Tumblr Scrollbars

My Friend

Sabtu, 17 Ogos 2013

I'm In Love With My Childhood Friend ( Bab 12 & 13 )

BAB 12

Kemeriahan majlis perkhawinan Adrian berlangsung di Sebuah Hotel dengan tema yang serba warna – warni. Hana mengenakan gaun panjang berlengan pendek berwarna merah jambu bercampur dengan ungu. Dia gembira melihat acara perkhawinan Adrian berlangsung dengan pelbagai etnik yang datang dari serata dunia maklumlah gadis yang menjadi isteri Adrian merupakan anak duta dari Negara Italy.
Seperti yang dikatakan oleh Adrian tempoh hari dia ingin menjadikan Hana sebagai tetamu terhormat Hana duduk bersama dengan keluarga Adrian. Hana memberikan senyuman yang manis kepada keluarga kedua – dua pengantin, senyumannya dibalas dengan senyuman yang lagi manis.
            “ Assalamualaikum. Saya Hana rakan sekolah Adrian time form 4 dahulu.” Hana memberi salam kepada keluarga Rafel dan gadis yang dikenali sebagai Meyla. Sambil memperkenalkan dirinya.
            “ Waalaikumsalam. Oh duduklah nama makcik Maya, mak kepada Adrian yang ni semua keluarga Adrian dan Meyla kamu jangan risau biarpun diorang semua ni orang Italy tapi diorang fasih berbahasa Melayu.
Keluarga Meyla memperkenalkan diri mereka masing – masing. Dia tidak sangka keluarga tersebut sangat peramah mereka melayan Hana seperti keluarga mereka masing – masing meskipun mereka tergolong dalam golongan berada. Mereka menceritakan titik pertemuan mereka sekeluarga dalam suatu perniagaan, Hana senang hati melihat dia dilayan sebegitu rupa.
Setelah acara memotong kek selesai dijalankan Meyla ingin melambungkan bunganya daripada udara pelbagai ragam manusia dapat dilihat untuk berebut bunga tersebut. Hana hanya duduk menyaksikan acara itu dijalankan. Tiba – tiba sahaja bunga itu betul – betul tepat berada di tempatnya dia kaget dan berasa pelik dengan kejadian itu. Adrian memberikan senyuman kepadanya.
            “ Tahniah atas perkhawinan kamu. Saya Hana rakan kepada Adrian semasa berada dalam tingkatan empat. Salam perkenalan.” Hana memperkenalkan dan mengucapkan tahniah kepada Meyla.
            “ Thanks, Hana. You’re very beautiful. Patulah Adrian jatuh cinta dengan kamu kerana sikap dan kecantikan kamu. Oh… jom Hana take some picture with us.” Meyla menarik tangan Hana dan mengajak dia mengambil gambar bersama sebagai kenangan.
            “ Thanks, Meyla. You’re super beautiful than me. Sebab tu ke dia jatuh cinta dengan saya, saya pun tak tahu selama ni. Awak memang seorang yang memahami kan Meyla untung Adrian dapat isteri macam kamu.” Sejurus kemudian mereka sekeluarga mengambil gambar kenangan tidak ketinggalan Hana juga diajak mengambil gambar bersama.
Setelah mengambil gambar kenangan Hana memberi sebuah hadiah kepada Meyla dan sebuah lagi kepada Adrian sebelum dia meminta diri. “ Hana !” Adrian menyeru namanya.
“ Ya ada apa ?” Hana menjawab dan kembali kearah Adrian dan Meyla. “ Terima kasih… terima kasih kerana mengajar saya erti persahabatan, erti kehidupan dan erti cinta terima kasih.
“ Tapi saya tak buat apa – apa pun dekat awak” Kata Hana dipintas oleh Adrian. “ Hana disebakan awak, saya berubah kearah kebaikan. Mungkin kamu tidak sedar selama ini tapi saya mengerti itu semua kerana kamu terima kasih sekali lagi.” Hana mengangguk dan meminta diri sebelum dia meminta diri Meyla mendakapnya dengan erat dia membalas dakapan tersebut.
Keesokan Harinya,
Jam menunjukkan angka 6.00 pagi hari itu hari yang ditunggu – tunggu oleh Hana telah tiba dan juga merupakan hari bersejarah baginya. Selepas ini dia sah menjadi seorang doktor yang bertauliah dia bangga akan dirinya kerana akhirnya cita – cita yang diimpikan oleh Rafel telah pun dilakukannya.
Dewan kuliah Universiti Tokyo meriah dengan pelajar serta ibu bapa yang mengambil foto anak mereka yang menggunakan baju konvokesyen. Ada yang menangis kerana gembira dan ada juga yang gugup untuk mengambil sijil ijazah mereka. Kelihatan Hana bersendirian menanti kehadiran ayahnya yang hampir empat jam ditunggunya.
Acara dimulakan dengan ucapan daripada kaunselor Universiti tersebut, setelah ucapan daripada kaunselor selesai pelbagai persembahan yang dilakukan sebelum pelajar mengambil ijazah masing – masing. Hana mengeluh kerana ayahnya yang hampir lima jam ditunggunya tidak juga datang. Satu persatu nama – nama pelajar di panggil, dia menanti dengan hati yang tenang. “These students earned an award for excellence for saving someone's life, was not all she was very active in charitable activities in this unviersiti. The award fell to Nur Hanani Syafiqah Mohd Aziz.” Hana yang hanya melihat skrin telefon bimbitnya menunggu panggilan daripada ayahnya kaget setelah mendengar dia mendapat anugerah cemerlang. Dia segera bangkit daripada tempat duduknya dan menuju ke arah pentas tersebut.
Hatinya melonjak gembira melihat ayahnya, Puan Zulaika dan Encik Hairi tidak ketinggalan Harina dan Zafrul serta orang baru dalam keluarga mereka ianya tak ia dan tak bukan anak kepada Harina dan Zafrul.
            “ Miss Hana welcome to give a speech for award.” Pengacara majlis itu menghulurkan Hana mikrofon dan  meminta Hana untuk memberikan ucapannya.
            “ Speech? I'm actually not very clever to give a speech but I dedicate this speech to my family. To my dad, thank you for educating and taking care of me until I became useful though mama is no longer in our sight again, but my father still tried to give the best to me. Thank you dad. To my aunt and uncle, thank you for giving me the spirit to survive without Rafel on the side until I managed to acquire this outstanding award. Do not miss out, Harina and Zafrul without you I would not be able to understand the meaning of friendship. Thank you for everything. I love my family, ARIGATOU” Hana segera turun daripada pentas.Dia disambut dengan tepukan yang gemuruh daripada semua orang yang berada di dalam dewan tersebut.
            “ Abah ! Hana sangka abah tak akan datang ke acara bersejarah ni.Abah buat kejutan ke untuk Hana ?” Hana segera mendakap ayahnya itu.
            “ Abah tak akan kecewakan Hana la, abah saja ja bagi kejutan buat Hana nanti kalau abah ada dekat sisi Hana mesti tambah nervous kan.
            “ Apa – apa ja la abah yang penting abah datang. Thanks aunty, uncle sokong Hana sampai ke tahap ni thanks juga sebab datang.” Hana bersalaman dengan Encik Hairi dan Puan Zulaika.
            “ Most Welcome Hana. Kami akan tetap menyokong Hana dari belakang, kerana Hana juga membuat perkara yang sama dengan Rafel dahulu kan.
            “ Aunty dengan uncle jangan la cakap macam tu Hana terharu sangat – sangat la. Hana buat semua tu sebab Hana sayang sangat dengan Rafel lebih dari segala apa yang ada. Dan Rina, Zafrul eh… tengok ni ada baby la. Mesti baby girl ni kan cute macam mak ayah dia juga, thanks sebab datang rindu sangat dengan korang. Sebab kamu berdua aku tahu maskud persahabatan dunia aku bertambah meriah sejak kamu berdua muncul dalam hidup aku.” Harina segera mendakap rakan baiknya itu, Hana berasa gembira kerana akhirnya dia dapat menunaikan apa yang dipinta oleh Rafel kepada dirinya sebelum ini meskipun cita – citanya yang ingin menjadi seorang pelukis terkabur begitu sahaja.
            “ Betul pandai doktor kita ni, Baby girl ni nama dia um… pe nama dia kitorang belum fikirkan lagi nama untuk dia sebab kitorang tunggu aunty Hana kan baby.” Harina bermain dengan anak pertamanya. Hana tersenyum melihat Zafrul dan Harina yang hidup dalam keadaan bahagia.
            “ Dari dulu hingga sekarang tunggu aku ja yang nak buat keputusan. Ini kan anak korang kenapa pula aku yang nak bagi nama, kalau macam tu nama dia Izara gabungan nama korang berdua.”
            “ Hmm… Izara, Izara Haruna Mohd Zafrul.” Puan Zulaika memberi cadangan. “ SETUJU!” Serentak Harina dan Zafrul menjawab.
. . .
Setahun Kemudian,
Malaysia.
Hari demi hari berlalu Izara menginjak ke usia setahun. Harina dan Zafrul membuka sebuah perniagaan seperti yang mereka impikan semenjak dari zaman sekolah. Perniagaan mereka semakin hari semakin untung. Meskipun mereka berdua tidak mempunyai keluarga namun mereka berjaya menjadi orang yang berjaya dalam hidup. Namun perangai kebudak – budakan mereka tetap ada dalam diri mereka.
Encik Hairi dan Puan Zulaika pula membuka sebuah rumah anak yatim seperti yang mereka janjikan kepada Rafel suatu masa dahulu. Di dalam rumah anak yatim tersebut banyak ragam manusia yang dapat dilihat, majority kanak – kanak yang berada di dalam rumah itu menghidap penyakit barah. Encik Hairi dan Puan Zulaika berusaha sedaya upaya dengan bantuan Hana untuk memberikan semangat kepada anak – anak yatim tersebut.
Encik Aziz pencen daripada pekerjaanya dia ingin meluangkan masa bersama dengan Hana namun begitu ladangnya tidak dibiarkan begitu sahaja. Dia mengusahakan ladangnya dengan bantuan anak buahnya kadangkala Hana membantu ayahnya mengusahakan ladang buah rambutan tersebut. Kehidupan Encik Aziz bertambah senang selepas dia pencen daripada pekerjaannya.
Hana berjaya menjadi seorang doktor yang cemerlang di sebuah Hospital, dia sentiasa memberi ceramah kepada pesakit yang mengalami barah. Ceramahnya semakin hari semakin mendapat sambutan sehingga dia menjadi seorang penceramah selain seorang doktor. Di samping itu, hobi melukisnya tidak ditinggalkan begitu sahaja dia membuka sebuah galeri yang mempunyai banyak lukisan untuk dijual dan duit daripada penjualan itu didermakan kepada orang yang memerlukan. Hatinya tetap seperti dahulu, dia tetap mencintai Rafel meskipun hampir enam tahun Rafel meninggalkan mereka semua.
            “ Rafel… meskipun sudah hampir enam tahun Rafel tinggalkan Hana tapi tempat ini masih mendapat tempat dalam hati Hana. Begitu juga dengan kenangan manis dan pahit yang kita lalui bersama sepanjang perkenalan kita. Rafel… jika hari itu kita tidak menjadi sahabat dan jika hari itu kita tidak bertemu Hana tidak akan dapat memahami maksud persahabatan malahan maksud percintaan. Hidup Hana akan menjadi gelap tanpa seorang sahabat.
“ Namun Hana bersyukur dapat mengenali Rafel meskipun percintaan kita hanya sebentar sahaja namun persahabatan kita tiada siapa yang dapat tandingi. Semenjak Hana mengenali diri Rafel, Hana dapat mengenali maksud ketenangan, kejujuran, kepercayaan serta ketabahan.  That dumb boy ! Aishiteru ! Sehingga akhir hayat Hana.” Hana tesenyum meskipun air matanya mengalir dengan deras di pipinya sambil memandang langit.


                                                       BAB 13
Lima  Belas Tahun Yang Lalu,
            “ Good Morning teacher” Bergema seluruh kelas Tiga Cekal dengan suara pelajar yang berada di dalam kelas tersebut.
            “ Sit Down! Ok today ada seorang murid baru yang akan masuk di dalam kelas kita harap kamu semua melayan dia dengan baik terutamanya kamu Rafel setiap pelajar baru yang masuk di dalam kelas kita terutamanya perempuan kamu sentiasa membuli mereka  jangan ulangi perbuatan kamu itu. Faham tu !” Rafel langsung tidak menjawab matanya hanya melihat keadaan di luar kelas sahaja.
Beberapa saat kemudian seorang kanak – kanak perempuan yang berlesung pipit masuk di dalam kelas mereka. Pelajar di kelas itu riuh – rendah melihat kanak – kanak yang bernama Hana itu. Kanak – kanak itu berani memperkenalkan dirinya kepada kawan – kawan yang berada di kelasnya. Oleh kerana tempat duduk di kelas itu sangat terhad Hana terpaksa duduk bersebelahan dengan Rafel kerana sebelah tempat duduk Rafel kosong kerana tiada sesiapa yang berani duduk bersebelahannya.
            “ Oi siapa yang suruh kau duduk sebelah aku ni, kau jangan nak tunjuk muka depan aku tak kira kau perempuan ka lelaki ka yang penting kau jangan duduk sebelah aku. Kalau kau nak duduk juga sebelah aku habis kau aku kerjakan.” Rafel menghantak meja hana menggunakan tangannya. Hana yang kaget segera bangkit daripada tempat duduknya.
            “ Kau tu siapa yang larang aku duduk di tempat ini. Kau tu memang sombong kan kalau kau tak nak aku duduk sini aku boleh pindah tapi dah tak ada tempat lain dah di kelas ini Cuma sebelah kau sahaja yang kosong. Bodoh !” Hana menundingkan jarinya kepada Rafel.
            “ Bos !!! Comelnya budak ni bos, budak baru ka ? Hai siapa nama awak ?” Seorang kanak – kanak berbadan gempal menghampiri mereka berdua Rafel menjelingkan matanya kepada Hana dan beralih pergi bersama dengan kanak – kanak berbadan gempal itu.
Hana terduduk dia menenangkan fikirannya sambil melihat persekitaran luar tiada siapa yang sudi berteman dengan dia. Sememangnya dia tidak mempunyai kawan dari dia darjah satu sehingga sekarang. Dia sudah biasa dengan keadaan sebegitu, senyuman yang diberikan kepada pelajar di kelas itu juga tidak dibalas.
. . .
            “ Mama, Hana dah balik.” Hana berlari pulang ke dalam rumahnya dan mendakap ibunya yang pucat. Puan Syura mengucup dahi anaknya itu meskipun keadaanya bertambah teruk namun senyumannya tidak pernah pudar.
            “ Hana jom makan mama ada masak makanan kegemaran Hana. Macam mana dengan keadaan sekolah Hana dekat kelas macam mana ? Ada kawan baru?” Puan Syura menyediakan makanan untuk anaknya dan mengajukan soalan kepada Hana.
            “ Mama, Hana tak suka la dekat satu budak tu dia tu buli Hana. Hana benci dekat dia benci sangat Hana dah tak ada tempat duduk dia tak nak Hana duduk dekat sebelah dia mama jadi Hana nak duduk dekat mana ?” Hana mencebik.
            “ Ala kesian anak mama ni. Tak apa la sayang biarkan diorang buat kita macam tu tak baik tau benci – benci orang nanti boleh jadi sayang. Betul ni apa yang mama kata. Kalau diorang buli Hana balas macam mama ajar tau faham tu. Makan nanti sejuk nasi tu dah tak sedap dah.” Puan Syura mengusap kepala anaknya.
Hari demi hari berlalu Rafel dan Hana sentiasa berselisih faham bagai kucing dengan anjing. Hampir setiap hari mereka dimarahi oleh guru mereka namun mereka tidak mengendahkan nasihat itu. Mereka tetap berselisish faham antara satu sama lain sehingga suatu hari satu kejadian berlaku di kantin sekolah mereka.
Rafel mendekati Hana yang duduk bersendirian di suatu sudut. Hana yang ingin menjamu makanan yang dimasak oleh ibunya tidak jadi dijamu kerana Rafel merampas bekal tersebut dan membuangnya begitu sahaja. Hana yang kaget segera menolak Rafel, Rafel membalas Hana mulai menangis teresak – esak. Namun Rafel dan kawan – kawannya hanya mentertawakan Hana yang memungut makanan dia lantai tersebut.
            “ Mama maafkan Hana, masakan yang mama masak untuk Hana tumpah sebab lelaki bodoh tu. Mama susah – susah masak untuk Hana sedangkan… mama sedang sakit tapi ada orang yang sanggup buat makanan mama macam ni. Hana tak nak mama mati abah tak pernah pun luangkan masa dengan kita Hana tak nak kesunyian. Maafkan Hana mama, masakan mama dah tumpah Hana tak boleh makan dah.” Hana menangis teresak –esak sambil memungut makananya.
            “ Hana gila ! Hana gila ! Korang tengok Hana gila dia cakap seorang – seorang dia pungut makanan kotor. Hana gila !” Rafel terus memburuk – burukkan Hana tanpa belas kasihan terhadap gadis kecil itu. Semua orang yang menyaksikan kejadiaan itu membantu Rafel untuk menghina Hana.
Sejurus kemudian Hana bangkit daripada duduknya setelah memungut makanan yang tumpah dan pergi daripada situ. Dia terus menangis dan menangis melihat makanan yang dimasak oleh ibunya yang sedang sakit dibuang begitu sahaja.
            “ Hana, dah balik sayang.” Puan Syura turun daripada tangga rumahnya dengan perlahan – lahan batuknya bertambah kuat Hana segera menghampiri ibunya yang sakit.
            “ Hana pergi bersiap… kita makan dekat luar Hana nak makan dekat mana ? Hari ni kan birthday Hana jadi kita berdua sambut dekat luar.” Puan Syura mengusap kepala anaknya.
            “ Tapi mama kan tak sihat tak payahlah mama nanti mama pengsan siapa yang nak bantu kita ?” Hana mendakap ibunya dengan penuh kasih sayang.
Sejurus kemudian Puan Syura memberikan Hana sehelai gaun yang juga merupakan hadiah hari jadinya Hana menerimanya dan memberikan senyuman kepada ibunya. Ibunya membalas senyuman itu dan mendakap Hana air mata Puan Syura mulai keguguran perasaan sebak mulai melanda dirinya.
Banyak tempat yang mereka lawati, setelah penat bersiar – siar mereka makan di sebuah  Restoran berhampiran rumah mereka. Puan Zulaika hanya melihat gelagat anaknya sambil tersenyum batuknya semakin teruk Hana memegang tangan ibunya dan menyuruh ibunya untuk bersabar.
            “ Hana… ada masalah tak dekat sekolah kenapa Hana sedih ja ni ?” Puan Syura mengajukan soalan kepada anaknya. “ Masalah ? tak ada masalah la mama Hana ok ja ni. Tapi kenapa dengan semua orang kat sekolah tu mama diorang semua benci dekat Hana apa kesalahan yang Hana dah lakukan mama hingga diorang buat Hana macam ni ?” Hana mulai menangis teresak –esak.
            “ Hana… kan mama dah cakap benci boleh jadi sayang ingat la yang mama cakapkan tu sayang. Suatu hari nanti diorang mesti menyesal dengan apa yang diorang dah lakukan dekat Hana mama yakin terutamanya orang yang sentiasa sakitkan hati Hana mesti suatu hari nanti dia menyesal. Sabar la sayang.
Sejurus kemudian setelah Hana selesai menjamu makan tengaharinya mereka berdua pulang ke rumah. Tiba – tiba sahaja perjalanan mereka terhenti Puan Syura jatuh pengsan dan akhirnya dia menghembuskan nafas yang terakhir.
            “ Mama..mama… mama bangunlah mama… mama Hana takut la mama bangunlah mamaaaaaaa !” Hana menangis dan mengerak – gerakkan tubuh ibunya yang sudah tidak bernyawa lagi.
Hampir dua minggu Hana tidak menghadiri sekolahnya. Perasaan trauma kehilangan ibu yang disayangi tidak dapat dilupakan Encik Aziz hampir berputus asa melihat Hana yang bersedih. Hatinya sebak melihat Hana yang dahulunya seorang yang periang berubah menjadi pendiam. Makanan juga tidak dijamahnya, hampir setiap malam Hana terjaga daripada tidurnya dan menangis.
Encik Aziz semakin berputus asa dan buntu melihat anaknya dalam keadaan tidak bermaya. Rafel pula berasa senang hati melihat Hana tidak menghadiri sekolahnya namun perasaan bosan kadangkala membelengunya kerana tiada siapa yang dapat dibulinya di kelas itu selain Hana.
Suatu hari Encik Aziz mendapat tahu bahawa sekolah Hana menganjurkan acara mendaki dan berkhemah di dalam hutan untuk pelajar yang berada di darjah 4  Encik Aziz memujuk Hana untuk mengikuti acara tersebut walaupun keberatan namun Hana hanya setuju dengan tawaran ayahnya. Keesokan harinya Encik Aziz menghantar Hana ke sekolah seperti biasa, sekali lagi Hana dan Rafel terserempak .
Seperti biasa, Rafel sentiasa ingin mencari gaduh dengan Hana namun hari itu Hana hanya berdiam diri. Traumanya belum hilang melihat kematian ibunya di depan matanya.                “ Hana dan Rafel kamu dalam satu pasukan, cikgu mohon sangat dengan kamu Rafel jangan ganggu Hana dia dalam keadaan trauma ibunya baru sahaja meninggal dunia. Kamu kan budak baik Rafel jadi cikgu mohon sangat jangan cari gaduh dengan Hana” Rafel kaget mendengar penjelasan daripada guru pengiringnya perasaan simpati dalam dirinya tiba – tiba sahaja timbul namun dia tetap berkeras tidak ingin berbaik dengan Hana.
Pelajar – pelajar tersebut menyanyi dan menghiburkan hati masing – masing, beberapa jam lagi mereka akan sampai ke destinasi yang dituju. Rafel yang berada di hadapan Hana tiba – tiba tergelincir kerana waktu itu hujan turun dengan lebat. Hana segera membantu Rafel namun mereka berdua tergelincir hingga ke gaung. Guru pengiring mereka segera membantu namun usaha mereka sia – sia sahaja kerana Hana dan Rafel sudah jauh terjatuh di gaung tersebut.
Hana sempat bertahan di ranting pokok Rafel yang cedera segera dibantunya dia menyeru nama Rafel dan menyambut tangan Rafel. Rasa penyesalan di hari Rafel tiba – tiba sahaja timbul dia menyesal dengan semua perkara yang telah dilakukannya kepada Hana. Hujan turun semakin lebat, Hana sempat menaiki sebuah bukit dia segera menarik Rafel dari bawah menggunakan seutas tali.
            “ Terima kasih Hana. Maaf… maafkan aku kerana sentiasa menganiayai kau, aku simpati atas kematian ibu Hana. Maafkan aku.” Rafel segera menarik tangan Hana dan memohon maaf kepada Hana. Hana hanya berdiam diri mereka berdua buntu keran sesat di dalam hutan belantara itu.
Hari demi hari berlalu, anggota keselamatan sentiasa berusaha mencari mereka berdua Puan Zulaika serta Encik Hairi dan juga Encik Aziz berasa risau dengan anak mereka. Mereka tidak henti – henti membantu anggota keselamatan membantu mencari anak mereka yang hilang.
            “ MAMAAAAAAAAAAAA! Jangan tinggalkan Hana, Hana takut mama.” Hana terjaga daripada tidurnya dan menjerit memanggil nama ibunya. Rafel turut terjaga daripada tidurnya mendengar jeritan Hana.
            “ Nah ! ambil ni kau mimpi buruk ni.Kata mak aku kalau mimpi buruk minum air, boleh tenangkan hati.” Rafel memberi Hana sebotol mineral yang hampir habis. Hana menerimanya dan meminum air tersebut dengan banyak kerana kehausan. Tiba – tiba sahaja Hana menangis dengan kuat Rafel yang panik segera menghampiri Hana.
            “ Oi kau kenapa tetibe ja nangis jangan lah nangis aku bingung ni.” Rafel mendekati Hana tangisannya semakin kuat dan membuat Rafel menggaruk kepala kebingungan.
            “ Aku rindu mak aku la. Kau tau apa yang kau tau cuma malukan aku depan khalayak ramai ja. Semua ni berpunca dari kau kalau la kau tu bukan dalam kumpulan yang sama dengan aku mesti aku tak bantu kau tempoh hari tengok sekarang aku dah sesat.” Sejurus kemudian Hana tidak sengaja mendakap Rafel yang berada di sebelahnya. Rafel menepuk bahu Hana, hingga akhirnya Hana kembali tertidur.
            “ Bodoh la kau ni siapa suruh bantu aku tempoh hari. Tapi betul juga kata kawan aku kau ni cute juga kan, kita jadi kawan nak tak? Aku belum kenalkan diri aku dengan kau lagi kau pun sama.” Sejurus kemudian Rafel mengeluh tanpa disedarinya Hana sudah terlelap di bahunya. Perlahan – lahan dia melindungi badan Hana menggunakan selimutnya lama kelamaan dia turut terlelap.
Keesokan harinya Hana kaget tanpa disedari dia terlelap di bahu Rafel dan badannya dilindungi dengan selimut kepunyaan Rafel. Dia segera mencuci mukanya di sungai yang berhampiran, tiba – tiba sahaja dia terdengar ranting pokok dipijak oleh sesuatu dia segera membangunkan Rafel daripada tidurnya. Rafel terjaga dan segera mengekori bunyi tersebut Hana mengikut Rafek daripada belakang.
 Lama kelamaan bunyi tersebut tidak dapat didengari Hana semakin berputus asa kerana kemungkinan tiada siapa yang akan menemui mereka berdua. Hana duduk di suatu sudut berhampiran sebuah sungai matanya liar melihat persekitaran hutan belantara tersebut sehingga dia terlihat anak panah yang baru sahaja ditanda oleh seseorang.
            “ Aku Rafel nama kau Hana kan ?” Rafel memperkenalkan dirinya kepada Hana. Namun Hana tidak mengendahkan pertanyaan itu. Rafel berusaha sedaya upaya untuk membuat Hana ceria namun Hana tetap bermasam muka memikirkan anak panah yang ditanda di sebatang pokok berhampiran tempat mereka berteduh.
Usaha Rafel akhirnya berbaloi Hana tersenyum melihat gelagat Rafel yang membuat jenaka. Rafel bertepuk tangan dan memberikan senyuman kepada Hana. Baginya Rafel merupakan sahabat pertama yang pernah dia ada meskipun dari awal mereka berdua saling membenci namun seperti yang dikatakan oleh ibu Hana benci boleh bertukar menjadi sayang.
Akhirnya selang beberapa hari mereka berdua akhirnya dapat ditemui di kawasan teduhan mereka. Dari situ titik perkenalan serta persahabatan Hana dan Rafel mulai terjalin Hana dapat merasakan bahawa Rafel sentiasa berada di sisnya di kala suka ataupun duka. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan manis yang berada di hati Hana.

Kenangan manis dan pahit yang pernah dilaluinya suatu ketika dahulu. Kenangan ketika dia berada di zaman kanak – kanaknya. Kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya disebabkan Rafel dia tahu maksud perrsahabatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me