Ketika Hana ingin pulang ke rumahnya, memorinya terhadap perjanjian yang mereka lakukan suatu ketika dahulu tiba – tiba sahaja berada di dalam mindanya. Dia masih ingat senarai perjanjian yang mereka lakukan di tempat itu.
“ Hana, Rafel nak minta sesuatu boleh?” Rafel mengajukan soalan kepada Hana
“ Minta? Sesuatu apa dia ?” Jawab Hana. “ Perjanjian. Kita buat perjanjian antara kita berdua untuk mengekalkan persahabatan kita.
“ Perjanjian? Ok kita buat sekarang.” Beberapa minit kemudian setelah selesai memikirkan perjanjian yang hendak mereka beri Hana memulakan perjanjian yang harus dilakukan oleh Rafel.
“ Mohd Rafael Mohd Hairi tiga perjanjian yang harus kamu lakukan demi Nur Hanani Syafiqah Mohd Aziz ialah first kamu mesti berusaha melawan penyakit kamu sehingga akhir hayat kamu second kamu mesti berada di sisi Hana dalam suka atau duka, dan yang terakhir kita harus sentiasa bersama sehingga akhir hayat kita berdua faham !” Rafel mengangguk tanda mengerti.
“ Nur Hanani Syafiqah Mohd Aziz tiga perjanjian yang harus kamu lakukan demi Mohd Rafael Mohd Hairi ialah first kamu mesti sentiasa menjadi gadis yang ceria second kamu mesti menjadi seorang yang berjaya dalam hidup kamu dan wajib pergi ke tempat ni untuk melepaskan kerinduan kamu terhadap Rafel dan yang terakhir, dan yang terakhir kita harus sentiasa bersama sehingga akhir hayat kita berdua faham !” Hana memberikan senyuman kepada Rafel.
“ Tak sangka pula janji yang terakhir tu sama ok janji tiga janji tu harus kita lakukan faham !” Hana menghulurkan jari manisnya kepada Rafel dan Rafel membalasnya.
Hana tersenyum melihat kenangan yang mereka lakukan di tempat itu. Perkara pahit, manis semuanya pernah berlaku di tempat itu. Tempat itu kekal seperti dahulu meskipun hampir enam tahun Hana tidak mengu jungi tempat itu. Seperti yang mereka namakan tempat itu sebagai dunia ajaib kerana tempat itu tertutup dan tidak banyak orang yang lalu – lalang di tempat tersebut.
“ Rafel, Hana masih mencintai tempat ini meskipun Rafel tidak lagi berada di sisi Hana. Hana janji akan hidup dalam keadaan bahagia, Hana janji akan mencintai Rafel dan akan sentiasa mengingati kenangan pahit manis kita. FOREVER LOVE… and this love will not last. Jika Hana tidak mengenali Rafel kemungkinan Hana tidak akan mengetahui bagaimana untuk bercinta. If I don’t know you, I will not understand what love means because I don’t know how to love.
*Harap korang enjoy dengan first novel yang iqa buat ni ^_^ Arigatou Gozaimas!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan