Tumblr Scrollbars

My Friend

Sabtu, 17 Ogos 2013

I'm In Love With My Childhood Friend ( Bab 10 & 11)

BAB 10

Hari demi hari berlalu,dari saat ke minit dari minit ke jam dan dari jam ke hari sudah masuk dua bulan Rafel berada di Hospital. Rafel juga mulai berasa bosan berada di Hospital tersebut manakala Hana tidak henti – henti menemaninya setiap hari.
Suatu hari ketika Hana khusyuk mengait benang tiba – tiba sahaja Rafel berasa tidak selesa kesan daripada komeoterapi yang sering dilakukannya dia muntah – muntah Hana segera bangkit daripada kerusi plastik tersebut dan membantu Rafel mengosok – gosok belakangnya agar dia berasa selesa.
            “ Ya Allah, aku bermohon kepadamu berikanlah kesihatan yang baik kepada Rafel ya Allah. Sembuhkanlah dia daripada penyakitnya dan janganlah engkau mengambil ia daripada kami ya Allah. Tabahkanlah hatinya menerima semua ujian daripadamu ya Allah. Aku bermohon Ya Allah.” Hana tidak henti – henti mendoakan agar sesuatu akan terjadi kepada Rafel sesuatu yang akan menyembuhkannya.
            “ Hana.” Rafel menyeru nama Hana. “ Hmm ada apa sayang.” Jawab Hana dalam nada yang manja. “ Doktor Safina izinkan Rafel keluar Hospital esok hari dia bagi tempoh selama tiga hari untuk Rafel keluar daripada Hospital jadi boleh la Rafel bawa Hana ke tempat yang Hana nak pergi.
Hana tersenyum girang mendengar bahawa kekasihnya itu akan keluar daripada Hospital dan dalam masa yang sama masa perkara yang bermain di kotak mindanya semenjak Rafel koma tempoh hari dapat diluahkan.
            “ Rafel, boleh tak Hana minta sesuatu dekat Rafel ?
            “ Minta sahaja apa yang Hana mahu. Rafel akan ikut permintaan Hana asalkan itu akan membuatkan Hana gembira.
            “ Jadikan Hana tunang kepada Rafel. Hana tahu perkara ni di luar dugaan tapi Rafel akan memiliki Hana cuma Rafel sahaja yang boleh memiliki Hana. Buktikan Rafel, buktikan bahawa Rafel betul – betul mencintai Hana.” Mata mereka saling bertatapan Rafel memberikan senyuman kepada Hana dan Hana membalasnya dengan jelingan sambil tersenyum.
Rumah Hana meriah dengan keluarganya yang menghadiri majlis pertunangan dia dan Rafel. Hana mengenakan baju tunang yang berwarna biru sesuai dengan kehendaknya. Hana tidak mengambil mak andam untuk menghiaskan dirinya cukuplah pertunangan mereka disambut dengan biasa sahaja. Baju yang dikenakannya memang ayu dikenakan, Harina sempat menangkan dirinya yang risau. Selesai sahaja Hana merapikan dirinya mereka berdua turun ke bawah kelihatan Rafel duduk bersila berhadapan dengan ayahnya.
Beberapa minit kemudian pertunangan mereka berlangsung tarikh pernikahan mereka juga telah dirancang. Mereka akan bertunang sehingga mereka berdua sama – sama menginjak ke usia 20 tahun. Selesai sahaja acara pertunangan mereka selesai, mereka sekeluarga menjamu makanan yang dihidangkan pelbagai ragam yang dapat dilihat. Perasaan Rafel bercampur baur gembira dan dalam masa yang sama perasaan sedih muncul dalam hatinya.
            “ 1 2 3. Snap !” Mereka sekeluarga tidak ketinggalan Harina dan Zafrul mengambil gambar pertunangan bersama – sama.
Dua hari kemudian . . .
            “ Lambat la Hana ni jom naik !” Pagi itu mereka berdua pergi ke tempat kegemaran mereka memandangkan keesokan harinya Rafel dimasukkan semula ke dalam Hospital dia hendak meluangkan masa bersama dengan Hana.
            “ Maaf, maaf. Um naik ?” Hana seperti kebingungan.
             “ Ya naik jom kenapa lagi?
            “ Tak payah Rafel turun biar Hana yang bawa basikal ni. Rafel tak sihat nanti cepat penat turun biar Hana yang bawa Rafel duduk dekat belakang.” Hana meletakkan beg sandangya di dalam bakul basikal kepunyaan Rafel.
Puan Zulaika tersenyum melihat mereka berdua dia terkenang akan peristiwa semasa Hana dan Rafel pertama kali berjumpa mereka berdua bagai kucing dengan anjing dan tidak sehaluan namun perasaan benci tersebut dapat bertukar menjadi perasaan cinta.
            “ Uhh berat la Rafel ni.
Rafel tergelak melihat Hana yang kesusahan hendak mengayuh basikal yang ditunggangnya. Sampai sahaja ke destinasi yang mereka tuju Hana membentangkan sebuah tikar berhadapan dengan sebuah sungai. Dia menyusun makanan yang dibawanya Rafel hanya duduk di dalam pondok sambil mengambil gambar Hana secara diam.
            “ Siap !” Matanya ditumpu ke arah Rafel yang sedang khusyuk mengambil gambar Hana berjalan dengan perlahan dan naik ke atas rumah pokok tersebut dan perlahan – lahan dia merampas kamera kepunyaan Rafel.
            “ Jom makan tak habis – habis dengan kamera dia. Hana ada masak makanan kegemaran Rafel.
            “ Wahh ! sedapnya Hana masak. Boleh jadi isteri mithali ni umm umei ! Untunglah siapa yang jadi suami Hana nanti setiap hari boleh makan masakan Hana.” Tiba – tiba sahaja Hana mencebik hatinya hancur mendengar Rafel seolah – olah berputus asa dengan penyakitnya.
            “ Bodoh ! Hana… hana kepunyaan Rafel la bukan orang lain dan Hana akan jadi isteri Rafel yang sah dalam masa setahun lagi Rafel… janganlah berputus asa dengan penyakit Rafel tu.” Hana menjamu makan tengaharinya sambil mengeluarkan kata – katanya.
Selesai sahaja menjamu makan tengahari mereka, Rafel melepaskan penatnya di atas tikar tersebut dan ditemani oleh Hana. Hampir dua jam mereka berada di tempat itu, meskipun sudah berkali – kali Hana mengajak Rafel untuk pulang ke rumahnya namun Rafel tetap berkeras.
            “ Cantik kan cuaca hari ni tak panas, tak hujan tak mendung Rafel rasa tenang sahaja lihat cuaca hari ini. Alangkah indahnya jika suatu hari nanti Rafel akan menjadi ayah kepada anak Hana. Hanya itu sahaja yang Rafel inginkan sekarang ini Hana, namun itu semua hanya… hanya angan – angan kosong. Ha … Hana, Rafel tak nak pergi meninggalkan Hana buat selama – lamanya Rafel nak kita sama – sama menikmati hari tua kita. Rafel tak nak biarkan Hana sendirian dan kesunyian tapi penyakit ini kenapa…. Kenapa dia memilih Rafel.” Air mata Rafel deras mengalir di pipinya.
            Hana memeluk Rafel daripada belakang dan menenagkan hati Rafel. “ Rafel, Rafel akan sihat Rafel kita boleh sama – sama merasai hari tua kita. Tuhan pasti mendengar doa kita semua Rafel Hana yakin tuhan itu maha adil. Rafel akan hidup lebih lama lagi jangan putus asa Rafel Hana akan sentiasa berada di sisi Rafel sepanjang masa.” Mereka berdua saling berpelukan Rafel mengucup dahi Hana, Hana tersenyum dia terpaksa menahan sebaknya dia tidak ingin Rafel semakin sedih memikirkan mengenai mereka berdua.
. . .
Selepas menghantar ayahnya ke airport, Hana menuju ke Hospital dia tidak sabar untuk memberitahu Rafel sesuatu.  Sesuatu yang akan mengejutkan Rafel dan apa yang diimpinya yang terbuang begitu sahaja.
Masuk sahaja ke dalam bilik Rafel dia memberikan senyuman kepada Hana, Hana membalasnya. “ Kenapa Rafel tak ada selera makan ?
“ Ya tak ada selera makan. Bosan la dengan makanan di Hospital ni Rafel nak makan masakan Hana ja.
            Hana tergelak dan mengeluarkan sebekas makanan yang dimasaknya sebelum datang ke Hospital tersebut. “ Nah, ni Hana ada bawa makanan untuk Rafel Hana tahu Rafel tak akan makan makanan yang disediakan pihak Hospital sebab kemarin baru ja Rafel makan masakan Hana. Pasti ledah Rafel rasa kelat kan sebab tak makan masakan Hana.
            “ Thanks sayang. Betul 100 peratus betul selain makanan mama makanan Hana jadi tempat kedua di hati Rafel sebab Hana masak makanan ni dengan perasaan cinta.” Rafel menggosok kepala Hana, Hana memberikan senyuman yang manis kepada Rafel.
            “ Rafel, thanks sebab jaga Hana selama ini. Hana akan sentiasa ingat akan kenangan pahit dan manis antara kita berdua, Hana janji.
Rafel tersenyum sekali lagi dia mengambil gambar Hana yang sedang khusyuk mengubah bunga secara senyap. Hampir setiap hari dia mengambil gambar Hana namun Hana tidak menyedari perkara itu Hana cuma tahu bahawa Rafel mengambil foto sebagai hobinya.
            “ Rafel esok ada hadiah untuk Rafel hadiahnya memang awesome Hana yakin pasti Rafel suka sangat dengan hadiah tu.
            “ Hadiah apa tu tak sabarnya nak tengok hadiah apakah yang awesome sangat tu. Tak payahlah rahsiakan bagi tahu la sekarang.
            “ RAHSIA ! Faham tu kalau Hana bagi tahu sekarang tak awesome la hadiah tu. Hadiah tu Hana bagi dekat Rafel sebab Rafel tak pernah berputus asa untuk melawan penyakit Rafel selama ini.
            “ Ok ! Kalau macam tu nanti Rafel akan tunggu hadiah yang awesome tu.
            “ Um… Ok.” Jawab Hana ringkas.
Malam itu, Hana tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana dia bermimpi buruk. Dia bermimpi bahawa Rafel tidak bangun – bangun daripada tidurnya dan pergi buat selamanya. Hana bangun dan mencuci mukanya, Rafel terjaga daripada tidurnya kerana dia berasa mual Hana segera membantu Rafel. Penyakit Rafel tiba – tiba sahaja menyerangnya Hana menemani Rafel pada pagi itu sehingga Rafel kembali terlena. Masih terlalu awal bagi Hana untuk memberitahu apakah hadiah yang akan diberinya kepada Rafel.
 Jam menunjukkan angka 3 pagi Hana duduk di sisi Rafel dan mengimbas kembali kenangan mereka berdua tanpa disedari air matanya mulai mengalir dan membasahi tangan Rafel yang dipegangnya.
            “ Rafel !”  Hana terjaga daripada tidurnya jam menunjukkan pukul 7 pagi awal pagi lagi Rafel sudah bangun daripada tidurnya dan membuka semua langsir di bilik tersebut. Hana hanya menggeleng kepala melihat gelagat Rafel yang kelihatan bersemangat pada pagi itu.
            “ Ohayao Gozaimas ( Selamat Pagi ) Hana – chan. Cepat bangun hari ni cuaca baik apakah hadiah tersebut Hana ?
Hana kebingungan melihat Rafel yang bersemangat. Setahunya baru sahaja semalam Rafel diserang dengan penyakitnya. Namun pagi itu, tiba – tiba sahaja Rafel menjadi bersemangat.
            “ Oh hadiah masih awal Hana nak bagi. Rafel rehat la dahulu.
            “ Hana lincah la Rafel dah tak sabar nak tengok hadiah apa yang Hana nak bagi tu.” Rafel memaksa Hana bangkit daripada duduknya.
            “ Ya, ya Hana bangun la ni. Tak pandai sabar la Rafel ni, yalah Hana bersiap dahulu lepastu Hana ambil hadiah tu dekat sekolah lepastu Hana serahkan la hadiah tu dekat Rafel. OK!” Hana mengenyitkan matanya kepada Rafel.
Rafel mengangguk kepalanya dan mencubit pipi Hana. Hana memegang pipinya dan menjeling kearah Rafel. Tangan mereka saling berpegangan Hana meletakkan tangannya di pipi Rafel dan mengusap pipi Rafel yang duduk di atas sebuah katil.


                                                                  Bab 11

Setelah bersiap Hana meminta diri untuk ke Sekolah Sains Sakura untuk mengambil hadiah Rafel. Rafel mengizinkan tunangya itu untuk keluar.
            “ Hana! Aishiteru.” Rafel memberikan senyuman kepada Hana sambil mengucapkan kata cinta kepada Hana.
            “ Hana ai rafel sugiru !” Hana membalasnya dan  mendakap Rafel dengan erat serta memberi ciuman di pipi Rafel dia tidak tahu mengapa dia merasa bahawa ada sesuatu yang akan terjadi kepada Rafel pada hari itu. Air matanya sekali lagi mengalir dia segera mengesat air matanya dan melepaskan dakapannya.
“ Hana ! Rafel tergelak. “ Ni pertama kali Hana memberi ciuman kepada Rafel Arigatou Hana – Chan !” Dia sempat memberikan senyuman yang manis kepada Rafel sebelum keluar daripada bilik itu Rafel membalas senyuman Hana dan mengenyitkan matanya kepada Hana. Keluar sahaja daripada Hospital itu dia segera menahan sebuah teksi dan menuju ke SMK Harapan.
            Sampai di perkarangan SMK Harapan dia segera menuju ke ruang pejabat am sekolah tersebut. “  Selamat Pagi Puan. Saya Nur Hanani Syafiqah binti Mohd Aziz yang memohon untuk mengambil jurusan perubatan di Negara Jepun bagaimana dengan permohonan saya itu ?
            “   Selamat Pagi. Permohonan kamu itu… sebentar sila tunggu sekejap di ruang menunggu ya saya hendak mencari dokumen kamu itu.
            “ Ya.” Jawabnya. Sebentar lagi Rafel pasti akan berasa gembira dengan hadiah yang diharapkan oleh Rafel kepada dirinya selama ini.
            “ Nur Hanani Syafiqah binti Mohd Aziz kan. Tahniah permohonan kamu diluluskan kamu berjaya masuk ke dalam sebuah universiti di Tokyo, Jepun dan mengambil jurusan perubatan. Tahniah sekali lagi saya ucapkan,kamu merupakan pelajar kelima di sekolah ini yang mendapat biasiswa dalam meneruskan pembelajaran di luar Negara. Sekali lagi sayan mengucapkan Tahniah.” Jawab kerani sekolah yang bernama Dewi yang berbangsa India itu dan memberikan senyuman kepada Hana.
            “ Terima kasih banyak – banyak Puan. Saya dah tak boleh nak cakap apa lagi. Terima kasih Puan saya minta diri dahulu Puan.” Jawab Hana dengan bangga dia segera menuju ke perkarangan SMK Harapan dan naik ke dalam teksi yang menunggunya dari tadi.
Beberapa minit kemudian, Puan Zulaika menghubunginya dan memberitahu agar dia segera datang ke Hospital tersebut kerana keadaa Rafel semakin kritikal. Dia yang kaget kebingungan dan meminta pemandu teksi tersebut untuk memecut.
Tiba – tiba sahaja teksi yang dinaikinya mengalami kerosakan, Hana yang panik segera membayar tambang teksi tersebut dan berlari sekuat hatinya menuju ke Hospital tersebut. Hujan mulai turun dan membasahi Hana namun dia tidak mengendahkan dirinya yang semakin basah itu.
DI BILIK YANG DITEMPATKAN OLEH RAFEL . . .   
            “ Doktor tolong selamatkan anak saya, tolong buat yang terbaik agar anak saya selamat Doktor.” Puan Zulaika dan Encik Hairi berada di sisi Rafel. Sebentar kemudian telefon bimbit Rafel tiba – tiba sahaja berbunyi Puan Zulaik segera mengambil telefon bimbit tersebut tertera nama Hana Puan Zulaika segera menjawab panggilan video tersebut.
            “ Rafel !
Perlahan – lahan mata Rafel terbuka Puan Zulaika dan Encik Hairi tersenyum. Rafel yang menggunakan alat bantuan pernafasan itu memberikan senyuman kepada Hana dan menyebut nama Hana.
            “ Rafel ! Hadiah Rafel ada dekat tangan Hana. Hana… dah berjaya Rafel Hana dah dapat study dekat Negara Jepun dengan mengambil kos perubatan seperti yang Rafel inginkan selama ini bukan. Rafel kuatkan semangat ! Tunggu Hana akan sampai dalam beberapa minit lagi. Ingat perjanjian kita. I… ia Rafel nak cakap apa tadi.” Larian Hana terhenti dan dia menanti apa yang akan dikatakan oleh Rafel.
            “ A…AISHITERU HANA.” Bicara Rafel semakin lemah.
            “ AISHITERU RAFEL ! Tunggu Hana tak lama lagi Hana sampai.” Jawab Hana dan memberikan senyuman kepada Rafel sebelum dia mematikan panggilan video tersebut.
Perlahan – lahan mata Rafel tertutup. Dia tersenyum seolah – olah apa yang diimpikannya selama ini telah berjaya diperolehi. Air matanya yang terakhir mengalir di pipinya. Sejurus kemudian Hana masuk ke dalam bilik tersebut, dia segera menghampiri Rafel dan menggerak – gerakkan serta memangil nama Rafel namun Rafel sudah pergi meninggalkan mereka buat selamanya.
Puan Zulaika yang tabah menghampiri Hana dan memeluk Hana agar Hana berasa tenang. Hana terduduk meihat Rafel yang sudah meninggal dunia air matanya mengalir dengan deras dokumen kemasukan Hana ke universiti di Jepun berada di sisi Rafel. Hana tidak bermaya lagi untuk berdiri dia seolah – olah kehilangan nyawanya Puan Zulaika tidak henti – henti memujuk Hana.
Keesokan harinya selepas sahaja pengebumian Rafel dijalankan, Harina menemani Hana di dalam biliknya. Puan Zulaika masuk ke dalam biliknya dan memberi Hana sehelai sampul surat berwarna merah jambu kepadanya. Hana hanya memeluk fotonya bersama Rafel. Sejurus kemudian Harina dan Puan Zulaika keluar daripada kamar teresebut dan membiarkan Hana bersendirian.
            “ Hana dah la tu sayang. Yang dah pergi biar la pergi, Hana tak simpati dekat Rafel ke Hana buat dia macam ni. Dia akan terseksa Hana lihat Hana bersedih macam ni, Hana makan ok nanti Hana sakit ni abah ada bawa makanan untuk Hana abah letak dekat atas meja ni nanti Hana makan ok.” Encik Aziz meletakkan nasi yang berlauk di atas meja Hana dan keluar daripada kamar itu.
Semasa Puan Syura meninggalkan Hana, hal ini juga terjadi kepada mereka semua namun pada masa itu Rafel tidak pernah berputus asa untuk menceriakan Hana sehingga akhirnya Hana kembali tersenyum. Kini giliran Rafel meninggalkan mereka semua dan Hana tiada siapa lagi yang dapat menceriakan dan mengembalikan senyumannya.                           
Hari itu, Harina mengambil cuti untuk menemani sahabatnya itu dia menginap di rumah Hana. Hampir seharian dia memujuk Hana namun Hana tetap berdiam makanan yang ditinggalkan oleh ayahnya sebentar tadi hanya dijama sedikit sahaja itupun setelah Puan Zulaika menenangkan hatinya.
            “ Rina, boleh tak akau tidur sebelah engkau?” Hana masuk ke dalam bilik Harina dan menyatakan hasratnya.
            “ Um… boleh Hana. Hana dah baca surat tu?
            “ Belum.
            “ Ok take your time .
Pagi itu Harina dikejutkan yang Hana tidak berada di sebelahnya. Awal pagi lagi Hana sudah keluar daripada rumah tersebut. Encik Aziz berasa risau dengan keadaan anaknya dia meminta pertolongan daripada Puan Zulaika serta Encik Hairi untuk mencari Hana mereka berdua bersetuju.
Hana menuju ke arah tempat kegemaran dia dan Rafel dan juga merupakan tempat yang dihadiahkan oleh Rafel kepadanya. Hana merenung ke arah sungai yang deras, dua tiga hari itu hujan turun dengan lebat dan menyebabkan sungai tersebut dilimpahi dengan air hujan yang turun.
            “ Rafel… Jangan tinggalkan Han seorang..” Hana ingin turun daripada gaung yang bertembok tersebut dan tiba – tiba sahaja dua ekor rama – rama muncul dari bawah gaung tersebut dan membuatkan gambar dan sehelai sampul surat yang dipegangnya terjatuh daripada genggamannya.
Tiba – tiba sahaja angin bertiup dengan kencang dan menyebabkan sampul surat yang terjatuh daripada tangan Hana terbang. Sehingga ke atas rumah pokok tersebut, Hana mengambil foto yang terjatuh di atas tanah dan segera naik ke atas rumah pokok tersebut. Naik sahaja ke atas rumah pokok tersebut Hana membuka sampul surat yang terbang sebentar tadi.
Kepada Hana Yang Dicintai,
            Ketika Hana membaca surat ini Rafel sudah pergi meninggalkan Hana. Pertama sekali Rafel ingin memohon maaf kepada Hana kerana Rafel meninggalkan Hana sendirian. Hana, semasa Hana membantu Rafel daripada jatuh daripada gaung semasa kita berdua sesat di dalam hutan lapan tahun yang lalu ketika itu juga Rafel ingin bersahabat dengan Hana lama kelamaan perasaan itu bertukar menjadi cinta. Hana, kenangan manis mahupun pahit yang kita lalui bersama akan sentiasa tersemai di hati Rafel walaupun Rafel tidak lagi berada di sisi Hana. Hana, Rafel berharap Hana akan kuat menempuhi cabaran yang akan datang. Rafel berharap Hana akan tabah menempuhi cabaran tersebut jangan bersedih dengan kematian Rafel Hana kerana Rafel akan sentiasa menjaga Hana dari jauh. Ingat perjanjian kita Hana perjanjian yang telah kita lakukan ketika kita berusia 12 tahun iaitu tujuh tahun yang lalu. Datanglah ke dunia ajaib kita jika Hana sedang dalam masalah.
                                                Aishiteru Hana 
                                                       ( Rafel )                                                                           


 Setelah Hana membaca isi yang terkandung dalam sampul surat berwarna merah jambu itu, dia tersenyum dan melihat kearah foto dia dan Rafel dia mencium foto tersebut dan air matanya mulai mengalir di pipinya.
            “ Lelaki bodoh tu. Thanks Rafel Hana tidak akan melupakan perjanjian kita malahan kenangan kita akan juga sentiasa tersemai di hati Hana hingga akhir hayat Hana. Aishiteru too Rafel. Dia tersenyum dan menghembuskan nafasnya kedengaran Harina sedang memanggil namanya dan dia turun daripada rumah pokok tersebut. Mereka berempat senang hati dan berasa lega melihat Hana dalam keadaan yang baik – baik sahaja.
. . .
Lima Tahun Kemudian,
Tokyo, Jepun.
            “ Tahniah Rina ! Sebentar lagi kamu berdua akan menjadi parent. Aku tumpang gembira dengan kalian berdua. Maaf Rina aku tak dapat menghadiri majlis pernikahan kamu berdua dua tahun yang lepas. Aku focus dengan study aku dan dalam masa yang sama aku nak buat kajian untuk mencari penawar untuk kanser maaf banyak -  banyak Rina.
            “ Thanks doktor. Tak apa lah Hana aku faham kau nak focus untuk jadi seorang doktor kan. Tahniah juga untuk kau, cuma tinggal tahun ni lagi kan kau habiskan study kau. Tak lama lagi kau akan jadi seorang doktor. Aku tabik dengan kau Hana banyak dugaan yang kau lalui sehingga kau berjaya menjadi seorang doktor.
            “ Thanks too Rina. Aku miss la dengan kamu semua, kau sihat je kan ? Zafrul macam mana ?
            “ Aku sihat ja Hana, Zafrul pun sihat juga”
            “ Bagus la kalau macam tu. Yalah Hana aku minta diri dulu aku nak sambung balik pekerjaan aku. Sayonara Rina – Chan.
            “ Wah cakap Jepun nampak Sayonara tu apa?”
            “ Sayonara tu selamat tinggal la Rina. Ok bye bye !” Hana segera mematikan panggilan telefonnya.
Malam itu Hana menghadiri ke sebuah jamuan yang menggabungkan senior senior tempatnya belajar. Dia terserempak dengan seorang lelaki yang pernah dikenalinya suatu masa dahulu ianya tak ia dan tak bukan dia terserempak dengan Adrian. Adrian melambaikan tangan kearahnya dia tersenyum melihat gelagat Adrian yang menuju ke arahnya. Dari dulu hingga sekarang perangai Adrian masih tidak berubah.
            “  Oyasumi nasaik Hana – Chan ( Selamat malam Hana )” Adrian menekup mulutnya kerana tersasul menyebut perkataan Hana – Chan. Matanya liar melihat sekeliling  seperti dia sibuk mencari seseorang.
            “ Oyasumi. Kenapa tutup mulut ? cari siapa ?” Hana kebingungan melihat gelagat Adrian yang seperti ketakutan.
            “ Tak ada apa – apa. Cari Rafel mana dia selalunya kalau Hana ada dia pun ada juga. Cantik la Hana malam ni dari dulu hingga sekarang memang sentiasa cantik.” Adrian mengusap kepala Hana tiba – tiba sahaja dia teringat akan Rafel  ketika sedang mengusap kepalanya.
            “ Hello Hana, Rafel mana saya tak Nampak dia pun.” Sergah Adrian apabila dilihatnya Hana sedang khusyuk mengingati Rafel.
            “ Dia… dia dah meninggal dunia lima tahun yang lalu.” Riak wajah Hana berubah, dia keluar daripada dewan yang dipenuhi dengan pasangan kekasih itu.
Adrian kaget dan segera mengejar Hana daripada belakang rasa bersalah pada dirinya mulai timbul perasaan cintanya terhadap Hana tidak akan hilang walaupun hampir tujuh tahun dia berhijrah namun perasaanya terhadap Hana tidak akan dilupakan.
            “ Nah ! Maaf awak, saya tak tahu Rafel dah meninggal dunia. Kamu berdua sudah bernikah ? Cincin tu saya tengok macam cincin nikah ja ?” Ujar Adrian yang duduk bersebelahan dengan Hana sambil menghulurkan sehelai tisu untuk Hana.
            “ Belum, kami cuma sempat bertunang sahaja. Tak apa bukan salah awak pun awak tak tahu nak buat apa lagi kan. Awak macam mana pula ?
            “ Oh macam tu. Saya, hmm macam ni je lah single forever . Sebab hati Adrian still ada Hana seorang sahaja tu la pasal susah sangat nak cari perempuan macam Hana.
            “ Minta maaf Adrian, Hana nak minta diri. Hajimemashite.” Hana segera beredar daripada situ dia tidak ingin mengingati semula kejadian yang berlaku tujuh tahun yang lalu. Adrian membalas ucapannya dan dia mengeluarkan sepuntung rokok berjenama dunhill daripada poket seluarnya.
Perjalanan Hana terhenti apabila menghidu asap dia segera menuju ke arah Adrian dan merampas rokok daripada tangannya. Adrian tersenyum melihat gelagat Hana matanya tidak henti – henti melirik ke arah Hana yang hanya berceramah kepadanya.
Beberapa minit kemudian Adrian meninggalkan nombor telefonnya di tangan Hana dan beredar daripada situ Hana memberikan jelingan kepadanya dan membuat muka yang menjengkelkan di belakang Adrian.
. . .
            “ Isha! Wareware wa ima anata no tasuke ga hitsuyo ( Doktor ! Kami memerlukan pertolongan doktor sekarang juga )” Seorang Jururawat segera memanggil Hana di pejabatnya.
            “ Nani ga atta nodesu ka? ( Apa yang berlaku ?)” Hana segera bangkit daripada tempat duduknya.
            “ Kanja ga kokyu kon’nan o kakaete iru ( Seorang pesakit mengalami sesak nafas )” Jururawat yang bernama Erika itu segera menarik tangan Hana yang masih tercegat berdiri.
            “ Shikashi, watshi wa kono byoin de yuiitsu no jitsuyo-tekina gakuseidesu ( Tapi, saya hanya seorang pelajar praktikal di Hospital ini)” Hana melepaskan tangannya daripada Jurawat itu.
            “ Watasi wa kono jiten de wareware no ishifusoku so negat~su ( Saya berharap sangat kami kekurangan doktor pada masa ini )” Jururawat itu menundukkan kepalanya kepada Hana sebagai tanda hormat.
            “ Moshi Sonara, watsahi wa anata no subete o otetsudai shimasu ! ( Kalau begitu saya akan membantu kalian semua ! )” Jawab Hana sambil memberikan senyuman kepada Jururawat tersebut.
            “ Domo arigatogozaimashita ( Terima Kasih banyak )” Jururawat tersebut menundukkan kepalanya dan Hana membalasnya. Sejurus kemudian mereka berdua segera menuju ke arah bilik pesakit yang mengalami sesak nafas.
Perasaan sebak mulai muncul di hati Hana di depan matanya kelihatan ibu bapa yang sedang menangis teresak - esak, seorang perempuan yang menenangkan seorang gadis yang meratapi pesakit lelaki tersebut.
            “ Sensei! Watashi wa anata ga shite kudasai tanomu yo… anzen’na watashi no fianse ni shite kudasai. ( Doktor ! Saya mohon tolong…tolong selamatkan tunang saya. )” Gadis yang meratapi tunangnya itu tidak henti – henti bersujud di kaki Hana. Perempuan yang memujuk gadis itu segera memeluk gadis itu.
            “ Um… wa watashi ga anzen ni anata no fianse no ishi o yakusoku shimasu ! ( Um.. saya janji saya janji akan selmatkan tunang anda )” Hana segera memakaikan lelaki tesebut dengan bantuan pernafasan. Dia tidak ingin gadis tersebut mengalami seperti yang dialaminya lima tahun yang lalu.
Dia sedaya upaya menyelamatkan remaja lelaki tersebut dan dibantu oleh juruawat tersebut. Jururawat meminta agar mereka sekeluarga keluar daripada bilik itu untuk memudahkan Hana melakukan pekerjaanya. Sejurus kemudian, Hana keluar daripada bilik itu setelah hampir 30 minit berada di dalam bilik tersebut.
            “ Dono yo ni! Jiken watashi no fianse o dono yoni ( Bagaimana ! Bagaimana dengan keadaa tunang saya ? “ Gadi itu segera bangkit daripada tempat duduknya ibu bapa serta kakak kepada lelaki itu segera mendekati Hana.
            “ Yosa ni kansha ! Antei shita jotai anata no fianse ni anzende anata no fiansee                       ( Syukurlah ! tunang kamu dalam keadaan yang stabil tunang kamu selamat) Hana senang hati melihat gadis itu tersenyum baru pertama kali dia menyelamatkan nyawa seorang pesakit yang dalam keadaan yang parah.
            “ Arigatou ! Watashi no fianse no anzen no tame ni domo arigatogozaimashita ! ( Terima kasih banyak selamatkan tunang saya ! )” Gadis itu tersenyum dan segera masuk ke dalam bilik pesakit tersebut tidak ketinggalan ibu bapa serta kakak kepada gadis pesakit tersebut mengucapkan terima kasih dan masuk ke dalam bilik tersebut.
Hana tersenyum melihat mereka dia teringat akan saat – saat kematian Rafel waktu itu pasti Puan Zulaika serta Encik Hairi benar – benar berada dalam keadaan seperti ibu bapa pesakit tersebut. Dia faham akan perasaan risau gadis tersebut kerana takut akan kehilangan orang yang dicintai.
Sejurus kemudian dia menuju ke kantin Hospital tersebut untuk menjamu makan tengaharinya. Dia duduk bersendirian di suatu sudut berhadapan dengan pintu masuk Hospital itu. Hospital itu masih kelihatan baru hanya ada beberapa doktor sahaja yang berada di Hospital tersebut maklumlah Hospital itu baru dibuka beberapa tahun yang lalu.
Hatinya senang melihat gadis tersebut tidak mengalami seperti  yang pernah dialaminya lima tahun yang lalu. Beberapa minit kemudian seorang pelayan menghantar makanan ke arahnya dia berasa kaget kerana dia belum memesan sebarang makanan lagi dia cuma duduk bersendirian sambil member senyuman kepada orang yang lalu lalang.
Tiba – tiba sahaja hatinya berasa sebak melihat makanan tersebut dia tidak mengendahkan siapa yang telah memesan makanan untuknya dia berasa pelik siapa lagi yang mengetahui makanan kegemarannya selain Rafel serta Encik Aziz dan kawannya. Setahunya hanya dia sahaja yang mengetahui makanan kegemarannya di Negara itu.
            “ Kore wa chumon shite imasen.Watashi no tame dare no ? (Saya tidak memesan makanan ini. Siapa yang memesan untuk saya ?)”  Hana mengajukan pertanyaan kepada pelayan tersebut namun pelayan tersebut hanya pergi dengan begitu sahaj menimbulkan pelbagai persoalan kepada dia.
            “ Hana makanlah saya yang pesan makanan tu untuk awak. Bukankah itu makanan kesukaan awak?” Tiba – tiba sahaja Adrian muncul daripada belakangnya dan memberinya sejambak bunga melur dan juga merupakan bunga kesukaanya dan Rafel.
Air matanya mulai mengalir di pipinya riak mukanya yang manis berubah menjadi masam. Perasaanya bercampur baur apabila melihat makanan dan bunga tersebut. Hatinya bagai ditusuk dengan sembilu melihat Adrian yang serba lengkap berpakaian sebagai seorang Doktor.
            “ Ke… kenapa awak selalu muncul secara tiba – tiba di depan saya ! Kenapa… kenapa awak tahu makanan dan bunga kegemaran saya hanya… hanya Rafel sahaja yang boleh memberi kejutan sebegini rupa kepada saya ! Tolong… tolong jangan buat saya macam ni tolong jangan muncul dalam hidup saya. Tolonglah Adrian !” Hana menangis teresak – esak, kedua tangannya digenggam erat mulutnya ditekup dia amat merindui tunangnya itu. Perasaanya sudah tidak dapat ditahan lagi.
            “ Ha… Hana saya… saya minta maaf sangat- sangat saya tidak tahu ini semua akan membuatkan awak menjadi sedih. Saya cuma ingin menceriakan awak itu sahaja tak lebih. Saya redha cinta saya kepada awak tak terbalas dan saya tidak berniat ingin menggantikan ingin menggantikan Rafel di hati awak.” Sejurus Kemudian Adrian ingin meminta diri dia tidak ingin Hana bersedih setelah apa yang telah dilakukannya kepada Hana.
            “ Adrian tunggu ! Te… terima kasih sebab memahami saya.” Hana memberikan senyuman meskipun air matanya masih mengalir dan Adrian membalasnya. “Maafkan saya, saya emosi sangat. Gomenasai ( Maaf ).
Adrian segera menghampiri Hana dan mengusap kepala Hana serta memberikan Hana sehelai tisu. Setelah hatinya kembali tenang Hana menikmati makanan tengaharinya sambil ditemani oleh Adrian.
Setelah pembelajaran Hana selesai Adrian menawarkan dirinya untuk menghantar Hana pulang ke rumah dengan menaiki kereta Adrian. Hana setuju dengan tawaran itu, Adrian mengeluh tanda senang hati.
            “ Adrian.” Hana membuka bicaranya. “ Ya Hana ada apa ?” Adrian membalas. “ Awak tak terfikir ka nak berumah tangga?” Tiba – tiba sahaja soalang itu diajukan kepada Adrian. Adrian terhenti di suatu lorong dia kaget dengan soalan yang diajukan kepada Hana lantas dia tersenyum puas.
            “ Saya, khawin? Mak saya memang ada carikan saya seorang isteri sekarang saya sedang menyesuaikan diri saya dengan gadis itu. Gadis itu sama… gadis itu mempunyai perangai yang sama dengan awak Hana. Saya bersyukur sangat akhirnya saya dapat bertemu jodoh dengan seorang gadis seperti awak. Perkhawinan kami akan berlangsung dalam minggu ni, ni kad perkhawinan kami maaf saya tak maklumkan kepada awak lebih awal saya belum bersedia untuk maklumkan kepada gadis yang saya cintai. Awak datang ya majlis perkhawinan saya ni, awak jadi tetamu terhormat macam VIP” Adrian menghulurkan kad perkhawinanya kepada Hana dan Hana menerimanya.
Hana tergelak mendengar perkataan VIP daripada Adrian dia teruja melihat kad perkhawinan tersebut. Hatinya berlonjak gembira melihat orang di sekelilingnya bahagia keran itu lah juga permintaan Rafel dia ingin melihat semua orang di sekelilinya bahagia.
“ Wah ! Cantiknya kad perkhawinan awak ni. Hmm semestinya saya datang dalam majlis awak ni. Saya harap awak akan menghargai gadis ini jangan hampakan dia demi saya, saya percaya dekat awak akan bahagiakan gadis ini. Saya tumpang gembira dengan kebahagiaan awak . GAMBATTE ! ( Berusaha )
“ Arigatou Hana.” Beberapa minit kemudian mereka sampai ke destinasi mereka Hana mengucapkan terima kasih kepada Adrian dan berjanji akan menghadiri majlis perkhawinan Adrian dalam minggu ini.
Selesai sahaja menunaikan solat maghrib Hana mendapat panggilan daripada ayahnya dia membuka telekungnya dan menyambut panggilan itu dengan salam ayahnya menjawab salam tersebut.
            “ Happy Birthday Hana ! Tak sangka anak abah ni dah berusia 23 tahun dah boleh jadi isteri orang dah ni. Maaf abah … lupa wish birthday Hana nasib baik Harina yang ingatkan abah.
            “ Thanks abah. Tak terfikir lagi nak berumah tangga ayahandaku, tak pe lah abah Hana pun terlupa hari ni birthday Hana, Hana terlalu sibuk dengan praktikal ni sebentar lagi Hana akan pulang ke Malaysia dalam jangka masa terdekat ni. Rindu sangat dengan abah.
            “ Abah pun rindu juga dekat Hana, nanti habis ja praktikal Hana konvokesyen abah pergi la dekat sana. Sekarang ni abah sibuk sangat maafkan abah Hana. Hana abah terpaksa matikan panggilan ni abah ada kerja nak buat. Assalamualaikum.” Sebentar kemudian Encik Aziz mematikan panggilannya, Hana mengeluh.
Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas meja, kelihatan di atas meja tersebut sebuah gambar yang sentiasa memberikannya semangat dan gambar itu juga yang menemaninya jika dia jatuh sakit, jika dia dalam kesedihan. Baginya gambar tersebut membuatkan seolah – olah Rafel berada di sisinya. Dia mengambil gambar tersebut dan menghempaskan tubuhnya di atas katil saiz king itu.


            “ Rafel . . . kenapa Rafel tinggalkan Hana. Setiap tahun mesti Rafel yang wish birthday Hana awal pagi. Meskipun hampir lima tahun Rafel tinggalkan Hana tapi sehingga sekarang Hana masih tertunggu – tunggu kejutan daripada Rafel. Rafel semua kawan kita hidup dalam keadaan bahagia, Rafel jangan risau dengan keadaan Hana akan berada dalam keadaan yang baik sahaja. Maaf Rafel, Hana masih tidak menetapi perjanjian kita yang terakhir Hana… hanya mampu melepaskan kerinduan Hana kepada Rafel di foto kita sahaja. Hana janji setelah sahaja Hana selesai dengan pembelajaran Hana akan menjadikan dunia ajaib sebagai tempat melepaskan kerinduan.” Air mata Hana mulai mengalir gambar tersebut di dakapnya dengan erat. Perlahan – lahan matanya mulai tertutup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me