Bab 1
Pagi itu cukup sederhana dengan cuaca
yang tenang. Hujan turun dengan lebat pada pagi itu. Angin pula berhembus
lembut, sehingga mata terasa mahu terpejam apabila ia singgah ke wajah.
Namun semua itu tenggelam oleh riuh
rendah suara orang ramai yang berada di sebuah hotel bertaraf lima bintang.
Hotel tersebut sedang melancarkan sebuah novel yang bertajuk “Cinta itu indah”
karya seorang wanita yang menulis mengenai pengalaman percintaannya di dalam
novel tersebut.Sebilangan mereka ialah peminat penulis novel dan sebilangan
lagi ialah wartawan dari sebuah akhbar dan majalah.
Kelihatan seorang wanita dalam 20 an
sedang sibuk memberi autograf untuk peminat novelnya. Novel tersebut yang telah
dikeluarkan di seluruh kedai – kedai buku di Malaysia menjadi novel jualan
terbaik selama tiga bulan berturut – turut. Apa tidaknya novel tersebut
merupakan cerita sebenar dan bukan rekaan daripada penulis yang bernama Riana
itu.
Setelah
selesai memberi autograf, Riana menjamu makanan yang dihidangkan oleh pihak
hotel tersebut. Tidak ketinggalan wartawan dari sebuah akhbar dan majalah juga
turut menjamu makanan yang dihidangkan. “ Puan Riana, selepas ini ada
sekumpulan wartawan yang nak wawancara puan mengenai novel yang puan hasilkan
di bilik mesyuarat.” Seorang lelaki yang berada dalam 30 an membisik sesuatu
kepada Riana yang sedang menjamu selera.
“
Wawancara? Tapi wawancara tersebut langsung tiada dalam jadual saya lagipun
saya tidak bersedia untuk di wawancara mengenai hal… hal peribadi saya dengan
orang lain. Maaf.” Riana kaget dengan kenyataan yang dikatakan oleh lelaki
tersebut. Dalam masa yang sama dia turut gugup untuk menceritakan mengenai hal
peribadinya.
“
Puan, wawancara tersebut memang tiada dalam perancangan kita. Kami semua juga
tidak menyangka bahawa wartawan daripada majalah dan akhbar tersebut ingin
mewawancara puan mengenai novel puan yang mendapat sambutan hangat tu. Kami
harap sangat puan dapat membantu kami untuk diwawancara, lagi pun ramai pembaca
yang ingin sangat mengenali diri puan dan cabaran yang pernah puan lalui suatu
ketika dahulu” Lelaki tersebut memohon kepada Riana agar dia sudi diwawancara.
Riana bangkit daripada duduknya dan
memulakan langkahnya ke bilik mesyuarat tersebut. Pada mulanya tombol pintu
mesyuarat tersebut tidak ingin dibuka. Namun selepas dia menenangkan dirinya,
dia terus memulas tombol pintu tersebut dan memberikan senyuman kepada wartawan
yang sedang duduk menanti kehadirannya. Senyumannya dibalas oleh wartawan yang
duduk itu.
Majoriti wartawan
yang mewawancara Riana kebanyakannya wanita dan hanya sedikit sahaja wartawan
lelaki. “ Salam sejahtera Puan Riana, bagaimana puan terfikir untuk
menghasilkan sebuah novel cinta berdasarkan pengalaman peribadi puan sendiri?”
Seorang wartawan majalah berketurunan cina memulakan wawancaranya kepada Riana.
“ Salam
sejahtera. Saya… saya terfikir untuk menghasilkan sebuah novel berdasarkan
pengalaman saya kerana… kerana saya ingin berkongsi pengalaman percintaan saya
kepada pembaca. Pengalaman pahit manis yang pernah saya lalui suatu ketika
dahulu.” Riana menjawab gugup. Namun akhirnya dia berjaya menjawab Soalan
tersebut hatinya berasa senang.
“ Siapakah orang
yang telah memberi inspirasi kepada puan untuk membuat novel berdasarkan kisah
sebenar ini?” Seorang wartawan akhbar menambahkan soalan kepada Riana.
“ Seseorang yang
mengajar saya erti percintaan iaitu cinta pertama saya. Dia yang telah memberi
inspirasi kepada saya untuk menghasilkan novel percintaan ini. Dia juga yang
telah memberi pengalaman pahit manis kepada saya suatu ketika dahulu. Pelbagai
cabaran yang kami tempuhi sepanjang percintaan kami.” Jawab Riana penuh yakin.
“ Sungguh menarik
kenyataan yang puan berikan kepada kami. Puan, bagaimana pula ciri - ciri orang yang telah memberikan inspirasi
kepada puan itu?” Soal seorang wartawan lelaki.
“ Dia seorang
yang pelik. Sebelum dia mengenali saya dia seorang yang panas baran, kaki
gaduh, playboy ramai pelajar
perempuan yang dipermainkan oleh dia. Namun, cuma satu sahaja yang tidak
berubah dalam dirinya sejak kami bertemu, romantik. Semua perempuan yang pernah
dipermainkan oleh dia jatuh hati kepadanya disebabkan dia seorang yang romantik
termasuk saya sendiri.” Ujar Riana sambil tersenyum mengenangkan peristiwa
percintaannya.
“ Puan, kalau
sudi boleh tak puan ceritakan pengalaman tersebut dengan kami semua? Pengalaman
percintaan puan yang memberi kenangan pahit dan manis kepada puan suatu ketika
dahulu?” Pertanyaan seorang wartawan wanita tersebut membuatkan semua wartawan
yang berada di situ terdiam kaku manakala Riana hanya memberikan senyuman
kepada mereka. Dia sudah agak bahawa pertanyaan itu akan diberikan kepadanya.
“ Semestinya
boleh. Semuanya berlaku 10 tahun yang lalu, ketika itu hanya saya di kalangan
rakan – rakan saya yang tidak ingin mengejar cinta. Dalam hidup saya, saya cuma
tahu maksud persahabatan dan kekeluargaan hanya itu sahaja yang saya faham. Tidak
pernah terlintas pun di minda saya ingin mempunyai kekasih semasa di bangku
sekolah. Cuma, saya pernah meminati seorang lelaki sebelum saya mengenali dia.
Tapi, sejak saya mengenali dia saya semakin faham maksud cinta…” Jawab Riana
panjang. Sejurus kemudian kenangan pahit dan manis yang pernah dilaluinya terus
diingati dan diamatinya dengan baik.Para wartawan berminat untuk mendengar
ceritanya yang semakin menarik itu.
. . . . . .
“
Terima kasih cikgu !” Bergema seluruh kelas 4 Ekosukan dengan pelajarnya.
Sejurus kemudian semua pelajar beredar dari kelas itu menandakan waktu rehat
sedang berlangsung. Tidak ketinggalan Riana, kayla serta Laila turut beredar
dari kelas tersebut.
Seperti biasa sebelum menjamu makanan
yang dibawa dari rumah,Riana serta rakannya Kayla dan Laila akan ke tandas
untuk mengemas diri mereka.
“
Um… Kayla. Boleh tak aku pinjam sesuatu dekat kau?” Riana tiba- tiba
menghampiri Kayla yang sedang menyikat rambut lurusnya itu.
“
Pinjam apa?” Soal Kayla sambil tersenyum – senyum di depan cermin.
“
Pinjam … pinjam … um pinjam…
“
Pinjam … pinjam…pinjam apa?!!” Riana kaget apabila kata- katanya dipintas oleh
Kayla dengan nada yang tinggi.
“ Pinjam lipgloss.” Jawab Riana dengan nada yang
rendah.
Kayla dan Laila kaget dengan keadaan
Riana. Baru kali itu mereka lihat Riana meminjam kosmetik daripada Kayla yang
sememangnya seorang kaki fesyen dan bergaya.
Kayla
menghulurkan pelembap bibirnya kepada Riana dan menarik tangan Laila keluar
daripada tandas menuju ke kantin. “ Bye…
ambil masa kau guna lipgloss tu.”
Ujar Kayla sambil melambaikan tangannya kepada Riana yang teragak – agak untuk
menggunakan pelembap bibir.
Beberapa minit kemudian, mereka bertiga
pun menjamu makanan yang dibawa daripada rumah masing – masing. Kayla dan Laila
tidak henti – henti memandang Riana yang mengenakan pelembap bibir berwarna
merah jambu itu.
“
Wah ! baru kali ini aku nampak Riana guna pelembap bibir. Ada apa – apa ke ni
Riana? Jangan kata kat aku, kau suka dekat seseorang. Laila terpegun melihat
rakannya itu.
“
Tiada apa – apa la. Bibir aku kering sebab tu aku guna lipgloss. Um.. tiada sebab lain pun.” Riana menggelengkan
kepalanya.
“
Korang tak nak boyfriend ka? Aku nak
sangat – sangat la, kita ni dah form
4 tapi belum ada boyfriend lagi.
Tengok sekeliling kita dipenuhi dengan pasangan bercinta. SO SWEET!!!” Ujar Kayla sambil melihat persekitarannya kalau –
kalau ada seorang lelaki yang bersendirian.
“
Aku nak juga sebab aku… ada suka dekat seseorang ni. Budak tu dari kelas sainsakaun
budak form 5.Kau pula Riana?” Soal
Laila.
“
Aku… aku tak terfikir pun hal tu. Langsung tak terlintas dekat otak aku nak ada
boyfriend ke apa ke. Cukuplah aku ada
sahabat macam korang dan keluarga yang sporting
tak payah la nak cari boyfriend lagi.” Jawab Riana dengan selamba sambil
menikmati makanannya.
Kayla dan Laila ternganga mendengar
jawapan Riana yang ringkas dan selamba. Beberapa minit kemudian, loceng
berbunyi menandakan masa rehat telah pun berlalu. Pelbagai persoalan yang
timbul dalam minda Kayla dan Laila mengenai Riana yang tiba – tiba sahaja ingin
menggunakan pelembap bibir. Kerana di kalangan rakannya, Riana seorang yang
tidak suka mengenakan kosmetik.
Subjek seterusnya ialah subjek ekonomi
yang juga merupakan subjek yang membosankan bagi Riana kerana dia tidak
menyukai subjek yang ada kena mengena dengan matematik.Cikgu Aina, guru yang
mengajar subjek ekonomi memberi semula kertas peperiksaan kepada pelajarnya.
“
Tahniah ! Kamu semua lulus dalam subjek ini meskipun hampir 5 bulan kamu
mempelajari subjek yang masih baru buat kalian semua. Cuma ada dua pelajar yang
gagal dalam subjek ini dan mendapat markah yang sangat lemah,Kayla dan Riana
selepas ini kalian berdua jumpa dengan cikgu. Faham !” Kata cikgu Aina dengan
nada yang tegas.
“
Faham cikgu !” Kayla dan Riana menjawab serentak.
Setelah sejam mempelajarai subjek
ekonomi, Kayla dan Riana membantu cikgu Aina membawa buku latihan kawan
sekelasnya, sekaligus mereka berdua juga diminta untuk bertemu dengan cikgu
Aina.
“
Kayla, Riana. Cikgu ingin berjumpa dengan kalian berdua disebabkan markah exam kamu kali ini sangat lemah. Cikgu
ingin membantu kalian berdua untuk memperbaiki keputusan kalian memandangkan
kalian berdua akan menduduki SPM tahun hadapan. Jika Kamu berdua mempunyai
masalah mengenai subjek ini, janganlah malu bertanya dengan cikgu. Ok, hanya
itu sahaja yang ingin cikgu bahaskan mengenai keputusan kalian berdua. Terima
kasih sudi menemui saya.” Ujar Cikgu Aina panjang lebar.
Kayla dan Riana mengangguk dan meminta
izin untuk keluar daripada bilik guru tersebut.
“
Aku memang tak suka dengan cikgu Aina tu. Macam pura – pura baik ja.” Keluh
Kayla.
“
Kayla, tak baik buruk sangka dengan cikgu yang susah payah ajar kita. Dia nak
bantu kita perbaiki subjek yang kita lemah ni.” Pujuk Riana. Di sepanjang
perjalanan mereka menuju ke kelas Kayla hanya berburuk sangka dengan Cikgu
Aina.
“
Apa – apa ja aku memang tak suka dengan dia tu.Yang aku tahu aku nak cari
pasangan. Riana, kau… memang tak terlintas kat otak kau nak cari pasangan? Tak
kan lah kita akan jadi single forever
? Aku pun nak merasa juga cinta zaman sekolah.” Perjalanan mereka terhenti disebabkan
soalan yang diajukan oleh Kayla kepada Riana.
“
TAK NAK !!! Faham tu. Kayla, kau nak tahu tak cinta tu sebenarnya hadir tanpa
diduga. Memang sekarang ni tiada lelaki yang nak jadikan kau pasangan. Tapi,
percayalah suatu hari nanti pasti ada seorang lelaki yang akan jatuh hati dekat
kau.” Ujar Riana penuh yakin sambil
memegang tangan Kayla.
Beberapa minit kemudian, mereka
terserempak dengan dua orang lelaki yang berketerampilan seperti seorang
samseng. Kedua lelaki tersebut sedang berjalan menghampiri dengan sebuah mesin
minuman. Perjalanan mereka sekali lagi terhenti apabila Kayla terpegun melihat
salah seorang daripada dua lelaki tersebut.
“
Wei, Rianaaaa…. Handsomenya laki tu.
Sebelum ni, tak pernah pun aku nampak dia time
kita kat menengah rendah dulu. Maybe murid
baru kot. Kalau…” Kata – kata Kayla terhenti apabila salah seorang daripada
lelaki itu menghampiri Riana.
“
Hai, saya Aril. Gua… eh maksud saya budak baru kat sekolah ni baru minggu ini
saya masuk dekat sekolah ni. Siapa nama awak?” Soal Aril sambil menghulurkan
tangannya kepada Riana.
“ Kayla, Riana korang buat apa tercegat
dekat situ ?” Sejurus kemudian Laila memanggil mereka berdua yang berdiri kaku.
Riana mengambil kesempatan untuk lari
daripada Aril dan Kayla turut mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan
Aril. Tanpa disedari, dia tidak sengaja melanggar rakan kepada Aril dia segera
meminta maaf dan beredar dari situ dan gelang kepunyaan keluarganya turut
terlepas daripada lengannya.
“
Oi, bro kau kenapa berdiri kaku? Kena tegur oleh sesuatu ke. Oi !” Sergah Aril
kepada rakannya.
“
Tak… tak ada apa – apa pun. Dah habis kau mengayat budak perempuan tu?” Hairul
menjawab sambil memaut bahu Aril.
“
Dah. Tapi aku lebih tertarik dengan…” Kata – kata Aril terhenti apabila Hairul
berganjak dari situ.
Bab 2
Hari itu, musim cuti sekolah sedang berlangsung. Musim cuti
sekolah sememanganya sangat sinonim dengan murid sekolah kerana waktu itu
mereka dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang hendak mereka lakukan.
Namun, hari itu ibu bapa Riana tidak dapat membawa Riana serta
kakaknya untuk bercuti memandangkan Aisyah, kakak kepada Riana sedang
menghadapi peperiksaan akhir tahun di sebuah Universiti.
“ Hello, Riana !” Riana yang sedang
mengulangkaji subjek Ekonomi segera menjawab panggilan telefonnya.
“ Hello, Kayla. Um… ada apa pula kali ni
?” Soal Riana.
“ Tak boleh ka aku call kawan kesayangan aku ni? Kau tau
tak wahh…. akhirnya ada orang ajak aku date
esok awesome tak? awesome tak?” Riana kaget apabila mendengar kata – kata
Kayla.
“ Wah! Siapa budak
yang ajak kau date tu ?” Soal Riana
dengan penuh minat.
“Kau ingat tak
budak yang nak berkenalan dengan kau kemarin?
“ Um… ya budak
samseng tu kan.” Ujar Riana.
“ Ya, Aril yang
ajak aku date. Awesome kan.” Kayla
tergelak.
“ Apa !!! Aril ?
dia… dia tu aku tengok, dia tu samseng la penampilan dia tu aku tengok macam
bukan budak yang baik – baik ja. Tak tahu la pula awesome ke tak. Maybe awesome
kot sebab ni la masa yang kau tunggu – tunggu kan. Tahniah!” Riana kaget
apabila orang yang telah mengajak Kayla temu janji ialah Aril. Namun, dia harus
menyokong rakannya itu kerana itu merupakan saat yang dinantikan oleh Kayla.
“ Um… Aril dia yang
ajak aku date. Belum cuba belum tahu
la Riana oi ! By the way thanks ucap
tahniah! Bye… bye” Jawab Kayla dan dia terus mematikan telefonnya.
Riana mengeluh dengan rakannya yang mudah dipermainkan oleh
lelaki. Tidak pernah terlintas sedikit pun di minda Kayla untuk berputus asa
mencari pasangan meskipun sudah berkali – kali dia dipermainkan oleh lelaki.
Memandangkan malam sudah larut dan jam menunjukkan angka 11.00
malam, Riana menutup buku ekonominya dan dia menghempaskan tubuhnya di sebuah
katil. Tiba – tiba sahaja dia cemas apabila gelang kepunyaan keluarganya tidak
lagi berada di lengannya. Dia segera mencapai telefon bimbitnya yang berada di
atas meja belajar dan menghubungi Laila.
“ Hello, Laila ! Sorry aku call kau malam
– malam buta macam ni.
“ Hello, Riana !
Tak apa aku pun belum tidur lagi. Ada apa kau call aku malam – malam macam ni ?” Soal Kayla yang sedang khusyuk
membaca sebuah novel.
“ Gelang aku,
gelang aku tercicir la Laila. Habis la aku macam ni, kalau mak dengan ayah aku
tahu habis la aku kena marah. Dah la gelang tu gelang kepunyaan keluarga aku.
Arwah nenek aku pula tu yang bagi dekat aku.” Ujar Riana dengan nada yang
cemas.
“ Tercicir ? macam
mana boleh tercicir ni Riana? Kau ada jatuh ka dekat sekolah tadi? Atau kau
tercicir gelang tu dekat rumah kau ka? Cuba periksa dahulu?
“ Aku tak tahu
macam mana boleh tercicir aku pun baru perasan gelang tu dah tak ada dekat
lengan aku sekarang ni. Lagipun aku tak jatuh dekat mana – mana pun. Tapi,
gelang tu memang dah nak putus pun alaaa…. habis la aku macam ni kena dengar
leteran mak aku lagi. Laila kau tak perasan ka gelang aku hilang kat sekolah
tadi?
“ Oh… patutlah
gelang tu memang dah nak putus sebab tu gelang kau tu tercicir. Aku memang tak
perasan gelang kau hilang tadi sorry.
Apa-apa pun baik kau cari gelang tu sebelum mak dengan ayah kau dapat tahu.
“ Ok lah, Laila
thanks dengar masalah aku. Nanti aku cari dekat rumah kalau tiada hmmm… habis
la aku.”
“ No problem. Ok nanti kalau dah jumpa inform dekat aku ok. Bye…
“Bye” Sejurus
kemudian perlahan – lahan Riana bangkit daripada katilnya dan membuka tombol
pintu biliknya perlahan – lahan agar kakak serta ibu bapanya tidak mengetahui
hal itu.
Puas dia mencari gelang tersebut di seluruh rumahnya namun
hasilnya tetap sama. Dia masih tidak menjumpai gelang tersebut. Berkali – kali
dia menguap menandakan dia mengantuk tetapi dia masih berkeras untuk mencari
gelang kepunyaan arwah neneknya.
. . . . .
“ Riana ! Bangun, cepat bangun. Dah
jam berapa ni tak bangun – bangun lagi.” Aisyah memercik air ke muka Riana yang
putih mulus tersebut kerana sudah penat membangunkan adiknya itu.
Riana liat dan terkejut apabila melihat aisyah sedang rapi dan
segera bangkit daripada katilnya. Rambutnya kusut masai dan dia segera melihat
telefon bimbitnya untuk melihat jam. Dia kaget apabila melihat jam menunjukkan
pukul 9.00 pagi kerana semalaman dia mencari gelang tersebut tapi tidak juga
terjumpa.
Semalaman juga dia tidak boleh terlena kerana risau akan
dimarahi oleh ibu bapanya. Awal subuh tadi baru dia dapat terlena setelah puas
menenangkan dirinya. Matanya masih terkedip – kedip melihat kakaknya yang
sedang rapi.
“ Kak apa ni,
bangunkan Riana awal pagi. Hari ni cuti la akak nak pergi mana ni berpakaian
rapi?” Soal Riana yang masih duduk di atas katilnya.
“ Cepat bersiap,
akak nak bawa kamu pergi shopping
hari ni sister day bagi kita dua.
Akak tahu Riana bosan kan duduk dekat rumah, dan ni juga sebagai tanda maaf
akak kerana disebabkan akak kita sekeluarga tak dapat bercuti.” Ujar Aisyah
sambil menarik tangan Riana yang masih duduk tercegat di atas katil.
“ Wah, shopping jarang akak bawa Riana pergi shopping … tak apa akak. Nak buat apa
lagi akak duduk exam Riana terpaksa
terima la. Keluar – keluar Riana nak bersiap ni” Jawab Riana lalu menolak
kakaknya ke pintu.
Beberapa minit kemudian, setelah meminta izin kepada ibu mereka
dua beradik tersebut keluar rumah menuju ke stesen bas yang berdekatan. Sampai
sahaja di stesen bas tersebut, mereka berdua memulakan perbualan dengan rancak.
Sesekali Aisyah menambahkan lawak jenaka kepada adik kesayangannya.
“ Waalaikumsalam.
Pagi, Erzul awak rindu saya ka? call
saya awal pagi ni?” Aisyah menjawab
salam kekasihnya itu sambil menambahkan jenaka.
“ Hmm.. memang
rindu sangat. Saya nak ajak awak keluar hari ni saya stress betul nak study.
Lagi satu, saya nak minta tolong awak ajarkan saya sesuatu boleh tak?” Ujar
Erzul.
“ Ok. Awak tunggu
dekat cafe Setia nanti saya datang.” Tambah Aisyah sambil melihat Riana yang
sedang memerhatikan dia dari tadi.
Setelah mematikan panggilannya, Aisyah bangkit daripada tempat
duduknya lalu memberi senyuman kepada Riana. Riana mengangguk lalu membalas
senyuman kakaknya.
“ Faham. Akak pergi
la, Riana tak marah pun. Orang bercinta memang macam ni ke akak?” Soal Riana.
“ Yalah macam ni la
dik. Ok akak pergi dulu bye…” Jawab Aisyah lalu menahan sebuah teksi.
Sejurus kemudian, bas yang ditunggu oleh Riana dari tadi telah
pun tiba. Dia yang ingin menuju ke sebuah kedai buku di Bandar mengambil masa
selama beberapa minit untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju.
Matanya semakin tertutup apabila
melihat suasana bas tersebut yang sangat sesak. Beberapa minit kemudian, dia
terlena dan tanpa disedari kepalanya diletakkan di bahu penumpang yang duduk di
sebelahnya.
Bas tersebut akhirnya berhenti ke destinasi yang hendak dituju.
Riana tersedar daripada tidurnya apabila penumpang yang duduk bersebelahan
dengannya menolak kepalanya perlahan – lahan. Dia kaget apabila melihat orang
yang duduk bersebelahan dengannya ialah lelaki yang tidak sengaja dilanggarnya
ketika berada di sekolah tempoh hari.
“ Maaf ! Saya tak
sengaja tidur dekat bahu awak. Maaf !” Riana tunduk sambil meminta maaf kepada
Hairul.
Hairul tidak menjawab, matanya tertumpu ke arah Riana. Perlahan
– lahan Riana mengangkat mukanya yang sebentar tadi tunduk kerana malu.
Akhirnya mata mereka saling bertatapan, mata Hairul langsung tidak terkedip
melihat wajah Riana yang berlesung pipit itu. Begitu juga Riana, matanya juga
langsung tidak terkedip melihat penampilan Hairul yang berambut pacak berwarna
kecoklatan.
Lamunan mereka berdua terhenti apabila Hairul bangkit daripada
duduknya lalu menekan loceng bas. Hairul turun daripada bas tersebut, namun
Riana masih duduk tercegat kerana kaget melihat penampilan Hairul yang tidak
pernah bersuara.
“ Ala… pak cik,
pakcik stop! Maaf pakcik susahkan
pakcik ni tambang bas saya.” Riana segera bangkit daripada duduknya apabila dia
menyedari bahawa destinasi yang hendak ditujunya baru sahaja berlalu, sambil
memberikan wang tambangnya.
“ Apa la cik ni…
cepat turun susahkan saya ja. Tahu tak banyak lagi penumpang dekat belakang tu
yang nak ke destinasi yang mereka tuju. Tak payah bayar.” Jawab pembantu
pemandu bas tersebut dengan nada yang tegas.
“ Kenapa pula saya
tak payah bayar pakcik ?” Soal Riana.
“ Dah ada seseorang
yang bayarkan tambang bas untuk awak.” Jawab Pembantu pemandu bas tersebut
sambil mengira duit tambang bas yang diperolehinya.
“ Siapa pula yang
bayarkan untuk saya? Setahu saya seorang ja yang naik bas ni seorang diri.”
Jawab Riana dengan nada yang serius.
“ Tu ha budak
sebelah kamu tadi. Budak samseng tu dia yang bayarkan untuk kamu. Tunggu apa
lagi cepat turun dari bas ni kalau tak pakcik pemandu tu jalan ja.
Riana segera turun daripada bas tersebut. Dia meneruskan
perjalannya menuju ke kedai buku yang hendak ditujunya. Fikirannya masih
memikirkan mengenai kejadian di dalam bas sebentar tadi. Sejurus kemudian,
perjalanannya terhenti apabila dia melihat Hairul sedang berpegang tangan
dengan seorang remaja perempuan yang berwajah kacukan dalam lingkungan belasan
tahun.
“ Pelik… dia ni
memang pelik… apasal dia bayarkan aku tambang bas. Dah dua kali aku kata maaf
dekat dia, dia pula tak jawab apa pun. Sekarang ni bermesraan pula dengan budak
lain.” Keluh Riana dalam hati. Lamunannya terhadap Hairul dan gadis tersebut
terhenti apabila mata Hairul tertumpu kearah dia.
Dia terpaksa menundukkan wajahnya apabila dia terpaksa lalu di
hadapan Hairul dan gadis tersebut, kerana kedai buku yang hendak ditujunya
berhampiran dengan tempat Hairul dan gadis tersebut berlepak.
“ Oi ! Bro.” Tiba –
tiba sahaja Hairul bersuara. Riana memalingkan mukanya ke belakang. Perasaannya
bertambah malu apabila Hairul memanggil rakannya yang sedang menghampiri dia
bukannya Riana.
Dia segera beroleh pergi daripada situ menghampiri ke destinasi
yang hendak dituju. Hairul tersenyum melihat telatah Riana yang gelabah dan
mencuit hati.
“ Oi! Kau kenapa?
Tersenyum – senyum. Yang ni siapa pula? Mainan baru kau lagi ek?” Bisik rakan
kepada Hairul kepada Hairul yang khusyuk melihat Riana yang laju berjalan
menuju ke kedai buku.
Hairul menggeleng kepala menandakan bahawa tiada apa yang
berlaku. Itu juga menandakan bahawa gadis tersebut bukan lah mainan barunya.
Beberapa minit kemudian, Riana sampai ke destinasi yang hendak
ditujunya. Dia mengawal kebimbangannya menggunakan teknik pernafasan seperti
yang dipelajarinya dalam subjek sains sukan. Hari ni sungguh malang nasibnya
kerana terpaksa menahan malu kepada Hairul. Sebentar tadi, secara tidak sengaja
dia terlena di bahu Hairul turun sahaja dari bas tersebut dia memerhatikan
Hairul bersama gadis tersebut.
Rambang mata Riana melihat pelbagai jenis buku di dalam kedai
buku tersebut. Namun, dia hanya ingin mencari buku motivasi berkenaan dengan
pelajar cemerlang kerana dia ingin mencapai kecemerlangan di dalam SPM tahun
hadapan.
Akhirnya buku yang dicarinya telah pun dijumpai, mahu sahaja dia
mengambil buku tersebut namun seorang remaja lelaki yang dikenalinya mengambil
buku tersebut.
“ Eh, Riana
rupanya. Um… awak ambil la buku ni saya tahu awak lebih memerlukan buku ini
dari saya kan. Nah ambil buku ni.” Nazrul kawan sekolah Riana yang berada dalam
tingkatan 5 sainsakaun menghulurkan buku motivasi tersebut kepada Riana.
Riana mengambil buku tersebut dan mengucapkan terima kasih
ditambahkan dengan senyumannya yang manis. Riana sememangnya seorang gadis yang
kaya dengan senyuman termasuk orang yang tidak dikenalinya. Dalam masa yang
sama, hatinya berdegup kencang kerana dari sekolah rendah sehinggalah sekolah
menengah dia memang menyukai perangai Nazrul yang matang.
“ Awak seorang ja?
Mana Laila dan Kayla?” Soal Nazrul sambil membelek – belek sebuah buku ilmiah.
“ Laila dia holiday dengan family dia. Kayla pula dia ada hal dekat luar. Tak dengan awak la.”
Jawab Riana ditambahkan dengan sindiran.
“ Bagus la macam
tu. Awak seorang ja kan boleh la saya ajak awak keluar hari ni boleh kan?”
Nazrul menawarkan dirinya untuk menemani Riana yang keseorang pada hari itu.
Riana mengangguk sekali lagi dia memberikan senyuman kepada
Nazrul. Setelah membayar buku yang hendak dibelinya, mereka berdua menuju ke
stesen bas untuk pergi ke sebuah pusat membeli belah. Hati Riana berlonjak
gembira apa tidaknya orang yang disuka serta diminati mengajak dia keluar
berdua.
“ Riana, nah cuba
pakai cekak rambut ni.” Sampai sahaja di sebuah pusat membeli belah, Nazrul
mengajak Riana pergi ke sebuah kedai accessories. Nazrul menghulurkan cekak
ra,but berwarna biru kepada Riana.
Riana mengambil cekak rambut tersebut lalu mengenakan di atas
kepalanya. Nazrul tersenyum lalu senyumannya dibalas oleh Riana.
“ Sesuai, kalau
sesuai dekat awak mesti Laila pun sama juga. Mesti sesuai dengan dia juga.
Betul tak apa yang saya katakan ni Riana?” Tanya Nazrul sambil mengambil
sangkam yang hendak dibelikan untuk Laila daripada kepala Riana.
“ Oh… um… memang
sesuai dekat Laila. Ambil warna merah jambu sebab warna kegemaran Laila merah
jambu. Kalau warna biru pula warna kegemaran saya.” Riak muka Riana berubah
apabila sangkam yang disangkanya kepunyaannya rupanya milik Laila.
Pelbagai tempat yang menarik mereka kunjungi selepas daripada
pusat membeli – belah. Hati Riana sangat gembira kerana Nazrul sudi membawa dia
bersiar – siar pada hari itu. Sejurus kemudian, Riana mengajak Nazrul minum
petang di sebuah kafe yang berhampiran.
“ Agak – agaknyala
kan Laila tu jenis orang yang macam mana?” Selepas memberi pesanan kepada
pelayan kafe tersebut, Nazrul terus menyatakan hasratnya untuk bertanya
mengenai hal Laila kepada Riana.
Sekali lagi hati Riana remuk, riak wajahnya yang manis berubah
menjadi masam. Mana tidaknya, orang yang disukai hanya menanyakan perihal orang
lain berbanding dirinya sendiri.
“ Laila seorang
kawan yang baik. Um… dia sporting
dengan semua orang dekat sekeliling dia. Ramai budak yang suka berkawan dengan
dia sebab dia tu friendly.” Jawab
Riana.
“ Oh begitu. Saya
pun semakin hari saya memang tertarik dengan Laila. Riana, boleh tak awak bantu
saya buat sesuatu?” Tanya Nazrul sambil menikmati minuman yang dipesannya
sebentar tadi.
“ Bantu awak buat
apa? kalau boleh saya bantu.”
“ Ni, tolong
berikan sangkam ni dekat Laila. Kata saya yang bagi dekat dia, harap awak boleh
bantu saya. Sebab buka sekolah nanti saya tak sekolah selama seminggu sebab
saya akan mengikuti rombongan ke Terengganu.” Jawab Nazrul sambil menghulurkan
sangkam kepada Riana.
“ Um… boleh nanti
saya bantu awak berikan sangkam ni dekat dia. Nazrul, boleh tak saya tanya awak
sesuatu berkenaan dengan Laila?”
“ Boleh, apa
salahnya.”
“ Awak sukakan…..”
Kata – kata Riana terhenti apabila kafe tersebut menjadi kelam kabut apabila
sebuah pergaduhan tiba – tiba sahaja tercetus di kafe tersebut.
Kafe tersebut tidak dapat dikawal lagi apabila pergaduhan
semakin hangat berlaku. Terdapat ramai pengunjung yang keluar daripada kafe
tersebut kerana takut akan pergaduhan yang tercetus.
Tiba – tiba sahaja Nazrul bangkit daripada duduknya apabila
sekumpulan lelaki tersebut menuju ke arah mereka berdua. Riana kaget apabila
melihat Hairul juga turut terlibat dalam pergaduhan tersebut. Riana juga turut
bangkit daripada duduknya dan memukul meja tersebut.
“ Tolong berhenti,
jangan buat macam ni. Apa semua ni, kenapa…kenapa di setiap tempat yang aku
pergi kau pun ada.” Riana bermonolog dalaman.
Nazrul memulakan langkahnya menuju ke arah Hairul untuk
menghentikan Hairul daripada memukul lelaki yang teruk dipukulnya. Perjalanan
Nazrul terhenti apabila Riana menarik tangan Nazrul menuju ke kaunter
pembayaran untuk membayar bil minuman mereka.
“ Riana…. Riana !”
Masuk sahaja di dalam bas tersebut Riana hanya berdiam diri memikirkan hal
seharian yang berlaku di sekelilingnya. Nazrul menyedarkan Riana daripada
lamunannya.
“ Um… maaf saya…”
Kata – katanya terhenti apabila Nazrul memotong perbicaraannya.
“ Mesti ni pasal
budak sekolah kita yang berkelahi dalam kafe tadi kan? Awak risaukan keadaan
dia ka?” Tanya Nazrul.
“ Um… ya. Eh tak
saya tak risaukan dia pun.. Um tak.” Riana menggelengkan kepalanya. Luarannya
menyatakan dia tidak risau akan keadaan Hairul namun dalamannya kuat menyatakan
bahawa dia ingin memberhentikan Hairul daripada pergaduhan tersebut.
“ Ok. Dengar –
dengar budak tu budak baru transfer
dekat sekolah kita. Dia pindah dekat sekolah kita pun sebab dia kena buang
dekat sekolah lama dia. Itu pun disebabkan pergaduhan yang sering dia lakukan,
disiplin dia pun lemah sangat.” Riana tidak hairan akan pernyataan yang
dinyatakan oleh Nazrul kerana Nazrul merupakan seorang pengawas di sekolah
mereka.
Riana hanya menganggukkan kepalanya menandakan dia faham akan
penjelasan yang dijelaskan oleh Nazrul sebentar tadi. Sejurus kemudian Riana
dan Nazrul sampai ke destinasi yang dituju. Nazrul menemani Riana sehingga ke
kawasan perumahan Riana.
Riana mengucapkan terima kasih kepada Nazrul sambil menguntumkan
senyuman yang manis.Sekali lagi, Nazrul mengingati Riana agar memberikan
sangkam tersebut kepada Laila.Riana hanya mengangguk dan beroleh pergi.
“ Assalamualaikum”
Riana memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah.
“ Waalaikumsalam”
Jawab Puan Rabiatul ibu kepada Riana dan Aiysah. Salamnya turut dijawab oleh
Encik Khairi ayah kepada Riana dan Aisyah serta Aisyah yang sedang membantu
ibunya mencuci pinggan.
“ Lewatnya kamu
balik. Riana dah makan?” Tanya Encik Khairi yang sedang membaca dada – dada
akhbar.
“ Dah ayah. Riana
makan dengan kawan tadi. Mak, ayah, akak Riana naik dulu nak tidur.” Seperti
biasa, sebelum tidur pada waktu malam Riana akan bersalaman dengan ibu bapanya
sebagai tanda hormat.
Masuk sahaja ke dalam bilik, Riana mengeluh pelbagai kejadian
yang menimpa di sekelilingnya pada hari ini. Dia menghempaskan tubuhnya di
katil lalu memikirkan mengenai Nazrul dan Laila. Sebentar kemudian, dia
mendengar bunyi yang datangnya daripada tandas bilik tidurnya,
Perlahan – lahan dia mengambil raket badmintonnya dan berjalan
terinjut – injut menuju ke tandas bilik tidurnya. Tombol pintu tandas tersebut
dibukanya perlahan – lahan, alangkah terkejutnya dia apabila melihat seorang
gadis yang bermata merah sedang menangis sambil duduk di mangkuk tandas
tersebut.
“ Kayla !!!” Riana
menjerit nama Kayla yang sedang menangis tersedu sedan di atas mangkuk tandas
tersebut. Riana tergelak kecil melihat telatah rakannya yang berperangai pelik
itu.
“ Nah minum air ni.
So, apa yang jadi sepanjang temu
janji kau dengan apa ntah nama dia tu.” Riana menghulurkan segelas air kepada
Kayla yang sedang duduk di atas katilnya, lalu melabuhkan punggungnya di
sebelah Kayla.
Kayla tidak menjawab tangisannya semakin kuat. Air yang diberi
oleh Riana sebentar tadi habis diteguknya. Sekali lagi Riana menanyakan perkara
yang sama tangisannya bertambah kuat lagi.
“ Kau…. Aril tu….
Aril tu sebenarnya tak berminat dengan aku la. Dia tu seharian asyik tanya
dekat aku pasal kau ja. Dia berminat nak kenal dengan kau sebab tu dia ambil
kesempatan atas aku. Ni ambil ni…. dia belikanbaju ni untuk kau.” Kayla memberi
Riana sehelai baju berwarna merah jambu. Tangisannya mulai reda.
“ Ala…. Kesian
kawan aku yang seorang ni. Tak apa baju ni untuk kau ja. Kau ambil la baju ni,
Kayla kau tak payah risau pasal semua ni aku tak akan ambil kesempatan ke atas
Aril even kau bagi aku sejuta ringgit
pun aku tak akan rampas Aril dari kau. Aku janji.” Riana memujuk Kayla sambil
menghulurkan baju tersebut kepada Kayla.
Kayla menguntumkan senyuman yang lebar kepada Riana lalu memeluk
rakannya itu. Riana melepaskan dirinya daripada pelukan Kayla yang sangat erat.
“ Riana, seharian
ni kau buat apa ek? Kata kakak kau, kau pergi kedai buku ja tadi. Tapi, apasal
sampai lewat malam macam ni baru pulang ?” Tanya Kayla sambil mencuba baju yang
diberikan oleh Aril kepada Riana.
“ Aku keluar dengan
Nazrul tadi.” Jawab Riana.
“ Dengan Nazrul? Wah
kau pun dating juga ka? Riana kau nak
tau tak lelaki yang Laila suka, Nazrul. Laila suka Nazrul,dia bagi tau aku
tempoh hari.” Ujar Kayla dengan nada serius.
Riana tersenyum lalu menceritakan perjalannya bersama dengan
Nazrul hari itu. Riana turut menghulurkan sangkam kepunyaan Laila kepada Kayla.
Sekali lagi Kayla memeluk Riana dengan belas kasihan.
“ Kesian kau.
Nampaknya kita mempunyai nasib yang sama kan Riana. Kau minat kat Nazrul dan
aku minat kat Aril tapi diorang tu bukannya perasan pun yang kita mempunyai
perasaan suka dekat diorang. Riana, kau dah tahu ka Laila minat siapa?” Kayla
menghempaskan tubuhnya di atas katil Riana sambil melihat siling bilik Riana.
“ Tak apa la Kayla.
Tapi, aku yakin suatu hari nanti Aril mesti akan suka dekat kau juga.
Percayalah apa yang aku kata kan ni lambat atau cepat dia mesti jatuh hati
dekat kau nanti.Um… dia minat dekat siapa?” Soal Riana yang sambil matanya
memandang sahabatnya itu.
“ Nazrul. Dia kata
dekat aku tempoh hari, dia kata dia suka dekat Nazrul. Nampaknya mereka saling
suka menyukai la macam tu kan Riana.” Kayla bangkit daripada katil tersebut
lalu mengambil begnya yang diletakkan di atas meja belajar Riana.
Riana terpegun mendengar kata – kata Kayla. Kayla meminta diri
untuk pulang ke rumahnya memandangkan hari sudah lewat malam. Namun Riana tidak
menyedari bahawa Kayla pergi dari situ, hatinya hancur mendengar kata – kata
Kayla sebentar tadi. Matanya mulai berkaca – kaca sebentar kemudian dia
menghempaskan tubuhnya di atas katil tersebut.
Perlahan – lahan matanya mulai tertutup dibuai mimpi indah. Dia
berharap bahawa esok adalah hari yang seronok baginya berbanding hari ini.
Bab 3
Seperti biasa, habis sahaja menjamu hidangan yang disediakan oleh ibunya
Laila akan membantu ibunya mencuci pinggan. Beberapa minit kemudian, kerjanya
telah pun siap dilakukan dia segera mencapai telefon bimbitnya yang berjenama
Samsung galaxy mini di atas meja makannya.
Selesai sahaja mengulang kaji pelajaran, telefon bimbit Riana tiba –
tiba sahaja berbunyi. Dia segera mencapai telefon bimbitnya di dalam tasnya,
tertera nama Laila di dalam telefon bimbitnya. Dia teragak – agak untuk
menjawab panggilan tersebut, kerana dia berasa cemburu akan Laila yang disukai
oleh Nazrul.
“ Assalamualaikum Riana.
Maaf ganggu kau tengahari buta ni, Riana aku nak jumpa kau sekarang boleh?”
Laila memulakan perbicarannya.
“ Waalaikumsalam Laila. Kau
nak jumpa aku? Buat apa?” Soal Riana dengan nada yang tinggi. Laila kaget
apabila mendengar suara Riana yang sengaja ditinggikan itu.
“ Ada sesuatu yang aku nak
minta tolong dengan kau. Kalau tak boleh pun tak apa la….” Kata – kata Laila
dipotong oleh Riana.
“ Ok. Aku datang rumah kau
dalam 30 minit lagi aku sampai la. Tunggu aku ok.” Jawab Riana sambil bermain
dengan pennya.
Sejurus kemudian, Riana mematikan panggilannya dan bersiap – siap menuju
ke rumah Laila. Sebelum itu, dia mengemas buku – bukunya di rak buku yang hampir
berusia lapan tahun itu.Tidak lupa juga dia mengambil sangkam yang dibelikan
oleh Nazrul untuk Laila lalu disimpannya di dalam tasnya.
Hari itu ayah serta ibunya tidak berada di rumah, Riana meminta izin
kepada kakaknya yang khusyuk mengulang kaji pelajaran untuk keluar sebentar.
Riana menaiki sebuah bas menuju ke rumah kondominium kepunyaan ibu Laila. Ayah
Laila telah lama meninggal dunia akibat menderita penyakit talesemia ketika
Laila berusia dua belas tahun.
“ Assalamualaikum” Riana
mengetuk pintu rumah Laila sambil memberi salam.
“ Waalaikumsalam, eh kamu
Riana masuklah Laila ada dekat dalam.” Salamnya dijawab oleh Puan Suria ibu
kepada Laila yang berketurunan baba nyonya.
Riana bersalaman dengan Puan Suria lalu menguntumkan senyuman kepada dua
orang adik Laila yang berusia sepuluh dan lapan tahun, yang sedang bermain
playstation.
Laila keluar daripada biliknya, lalu menarik tangan Riana masuk ke dalam
biliknya. Pintu biliknya dikunci lalu Laila melabuhkan punggungnya di sebuah
kerusi. Riana yang masih tercegat berdiri, duduk di sebuah katil kepunyaan
Laila.
“ Riana… aku rasa… aku dah
jatuh cinta dekat Nazrul la.” Sebuah kenyataan yang tidak ingin didengar oleh
Riana baru sahaja didengarnya. Mahu sahaja dia bangkit dari duduknya lalu
beroleh pergi dari situ, tapi oleh kerana sebuah amanat yang ingin
disampaikannya dia cuba menenenangkan dirinya.
“ …. Aku dah tahu. Kayla
dah bagi tahu aku semalam, Laila… semalam aku keluar dengan Nazrul. Seharian
aku keluar dengan dia dan seharian jugalah dia asyik tanya aku pasal kau.
Laila… kau nak tahu tak dia… dia pun suka dekat kau.” Jawab Riana dengan nada
yang lemah. Hatinya hancur apabila melihat Laila tersenyum lebar namun sebagai
seorang sahabat yang baik, dia harus redha dengan semua yang berlaku ke atas
dirinya.
Riana mengeluarkan sangkam yang dibelikan oleh Nazrul kepada Laila, lalu
memberikan sangkam tersebut kepada Laila. Laila mengenakan sangkam tersebut
lalu tersenyum, senyumannya dibalas oleh Riana.
“ Laila… Nazrul bagi tahu
aku dia suka dekat kau sejak pertama kali korang bertemu. Tapi, ada sahaja
halangan yang berlaku bila dia nak luahkan perasaan dia dekat kau. Laila, buka
sekolah isnin ni aku nak kau dekatkan la diri kau dengan dia. Tak payah nak
malu – malu lagi, sebab… sebab dia pun mempunyai perasaan yang sama dekat kau.”
Riana mengeluh, dia sudah puas membantu orang yang disukainya iaitu Nazrul.
Itulah amanat yang diberikan oleh Nazrul kepada dirinya semalam.
Laila mengangguk tanda faham akan permintaan daripada Riana setelah puas
mengeluarkan isi hatinya, Laila mengucapkan ribuan terima kasih kepada Riana
kerana sudi mendengar masalahnya. Sedar tidak sedar jam menunjukkan angka 5.00
petang, Riana meminta diri untuk pulang ke rumahnya.
Riana cuba mengimbas kembali kenangannya bersama dengan Nazrul semalam.
Sepanjang perjalannya menuju ke stesen bas, dia hanya tersenyum sambil mengimbas
kembali saat – saat manis dia bersama dengan Nazrul, hari itu dia bertekad
ingin melupakan perasaan cintanya terhadap Nazrul buat selama – lamanya.
Lamunannya terhenti apabila seorang peragut, meragut begnya. Dia yang
panik mencuba untuk meminta bantuan daripada orang ramai namun tiada seorang
pun yang berada di situ. Sejurus kemudian, orang yang pernah dilihatnya segera
membantunya mengambil semula beg kepunyaanya daripada peragut tersebut. Sampai
sahaja di lorong yang sunyi, peragut tersebut berhenti daripada lariannya. Aril
mengambil beg tersebut daripada peragut yang diupahnya lalu menghulurkan
sejumlah wang kepada peragut tersebut. Sebelum beroleh pergi dari situ, Aril
sempat menyuruh orang yang diupahnya menumbuk pipinya.
Hairul yang menyaksikan kejadian itu, hanya tersenyum sambil meggeleng
kepala melihat rakannya yang cuba mencuri hati Riana. Riana menenangkan dirinya
di sebuah stesen bas, beberapa minit kemudian Aril datang lalu memberikan beg
tersebut kepada Riana.
“ Terima kasih. Maafkan
saya, disebabkan saya kamu cedera.” Riana bangkit dari duduknya lalu
menghulurkan sapu tangan miliknya kepada Aril.
“ Sama – sama. Lain kali
jangan jalan seorang diri. Awak Riana kan, rakan kepada Kayla. Saya Aril,saya
nak nombor telefon awak boleh? Nanti kalau awak jalan seorang diri boleh saya…”
Kata – kata Aril terputus apabila Hairul menyergahnya dari belakang.
Sekali lagi, Riana memalingkan mukanya daripada Hairul. Dia tidak tahu
mengapa, setiap kali Hairul muncul di depannya dia sentiasa berasa gelabah.
Sejurus kemudian, bas yang ditunggu – tunggu oleh Riana telah pun sampai sekali
lagi dia mengucapkan terima kasih kepada Aril lalu beroleh pergi. Hairul hanya
melihat pergerakan Riana seperti ada daya tarikan magnet di dalam hati Riana
yang membuatkan dia terpikat dengan gadis itu.
“ Aril, apasal kau buat dia
macam tu. Kau ni kan memang… Aril kau jangan permainkan dia faham tu! Awas kau
kalau … ” Kata – kata Hairul terputus.
“ Alaa.. kita dua ni sama
ja dua kali lima ja. Apasal dengan kau ni? Selalunya ada budak perempuan aku
buat macam tu kau diam ja kali ni apasal kau backup budak tu? Jangan kata kat aku kau suka dekat gadis tu.” Hairul
menolak kepala Aril dan Aril mengejar Hairul yang mulai berganjak dari situ.
. . . . .
Malam itu, Riana membuka muka bukunya yang hampir sebulan tidak
dibukanya. Pelbagai status yang dapat
dilihatnya, seperti biasa dia hanya tahu menekan butang suka pada setiap status
yang dianggapnya ada kena mengena dengan dirinya.
Di ruang sembang pula, kelihatan Nazrul juga sedang membuka muka
bukunya. Hari itu,dia tidak tertunggu – tunggu mesej daripada Nazrul seperti
kebiasaannya. Terdapat dua senarai orang yang ingin berkawan dengannya di dalam
muka buku tersebut dia hanya menekan butang terima tanpa memeriksa profil orang
yang ingin berkawan dengannya.
Dia hanya bermain dengan tetikusnya, dia menarik scroll bar tersebut
dari atas ke bawah begitu juga sebaliknya. Tiba – tiba sahaja terdapat dua
orang menghantarkan mesej kepadanya salah satunya ialah Nazrul.
. JapanesePunkBoy
Japenese PunkBoy:
Hai
salam perkenalan Riana. Thanks,
approve saya dekat fb.
|
.
Mohd
Nazrul
Mohd Nazrul:
Selamat Malam Riana. Thanks bantu saya dan Laila selesaikan masalah kitorang. Saya
tak tahu nak cakap apa lagi, akhirnya kitorang dah luahkan perasaan masing
– masing.
|
Riana tersenyum melihat mesej daripada Nazrul hatinya berasa lega
apabila mendengar bahawa Nazrul dan Laila akhirnya mengetahui perasaan masing –
masing. Dalam masa yang sama dia berasa pelik terhadap satu lagi mesej yang
diterimanya.
“ Bagaimana dia boleh tahu
nama aku ni? Dekat facebook aku, tak
letak nama sebenar pun.” Riana memeluk tubuhnya lalu memeriksa profil lelaki
yang menggunakan nama Japanese PunkBoy. Hatinya hampa apabila tiada klu
mengenai siapa lelaki itu.
.
Mohd
Nazrul
Mohd Nazrul:
Selamat Malam Riana. Thanks
bantu saya dan Laila selesaikan masalah kitorang. Saya tak tahu nak cakap
apa lagi, akhirnya kitorang dah luahkan perasaan masing – masing.
Zafirah Eliana:
Selamat Malam juga. Sama-sama, wah bagus la kalau macam
tu saya tumpang gembira kat korang berdua. Sebagai kawan saya mesti
membantu korang berdua. Tak kan lah saya yang tahu perasaan kamu berdua
yang saling suka tu saya tak sampaikan. Terpendam la nanti sampai bila pun
tak tahu.
Mohd Nazrul:
Saya harap, awak akan dapat seorang lelaki yang lebih
baik dari saya. Awak kan seorang yang baik, saya yakin suatu hari nanti ada
seorang lelaki yang baik akan muncul dalam hidup awak. Saya kena off dulu, esok pagi saya ada
rombongan. Selamat malam.
Zafirah Eliana:
Selamat malam juga.
|
Riana hanya tersenyum melihat mesej yang
disampaikan oleh Nazrul kepada dirinya sebentar tadi. Satu lagi mesej yang
diterimanya sebentar tadi tidak diendahkannya. Dia berasa pelik bagaimana
lelaki itu boleh mengetahui nama sebenarnya. Dia turut mematikan muka bukunya
dan komputer ribanya.
Perlahan – lahan dia tertidur di atas
meja tersebut lalu hanyut dibuai mimpi indah.
Keesokan harinya, hampir seminggu cuti
sekolah berlangsung dalam empat tiga hari lagi sekolah akan mulai dibuka. Pagi
itu, Kayla bangun awal pagi untuk membawa Riana ke pusat membeli – belah.
Sebelum musim persekolahan bermula, Kayla ingin mengubah penampilan dirinya
agar Aril terpikat kepada dirinya.
“
Jahat la kau ni Kayla, apasal kau tak ajak Laila join kita.” Sampai sahaja di pusat membeli belah Riana terus
mencubit bahu Kayla yang mengenakan pakaian ala – ala korea itu.
“
Riana, sakit la. Dia sibuk la ada perkara yang dia nak lakukan dia kata.” Jawab
Kayla sambil matanya liar melihat butik pakaian serta beg berjenama di pusat
membeli – belah tersebut.
Pelbagai ragam manusia yang dapat
dilihatnya di pusat membeli belah tersebut. Mereka berdua akhirnya sampai ke
destinasi yang dituju, Kayla membawa Riana ke sebuah salon untuk mendandan
rambutnya.
“
Riana, kau tak nak ubah style rambut
kau ka?” Soal Kayla yang sedang duduk di sebuah kerusi sambil rambutnya sedang
didandan oleh seorang wanita berketurunan cina.
Riana menggeleng kepala, sebentar
kemudian dia bangkit dari duduknya lalu meminta diri kepada Kayla untuk pergi
ke sebuah kedai buku yang berada di tingkat atas.
“
Kau ni kan Riana, asyik buku ja yang ada dekat kepala otak kau. Apa salahnya
sesekali kau ubah penampilan diri kau yang terlalu simple tu.” Keluh Kayla kepada Riana namun Riana tidak
mengendahkannya, baginya cukuplah hanya mengenakan bedak untuk mengalas
mukanya.
Di persekitarannya, penuh dengan pasangan
yang sedang bertemu janji. Pelbagai ragam pasangan yang dapat dilihatnya
sesekali hatinya berasa cemburu melihat pasangan tersebut. Sampai sahaja di
sebuah kedai buku yang berhampiran, Riana terus mencari buku yang rujukan yang
hendak dibelinya. Setelah memilih sebuah buku, dia menuju ke sebuah rak buku yang
dipenuhi dengan majalah. Sesekali hatinya berasa sakit mendengar perbualan
orang yang berada di depannya. Orang yang berada di hadapannya tidak henti –
henti mentertawakan orang yang lalu – lalang di situ.
“
Muka sahaja cantik, tapi perangai macam gedik semacam ja.” Keluh Riana dalam
hati.
Sekali lagi, dia terserempak dengan
Hairul yang betul – betul berada di hadapannya. Hairul sedang bermesraan bersama
dengan gadis yang mentertawakan orang yang lau – lalang sebentar tadi. Dia
segera berganjak dari situ sebelum Hairul turu melihatnya.
Setelah membayar buku yang dibelinya,
Riana menuju ke salon rambut itu semula. Dalam perjalannya menuju ke salon
rambut tersebut, sekali lagi dia harus berhadapan dengan pasangan yang sedang
bertemu janji. Dalam banyak – banyak pasangan tersebut, terdapat satu pasangan
yang mencuit hatinya. Lelaki tersebut menyuruh teman wanitanya untuk memilih
cincin yang cantik untuk menandakan bahawa sebentar lagi perempuan tersebut
akan menjadi milik lelaki itu.
“
Buku apa yang kau beli tu Riana?” Soal Kayla yang sedang membayar dandanan
rambutnya.
“
Buku ekonomi, sains sukan, matematik.” Jawab Riana sambil membelek – belek
plastik tersebut.
“
Nampaknya, kau memang betul betul nak naikkan prestasi kau la ni tak begitu cik
Riana oi?!” Soal Kayla. Perjalanan mereka terhenti apabila Kayla hendak ke
sebuah butik yang menjual beg serta pakaian.
“
Yalah ! Kau ni tahu shopping ja
memanglah kita harus naikkan markah kita. Tak kan lah selamanya nak gagal.”
Keluh Riana sambil membelek – belek pakaian.
Kayla hanya berdiam diri, dalam dirinya
langsung tidak ada rasa penyesalan. Sejurus kemudian, mereka pun beredar dari
kompleks membeli belah tersebut memandangkan jam menunjukkan 4 petang.
Malam itu, Riana membuka muka bukunya
untuk memeriksa info terkini. Memandangkan hanya tinggal bebebrapa hari sahaja
lagi sekolah akan bermula, Riana menghabiskan masanya sepuas – puasnya untuk
melayari internet. Sekali lagi, lelaki pelik yang menghantarkan mesej kepadanya
semalam tidak jemu menghantar mesej kepadanya lagi buat kali kedua.
. Japanese
PunkBoy
Japanese PunkBoy:
Selamat malam RianaJ
|
Riana teragak – agak untuk membalas mesej
tersebut. Tiba – tiba sahaja hatinya tergerak untuk menekan papan kekunci di
komputer ribanya.
. Japanese
PunkBoy
Japanese PunkBoy:
Selamat malam RianaJ
Zafirah Eliana:
Selamat malam.Kamu ni siapa? Macam mana kamu boleh tahu
nama saya Riana?
Japanese PunkBoy:
Saya orang yang bersekolah di sekolah kamu. Adakah itu
penting untuk awak mengetahui bagaimana saya boleh mengetahui nama awak?
|
menjawab pertanyaan tersebut. Sebentar
kemudian lelaki tersebut keluar daripada
laman
muka buku. Meninggalkan pelbagai
persoalan
kepada Riana.
Persoalan yang bermain di minda Riana
semakin
rancak, apabila lelaki pelik tersebut
mengetahui
gelang kepun
Japanese
PunkBoy
Japanese PunkBoy:
Selamat malam RianaJ
Zafirah Eliana:
Selamat malam.Kamu ni siapa? Macam mana kamu boleh tahu
nama saya Riana?
Japanese PunkBoy:
Saya orang yang bersekolah di sekolah kamu. Adakah itu
penting untuk awak mengetahui bagaimana saya boleh mengetahui nama awak?
Kalau awak nak tahu, gelang awak ada dekat saya. Buka
sekolah nanti, saya kembalikan. Saya dah baiki gelang awak yang putus tu.
Jangan risau saya tak akan jual gelang awak.
Kalau awak ada apa masalah atau apa – apa yang awak nak
kongsikan dekat saya hubungi saya.
012 987123645
R
|
mengambil nombor telefon yang diberikan
oleh lelaki
tersebut sebelum keluar daripada muka
buku
tersebut.
Bab 4
Burung berkicauan mencari makanan sekaligus membangunkan seluruh
makhluk manusia yang masih tidur dibuai mimpi meskipun hari sudah siang.
Selepas sahaja bersarapan bersama keluarganya, Riana terus
sahaja masuk ke dalam biliknya lalu mengunci pintu biliknya. Telefon bimbit
kepunyaannya dicapainya lalu menghubungi lelaki pelik tersebut. Tidak ada lagi
rasa takut dalam diri Riana untuk menghubungi orang yang tidak dikenalinya, apa
tidaknya gelang yang disangka telah tercicir dan tidak akan dijumpai lagi
bersama dengan orang yang tidak dikenalinya.
“ Selamat pagi,
Riana. Nak tanya pasal gelang tu kan.” Lelaki tersebut memulakan
perbicaraannya. Riana kaget, bagaimana lelaki tersebut mengetahui bahawa ini
adalah nombor telefonnya dan mengapa lelaki tersebut boleh mengetahui bahawa
Riana ingin menanyakan mengenai gelang kepunyaannya.
“ Ya, saya ingin
mengetahui bagaimana gelang kepunyaan saya boleh berada di tangan awak?” Soal
Riana.
“ Tu semua tak
penting. Yang penting gelang tu ada dekat saya, awak jangan risau saya tak akan
kacau gelang awak ni.” Lelaki tersebut sedang memegang gelang kepunyaan Riana.
“ Siapa nama awak?
Bagaimana awak tahu nama saya? Awak… awak ni pengintip ka?” Pelbagai soalan
yang diberikan oleh Riana kepada lelaki tersebut.
“ Nama saya… RAHSIA
! Saya tahu nama awak sebab, saya nak jadi kawan awak dan saya bukan
pengintip.” Riana terus sahaja mematikan panggilan tersebut lalu keluar
daripada biliknya.
Hari itu, Riana meluangkan masa senggangnya bersama dengan
keluarganya. Mereka sekeluarga menonton televisyen bersama, selepas itu mereka
menjamu makan malam mereka sekeluarga.
Selesai sahaja menjamu makan malam, Riana membantu ibunya
mencuci pinggan manakala kakaknya menyusun pinggan. Keluarga Riana penuh dengan
kemesraan dan hanya itu sahaja yang ada dalam diri Riana selama ini,
kekeluargaan dan persahabatan.
“ Malam Riana.”
Riana yang baru sahaja dibuai mimpi terjaga dari tidurnya apabila lelaki pelik
menghubunginya semula. Rasa penyesalan memberi nombor telefonnya kepada lelaki
tersebut mulai timbul dalam diri Riana.
“ Kau lagi. Kau nak
apa ni esok pagi tak boleh ka hubungi aku?” Soal Riana dengan nada yang
perlahan kerana mengantuk.
“ Maaf aku tak
boleh tidur. Kau temankan aku malam ni boleh?” Sejurus kemudian, Riana
mematikan telefonnya.
Keesokan paginya, lelaki tersebut menghubungi Riana yang sedang
khusyuk mengulang kaji pelajaran. Riana
teragak – agak untuk menerima panggilan tersebut, setelah beberapa kali lelaki
itu menghubunginya akhirnya Riana mengalah lalu menerima panggilan tersebut.
“ Selamat pagi
Riana, tengah buat apa tu?” Soal lelaki tersebut.
“ Siapa nama awak?
Tak adil la macam ni nama saya awak tahu tapi saya langsung tak tahu nama
awak.” Riana tidak menjawab malahan dia menanyakan nama lelaki tersebut.
“ Kan saya dah kata
RAHSIA! Riana, antara movie japan
dengan movie korea awak lebih prefer movie apa?” Seperti biasa lelaki
tersebut merahsiakan namanya daripada Riana sambil menambahkan soalan kepada
Riana.
“ Movie Japan. Saya lebih prefer movie japan dari korea. Yang ni
adil bagi saya, sebab saya tahu awak pun minat movie japan juga kan nama fb awak yang bagi klu dekat saya.” Riana
tersenyum puas.
“ Pandai. Nampaknya
kita ada persamaan. Awak pernah tengok movie koizora tak? Boku wa kimi ni koi
wo suru? Gokusen? Ki mi ni todoke? Hanamizuki? ” Pelbagai jenis filem yang
diajukan kepada Riana.
Riana tergelak.”
Lelaki pun layan cerita romance juga
ka? Pelik la awak ni, um… saya pernah tengok movie koizora, boku wa kimi ni koi
wo suru, ki mi ni todoke dan hanamizuki. Gokusen belum pernah lagi. Kesian
watak perempuan dekat dalam movie koizora dan boku wa kimi ni koi wo suru terutamanya
movie koizora tu banyak halangan yang perempuan tu tempuhi.” Ujar Riana panjang
lebar.
“ Wah awak memang
fanatik sangat dekat filem jepun ka? Saya tak minat dengan filem romantik tapi,
saya memang minat dengan actor dalam filem tu.” Ujar lelaki tersebut.
“ Saya pun sama,
saya memang minat Haruma miura dengan Yui aragaki actor dan actress yang
berlakon dalam cerita koizora tu. Lagi satu, saya memang minat sangat dengan
lagu – lagu Yui Aragaki terutama lagu yang bertajuk Heavenly days ost filem
koizora tu.” Lama – kelamaan, perbualan
mereka berdua semakin rancak. Mereka juga mempunyai banyak persamaan dan itu
membuatkan hati Riana semakin berminat untuk mengenali lelaki yang tidak
dikenalinya itu.
. . . . .
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, musim persekolahan
semester kedua akan berlangsung. Hati Riana berasa tenang kerana kerja
sekolahnya telah disiapkan kesemuanya, hanya tinggal menunggu musim
persekolahan bermula.
Riana mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi lelaki pelik
tersebut. Dia tidak ingin mengalah, dia masih ingin mencuba sedaya upaya agar
lelaki tersebut memberitahu namanya.
“ Hai Riana.
Nampaknya awak dah berminat dengan saya tengahari macam ni awak hubungi saya,
ada apa yang saya boleh bantu?” Lelaki itu memulakan perbicaraannya.
“ Tak. Perasan saya
tak berminat dengan awak la, saya tak akan mengalah cepat bagi tahu saya siapa
nama awak?” Riana meningikan suaranya.
“ Nama saya ….
R-A-H-S-I-A. Hey, Riana awak suka apa? Hobi awak?” Soal lelaki tersebut sambil
mengambil gambar halaman rumahnya.
“ Ok, saya akan
panggil awak dengan nama RAHSIA ! Ok encik Rahsia. Buku, Kotak muzik oh ya…
selama ni saya teringin sangat nak sebuah kotak muzik dalam kotak muzik tu pula
ada lagu heavenly days. Hobi saya, saya suka membaca. Awak pula suka apa?
Hobi?” Jawab Riana sambil membelek – belek majalahnya.
“ Saya suka… saya
suka awak. Hobi saya pula melukis dan ambil gambar serta banyak lagi la.
Riana terdiam. Dia ingin melupakan apa yang telah dijawab oleh
lelaki tersebut. Dia segera menukar topik, dia tidak ingin memperbesarkan hal
itu.
Hampir seharian mereka berdua saling berhubung, sedar tidak
sedar hari sudah pun malam. Namun, Riana masih tidak ingin mematikan
panggilannya kerana dia masih ingin berusaha untuk mengetahui diri lelaki
tersebut. Pelbagai lawak jenaka yang mereka kongsikan bersama, dan itu semua
membuatkan hati Riana ingin mengenali lelaki itu lebih dekat. Riana yakin
bahawa lelaki yang beberapa hari ini berhubung dengannya adalah lelaki yang
baik, suara lelaki tersebut juga lemah lembut sahaja. Sebentar kemudian, lelaki
tersebut mematikan panggilannya Riana mencebik lalu menghempaskan tubuhnya ke
atas katil perlahan – lahan matanya mulai tertutup dibuai mimpi malam yang
indah.
Pagi itu, ibu bapa Riana serta kakaknya membuat satu rancangan
untuk Riana. Awal pagi lagi, Aisyah membantu ibunya membuat kek hari jadi Riana
manakala ayahnya pula membuat kejutan untuk Riana.
Riana terjaga daripada tidurnya apabila telefon bimbitnya
berbunyi, tertera nama lelaki rahsia di dalam telefon bimbitnya. Dia mengeliat
lalu menjawab panggilan tersebut.
Happy
Birthday to you….
Happy
Birthday to Riana….
Happy Birthday to you….
Riana tersenyum lalu mengucapkan terima kasih kepada lelaki
tersebut. Baru pertama kali dia mendengar seorang lelaki yang tidak dikenalinya
menyanyikan dia sebuah lagu.
“ Macam mana awak
boleh tahu hari ni hari jadi saya?” Soal Riana yang bangkit dari katilnya.
“ Kan saya dah
kata, saya suka dekat awak. Itu sebabnya saya tahu semua pasal awak.” Jawab
lelaki tersebut sambil melukis muka Riana.
Riana terdiam kaku, dia tidak tahu ingin berkata apa lagi.
Sejurus kemudian, dia bangkit dari duduknya lalu membuka langsir biliknya. Pagi
itu, langit kelihatan cerah seperti hati Riana hatinya semakin tertambat kepada
lelaki tersebut. Perasaan cintanya terhadap Nazrul lama kelamaan dapat
dilupakan.
“ Hey, rahsia awak
tengah buat apa sekarang ni?” Riana membuka soalan setelah lama mereka berdiam
diri.
“ Saya tengah lukis
wajah awak yang cantik, comel, ayu tu.” Jawab lelaki tersebut dengan yakin.
Riana terdiam.”
Riana… awak marahkan saya ka sebab kata muka awak macam tu?” Soal lelaki
tersebut setelah sekian lama Riana berdiam diri.
“ Tak marah. Tapi,
saya seorang yang biasa – biasa sahaja. Tak macam perempuan lain yang ada dekat
persekitaran awak.” Jawab Riana sambil tersenyum.
Lelaki tersebut
terdiam sejenak.” Hey Riana, esok jangan lupa jumpa saya masa rehat esok. Jumpa
saya di dewan perhimpunan esok. Saya akan kembalikan gelang awak dan saya akan
perkenalkan diri saya dekat awak.” Ujar lelaki tersebut lalu mematikan
panggilannya seperti semalam.
Riana meletakkan telefon bimbitnya di atas meja belajarnya lalu
masuk ke dalam tandas untuk membersihkan dirinya. Sejurus kemudian, dia keluar
daripada bilik mandi tersebut lalu keluar daripada biliknya. Dia terpegun
melihat persekitaran ruang tamunya yang penuh dihiasi dengan perhiasan. Dia
tersenyum melihat keluarganya yang menyanyikannya lagu hari jadi.
Riana bangga melihat keluarganya yang tidak pernah jemu melayan
karenahnya. Tidak ketinggalan kedua
orang rakannya, Kayla dan Laila turut memberikan mesej selamat hari jadi
kepadanya. Selepas sahaja memotong kek hari jadinya, Riana dan keluarganya
bersiap untuk membawa Riana bersarapan di luar sempena hari jadinya.
Bab 5
“ Riana kau yakin
kitorang tak payah temankan kau nak jumpa budak tu?” Soal Laila yang risau akan
keadaan Riana yang hendak berjumpa dengan lelaki rahsia itu bersendirian. Kayla
hanya berdiam diri perasaan cemburu dalam dirinya tiba – tiba sahaja timbul.
“ Um… tak payah la
temankan aku. Korang rehat la, aku tak nak ganggu masa rehat korang.” Ujar
Riana lalu beroleh pergi dari situ, dia tahu apa yang sedang bermain di minda
Kayla sekarang.
Sampai sahaja di depan pintu dewan tersebut, dia teragak – agak
untuk membuka tombol pintu dewan tersebut. Oleh kerana dia ingin mengambil
semula gelang kepunyaannya, dia menguatkan hatinya untuk membuka pintu dewan
tersebut dan masuk ke dalam.
Hampir sepuluh minit dia menunggu kedatangan lelaki tersebut,
dia hanya duduk berdiam diri sambil melihat persekitarannya yang sunyi. Tiba –
tiba sahaja pintu dewan tersebut dibuka, dia melihat ke arah pintu dewan
tersebut lalu bangkit dari duduknya. Dia membuka langkahnya menuju ke luar
dewan tersebut.
“ Riana !” Lelaki
tersebut memanggil Riana dan langkah Riana terhenti. Dia segera menoleh ke arah
belakang meskipun dia tidak ingin melihat wajah lelaki tersebut, namun dia
harus menerima hakikat bahawa orang itu la yang selama ini menghubunginya.
“ Nama saya…
Hairul.” Hairul menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Riana sambil
memperkenalkan dirinya.
Riana hanya
tercegat berdiri di hadapan Hairul. Dia seolah – olah tidak ingin menerima
hakikat bahawa lelaki yang selama ini berhubungan dengannya ialah Hairul. “
Selamat hari jadi, nah saya kembalikan gelang awak. Saya dah baiki gelang awak
tu, ni bukti saya ialah orang yang selama ini berhubungan dengan awak melalui
telefon bimbit.” Hairul menghulurkan gelang kepunyaan Riana, namun Riana tidak
menerimanya. Hairul memegang tangan Riana dan membantunya mengenakan gelang
tersebut. Sejurus kemudian, Hairul turut memberikan Riana sebuah kotak muzik
berwarna biru.
“ Kotak muzik tu,
saya… kenapa awak pilih saya?” Riana tidak menerima kotak muzik tersebut. Dia
yang gugup memberikan soalan kepada Hairul dengan nada suara yang tinggi.
“ Sebab… saya suka
awak dan…” Kata – kata Hairul terputus setelah Riana memotong perbicaraannya.
“ Tapi… saya tak
suka awak. Awak… menakutkan, pelik.” Sejurus kemudian Riana pergi dari situ
meninggalkan Hairul bersama dengan kotak muziknya.
Subjek seterusnya bagi pelajar kelas 4 ekosukan adalah subjek
sains sukan. Riana lewat masuk ke kelas pada hari itu, kerana mindanya
berserabut. Hampir sepuluh minit dia berada di dalam pusat sumber untuk
menenagkan dirinya.
“ Macam mana Riana
dia dah kembalikan gelang kau ka? Siapa orang tu? ” Soal Kayla kepada Riana
yang sedang mengeluarkan buku sains sukannya. Laila turut menumpuhkan
perhatiannya kepada Riana yang bermasam muka.
“ Um… dia dah
kembalikan. Orang pelik yang berketerampilan seperti seorang samseng, Hairul.”
Jawab Riana memandang rakannya lalu membelek bukunya.
” Hairul? Kawan
Aril tu. Tak sangka pula dia minat dekat kau.” Kayla meyakinkan dirinya, dia
juga tidak mempercayai bahawa orang tersebut ialah Hairul.
“ Aku dengar –
dengar, dia tu kaki perempuan juga. Dia dah ada girlfriend dari sekolah lama
dia tu. Baik kau hati – hati sebab girlfriend dia tu akan buat apa sahaja untuk halang seseorang
dari ambil budak tu.” Laila memberi peringatan kepada Riana, Riana hanya
berdiam diri.
Pulang sahaja dari sekolah, Riana menjamu makan tengaharinya
lalu membersihkan dirinya. Usai sahaja membersihkan dirinya, dia terus menonton
televisyen. Puan Rabiatul berasa pelik dengan perangai anak perempuannya yang
tidak ceria seperti selalunya.
“ Makanlah Riana,
kenapa ni Riana ada masalah ?” Malam itu, Riana langsung tidak menjamah
makanannya. Alasannya, dia tidak mempunyai selera makan untuk menjamah
makanannya.
“ Tiada apa masalah
pun mak. Riana masuk bilik la dulu.” Riana meminta izin kepada ibu bapanya
untuk masuk ke dalam bilik.
Lama sekali dia memandang telefon bimbitnya, dia tidak tahu
mengapa dia masih tertunggu – tunggu panggilan daripada Hairul. Pintu biliknya,
dibuka oleh Aisyah dan Aisyah duduk di atas katilnya.
“ Riana, akak nak
tanya sikit jangan marah.” Aisyah memegang tangan Riana, untuk menenangkan hati
Riana yang gelisah itu.
“ Tanya la akak.
Riana tak akan marah.” Jawab Riana.
“ Riana, jatuh
cinta dekat seseorang ka?” Tanya Aisyah, dia dapat melihat dari riak wajah Riana
yang gelisah itu.
“ Um… tak la apa la
akak ni. Um… tak malas la nak bahas pasal tu. Dah la akak Riana nak tidur nanti
esok lewat pula ke sekolah.” Riana menafikannya. Dia menarik tangan kakaknya
lalu menolak kakaknya keluar dari biliknya. Dia sendiri tidak mengetahui apa
yang dirasakannya sekarang ini.
. . . . .
“ Riana! Bangunlah Riana dah jam 6
pagi dah ni Riana.” Hampir berkali – kali Puan Rabiatul mengetuk pintu bilik
Riana, namun anak gadisnya itu masih dibuai mimpi indah.
Tiba – tiba sahaja Riana terjaga dari tidurnya apabila Puan
Rabiatul memercikkan air ke arah mukanya. Dia segera bersiap untuk ke sekolah,
sarapannya tidak sempat dijamahnya. Dia berlari sekuat hati ke stesen bas yang
berdekatan.
Dalam masa yang sama Hairul juga mempunyai masalah, basikalnya
tiba – tiba sahaja rosak. Sebelum ke sekolah, dia sempat menghantar basikalnya
menuju ke sebuah bengkel. Sejurus kemudian, dia berlari sekuat hatinya menuju
ke stesen bas yang berdekatan mujur sahaja bas tersebut menunggunya.
Riana terpaksa berdiri di dalam bas yang sesak itu. Tanpa
disedari seorang penyeluk saku mencuri dompetnya yang berisi sejumlah wang
untuk membayar yuran perkhemahannya. Hairul yang menyaksikan kejadian
itu,segera membantu Riana meskipun dia tidak menyedari bahawa orang yang
dibantunya itu ialah Riana. Penyeluk saku tersebut, terus sahaja turun daripada
bas awam tersebut. Hairul mengembalikan dompet kepunyaan Riana, mereka berdua
saling bertatapan sehinggalah sampai ke destinasi yang dituju.
Turun sahaja
daripada bas tersebut, Hairul terus sahaja menarik tangan Riana. Meskipun
berkali – kali Riana meminta Hairul untuk melepaskan tangannya,namun Hairul
tidak mengendahkan permintaannya. “ Lepas la, aku boleh jalan sendiri la.
Lepas…” Akhirnya Hairul mengalah dan
melepaskan tangan Riana.
Sampai sahaja di sekolah mereka, sekali lagi Hairul menarik
tangan Riana sehingga di belakang sekolah mereka. Riana hanya tercegat berdiri,
kelihatan di hadapan sekolahnya guru disiplin serta pengawas sekolah sedang
menunggu kedatangan pelajar lewat pada hari itu.
“ Naik cepat
sebelum diorang tangkap kita.” Hairul menundukkan badannya lalu menyuruh Riana
naik di atas belakangnya. Pada mulanya Riana menolak, oleh kerana kelihatan dua
tiga orang pengawas sedang meronda di persekitaran sekolahnya akhirnya dia
mengalah dan naik di atas belakang badan Hairul lalu memanjat tembok
sekolahnya. Sejurus kemudian, Hairul melemparkan beg sekolahnya di dalam
sekolah tersebut lalu memanjat tembok sekolah mereka.Riana terpegun melihat
kehebatan Hairul memanjat tembok sekolah tersebut. Hairul mengambil kasut
sekolah Riana lalu membantunya memakaikan kasut sekolahnya. Akhir sekali,
Hairul ingin membantu Riana turun daripada tembok sekolah tersebut namun Riana
menolaknya.
Hairul pergi meninggalkan Riana yang masih duduk tercegat di
atas tembok sekolah tersebut. Dia tersenyum melihat gelagat Riana yang mencuit
hati itu.
Perlahan – lahan
Riana turun daripada tembok sekolah tersebut lalu berlari sekuat hatinya menuju
ke kelasnya. Nasibnya baik pada hari itu, kerana guru yang mengajar kelas 4
ekosukan pada hari itu datang lewat kerana mempunyai urusan. “ Lewatnya kau
datang hari ni Riana, tadi aku nampak Hairul pun baru ja lalu depan kelas kita.”
Kata Kayla sebaik sahaja Riana duduk di sebelahnya.
“ Aaah, aku Nampak
dia senyum lebar pula tu sebelum ni aku tak pernah tengok dia senyum lebar
macam tu. Kau pun sama ceria semacam ja pagi ni. Jangan kata dekat aku yang kau
dah jatuh hati dekat dia.” Riana mencubit Laila sebaik sahaja mendengar kata –
kata Laila.
Beberapa jam menimba ilmu, masa rehat telah pun berlangsung.
Sebelum menjamu makanan di kantin, Riana, Kayla dan Laila menemui guru kelas
mereka untuk memberikan yuran perkhemahan yang akan dilangsungkan keesokan
harinya.Sejurus kemudian, tiga sahabat tersebut menuju ke kantin. Dalam
perjalanan mereka menuju ke kantin, tanpa disedari Hairul dan Aril mengekori
mereka bertiga dari belakang.
Riana menoleh ke belakang dan menenangkan dirinya. Perasaan
marah tiba – tiba sahaja muncul dalam dirinya. Lama – kelamaan Kayla dan Laila
turut mengetahui bahawa Hairul dan Aril mengekori mereka dari belakang.
Perjalanan Kayla berhenti seketika apabila dia melihat Aril,dengan sekuat
tenaga Riana menarik tangan kawannnya menuju ke kantin.
Sampai sahaja di
kantin, mereka bertiga duduk di sebuah bangku. Aril duduk bersebelahan dengan
Kayla yang berubah penampilan itu.” Korang, aku nak pinjam kawan korang sekejap
tak lama pun tiga lima minit ja.” Hairul menarik tangan Riana lalu membawanya
menuju ke dewan sekolah mereka.
Sampai sahaja di
dewan tersebut, Hairul melepaskan tangan Riana.” Riana, Hairul tahu Riana tak
sukakan Hairul tapi apa salahnya kita menjadi sahabat. Hairul tahu Hairul tak
sehebat Nazrul, tapi satu ja yang Hairul minta dekat Riana Hairul nak jadi
sahabat Riana. Hairul janji Hairul akan mengubah penampilan diri Hairul untuk
Riana.” Hairul memegang kedua – dua bahu Riana sambil menyatakan hasratnya
untuk bersahabat dengan Riana.
Riana menolak Hairul, lalu beroleh pergi dari dewan tersebut.
Hairul terduduk, perasaannya terhadap Riana tidak boleh dipendam lagi. Namun,
tidak pernah sekali pun Riana memberi peluang kepada Hairul hanya kerana
penampilan dan perangai Hairul yang dilihatnya selama ini.
“ Riana tunggu
sekejap.” Balik sahaja dari sekolah Aril ingin menemui Riana. Kelihatan muka
Aril serius daripada yang selalu dilihat mereka. Laila menarik tangan Kayla dan
meminta diri daripada Riana.
Riana bersetuju
untuk menemui Aril. Mereka berdua masuk ke dalam sebuah kafe, lalu memesan
minuman darpada pelayan kafe tersebut.” Riana, aku nak jumpa dengan kau bukan
sebab apa. Aku simpati la tengok Hairul tu, kau tahu tak dia tu bersungguh –
sungguh untuk mengubah perangainya semata – mata untuk kau.Kau harus tahu satu
hal mengenai Hairul dia jadi macam tu sebab keluarga dia tau, bukan dia yang
nak jadi macam tu. Keluarga dia bermasalah, kitorang kawan sejak dari sekolah
rendah lagi aku tahu sangat perangai dia tu.”Riak muka Aril kelihatan sangat
serius tidak seperti yang selalu dilihatnya.
“ Keluarga dia tu…
bagaimana dengan keadaan keluarga dia?” Riana mengajukan soalan kepada Aril
lalu menikmati capucino yang dipesannya.
“ Kalau kau nak
tahu semasa dia berumur dalam sepuluh sebelas tahun macam tu, keluarga dia
mengalami masalah kerana muflis. Sejak hari itu, ibu bapa dia selalu
bertengkar. Cuba kau bayangkan keluarga yang dahulunya hidup serba mewah,
bahagia tiba – tiba sahaja ditimpa musibah. Bukankah itu semua memberi
tanggapan negatif kepada budak yang baru berusia sepuluh tahun. Semenjak hari
itu, ayah dia yang dahulunya seorang yang penyayang bertukar watak menjadi
seorang kaki pukul, kaki perempuan dan sebagainya. Hampir setiap hari, ayah dia
membawa seorang perempuan masuk ke dalam rumahnya. Jika ayahnya sedang marah,
habis seluruh badannya menjadi pukulan ayahnya. Begitu juga dengan ibu serta
kakaknya, pernah sekali ayahnya membawa kakaknya yang pada masa itu baru
berusia belasan tahun ke sebuah lembah pelacuran. Namun, kakaknya berjaya
diselamatkan oleh Hairul yang membantu kakaknya keluar daripada lembah
pelacuran itu. Suatu malam, apabila ayahnya dapat mengetahui bahawa Hairul
membantu kakaknya keluar dari lembah tersebut ayahnya yang berang segera
membelasah Hairul secukup – cukupnya. Sejak hari itu, Hairul menjadi seperti
yang kau lihat sebelum ini.”Ujar Aril panjang lebar, rasa penyesalan terhadap
dirinya yang sombong mulai timbul dalam diri Riana. Dia segera bangkit dari
duduknya lalu memulakan langkahnya keluar dari kafe tersebut.
Langkahnya terhenti apabila Aril
menyatakan sesuatu kepadanya. ” Riana,
kau fikir – fikirkanlah aku yakin Hairul memang sukakan kau tak macam perempuan
lain.Kalau ia pun kau tak suka kan dia, apa salahnya kau berbaik dengan dia.
Aku juga yakin bahawa dia betul – betul sayangkan kau. Aku dah tak tahan lagi
tengok diri dia yang betul – betul ingin mengubah perangai serta penampilannya
meskipun sudah bertahun dia berketerampilan sebegitu rupa.” Tambah Aril.
Bab
6
Hari itu,
warga SMK Sinar Jaya mengadakan perkhemahan di sebuah tempat perkhemahan yang
berlangsung selama dua hari dua malam itu. Kelihatan para pelajar tidak sabar
untuk meneruskan perkhemahan mereka. Setelah menjamu sarapan yang disediakan
pihak sekolah, selaku pengetua SMK Sinar Jaya Puan Mirna memberikan sedikit
ucapan ditambahkan dengan taklimat. Beberapa jam kemudian, guru pengiring
setiap kelas mengatur pelajar – pelajar mereka.
Sebilangan
pelajar mulai masuk ke dalam sebuah bas
yang mempunyai dua tingkat itu. Kayla tidak henti – henti mencari kelibat Aril,
begitu juga dengan Laila dia juga tidak henti – henti mencari kelibat Nazrul.
Hanya Riana yang bersikap tenang dalam kalangan rakannya.
Kini, giliran Riana serta rakannya masuk
ke dalam bas tersebut. Mereka bertiga duduk di barisan yang paling belakang
kerana Kayla ingin mendekatkan dirinya kepada penghawa dingin. Hati Kayla
berlonjak gembira apabila melihat Aril sedang mencari sebuah tempat duduk.”
Aril, sini – sini ada tempat kosong.” Kayla menjerit nama Aril lalu menyuruhnya
duduk di sebelahnya meskipun dia tahu bahawa Riana berada di sebelahnya.
Pada
mulanya, Kayla meminta agar Riana duduk berhadapan dengannya namun akhirnya dia
mengalah apabila Riana tidak mengendahkannya. Sejurus kemudian Kayla duduk di
hadapan Riana dan bersebelahan dengan Aril. Hati Riana berasa tenang kerana
tiada siapa yang berada di sebelahnya, tapi perasaan tenang itu hanya sebentar
sahaja berada dalam dirinya setelah dia melihat Hairul meminta agar Kayla duduk
bersebelahan dengan Riana dan dia mengambil tempat Laila, kerana hanya ada satu
tempat sahaja lagi di dalam bas tersebut iaitu tempat kosong yang berada di
sebelah Riana.
“ Nampaknya dia dah berputus asa dengan
kau tu.” Ujar Laila, Riana hanya berdiam diri.
Perjalanan
mereka mengambil masa selama beberapa jam untuk sampai ke destinasi yang
dituju. Kebanyakan para pelajar,terlena kerana kepenatan. Termasuk juga Aril,
Kayla serta Laila yang berada di tempat yang paling belakang. Hanya Riana dan
Hairul sahaja yang tidak terlena, kelihatan Riana sedang khusyuk membaca sebuah
buku manakala Hairul pula tidak henti – henti melakar sebuah lukisan.Sesekali,
Riana mencuri pandang ke arah Hairul dia berasa pelik dengan keadaan Hairul
pada hari itu kerana Hairul langsung tidak mengendahkannya.
Sampai
sahaja ke destinasi yang dituju, pelajar SMK Sinar Jaya mendirikan khemah
sebelum menjamu makan tengahari mereka.
“ Hai, Laila.” Nazrul menyergah Laila
yang sedang khusyuk mendirikan khemah.
“ Wah ada pasangan baru la kan Riana.
Untunglah kau Laila dah ada pasangan aku ni entah bila la ada orang nak jadikan
aku kekasih.”Kayla terpegun melihat Nazrul yang menghulurkan sejambak bunga
kepada Laila.
Riana hanya
berdiam diri, sepanjang hari itu dia hanya berdiam diri. Dia hanya bersuara
apabila soalan yang penting diajukan kepadanya. Sebentar kemudian, Aril muncul
di hadapan Kayla seperti biasa Kayla seperti ingin melonjak gembira seperti
kanak – kanak yang baru sahaja diberikan sesuatu. Setelah siap mendirikan
khemah masing – masing pelajar SMK Sinar Jaya pun menjamu makanan yang dihidangkan
oleh pihak penganjur.
Sejurus
sahaja menjamu makanan tengahari, pelajar muslim menunaikan kewajipan mereka
iaitu solat manakala pelajar bukan muslim pula membantu membersihkan
persekitaran tapak perkhemahan. Beberapa minit kemudian, guru pengiring
memberikan sedikit taklimat kepada para pelajar mengenai perkhemahan mereka.
“ Riana, mara ke hadapan.” Cikgu
Syatilla, guru kelas 4 ekosukan memanggil Riana yang berada di barisan tengah.
Riana mara ke hadapan menunggu arahan
seterusnya dari guru kelasnya. “ Riana, cikgu dah buat keputusan mahu melantik
kamu sebagai ketua bagi perkhemahan untuk kelas kamu 4 ekosukan yang mempunyai
20 pelajar kesemuanya.” Cikgu Syatilla menyatakan hasratnya lalu memberikan
sehelai kertas kepada Riana.
“ Baik cikgu, saya akan menjalankan tugas
saya sebagai ketua untuk kelas 4 ekosukan.”
Jawab Riana.
“ Baguslah kalau macam tu. Dalam jam 4
petang nanti ada satu lagi taklimat untuk ketua di setiap kelas. Jangan lupa,
Riana. Ok semua bersurai.” Cikgu Syatilla mengingatkan Riana untuk menghadiri
sesi taklimat lalu beroleh pergi.
Sementara
masih ada masa senggang, para pelajar mengambil masa mereka bersiar – siar di
persekitaran kawasan perkhemahan tersebut. Tidak ketinggalan Kayla serta Laila
turut mengambil masa senggang mereka ke kawasan air terjun yang berhampiran.
Hanya Riana yang tidak mengambil masa senggangnya untuk mengikuti rakannya
kerana dia harus menghadiri sesi taklimat mengenai pengurusan.
Riana duduk
di barisan tengah, kelihatan beberapa pelajar sedang bersembang dan ada juga
yang bergelak tawa. Hanya ada segelintir pelajar termasuk Riana sahaja yang
kelihatan bersendirian. Beberapa minit kemudian, taklimat mengenai pengurusan
telah pun bermula. Riana menyediakan pennya lalu mula menulis setiap taklimat
yang diberikan.Setelah hampir sejam mendengar taklimat tersebut, ketua setiap
kelas pun mula berlalu pergi dari kawasan taklimat itu.
Langkah
Riana terhenti apabila dia terserempak dengan Hairul di kawasan taklimat itu.
Hairul hanya beroleh pergi dari situ tanpa mengendahkan Riana, meskipun
perasaannya terhadap Riana tidak berubah namun dia terpaksa menerima hakikat
bahawa Riana tidak menyukai dirinya.
“ Riana, sini.” Serentak Kayla dan Laila
memanggil rakan mereka. Kelihatan Aril serta Nazrul juga berada berdekatan
dengan Kayla dan Laila, Riana hanya tersenyum melihat telatah rakan – rakannya
yang mencuit hati itu.
Dalam
perjalanan menuju ke kawasan Kayla dan Laila, Riana terserempak dengan Hairul
yang sedang memegang sebuah kotak muzik yang dihadiahkan kepada Riana tempoh
hari. Riana mengekori Hairul sehingga ke suatu tempat yang sunyi, hanya mereka
berdua sahaja yang berada di tempat itu. Hairul menoleh ke belakang, kelihatan
Riana tercehat berdiri di belakangnya.
“ Apa… awak buat ni?” Soal Riana kepada
Hairul yang sedang membersihkan kotak muzik tersebut.
“ Kotak muzik ni harus dibersihkan,
nanti kotor dan berhabuk jika di simpan
terlalu lama di dalam sebuah kotak.” Jawab Hairul sambil mengelap kotak muzik
tersebut.
Sejurus
kemudian, Hairul membuka kotak muzik tersebut. Riana terpegun sambil tersenyum
melihat kotak muzik yang mempunyai lagu kegemarannya iaitu heavenly days.
Selama ini, dia memang menginginkan sebuah kotak muzik yang mempunyai lagu
kegemarannya itu.
“ Hairul memang cepat mencuri hati saya,
dia… dialah cinta pertama saya.” Ujar Riana kepada wartawan yang khusyuk
mendengar ceritanya.
“ Selepas itu, apa yang terjadi puan?
Adakah puan menerima kotak muzik tersebut? Bagaimana pula dengan hubungan puan
dan Hairul?” Soal seorang wartawan yang bertudung bawal.
Riana
duduk bersebelahan dengan Hairul lalu mengambil kotak muzik tersebut. “ Terima
kasih,… maafkan saya sebab selama ini saya bersikap dingin terhadap awak.”
Riana tunduk sambil meminta maaf kepada Hairul.
Hairul
hanya mengangguk lalu mengusap kepala Riana, Riana memegang kepalanya sambil
tersenyum. Sejurus kemudian, Hairul menarik tangan Riana menuju berhampiran
dengan Kayla dan Laila. Kayla bertepuk tangan lalu tersenyum melihat Riana yang
dapat menerima Hairul apa seadanya.
Pelbagai
aktiviti yang menarik dijalankan di tapak perkhemahan tersebut. Aktiviti lasak
mahupun sukaneka menjadi kemenangan buat kelas Riana kerana semangat dan
kerjasama mereka. Setelah beberapa hari, berada di tapak perkhemahan pelajar
SMK Sinar Jaya pun pulang kerumah masing – masing.
Pulang sahaja ke rumah, kelihatan muka
Riana ceria sahaja. Encik Khairi, Puan Rabiatul serta Aisyah hanya menggeleng
kepala melihat telatah Riana.” Hai Riana, nampaknya Riana dah jatuh cinta dekat
seseorang ja ni. Betul ka bohong?” Aisyah menyakat Riana yang sednag menyusun
pinggan – pinggan.
“ Um… betul.” Jawab Riana selamba sambil
memberikan senyuman kepada kakaknya.
. . . . .
Pagi itu, Riana bersemangat pergi ke sekolah. Hari itu, Riana,
Kayla serta Laila pergi ke sekolah bersama - sama. Kelihatan Kayla sangat
bersemangat dari hari – hari yang sebelumnya. Riana dan Laila berasa pelik
dengan riak wajah Kayla yang pelik itu.
“ Korang ada berita
baik. Wahh akhirnya Aril, akhirnya masa
yang aku tunggu – tunggu telah pun tiba Aril lamar aku semalam.” Kayla
menggenggam kedua belah tangannya matanya kelihatan bersinar. Riana dan Laila
semakin berminat untuk mengetahui apa yang telah terjadi terhadap rakan mereka
itu.
“ Dia lamar kau?
Maksudnya dia ajak kau couple?” Soal Laila.
“ Um… ya dia ajak
aku couple. Hebat bukan?!” Perjalanan
mereka menuju ke sekolah terhenti apabila Riana serta Laila seolah – olah tidak
mempercayai hal itu.
“ Biar betul,
Kayla?” Soal Riana dengan nada yang hairan.
“ Betul la. Tak
percaya sudah.” Kayla meneruskan perjalanannya menuju ke sekolah.
Sampai sahaja di kawasan sekolah, mereka bertiga menuju ke kelas
muzik. Pada pagi itu, subjek pertama bagi kelas 4 ekosukan ialah kelas muzik.
Kelihatan Aril dan Hairul sedang memanjat tembok belakang sekolah mereka
mencuba untuk ponteng sekolah. Kayla yang menyaksikan kejadian itu segera
menghampiri Aril dan Hairul. Riana dan Laila saling berpandangan lalu mengekori
Kayla.
“ Hai, korang
berdua. Nak join boleh?” Kayla
membuka kasut sekolahnya lalu mencuba untuk memanjat tembok tersebut.
Riana dan Laila tergelak melihat kelakuan Kayla yang mencuit
hati itu. Hairul memanggil Riana, lalu Riana mendekati Hairul.
“ Ini untuk Riana,
semalaman Hairul lukiskan untuk Riana.” Hairul memberikan Riana sehelai
lukisan, kelihatan dalam lukisan tersebut wajah Riana. Riana tersenyum lalu
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Hairul.
“ Ok kalau begitu,
Kayla Laila jom kita join diorang.
Aku nak rasa juga bagaimana ponteng sekolah.” Kayla bersetuju manakala Laila
tidak bersetuju dan pergi dari situ.
Sejurus kemudian, kedua pasangan tersebut berlari menuju ke
pusat membeli – belah. Seperti biasa, Kayla hendak pergi kesemua tempat di
dalam pusat membeli – belah tersebut, Aril hanya menurut kehendak hati
kekasihnya itu.
Pelbagai tempat menarik yang mereka kunjungi, baru kali itu
Riana menjadi seorang yang tidak berdisiplin kerana ponteng sekolah. Tidak pula
bagi Kayla dia juga seperti Hairul dan Aril sudah berkali – kali namanya dicatat
di dalam buku disiplin. Beberapa jam kemudian, mereka berempat singgah di
sebuah restoran yang berhampiran.
“ Aril, temankan saya ke sebuah butik
baju jom.” Belum sempat pelayan mengambil pesanan untuk mereka, Kayla bangkit
dari duduknya lalu menarik tangan Aril. Sejurus kemudian Kayla dan Aril pergi
dari restoran tersebut lalu meninggalkan Hairul dan Riana.
Mereka berdua hanya berdiam diri
sambil menunggu pesanan yang dipesan oleh mereka sebentar tadi. “ … Hairul dah
ada girlfriend kan?” Riana menyoal
Hairul gugup.
“ Ya. Memang ada. Kenapa Riana
tanya?” Jawab Hairul selamba sambil menikmati hidangannya.
“ Kalau dah ada, kenapa Hairul
sukakan Riana? Bagaimana dengan girlfriend
Hairul tu ? atau… Hairul… Hairul nak permainkan Riana seperti perempuan yang
pernah Hairul mainkan suatu ketika dahulu.” Riana meninggikan suaranya, matanya
mulai berkaca menahan air mata daripada keluar dari pipinya.
Hairul tergelak mendengar soalan
Riana.” Riana, Hairul memang dah ada girlfriend
tapi dah putus bulan lepas sebab dia dah ada yang lain. Dia permainkan hati
Hairul dan dia juga merupakan cinta pertama Hairul. Tapi sekarang ni Hairul
memang dah ada girlfriend baru dia…” Kata – kata Hairul segera dipintas oleh
Riana.
“ Siapa? Siapa… dia?” Tanya Riana
air matanya mulai jatuh di pipinya yang putih itu. Perasaan cintanya terhadap
Hairul semakin hari semakin kuat, dia tidak ingin kehilangan cinta pertamanya
itu.
“ Dia ada dekat depan mata Hairul
sekarang ni. Riana, kalau Riana nak tahu Rianalah girlfriend baru Hairul. Janganlah nangis, Hairul janji tak akan
permainkan Riana sebab … Riana dah curi hati Hairul. Hati Hairul dah tak boleh
dikembalikan semula sebab Hairul betul – betul sukakan Riana.” Jawab Hairul
lalu mengelap air mata Riana yang bercucuran di pipinya.
Riana tersenyum,
dia percaya bahawa Hairul betul – betul mencintai dirinya dan sanggup
menerimanya apa seadanya.” Hairul, terima kasih. Riana… Riana pun sukakan
Hairul dan cintakan Hairul. Hairul… biarkan kita sentiasa bersama, bersama
selamanya.” Riana meluahkan perasaannya lalu meminta Hairul agar selalu
bersamanya hingga akhir hayat mereka.
Hairul mengangguk tanda setuju lalu mereka berdua menjamu
makanan masing – masing. Setelah menjamu makanan masing – masing, Hairul
membawa Riana ke rumahnya untuk memperkenalkan Riana kepada keluarganya.
“ Hai Hairul, siapa
pula kau bawa kali ni?” Soal Miza kakak kepada Hairul yang sedang mengangkat
pakaian di jemuran.
“ Kak kenalkan ni
Riana.” Hairul memperkenalkan diri Riana kepada kakaknya Miza.
“ Miza, kakak
kepada Hairul.” Miza dan Riana berjabat tangan Riana memberikan senyuman kepada
Miza, Miza membalasnya.
“ Ponteng lagi ka
Hairul, eh gadis sebelah kamu ni siapa pula?” Kelihatan seorang perempuan dalam
lingkungan 40 an keluar daripada sebuah bilik.
“ Kak, mak kenalkan
ni second love Hairul. Sebelum ni
Hairul, selalu bawa Rika ke rumah kan. Gadis yang lain – lain tu Hairul tak
pernah lagi bawa ke rumah. Hairul akan bawa gadis yang Hairul serius sukakan ja
ke rumah.” Ujar Hairul sambil memaut bahu Riana.
Riana tunduk tersipu malu kerana berhadapan dengan keluarga
Hairul yang terlalu peramah. Sejurus kemudian, Puan Umairah menarik tangan
Riana dan duduk di sebuah sofa berwarna kecoklatan.
“ Hairul, cantik la
Riana ni. Riana nak jadi menantu makcik tak?” Puan Umairah bangkit dari sofa lalu
menyediakan minuman dan sepinggan kek untuk mereka berempat. Miza dan Hairul
tergelak, Riana terdiam kaku.
“ Apalah mak ni,
jangan la cakap macam tu dekat Riana.” Hairul membela Riana.
“ Ala, mak gurau ja
janganlah ambil serius ok Riana.” Jawab Miza sambil menuangkan segelas air
kepada mereka berempat.
“ Riana nak tahu
tak, semenjak kali pertama dia terserempak dengan kamu perangai Hairul semakin
berubah ke arah kebaikan. Setiap hari, dia berikan senyuman kepada kami semua.
Sebelum ni, kitorang selalu nampak muka bengis dia ja.” Ujar Puan Umairah
sambil memegang tangan Riana.
Riana hanya berdiam diri dan mengangguk tanda mengerti. Sejurus
kemudian, Miza membawa Riana ke sebuah pasar untuk membeli lauk untuk makanan
tengahari mereka. Pelbagai ragam manusia yang dapat dilihat di pasar tersebut.
Setelah membeli bahan untuk memasak, dua gadis tersebut pulang
ke rumah kondominium tersebut. Hairul berada di dalam biliknya manakala Puan
Umairah menyediakan masakan untuk makan tengahari mereka.
“ Mak cik, Hairul
suka makan apa ?” Riana menyoal Puan Umairah sambil memotong bawang.
“ Hairul, dia suka
makanan yang pedas – pedas. Semua makanan yang pedas dia akan makan. Kenapa
Riana nak masakan untuk dia ka?” Soal Puan Umairah sambil tersenyum.
Riana tersengih – sengih, dalam diam ubi berisi salah satu hobi
Riana ialah masak. Dia memang minat dalam bidang masakan, jika cuti sekolah
ibunya tidak lagi susah untuk memasak kerana Riana dan kakaknya yang akan
memasak.
Setelah siap memasak hidangan makan tengahari, mereka berempat
pun menjamu makanan yang disediakan oleh Riana dan Puan Umairah. Riana terpegun
melihat Hairul dan Miza ceria meskipun ibu bapanya sudah bercerai.
“ Mak, siapa yang
masak semua ni?” Soal Hairul yang mempunyai selera makan yang banyak.
“ Siapa lagi kalau
bukan Riana, mak harap sangat suatu hari nanti mak ada menantu seperti Riana.
Dah la cantik, pandai masak baik hati pula tu.” Puji Puan Umairah kepada Riana.
“ Ala mak, sabar
lah lima tahun lagi Hairul khawin la dengan Riana.” Riana tersedak apabila
Hairul menyatakan hasratnya, Miza segera memberikan segelas air kepada Riana.
Hairul tergelak melihat Riana yang bertukar wajah menjadi kemerahan kerana
malu.
Beberapa jam kemudian, Riana pulang ke rumahnya. Hairul tidak
dapat menemani Riana kerana dia sangat kepenatan pada hari itu. Hari itu,
merupakan hari yang paling gembira buat Riana kerana dia dapat mempelajari erti
cinta daripada Hairul.
Bab 7
Hari itu, hampir dua bulan Riana dan Hairul menjadi pasangan
kekasih begitu juga dengan Kayla dan Aril serta Laila dan Nazrul. Kadangkala,
Kayla menganggu Riana dengan mengatakan bahawa Riana hanya bercakap kosong
kerana suatu ketika dahulu dia sering berkata dia tidak berminat untuk mencari
pasangan kekasih, tapi sejak Hairul muncul dalam hidupnya mereka berdua pun
menjadi pasangan kekasih.
Seperti biasa, setelah pulang dari sekolah Riana dan Hairul akan
pulang bersama – sama. Namun, tidak pernah sekali pun Hairul menemani Riana
sehingga masuk ke kawasan perumahannya. Kerana jarak rumah Hairul dan Riana mengambil
masa selama 10 minit untuk sampai, Riana tidak ingin menyusahkan Hairul untuk
menghantarnya hingga ke kawasan perumahannya.
Kawasan perumahan Riana sememangnya sangat
sunyi kerana kawasan perumahan tersebut baru sahaja dibangunkan setahun yang
lalu. Perjalanan Riana terhenti, apabila sekumpulan lelaki yang kelihatan
seperti samseng mengepungnya. “ Lepas la, lepas kan tangan aku, Kamu semua ni
siapa!” Dua daripada sekumpulan lelaki tersebut menarik tangan Riana hingga ke
sebuah rumah yang kosong. Meskipun berkali – kali Riana mencuba untuk
melepaskan dirinya daripada lelaki tersebut namun, sekumpulan lelaki itu
langsung tidak mengendahkannya.
Sampai sahaja di sebuah rumah yang kosong lelaki tersebut
melepaskan tangan Riana lalu satu daripada lelaki tersebut menamparnya dengan
kuat sehingga dia terduduk. Riana cuba bangkit daripada duduknya, namun tiba –
tiba sahaja seorang perempuan menarik rambutnya dan menyimbah sebaldi air
kepada dirinya.
“ Kau siapa? Apa
kesalahan aku dekat kau? Riana yang basah kuyup bangkit dari duduknya lalu
menolak perempuan tersebut. Perempuan tersebut mara ke hadapan lalu menampar
Riana sehingga darah keluar daripada mulutnya. Riana memulakan langkahnya untuk
beredar dari tempat itu, sekumpulan lelaki samseng itu mengejarnya sehingga
kaki Riana tersandung dan Riana terjatuh.
Perjalanan Hairul terhenti apabila gelang milik Riana tercicir
di dalam bakul basikalnya. Dia menggeleng kepala kerana kecuaian Riana lalu
kembali ke kawasan perumahan Riana. Dia menghubungi Riana berkali – kali namun
panggilannya tidak terjawab.
Di sudut lain pula, Riana mencuba untuk melepaskan dirinya
daripada sekumpulan lelaki samseng tersebut.” Berikan dia pengajaran yang akan
membuatkan dia menderita seumur hidup. Inilah balasan bagi perempuan murahan
seperti kau. Dasar perempuan tidak tahu malu, kau rampas hak aku apasal ha?”
Perempuan tersebut menghampiri Riana yang sudah terbaring kaku.
Sekumpulan lelaki samseng tersebut, menghampiri Riana dan
bermula la episode tragis buat Riana. Tiba – tiba sahaja, salah seorang dari
lelaki samseng tersebut terjatuh akibat tumbukan daripada Hairul. Perempuan
tersebut bersembunyi di sebalik semak manakala sekumpulan lelaki tersebut
melepaskan Riana lalu menyerang Hairul.
Hairul berjaya melepaskan dirinya daripada
samseng tersebut. Dia membelasah sekumpulan samseng tersebut secukup –
cukupnya. Sekumpulan lelaki samseng tersebut mengalah lalu mengatakan bahawa
perempuan yang bernama Rika yang mengupah mereka untuk merosakkan Riana.” Kalau
kamu semua berani ganggu milik aku lagi nahas kamu aku kerjakan!” Hairul yang
berang sempat memberikan amaran kepada sekumpulan lelaki samseng yang bertempiaran
lari dari rumah kosong itu.
Riana segera lari daripada Hairul, dan Hairul mengejarnya.
Hairul segera menarik tangan Riana dan larian Riana terhenti. Riana melepaskan
tangannya daripada Hairul dan menangis teresak – esak kerana ketakutan dan
trauma akan kejadian yang baru sahaja menimpa dirinya.
“ Lepas… Riana dah
rosak. Hairul hanya akan memalukan diri Hairul sebab berhubungan dengan
Riana…” Riana melepaskan tangannya
daripada Hairul sekuat hatinya,
Hairul memegang
kedua bahu Riana dan mengesat air mata Riana. ” Maafkan Hairul, maaf sebab
Hairul tinggalkan Riana sendirian. Riana masih bersih lagi, Hairul…. Hairul
akan bertanggungjawab jika ada sesuatu yang berlaku kepada Riana. Riana masih
Riana yang dahulu lagi, seorang gadis cantik yang ceria.” Sejurus kemudian
Riana memeluk Hairul dengan kuat begitu juga dengan Hairul.
“ Tak mengapa,
terima kasih selamatkan Riana. Hairul… bagaimana Hairul tahu bahawa Riana dalam
bahaya ?” Riana melepaskan pelukannya lalu bertanya kepada Hairul.
Hairul tersenyum,” Ni
semua sebab gelang ni, gelang Riana yang tercicir tempoh hari sekali lagi
tercicir di dalam bakul basikal Hairul. Gelang ni juga menandakan bahawa,
Hairul mula sukakan Riana pada pandangan pertama. Gelang ni gelang ajaib sebab…
sebab gelang ni mempunyai kuasa cinta.” Air mata Hairul mula bercucuran di
pipinya kerana rasa bersalahnya.
“ Bodoh!” Riana
mengesat air mata Hairul sambil tersenyum.
Hairul tidak menghantar Riana ke rumah Riana kerana Riana
berkeras tidak ingin pulang ke rumah kerana risau akan dimarahi ibu bapanya.
Hairul meninggalkan Riana di dalam rumahnya lalu pergi begitu sahaja, hari itu,
Puan Umairah tidak berada di rumah hanya tinggal Miza sahaja yang berada di
rumah.
Miza membantu Riana menenangkan hatinya sambil membersihkan
luka Riana.” Riana, kalau Riana nak tahu kakak pun pernah alami benda yang sama
dengan Riana suatu ketika dahulu. Kakak kena beberapa kali kerana ayah kami
menjual kakak ke lembah pelacuran, Kakak diperkosa tanpa rela, mereka semua
tidak berperikemanusiaan. Tapi, suatu hari akhirnya kakak bebas dari lembah itu
kerana Hairul menyelamatkan kakak. Sehingga sekarang kakak masih tidak dapat
terbalas jasa Hairul, apabila ayah kakak dapat tahu hal ni habis keseluruhan
badan Hairul dibelasah oleh ayah kami. Sejak hari tu, kakak berjanji pada diri
kakak untuk menjaga Hairul sehingga akhir hayat kakak. Tapi, Riana kamu jangan
bimbang sebab Hairul sangat serius terhadap kamu, dia tidak akan melepaskan
kamu begitu sahaja kerana kamu betul – betul mencuri hatinya meskipun kamu hanyalah
cinta kedua dia.” Ujar Miza panjang lebar sambil menenangkan hati Riana.
Riana hanya mengangguk, senyumannya masih dapat dilihat meskipun
dia masih dalam keadaan trauma. Sejurus kemudian, kedengaran suara perempuan
dan Hairul menuju ke dalam bilik Miza. Riana terus bangkit dari duduknya
apabila melihat wajah Rika. Dia segera memalingkan wajahnya ke arah lain kerana
dia masih terbayang kekejaman perempuan itu.
Hairul melepaskan perempuan itu manakala Miza bangkit dari
duduknya lalu memberikan buku lima kepada Rika. Rika terjatuh, bibirnya mulai
lebam akibat pukulan itu. Riana mendekatkan dirinya kepada Rika lalu membantu
Rika bangkit dari duduknya. Rika menarik tangan Riana lalu menarik rambut Riana
dan menghantakkan kepala Riana di didinding bilik itu. Kepala Riana mulai
berdarah dan Riana jatuh pengsan, Hairul segera mencapai tubuh Riana lalu
mengangkatnya di atas katil Miza.
“ Kau ni memang
dasar perempuan tak sedar diri kan, Riana dah maafkan kau sekarang kau
tambahkan kesakitan dia. Ini balasan untuk perempuan yang tak sedar diri macam
kau.” Miza menarik rambut Rika lalu menggunting baju dan rambutnya.
Encik Khairi serta Puan Rabiatul risau akan keadaan Riana yang
tidak pulang – pulang meskipun jam sudah menunjukkan angka 7 petang. Aisyah
menghubungi Kayla dan Laila namun mereka berdua juga tidak mengetahui
keberadaan Riana.
Perlahan – lahan Riana membuka matanya dan bangkit untuk duduk
di atas katil itu. Kelihatan Hairul duduk tertidur di sisi Riana yang hampir
sejam tidak sedarkan diri. Miza juga tertidur di atas sebuah kerusi plastik,
Riana mengusap rambut Hairul yang kecoklatan itu sambil tersenyum.
“ Rika, kenapa
tinggalkan Hairul? Hairul masih sukakan Rika, apa yang harus Hairul lakukan
untuk melupakan Rika?” Riana segera menjauhkan tangannya daripada rambut Hairul
setelah mendengar apa yang baru sahaja dikatakan oleh Hairul sebentar tadi.
Miza juga terjaga dari tidurnya setelah mendengar suara Hairul.
Miza dan Riana saling berpandangan, Riana segera bangkit dari
katil itu lalu memulakan langkahnya keluar dari bilik Miza. Langkahnya terhenti
apabila Hairul memanggil nama Riana, Riana menoleh ke arah belakang. Kelihatan
Hairul berdiri di belakang Riana lalu membawa Riana keluar rumah, Hairul
menghantar Riana ke rumahnya dengan menaiki basikal kepunyaan Hairul.
Sampai sahaja di depan rumah teres dua tingkat itu, Encik Khairi
serta Puan Rabiatul dan Aisyah segera membuka pintu. Riak wajah mereka bertiga
berubah setelah melihat Riana yang cedera, Puan Rabiatul menarik tangan Riana
dan Encik Khairi menolak Hairul yang hendak masuk ke dalam lalau menutup pintu
dengan kuat.
. . . . .
“ Riana, kamu jangan risau dengan
keadaan kamu. Tiada apa yang berlaku kepada kamu. Anak mak ni masih seorang
gadis yang cantik seperti dahulu. Jadi Riana tak payah risau dengan keadaan
Riana ok.” Awal pagi itu, Puan Rabiatul dan Aisyah membawa Riana ke Hospital
Riana tidak menghadiri kelasnya pada hari itu.
Hampir dua hari Riana tidak menghadiri kelasnya, panggilan dan
mesej daripada Kayla dan Laila juga tidak dijawab dan dibalasnya. Dia hanya
ingin menenangkan dirinya dalam masa dua hari itu. Pelbagai persoalan yang
bermain di mindanya mengenai apa yang telah dikatakan Hairul dalam mimpinya
tempoh hari. Dia bingung adakah Hairul masih menyukai Rika? Ataupun Hairul
ingin melupakan Rika dengan menggunakan Riana?
Sejurus kemudian, telefon bimbitnya berbunyi tertera nama Hairul
dalam panggilan tersebut. Riana meyakinkan dirinya bahawa dia harus mempercayai
Hairul meskipun hatinya sakit mendengar kata – kata Hairul dalam mimpi Hairul
tempoh hari.
“ Selamat pagi
Riana.” Seperti biasa Hairul memberi ucapan selamat pagi kepada Riana.
“ Selamat pagi
Hairul. Hari ni Riana ingat nak pergi sekolah dah lama Riana tak pergi sekolah
dan banyak pelajaran yang Riana ketinggalan.” Ujar Riana lalu bangkit dari
katilnya.
“ Bagus la kalau
macam tu. Riana, cuba tengok dekat luar.” Riana bangkit dari duduknya dan
membuka langsir biliknya. Dia tersenyum apabila melihat Hairul lengkap berbaju
sekolah bersama basikalnya. Kelihatan dua orang budak perempuan dan lelaki
berdiri bersebelahan dengan Hairul, sambil memegang sejambak bunga ros, belon
berbentuk hati yang tertulis “Riana, I Love You! Dan sekeping coklat.
Riana menutup langsir biliknya, lalu membuka almari pakaiannya
untuk mengambil baju sekolahnya. Tangannya tiba – tiba sahaja terhenti dari
mengambil baju sekolahnya tiba – tiba sahaja dia teringat akan kejadian buruk
yang menimpanya tempoh hari. Aisyah membuka bilik Riana dan memegang bahunya
lalu memberikan senyuman kepada Riana.
“ Riana ! You can do it! Jangan takut lagi, kami
semua akan sentiasa berada di sisi kamu terutamanya Hairul. Kakak yakin dia
akan sentiasa menjaga kamu buktinya dia tidak tinggalkan kamu selepas apa yang
terjadi kepda kamu.” Aisyah menggenggam kedua belah tangannya sambil memberikan
kata – kata semangat kepada adiknya itu.
“ Thanks, kakak.
Kakak la kakak yang paling penyayang di dunia.” Riana memeluk kakaknya lalu
bersedia untuk ke sekolah.
Beberapa minit kemudian, sebelum ke
sekolah seperti biasa Riana meminta restu daripada ibu bapanya. Perjalanan
Riana terhenti apabila Encik Khairi memanggil namanya dengan nada yang tinggi.”
Ayah tak suka kau berkawan dengan lelaki yang hantar kau tempoh hari. Ayah tak
nak sikap kau berubah disebabkan lelaki itu. Balik sahaja dari sekolah nanti
jangan pandai – pandai menggatal balik lewat macam tempoh hari, kalau tak tahu
la apa yang aku nak buat dengan kau nanti. Faham tu !” Encik Khairi memberi
amaran keras kepada Riana. Puan Rabiatul memberikan isyarat kepada Riana tanda
pergi dari situ.
Keluar sahaja dari rumah tersebut,
dua budak yang berdiri di sebelah Hairul tadi mara ke hadapan lalu memberikan
Riana sejambak bunga ros, belon berbentuk hati yang bertulis “ Riana ! I Love You dan sekeping coklat. “ Kakak,
jangan sedih dan takut lagi sebab abang tu akan selalu jaga kakak. Bye – bye kakak.” Serentak budak
perempuan dan lelaki itu berkata lalu beroleh pergi dari situ. Riana memberikan
senyuman kepada dua budak tersebut lalu membalas lambaian dua budak itu.
Riana menghampiri Hairul dan Hairul memberikan senyuman kepada
Riana, Riana membalasnya. Sejurus kemudian, mereka berdua mulai bergerak menuju
ke sekolah dengan menaiki basikal kepunyaan Hairul. Tanpa pengetahuan Riana,
Hairul membawa Riana ke sebuah tempat dengan pemandangan yang menarik. Tempat
tersebut dihiasi dengan sebidang sawah dan pangkin kecil untuk beristirehat.
Bendang sawah itu perlu melepasi satu salur jalan kecil untuk memudahkan orang
ramai. Memang akan berasa tenang dan sunyi sepi jika berada di tempat itu
Mereka berdua turun dari basikal tersebut lalu Hairul meletakkan
basikalnya berhampiran sebuah pokok. Hairul memulakan langkahnya menuju ke pangkin
yang berada di tepi sawah, Riana mengikuti Hairul dari belakang. Sampai sahaja
di pangkin tersebut, Riana melabuhkan punggungnya di atas pangkin yang beratap
itu.
“ Kalau Riana nak
tahu, dahulu dekat sini la Hairul selalu kena buli, dan di sini jugalah orang
tua tu belasah Hairul cukup – cukup hingga Hairul tak sedarkan diri selama dua
hari. Tapi suatu hari lepas sahaja Hairul sedar, tiba – tiba ja Hairul dapat
kuasa yang menyebabkan orang yang selalu buli Hairul dah tak berani kacau
Hairul sebab Hairul dah pandai melawan. Kalau Riana nak tahu, tempat ni
merupakan tempat kegemaran Hairul untuk melepaskan masalah.” Hairul memulakan
perbicaraannya sambil memasukkan tangannya di dalam poket seluar sekolahnya.
Dia menambahkan lawak untuk menceriakan hati Riana yang gusar itu.
Riana tergelak kecil
sambil memandang Hairul yang berdiri di sebelahnya.” Oh, patutlah Hairul selalu menghilang entah ke
mana rupanya dekat sini. Riana, tak percayalah dulu Hairul selalu kena buli.
Sebab, dalam bab gaduh Hairul selalu menang. Um… pasal tu dah dua kali Riana
dengar, mungkin ya Hairul dapat kuasa sebab Hairul tak sedarkan diri selama dua
hari.” Riana tergelak, Hairul melabuhkan punggungnya dan memegang tangan Riana.
Gelak tawa Riana terhenti dia melepaskan tangannya daripada
Hairul, dia tidak ingin disentuh oleh sesiapa semenjak episode tragis berlaku
terhadap dirinya tempoh hari. Hairul mengalah lalu merebahkan badannya di atas
pangkin tersebut.
“ Riana, kalau kita
dah khawin nanti kita buat rumah dekat kawasan sawah setuju tak?” Tiba – tiba
sahaja Hairul meyatakan hasrat peliknya itu.
Riana tersenyum
lalu mengangguk. “ Riana,Hairul akan sentiasa berada di sisi Riana. Hairul akan
sentiasa berusaha untuk tidak menyakiti hati Riana, Hairul akan selalu menjaga
Riana dan tiada siapa yang akan berani menganggu hidup Riana lagi. Hairul
janji.” Mereka berdua saling bertatapan, Riana merebahkan badannya di sebelah
Hairul. Mereka berdua saling berpandangan lalu membalas senyuman.
“Kalau macam tu,
Hairul seperti sawah yang ada depan mata Riana ni. Hati Riana tenang sahaja
apabila melihat sawah yang depan mata Riana, begitu juga dengan Hairul hati
Riana sentiasa tenang apabila Hairul berada di sisi Riana. Hairul sama seperti
sawah kerana sentiasa kelihatan tenang.” Riana tersenyum lalu memandang langit.
Hairul tergelak
mendengar dirinya disamakan dengan sawah padi yang berada di hadapan mereka. “
Ah.. Hairul tak nak jadi sawah sebab sawah boleh mati. Kalau sawah mati macam
mana nak selamatkan orang ramai sebab orang ramai akan kebuluran tak menjamah
nasi. Hairul nak jadi hati Riana, agar dalam hati Riana hanya ada Hairul
seorang sahaja. Suatu hari nanti jika ada apa – apa yang terjadi kepada Hairul,
Riana akan selalu mengingati Hairul.” Ujar Hairul sambil meletakkan tangannya
di atas dadanya.
Riana meletakkan
tangannya di atas tangan Hairul lalu tergelak menahan air matanya daripada
jatuh membasahi pipinya.” Apalah Hairul ni, kita akan sentiasa bersama tiada
siapa yang boleh halang percintaan kita. Riana janji tidak akan mengecewakan
Hairul, sebab Hairul… Hairul cinta pertama Riana. Terima kasih, Hairul kerana
mengajar Riana erti percintaan.” Ujar Riana.
Sampai sahaja dia sekolah Kayla dan Laila menyambut sahabat
mereka yang sudah dua hari tidak ditemui itu. Kayla seperti biasa sentiasa
menyakat Riana, Hairul meminta diri lalu tiga sahabat itu menuju ke kelas
mereka.
“ Riana kau ke mana
menghilang? Aku hantar mesej dan call
kau tak dapat – dapat.” Soal Kayla sambil menulis nota yang ditulis oleh guru
di papan putih di dalam buku notanya.
“ Aah la Riana…
apasal dengan kau punya dahi tu? Macam lebam ja aku tengok.” Tambah Kayla
sambil memandang dahi Riana yang berbalut oleh palster itu.
“ Tak ada apa – apa
la. Aku demam ja sebab tu aku tak pergi sekolah. Aku jatuh tempoh hari lepastu
jadi lebam la dahi aku.” Riana tidak bermaksud untuk membohongi kedua rakannya.
Bab 8
Seperti biasa, Hairul akan mengambil Riana di rumahnya sebelum
ke sekolah. Encik Khairi hanya berdiam diri kerana dia sudah mengalah dengan
Riana yang keras kepala itu. Puan Rabiatul merestui hubungan mereka asalkan
pelajaran mereka tidak diabaikan.
Masuk sahaja di perkarangan sekolah, mata para pelajar SMK Sinar
Jaya tidak henti – henti melihat Riana. Riana berasa pelik dengan rakan
sekolahnya yang asyik berbisik sambil memandang dirinya. Hairul meminta diri
untuk ke kelasnya apabila dia melihat Aril yang sedang berjalan menghampiri
sahabatnya itu.
“ Riana ! Masuk ke
pejabat saya sekarang juga.” Cikgu Ramli amat terkenal dalam kalangan SMK Sinar
Jaya kerana sifatnya yang tegas itu, Cikgu Ramli merupakan ketua guru disiplin
di dalam sekolah itu.Riana kaget apabila Cikgu Ramli memanggilnya dan mengikuti
cikgu tersebut dari belakang. Pelbagai persoalan yang bermain di dalam kotak
minda Riana, datang sahaja ke sekolah tadi semua pelajar memandangnya seperti
seorang penjenayah. Sekarang pula belum sempat dia masuk ke kelas ketua guru
disiplin pula memanggilnya.
“ Riana ! Kamu tahu
apa yang berlaku hari ni?!” Soal Cikgu Ramli sambil memegang rotan yang tebal
itu, kebanyakan pelajar sentiasa terluka akibat terkena hambatan dari guru
disiplin itu.
Riana hanya menggeleng kepala. Dia sendiri tidak mengetahui
kesalahan apa yang telah dia lakukan.
“Kamu dah memalukan sekolah kita dengan apa entah yang ditulis
di setiap papan putih di keseluruhan kelas di sekolah ini! Kamu jangan pura –
pura tidak mengetahui kesalahan kamu sendiri, cikgu paling tak suka budak yang
tak sedar diri yang tak mengaku kesalahan dia. Awal pagi tadi, sekumpulan
pelawat dari pejabat kementerian melawat sekolah kita dan mereka semua kaget
apabila melihat tulisan di setiap papan putih di sekolah kita!” Cikgu Ramli
bangun dari duduknya lalu menghantakkan kedua belah tangannya di atas mejanya.
Riana tersentak, mahu sahaja dia lari daripada pejabat itu namun rasa hormatnya
terhadap guru tersebut masih lagi ada dalam dirinya.
Hairul yang berang, hanya melanggar pelajar – pelajar yang lalu
berhampiran setiap kelas. Tulisan yang ada dalam setiap papan putih di kelas
dalam sekolah itu dipadamnya. Mahupun 6 atas, dia berani berhadapan dengan
seniornya hanya ingin memadam tulisan berbentuk negative itu.
Dalam papan putih
tersebut tertera tulisan “ Hai! Saya Riana dari kelas 4 ekosukan, kepada lelaki
yang single terutamanya yang dah berpunya jangan lupa datang dekat saya rehat
nanti saya akan melayan anda dengan harga yang murah. Kerana sememangnya hobi
saya ingin merampas hak orang lain.” Dalam hati Hairul cukup berapi – api
kerana amarahnya, meskipun sudah berkali – kali dia dibentak oleh pelajar kelas
lain namun dia tidak mengendahkan mereka.
Tiba di suatu kelas yang penuh dengan masalah, sekumpulan lelaki
menghampirinya lalu mengepungnya. Aril yang menyaksikan kejadian itu segera
menghampiri Hairul sebelum pergaduhan mulai tercetus di kelas itu.
“ Oi! Baik kau
pergi dari kelas kitorang kalau tak habis kau kitorang kerjakan.” Salah satu
dari lelaki tersebut memberikan amaran keras kepada Hairul lalu menolaknya.
Hairul membalas tolakan tersebut lalu memberikan buku lima
kepada lelaki itu, lelaki itu tersungkur di hadapan meja guru. Rakan – rakan
lelaki tersebut pula undur ke belakang kerana rasa takut mereka terhadap
Hairul.
Tiba di kelas Riana, Hairul
menendang meja – meja di kelas itu lalu menterbalikkan meja guru di kelas 4
ekosukan itu.” Aku tak kira perempuan sekali pun siapa yang berani buat macam
ni sekali lagi, siapa yang berani membuli atau membuat Riana aku nangis nahas
kamu semua aku kerjakan cukup – cukup.” Hairul memberikan amaran keras kepada
pelajar 4 ekosukan. Kayla dan Laila terpegun melihat kelakuan Hairul yang
berubah itu.
Sejurus kemudian Kayla menghampiri Hairul lalu memberitahunya
bahawa Riana berada di bilik disiplin. Hairul berlari sekuat hatinya menuju ke
bilik disiplin yang berada di bangunan sebelah. Sampai sahaja di bilik disiplin
itu, nafas Hairul tercungap – cungap kerana berlari.
Riana menghampiri Hairul, langkah Riana terhenti apabila Cikgu
Ramli menyuruhnya berdekatan dengan cikgu itu. Riana mengikut perintah cikgu
tersebut, sejurus kemudian rotan tebal yang dipegang oleh Cikgu Ramli mulai
dihayunkan dan kena pada tangan Hairul. Hairul sempat menyelamatkan tangan
Riana daripada kena hambatan itu lalu menggantikan tangannya.
Cikgu Ramli
berhenti daripada menghambat tangan Hairul dan menyuruhnya keluar dari situ.”
Cikgu, bukan Riana yang salah tapi saya. Saya orang yang telah menulis tulisan
berbentuk negative itu di keseluruhan kelas di sekolah ini. Rotan lah saya
cikgu, saya yang salah bukan Riana.” Hairul membela Riana, Riana tunduk menahan
air matanya dari keluar.
Berkali – kali rotan tersebut terhambat di tangan Hairul namun
Hairul menyembunyikan rasa sakitnya dari Riana, agar Riana tidak berasa risau
dengan keadaannya. Setelah masuk kali ke sepuluh cikgu Ramli berhenti
menghambat Hairul lalu menyuruh mereka berdua pergi dari pejabatnya. Keluar
sahaja dari bilik disiplin itu Hairul mengusap kepala Riana lalu beroleh pergi
meninggalkan Riana yang masih tercegat berdiri di depan bilik disiplin itu.
Riana berlari menuju ke arah Hairul yang sudah jauh pergi dari situ, sampai
sahaja ke arah Hairul Riana memegang tangan Hairul lalu tersenyum. Air matanya
mulai mengalir deras kerana dia sudah tidak tahan menahan air matanya dari
mengalir di pipinya.
Hairul menoleh ke belakang lalu
mengelap air mata Riana sambil memberikan senyuman kepada Riana. “ Janganlah
nangis, Hairul akan sentiasa berada di sisi Riana. Hairul tak akan tinggalkan
Riana keseorangan, Hairul akan sentiasa melindungi Riana jika sesuatu berlaku
kepada Riana.” Riana tersenyum sambil memegang tangan Hairul yang biru akibat
hambatan rotan sebentar tadi.
“ Terima kasih. Riana… Riana tak
akan nangis di hadapan Hairul lagi. Riana… Riana dah tak takut lagi sebab Riana
yakin Hairul akan sentiasa melindungi Riana.” Mereka berdua saling bertatapan mata
lalu saling membalas senyuman.
Pulang sahaja dari sekolah, Riana dan Hairul singgah ke tempat
kegemaran Hairul. Mereka berdua duduk di sebuah pangkin lalu Riana mengeluarkan
sesuatu dari beg sekolahnya. Riana memegang tangan Hairul yang lebam itu lalu
merawatnya, Riana membalut tangan Hairul yang cedera itu manakala Hairul hanya
berdiam diri menahan kesakitan.
“ Hairul!” Riana
menyebut nama Hairul lalu mata mereka saling bertatapan. “ Ya, Riana nak apa?”
Tanya Hairul sambil mengurut – urut tangannya yang cedera itu. “….
Kenapa….kenapa Hairul…. Kenapa Hairul sukakan Riana? Hairul tak menyesal
jadikan Riana pasangan Hairul? Kenapa Hairul pilih Riana sebagai kekasih
Hairul?” Riana menarik nafasnya lalu menghembusnya untuk menenagkan dirinya.
Lantas isi hati yang selama ini dipendamnya akhirnya dikeluarkan juga.
Hairul tersenyum
lalu bangkit dari pangkin tersebut, dia berdiri berhadapan dengan sebidang
sawah padi yang kelihatan tenang dengan pemandangan yang hijau itu.” Hairul
sukakan Riana sebab Hairul nak lihat air mata Riana. Sejak Hairul bersekolah di
sekolah baru tu, dari hari pertama lagi Hairul masuk, Hairul selalu melihat
Riana sentiasa sahaja senyum. Hampir setiap hari, Hairul sentiasa melihat
senyuman Riana. Suatu hari, secara tidak sengaja Hairul melanggar Riana sejak
hari tu hati Hairul sentiasa gelisah. Hairul sendiri tidak tahu apakah perasaan
itu lama – kelamaan Hairul dapat mengetahui bahawa Hairul sukakan Riana. Hati
Hairul sentiasa tenang apabila melihat senyuman Riana, dan Hairul membuat
keputusan untuk sentiasa berada di sisi Riana hingga akhir hayat Hairul.
Meskipun semua orang tahu bahawa Riana ialah cinta kedua Hairul namun mereka
tidak tahu bahawa Hairul lebih menyayangi Riana dari cinta pertama Hairul.
Riana, Riana mesti tahu hal ni bahawa Riana ialah cinta pertama Hairul kerana
Hairul mengetahui erti percintaan daripada Riana. Banyak pelajaran yang Hairul
terima sejak perkenalan kita, sampai bila – bila pun Hairul tidak akan menyesal
memilih Riana sebagai pasangan Hairul.” Ujar Hairul panjang lebar sambil
matanya mendongak ke atas melihat ciptaan ilahi. Riana bangkit dari duduknya
lalu memeluk Hairul daripada belakang sambil tersenyum bahagia.
. . . . .
Aisyah kelihatan ceria tidak seperti selalunya. Encik Khairi dan
Puan Rabiatul kelihatan bingung melihat anak perempuan mereka itu. Riana turut kelihatan
bingung melihat kakaknya yang baru sahaja balik dari kuliah dan asyik tersenyum
dan tersengih – sengih. Aisyah duduk berhadapan dengan ibu bapanya lalu
memanggil Riana yang sedang membantu ibunya mencuci pinggan.
“ Ayah, mak. Erzul,
dia lamar Aisyah nak jadikan Aisyah tunang dia. Mak dan ayah setuju tak?” Ujar
Aisyah sambil tersenyum – senyum. Mereka bertiga kaget dan Riana turut terduduk
bersebelahan dengan kakaknya.
“ Ayah setuju
sahaja. Lagipun hanya tinggal tahun ni lagi kan kamu kuliah. Bagaimana dengan
mak pula?” Encik Khairi mengangguk tanda setuju.
“ Um… mak pun
setuju. Erzul tu memang budak yang baik dan bertanggungjawab. Jadi bila kamu
nak langsungkan pertunangan kamu tu? Lagi cepat lagi bagus dapat juga mak dapat
cucu nanti.” Ujar Puan Rabiatul sambil menambah lawak jenaka. Riana hanya
tersenyum melihat telatah keluarganya. Dia berasa bahagia dan bangga mendapat
keluarga yang baik.
“ Apalah mak ni
belum apa – apa lagi dah nak cucu. Habis sahaja kitorang konvokesyen baru la
kitorang tunang. Kitorang dah fikir masak – masak.” Ujar Aisyah sambil
tersenyum.
“ Wah! Untunglah
kakak dah ada orang nak jadikan pasangan hidup. Harap – harap Riana akan jadi
seperti kakak suatu hari nanti.” Ujar Riana sambil memegang tangan kakaknya.
“ Ayah setuju kamu
nak berpasangan dengan siapa – siapa ja. Tapi Cuma satu ja ayah nak, jangan
cari lelaki yang tidak baik pelajarannya dan lelaki yang tidak
bertanggungjawab. Kamu akan merana nanti, siapa yang susah kamu juga bukan.”
Encik Khairi menyakat Riana, dalam hati Riana hatinya hancur apabila ayahnya
tidak menyukai Hairul.
Riana bangkit dari duduknya lalu menuju ke biliknya. Puan
Rabiatul mencubit Encik Khairi lalu menjeling ke arah bilik Riana. Aisyah turut
bangkit dari duduknya lalu mengetuk pintu Riana yang dikunci itu. Perlahan –
lahan Riana membuka pintu biliknya lalu Aisyah duduk bersebelahan dengan Riana
di atas katil itu milik Riana.
Perlahan – lahan
Riana meletakkan kepalanya di bahu Aisyah lalu Aisyah memegang tangan adiknya
itu.” Kakak…” Riana menyebut nama kakaknya lantas kakaknya berkata” ia”. “
Kakak, rasa Hairul dan Riana sesuai tak?” tiba – tiba sahaja Riana mengeluarkan
pertanyaan kepada kakaknya.” Aisyah mengangguk lalu melepaskan tangan Riana
yang digenggamnya sebentar tadi.” Sesuai, kamu jangan sedih kakak yakin suatu
hari nanti ayah akan terima Hairul apa seadanya. Kalau kamu nak tahu, dahulu
kakak pernah alami seperti yang kamu alami sekarang ini. Erzul pun dahulunya
beperwatakan seperti Hairul tapi lama – kelamaan ayah dapat menerima Erzul apa
seadanya. Kakak sentiasa sedih kerana orang yang kakak cintai diperlekehkan
sebegitu rupa. Kamu jangan risau mak dan kakak akan sentiasa menyokong kamu
asalkan kamu tidak mengabaikan pelajaran kamu.” Ujar Aisyah kepada Riana,
sejurus kemudian dua beradik itu saling berpelukan.
Bab 9
Awal pagi lagi, Hairul bangun awal dari kebiasaannya untuk
membawa Riana bertemu janji. Hairul mencapai telefonnya lalu menghubungi Riana,
memandangkan hari itu hari sabtu Hairul membuat keputusan untuk menolak
pelawaan rakan – rakannya untuk berlepak demi untuk meluangkan masanya bersama
Riana.
Riana bangkit dari katilnya lalu bersiap – siap. Dia mengenakan
sehelai baju lengan panjang berwarna biru muda bersama dengan seluar jeans
berwarna coklat. Rambutnya pula diikat rapi, seperti biasa Riana hanya
mengenakan bedak muka dan pelembap bibir jika keluar ke mana – mana. Sejurus
kemudian, telefon bimbitnya berbunyi dia segera mengangkat telefon bimbitnya
tertera nama Hairul di dalam panggilan tersebut.
“ Um… Riana dah
siap. Hairul dekat mana sekarang ni?” Ujar Riana sambil mengambil beg
tangannya.
“ Cuba buka langsir
Riana.” Riana melambaikan tangannya kea rah Hairul yang berketerampilan kemas
itu. Rambut Hairul berubah warna coklat ke warna hitam. Rantainya pula tidak
kelihatan, Riana terpesona melihat perubahan Hairul memang selama ini dia ingin
mempunyai teman lelaki yang berketerampilan sebegitu rupa.
Hairul menamatkan panggilannya dan menuju ke pintu rumah Riana.
Setelah berkali – kali menekan loceng rumah Riana akhirnya Encik Khairi membuka
pintu rumah tersebut, pada mulanya Encik Khairi hanya tercegat berdiri melihat
penampilan Hairul namun Puan Rabiatul menjemput Hairul masuk ke dalam rumah
mereka.
“ Apa tujuan kau
datang ke sini?” Soal Encik Khairi yang duduk berhadapan dengan sebuah sofa
kosong. Hairul hanya tercegat berdiri di hadapannya lalu menundukkan mukanya.
“ Saya ingin pakcik
dan makcik merestui hubungan kami. Saya janji saya akan sentiasa melindungi
Riana sehingga akhir hayat saya. Saya mohon sangat dengan pakcik dan makcik
untuk….” Hairul yang berketerampilan dengan rambut berwarna hitam dengan
mengenakan baju lengan pendek berwarna hitam dengan cardigan berwarna coklat
tampil menyatakan hasratnya kepada Encik Hairi dan Puan Rabiatul yang duduk
berhadapan dengannya.
“ Kalau ada apa –
apa yang berlaku kepada anak pakcik adakah kamu akan bertanggugjawab ke
atasnya?” Setelah lama berdiam diri, tanpa diduga Encik Khairi memberi soalan
tanpa diduga kepada Hairul yang berdiri kaku selama 30 minit itu. Riana berdiri
bersebelahan dengan Hairul manakal Aisyah simpati akan kedua remaja tersebut.
“ Pak cik, Hairul
akan bertanggungjawab jika sesuatu terjadi kepada Riana. Saya akan
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Riana jika sesuatu berlaku kepada dirinya.”
Hairul meyakinkan Encik Khairi dengan menggengam kedua tangannya.
Encik Khairi tiba – tiba sahaja tergelak melihat Hairul yang tidak
pernah berputus asa mengambil hatinya. Puan Rabiatul, Aisyah serta Riana dan
Hairul saling berpandangan melihat kelakuan Encik Khairi yang pelik itu.
Sejurus kemudian, Encik Khairi bangkit dari duduknya lalu berdiri berhadapan
dengan Hairul. Riak wajahnya kembali berubah serius, dia memegang bahu Hairul
dan mereka berdua saling bertatapan.
“ Pakcik percaya
sepenuhnya kepada kamu, jaga Riana seperti kamu menjaga diri kamu. Jangan buat
dia bersedih dan tambahkan keceriaan dalam hidupnya sehingga akhir hayat kamu
seperti yang kamu janjikan kepada pakcik.” Encik Khairi merestui hubungan Riana
dan Hairul sambil memegang tangan Hairul. Riana dan Hairul berpandangan lalu
berbalas senyuman yang manis.
Sejurus kemudian, mereka berdua meneruskan temu janji pertama
mereka meskipun hampir lima bulan mereka bercinta namun baru hari itu temu
janji formal mereka.
Pelbagai tempat yang menarik mereka kunjungi antaranya muzium
lukisan, Muzium seni bina dan banyak lagi. Hairul sempat mengambil gambar Riana
dan juga gambar mereka berdua. Mereka singgah di sebuah kedai yang menjual
aksesori dan mencari sepasang cincin untuk mereka berdua. Riana memilih
sepasang cincin yang bercorak hati di tengahnya, Hairul setuju untuk memilih
cincin itu.
“ Riana,nah pakai
ni.” Hairul menghulurkan sehelai kain berwarna ungu kepunyaanya lalu mengikat
mata Riana. Riana hanya bersetuju dan tidak sabar untuk menanti kejutan itu.
Beberapa minit kemudian, mereka berdua sampai ke destinasi yang
dituju Hairul berhati – hati memimpin tangan Riana ke pangkin tempat
kegemarannya. Sampai sahaja di pangkin tersebut, Hairul membuka ikatan dari
mata Riana. Alangkah terkejutnya Riana apabila melihat pemandangan tepi sawah
padi yang indah pada waktu senja itu.
Di dalam pangkin yang beratap daun nipah itu kelihatan makanan
kegemaran Riana. Riana tersenyum puas sambil menikmati hidangan yang disediakan
oleh Hairul. Begitu juga dengan Hairul dia turut menikmati makanannya sambil
mengambil gambar Riana.
“ Riana, kalau
suatu hari nanti Hairul menghilang buat selamanya Riana jangan lupa tempat ini.
Jika Riana rindu akan Hairul ataupun Riana ingin melepaskan kesedihan Riana
jangan lupa untuk datang ke tempat ini.” Ujar Hairul kepada Riana.
“ Bodoh ! Apa la
Hairul ni, janganlah cakap macam tu. Bukankah Hairul dah janji dekat Riana yang
Hairul akan selamanya berada di sisi Riana hingga akhir hayat Hairul.” Riana
mencebik lalu bangkit dari duduknya melihat pemandangan sawah pada waktu senja
di hadapannya.
“ Hairul… Hairul
nampak kacak berketerampilan sebegini rupa. Serupa macam aktor Haruma Miura.”
Riana tergelak kecil. “ Riana harap Hairul akan sentiasa berketerampilan
sebegini rupa, tapi jika Hairul ingin mengubah penampilan Hairul seperti
dahulu, Riana akan tetap menerima Hairul apa seadanya.” Sambung riana lalu memberikan
senyuman kepada Hairul yang sudah berdiri bersebelahan dengannya.
. . . . .
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi peperiksaan akhir tahun
SMK Sinar Jaya akan berlangsung. Riana dan Kayla sering menemui cikgu Aina pada
waktu rehat jika mereka tidak faham akan subjek ekonomi. Begitu juga dengan
Laila, meskipun dia sering mendapat markah tertinggi di dalam kelasnya dengan
mendapat gred A, namun dia tetap akan berjumpa dengan cikgu Aina untuk
meningkatkan keputusannya.
Sejak perhubungan Hairul dan Riana, sedikit sebanyak telah
mengubah perangai Hairul ke arah kebaikan. Puan Umairah senang hati melihat
perubahan Hairul yang dahulunya seorang yang panas baran berubah menjadi
lembut.
“ Riana ! Boleh tak
kamu tolong mak pergi kedai Pak Mail sebentar. Mak nak masak ni, ayah dengan
kakak kamu tiada dekat rumah.” Pulang sahaja dari sekolah, Puan Rabiatul
menyambut kedatangan anaknya itu lalu memberikan sejumlah wang kepada Riana.
“ Mak nak Riana
beli apa?” Soal Riana lalu meletakkan beg sekolahnya.
“ Tolong mak beli
jintan manis, garam dan serbuk kari ayam. Nanti kawan ayah dari luar Negara nak
datang dekat rumah.” Jawab Puan Rabiatul, sejurus kemudian Riana mencapai
telefon bimbitnya lalu beroleh pergi tanpa menukar baju sekolahnya.
Sampai sahaja di kedai Pak Mail, Riana membeli pesanan dari
ibunya. Kebetulan Hairul juga berada di situ, Hairul sedang menghantar kuih
muih yang dibuat oleh ibunya sendiri. Kebiasaannya, Miza yang akan menghantar
kuih muih namun hari itu, dia tidak dapat menghantar kuih muih ke gerai Pak
Mail kerana mempunyai urusan di luar.
“ Riana !” Hairul
memanggil Riana lalu mengenyitkan mata ke arahnya. Riana tersenyum lalu
menghampiri Hairul.” Jom kita…” Kata – kata Hairul segera dipotong oleh Riana.
“ Ok jom pergi.” Riana meletakkan pesanan dari ibunya di dalam bakul basikal
Hairul. Sejurus kemudian mereka berdua pergi dari situ menuju ke tempat
kegemaran Hairul.
“ Riana, … hari ni
Hairul tiada tumpuan di dalam kelas. Sebab, Hairul nak sangat lulus dalam
periksaan agar suatu hari nanti kita akan hidup senang lenang.” Hairul mengeluh
lalu mendongak ke atas melihat langit yang kelihatan cerah itu.
“ Hairul, ni baru exam akhir tahun la belum lagi SPM. Tak
payah la risau sangat, Riana yakin Hairul akan lulus exam kali ini. Berusaha !” Riana tergelak lalu memberi kata
semangat kepada Hairul. Hairul duduk bersebelahan dengan Riana lalu mengusap
kepalanya.
Riana tersenyum lalu meletakkan kepalanya di
bahu Hairul.” Hairul, boleh Riana tanya sesuatu?” Riana memegang tangan Hairul
lalu menyatakan hasratnya.
“ Um… tanya la.”
Riana menjauhkan kepalanya dari Hairul lalu memandang Hairul, sejurus kemudian
mata mereka saling bertatapan.
“ Dalam dunia ni,
apa yang Hairul mahukan sangat ?” Soal Riana kepada Hairul, Hairul tersenyum
kerana soalan unik dari Riana.
“ Dalam dunia ni,
Hairul Cuma mahukan tiga benda sahaja. Yang pertama, Hairul nak sangat keluarga
Hairul kembali seperti dahulu. Hairul nak sangat papa kembali kepada kami
semua. Yang kedua, Hairul nak Riana. Hairul nak khawin dengan Riana dan hidup
bahagia bersama Riana. Yang terakhir, Hairul nak ubah kehidupan keluarga
Hairul. Hairul nak belikan mama sebuah rumah yang mewah dan mama tak payah jual
kuih lagi.” Ujar Hairul panjang lebar sambil bertatapan mata dengan Riana.
“ Hairul tak
bencikan papa Hairul meskipun dia dah buat perkara buruk kepada Hairul dan
keluarga Hairul?” Soal Riana. “ Hairul tak pernah bencikan papa walau dengan
apa yang telah dia lakukan kepada keluarga kami sekalipun. Sebab dia tetap ayah
Hairul sampai bila – bila.” Ujar Hairul lalu bangkit dari duduknya menuju ke
sebuah pokok lalu memanggil Riana.
Rasa bersalah dalam diri Riana tiba – tiba sahaja timbul, dia
tercegat berdiri bersebelahan dengan Hairul lalu meminta maaf kepada Hairul.
Hairul tersenyum lalu mengusap kepala Riana buat kali kedua. Sejurus kemudian,
Hairul menghantar Riana ke rumahnya.
Malam itu seperti yang dikatakan oleh Puan Rabiatul, rakan
kepada Encik Khairi daripada luar Negara akan mengunjungi rumah mereka.
Pelbagai hidangan yang disediakan oleh Puan Rabiatul dengan bantuan dua orang
anak gadisnya. Riana serta keluarganya turut menjamu masakan daripada ibunya
bersama dengan rakan kongsi ayahnya.
Dalam banyak – banyak rakan Encik Khairi ada seorang lelaki
dalam lingkungan 40 an menjadi perhatian Riana kerana mukanya hampir sama
dengan Hairul. Beberapa jam kemudian, rakan ayahnya meminta diri Riana segera
menghampiri lelaki yang menjadi tumpuannya dari tadi.
“ Encik, boleh tak
kalau saya tanya sesuatu?” Riana memberanikan dirinya untuk bertanya kepada
rakan ayahnya itu.“ Ya, semestinya boleh.” Jawab lelaki yang berwajah kacukan
cina itu.
“ Nama encik…
Maksud saya siapa nama encik?” Riana gugup bertanya kepada lelaki itu.“ Nama
saya Fariz. Kenapa adik? Ada apa yang saya boleh bantu?” Soal lelaki tersebut.
Riana kaget apabila
mendengar nama lelaki tersebut.” Adakah nama anak encik Hairul dan Miza dan
nama isteri encik pula Puan Umairah?” Soal Riana tidak sabar untuk mengetahu
jawaban Encik Fariz. Riak muka Encik Fariz berubah, Riana berasa bersalah namun
dia ingin membantu Hairul mencari ayahnya yang sudah bertahun tidak pulang itu.
“ …. Ya mereka
semua bekas ahli keluarga saya. Tapi, hampir lapan tahun saya tinggalkan
mereka. Saya tidak memerlukan mereka lagi kerana mereka sentiasa menyusahkan saya. Mereka semua
memang sentiasa menyusahkan saya, saya…” Kata – kata Encik Fariz terhenti
apabila Riana memintas perbicaraannya.
“ … Encik! Jangan…
jangan hina mereka encik! Sebab, walaupun encik telah membuat perkara buruk
kepada mereka tapi mereka tidak membenci encik terutamanya Hairul. Saya mohon
sangat dekat encik agar, agar… agar kembali kepada mereka seperti dahulu
memandangkan kehidupan encik sekarang ni dah senang. Walaupun encik pernah
menyakiti Hairul suatu ketika dahulu, namun dia ingin kembali seperti dahulu
encik. Dia ingin encik kembali dalam hidupnya, hanya itu sahaja yang
diinginkannya sekarang encik!” Riana megeluarkan isi hatinya dengan nada yang
tinggi. Matanya mulai berkaca – kaca menahan sebak di dalam hatinya kerana
simpati akan nasib Hairul.
“ Kamu, kamu tidak
faham apa – apa! Jadi tolong jaga tepi kain kamu sendiri, jangan sibuk mengenai
keluarga saya.Terima kasih.” Encik Fariz membentak Riana lalu beroleh pergi
dari rumah itu, Encik Khairi hanya menggeleng kepala kepada Riana riak mukanya
berubah menjadi masam. Sebentar lagi pasti Encik Khairi akan marah besar
terhadap Riana, Riana beroleh dari situ lalu masuk ke dalam biliknya.
Air matanya mulai mengalir deras, dia asyik memikirkan
percakapan Hairul pada akhir – akhir ini kerana Hairul sentiasa bercakap
mengenai hal kematian dan masalahnya seperti dia akan pergi meninggalkan orang
di sekelilingnya buat selamanya.
Bab 10
Hanya tinggal beberapa bulan lagi pelajar SMK Sinar Jaya akan
bercuti manakala pelajar yang berada di tingkatan lima dan 6 atas akan
menghadapi SPM dan STPM dalam masa beberapa bulan lagi. Hari itu, setelah
hampir beberapa hari mengulang kaji pelajaran mereka akan menduduki Peperiksaan
akhir tahun pada hari itu.
“ Hairul, kau tak
sihat ka hari ni? Pucat semacam ja aku tengok muka kau?” Pulang sahaja dari
sekolah Hairul dan Aril menunggu Riana dan Kayla di sebuah tempat meletak
basikal. Sejak kebelakangan ini, muka Hairul kelihatan pucat namun dia sentiasa
menafikan bahawa dia hanya penat membantu ibunya bekerja sambilan.
“ Aku, oklah aku
sihat, aku penat ja jangan risaulah ok. Aku pergi dahulu,bye – bye!” Sejurus kemudian Riana dan Kayla muncul di hadapan
mereka berdua. Hairul menjawab sambil memegang bahu Aril lalu beroleh pergi
bersama Riana.
“ Aril, kenapa
dengan Hairul tu? Saya tengok muka dia tu pucat semacam ja? Dia sakit ka?” Soal
Kayla kepada Aril.
“ Entah la, saya
tanya dia kata penat ja.” Aril menggeleng kepala lalu memberikan sebuah kotak
kecil kepada Kayla. Perjalanan mereka terhenti apabila Kayla kaget melihat isi
di dalam kotak kecil tersebut, kelihatan seutas rantai di dalam kotak tersebut.
Aril mengambil rantai itu lalu membantu Kayla mengenakannya. Kayla tersenyum
puas lalu mengucapkan terima kasih kepada Aril sambil matanya terbeliak melihat
rantai berlian itu.
Pulang sahaja di rumah, Hairul terus menukar pakaian sekolahnya
lalu memulakan rutin hariannya bekerja sambilan sebagai buruh kasar di sebuah
bangunan baru. Walaupun berkali – kali Puan Umairah menasihatinya agar tidak
usah membantunya namun Hairul tetap berkeras untuk membantu ibunya. Tiada siapa
yang tahu tujuan sebenar Hairul bekerja sambilan selain ingin membantu ibunya
menampung mereka sekeluarga termasuk Riana.
“ Hairul, nah Riana
ada bawakan makanan untuk Hairul. Hairul sepatutnya duduk rumah ja belajar
bukannya kerja macam ni. Bukankah cita – cita Hairul nak jadi fotografer dan
nak khawin dengan Riana nanti.” Setelah beberapa jam mengeluarkan peluh, masa
rehat telah tiba. Riana yang dari tadi menunggu Hairul di tempat kerjanya,
memberikan Hairul sebekas bekal lalu mereka berdua duduk di bangku yang
disediakan.
“ Um… memanglah
cita – cita Hairul mahu menjadi seorang fotografer dan mahu menghawini Riana.
Sebab tu Hairul bersedia dari awal untuk mengumpul duit.” Ujar Hairul sambil
menikmati makanan yang diberikan oleh Riana.
Riana terdiam kaku sambil matanya menatap muka Hairul dengan
lama. Hairul hanya menikmati hidangannya sambil melihat orang yang lalu –
lalang tanpa menyedari bahawa dari tadi Riana memerhatikannya dengan dalam.
“ Hairul, Hairul
memang sudah menetap dan merampas hati Riana. Riana tak boleh berpisah dengan
Hairul, Hairul tolong… tolong biarkan kita sentiasa bersama. Tolong jangan
tinggalkan Riana kerana hati Riana hanya ada Hairul seorang sahaja, Hairul..”
Tangisan Riana mulai kedengaran dia takut jika suatu hari nanti dia akan
kehilangan Hairul buat selamanya. Hairul yang kaget, meletakkan bekal kepunyaan
Riana di bangku itu lalu mengesat air mata Riana.
Hairul tersenyum lalu menatap mata Riana yang merah kerana
menangis terlalu lama. Hairul hanya membiarkan Riana menangis sehingga hati
kekasihnya itu berasa tenang.
“ Jadi,begitu
Hairul dah rampas hati Riana ni. Riana, jangan takut Hairul akan sentiasa
berada di dalam hati Riana sampai bila – bila. Hairul akan sentiasa berada di
sisi Riana dan akan sentiasa bersama dengan Riana sebab Riana cinta pertama
Hairul. Terima kasih Riana, disebabkan Riana Hairul dapat memahami erti cinta
yang sebenarnya.” Hairul meyakinkan
Riana bahawa dia akan sentiasa berada di sisi Riana lalu bangkit dari duduknya
meneruskan pekerjaannya.
Riana segera bangkit dari duduknya lalu matanya memandang
perjalanan Hairul menuju ke sebuah bangunan. Lama – kelamaan Hairul hilang
dalam pandangannya, Riana tersenyum kerana Hairul betul – betul menyintai
dirinya meskipun Hairul tidak pernah mengungkapkan perkataan cinta kepada
Riana.
Hari demi hari berlalu keputusan peperiksaan akhir tahun mereka
telah pun diumumkan Riana melonjak gembira kerana akhirnya dia lulus serta
mendapat markah yang tinggi dalam subjek
ekonomi serta matematiknya. Begitu juga dengan Kayla dia turut lulus dalam
subjek ekonomi meskipun mendapat markah yang rendah. Hari itu juga cuti sekolah
telah pun bermula manakala pelajar yang bakal menduduki SPM dan STPM hanya
tinggal beberapa minggu sahaja lagi mereka mengambil peperiksaan yang akan
menentukan masa depan mereka itu. Pulang sahaja dari sekolah, seperti biasa
Hairul dan Riana pergi ke tempat kegemaran Hairul.
Hairul turun dari basikalnya diikuti dengan Riana. Hairul
melepaskan penatnya di pangkin kayu itu sambil memandang sawah yang terbentang
luas di hadapannya. Riana melabuhkan punggungnya dan duduk bersebelahan dengan
Hairul.
“ Tahniah! Sebab
lulus dan dapat tempat pertama dalam kelas !” Beberapa minit kemudian, Riana
mengeluarkan sesuatu dari beg sekolahnya lalu menghulurkan kepada Hairul yang
duduk bersebelahannya sambil memberikan ucapan tahniah.
Hairul mengambil hadiah tersebut
lalu mengucapkan terima kasih kepada Riana sambil mengusap kepala Riana dan
memberikan senyuman. “ Cuti sekolah sudah bermula, keluarga Riana akan
melangsungkan pertunangan kak Aisyah dalam penghujung bulan sebelas nanti.
Nanti Hairul dan makcik serta kak Miza jangan lupa datang juga ok.” Ujar Riana
lalu menghempaskan badannya di pangkin tersebut.
Hairul sekadar mengangguk matanya masih liar memandang sawah
yang terbentang luas di hadapannya. Riak muka Riana mulai berubah, seolah –
olah ada sesuatu yang akan berlaku kepada dirinya dan juga Hairul. Dia hanya
tersenyum bagi menyembunyikan perasaan takut dan risaunya itu.
. . . . . .
Hari demi hari berlalu majlis pertunangan Aisyah dan Erzul
akhirnya berlangsung pada pagi itu. Majlis tersebut hanya diadakan kecil –
kecilan dan hanya dihadiri oleh sahabat handai dan keluarga terdekat sahaja.
Tidak ketinggalan Hairul serta keluarganya turut menghadiri majlis pertunangan
Aisyah.
Sejurus sahaja acara pertunangan itu selesai, Hairul serta
keluarganya meminta diri untuk pulang dari situ tanpa pengetahuan Riana. Tiba –
tiba sahaja Aisyah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada muka Hairul. Dia
segera bertanya kepada Hairul apa yang terjadi namun Hairul hanya memberi
alasan bahawa dia sihat sahaja.
Malam itu, hampir beberapa kali Riana menghubungi Hairul namun
Hairul tidak menjawab panggilan daripada Riana. Keesokan harinya, Hairul
menghubungi Riana lalu menyuruh Riana bersiap untuk ke tempat yang hendak mereka
tuju pada hari itu.
Pelbagai persoalan yang berada di
dalam minda Riana dalam perjalanan menuju ke tempat yang hendak Hairul tuju.”
Um… Hairul! Kita nak pergi mana? Bagi tahu la Riana, jangan lah timbulkan
pelbagai persoalan dalam minda Riana.” Beberapa minit berdiam diri akhirnya
Riana mengeluarkan apa yang terdapat dalam mindanya. Hairul semakin laju
mengayuh basikalnya manakala Riana yang berada di belakangnya tidak henti –
henti menyuruh Hairul agar berhenti.
“ Hairul! Jangan bawa laju – laju
lah !” Riana meninggikan suaranya, Hairul hanya tergelak sendirian. “ Ah… Riana
tengok cuaca hari ni ok kan. Apa kata kita berkelah hari ni? Mak dengan Kak
Miza dah tunggu dekat tapak perkelahan.” Akhirnya Hairul memberitahu yang
sebenarnya kepada Riana. Hati Riana gembira kerana tiada apa yang berlaku
kepada Hairul yang kebelakangan ini berdiam diri sahaja.
Sampai sahaja ke destinasi yang dituju. Hairul meletakkan
basikalnya di suatu sudut lalu mereka berdua turun dari basikal itu menuju ke
tapak perkelahan. Pemandangan tapak perkelahan itu indah sekali. Dengan
pemandangan air terjun dan sungai serta pokok yang hijau cukup menenagkan bagi
mereka yang berkelah di tempat itu. Bukan itu sahaja, di tapak perkelahan itu
terdapat kolam air panas dan tempat
berekreasi.
“ Wah! Mak masak
apa ni?” Hairul terpegun melihat makanan yang banyak lalu duduk bersebelahan
dengan ibunya. Miza hanya menggeleng kepala melihat gelagat adiknya yang
bersikap kebudak – budakan itu lalu matanya tertumpu ke arah Riana yang masih
tercegat berdiri di belakang Hairul.
Sejurus kemudian
perut Riana rasa pedih yang teramat sangat bagai ditusuk dengan sembilu.
Suasana keluarga Hairul menjadi huru hara kerana Riana terduduk sambil memegang
perutnya lalu mengerang kesakitan.” Hairul! Kenapa perut Riana rasa …
sakit…sakit!” Sejurus kemudian, Riana pengsan dalam dakapan Hairul.” Riana…
bangun Riana!” Hairul mencuba untuk membangunkan Riana namun hasilnya tetap
sama Riana masih pengsan dalam dakapannya. Kelihatan muka Riana pucat dan
berpeluh – peluh menahan kesakitan, Hairul dan keluarganya segera membawa Riana
ke Hospital.
Sampai sahaja di Hospital Seri Anggerik, Riana terus dibawa ke
dalam ruang kecemasan. Hairul menghubungi Puan Rabiatul untuk memberitahu
mengenai keadaan Riana. Beberapa minit kemudian, seorang doktor wanita yang
bertubuh langsing serta mengenakan tudung berwarna ungu keluar daripada ruang
kecemasan.
“ Mana keluarga
adik Riana?” Doktor tersebut menanyakan keluarga Riana kepada orang yang duduk
berhampiran ruang kecemasan. Hairul segera bangkit dari duduknya lalu bertanya
keadaan Riana kepada doktor bernama Shaliza itu.
“ Keadaan pesakit
stabil sekarang ni. Dia Cuma mengalami gastrik, tapi adakah Riana mengalami
masalah ? Saya tengok sekarang ni dia tengah memikirkan sesuatu yang menyebabkan
dia menjadi begitu.” Doktor Shaliza
menjelaskan keadaan Riana kepada Hairul serta kedua ibu bapa Riana yang
baru sahaja sampai ke Hospital. Lalu mengajukan pertanyaan kepada keluarga
Riana bagaimana Riana boleh menjadi sebegitu rupa.
“ Kebelakangan ini,
saya tengok keadaan Riana baik – baik sahaja dia juga tidak pernah
menembunyikan masalahnya daripada kami semua. Doktor boleh kami masuk ke
dalam?” Puan Rabiatul menjelaskan keadaan Riana kepada Doktor Shaliza. Lalu
matanya merenung wajah Hairul yang
kelihatan resah itu.
Doktor Shaliza membenarkan mereka masuk ke dalam lalu beroleh
pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Tanpa berlengah lagi, Puan Rabiatul masuk
ke dalam bilik Riana meninggalkan Hairul dan ibu serta kakaknya yang masih
tercegat berdiri. Langkah Hairul terhenti untuk masuk ke dalam bilik itu
apabila Encik Khairi memegang bahunya lalu menyuruhnya mengikuti Encik Khairi
ke suatu tempat.
Perjalanan mereka
terhenti apabila perjalanan Encik Khairi terhenti. Kelihatan wajah Encik Khairi
masam mencuka sambil matanya liar melihat wajah Hairul dengan dalam. “ Hairul! Kenapa
ni Hairul? Kamu berdua ada masalah ka?” Wajah Encik Khairi kembali menjadi
manis dengan pertanyaan yang diajukan kepada Hairul.
Hairul menundukkan wajahnya lalu duduk di sebuah bangku. Dia
menghembuskan nafasnya lalu melepaskannya semula. Encik Khairi turut duduk
bersebelahan dengan Hairul.
“ Sebenarnya kami
berdua tiada masalah apa – apa pun Pakcik. Cuma mungkin saya terlalu penat
kebelakangan ni dan saya tiada masa untuk meluangkan masa saya dengan Riana.
Mungkin sebab itu dia… dia jadi macam ni.” Ujar Hairul lalu menundukkan mukanya
perasaan risau tiba – tiba sahaja muncul dalam dirinya. Dia takut jika Encik
Khairi ingin memutuskan hubungan mereka berdua.
Encik Khairi bangkit dari duduknya lalu memegang bahu Hairul
sambil memberikan senyuman kepada Hairul sebelum beroleh pergi menuju ke bilik
Riana.
Puan Umairah serta Miza meminta diri kepada Puan Rabiatul yang
duduk bersebelahan dengan Riana yang masih tidak sedarkan diri. Encik Khairi
masuk ke dalam lalu mengucapkan terima kasih kepada Puan Umairah serta Miza
kerana sudi melawat anaknya.
Perjalanan Aisyah
menuju ke bilik adiknya terhenti apabila dia melihat Hairul yang masih tercegat
duduk di sebuah bangku sambil melihat orang yang lalu – lalang. Dia tersenyum
lalu duduk bersebelahan dengan Hairul. Hairul memberikan senyuman kepada
Aisyah, Aisyah membalasnya.” Um… terima kasih Hairul.” Hairul kaget lalu
melihat wajah Aisyah sejurus kemudian dia bangkit dari duduknya.
“Hairul! Terima
kasih sebab selama ni sudi menjaga hati Riana dan sentiasa berada di sisi Riana
semasa dia suka ataupun duka.” Hairul yang meletakkan tangannya ke dalam
poketnya terhenti daripada meneruskan perjalanannya. Dia memusingkan kepalanya
menuju kea rah Aisyah yang memberikan senyuman yang lebar kepadanya dia
membalas senyuman itu lalu beroleh pergi.
. . . . .
Perlahan – lahan Riana membuka matanya lalu kelihatan ibu
bapanya serta kakanya berada di sisinya. Puan Rabiatul mengusap kepala anaknya
itu sebelum beroleh pergi diikuti dengan Encik Khairi serta Aisyah. Riana hanya
membiarkan ibu bapa seta kakaknya keluar dari bilik itu.
Setelah mereka bertiga hilang daripada pandangannya matanya
bertukar arah melihat sebuah sisi. Air matanya mulai mengalir deras di pipinya
perasaan risaunya semakin tinggi. Dia takut jika suatu hari nanti Hairul hilang
dari pandangannya. Sejurus kemudian, Hairul masuk ke dalam bilik Riana sambil
membawa sejambak bunga ros merah kesukaan Riana. Hairul meletakkan bunga tersebut
di sebuah meja, lalu duduk di sebuah kerusi plastik berhampiran dengan Riana.
“ Riana, kenapa ni?
Kenapa dengan Riana? Hairul ada buat sesuatu yang membuatkan Riana sedih?”
Hairul mengajukan soalan kepada Riana sambil memegang tangan Riana.
Riana hanya berdiam diri. Hanya kedengaran tangisan Riana yang
sayup – sayup sahaja di bilik itu. Akhirnya Riana memalingkan wajahnya ke arah
Hairul yang menundukkan mukanya sambil memegang tangan Riana.
“ Hairul, adakah…
adakah Hairul akan meninggalkan Riana?” Riana tidak menjawab soalan Hairul
namun dia mengajukan soalan kepada Hairul. Sebentar kemudian, perlahan – lahan
dia bangkit dari katil tersebut lalu duduk di atas katil itu.
Hairul tergelak kecil lalu menggelengkan kepalanya kea rah Riana
yang berwajah muram itu.
“ Riana… Riana.
Jadi sebab itu Riana risau sampai jadi macam ni? Riana kan Hairul dah kata,
Hairul akan sentiasa berada dalam hati Riana. Hairul akan sentiasa menjaga
Riana sampai bila – bila itu maksudnya Hairul tidak akan meninggalkan Riana.”
Ujar Hairul lalu mengusap kepala Riana. Riana tersenyum lalu mengesat air
matanya sejurus kemudian Riana memeluk Hairul dengan erat lalu mengucapkan
terima kasih kepada Hairul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan