik Rafel dia kaget melihat persekitaran bilik itu. Kosong semuanya kosong cuma tinggal barang kepunyaan Rafel sahaja. Setahunya Encik Hairi dan Puan Zulaika tidak dapat datang pada pagi itu kerana mereka mempunyai urusan yang penting untuk mencari penderma paru – paru untuk Rafel meskipun mereka tahu bahawa Hana yang akan menderma paru – parunya kepada anak mereka.
Dia segera mencari Rafel di perkarangan Hospital. Hampir keseluruhan kawasan Hospital tersebut dia mencari namun dia tetap tidak menemui Rafel sehingga di suatu tempat yang sunyi dia melihat seorang lelaki sedang berdiri berhadapan dengan sebuah tempat. Dia segera mendekati lelaki tersebut. Hatinya melonjak gembira melihat Rafel sedar daripada komanya sambil memeluk Rafel daripada belakang.
            “ Rafel, jom kita turun Rafel tak sihat lagi ni. Rafel baru ja sedar daripada koma Rafel memerlukan rehat yang secukupnya.
            “ Hana… batalkan” Rafel terbatuk – batuk apabila bersuara. Hana yang kebingungan mengosok belakang Rafel agar batuknya dapat reda.
            “ Batal? Batal apa Rafel?
            “ Batal… jangan dermakan paru – paru Hana dengan Rafel. Hana, Rafel mohon sangat – sangat batalkan hasrat Hana untuk mendermakan paru – paru Hana kepada Rafel. Bukankah cita – cita Hana nak jadi seorang pelukis, bagaimana dengan keadaan ayah Hana jika suatu hari nanti Hana pergi meniggalkan dia. Rafel mohon sangat Hana.” Rafel sujud pada kaki Hana, Hana kaget dan segera memeluk Rafel. Mereka berdua mengalirkan air mata Hana terpaksa setuju akan hasrat Rafel.
Hari demi hari berlalu hampir sebulan Rafel dimasukkan ke Hospital kerana kondisinya semakin memburuk. Hari itu, Hana, Rafel, Zafrul dan Harina berkumpul di bilik yang ditempatkan oleh Rafel. Mereka bertiga berusaha untuk memberi semangat kepada Rafel, Zafrul membawa beberapa buah buku ilmiah,komik serta majalah untuk menghilangkan rasa kebosanan Rafel.
            “ Banyak nya kau bawa buku untuk aku, kau kan dah tahu aku tak suka baca buku ni by the way thanks ok bawa kan aku buku – buku ni.
            “ Most welcome. Dalam dua hari lagi aku dan Rina nak sambung study nasib baik kitorang masuk dalam universiti yang sama tak la aku risau keadaan Rina ni nanti secara senyap – senyap dia cari pula yang lain.” Ujar Zafrul sambil membelek- belek buku yang dibawanya.
            “ Zafrul! Rina tak cari yang lain la, Rina beruntung sangat – sangat dapat bf macam Zafrul.” Harina marah manja sambil mencubit lengan Zafrul.
Hana hanya berdiam diri sambil menyusun jambakan bunga melur berwarna putih  di dalam sebuah pasu yang berwarna hijau. Hampir setiap hari dia bersedih dan risau jika dia akan kehilangan Rafel pula kali ini. Dia cukup merana semasa ibunya pergi meninggalkan dia namun Rafel sentiasa memberi semangat kepadanya dan sentiasa menceriakan hidupnya.
            “ Hana… Hana hei Hana.” Harina menyergah Hana, lamunanya terhenti oleh Harina dia segera menoleh kearah mereka bertiga dan memberi senyuman palsu kepada mereka.
            “ Um, ada apa ?
            “ Kau masuk universiti nanti nak ambil course apa?”
            “ Course? University ? oh ! kau ni dah masuk 3 tahun perkenalan kita kau tak tahu apa cita – cita aku ?” Hana duduk di sisi katil Rafel.
            “ Hana ambil course medical. Kan Hana.” Rafel menyampuk perbualan dua gadis tersebut.
            “ Bukan course medical la. Course seni aku nak jadi seorang pelukis bukannya nak jadi doktor atau Jururawat.
Zafrul menyatakan hasratnya untuk mengambil kos perniagaan apabila dia masuk ke universiti manakala Harina pula ingin mengambil kos farmasi. Beberapa jam kemudian Harina dan Zafrul meminta diri untuk pulang ke rumah. Hanya tinggal Hana dan Rafel sahaja yang berada di dalam bilik itu.
            “ Hana, nanti Hana nak masuk university dekat mana ? Hana bercita – cita nak sambung belajar dekat Jepun kan.” Rafel bertanya kepada Hana yang sedang menyiapkan makan tengahari buat Rafel.
Hana hanya berdiam diri dia hanya menyiapkan makan tengahari untuk Rafel. Rafel tidak henti henti menyeru nama Hana namun Hana tidak mengendahkan Rafel.
            “RAFEL ! stop la jangan bincang dengan Hana tentang course yang Hana akan ambil or Hana akan masuk University dekat mana! sebab Hana…
            “ Sebab apa Hana, jangan bagi alasan sebab Hana tak nak berjauhan dengan Rafel. Hana, tak lama lagi Rafel pergi buat selama – lamanya. Rafel nak sangat Hana jadi seorang doktor sebab itulah cita – cita Rafel tapi Rafel tahu Hana, cita – cita tersebut hanya angan – angan kosong sebab Rafel tahu beberapa bulan lagi Rafel akan pergi buat selamanya. Hana, bukankah cita – cita Hana nak jadi seorang pelukis dan Hana nak sangat sambung belajar dekat Jepun ?
            “ Ta…tapi Rafel Hana tak nak kehilangan Rafel buat selama – lamanya. Biar la cita – cita Hana terpendam begitu sahaja asalkan Hana sentiasa bersama dan menyokong Rafel.” Mata Hana mulai berkaca –kaca sejurus kemudian air matanya mulai mengalir dan dia segera keluar daripada bilik itu. Rafel hanya membiarkan Hana pergi begitu sahaja dan menikmati makan tengaharinya yang dihidangkan oleh Hana sebentar tadi.
            “ Rafel kenapa… kenapa Rafel tak pernah sekali pun peduli akan perasaan Hana. Hana tak nak kehilangan Rafel, tak nak. Rafel terlalu banyak kenangan yang terjadi antara kita berdua sama ada kenangan pahit, manis. Kita dah lalui semua tu bersama sekarang Rafel akan pergi buat selama – lamanya apa yang harus Hana lakukan untuk melupakan Rafel. Adakah Hana akan dapat hidup seperti biasa….” Rafel tiba – tiba muncul dan duduk bersebelahan dengan Hana sambil menyambung ayat – ayat Hana.
            “ Boleh Hana” Ujarnya. “ Hana pasti boleh hidup seperti biasa jika Rafel pergi meninggalkan Hana buat selama – lamanya, Hana mesti bersemangat untuk meneruskan kehidupan Hana setelah Rafel pergi buat selama – lamanya. GAMAT HANA – CHAN !” Hana mengesat air matanya dan tergelak melihat Rafel bertutur dalam bahasa Jepun.
            “ Bukan Gamat la GAMBATTE la ! hmm Gambatte.” Hana meletakkan kepalanya di bahu Rafel mereka tidak mengendahkan orang yang lalu lalang melihat kemesraan mereka berdua.
Keesokan harinya Hana pulang ke rumah dan bersarapan bersama dengan ayahnya. Hari itu Encik Aziz mengambil masa terluangnya menjenguk Rafel di Hospital.
            “ Abah, Hana minta maaf sangat sebab Hana tak habiskan masa terluang Hana bersam dengan abah. Hana rasa bersalah sangat sebab Hana tak jaga makan abah, Hana cuma risau keadaan Rafel sahaja. Hana minta maaf abah.
            “ Hana tak ada kesalahan pun, abah faham keadaan Hana. Hana dalam dilema kan sekarang ni, Hana nak jaga abah tapi dalam masa yang sama Hana juga risau dengan keadaan Rafel yang semakin memburuk. Dahulu masa ibu Hana dalam keadaan yang kritikal pun abah dalam dilema nak dermakan paru – paru abah kepada ibu Hana. Tapi ibu Hana suruh abah pertimbangkan hal ini, abah fikir masak – masak jika sesuatu yang akan terjadi kepada abah dan mama siapa yang nak jaga Hana. Jadi kesimpulannya kan sayang Hana tak payah nak rasa bersalah.”
            “ Terima kasih abah, Hana sayang abah.” Hana memeluk ayahnya dan mengucup pipi ayahnya.
Setelah selesai menjamu sarapan mereka Hana mencuci pinggan serta membersihkan meja. Sejurus kemudian setelah selesai bersiap anak beranak tersebut menuju ke Hospital sampai sahaja di Hospital tersebut Rafel sedang menjalankan rutin hariannya iaitu komeoterapi. Kelihatan Puan Zulaika serta Encik Hairi sedang memberi semangat kepada anak mereka.
Komeoterapi tersebut membuatkan rambut Rafel semakin gugur dia terpaksa menggunakan topi untuk melindungi kepalanya, berat badannya juga semakin hari semakin berkurangan manakala mukanya juga semakin pucat namun semua itu tidak mematahkan semangat Rafel untuk terus berjuang melawan penyakitnya.
            “ Rafel bagaimana dengan keadaan kamu ? Encik Aziz menyoal Rafel yang khusyuk membaca sebuah buku.
            “ Ok. Semakin membaik uncle jangan risau even keadaan Rafel semakin memburuk tapi Hana akan tetap menjadi tanggungjawab Rafel untuk menjaga dia.” Rafel tersenyum sambil matanya bertatapan dengan Hana.
            “ Rafel, Hana jika kamu berdua ingin bertunang ataupun bernikah kami semua tetap akan setuju apa yang terbaik buat kamu berdua. Kami bertiga sudah berbincang mengenai kamu berdua dan kami bertiga sepakat untuk setuju apa sahaja pilihan kamu sama ada ingin bertunang ataupun nikah.” Puan Zulaika menyatakan hasrat mereka bertiga yang ingin melihat Hana dan Rafel bahagia meskipun keadaan Rafel bertambah teruk.
Puan Zulaika mengajar Hana cara mengait benang manakala  kelihatan Encik Aziz dan Encik Hairi pula berbincang mengenai sesuatu yang pastinya bukan mengenai pekerjaan. Rafel tersenyum melihat seluruh keluarganya berada di sisinya baru kali itu dia melihat sebuah keluarga yang lengkap cuma satu sahaja yang dirasakan tidak mencukupi iaitu seorang anak. Dia membayangkan bahawa Hana ialah isterinya manakala Encik Aziz pula mertuanya, secara senyap – senyap dia mengambil gambar mereka berempat segera disembunyikan kamera tersebut daripada Hana yang duduk di sisinya.
                “ Rafel uncle pergi minta diri dulu masa melawat dah habis ni. Hana nak ikut abah balik?” Beberapa jam kemudian Encik Aziz meminta diri daripada Rafel.
            “ Tak Hana dekat sini ja jaga Rafel lagipun benang yang Hana kait ni tak siap – siap lagi.” Jawab Hana sambil menumpukkan perhatian kea rah benang yang dikaitnya.Rafel mengangguk apabila Encik Aziz meminta diri sejurus kemudian ibu bapanya juga meminta diri hanya tinggal Hana dan Rafel sahaja yang berada di bilik itu. Sekali lagi Rafel mengambil foto Hana secara senyap Hana tidak menyedari hal itu. 

                                                                               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me