Tumblr Scrollbars

My Friend

Isnin, 9 September 2013

Cinta Itu Indah ( Bab 11 -20 )

Bab 11
Selang beberapa hari kemudian, akhirnya Riana dikeluarkan daripada Hospital. Keadaannya semakin membaik dan dia hanya perlu berehat dan tidak memikirkan masalah yang membuatkan gastriknya kembali muncul.
Seperti biasa, awal pagi lagi Hairul memulakan pekerjaanya. Memandangkan cuti sekolah telah tiba, dia mengagihkan masanya bersama Riana, keluarganya serta pekerjaannya meskipun dia mengambil pekerjaan separuh masa yang banyak.
        “ Khairul! Mari sini sebentar. Ada sesuatu yang saya ingin bincangkan dengan kamu!” Seorang lelaki berotot tegap memanggil Hairul dengan nada yang tinggi. Hairul yang sedang mencat sebuah bangunan segera menghampiri lelaki itu.
        “ Ya saya. Ada apa encik?” Soal Hairul kepada lelaki tersebut.” Nah! Ini gaji bulanan kamu dan ini juga gaji terakhir kamu selepas ini saya minta kamu jangan lagi bekerja di sini!” Lelaki tersebut melemparkan sejumlah wang ke muka Hairul lalu berkata dengan nada yang tinggi kepada Hairul.
Hampir seluruh pekerja kaget melihat kelakuan majikan mereka yang kasar terhadap Hairul. Hairul turut kaget melihat kelakuan majikannya terhadap dirinya. Dia berusaha menenangkan dirinya, dia duduk lalu mengutip duit yang dilemparkan kearahnya sebentar tadi.
        “ Encik! Apa kesalahan saya kepada encik? Ada sesuatu yang membuatkan encik tidak berpuas hati terhadap kerja saya?” Soal Hairul lalu menghulurkan wang itu kepada lelaki tersebut.
        Lelaki itu merenung dengan mata yang tajam ke arah Hairul.           ” Tidak! Memang selama ini kamu sentiasa memberikan kepuasan kepada saya. Namun kebelakangan ini, terdapat banyak kesilapan yang kamu lakukan terhadap pekerjaan kamu tanpa kamu sedari. Saya juga melihat kamu sentiasa mencuri tulang tidur di sini! Kamu sangka bangunan ni kamu punya ha !!! Sudah pergi dari sini sekarang juga ! Ambil wang ni, cari pekerjaan yang lain.” Lelaki itu segera membentak Hairul, lalu menghulurkan sejumlah wang kepada Hairul lalu beroleh pergi.
        “ Encik. Maafkan saya encik. Saya janji saya tidak akan mengulangi kesalahan saya tolong beri saya satu peluang lagi encik. Ini untuk masa depan saya encik saya mohon.” Hairul berjalan dengan pantas mengekori lelaki itu sambil mengeluarkan kata – katanya.
Lelaki itu beroleh ke belakang lalu menggeleng kepala kepada Hairul. Wajah Hairul tertunduk lalu mengemas dirinya untuk pergi dari situ, hampir seluruh pekerja memberikan kata semangat kepada dirinya untuk terus berusaha. Dia mengucapkan terima kasih kepada pekerja tersebut lalu beroleh pergi meninggalkan mereka semua.
Hairul terserempak dengan Riana, Riana menundukkan mukanya lalu segera mengesat air matanya. Riana berjalan menuju ke arah Hairul lalu memberikan senyuman yang manis kepadanya. Hairul membalasanya lalu mengusap kepala Riana, sejurus kemudian mereka berdua pergi dari situ lalu menuju ke tempat kegemaran mereka.
        “ Hairul, kena pecat. Maafkan Hairul, Riana… perkhawinan kita tidak akan dilangsungkan ketika kita berumur 22 tahun nanti. Sekali lagi…. Hairul… Hairul minta maaf sangat.” Sejurus sahaja sampai ke destinasi mereka Hairul dan Riana duduk di sebuah pangkin. Setelah lama berdiam diri, Hairul berkata sesuatu kepada Riana dan deraian air matanya mulai jatuh dari kelopak matanya. Lama- kelamaan Hairul mulai menangis lalu meminta maaf kepada Riana kerana tidak menepati janjinya untuk menghawini gadis itu apabila mereka menginjak ke usia 22 tahun nanti.
        “ Hairul… Hairul, jangan lah macam ni. Riana yakin lambat laun nanti kita mesti akan menjadi pasangan suami isteri. Hairul, sabar ok masih banyak yang harus kita lakukan lagipun kita masih seorang pelajar kita tidak boleh memikirkan itu semua. Walau apa pun yang terjadi, Riana janji akan sentiasa menunggu Hairul.” Riana mendekati Hairul lalu menggosok – gosok bahunya, Hairul memeluk Riana lalu mengesat air matanya.
        “ Terima kasih Riana. Terima kasih sebab memahami Hairul, terima kasih.” Hairul melepaskan Riana daripada dakapannya lalu memegang kedua bahu Riana lalu mengucapkan terima kasih kepada gadis bermata besar itu.
Riana mengangguk lalu mengeluarkan suatu bungkusan dari dalam begnya. Dia memberi bungkusan itu kepada Hairul lalu Hairul menerimanya dengan pelbagai persoalan yang bermain dalam mindanya.
        “ Selamat hari jadi! Ini pertama kali Riana memberikan seorang lelaki selain ayah sebuah hadiah. Terima kasih sebab sudi menjadi teman lelaki Riana dan mengajar Riana erti percintaan.” Riana memberi ucapan selamat hari jadi kepada Hairul.
        “ Sama – sama. Wah! Sebuah dairi serta sehelai cardigan berwarna kelabu. Terima kasih Riana, … Riana ni untuk Riana. Terima kasih sebab sudi menerima Hairul apa seadanya.” Hairul memberikan senyuman yang lebar kepada Riana lalu memberikannya seutas rantai yang bercorak hati di tengah serta huruf H dan R berada di setiap sisi rantai tersebut.
Riana mengucapkan terima kasih kepada Hairul. Sejurus sahaja memakaikan rantai tersebut di leher Riana, Hairul menghempaskan tubuhnya di atas pangkin tersebut lalu mengeluh.
Riana mengalihkan perhatiannya kepada Hairul begitu juga dengan Hairul dia turut memandang tepat ke arah Riana tanpa sebarang senyuman. Sejurus kemudian, Hairul duduk lalu mata mereka berdua saling bertatapan dengan riak muka yang serius.
        Riana tergelak lalu memukul bahu Hairul menggunakan tangannya. “ Bodoh. … Kenapa buat macam tu? Mata Riana sakit sebab renung mata Hairul lama – lama.” Riana kembali tergelak. Hairul turut tergelak lalu menggeletek Riana.
Riana bangkit dari duduknya lalu berlari di tengah – tengah sawah. Hairul mengejarnya dari belakang lalu Riana kembali berlari ke pangkin tersebut Hairul berhenti dari lariannya lalu memetik bunga. Dia duduk bersebelahan dengan Riana lalu menyemat bunga tersebut di sebelah telinga Riana.
        “ Jom, balik.” Hairul bangkit dari duduknya lalu menuju ke jalan besar. Riana turut bangkit dari duduknya lalu berjalan dengan cepat ke arah Hairul.
        “ Riana, jika suatu hari nanti kita terpisah atau Hairul menghilang secara tiba – tiba adakah Riana akan mengingati tempat ini?” Hairul menanyakan sesuatu kepada Riana.
Riana menolak Hairul lalu mencubit tangannya. Hairul mengusap kepala Riana lalu mengangkatnya.Riana menyuruh Hairul menurunkannya, namun Hairul tetap mengangkatnya sehingga ke sebuah stesen bas. Sementara menunggu bas tiba, mereka berdua hanya berdiam diri.
        “ Sampai bila – bila pun, tempat tu akan sentiasa berada dalam hati Riana seperti Hairul. Jadi Riana akan sentiasa mengingati tempat itu tidak kira kita terpisah atau Hairul menghilang buat selamanya.” Mata mereka berdua saling bertatapan lalu membalas senyuman masing – masing.
Sejurus kemudian, bas yang dinantikan oleh mereka telah pun tiba. Mereka hanya berdiam diri tanpa sepatah perkataan pun yang keluar daripada mulut mereka.
Sampai sahaja ke destinasi yang dituju, mereka berdua turun daripada bas lalu Hairul menghantar Riana ke rumah gadis itu. Tiba – tiba sahaja hujan turun dengan lebat dan membasahi Hairul yang menuju ke rumahnya, Riana yang risau akan keadaan Hairul segera memberikan payung kepada lelaki berambut pacak itu. Hairul menerimanya lalu mengucapkan selamat tinggal kepada Riana sebelum beroleh pergi.
Riana hanya tercegat berdiri berhampiran dengan pintu pagar rumahnya melihat Hairul yang lama – kelamaan hilang dari pandangannya.

. . . . .
Riana segera bangkit dari tidurnya lalu bersiap menuju ke rumah Hairul. Dia dikejutkan apabila Hairul mengalami demam panas dan mengalami sakit kepala secara mengejut.
Hairul hanya terbaring lemah di atas katilnya sejak kebelakangan itu, dia sering mengalami sakit kepala yang teruk hari itu pula sakit kepalanya ditambahkan dengan demam panasnya pula. Sejurus kemudian, Miza membuka pintu biliknya Hairul segera bangkit dari baringnya lalu duduk di atas katil itu. Mukanya kelihatan pucat dan badannya pula berpeluh – peluh ditambahkan dengan selesma.
        “ Ah… aku sangka Riana yang datang rupanya kakak.” Hairul memuncungkan bibirnya lalu kembali baring di atas katilnya. Miza tergelak kecil lalu Riana masuk ke dalam bilik Hairul.
Sekali lagi, Hairul kembali bangkit dari baringnya lalu duduk. Riana melabuhkan punggungnya lalu duduk di sisi kepala katil Hairul dan memberikan membuka sebekas makanan yang dibawanya.
        “ Hairul, ni Riana ada bawa sarapan untuk Hairul. Makcik kata sejak kebelakangan ni Hairul tiada selera makan jadi hari ni Riana ada bawa makanan untuk Hairul. Makan ok.” Riana memberikan bekas makanan itu kepada Hairul.
Hairul hanya merenung tepat ke arah makanan itu. Riana duduk di sisi Hairul lalu mengeluarkan sudu dari bekas tersebut. Perlahan – lahan dia mengambil bekas makanan itu lalu menyuapkan Hairul makanan itu sikit demi sedikit. Hairul tersenyum lebar manakala Riana hanya menunjukkan muka yang serius.
        “ Lain kali, Hairul jangan lagi kerja sambilan berlebihan. Tengok ini la jadinya kalau tak pandai nak dengar nasihat. Kan dah jatuh sakit, kita pergi klinik ok. Biar Riana yang temankan Hairul, jangan biarkan sakit Hairul ni nanti lama – kelamaan boleh jadi teruk. Hairul lepas ni…” Bebelan Riana terhenti apabila Hairul meletakkan jari telunjuknya di bibir Riana sambil tersenyum lebar.
        Sejurus kemudian dia mengusap kepala Riana lalu tergelak kecil. Riana menjeling dan mencebik melihat telatah lelaki itu.” Riana… Riana. Semakin hari Riana semakin cantik dan comel la. Tidak sia – sia, Hairul jadikan Riana teman wanita Hairul.” Gelak tawa Hairul bertambah kuat, Riana segera meletakkan bekas makanan yang dipegangnya di atas meja lalu bangkit dari duduknya. Kelakuan Hairul bertambah pelik, Riana segera mengambil begnya lalu menuju keluar bilik Hairul. Gelak tawa Hairul terhenti apabila dia melihat Riana seolah – olah sedang memarahi dirinya. Dia segera bangkit dari duduknya lalu menarik tangan Riana, Riana mencuba untuk melepaskan tangannya daripada Hairul namun lama – kelamaan dia mengalah apabila Hairul menarik tangannya hingga kembali di atas katil lelaki itu.
        “ Ya… ya semua tu lucu la kan! Riana nasihatkan Hairul sebab Riana sayangkan Hairul. Riana risau dengan keadaan Hairul, Riana takut jika… jika penyakit Hairul bertambah serius. Kebelakangan ni… muka Hairul semakin pucat, jadi jom kita pergi klinik sekarang juga. Biar Riana yang temankan jom.” Riana meninggikan suaranya kepada Hairul lalu mengeluarkan apa yang tersirat dalam hatinya. Hairul terdiam mukanya tertunduk tiada apa yang bermain dalam mindanya sekarang ini.
Memang kebelakangan ini semua orang yang berada di sekeliling Hairul berasa pelik dengan wajah lelaki itu yang semakin pucat. Meskipun berkali – kali diajukan pertanyaan mengenai kesihatannya. Dia hanya menjawab bahawa dia hanya kepenatan dengan pekerjaan sambilannya. Hairul segera tersedar dari lamunannya apabila namanya disergah oleh Riana berkali – kali.
        “ Ya Riana. Hairul tahu Riana sayangkan Hairul dan Riana risau keadaan Hairul akan bertambah teruk tapi Riana jangan risau. Tiada apa yang akan berlaku kepada Hairul, Hairul hanya kepenatan dengan pekerjaan Hairul sahaja. Selepas ni, Hairul janji Hairul akan menjaga kesihatan Hairul agar gadis cantik yang berada di hadapan Hairul ni tidak akan berasa risau.” Hairul menenangkan hati Riana sambil memegang wajah Riana yang putih mulus itu.
Sejurus kemudian, Miza masuk ke dalam bilik Hairul dengan membawa dua gelas minuman lalu duduk di sebuah kerusi plastik. Miza hanya menggeleng kepala dan tersenyum melihat telatah Hairul dan Riana.
        “ Sudah, romeo dan Juliet, jemput minum Riana.Riana jangan risau la dengan keadaan Hairul tu tiada apa yang berlaku kepada budak ni. Dia memang macam ni,kalau dia sakit dia memang tak suka pergi klinik sebab dari kecil dia memang anti dengan ubat. Macam kanak – kanak.” Miza bangkit dari duduknya lalu duduk berhampiran dengan Riana dan Hairul.
Riana mengangguk lalu mengambil segelas minuman. Hatinya kembali tenang apabila Miza menjelaskan bahawa Hairul hanya baik – baik sahaja. Sejurus kemudian, Riana meminta diri lalu beroleh pergi dari rumah Hairul. Hairul hanya dapat melihat Riana dari jendela biliknya, lama – kelamaan Riana hilang dari pandangannya. Dia menghempaskan tubuhnya di atas katilnya lalu matanya liar melihat siling kipas. Riak mukanya mulai berubah, kepalanya terasa begitu sakit dia hanya mampu menahan sakit kepalanya itu.
Pulang sahaja dari rumah Hairul, dalam perjalanan menuju ke rumahnya Riana terserempak dengan orang yang pernah membuatkan dia trauma suatu ketika dahulu tak ia dan tak bukan orang itu ialah Rika.
        Rika bertepuk tangan dan menahan Riana daripada meneruskan perjalanannya. “ Hebat kau perempuan! Eh, kau…kau sangka kau boleh rampas Hairul dari aku ka ha! Kau ni memang perempuan yang tak sedar diri! Aku hairan la kau guna teknik apa, goda Hairul yang kaki perempuan tu?! Kau guna bomoh ka? Atau sudah tiada perempuan lain yang lelaki kacak tu nak mainkan? Kau boleh tak bantu aku, bantu aku um… bantu aku apa max?” Rika menarik kolar baju Riana lalu memberikan kata – kata yang menyakitkan hati Riana. Sejurus kemudian, dia bertanya kepada lelaki berbaju hitam yang berada di sebelahnya.
        “ Apa lagi, Rika. Bantu kau buat Hairul sukakan kau semula. Boleh kan perempuan ! Boleh kan kau buat macam tu sebab Rika lagi sesuai dengan Hairul berbanding kau ni.” Rika ketawa terbahak – bahak disambut dengan dua orang lelaki yang berada di sebelahnya.
        “ Nah! Ini aku ada sejumlah wang untuk kau. Kau ambil ni dan tinggalkan Hairul. Kau faham tak ni! Kalau kau tak faham, aku akan simbah benda ni dekat muka kau. Biar Hairul tinggalkan kau dan pergi dekat aku semula.” Rika melemparkan sejumlah wang kepada muka Riana dan membentaknya habis – habisan. Rika mengeluarkan sebotol asid dari poket seluarnya lalu menunjukkan asid itu pada muka Riana.
Tiga orang lelaki yang berada di belakang Rika berasa kaget terhadap dirinya. Rika memberikan tamparan yang kuat pada muka Riana, Riana hampir terjatuh kerana tamparan yang kuat itu.
        Riana memegang pipinya yang merah lalu memalingkan wajahnya tepat ke arah Rika. Dia mengambil kesemua wan yang dilemparkan ke arahnya sebentar tadi lalu memberikan wang itu kepada Rika semula.      ” Aku tak akan buat semua itu meskipun kau mahu membunuh aku. Bunuh la asalkan kau jangan ganggu Hairul lagi. Hairul tu bukan benda dia tu manusia. Dia juga mempunyai perasaan, kau… bukankah kau pernah mempermainkan hatinya suatu ketika dahulu. Kenapa sekarang ni kau nak dia semula? Tolong fikirkan perasaan orang lain jangan pebtingkan diri sendiri.” Ujar Riana, sebentar kemudian Rika yang hilang sabar menyimbah Riana menggunaka asid tersebut. Riana bernasib baik apabila dia sempat mengelak dan hanya tangannya yang terkena asid itu. Tangan Riana bengkak dia hanya menahan kesakitan itu.
        “ Woi Rika! Sudah la, dah teruk dah tu. Jom kita balik.” Seorang lelaki yang tidak berambut serta memakai sepasang anting – anting segera menenangkan hati Rika dan beroleh pergi dari situ.
Malam itu, Riana hanya memberikan alasan bahawa dia terkena air panas kepada keluarganya. Selepas menjamu makan malam, Riana segera mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi Hairul. Hati Riana begitu senang apabila dapat mendengar suara Hairul daripada telefon bimbitnya.
Sejurus kemudian, Hairul menamatkan panggilan telefonnnya dan Riana menyuruhnya berehat dengan secukupnya. Riana menghempaskan tubuhnya di atas katilnya lalu melihat lukanya yang disebabkan oleh Rika sebentar tadi. Meskipun hatinya sakit mendengar semua perkara buruk namun dia tetap tersenyum selagi Hairul berada di sisinya.
Bab 12
Hari demi hari berlalu hanya tinggal seminggu sahaja lagi sesi persekolahan bulan satu dimulakan semula. Tahun hadapan juga merupakan tahun Riana serta rakannya dan Hairul mengambil SPM yang akan menentukan masa hadapan mereka.
        “ Hairul, kamu hendak ke mana pula kali ni?” Miza yang sedang bermain gitar di ruang tamu mengajukan pertanyaan kepada adiknya.
        “ Jalan dengan Riana, kenapa nak ikut?” Jawab Hairul lalu memerli kakaknya.
Miza menunjukkan buku lima kepada Hairul. Puan Umairah hanya tersenyum melihat telatah anaknya itu. Semenjak Hairul mengenali Riana, hidup Hairul mulai berubah. Perangainya juga semakin hari semakin berubah tidak seperti dahulu lagi.
Selepas sahaja mengambil Riana di rumahnya, Hairul segera membawa Riana ke sebuah restoran. Meskipun Hairul sudah pun sembuh dari demamnya namun wajahnya masih kelihatan pucat dan lesu. Riana hanya membiarkannya kerana tiada apa lagi yang harus dikatakannya kerana sikap Hairul yang keras kepala itu.
        “ Riana pesan lah. Hairul tiada selera sekarang ni.” Ujar Hairul lalu menghulurkan buku menu kepada Riana. Riana bangkit dari duduknya lalu beroleh pergi dari Restoran itu.
Hairul turut bangkit dari duduknya lalu keluar dari restoran tersebut.
        “ Hairul. Kita tidak payah la pergi restoran macam ni. Kita ke tempat lain sahaja ok.” Ujar Riana lalu duduk di belakang basikal Hairul.
Hairul mengayuh basikalnya sehingga ke tempat kegemarannya. Hairul segera turun dari basikal itu lalu duduk di pangkin. Riana turut mengikuti Hairul lalu duduk bersebelahan dengannya. Hairul melepaskan lelahnya dengan meletakkan kepalanya di atas pangkuan Riana.
Dia memegang tangan Riana sehingga kelihatan balutan luka pada tangan Riana.
        “ Riana kenapa ni? Siapa yang berani mencederakan Riana lagi ni? Jangan kata Rika yang buat.” Hairul bangkit dan duduk berhadapan dengan Riana.
Riana menggeleng kepala dan Hairul terus sahaja memaksa Riana untuk memberitahunya apa yang terjadi. Riana melepaskan tangannya daripada Hairul sebelum lelaki itu menanyakan kepadanya pelbagai soalan lagi.
        “ Tiada apa yang berlaku. Riana Cuma terkena air panas sahaja.” Sekali lagi Riana memberikan alasan yang tidak munasabah kepada Hairul pada kali ini. Hairul kembali meletakkan kepalanya di atas pangkuan Riana. Mereka berdua hanya berdiam diri, sejurus kemudian hujan turun dengan lebat membasahi sawah padi yang terbentang luas di hadapan mereka.
Hairul segera bangkit lalu bermain dengan hujan seperti kanak – kanak. Riana tergelak kecil lalu menyuruh Hairul agar berhenti sebelum dia jatuh sakit semula, Hairul berhenti lalu masuk semula ke dalam pangkin. Beberapa minit kemudian, hujan berhenti dan kelihatan pelangi muncul di hadapan mereka berdua. Hairul mengeluarkan kamera daripada begnya lalu mengambil gambar pelangi itu.
Sejurus kemudian, Hairul menarik tangan Riana lalu mengambil foto mereka berdua dengan berlatarkan pelangi dan sawah yang berada di belakang mereka.
        “ Cantik. Pandai Hairul ambil, memang boleh jadi fotografer.” Riana tersenyum melihat foto tersebut lalu memuji Hairul. Hairul meletakkan foto tersebut dalam telefon bimbitnya begitu juga dengan Riana, dia turut mengikuti apa yang dilakukan oleh Hairul.
Hairul dan Riana menghempaskan tubuh mereka di atas pangkin kayu itu. Hairul mengangkat tangannya lalu matanya tertumpu pada cincin yang berada di jari telunjuknya. Dia turut mengangkat tangan Riana lalu membandingkan cincin yang berada di jari telunjuk Riana.
        “ Tahun hadapan kita bakal menduduki SPM selepas itu kita akan membawa haluan masing – masing. Riana, Hairul akan masuk ke Universiti yang mempunyai kos dalam bidang fotografer. Riana pula?” Hairul meletakkan tangan Riana di atas tangannya lalu matanya tertumpu ke arah Riana.
        “ … Jadi maksudnya kita akan terpisah?” Riana bangkit dari baringnya lalu duduk dan mengajukan soalan kepada Hairul.
Hairul turut bangkit dari baringnya lalu duduk berhadapan dengan Riana.
        “ Riana, sampai bila pun kita tidak akan berpisah. Hairul akan sentiasa berada di sisi Riana. Cuma mungkin, kita hanya berpisah sementara sahaja jika kampus kita tidak sama.” Hairul memegang kedua – dua tangan Riana, Riana hanya menundukkan mukanya.
Sejurus kemudian, Riana mengangkat mukanya lalu memberikan senyuman kepada Hairul. Hairul membalasnya lalu mencubit hidung Riana yang mancung itu.
        “ Maaf, Riana terlalu emosi. Ok, kalau macam tu apa kata kita masuk dalam kampus yang sama. Hairul ambil kos dalam bidang fotografer manakala Riana ambil kos dalam bidang um… bidang apa… um nanti la Riana fikirkan tapi kita akan masuk dalam kampus yang sama. Ok.” Riana mengenyitkan matanya kepada Hairul lalu tersenyum. Hairul hanya mengangguk lalu mengusap kepala Riana.
Beberapa minit kemudian, mereka berdua menuju ke sebuah kedai buku untuk membeli peralatan sekolah memandangkan sekolah akan dibuka semula dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.
Riana yang berada di tempat duduk belakang basikal Hairul tiba – tiba sahaja tergelak. Hairul hairan melihat telatah gadis itu yang tiba – tiba sahaja tertawa.
        “ Hey, Riana ada apa ni?” Soal Hairul lalu melajukan basikalnya.
Riana hanya tertawa lama – kelamaan tawanya semakin menghilang disebabkan Hairul yang melajukan basikalnya secara sengaja.
        “ Hairul, sekejap. Hairul jangan laju sangat la. Hairul…” Riak muka Riana mulai berubah dia segera memeluk Hairul dari belakang.
Kali ini, Hairul pula yang tertawa melihat Riana dalam keadaan panik. Dia segera melajukan basikalnya menuju ke destinasi yang ingin dikunjungi. Lama – kelamaan Riana turut geli hati lalu tertawa, mereka berdua hanya tertawa sehingga sampai ke destinasi yang dikunjungi.
        “ Riana, kenapa dengan Riana tadi? Tiba – tiba sahaja…” Soalan Hairul terhenti apabila Riana memotong perbicaraannya.
        “ Riana teringat akan kejadian di dalam bas sebelum Riana kenal dan menjalinkan perhubungan dengan Hairul. Masa tu, Riana mengantuk sangat dan tanpa sengaja Riana tertidur di bahu Hairul. Riana minta maaf dengan Hairul tapi Hairul hanya berdiam diri sahaja seperti orang bisu dan terima kasih bayarkan tambang bas untuk Riana.” Riana menjelaskan kepada Hairul sebab dia tiba – tiba sahaja tergelak. Hairul mencebik.
        “ Tempat ni… tempat ni bukankah tempat selepas Riana turun dari bas dan terserempak dengan Hairul dengan Emmy?” Hairul turut mengingati kejadian itu lalu tertawa terbahak – bahak. Muka Riana merah menahan malu kerana saat itu juga merupakan saat yang tidak boleh dilupakannya.
Hairul mencubit pipi Riana sambil ketawa terbahak – bahak. Riana mengangkat mukanya yang ditundukkan tadi lalu menolak kepala Hairul. Hairul berjaya menyelamatkan dirinya daripada Riana. Sejurus kemudian, Riana masuk ke dalam kedai buku lalu memilih barang sekolah yang hendak dibelinya.
Hairul hanya mengikuti Riana dari belakang sambil memilih barang yang hendak dibelinya setelah habis membeli barang keperluan. Mereke berdua pulang ke rumah memandangkan hati sudah petang. Seperti biasa Hairul menghantar Riana pulang kerumahnya sebelum dia pulang ke rumahnya semula.
Sejurus kemudian, tiba – tiba sahaja Hairul berhenti dari mengayuh basikalnya. Dia berasa begitu penat lalu berhenti di tempat kegemarannya. Dia menghempaskan tubuhnya di atas pangkin ditemani dengan angin yang bertiup lama – kelamaan Hairul terlelap.
. . . . .
Hari demi hari berlalu, musim persekolahan kembali bermula. Seperti biasa, Hairul akan mengambil Riana sebelum ke sekolah. Terlebih dahulu, Riana akan bersalaman dengan ibu bapanya sebelum ke sekolah. Encik Khairi sempat melihat kelakuan anaknya itu di sebalik jendela ruang tamu. Dia risau jika keputusan SPM Riana akan teruk disebabkan mempunyai hubungan dengan seseorang.
Sampai sahaja di perkarangan sekolah, Riana dan Hairul disambut oleh Kayla, Aril, Laila. Nazrul pula sedang bercuti di rumahnya maklumlah dia hanya menunggu keputusan SPMnya. Riana segera turun dari basikal Hairul lalu menghampiri mereka semua meninggalkan Hairul di belakangnya. Hairul hanya menggeleng kepala melihat telatah gadis itu. Sejurus kemudian, mereka menuju ke dalam sekolah dan masuk ke kelas masing – masing. Riana sempat memalingkan wajahnya ke arah Hairul begitu juga dengan Hairul, Riana memberikan senyuman kepada Hairul namun senyumannya tidak dibalas seperti kebiasaannya. Riak muka Riana berubah menjadi masam dia merasakan ada sesuatu yang terjadi kepada Hairul.
        “ Selamat kembali ke sekolah. Seperti yang kamu sudah dimaklumkan kamu semua akan menduduki SPM dalam bulan 11 nanti. Adakah kamu menggunakan peluang keemasan semasa cuti tahun lalu? Peluang keemasan untuk mengulagkaji pelajaran atau buat benda lain?” Cikgu Amirah selaku guru kelas 5 Ekosukan memberikan ceramah pendek pada awal pagi sebelum memulakan sesi pembelajaran.
        “ Ok. Kayla kamu mulakan ceritakan dengan kami semua apa yang kamu lakukan sepanjang cuti sekolah.” Cikgu Amirah menyuruh Kayla memulakan ceritanya. Kayla hanya tersengih – sengih lalu mukanya tertunduk melihat meja.
        “ Um… Saya… saya duduk rumah sahaja cikgu. Selain tu, saya menghabiskan masa saya dengan membeli belah bersama Aril cikgu.” Wajah Kayla merah padam menceritakan mengenai cuti sekolahnya. Hampir seluruh pelajar di kelas itu mentertawakan Kayla. Riana dan Laila hanya mampu tersenyum menahan tawa mereka.
Di sudut lain pula, Aril kelihatan begitu selesa menceritakan mengenai cuti sekolahnya bersama rakan – rakannya tanpa rasa segan dan malu. Sejurus kemudian, di sudut Kayla pula dia duduk lalu meletakkan kepalanya di atas meja.
Setelah selesai bercerita mengenai cuti sekolah masing – masing. Tiba la saat yang dinantikan oleh seluruh pelajar di SMK Sinar Jaya iaitu sesi memilih ahli jawatankuasa kelas. Cikgu Amirah telah menyiapkan beberapa nama pelajar yang mempunyai potensi menjadi ketua dan penolong ketua kelas berdasarkan keputusan akademik tahun lalu.
        “ Ok. Kelas, di sini cikgu sudah paparkan nama pelajar yang akan menjadi ketua dan penolong ketua kelas. Cikgu mahu dimulakan dengan Laila dahulu, siapa yang ingin Laila menjadi ketua kelas kita angkat tangan kamu tinggi – tinggi.” Cikgu Amirah menulis empat nama pada papan putih salah satu daripada nama itu ialah Laila dan Riana.
Majoritinya hanya pelajar barisan hadapan sahaja yang mengangkat tangan manakala yang lain hanya berdiam diri. Riana dan Kayla turut mengangkat tangan untuk menyokong rakan mereka itu.
        Cikgu Amirah mengira satu persatu pelajar yang mengangkat tangan.” Semuanya ada 15 pelajar. Ok, Laila kamu boleh duduk. Ok sekarang Ramdan angkat tangan kamu tinggi – tinggi.” Cikgu Amirah mulai mengira satu persatu tangan yang diangkat.
Ramdan hanya mempunyai 10 undian, kini giliran Syafie pula undiannya sebanyak 20 undian dan tibalah giliran Riana pula. Riana kaget apabila hampir seluruh pelajar di kelas 5 Ekosukan menyokongnya menjadi ketua kelas yang baharu. Automatik dia menjadi ketua kelas di 5 Ekosukan dengan undian sebanyak 30 undian. Dia bangkit dari duduknya lalu mengucapkan terima kasih kepada semua kawan – kawannya.
        “ Jadi, kepada semua pelajar yang mempunyai jawatan cikgu harap kamu semua menggalas tanggungjawab ini dengan amanah. Tunjukkan teladan yang baik untuk kawan – kawan kamu semua faham tu.” Cikgu Amirah sempat memberikan nasihat kepada pelajarnya sebelum beroleh pergi dari kelas itu.
Kayla bangkit dari duduknya lalu menuju ke luar kelas, Riana sempat menarik tangannya lalu menyuruhnya duduk semula.
        Kayla mencebik.” Kayla, kau nak pergi mana lagi ni? Masih ada empat jam lagi sebelum waktu rehat.” Laila membantu Riana menasihati rakannya itu.
        “ Aku nak jumpa Aril la. Sekejap sahaja tak lama pun, boleh kan Riana kau kan kawan sehidup semati aku. Bagilah aku keluar, sekejap sahaja.” Kayla memujuk Riana, Riana hanya menggeleng kepala melihat telatah rakannya itu. Sejurus kemudian, Cikgu Aina masuk ke dalam lalu pelajar mengeluarkan buku ekonomi.
Kayla memuncungkan mulutnya dan merengek sendirian. Riana dan Laila tidak mempedulikan rakan mereka itu. Beberapa jam kemudian, masa rehat telah pun tiba Kayla menyuruh Riana dan Laila menuju ke kantin dengan segera. Sampai sahaja ke kantin kelihatan Aril sedang duduk bersam dengan Hairul. Mereka berdua sedang bergelak tawa melihat orang yang lalu – lalang di hadapan mereka.
Riana tersenyum melihat senyuman Hairul yang lebar itu, lamunananya terhenti apabila Kayla menarik tangannya menuju ke meja Hairul dan Aril. Riana melepaskan tangannya daripada Kayla lalu menuju ke barisan belakang untuk beratur membeli makanan. Begitu juga dengan Laila dia turut beratur untuk membeli makanan manakala Kayla hanya duduk berhadapan dengan Aril.
Sejurus kemudian, giliran Riana dan Laila membeli makanan telah pun tiba. Mereka berdua membeli makanan serta minuman lalu duduk berhadapan dengan Hairul dan Aril. Riana menghulurkan makanan yang dibelinya kepada mereka semua. Aril serta Kayla mengambil makanan yang ditawarkan untuk mereka manakala Hairul pula menolak. Dia bangkit dari duduknya lalu menuju ke suatu tempat tanpa meminta diri kepada mereka semua.
        “ Riana, awak jangan risau la dengan keadaan Hairul tu. Dia kalau ada masalah memang macam tu dia akan menyendiri. Jangan risau nanati dia ok lah tu.” Aril memberikan penjelasan yang menenangkan hati kepada Riana.
Riana hanya mengangguk, kepalanya tertunduk manakala Kayla memegang tangan rakannya itu untuk menenangkan hati Riana yang gusar.
Pulang sahaja dari sekolah Hairul segera menghantar Riana ke rumah gadis itu tanpa pergi ke tempat kegemarannya seperti kebiasaannya. Riana turun dari basikal tersebut tanpa sempat berkata apa – apa kepada Hairul kerana hairul pergi begitu sahaja. Dia berasa pelik dengan kelakuan Hairul kebelakangan ini.
Keesokan harinya, Riana mengambil kesempatan untuk ke rumah Hairul selepas pulang dari sekolah. Hairul menghantar Riana ke rumahnya lalu meminta diri daripada kakaknya untuk menemui rakan – rakannya.
        “ … Maafkan saya kak, saya datang sebab… um sebab… saya risau dengan keadaan Hairul.Sejak kebelakangan ni dia sentiasa berkelakuan pelik dan dia… dia seperti… seperti ingin menghindarkan dirinya daripada saya. Kenapa dengan dia kak? Tolong la saya, jelaskan apa sebenarnya yang berlaku kepada Hairul?” Riana gugup manakala mukanya tunduk.
Miza berpeluk tubuh lalu duduk bersebelahan dengan Riana. Perlahan – lahan dia mengangkat wajah Riana tangannya sedikit demi sedikit basah kerana terkena titisan air mata Riana. Dia segera memeluk Riana yang sedang menangis teresak – esak lalu menenangkan hatinya.
        “ Riana… sudah la jangan menangis lagi. Tiada apa yang berlaku kepada Hairul, dia memang macam tu kalau dia ada masalah dia sentiasa menghindarkan dirinya daripada semua orang dia tiada maksud lain percayalah apa yang kakak katakan ini.” Miza mencuba untuk menenangkan hati Riana lalu melapaskan dakapannya, Riana mengesat air matanya lalu tersenyum.
Beberapa minit kemudian, Hairul muncul dengan membawa tiga bungkus makanan. Riana bangkit dari duduknya lalu menyiapkan makanan tengahari untuk mereka bertiga dibantu oleh Hairul.
        Hairul mengambil pisau untuk memotong buah – buahan. Tiba – tiba sahaja kedengaran pisau terjatuh dari dapur. Miza segera bangkit dari duduknya lalu menuju ke arah adiknya.” Lain kali hati – hati. Jangan sampai terpotong jari pula.” Miza membantu Hairul membalut lukanya kelihatan banyak darah yang mengalir di jari telunjuk Hairul, sekali lagi Riana berasa pelik dengan keadaan Hairul kerana darah tidak henti – henti keluar daripada jarinya.
Selesai menjamu makanan Hairul dan Riana meminta diri untuk pulang ke rumahnya. Seperti biasa, Hairul membawa Riana ke tempat kegemarannya sebelum pulang ke rumah. Pada petang itu, cuaca cukup tenang tidak panas dan tidak hujan.
        “ Hairul ok kan. Hairul ada masalah apa – apa?” Riana mengajukan soalan kepada Hairul sebaik sahaja Hairul duduk di sebelahnya.
        “ Um… ya Hairul ok. Riana jangan risau lah, Hairul tiada masalah apa – apa pun. Cuma Hairul ingin minta maaf dekat Riana sebab kebelakangan ni, Hairul sentiasa letih dan sakit kepala dan itu semua juga menyebabkan Hairul tidak mengendahkan Riana.” Hairul menyentuh kepala Riana dengan tangan kanannya lalu bangkit dari duduknya.Riana  tersenyum sambil memegang kepalanya lalu turut bangkit duduknya. Riana menatap wajah Hairul begitu juga dengan Hairul diaturut menatap wajah Riana. Sejurus kemudian, Hairul memalingkan wajahnya lalu memandang sawah yang terbentang luas di hadapannya.
Bab 13
Hari silih berganti. Dari bulan ke hari dari hari ke jam dari jam ke minit dan dari minit ke saat. Kini, genaplah lima bulan pelajar SMK Sinar Jaya bersekolah. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi cuti sekolah semester kedua akan berlangsung.
        “ Jadi, belajar berkumpulan kita akan diadakan pada hari sabtu ini kan. Tapi di mana kita mahu belajar?” Kelihatan Riana, Hairul, Kayla, Aril serta Laila dan Nazrul sedang duduk di sebuah kafe selepas sahaja balik dari sekolah lalu berbincang mengenai belajar berkumpulan mereka. Meskipun Nazrul telah menghabiskan persekolahannya namun dia ingin membantu rakannya untuk mengulang kaji pelajaran.
Mereka berenam berfikir sejenak kemudian Aril mengatakan sesuatu kepada mereka. Mereka berlima sedia menanti perkataan yang akan dikeluarkan daripada mulut Aril.
        “ Aku rasa baik kita ulang kaji dekat rumah aku sahaja. Dalam rumah aku ada bilik bacaan dan dalam bilik tu lengkap dengan meja dan keperluan kita untuk mengulang kaji. Apa macam setuju tak?” Aril menangkat kedua dua alis matanya.
Mereka berlima setuju dengan cadangan yang diberikan oleh Aril. Sejurus kemudian, Kayla pula mengajukan pertanyaan kepada Riana yang mencadangkan untuk belajar berkumpulan.
        “ Kita akan mula dari pukul 9 pagi. Kamu semua tahu bukan jalan ke rumah Aril?” Hairul membantu Riana menjawab soalan daripada Kayla.
 Mereka semua mengangguk, meskipun Nazrul tidak begitu rapat dengan Aril dan Hairul namun dia masih mengetahui jalan ke rumah Aril kerana Nazrul berjiran dengan Aril.
Keesokan harinya, sesi belajar berkumpulan mereka berjalan dengan lancar. Nazrul membantu rakannya dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka. Puan Lisna, ibu kepada Aril memberikan segelas air kepada mereka semua lalu keluar pergi dari bilik itu.
Hampir setiap hari, selepas sahaja pulang dari sekolah mereka akan mengulang kaji bersama – sama untuk peperiksaan SPM mereka yang akan berlangsung hanya dalam masa lima bulan sahaja lagi. Namun, suatu hari Nazrul tidak dapat membantu rakannya lagi kerana dia dihantar ke luar Negara untuk meneruskan pembelajarannya dalam bidang perubatan.
Meskipun keberatan untuk berpisah dengan Laila namun dia tetap meninggalkan kekasihnya itu dan berjanji akan pulang semula dan menghawini gadis itu. Dia sempat memberi kata semangat kepada rakannya sebelum berlepas dengan menaiki kapal terbang.
        “ Laila! Jangan lah bermuram, kitorang kan ada. Nanti jika dia cuti semester dia pulang la ke Malaysia. Dia tu setia orangnya jadi kau janganlah risau.” Kayla dan Riana menyergah rakannya itu dari belakang, Laila yang khusyuk membaca sebuah buku di perpustakaan kaget apabila disergah begitu rupa.
        “ Terima kasih, harap betul lah apa yang dia katakan dia akan pulang ke Malaysia dan akan menghawini aku setelah selesai sahaja pembelajaran aku.” Laila memeluk Kayla dan Riana dengan erat. Mereka bertiga tergelak kecil.
“Masa berlalu begitu singkat, adakah aku akan sentiasa bersamanya hingga ke akhir hayat aku? Atau adakah kami akan berpisah buat selamanya?” Hampir setiap hari Riana bermonolog dalaman apabila bersama dengan Hairul dengan memperkatakan sebegitu rupa.
Hari demi hari berlalu, akhirnya setelah selesai menduduki peperiksaan semester pertama pelajar SMK Sinar Jaya akhirnya bercuti. Namun bagi Riana dan rakan – rakannya, itu adalah masa yang amat berharga untuk mengulang kaji pelajaran kerana hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk menentukan masa hadapan mereka.
        “ Maaf kamu semua, Hairul tidak dapat mengikuti kita hari ini sebab dia demam panas lagi satu sendi dan badan dia sakit sebab tu dia tidak tahan maaf kan dia ok.” Sebaik sahaja sampai di rumah Aril, Riana memberitahu rakannya bahawa Hairul tidak dapat mengikuti mereka pada hari itu kerana demam.
        “ Tidak apa la, dia tu memang kan sejak kebelakangan ni asyik sakit sahaja. Hairan aku, kehadiran dia tahun ni pun memuaskan sahaja sebab sakit. Lagi satu, aku tengok dia tu sentiasa sahaja….” Bebelan Aril terhenti apabila Riana memotong perbicaraannya.
        “ Jom, kita mulakan.” Hanya itu sahaja yang dapat dikeluarkan daripada mulut Riana. Dia sendiri juga risau dengan keadaan Hairul, dia berharap agar Hairul baik – baik sahaja.
Kayla mencubit tangan Aril kerana mengeluarkan perkataan sebegitu rupa. Aril menutup mulutnya menggunakan kedua – dua tangannya kerana terlepas cakap yang menyebabkan Riana berasa risau.
        “ Maafkan aku Riana aku tidak bermaksud untuk merisaukan kau.” Aril gugup meminta maaf kepada Riana.
Riana hanya memberikan senyuman lalu meneruskan pembelajarannya. Beberapa jam kemudian, pulang sahaja daripada rumah Aril Laila dan Riana menuju ke sebuah kedai serbaneka. Manakala Kayla masih berada di rumah Aril kerana mereka berdua membuat temu janji sebaik sahaja selesai mengulang kaji pelajaran.
Selesai membeli sesuatu untuk Hairul, Riana meminta diri untuk ke rumah Hairul daripada Laila. Laila mengangguk lalu mengucapkan selamat tinggal kepada Riana. Beberapa minit kemudian, Riana sampai ke destinasinya dia memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah Hairul. Puan Umairah membuka pintu rumahnya lalu menjawab salam Riana, Riana memberikan senyuman kepada Puan Umairah dan Puan Umairah membalasnya.
        Dari luar sahaja, kedengaran Hairul sedang terbatuk – batuk. Dia segera masuk ke dalam lalu membantu Hairul mencapai minuman yang berada di atas meja yang berada di sisi katilnya.” Terima kasih Riana.” Hairul mengucapkan terima kasih kepada Riana lalu memberikan senyuman, Riana membalas senyumannya walaupun dalam hatinya perasaan risau semakin bertambah.
Perlahan – lahan Hairul bangkit dari baringnya untuk duduk namun Riana menyuruhnya agar baring dan tidur sahaja. Hairul menurut kehendak hati Riana dan baring semula. Riana mengambil tuala muka lalu membasahkan tuala itu dan meletakkan di kepala Hairul. Riana bangkit dari duduknya Hairul mencapai tangan Riana dan meletakkan tangan Riana ke mukanya. Riana duduk semula menemani Hairul yang tebaring lesu di atas katil.
        “ Tangan Riana… hangat sangat.” Hairul menutup matanya lalu tersenyum sambil meletakkan tangan Riana ke mukanya. Riana menundukkan mukanya perlahan – lahan air matanya mulai gugur di kelopak matanya.
        “ Cepat la sembuh. Riana… Riana tidak mahu melihat Hairul sakit macam ni. Sebenarnya… sebenarnya Hairul, Hairul sakit apa sebenarnya? Kenapa kebelakangan ini Hairul kerap dijangkiti penyakit?” Tangisan Riana mula kedengaran dia tidak dapat menahan air matanya  lagi.”
Hairul melepaskan tangan Riana dan membuka matanya. Perlahan – lahan dia bangkit dari baringnya lalu duduk berhadapan dengan Riana. Dia tersenyum lalu mengusap kepala Riana, Riana mengangkat mukanya lalu Hairul mengesat air mata Riana.
        “ Riana… jangan lah risau. Tiada apa yang berlaku Cuma Hairul penat sahaja dengan kerja sambilan yang Hairul lakukan. Hairul sihat sahaja, Hairul janji lepas ni Hairul tidak akan melakukan kerja sambilan lagi agar Riana tidak berasa risau dan tidak menangis lagi.” Riana tersenyum mendengar perbicaraan Hairul.
Dia mengeluarkan barang – barang yang dibelinya. Hairul tergelak melihat barang yang dibeli oleh Riana, Riana hanya tersengih.
        “ Wah, Riana. Banyaknya Riana beli ada vitamin c, minyak angin, pelapis sejuk di dahi,coklat pun ada. Wah, pandai Riana.” Hairul tergelak lalu membuka coklat yang dibelikan oleh Riana. Sejurus kemudian, Puan Umairah masuk ke dalam bilik Hairul lalu menghidangkan semangkuk bubur ayam untuk Hairul dan segelas air oren buat Riana.
Puan Umairah duduk bersebelahan dengan Hairul, Riana bangkit dari duduknya lalu mengambil hidangan yang dihidangkan oleh Puan Umairah di atas meja. Riana memberikan kepada Hairul mangkuk yang berisi bubur ayam itu. Hairul hanya meletakkan bubur itu di atas meja.
        “ Macam ni la Riana. Hairul ni, sentiasa sahaja tiada selera makan. Biasanya kalau dia sakit, dia boleh juga makan meskipun hanya sedikit ini langsung tidak dijamahnya..” Ujar Puan Umairah kepada Riana sambil menatap mata Hairul seperti ingin memberitahu kepada Riana yang sebenarnya.
Hairul hanya berdiam diri. Coklat yang berada di tangannya berpindah ke mulut Riana. Puan Umairah hanya menggeleng kepala melihat telatah anaknya bersama dengan gadis yang disukainya. Sejurus kemudian, Riana bangkit dari duduknya lalu meminta diri untuk pulang ke rumah memandangkan hari sudah senja.
Hairul memberikan senyuman kepada Riana, lama – kelamaan senyuman itu semakin pudar apabil bayang Riana sudah tidak kelihatan. Puan Umairah dan Hairul saling bertatapan seolah – olah sedang menyembunyikan sesuatu.
. . . . .
Cuti sekolah telah pun tamat. Hari itu hanya tinggal empat bulan sahaja lagi sebelum pelajar tingkatan lima mengambil SPM yang akan menentukan masa hadapan mereka. Seperti biasa, Hairul akan mengambil Riana di rumahnya sebelum menuju ke sekolah. Hairul memberhentikan kayuhannya di tempat kegemarannya.
Riana dan Hairul turun dari basikal Hairul lalu menuju ke pangkin. Hairul menghulurkan sesuatu kepada Riana. Riana kaget apabila melihat sejumlah wang yang banyak di dalam sebuah botol. Hairul hanya tersenyum lalu mengucapkan selamat hari jadi kepada Riana.
        “ Dalam botol ni ialah sejumlah wang untuk perkhawinan kita pada masa hadapan. Riana simpan ok sebab hanya ini sahaja Hairul dapat kumpulkan. Ini juga untuk Riana sebagai tanda terima kasih kerana sudi menerima Hairul apa seadanya. Selamat hari jadi!” Ujar Hairul lalu menghulurkan sebuah lukisan kepada Riana.
“ Terima kasih. Terima kasih juga sebab mengajar Riana maksud percintaan.” Riana tersenyum puas lalu memeluk Hairul dengan erat. Hairul membalasnya.
        “ Sudah jom kita ke sekolah. Seorang ketua kelas haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada kawan – kawannya.” Hairul melepaskan Riana daripada dakapannya lalu menuju ke basikalnya. Riana tersenyum mendengar perkataan yang dikeluarkan oleh Hairul.
Pada hari itu, Laila menyatakan kepada rakan – rakannya bahawa sebentar lagi dia akan berpindah sekolah mengikuti keluarganya. Riak wajah Riana dan Kayla berubah kerana hampir lima tahun mereka bertiga menjadi sahabat baik.
Hari demi hari berlalu, hari perpisahan buat tiga sekawan telah pun tiba. Tangisan Kayla, Laila serta Riana kedengaran di ruang tamu rumah Laila. Meskipun keberatan, Laila harus juga mengikuti ibu serta ayah tirinya berpindah ke negeri lain. Namun, Laila tidak risau akan keadaan Nazrul kerana dia boleh menghubungi Hairul dan memberitahunya bahawa dia telah berpindah.
        “ Maafkan aku sebab persahabatan kita sampai di sini sahaja. Aku tidak akan melupakan semua kenangan pahit dan manis yang pernah kita lalui selama hampir lima tahun ini. Terima kasih sebab menjadi sahabat aku dan tidak pernah menikam aku dari belakang. Riana… terima kasih kerana memahami hati aku. Disebabkan kau, aku dan Nazrul mengungkapkan perasaan masing – masing meskipun hati kau terluka. Aku tahu Riana masa itu, kau… kau juga mempunyai perasaan yang sama dengan Nazrul. Kau pula Kayla, jangan la berfoya – foya berlebihan lagi sebentar lagi kita akan menduduki SPM yang akan menentukan masa hadapan kita semua. Bukan ka kau ingin menjadi seorang jururawat berusaha la dari sekarang.” Laila memberikan sedikit nasihat kepada Kayla dan mengucapkan terima kasih kepada rakan – rakannya. Riana kaget apabila Laila memberitahunya bahawa dia juga pernah menyukai Nazrul suatu ketika dahulu.
        “ Laila… persahabatan kita bukan sampai di sini sahaja. Kami berdua juga sama, kami tidak akan melupakan Laila dan juga kenangan pahit dan manis kita.” Riana turut memberikan dorongan kepada Laila. “ Setuju! Betul, betul aku juga tidak akan melupakan kenangan kita bertiga. Ya… ya aku tidak akan berfoya – foya ok.” Kayla bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Riana.
Sejurus kemudian, mereka bertiga berpelukan. Puan Suria sebak melihat gelagat tiga sekawan itu. Sejurus kemudian, perlahan – lahan dakapan mereka bertiga terlerai. Mereka keluar daripada rumah lalu menuju ke bawah rumah kondominium dan menuju ke tempat letak kereta sebelum Laila dan keluarganya memulakan perjalanan.
        “ Laila!” Laila yang ingin masuk ke dalam kereta terhenti daripada meneruskan langkahnya apabila Riana menyahut namanya.
Riana segera mendekatkan dirinya kepada Laila, Kayla hanya tercegat berdiri di belakang Riana.
        “ Laila… bagaimana kau tahu yang aku juga pernah menyukai Nazrul?” Riana gugup menanyakan soalan itu kepada rakannya.
        Laila tersenyum lalu memegang tangan Riana.” Riana, aku tahu dari riak muka kau. Aku kenal kau sejak kita di tingkatan satu lagi, dari segi percakapan kau masa itu seolah – olah kau tengah kecewa. Tapi, aku tahu bahawa kau… kau tidak mahu persahabatan kita tergugat hanaya disebabkan seorang lelaki. Maafkan aku.” Laila memberikan penjelasan kepada Riana lalu memberikan senyuman kepada Riana dan Kayla.
        “ Berusaha untuk SPM nanti. Cuti sekolah nanti aku balik dan aku akan bagi tahu kamu semua.” Laila sempat memberikan dorongan kepada rakannya sebelum masuk ke dalam kereta.
        “ Berusaha juga !” Kayla dan Riana serentak membalas dorongan daripada Laila.
Kereta yang dinaiki oleh Laila semakin menghilang daripada pandangan mereka berdua. Mereka berdua masih tercegat berdiri di tempat letak kereta. Riana tersenyum fikirannya liat berfikir sesuatu.
        “ Riana apa yang kau fikirkan itu?” Kayla menyedari bahawa Riana sedang memikirkan sesuatu.
        “ Satu persatu rakan – rakan kita tidak lagi berada di sisi kita. Kini hanya tinggal kau, aku, Hairul dan Aril. Aku… aku rasa takut jika aku akan kehilangan kau dan Aril terutamanya… Hairul. Jangan tinggalkan aku sendirian Kayla.” Air mata Riana mulai mengalir di pipinya, Kayla turut mengalirkan air matanya mereka berdua saling berpelukan.
        “ Aku tak akan tinggalkan kau la. Sudah la tu, aku pun turut sedih juga ni. Aku yakin Hairul tidak akan tinggalkan kau, kau tahu kan dia tu memang sayangkan kau melebihi nyawanya sendiri.” Kayla memujuk Riana agar tidak menangis lagi.
SEBULAN KEMUDIAN . . .
        “ Aril, kau ada nampak Hairul?” Seperti biasa Riana dan Kayla akan berehat bersama dengan Hairul dan Aril. Namun sejak kebelakangan itu, Hairul sentiasa menghilang daripada mereka bertiga. Riana sendiri tidak tahu ke mana kah Hairul menghilang. Sejak kebelakangan itu juga, Hairul tidak lagi menjemput Riana seperti kebiasaannya.
        “ Dia tidak ke sekolah hari ni.” Aril menjawab Ringkas. Riana mencebik lalu mengeluh. Dia bangkit dari duduknya lalu menuju ke tempat lain. Kayla dan Aril saling bertatapan meninggalkan pelbagai persoalan yang bermain di minda mereka berdua mengenai Hairul dan Riana.
Hampir dua minggu, Riana menghantar pesanan ringkas kepada Hairul namun lelaki itu tidak membalasnya. Riana juga sering menghubungi Hairul namun telefon bimbitnya juga tidak diangkat. Hari itu, pulang sahaja dari sekolah Riana tidak mengikuti Aril dan Kayla membuat belajar berkumpulan kerana dia ingin ke rumah Hairul.
Sampai sahaja di rumah Hairul, hanya Miza sahaja yang berada di rumah. Manakala Puan Umairah dan Hairul tidak berada di rumah.
        “ Kak Miza, Kenapa dengan Hairul? Dia ada masalah ? Setiap kali Riana hantar mesej dan hubungi dia tidak membalas dan menjawab. Kenapa dengan dia?” Riana minum segelas air yang dihidangkan oleh Miza lalu bertanya mengenai Hairul.
Miza khusyuk menulis sebuah lagu sambil bermain gitarnya. Riana setia menunggu jawapan daripada Miza.
        “ Kakak pun tidak tahu Riana. Dia mungkin kecewa terhadap dirinya sendiri disebabkan keputusan peperiksaannya yang tidak begitu memuaskan atau pun dia sedih sebab dia hanya kumpulkan beberapa sahaja wang untuk perkhawinan kamu berdua pada masa hadapan.” Miza menjawab sambil menulis nota lagunya.
        “ Ok. Terima kasih kak Miza. Kalau macam tu Riana pulang dahulu. Assalamualaikum.” Riana bangkit dari duduknya lalu meminta diri untuk pulang ke rumahnya.
        “  Waalaikumsalam, maaf Riana. Jika buat Riana risau dengan budak tu. Dia baik – baik sahaja jangan risau lah.” Miza turut bangkit dari duduknya lalu menghantar Riana keluar daripada rumahnya.
Riana mengangguk lalu memberikan senyuman kepada Miza sebelum beroleh pergi dari situ.
Sejurus kemudian, Riana singgah ke tempat kegemarannya bersama dengan Hairul. Pangkin tersebut kosong, Riana duduk lalu memandang persekitarannya. Hampir dua minggu dia tidak mengunjungi tempat itu. Sebentar kemudian, dia baru teringat bahawa dua hari lagi genap setahun mereka berdua menjalinkan hubungan.
Riana mengeluarkan telefon bimbitnya daripada beg sekolahnya lalu menghubungi Hairul. Seperti biasa, Hairul tidak mengangkat telefon bimbitnya. Hati Riana hampa apabila mendapat layanan sebegitu rupa dia hanya mampu berfikiran positif mengenai Hairul sahaja agar dia tidak risau dengan keadaan lelaki itu.
Bab 14
Hari itu, Hairul mengambil Riana di rumahnya sebelum berangkat ke sekolah. Hati Riana begitu girang apabila Hairul kembali seperti dahulu, namun hatinya kembali runsing apabila melihat penampilan Hairul yang berubah. Penampilan Hairul kembali seperti dahulu, penampilannya sebelum dia dan Riana menjalinkan hubungan.
Naik sahaja di atas basikal Hairul, mereka berdua hanya berdiam diri. Tiada apa yang dapat dikeluarkan daripada mulut Hairul riak mukanya kelihatan begitu serius tanpa sebarang senyuman seperti yang selalu diberikan kepada Riana.
        “ Hairul… Kenapa… Maksud Riana kenapa Hairul tidak membalas dan menjawab pesanan ringkas dan panggilan daripada Riana?” Tiba – tiba sahaja Riana bersuara.
Hairul hanya berdiam diri sehingga sampai ke sekolah. Dia segera meletakkan basikalnya di tempat letak basikal lalu turun dari basikalnya meninggalkan Riana yang masih tercegat berdiri di tempat letak basikal.
Di dalam kelas, Riana hanya bermuram durja. Konsentrasinya di dalam kelas turut terganggu kerana asyik memikirkan Hairul. Kayla berasa simpati akan nasib Riana.
        “ Riana, kenapa dengan kau? Kau ok kan…” Masa rehat sedang berlangsung seperti biasa Kayla dan Riana akan berehat dengan Hairul dan Aril. Kayla mengajukan Soalan kepada Riana sebaik sahaja menuju ke meja Hairul dan Aril.
        “ … Um. Ya aku ok.” Riana menjawab ringkas. Sebaik sahaja sampai ke meja Hairul dan Aril mereka berdua duduk berhadapan dengan dua lelaki tersebut.
Riana tidak henti – henti melihat penampilan Hairul yang berubah itu. Kelihatan Hairul khusyuk membaca sebuah buku tanpa mengendahkan Riana yang duduk di hadapannya.
Perlahan – lahan Hairul menangkat mukanya lalu matanya tertumpu kepada Riana yang berada di hadapannya. Mata mereka berdua saling bertatapan, Aril dan Kayla khusyuk melihat mereka berdua.
        “ Aku minta maaf dekat kamu semua, sebab mulai hari ini aku tidak akan belajar berkumpulan dengan kamu semua lagi.” Hairul menyatakan hasratnya kepada mereka bertiga matanya masih tertumpu ke arah Riana.
        “ Tapi… tapi kenapa?” Riana mengajukan soalan kepada Hairul.
        “ Tiada apa. Aku Cuma ingin belajar bersendirian sahaja. Maaf.” Kayla dan Aril kaget mendengar apa yang diperkatakan Hairul sebentar tadi. Riana hanya berdiam diri.
Pulang sahaja dari sekolah, Riana menunggu Hairul di tempat letak basikal. Kelihatan Hairul sedang berjalan ke arahnya dia hanya tercegat berdiri bersebelahan dengan basikal kepunyaan Hairul.
        “ Hari ini, Riana pulang sendiri sahaja ok. Hairul tidak dapat menghantar Riana ke rumah sebab ada hal penting yang harus Hairul lakukan di luar.” Hairul menarik basikalnya lalu menyatakan kepada Riana bahawa dia tidak dapat menghantar gadis itu pulang ke rumah.
        “ Hairul… esok.” Riana menyeru nama Hairul daripada belakang, Hairul memberhentikan basikalnya lalu Riana berjalan kea rah Hairul.
        “ Um… ada apa dengan esok.” Riana kaget apabila Hairul tidak mengingati tarikh perhubungan mereka.
Riana menundukkan wajahnya, Hairul hanya berdiam diri. Sejurus kemudian, Riana mengangkat mukanya lalu memberikan senyuman kepada Hairul, Hairul membalasnya dengan senyuman yang sinis.
        “ Esok, genap setahun hubungan kita. Bukankah Hairul ingin meraikannya jika perhubungan kita genap setahun?” Riana memberikan penjelasan kepada Hairul.
        “ Oh, ya. Maaf Hairul lupa, maaf Riana nampaknya Hairul tidak dapat meraikannya sebab ada hal yang lagi penting. Ok, bye bye Riana.” Hairul meninggalkan Riana sendirian, Riana menahan air matanya daripada jatuh di pipinya.
Malam itu, Encik Khairi, Puan Rabiatul serta Aisyah hairan melihat riak muka Riana yang muram itu. Encik Khairi dan Puan Rabiatul menyuruh Riana dan Aisyah duduk berhadapan dengan mereka sebaik sahaja selesai menjamu makan malam.
        “ Mak dengan ayah panggil kamu berdua bukan apa. Kami ingin berbincang mengenai diri kemu berdua. Aisyah, ayah bersyukur sangat akhirnya kamu selesai menghabiskan kuliah kamu . Kamu pula Riana hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi kamu akan menduduki SPM. Kamu ada masalah apa – apa?” Encik Khairi bersuara dan menyatakan tujuannnya memanggil anak gadisnya.
        “ Tiada apa masalah. Maaf buat ayah dengan mak risau.” Riana menyembunyikan masalahnya daripada ibu bapanya.
Sejurus kemudian, Riana meminta diri daripada ibu bapanya untuk masuk ke bilik. Dia segera mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi Hairul, Hairul menjawab panggilan Riana.
        “ Tentang esok, Riana tunggu di pusat membeli belah Square Circle ok. Hairul akan datang secepat yang mungkin untuk meraikan perhubungan kita yang genap setahun esok. Ok Riana. Bye Bye” Belum sempat Riana berkata apa –apa Hairul segera memberitahu tempat yang harus Riana pergi dan terus sahaja mematikan panggilannya.
Riana mengeluh, namun pada masa yang sama hatinya girang kerana akhirnya Hairul ingin meraikan genap setahun hubungan mereka. Dia menghempaskan tubuhnya di atas katil lalu matanya liar memandang siling lama – kelamaan matanya semakin tertutup dan dia akhirnya terlena.
. . . . .
Hari yang ditunggu – tunggu oleh Riana telah pun tiba, seawal jam 9.30 pagi dia menuju ke pusat membeli belah Square Circle. Dia memberikan pesanan ringkas kepada Hairul menyatakan dia menunggu lelaki itu di pawagam yang terletak di tingkat tiga.
Mesejnya tidak dibalas oleh hairul, dia segera menghubungi lelaki itu namun panggilannya juga tidak dijawab. Dia hanya menunggu Hairul di pawagam sambil melihat orang yang lalu – lalang.
Kakinya mulai berasa kebas kerana berdiri hampir sejam di luar pawagam itu. Tiba – tiba sahaja dia melihat kelibat Hairul hatinya menjadi senang namun kesenangan itu hanya sebentar sahaja. Hatinya seperti ditusuk dengan sembilu apabila melihat Hairul bersama dengan seorang gadis yang berkulit putih dan rambutnya hanya terurai sedang berpegang tangan.
        Tanpa berlengah dia segera menghampiri Hairul dan gadis itu meskipun hatinya berasa sakit. “ Oh, jadi… jadi ini sebabnya Hairul menghindar dari kami semua. Disebabkan perempuan ini kan ! Siapa dia ni ?!” Riana menahan air matanya daripada keluar daripada matanya.
Hairul kaget apabila melihat Riana yang meninggikan suaranya kepada dirinya da gadis itu. Gadis itu semakin erat memegang tangan Hairul begitu juga dengan Hairul dia turut memgan tangan gadis itu dengan erat.
        “ Sayang, siapa dia ni?” Gadis itu bersuara matanya liar melihat penampilan Riana dari bawah ke atas. Riana mengetap bibirnya lalu menggenggam kedua tangannya.
        “ Entah. Sayang pun tak kenal perempuan ni. Jom, kita ke tempat lain.” Hairul pura – pura tidak mengenali Riana dan beralih pergi dari situ.
Riana segera berlari pulang dari kompleks membeli belah itu. Dia segera menahan sebuah teksi lalu pulang ke rumahnya. Hatinya remuk, di hari genap setahun dia dan Hairul menjalinkan hubungan akhirnya berakhir dengan tragik apabila Hairul curang kepada dirinya.
Sampai sahaja di rumahnya dia terus mengunci dirinya di dalam biliknya. Dia terduduk apabila mengenang peristiwa sebentar tadi, sejurus kemudian, air matanya mulai mengalir di pipinya.
Berkali – kali Aisyah mengetuk pintu bilik adiknya itu tapi tidak dibuka – buka juga. Akhirnya Aisyah membuka pintu bilik Riana menggunakan kunci pendua. Aisyah duduk di atas katil Riana lalu memeluk adiknya itu, air mata Riana semakin deras mengalir di pipinya.
        “ Kak, kenapa… kenapa dia buat macam tu dekat Riana? Apa salah Riana kepada dia?” Riana mengeluarkan isi hatinya kepada kakaknya sambil menangis teresak – esak.
        “ Riana, sabar lah mesti ada penjelasan di sebalik semua ini. Sabar ya.” Aisyah menenangkan hati Riana.
Beberapa minit kemudian, tangisan Riana mulai berhenti. Aisyah bangkit dari katil Riana lalu beroleh pergi dari biliknya. Riana mengesat air matanya lalu matanya tertumpu ke arah cincin dan rantai yang pernah diberikan oleh Hairul kepada dirinya suatu ketika dahulu.
Dia tekad buka sahaja sekolah, dia akan menemui Hairul untuk memberikan penjelasan untuk semuanya meskipun dia tahu hatinya akan sakit. Dalam hatinya kini berharap agar Hairul tidak memutuskan hubungan mereka.
Bab 15
Seperti biasa pada hari isnin merupakan perhimpunan pagi kepada semua pelajar.  Selesai sahaja perhimpunan, selaku ketua kelas Riana akan mengambil kedatangan rakan – rakannya dahulu sebelum masuk ke kelas. Sejurus kemudian, dia menuju ke bilik guru untuk menghantar kehadiran kepada guru kelasnya. Tiba – tiba sahaja, Hairul menyeru namanya daripada tingkat atas bangunan sekolahnya.
        “ Riana!” Riana buntu apabila Hairul memanggilnya kali kedua. Dia menghembuskan nafasnya lalu naik ke atas menuju ke arah Hairul yang berada di tingkat atas.
Sampai sahaja di tingkat atas bangunan, Hairul segera masuk ke dalam sebuah dewan diikuti dengan Riana. Hairul mengunci pintu dewan tersebut lalu dia hanya tercegat berdiri di hadapan Riana. Riana menundukkan wajahnya sambil mengetap bibirnya.
         Hairul menuju ke arah sebuah tingkap yang dapat melihat kelas di tingkat bawah dan juga kelas Riana. “ Kita berpisah, sampai di sini sahaja hubungan kita. Kau kata aku cinta pertama kau kan tapi sebenarnya bukan aku, tapi Nazrul!” Hairul menyatakan hasratnya untuk berpisah dengan Riana dan menyatakan bahawa Nazrul merupakan cinta pertamanya.
Riana kaget apabila Hairul menyatakan bahawa dia ingin berpisah. Hairul mengalihkan pandangannya ke arah Riana.
        “ Tapi, tempoh hari Hairul juga yang curang dengan Riana. Apa semua ni Hairul. Hairul! Riana dan Nazrul tidak pernah menjalinkan hubungan apa – apa pun kami hanya sekadar kawan biasa sahaja. Apa… apa yang terjadi di sebalik semua ini ?!” Riana membela dirinya, mata mereka berdua saling bertatapan.
        “ Tiada apa yang berlaku. Aku Cuma bosan dengan sikap kau sahaja. Hampir setiap hari, aku terpaksa pujuk kau jika kau menangis. Bukan ini kah yang kau mahu? Lagi pun aku ingin menjadi seperti dahulu, aku ingin mempermainkan hati kau seperti perempuan lain yang pernah aku sakiti dahulu. Kau tidak akan faham ini semua Riana.” Hairul mengalihkan pandangannya daripada Riana, Riana segera naik di atas tangga menuju ke arah Hairul.
        “ Riana, tidak faham semua ni. Tolong jelas…” Kata – kata Riana terhenti apabila Hairul memotong kata – katanya.” Kau tidak akan faham semua ni, jadi terimalah kenyataan bahawa aku dan kau tidak mempunyai apa – apa hubungan lagi.” Riana mengetap bibirnya apabila mendengar kata – kata Hairul. Dia membuka cincin serta rantai yang diberikan oleh Hairul lalu membuangnya ke arah Hairul sebelum beroleh pergi dari dewan itu. Hairul hanya berdiam diri, matanya tertumpu ke arah Riana yang berjalan sambil menutup mulutnya ke arah kelas           4 Ekosukan.
Pulang sahaja dari sekolah, Riana singgah di tempat kegemarannya bersama dengan Hairul. Dia buntu kerana tiada apa yang boleh dilakukannya lagi.
        “ Hairul,Maaf tentang apa yang berlaku sebentar tadi. Tolong berikan penjelasan mengenai ini semua. Riana tidak dapat menerima kenyataan bahawa kita berpisah. Riana akan tunggu Hairul di tempat kegemaran Hairul.” Riana menghantar pesanan ringkas kepada Hairul dan berharap agar Hairul akan pergi ke tempat kegemarannya dan memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku.
Jam menunjukkan angka 6 petang, Riana tetap menunggu kedatangan Hairul meskipun hampir beberapa jam dia berada di situ. Sejurus kemudian, telefon bimbitnya berbunyi dia segera mencapai telefon bimbintnya tertera nama ibunya di dalam telefon bimbit itu. Dia segera menjawab panggilan itu, Puan Rabiatul menyuruh Riana untuk segera balik ke rumah memandangkan hari sudah lewat petang.
Hatinya hampa apabila Hairul betul – betul ingin memutuskan hubungan mereka berdua. Malam itu, selesai sahaja mengulangkaji pelajaran dia segera menghubungi Hairul namun tiada siapa yang menjawab panggilan daripadanya. Dia juga turut menghantar mesej pesanan ringkas kepada Hairul namun tidak juga dibalas.
Hari silih berganti, hari itu hampir tiga hari mereka berpisah. Riana berusaha untuk melupakan Hairul namun usahanya gagal. Dia betul – betul tidak tahu ingin bebrbuat apa lagi.
        “ Kayla, Aril. Aku minta maaf sebab… aku. Aku tidak akan mengikuti belajar berkumpulan kalian lagi. Maafkan aku.” Hari itu, hanya tinggal dua bulan sahaja lagi mereka menduduki SPM. Riana menyatakan hasratnya untuk berhenti mengikuti belajar berkumpulan lagi.
Kayla memeluk Riana, Riana mengetap bibirnya. Perlahan – lahan air matanya ,mulai gugur di kelopak matanya. Aril menghulurkan sehelai sapu tangan kepadanya, Riana tersenyum kepada mereka berdua. Senyumannya dibalas.
        “ Mulai, hari ini. Aku akan menemani kau pergi dan pulang dari sekolah.” Kayla menyatakan hasratnya kepada Riana, Riana tersenyum kepada Kayla lalu membalas dakapan Kayla.
Hampir setiap hari Riana dan Kayla pergi ke sekolah. Kadangkala Aril turut mengikuti mereka ke sekolah. Riana hanya berdiam diri jika Aril mengikuti mereka, tiba – tiba sahaja dia mengimbas kembali saat dia dan Hairul bergelak tawa bersama. Lamunannya terhenti apabila dia melihat Hairul bersama dengan seorang gadis yang dilihatnya tempoh hari sedang menuju ke arah mereka. Kelihatan riak muka Hairul begitu gembira apabila bersama dengan gadis itu.
        “ Eh, itu bukankah Shila? Dengar – dengar dia tu suka mempermainkan lelaki. Dia menggunakan kecantikannya untuk merampas kekasih orang atau menambat hati lelaki. Dia tu memang nak nak kena ni.” Kayla berkata sesuatu kepada Aril, Riana hanya mencuri dengar dari belakang mereka.
        Perjalanan mereka bertiga terhenti apabila Kayla memegang tangan Riana secara tiba – tiba. Perjalanan mereka diteruskan apabila Kayla meneruskan perjalanannya. Aril hanya menggeleng kepala melihat telatah Kayla yang tidak berubah. “ Kau ok kan, Riana. Aku tahu kau seorang yang kuat, kau mesti tumpukkan perhatian kau dengan SPM ok. Ala, masih banyak lagi lelaki diluar sana yang lebih baik dari si Hairul tu.” Kayla memberikan kata – kata semangat kepada Riana. Riana mengangguk lalu menyembunyikan kesedihannya daripada Kayla.
        “ Hello, Hairul.” Riana yang sedang mengulang kaji pelajaran segera mengangkat telefon bimbitnya apabila tertera nama Hairul dalam telefonnya.
        “ Hello, Riana. Maaf ini bukan Hairul ini kak Miza. Lupakan dia… fokus terhadap SPM kamu yang akan diadakan dalam masa dua bulan lagi.” Riana kaget apabila Miza yang meghubunginya lalu menuruhnya untuk melupakan Hairul.
        “ Tapi… tapi kak Miza, Riana dah cuba sedaya upaya untuk melupakan Hairul namun perasaan Riana. Riana masih cintakan dia kak Miza, kenapa… kenapa semua orang tidak dapat memahami perasaan Riana. Apa salah Riana dengan dia? Kenapa dia…” Kata – kata Riana terhenti.
        “ Maaf Riana. Tapi, Hairul tidak lagi mempunyai perasaan dengan kamu. Kamu sendiri lihat kan, sekarang ni dia tengah gembira bersama dengan Shila? Dia sukakan Shila sekarang ni. Kalau kamu berdua masih ditakdirkan bersama, dia tidak akan melukakan perasaan kamu seperti sekarang ini.” Sejurus kemudian, Miza menamatkan panggilannya lalu
mengeluh. Riana hanya berdiam diri sambil matanya melihat kotak muzik yang pernah diberikan oleh Hairul kepadanya suatu ketika dahulu.
. . . . .
Hari itu, Riana tidak menghadiri sekolahnya kerana dia jatuh sakit. Kayla bersendirian pada hari itu, pada hari itu dia cukup bosan kerana tidak mempunyai seseorang untuk diajak berborak. Bunyi sahaja loceng menandakan masa rehat telah berlangsung. Dia segera turun ke bawah menuju ke kantin, dia mempercepatkan langkahnya apabila melihat Aril bersama dengan Hairul.
        “ Riana mana?” Duduk sahaja di hadapan mereka berdua, Aril terus sahaja menanyakan mengenai Riana kepada Kayla.
        “ Riana tak datang sekolah. Dia sakit hati dan demam. Kesian aku tengok kawan aku tu. Kenapa la ada orang yang sanggup melukakan hatinya setelah dia merampas hati Riana.” Kayla menjawab lalu memerli Hairul.
Hairul segera bangkit dari duduknya lalu memukul meja menggunakan tangan kanannya. Kayla dan Aril kaget apabila melihat Hairul yang tiba – tiba sahaja berang.
        “ Ini salah dia sendiri. Aku bosan lah dengan dia tu asyik menangis sahaja, sudah la aku malas mahu cakap pasal dia lagi.” Sejurus kemudian, Shila muncul dihadapan mereka lalu menarik tangan Hairul. Hairul memaut tangannya di bahu Shila, Aril hanya menggeleng kepala.
        “ Kesian Riana. Aril tahu tak kenapa Riana sentiasa menangis? Itu semua sebab dia risau dengan keadaan Hairul. Dia risau jika suatu hari nanti Hairul akan tinggalkan dia buat selama – lamanya. Dia risau jika Hairul tidak dapat menemui ayahnya serta mencapai cita – citanya. Tapi awak tengok la sendiri, dia langsung tidak pernah menyedari hal itu.” Kayla mencebik. Aril hanya berdiam diri, seperti merahsiakan sesuatu daripada Kayla dan Riana mengenai Hairul.
Keesokan harinya, Riana kembali ke sekolah seperti biasa. Kesihatannya mulai membaik, seperti biasa dia dan Kayla akan ke sekolah bersama – sama. Perjalanan mereka tiba – tiba sahaja terhenti apabila mereka melihat Shila bersama seorang lelaki di bawah pokok berhampiran sekolah mereka.
Kelihatan lelaki itu sedang memakaikan seutas rantai kepada Shila dan Shila memberikan ciuman di pipi lelaki itu. Sejurus kemudian, lelaki itu beroleh pergi dari situ. Riana segera menghampiri Shila lalu menolaknya dengan kuat, Shila membalas dengan menarik rambut Riana. Kayla kaget melihat kejadian itu dan segera menghampiri mereka berdua.
        “ Shila, apa yang kau buat ni ha! Kau dah rampas Hairul daripada aku sekarang ni kau curang pula dengan dia. Kau ni memang perempuan tak sedar diri.” Riana segera menampar muka Shila, kejadian itu membuatkan suasana sekolah menjadi huru – hara. Puas Kayla menyuruh mereka berhenti namun tidak diendahkan.
        “ Suka hati aku la. Yang kau nak masuk campur hal kami ni kenapa? Dia tu bukannya suka dekat kau lagi.” Shila membalas lalu membalas tamparan Riana.
Sejurus kemudian, Cikgu Ramli bersama dengan rotannnya menyuruh Riana dan Shila masuk ke pejabatnya sekarang juga. Mereka berdua segera mengekori ketua guru disiplin itu ke pejabatnya. Mereka berdua menjadi perbualan hangat dengan pergaduhan yang baru sahaja mereka letuskan sebentar tadi.
        “ Riana! Shila! Apa yang kamu lakukan sebentar tadi ha ! Apa yang kamu gaduhkan sebentar tadi?!” Cikgu Ramli memukul mejanya menggunakn rotan yang berada di tangannya.
Riana dan Shila kaget dengan hambatan serta cikgu Ramli yang meninggikan suaranya. Riak muka Cikgu Ramli begitu bengis, Riana hanya menundukkan wajahnya melihat lantai bersimen itu. Manakala Shila hanya memandang rotan yang sebentar lagi dihambat di tangannya.
        “ Kamu berdua ni bisu atau peka ?! Bagi tahu saya apa yang terjadi sebentar tadi!” Sekali lagi cikgu Ramli menghayunkan rotannya di atas meja lalu meninggikan suaranya.
        “ Saya sendiri pun tidak tahu apa yang berlaku cikgu. Riana ni ha tiba – tiba sahaja menyerang saya. Entah la apa yang dia tak puas hati dengan saya ni.” Shila menjelingkan matanya kepada Riana.
Riana hanya menundukkan wajahnya, perlahan – lahan dia mengangkat wajahnya. Lalu menghembuskan nafasnya dan melepaskannya semula.
        “ Maaf cikgu. Saya mengaku saya salah, saya janji saya tidak akan melakukan hal yang sama lagi. Ini semua salah saya cikgu.” Riana menyerah diri dan mengaku kesalahannya.
        “ Sekali lagi, cikgu Nampak kamu berdua bergaduh. Cikgu akan memanggil kedua orang tua kamu faham tu ! Cepat hulurkan tangan kamu. Bergaduh sahaja.” Cikgu Ramli mula menghayunkan rotannya ke arah tangan Shila. Shila menahan sakitnya, tiba – tiba sahaja Riana teringat akan persitiwa yang terjadi setahun yang lalu. Ketika itu tangannya hampir cedera disebabkan rotan cikgu Ramli, namun berjaya diselamatkan oleh Hairul.
        “ Cikgu, semua ini salah saya. Berhenti la merotan Shila cikgu.” Tangan cikgu Ramli bertukar arah ke tangan Riana yang sudah bersedia untuk dirotan.
Hambatan pada tangan Shila hanya dua kali sahaja dikenakan. Rotan tersebut terus sahaja dihayunkan di tangan Riana. Riak muka Riana kelihatan berubah menahan sakit. Shila berasa gerun melihat tangan Riana yang mulai biru kerana dikenakan hambatan sebanyak lapan kali itu.
        “ Ok. Keluar dari bilik saya sekarang. Lepas ni, cikgu tak mahu tengok muka kamu berdua lagi bergaduh faham tu.” Shila terus sahaja keluar daripada bilik disiplin itu, tanpa berkata apa – apa kepada Riana dan cikgu Ramli. Keluar sahaja dari bilik disiplin itu, kelihatan Hairul sedang menanti di luar.
        “ Tengok ni tangan saya. Semua ni sebab perempuan tu lah, dia tak puas hati dengan kita. Hairul, hubungan kita sampai di sini sahaja la. Bye bye.” Shila berjalan ke arah Hairul lalu menunjukkan tangannya yang merah kepada Hairul. Sejurus kemudian, dia menyatakan hasratnya untuk berpisah dengan Hairul. Hairul hanya membiarkan Shila pergi begitu sahaja.
Sejurus kemudian, Riana keluar daripada bilik disiplin. Riana kaget apabila melihat Hairul sedang tercegat berdiri di luar bilik disiplin. Hairul segera menarik tangan Riana yang sakit itu sehingga ke dewan perhimpunan.
Riana mencuba untuk melepaskan tangannya yang sakit daripada Hairul. Namun, Hairul tidak mengendahkannya. Sampai sahaja ke dewan perhimpunan Hairul menghempaskan badan Riana di dinding sehingga Riana tersandar. Hairul mengenggam tangan kanannya dan membuat buku lima. Dia segera menghayunkan buku limanya tepat ke arah dinding tempat Riana tersandar. Riana kaget dan mulai risau jika Hairul menghayunkan buku limanya tepat ke arah wajahnya pula.
        “ Kau puas kan !!! Aku dan dia dah berpisah kau mahu apa lagi?!” Hairul menghayunkan buku limanya buat kali kedua ke arah dinding tempat Riana bersandar lalu meninggikan suaranya kepada Riana.
Mata mereka berdua saling bertatapan Riana mengetap bibirnya lalu mengalih pandangannya daripada wajah Hairul.
        “ Shila tu curang dengan Hairul. Riana, Cuma…” Kata – kata Riana terhenti apabila Hairul menarik leher baju kurungnya menggunakan kedua – dua tangannya.
        “ Kau ni kan memang perempuan tak sedar diri. Aku dan kau tidak mempunyai hubungan apa – apa lagi. Jadi aku minta sangat dekat kau, tidak payah la susah payah masuk campur hal aku. Aku pandai uruskan hal aku sendiri. Aku menyesal jatuh hati dekat perempuan macam kau ni. Memang menyesal habis.” Hairul melepaskan leher baju Riana, Riana menundukkan wajahnya dan menahan air matanya daripada keluar.
Hairul memegang tangan kiri Riana yang cedera itu lalu ingin menghulurkan sesuatu kepadanya. Namun, hasratnya terhenti apabila melihat tangan Riana yang cedera itu. Matanya mulai tertumpu ke arah Riana yang masih menundukkan wajahnya.
        “ Tunggu sini, sekejap.” Hairul keluar daripada dewan perhimpunan itu lalu menyuruh Riana untuk menunggunya sebentar. Riana hanya tercegat bersandar di dinding dewan perhimpunan itu.
Sejurus kemudian, Hairul datang membawa peti kecemasan. Perlahan – lahan dia menyapukan ubat di tangan Riana, Riana tidak dapat lagi menahan air matanya perlahan – lahan air matanya mulai gugur di tangan Hairul. Dia mengetap bibirnya untuk menahan air matanya daripada jatuh sekali lagi namun tidak memberi sebarang kesan pun.
        “ Mulai hari ni, aku tak nak kau masuk campur hal aku lagi. Aku pun tidak akan masuk campur hal kau lagi. Mulai hari ni, aku mahu kau lupakan aku dan semua kenangan yang pernah kita lalui. Tumpukan sahaja perhatian kau dengan SPM lepas itu kau cari lah pengganti yang lebih baik dari aku. Jangan cari lelaki seperti aku. Lelaki yang tidak mempunyai masa hadapan.” Ujar Hairul panjang lebar sambil membalut tangan Riana yang cedera itu.
Hairul hanya berdiam diri dengan air mata Riana yang menitis di tangannya yang sedang membalut tangan Riana. Sejurus kemudian, dia mengeluarkan sesuatu daripada poketnya lalu memberikan kepada Riana. Cincin serta rantai yang pernah diberi kepada Riana suatu ketika dahulu telah pun kembali berada di tangan gadis itu. Hairul ingin mengusap kepala Riana namun, tujuan itu tidak terlaksana. Dia keluar daripada dewan perhimpunan meninggalkan Riana yang sedang menangis bersendirian.
Bab 16
Sebulan kemudian . . . .
Sedar tidak sedar hanya tinggal sebulan sahaja lagi Riana akan menduduki SPM. Segalanya hampir siap tersedia, namun dalam mindanya menimbulkan pelbagai persoalan mengenai Hairul.
Sejak kejadian pergaduhan itu, Hairul semakin hari tidak menghadiri sekolahnya. Kadangkala, Riana akan bertanyakan mengenai Hairul kepada Aril namun Aril juga tidak mengetahui apa puncanya Hairul tidak bersekolah.
        “ Kayla, maaf hari ini nampaknya aku tidak dapat berehat dengan kau sebab aku ada tugas.” Sebaik sahaja menjelang waktu rehat pada hari itu, Riana memohon maaf dengan Kayla kerana dia tidak dapat meluangkan masa rehatnya bersama dengan rakannya itu.
        “ Ok. Tak apa la, aku faham kau kan ketua kelas kadangkala memang la ada tugas kan.” Kayla mengangguk lalu menerima bahawa Riana tidak dapat berehat dengannya. Sejurus kemudian, Riana beroleh pergi membawa sebuah buku kedatangan untuk guru kelasnya.
Setelah menjalankan tugasnya, Riana menuju ke kelas kerana waktu rehat telah tamat. Perjalanannya tiba – tiba sahaja terhenti apabila Kayla menjerit namanya untuk lihat di atas. Dia kaget apabila sebuah pasu bunga hendak jatuh dari tingkat atas  menuju ke kepalanya. Sejurus kemudian, tangannya ditarik oleh seseorang lalu dia berjaya diselamatkan daripada terkena pasu bunga itu. Pasu bunga itu jatuh di atas lantai lalu pecah.
Hatinya berdegup kencang dengan kejadian yang baru sahaja menimpanya sebentar tadi. Perlahan – lahan dia menangkat mukanya untuk melihat wajah orang yang telah menyelamatkannya sebentar tadi. Sekali lagi hatinya berdegup kencang apabila orang yang telah menyelamatkannya sebentar tadi ialah Hairul. Hairul segera melepaskan tangan Riana, mata mereka berdua saling bertatapan. Riana betul – betul berada di hadapan Hairul begitu juga dengan Hairul dia betul – betul dekat di hadapan Riana. Mata mereka berdua begitu lama bertatapan sejurus kemudian, Hairul menyuruh agar Riana beroleh pergi dari situ. Namun, Riana hanya berdiam diri dan terdiam kaku.
        “ Hairul. Kita… mengenai kita. Maksudnya Hairul, Riana… masih cintakan Hairul. Riana tidak mahu hubungan kita berakhir dengan sebegini rupa.” Hairul mula berganjak dari situ, namun perjalanannya terhenti apabila Riana menyeru dan berkata sesuatu kepada dirinya.
        Hairul menoleh ke arah Riana.” Aku, tidak akan menerima kau lagi. Hubungan kita sampai di sini sahaja terima la kenyataan bahawa hubungan kita telah berakhir. Aku tidak akan mengesat air mata kamu lagi. Jangan salah sangka dengan kejadiaan tadi, kebetulan aku lalu di situ. Bukan sebab aku masih mempunyai perasaan terhadap kau.” Hairul memberikan penjelasan kepada Riana lalu beroleh pergi dari situ.
        “ Hairul, tunggu. Hairul!” Riana mengejar Hairul daripada belakang namun tiada apa lagi yang hendak dilakukan keran Hairul betul – betul ingin mereka berpisah buat selamanya.
Keesokan harinya, Riana ke sekolah bersendirian kerana Kayla tidak dapat ke sekolah pada hari itu kerana hal peribadi. Sekali lagi, dia terserempak dengan Hairul yang sedang mengayuh basikalnya menuju ke sekolah bersama dengan seorang perempuan lain. Riana melambatkan langkahnya untuk menuju ke sekolah, semakin hari dia semakin penat untuk melupakan Hairul.
Beberapa jam menimba ilmu akhirnya masa rehat telah berlangsung. Riana tidak ke kantin pada hari itu, dia mengulang kaji pelajaran di pusat sumber bersebelahan dengan kelas Hairul yang berada di tingkat atas.
Perjalanannya menuju ke pusat sumber terhenti apabila dia terserempak dengan Hairul yang berjalan bersendirian di hadapannya. Tiba – tiba sahaja dia terimbas kembali saat dia dan Hairul pertama kali bertemu di tempat itu. Hatinya tergerak untuk membuat perkara yang sama semasa dia tidak sengaja melanggar Hairul ketika melarikan diri daripada Aril.
Dia berjalan ke arah Hairul lalu  sengaja melanggar bahu Hairul. Hairul tidak mengendahkannya, langkahnya terhenti apabila Hairul hanya lalu begitu sahaja. Dia memejamkan matanya lalu menghembus nafasnya dan melepaskannya semula. Riana segera masuk ke pusat sumber dan memulakan ulang kajinya.
        “ Riana, boleh aku duduk.” Aril muncul di hadapan Riana yang khusyuk mengulang kaji pelajaran.
Riana hanya mengangguk lalu Aril tersenyum dan duduk di hadapan Riana.
        “ Kau, tak ok kan…?” Riak muka Riana kelihatan berubah saat Aril mengetahui bahawa dia tidak ok. Perlahan – lahan dia menangkat mukanya lalu menjeling ke arah Aril.
        “ Aku minta diri dahulu, terima kasih temankan aku.” Sejurus kemudian, Riana bangkit dari duduknya lalu meminta diri dari Aril.
        “ Riana, tunggu. Pasal Hairul…” Riana menghentikan langkahnya dan menoleh ke arah belakang. Dia setia menanti perkataan yang muncul dari mulut Aril.
        “ Tiada apa. Maaf.” Aril tidak meneruskan kata – katanya. Riana hanya memberikan senyuman kepada Aril lalu beroleh pergi dari situ. Riak muka Aril berubah, rasa bersalah dalam dirinya mulai muncul dia dalam dilema jika dia memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Riana persahabatannya akan tergugat. Tapi, jika dia tidak memberitahu perkara yang sebenar akan menimbulkan pelbagai persoalan kepada Riana.
Pulang sahaja dari sekolah, Riana terus sahaja naik ke atas lalu masuk ke dalam biliknya. Dia meletakkan beg sekolahnya di atas meja belajarnya lalu duduk di atas kerusi plastik berhadapan dengan meja belajarnya.
        “ Jika cinta itu menyakitkan, jadi mulai hari ini aku tidak akan jatuh cinta lagi. Tidak akan jatuh cinta… lagi.” Riana bermonolog dalaman lalu menarik cincin serta membuka rantai yang pernah diberikan oleh Hairul kepadanya dahulu. Dia meletakkan benda itu di dalam sebuah kotak kecil, dia mengambil kotak yang bersaiz sederhana besar di atas almari bajunya. Dia mengetap bibirnya menahan tangisannya, perlahan – lahan dia mengambil barang – barang yang pernah diberikan oleh Hairul kepada dirinya. Dimulakan dengan kotak muzik, lukisan yang pernah diberikan oleh Hairul yang juga merupakan hadiah terakhir daripada Hairul. Dia buntu apabila memegang sebuah botol yang berisi sejumlah wang yang pernah dikumpulkan oleh Hairul suatu ketika dahulu.
Dia hanya meletakkan botol itu ke dalam beg sekolahnya. Dia tersenyum apabila membuka kotak muzik yang pernah diberikan oleh Hairul suatu ketika dahulu. Dia menghembuskan nafasnya lalu meletakkan barang – barang itu ke dalam kotak bersaiz sederhana yang baru sahaja diambilnya sebentar tadi.
. . . . .
Hari itu, genap tiga bulan Hairul memutuskan hubungannya dengan Riana. Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang SPM yang akan menentukan masa hadapan mereka. Meskipun telah berpisah dengan Hairul, Riana tidak pernah membenci Hairul. Tempat kegemarannya bersama dengan Hairul turut tidak dilupakannya begitu sahaja.
Pulang sahaja dari sekolah, Riana menunggu Hairul di tempat letak basikal. Beberapa minit kemudian, kelibat Hairul bersama perempuan lain muncul di hadapannya. Riana hanya tercegat berdiri bersebelahan dengan basikal milik Hairul, sejurus kemudian Riana memberikan botol berisi duit yang diberikan oleh Hairul kepadanya suatu ketika dahulu kepada Hairul.
        “ Terima kasih… terima kasih atas segalanya. Terima kasih atas segala kenangan yang Hairul berikan kepada Riana.” Riana memberikan senyuman dan mengucapkan terima kasih kepada Hairul setelah memberikan botol berisi duit kepadanya.
        “ Kau juga terima kasih sebab menerima aku apa seadanya. Aku harap kau akan jumpa lelaki yang lebih baik dari aku.” Jawab Hairul dan mengambil botol yang berisi duit lalu beroleh pergi bersama seorang gadis meninggalkan Riana yang masih tercegat berdiri.
Riana hanya tersenyum mulai hari itu, dia ingin melupakan Hairul buat selamanya dia nekad.
Enam Bulan Kemudian. . .
Sampai sahaja ke sekolah untuk mengambil slip SPMnya, Riana menuju ke dewan perhimpunan. Tempat di mana, Hairul dan dia pertama kali bersua dan dari situ titik perkenalan mereka turut terjadi. Dia duduk di sebuah bangku yang menghadap ke depan pentas. Matanya liar melihat sekeliling dewan yang kosong itu. Tiba – tiba sahaja matanya tertumpu kepada sebuah buku lama dan sebatang pen yang diletakkan di atas sebuah meja berhampiran dengan pintu dewan perhimpunan. Dia bangkit dari duduknya lalu menuju ke arah meja itu.
        Kelihatan buku itu berhabuk kerana sudah lama tidak digunakan. Meskipun kelihatan buku itu sudah uzur, namun di dalam buku itu kelihatan masih cantik.Tiba – tiba sahaja hatinya tergerak untuk menulis sesuatu di dalam buku itu. “ Cinta itu menyakitkan…. Sejurus kemudian, dia beroleh pergi dari dewan perhimpunan menuju ke kelasnya untuk mengambil slip SPM.
        “ Kayla, macam mana keputusan SPM kau?” Riana yang baru sahaja sampai ke destinasinya segera duduk bersebelahan dengan Kayla yang berwajah serius.
        “ Aku… aku… aku lulus !!! Aku dapat 4 A+ 3 B dan 1 C+” Kayla segera memeluk Riana dengan erat lalu tersenyum puas. Riana mengucapkan tahniah kepada Kayla lalu memberikan senyuman yang manis kepada sahabtnya itu.
        “ Kau pula macam mana, Riana?” Kini giliran Kayla bertanya mengenai keputusan SPM Riana.
        Senyuman Riana mulai menghilang, dia menundukkan mukanya lalu kembali mengangkat mukanya.” Aku… aku pun lulus la!!! Aku dapat  5 A+ dan 3 B+” Riana tersenyum puas lalu menunjukkan slip SPM nya kepada Kayla.
        “ Wah, keputusan kamu berdua cemerlang nampaknya. Aku Cuma dapat 8 B sahaja.” Aril mengeluh.
        “ Bagus la macam tu. Keputusan awak pun cemerlang la. Pasti mak ayah awak bangga sebab awak kan malas belajar. Pasti diorang terkejut punya tengok keputusan SPM awak.” Kayla memberikan semangat kepada Aril.
        “ Oh, ya Riana. Kak Aisyah nak khawin esok kan?” Sejurus kemudian, Aril bertanya mengenai Aisyah kepada Riana.
        “ Ya. Dia akan khawin esok. Kamu berdua jangan lupa datang ok.” Jawab Riana. Sejurus kemudian, telefon bimbitnya berbunyi tertera nama Laila di dalam telefon bimbitnya.
        “ Rindunya aku dekat kamu semua, macam mana dengan keputusan SPM kau, Kayla, Aril dan Hairul? Hubungan kau dengan Hairul pula macam mana?” Bertubi – tubi soalan yang diajukan Laila kepada Riana.
Riak muka Riana berubah apabila Laila menanyakan mengenai Hairul kepadanya. Kayla segera mengambil telefon bimbit Riana dari tangannya lalu menjawab panggilan Riana.
        “ Laila, ini aku Kayla. Keputusan SPM aku, Riana dan Aril cemerlang. Kau pula macam mana?” Kayla menjawab pertanyaan Laila.
        “ Aku pun cemerlang juga. Oh ya, Hairul pula macam mana?” Riana mengetap bibirnya lalu mengambil telefon bimbitnya daripada Kayla.
        “ Maaf, Laila. Mengenai Hairul… kami…” Riana memejamkan matanya serta mengetap bibirnya kata – katanya tidak dapat diteruskan lagi. “ Mengenai Hairul, aku dan dia… berpisah. Kami tidak mempunyai hubungan apa – apa lagi.” Riana mengeluh lalu tersenyum untuk menenangkan hatinya.
Laila kaget apabila mengetahui bahawa Riana dan Hairul telah berpisah. Dia tidak mahu mengetahui sebab mereka berdua berpisah.” Bersabarlah Riana. Maafkan aku, tidak tahu hal ini. Oh, ya aku akan pulang ke sana hari ni. Kamu bertiga jangan lupa jemput aku di lapangan terbang ok, sebab keluarga aku tidak dapat mengikuti aku.” Laila memberikan semangat kepada Riana lalu memberitahu Riana yang dia akan pulang ke sana.
“ Um… ya, pasti kami akan menjemput Laila di lapangan terbang. Pukul berapa Laila sampai?” Riana segera mengajukan solan kepada Laila.
“ Dalam pukul 4.30 petang. Ok, bye. Jumpa nanti.” Laila segera menamatkan panggilannya.
“ Laila, hari ni dia akan pulang ke sini. Dalam pukul 4.30 petang dia sampai. Dia minta kita bertiga jemput dia di lapangan terbang.” Riana menyampaikan berita itu kepada Aril dan Kayla.
Aril dan Kayla mengangguk lalu Kayla melonjak gembira kerana rakan yang dirindunya akan pulang hari ini. Sejurus kemudian, Aril dan Kayla meminta diri untuk pulang ke rumah. Riana tidak mengikuti mereka kerana dia hendak ke suatu tempat sebelum dia meninggalkan sekolah itu.
Dia bangkit dari duduknya lalu sekali lagi menuju ke dewan perhimpunan. Dewan itu juga merupakan titik berakhirnya hubungan mereka berdua. Riana ingin memadamkan apa yang ditulisnya sebentar tadi, namun hasratnya tidak tercapai apabila seseorang telah menjawab kehendak hatinya.
        “ Kadangkala cinta itu memang menyakitkan jika kita tidak menghargai maksud percintaan.” Riana tersenyum tatkala dia melihat perkataan itu. Dia tahu bahawa tulisan itu 100 peratus milik Hairul Sejurus kemudian, dia meletakkan buku itu di dalam laci meja itu dan beroleh pergi dari sekolahnya.
Bab 17
Kemeriahan majlis perkhawinan Aisyah dan Erzul jelas kelihatan. Dengan sekali lafaz, Erzul dan Aisyah sah menjadi pasangan suami isteri. Sesi keluarga Erzul dan Aisyah kelihatan begitu gembira dengan pernikahan mereka. Tidak ketinggalan Kayla serta Laila turut meriahkan suasana majlis pernikahan kakak kepada rakan mereka itu. Aril tidak dapat menghadiri majlis pernikahan Aisyah kerana mempunyai urusan keluarga.
        “ Wah, meriahnya majlis perkhawinan kakak kau. Aku pun teringin la nak ada majlis pernikahan sebegini rupa.” Mata Kayla melihat sekeliling dewan yang menempatkan ratusan orang yang datang untuk meriahkan majlis pernikahan Aisyah dan Erzul.
        “ Memang la sudah namanya majlis pernikahan. Memang la meriah macam ni. Apa la kau ni Kayla.” Kayla mencebik apabila mendengar keluhan daripada Laila.
        “ Jom la kita ambil sedikit makanan. Riana, Kayla jom.” Laila bangkit dari duduknya lalu mengajak Riana dan Kayla mengambil sedikit makanan.
Mereka berdua turut bangkit dari duduknya lalu menuju ke arah hidangan yang disediakan.Aisyah dan Erzul menghampiri tiga sekawan itu lalu melemparkan senyuman kepada mereka bertiga. Senyuman mereka dibalas oleh Riana, Kayla dan Laila.
        “ Wah! Memang serasi la kamu berdua, memang sepadan bagai pinang dibelah dua.” Kayla memuji Erzul dan Aisyah.
        “ Terima kasih.” Serentak Erzul dan Aisyah mengucapkan terima kasih kepada Kayla.
Sejurus kemudian, seorang lelaki yang berambut pacak serta memakai tuxedo muncul di hadapan mereka berlima. Kayla terpegun melihat ketampanan lelaki tersebut Laila segera mencubit tangan Kayla. Riak muka Kayla berubah menahan sakit.
        “ Eh, Zarul kau dah pulang Malaysia? Apasal tidak bagi tahu kami.” Erzul dan Aisyah kaget melihat rakan mereka itu tiba – tiba sahaja muncul di hadapan mereka.
        “ Ya, aku memang dah lama pulang Malaysia. Saja aku bagi kejutan dekat korang berdua. Hai, kenalkan nama saya Zarul saya junior Aisyah dan Erzul masa sekolah menengah dahulu.” Lelaki bernama Zarul itu menghulurkan tangannya kepada Riana lalu memperkenalkan dirinya.
        “ Sudah, sudah. Jemput lah duduk kalau tak pun ambil la makanan yang dihidangkan ni. Lepastu kau jangan cuba – cuba ganggu adik aku faham tu !.” Aisyah mempelawa Zarul untuk mengambil makanan yang dihidangkan ditambah dengan amaran keras. Riana segera duduk di tempat asalnya diikuti oleh Kayla dan Laila.
Zarul tersengih matanya masih tertumpu ke arah Riana. Mata Riana turut tertumpu ke arah Zarul. Zarul melambaikan tangannya ke arah Riana lalu memberikan senyuman yang manis kepada Riana. Riana langsung tidak mengendahkan lelaki itu. Matanya kembali tertumpu ke arah lain.
Kelihatan, Puan Rabiatul serta Encik Khairi sedang melayan karena tetamu yang hadir. Acara yang ditunggu – tunggu iaitu acara memotong kek akan bermula sebentar lagi. Zarul menghampiri Riana lalu berdiri di sebelahnya. Kayla dan Laila segera beroleh pergi dari situ dengan alasan ingin ke tandas meninggalkan Riana. Riana turut bangkit dari duduknya lalu mengikuti mereka, langkahnya terhenti apabil Zarul memanggilnya dari belakang.
        Riana menoleh ke arah belakang lalu menjeling ke arah Zarul. Zarul memberikan senyuman kepadanya lalu Riana menoleh ke hadapan. Dia menghembuskan nafasnya dan melepaskannya dia rimas dengan kelakuan Zarul terhadapnya. “ Boleh saya duduk?” Riana menghampiri Zarul lalu duduk di tempatnya semula. Zarul duduk di sebelah Riana lalu memperlawa dirinya untuk duduk bersebelahan dengan Riana.
        “ Duduk la. Saya dah tak boleh larang awak sebab awak dah duduk dekat sini.” Riana mengizinkan Zarul duduk bersebelahannya, Kayla dan Laila yang sedang berjalan ke arah tempat duduk mereka sebentar tadi tergelak kecil melihat kelakuan Zarul yang pelik terhadap Riana.
Sesekali Zarul mencuri pandang ke arah Riana yang hanya berdiam diri sambil melihat orang yang lalu – lalang. Tiba – tiba sahaja Zarul tersedak dan Riana segera menghulurkan segelas air kepada Zarul. Zarul mengucapkan terima kasih kepada Riana. Sejurus kemudian, acara memotong kek dimulakan. Kelihatan semua hadirin yang hadir memberikan tepukan begitu juga dengan Kayla, Laila dan Zarul. Riana hanya tersenyum melihat kebahagiaan kakaknya yang sudah tercapai.
        “ Riana, kami berdua minta diri dahulu. Hari dah lewat malam ni nanti mak ayah aku risau pula.” Kayla meminta diri daripada Riana ditambahkan dengan Laila.
        “ Um, ya. Terima kasih sudi datang acara perkhawinan kakak aku.” Riana memberikan senyuman kepada sahabatnya itu.
Zarul merenung dengan dalam wajah Riana. Dia seolah – olah pernah melihat gadis itu, lamunannya terhenti apabila dia disergah oleh Erzul dan Aisyah. Zarul berbisik sesuatu kepada Aisyah dan Erzul. Riana hanya melihat telatah mereka bertiga.
        “ Memang lah kau pernah nampak dia. Kau dah lupa ka budak yang selalu ikut aku ke mana sahaja. Riana la tu, dia dah besar sekarang ni.” Aisyah dan Erzul geli hati apabila mendengar apa yang dibisik oleh Zarul kepada mereka sebentar tadi. Zarul tersengih sambil menggaruk – garuk kepalanya yang tidak gatal itu.
        “ Kakak, kenapa dengan Riana?” Riana bingung melihat kakaknya yang berada dihadapannya tergelak.
        “ Tiada apa, Riana. Kalau kakak bagi tahu kamu pun bukannya faham. Masa tu, kamu masih seorang kanak – kanak darjah empat lima begitu.” Gelak tawa Aisyah dan Erzul terhenti.
Sejurus kemudian, Aisyah dan Erzul beroleh pergi dari situ meninggalkan pelbagai persoalan dalam minda Riana. Riana mencebik lalu beroleh pergi dari situ. Zarul hanya melihat gerak geri Riana yang menuju ke arah luar dewan hotel bertaraf lima bintang itu.
Riana menahan sebuah bas lalu menuju ke arah sebuah stesen bas berdekatan dengan rumahnya. Sejurus kemudian, dia sampai ke destinasinya lalu menuju ke tempat kegemarannya.
        “ Hairul… Kenapa hubungan kita harus berakhir sebegini rupa… Mana janji Hairul kepada Riana?”  Sampai sahaja di destinasinya dia duduk di dalam pangkin. Riana bermonolog dalaman, sambil matanya memandang di atas langit yang kelihatan banyak bintang – bintang kecil.
Sejurus kemudian, matanya tertumpu ke arah sisi pangkin. Dia segera menghampiri sisi pangkin tersebut lalu dia tersenyum puas. Kelihatan lukisannya bersama dengan Hairul yang hampir siap berada di sisi pangkin itu.
Lukisan itu kelihatan baru sahaja disimpan di sisi pangkin itu. Dia segera bangkit dari duduknya lalu keluar dari pangkin itu mencari kelibat Hairul.” Hairul!” Dia tersenyum apabila melihat kelibat seorang lelaki. Dia memegang bahu lelaki itu namun senyumannya hilang begitu sahaja sebaik lelaki itu menoleh ke arah belakang. Dia menundukkan wajahnya apabila lelaki tersebut bukanlah Hairul sebalinya Zarul.
Zarul memberikan senyuman kepada Riana lalu memegang bahunya. Beberapa minit kemudian, hujan mulai turun dengan lebat. Zarul segera menarik tangan Riana untuk masuk ke dalam keretanya untuk berlindung. Riana melepaskan tangannya daripada Zarul dan hanya tercegat berdiri di situ.
        “ Bagaimana… bagaimana awak boleh tahu saya berada di sini?” Perlahan – lahan Riana menangkat wajahnya lalu menatap wajah Zarul.
        “ Saya ekori awak. Maaf saya buat macam ni saya Cuma risau sahaja dengan keadaan awak.” Sekali lagi Zarul memberikan senyuman kepada Riana lalu Riana membalas senyumannya.
        Zarul membuka kotnya lalu meletakkan di atas kepala Riana untuk melindungnya daripada hujan lebat.” Kalau awak berdegil nak juga berdiri dekat sini , saya akan temankan awak sehingga hati awak tergerak untuk  beroleh dari sini.” Riana tergelak kecil sebaik sahaja mendengar kata - kata daripada Zarul. Sejurus kemudian, air matanya mulai gugur daripada matanya. Riana tersenyum lalu mengesat air matanya yang gugur.
        “ Bodoh, kalau awak jatuh sakit nanti salahkan saya pula. … Terima kasih sebab ambil berat tentang saya.” Riana menolak bahu Zarul dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
Sejurus kemudian, mereka berdua beroleh pergi dari situ. Zarul menghantar Riana ke rumahnya. Di dalam kereta berjenama vios itu tangisan Riana masih belum selesai. Zarul menghulurkan sehelai sapu tangan miliknya kepada Riana dan hanya membiarkan Riana menangis. Beberapa minit kemudian, hati Riana kembali tenang dia kaget apabila Zarul mengetahui alamat rumahnya.
        “ Ok, dah sampai. Ini kan rumah awak, sudah lama saya tak datang rumah awak ni. Tetap sama juga rekaannya tiada yang berubah setelah sekian lama saya pergi. Kecuali awak sahaja yang berubah, sekarang ni…awak… dah cantik. Tak macam dahulu lagi, dengan rambut tidak terurus, comot sana comot sini.” Zarul tergelak apabila mengimbas kembali penampilan Riana Sembilan tahun yang lalu.
        Riana tersenyum lalu berfikir siapa lelaki yang berada di sebelahnya itu. Dia mencebik kerana tidak mengingati lelaki itu. Lalu mata mereka berdua saling bertatapan. Zarul menghulurkan sebungkus lollipop kepada Riana, Riana kaget lalu tergelak. “ Awak kan… awak kan budak yang selalu bagi saya lollipop dulu jika saya menangis sebab kakak marah saya dan tak bagi saya ikut kamu semua bermain atau buat sesuatu.” Zarul mengangguk Riana tersenyum puas.
        “ Awak, tinggalkan saya. Awak tahu tak saya… saya sentiasa tunggu awak depan pintu jika kakak marah saya. Saya selalu buat macam tu sehingga saya masuk ke tingkatan dua. Lepastu mak selalu kata yang awak tak akan datang dan beri saya lollipop lagi.” Zarul tergelak lalu mengusap rambut Riana.
        “ Tapi sekarang, saya tak akan tinggalkan awak lagi mulai hari ni sebab saya… saya.” Kata – kata Zarul terhenti setelah Encik Khairi mengetuk pintu keretanya.
Riana mengetap bibirnya lalu turun daripada kereta Zarul. Begitu juga dengan Zarul dia turut turun dari keretanya. Encik Khairi menepuk – nepuk bahu Zarul dengan kuat dan mempelawanya untuk masuk ke dalam rumah. Riana hanya tercegat berdiri di situ sambil matanya melihat sebungkus lollipop yang berada di tangannya.
        “ Sekian lama kamu menghilang sekarang baru kamu muncul. Kasihan Riana, sentiasa menunggu kedatangan kamu di depan pintu. Tapi, terima kasih ya sebab sudi datang dalam majlis pernikahan anak pakcik.”  Sekali lagi Encik Khairi menepuk – nepuk bahu Zarul yang sedang minum segelas air panas yang dihidangkan oleh Puan Rabiatul.
        “ Abang, jangan lah buat macam tu. Kasihan Zarul nanti budak tu tersedak pula.” Puan Rabiatul segera menjauhkan tangan Encik Khairi daripada bahu Zarul.
        “  Sama – sama pakcik, kebetulan kawan kami yang bagi tahu tentang pernikahan mereka, Saya saja bagi kejutan dekat diorang. Pakcik maafkan saya, Saya pun bukannya nak tinggalkan negara ni terutamanya… Riana. Saya dah anggap Riana tu macam adik saya sendiri. Tapi saya tengok Riana tu dah berubah dah tak macam dahulu lagi.” Ujar Zarul lalu meletakkan gelas yang berada di tangannya di atas meja.
Riana hanya berkurung di dalam biliknya memikirkan mengenai lukisan yang dilihatnya sebentar tadi. Sejurus kemudian, dia bangkit dari baringnya lalu keluar dari bilik itu menuju ke bawah. Dia terus sahaja duduk bersama dengan keluarganya.
. . . . .
        “ Mak! Ayah! Kayla dah dapat dah dapat!!!” Pulang sahaja ke rumah, Kayla segera menyeru ibu bapanya sambil tersenyum lebar. Ibu bapanya dan Kayla saling berpelukan apabila melihat sehelai kertas yang berada di tangan Kayla.
        “ Tahniah nak! Akhirnya kau dah dapat apa yang kau impikan. Kau dah dapat tawaran masuk ke kolej kejururawatan. Tahniah!” Puan Alia mengucup dahi Kayla lalu mengucapkan tahniah kepada anaknya itu.
Air mata Kayla mulai bercucuran di pipinya dia tersenyum puas. Dia seolah – olah tidak mempercayai bahawa dia telah berjaya mendapat apa yang diimpikannya.
Sampai sahaja ke rumah, Laila duduk berhadapan dengan kedua orang tuanya. Pada mulanya, kedua ibu bapanya kelihatan serius lama – kelamaan mereka berdua tersenyum dengan tawaran universiti ke luar Negara untuk anaknya dalam bidang undang – undang.
        “ Terima kasih, mama papa. Terima kasih sebab selama ini sentiasa menyokong Laila sehingga Laila mendapat keputusan cemerlang.” Laila bangkit dari duduknya lalu memeluk ibu bapanya.
Di sudut lain pula, Aril turut berjaya memasuki universiti dalam bidang muzik seperti apa yang diimpikannya selama ini. Manakala Hairul pula, turut berjaya masuk ke dalam universiti dalam bidang fotografer juga seperti yang diimpikannya selama ini.
        “ Macam mana dengan kau Riana?” Tiga sekawan itu berjanji untuk berlepak di sebuah kafe untuk menceritakan mengenai tawaran university masing – masing.
        Riak muka Riana kelihatan sugul seperti kecewa.” Riana, takkan la kau tak dapat masuk universiti?” Laila memegang tangan sahabatnya itu. “ Ya Riana, bagi tahu la kami macam mana dengan kau?” Kayla turut memegang tangan Riana.
        Riana hanya menundukkan wajahnya perlahan – lahan dia menangkat wajahnya lalu tersenyum dan memeluk kedua sahabatnya itu.” Aku pun dapat seperti yang aku impikan selama ni. Aku dapat tawaran dalam bidang undang – undang juga! Aku akan jadi seorang peguam. Tapi tak sehebat Laila la dia dapat biasiswa ke luar Negara.” Mereka bertiga saling berpelukan dengan erat.
        “ Jadi, semua orang sudah mempunyai hala tuju masing – masing. Akhirnya kita telah mendapat apa yang kita usahakan selama ini.” Riana melepaskan rakannya daripada dakapan lalu duduk semula di tempatnya.
        “ Ya betul tu. Tapi, persahabatan kita harus diteruskan.” Kayla menyokong apa yang diperkatakan oleh Laila lalu mengenggam tangan kanannya.
        “ Riana, cerita la mengenai . . . Zarul. Dia tu memang matang kan aku suka lelaki macam tu. Sesuai dengan kau la Riana, kamu berdua ada hubungan apa – apa ka? Sebab aku tengok kamu berdua akrab sangat. Biarpun hanya dalam dua tiga bulan yang lalu kamu berkenalan dalam majlis pernikahan kakak kau tempoh hari.” Kayla menanyakan perihal Riana bersama dengan Zarul sambil menikmati segelas cappuccino yang dipesannya sebentar tadi.
        Riana menggeleng kepala dan tersengih.” Tak la. Aku dan dia tiada hubungan apa – apa pun. Sebenarnya dah lama aku kenal dia, sejak aku darjah empat lagi. Seperti yang kamu semua tahu aku memang rapat kan dengan kakak aku, jadi masa aku kanak – kanak dahulu ke mana sahaja kakak aku pergi aku pun nak ikut juga. Kadangkala kakak aku marah aku sebab aku selalu ikut dia, dia pun nak seronok juga kan dengan kehidupan remaja dia. Zarul, sentiasa bagi aku lollipop jika dia Nampak aku menangis kena marah oleh kakak aku. Dia tak pernah jemu layan karenah aku, kakak aku selalu suruh dia jaga aku. Kami memang rapat bagai abang dengan adik. Um… lagi satu, aku naik sahaja ke darjah lima dia pindah dan menghilangkan diri selama tujuh tahun. Aku sentiasa menanti dia di hadapan rumah aku jika aku bersedih. Tapi lama kelamaan, aku sedar bahawa dia tidak akan berada di sisi aku lagi.” Ujar Riana panjang lebar sesekali dia tersenyum lebar mengimbas kembali saatnya bersama dengan Zarul.
        Kayla dan Laila ternganga mendengar cerita daripada Riana. Sejurus kemudian, Laila menepuk tangan diikuti dengan Kayla.” Wah hebatnya. Tapi, apasal kau tak pernah ceritakan dekat kami mengenai Zarul?” Kayla mengajukan soalan kepada Riana. “ Sebab… aku dah lupakan dia sejak aku naik ke tingkatan dua. Aku bosan la asyik kena marah sebab menangis dan menunggu dia di depan pintu rumah aku.” Ulas Riana.
        “ Riana, berusaha! Aku rasa kan kau sepatutnya dah mulakan hubungan yang baru. Yang lalu biar la Cuma menjadi kenangan pahit manis.” Laila menyokong agar Riana memulakan hubungan yang baharu dan melupakan Hairul yang telah melukakan hatinya.
        “ Panjang umur dia. Dekat badan kau ada magnet atau alat gps ka?” Tiba – tiba sahaja Zarul muncul di hadapan mereka lalu melambaikan tangannya ke arah mereka. Kayla dan Laila membalasnya. Kayla memberikan sedikit jenaka kepada Riana dan Laila hanya menggeleng kepala melihat telatah rakannya itu.
        “ Hai girls! Aku nak pinjam kawan kamu berdua boleh tak?” Zarul berdiri bersebelahan dengan Riana lalu meminta izin daripada Kayla dan Laila untuk mengambil Riana daripada mereka.
        “ Pinjam la. Ambil hati dia pun boleh juga kan Laila.” Kayla mengenyitkan matanya ke arah Zarul. Sememangnya sikap lama Kayla tidak boleh diubah lagi. Laila tidak berkata apa – apa manakala Riana turut tidak berkata apa – apa.
        “ Jom, Riana. Kita pergi kedai yang ada jual banyak lollipop lepastu saya bawa awak ke mana sahaja awak nak pergi.” Zarul mengambil minuman daripada tangan Riana lalu menarik tangan Riana pergi dari situ.
Kayla sempat melambaikan tangannya ke arah Zarul dan Riana. Laila mencebik dengan sikap Kayla.
        “ Lepas la kita nak pergi mana ni. Saya… saya bukan Riana yang dahulu lagi. Saya dah besar dan saya bukan kanak – kanak seperti dahulu lagi.” Sampai sahaja di tempat letak kereta, Riana meninggikan suaranya ke arah Zarul. Zarul kaget melihat kelakuan Riana yang berubah itu, sejurus kemudian Riana memalingkan badannya ke arah belakang lalu lari dan beredar dari situ. Zarul menghembuskan nafasnya dan menundukkan wajahnya memandang lantai yang tidak bersimen itu.
Riana lari dengan sekuat hatinya beroleh pergi dari situ. Tiba – tiba sahaja dia mengimbas kembali saat dia dan Hairul bersama. Air matanya mulai mengalir di pipinya dia membiarkan sahaja air matanya mengalir. Sehingga sebuah kereta yang laju hampir melanggarnya, seorang lelaki menyelamatkannya daripada kemalangan itu.
Dia kaget dengan kejadian yang baru sahaja berlaku kepadanya sebentar tadi. Riana dan lelaki itu sudah terbaring di bahu jalan, orang ramai mulai berkerumun menghampiri mereka. Pemandu tersebut segera turun dari keretanya lalu menuju ke arah Riana dan lelaki itu.
        “ Maaf kan saya, cik. Saya kelam kabut nak pergi airport maafkan saya ya cik.” Pemandu yang berketurunan india itu meminta maaf kepada Riana.
Riana menghembuskan nafasnya lalu memejamkan matanya sebentar dan membukanya semula. Dia mengetap bibirnya dan segera menoleh  ke hadapan melihat wajah lelaki yang masih memeluknya dengan erat. Perlahan – lahan lelaki yang berketerampilan dengan memakai topi itu melepaskan Riana daripada dakapannya. Lututnya tercedera kerana terhempas di bahu jalan sebentar tadi.
        “ . . . Ha. . . Hairul!” Riana menekup mulutnya menggunakan tangan kanannya. Dia kaget apabila melihat lelaki yang baru sahaja menyelamatkan nyawanya sebentar tadi adalah cinta pertamanya.
        Sejurus kemudian, orang awam beroleh dari situ meninggalkan mereka berdua setelah Hairul menolak pelawaan mereka untuk ke Hospital. Perlahan – lahan Hairul bangkit dari duduknya lalu beroleh pergi dari situ. Riana mengetap bibirnya lalu segera mengejar dan memeluk Hairul daripada belakang.” Hairul, Riana tahu Hairul masih cintakan Riana. Jangan… jangan pergi.” Hairul memberhentikan langkahnya lalu melepaskan tangan Riana daripada badannya.
        Hairul menoleh ke belakang lalu mengusap kepala Riana. “ Lihat, ok tak penampilan baru aku. Ada tak ciri – ciri seorang fotografer?” Hairul mengajukan soalan kepada Riana.
        “ Kenapa… kenapa kita berpisah? Apa yang berlaku sebenarnya?” Riana tidak menjawab soalan Hairul, malah dia mengajukan pula soalan kepada lelaki itu.
        “ Tahniah! Kau dah capai apa yang kau tak terfikir selama ni. Kau akan menjadi seorang peguam.” Hairul tidak menjawab soalan Riana.
        “ Riana bukan tanya pasal itu, Riana tanya mengenai hubungan kita kenapa ia berakhir sebegini rupa?! Kenapa Hairul tinggalkan lukisan itu di sisi pangkin itu? Kenapa Hairul selamatkan Riana kenapa tidak benarkan sahaja Riana… Riana tercedera? Bukankah itu semua sebab Hairul masih mempunyai perasaan terhadap Riana?!!” Riana meninggikan suaranya kepada Hairul, Hairul segera beroleh pergi dari situ.
        “ Riana, belum selesai untuk mengajukan soalan kepada Hairul! Kenapa… kenapa Hairul sentiasa menjauhkan diri Hairul daripada Riana jika Riana mengajukan soalan begini rupa? Kenapa Hairul sentiasa tidak mengambil peduli …” Riana mengejar Hairul daripada belakang, langkahnya terhenti apabila Hairul semakin jauh daripada pandangannya.
Zarul muncul di belakang Riana. Riana segera memeluk Zarul dan menangis dengan kuat, Zarul bingung melihat Riana yang tiba – tiba sahaja menangis di sisinya.  Sejurus kemudian, Riana melepaskan Zarul daripada dakapannya.Mereka berdua menuju ke dalam kereta Zarul dan beroleh pergi dari situ.
        “ Riana, keluarkan. Keluarkan semua kesedihan yang ada dalam hati Riana, saya sudi mendengar tangisan awak itu. Saya rindukan tangisana awak,… dari dulu hingga sekarang awak memang suka menangis kan Riana. Memang tak berubah.” Zarul meletakkan kepala Riana di bahunya lalu menepuk – nepuk bahu Riana dengan lembut.
        “ Maaf dari dulu hingga sekarang awak selalu menjadi mangsa jika saya dalam kesedihan. Terima kasih sebab… sudi temankan saya dalam kesedihan.” Riana mengesat air matanya lalu tersenyum.
        “ Tidak apa la. Saya suka tengok awak menangis sebab saya… saya boleh dekatkan diri saya dengan awak.” Sejurus kemudian Riana kembali meluruskan kedudukan kepalanya yang diletakkan di bahu Zarul sebentar tadi.
Beberapa minit kemudian, mereka berdua pun beroleh pergi dari situ menuju ke suatu destinasi yang Riana sendiri tidak tahu di mana.
        “ Ok. Sudah sampai.” Zarul memberhentikan keretanya di sebuah tempat lalu mengeluh.
        “ Tempat ni … huh… tempat ni kan tempat yang selalu awak bawa saya jika kakak suruh awak jaga saya.” Riana tersenyum lebar melihat kawasan itu.
        “ Ya lah tempat ni la. Dahulu kita selalu bermain di tempat ni. Jom turun.” Zarul mengangguk. Sejurus kemudian, mereka berdua turun daripada kereta.
Zarul menyuruh Riana untuk menunggunya di sebuah sungai yang mempunyai air terjun seperti tempat yang sentiasa mereka pergi suatu ketika dahulu.
Riana duduk di sebuah batu besar yang berhadapan dengan sebuah air terjun. Dia hanya melihat sekelilingnya kelihatan sebuah keluarga sedang berkelah berhampiran dengan sungai bukan itu sahaja,ramai telatah dan ragam manusia yang dapat dilihat di sana.
Sesekali Riana melemparkan senyuman kepada orang yang lalu – lalang senyumannya kadangkala dibalas dan kadangkala tidak dibalas.
        Sejurus kemudian, Zarul muncul di belakang Riana membawa sejambak bunga ros merah dan sebuah kotak muzik. Dia berlutut lalu memberikan bunga ros merah dan sebuah kotak muzik kepada Riana. Riana tergamam melihat semua benda itu.” Selamat hari jadi.” Zarul memberikan senyuman kepada Riana lalu memberikan benda itu kepada Riana.
        “ Kalau awak terima maksudnya…  um maksudnya… awak terima cinta saya. Saya cintakan awak Riana.” Zarul gugup menyatakan cintanya kepada Riana.
        Riana kaget apabila mendengar luahan hati Zarul dia tidak tahu ingin berbuat apa lagi. Dia mengetap bibirnya lalu  menarik dan menghembuskan nafasnya. “ . . . Terima kasih atas segalanya. Terima kasih kerana mengingati hari jadi saya. Saya terima hadiah ni, tapi tak bermaksud saya terima cinta awak maaf.” Riana memberikan senyuman kepada Zarul lalu menerima hadiah yang diberikan oleh Zarul kepadanya.
Zarul mengeluh lalu duduk bersebelahan dengan Riana.” Huh… tidak mengapa la. Tapi, saya akan berusaha untuk memenangi hati awak.” Zarul menggengam kedua tangannya sambil memberi semangat kepada dirinya.
Riana tergelak lalu menolak Zarul dengan perlahan. “ Waktu itu… waktu itu awak tidak ingin mengetahui sebab saya berada di tempat itu? Tadi pula… awak tidak ingin mengetahui sebab saya menangis?” Riana mengajukan soalan kepada Zarul sambil memandang tepat ke arah wajah lelaki itu.
Zarul mengalihkan pandangannya daripada memandang langit lalu turut memandang tepat ke arah wajah Riana. Dia memberikan senyuman kepada Riana lalu mengusap kepala gadis itu.” Tak nak la. Kalau Riana nak cerita ok juga kalau tak nak tidak apa.”
“ Sebenarnya dua tahun yang lalu ada seseorang yang telah mencuri hati Riana. Dia sentiasa berada dalam hati Riana kerana… dia telah menjadi hati Riana. Dia seperti sawah padi yang kehijauan dan terbentang luas. Kadangkala dia tu pelik juga, cuba awak bayangkan seorang pelajar dalam tingkatan empat bukannya fikir pasal masa depan tapi fikir pasal perkhawinan. Pelik kan? Tapi… hubungan kami berakhir tahun lalu. Riana sendiri tidak tahu apa motif dia untuk berpisah, padahal dia dahulu yang beria ia ingin menjalinkan hubungan dengan saya. Mulai hari itu, Riana… Riana takut untuk jatuh cinta atau menerima seseorang lelaki dalam hidup Riana lagi. ” Ujar Riana panjang lebar sambil tersenyum memandang air terjun yang berada di hadapannya.
“ Oh, jadi sebab itu.Kalau dia telah menjadi hati awak, saya akan menjadi air terjun yang berada di hadapan ni. Saya tidak akan henti –henti mengalir dan akan sentiasa menenangkan hati awak jika bersedih.” Zarul mengetap bibirnya lalu turut memandang air terjun yang tidak henti – henti mengalir.
Bab 18
Setahun kemudian . . .
Hari silih berganti, Aisyah telah pun selamat melahirkan seorang bayi kembar seorang lelaki dan seorang perempuan.  Bertambah la lagi ahli keluarga Encik Khairi dan Puan Rabiatul.
Bayi perempuan dinamakan Erisya sempena gabungan nama Erzul dan Aisyah manakala bayi lelaki pula dinamakan Rizal. Riana pula sudah dapat menerima cinta baharunya iaitu Zarul. Manakala Nazrul pula hanya tinggal dua tahun sahaja lagi untuk dia menyelesaikan pembelajarannya di luar Negara. Begitu juga dengan Laila dia bersyukur kerana dia mendapat belajar ke luar Negara bersama dengan Nazrul.
        “ Semuanya telah berubah begitu juga dengan hati aku. Tapi, kenapa… meskipun hampir tiga tahun kami berpisah kenapa dia masih menjadi sisa hati aku?” Riana bermonolog dalaman.
        “ Terima kasih, sudi hantar saya ke sini. Nanti, saya balik sendiri sahaja. Awak kan ada kelas hari ni, saya tak nak ganggu awak. Zarul mesti menjadi seorang doktor seperti arwah ayah Zarul.” Turun sahaja dari kereta Zarul, Riana mengucapkan terima kasih kepada Zarul melalui tingkap keretanya lalu memberikan semangat kepada Zarul.
        “ Betul ni? Kalau awak jumpa dia…” Kata – kata Zarul terhenti.
        Riana menggeleng kepala.” Saya tidak akan bersedih lagi. Jika saya jumpa dia tahu la saya apa yang saya akan buat.” Sejurus kemudian, Zarul menggerakkan keretanya. Meninggalkan Riana yang masih tercegat berdiri.
Kereta Zarul semakin hilang daripada pandangan Riana. Dia memulakan langkahnya menuju ke tempat kegemarannya yang masih terpahat dalam hatinya. Setiap kali ulang tahunnya dia tidak pernah jemu untuk berada di tempat itu. Sesekali, dia menarik dan menghembuskan nafasnya menuju ke pangkin agar perasaan sedihnya tidak muncul.
Dia memperlahankan langkahnya sebaik sahaja dia mendengar sesuatu dari dalam pangkin kayu tersebut. Kelihatan cuaca berubah menjadi mendung menandakan sebentar lagi hujan akan turun. Dia mengetap bibirnya dan segera melajukan langkahnya menuju ke dalam pangkin itu.
        “ Hairul.” Sekali lagi, Riana dan Hairul terserempak di dalam pangkin itu. Kelihatan Hairul sedang sibuk bertukang pelbagai alat yang berada di sisinya. Hairul kaget apabila melihat Riana yang berada di hadapannya.
Riana duduk di hadapan Hairul. Mereka berdua hanya berdiam diri tanpa sepatah kata pun keluar daripada mulut mereka.
        “ Aku sangka kau dah lupa tempat ni.” Hairul yang sibuk mengemas barang – barangnya untuk beroleh pergi dari situ tiba – tiba sahaja bersuara.
        Riana memalingkan wajahnya ke arah Hairul. Dia mengetap bibirnya lalu menarik dan menghembus nafasnya.” Tidak mungkin la Riana akan melupakan tempat ini.  Penampilan Hairul sudah berubah sekarang ni. Pertama kali Riana tengok Hairul mengenakan topi berat badan Hairul pun bertambah kurus. Hairul sakit ka?” Riana mengajukan soalan kepada Hairul.
        “ Ini penampilan baru aku. Aku kan nak jadi seorang fotografer dan dalam masa yang sama aku nak jadi seorang pelukis juga. Aku sihat sahaja.” Hairul menjawab pertanyaan Riana sesekali dia menundukkan wajahnya lalu menangkat wajahnya dan melemparkan senyuman kepada Riana.
Sejurus kemudian, hujan turun dengan lebat. Hairul dan Riana terpaksa berteduh di bawah pangkin itu,” Selamat hari jadi”. Hairul yang berada di belakang Riana mengucapkan ulang tahun kepada Riana.
Riana menangguk lalu memberikan senyuman,senyumannya di balas oleh Hairul.Dalam hati Riana, dia teringin sangat ingin mengajukan soalan kepada Hairul apa sebenarnya motif mereka berdua berpisah begitu sahaja. Namun dia yakin bahawa Hairul tidak akan sesekali menjawab pertanyaannya itu.
        “ Aku minta diri dahulu. Selamat tinggal.” Hairul beroleh pergi dari situ meskipun hujan belum reda.
        “ Hairul…” Riana bangkit dari duduknya lalu menyeru nama Hairul daripada belakang.
Meskipun Hairul mendengar namanya diseru oleh Riana namun dia tidak mengendahkannya. Dia segera berlari pergi dari situ, Riana ingin mengejar Hairul namun dia tidak mahu hatinya bersedih. Dia kembali duduk di dalam pangkin itu lalu memandang sawah padi yang kebasahan kerana terkena dengan hujan. Riana tersenyum anggapannya terhadap Hairul memang benar, Hairul turut kebasahan. Begitu juga, dengan sawah padi yang terbentang luas di hadapannya.
Sejurus sahaja, hujan kembali reda. Dia segera beroleh pergi dari situ menuju ke kampusnya kerana sebentar lagi sesi pembelajarannya akan berlangsung.
. . . . .
Riana menunggu kedatangan Zarul di sebuah Restoran berhampiran dengan rumah Zarul. Sejurus kemudian Zarul muncul dan nafasnya masih tercungap – cungap setelah berlari sepantas kilat ke Restoran tersebut.
Zarul duduk berhadapan dengan Riana sebentar kemudian seorang pelayan datang dan memesan makanan yang dipesan oleh mereka berdua. Riana menghulurkan sapu tangan miliknya kepada Zarul untuk mengelap peluhnya yang mengalir.
        “ Maaf. Lambat, traffic jam tadi.” Kata Zarul sambil mengelap peluhnya.
        “ Ya, ada apa awak suruh saya datang sini? Saya nak duduk rumah la sebab esok saya ada ujian. Nanti kalau saya gagal macam mana? Awak nak tanggungjawab saya tak dapat capai cita – cita saya?” Riana mengeluh sambil memeluk tubuh.
        Zarul tergelak mendengar keluhan Riana. Riana hairan melihat telatah Zarul yang pelik itu.” Memang la awak akan jadi tanggungjawab sebentar sahaja lagi.” Riak muka Zarul berubah serius, Riana semakin bingung mendengar kata – kata Hairul.
        “ Apa maksudnya?” Riak muka Riana turut berubah serius.
        “ Riana… sudikah awak menjadi milik saya buat selama – lamanya?” Zarul membuka sebuah kotak kecil yang berisi sebentuk cincin kepada Riana. Semua pelanggan yang hadir turut memandang ke arah mereka.
Riana mengetap bibirnya, hatinya berdegup kencang sebaik sahaja Zarul melamarnya untuk dijadikan isteri.
        “ Terima… terima… terima..” Orang ramai bersorak untuk Riana dan Zarul.
 Zarul setia menanti jawapan daripada Riana. Riana memandang tepat ke arah wajah Zarul yang sedang memegang sebuah kotak kecil berisi cincin berlian.
        Riana mengambil cincin itu lalu mengenakan cincin itu pada jari telunjuknya.Zarul segera bangkit dari duduknya lalu mendakapa Riana dengan erat dan mengucup dahi Riana.” Terima kasih… terima kasih sebab sudi menerima saya apa seadanya.” Zarul begitu gembira kerana Riana menerimanya.
        Riana melepaskan dirinya daripada dakapan Zarul.” Saya tiada kata yang saya terima atau tak terima pun dekat awak. Saya Cuma ambil cincin ni sebab…” Kata – kata Riana terhenti apabila Zarul mendekatkan mukanya ke arah Riana. Mukanya bertukat merah kerana malu.
        “ Sebab… sebab saya terima.” Riana memberikan senyuman yang lebar kepada Zarul.
        “ Masa berlalu begitu pantas adakah keputusan aku ni adalah yang terbaik? Apa yang akan berlaku kepada dia….? Adakah dia juga akan bahagia bersama pilihannya?” Riana bermonolog dalaman mindanya masih memikirkan mengenai Hairul.


Sembilan bulan kemudian. . .
        “ Jadi apa tema perkhawinan kamu berdua? Bila kamu berdua ingin melangsungkan perkhawinan kamu? Di mana kamu berdua ingin melangsungkan pernikahan dan bulan madu kamu berdua?” Puan Melisa ibu kepada Zarul tidak henti – henti mengajukan soalan kepada Zarul yang khusyuk menjamu makan malamnya.
        “ Mama, sabar la. Esok kita akan ke rumah Riana dan bincang mengenai ini semua.” Ujar Zarul lalu meneguk segelas air.
        “ Ya la mama. Macam mama pula yang nak khawin. Esok kan kita akan ke rumah Kakak Riana dan bincang mengenai ini semua.” Karina adik kepada Zarul mencebik melihat telatah ibunya itu.
        “ Maaf… maaf. Mama bukan apa, mama Cuma tak sabar sahaja nak ada seorang cucu.” Puan Melisa tersengih kelat.
Keesokan harinya, kedatangan Zarul dan keluarganya disambut baik oleh Encik Khairi dan Puan Rabiatul. Aisyah dan Erzul turut berada di situ untuk beribincang mengenai perkhawinan Riana dan Zarul.
        “ Kami dah buat keputusan tema perkhawinan kami sederhana sahaja.”  Riana membuat cadangan mengenai tema perkhawinannya. Zarul turut bersetuju.
        “ Ok. Terpulang kepada kamu sahaja. Kami semua akan bersetuju jika itu yang terbaik.” Encik Khairi dan keluarganya menyokong begitu juga dengan keluarga Zarul.
        “ Tarikh perkhawinan kamu berdua, sebaiknya habis sahaja Riana menamatkan pembelajarannya setahun lagi. Sebab nanti, dia tak boleh nak fokus terhadap pelajaran dan rumah tangga.” Puan Melisa memberi cadangan dan cadangannya 100 peratus disokong demi kebaikan mereka.
Beberapa jam kemudian, perbincangan mereka pun selesai. Zarul dan keluarganya meminta diri untuk pulang ke rumah. Riana menghantar mereka sekeluarga sehingga ke pintu luar. Masuk sahaja ke dalam, riak muka Encik Khairi kelihatan berubah.
        “ Riana… ayah minta sangat dengan kamu. Jangan sekali – kali menjemput budak tu di majlis pernikahan kamu! Nanti habis suasana rosak disebabkan dia!” Tiba – tiba sahaja Encik Khairi meninggikan suaranya kepada Riana.
        “ Ayah! Dia tu bukan macam yang ayah sangka la. Dia tu bukan pembawa malang la ayah. Jangan… jangan sesekali menghina dia di depan Riana. Sebab…” Mata Riana mulai berkaca – kaca dengan kata – kata ayahnya yang negative terhadap Hairul.
        “ Sebab apa? Sebab kamu masih cintakan dia ha! Kamu memang buta kan tak Nampak lagi ka apa yang dia dah buat dengan kamu! Dia berpisah dengan kamu, tangan kamu cedera disebabkan dia, kamu kena gantung sekolah sebab bergaduh disebabkan dia, kamu nyaris diperkosa kerana dia!” Tangisan Riana mulai mengalir di pipinya, Puan Rabiatul segera menghampiri Encik Khairi lalu menyuruhnya bertenang.
        “ Saya... tak akan jemput dia! Sebab saya masih… saya masih sayangkan dia.” Sejurus kemudian, Encik Khairi bangkit dari duduknya lalu menampar pipi Riana hingga Riana terduduk. Riana segera bangkit dari duduknya lalu berlari menuju keluar daripada rumah.
Aisyah segera mengejar Riana namun Riana sudah jauh dan lama – kelamaan hilang dari pandangannya. Encik Khairi duduk untuk menenangkan dirinya manakala Puan Rabiatul pula mengambil segelas air dan menghulurkan kepada Encik Khairi. Erzul dan Aisyah duduk berhadapan dengan Encik Khairi dan Puan Rabiatul.
        “ Ayah. Aisyah nak minta maaf jika apa yang Aisyah nak katakan ini membuatkan hati ayah terguris. Ayah, kenapa ayah buat macam tu dekat Riana? Ayah sedar tak yang dia tu anak ayah? Dari kecil ayah selalu lebihkan Aisyah dari dia. Mak juga sama selalu lebihkan Aisyah dari Riana mak terlalu menurut kata ayah. Riana juga mempunyai perasaan atau adakah dia tu anak angkat ayah dan mak ?!” Erzul berbisik kepada Aisyah agar bersabar namun Aisyah tidak mengendahkannya. Mata Aisyah mulai berkaca – kaca memkirkan mengenai adiknya itu.
Sepanjang hampir tiga puluh tahun dia hidup bersama dengan keluarganya, ibu bapanya selalu melebihkan dia daripada adiknya. Puan Rabiatul dan Encik Khairi segera memandang wajah Aisyah. Mereka mulai tersedar dari apa yang mereka lakukan terhadap Riana mereka sentiasa melebihkan Aisyah berbanding dengan Riana.
Riana berlari sehingga ke tempat kegemarannya dia mengesat air matanya. Sampai sahaja di sana, dia kaget apabila melihat Aril sedang mengambil foto sawah padi yang terbentang luas di hadapan.
        “ Aril? Kau pun tahu tempat ini?” Riana mengajukan soalan kepada Aril lalu duduk di atas pangkin itu.
        “ Ya, aku pun baru sahaja tahu mengenai tempat ini. Hairul yang bagi tahu aku sebab dia minta tolong aku ambil gambar – gambar pemandangan sawah padi dan persekitaran sini.” Aril menjawab tangannya khusyuk mengambil gambar persekitaran tempat itu.
        “ Baru kali ini, aku dengar Hairul minta bantuan orang untuk mengambil gambar. Biasanya dia selalu menolak jika ada seseorang ingin membantunya mengambil gambar.” Riana tersenyum.
Aril mencuri untuk megambil gambar Riana tanpa pengetahuan gadis itu.
        “ Dia… dia mungkin dah tak boleh datang dekat tempat ni. Sebab tu, dia minta aku tolong dia ambil gambar persekitaran tempat kegemaran dia ni. Aku dengar kau nak khawin dah kan? Bila tarikhnya?” Aril duduk bersebelahan dengan Riana lalu mengajukan pertanyaan kepadanya.
        Riana tersedar daripada lamunannya sebaik sahaja mendengar apa yang diperkatakan oleh Aril sebentar tadi bahawa Hairul mungkin tidak akan dapat pergi ke tempat ini.” Setahun lagi. Lama lagi tu, um… Aril apa maksudnya yang Hairul tidak boleh datang ke tempat ni?” Riana memperlahankan nada suaranya.
        Aril menggeleng kepalanya lalu bangkit dari duduknya.” Suatu hari nanti aku yakin kau akan menemui kebenaran di sebalik semua ini.” Aril sempat berkata sesuatu kepada Riana lalu beroleh pergi meninggalkan pelbagai persoalan dalam mindanya.
Riana tergamam mendengar apa yang diperkatakan oleh Aril sebentar tadi. Dia mengeluh dan mengeluarkan telefon bimbitnya, hatinya tergerak untuk pergi ke ruang gambar. Dia tersenyum melihat fotonya bersama dengan Zarul dan ada juga sesetengahnya bersama dengan kawan dan keluarganya. Tiba – tiba sahaja di sebalik semua itu ada sebuah gambar yang membuatkan senyumannya hilang begitu sahaja.
Dia baru tersedar bahawa gambarnya bersama dengan Hairul empat tahun yang lalu masih tersimpan di dalam galeri fotonya dia segera menekan butang untuk memadam foto itu. Tujuannya tidak terhasrat setelah Zarul menghubunginya dia segera menjawab panggilan itu.
Riana memberitahu Zarul bahawa dia berada di situ. Dia enggan untuk pulang ke rumahnya, sejurus kemudian Zarul muncul di hadapannya lalu duduk bersebelahan dengan Riana.
        “ Sebab ini rupanya awak kata dia tu ibarat sawah padi yang terbentang luas sebab tenang sahaja sawah padi yang terbentang luas di hadapan kita ni.” Zarul mengeluh matanya liar melihat pemandangan sawah yang terbentang luas di hadapan.
Riana hanya mengangguk.” Awak tahu tak dahulu, lepas sahaja kami balik sekolah kami selalu lepak sini. Banyak la kenangan saya dan dia di sini.Huh… maaf saya sentiasa ceritakan mengenai dia dekat awak.” Riana menceritakan mengenai Hairul kepada Zarul.
“ Tidak mengapa. Awak… menyesal tak dengan keputusan ini?” Zarul mengajukan soalan kepada Riana sambil menatap wajah gadis itu.
Riana menggeleng.” Tidak, sebab saya tahu awak dan dia tak sama. Awak lagi matang dari dia. Saya akan terima awak seadanya dan saya janji saya akan sentiasa berada di sisi awak.” Ujar Riana sambil memejamkan matanya dan membukanya semula lalu tersenyum.
Bab 19
Segala persiapan majlis pernikahan Riana dan Zarul hampir tersedia semuanya. Hanya tinggal pakaian pengantin, katering serta kad jemputan sahaja lagi belum tersedia.
Pulang sahaja dari universitinya Riana menunggu Hairul di sebuah stesen bas yang sunyi. Di belakang stesen bas tersebut kelihatan sebuah semak tiba – tiba sahaja Riana terdengar suara jeritan seorang perempuan meminta tolong di sebalik semak itu.
Dia segera bangkit dari duduknya lalu memberanikan dirinya masuk di sebalik semak itu. Langkahnya terhenti apabila seseorang menyergahnya daripada belakang.Dia mengetap bibirnya lalu perlahan – lahan menoleh ke belakang.” Zarul! Huh… awak ni selalu buat saya terkejut. Kalau saya sakit jantung nanti macam mana?” Riana mencebik.
“ Riana, kalau awak sakit jantung kan saya ada. Tidak lama lagi kan saya akan menjadi seorang doktor.” Zarul mengusap kepala Riana, Riana melepaskan dirinya daripada tangan Zarul.
Sejurus kemudian, jeritan itu bertambah kuat. Zarul dan Riana saling berpandangan.” Saya rasa kita harus tolong orang tu, dia dalam kesusahan tu.” Riana memberi cadangan.
“ Baiklah. Tapi sebelum tu kita kena hubungi pihak polis dahulu, nanti kalau ada apa – apa yang terjadi mereka akan segera membentu kita.” Zarul mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghubungi pihak polis.
Sejurus kemudian, mereka berdua segera masuk ke dalam semak itu. Jeritan itu bertambah kuat sehingga kelihatan tiga orang lelaki sedang membuat sesuatu kepada seorang gadis. “ Ri…Rika!” Riana kaget. Zarul segera menyerang orang yang telah memperkosa Rika. Riana buntu apa yang harus dilakukannya kerana Rika, sehingga sekarang Encik Khairi masih tidak menyukai Hairul.
Riana hanya tercegat berdiri di hadapan Zarul yang sedang memukul sekumpulan samseng manakala kelihatan nafas Rika tercungap – cungap. Salah satu daripada samseng itu mengeluarkan sebilah pisau dan menghunus ke arah Zarul. Zarul berjaya menyelamatkan dirinya. Lamunan Riana terhenti dia segera membantu Rika yang terbaring kaku, perlahan – lahan Riana membangunkan Rika yang hampir pengsan itu.
“ Lepaskan aku! Tolong !” Rika seperti histeria apabila Riana memegang tangannya. “ Rika, Rika ini aku Riana. Jangan takut aku ada bersama dengan Rika.” Riana menenangkan hati Rika yang ketakutan itu.
Sejurus kemudian, sepasukan polis datang lalu menangkap samseng yang telah memperkosa Rika. Tangan Zarul tercedera apabila samseng tersebut sempat menghunus pisaunya ke arah Zarul.
Mereka bertiga beroleh pergi dari situ dan masuk ke dalam kereta Zarul. Riana duduk di bahagian belakang menemani Rika yang masih dalam trauma itu. Zarul segera merawat pergelangan tangannya yang tercedera itu.” Ini semua balasan untuk aku sebab dahulu aku selalu menganiaya kau. Mesti kau bencikan aku.” Rika menundukkan wajahnya kerana malu. Dia malu dengan Riana yang dulu sentiasa dianiayainya kerana ingin merebut Hairul semula, telah membantunya.
Riana memeluk Rika dan tersenyum.” Rika, aku tak pernah membenci kau Cuma aku trauma sahaja apabila aku lihat wajah kau.” Rika memeluk Riana dengan erat dan mengucapkan terima kasih kepadanya. Riana mengajukan soalan kepada Rika mengenai alamat rumahnya, Rika memberi alamatnya kepada Riana.
Setelah beberapa minit berada di dalam kereta, akhirnya Rika tertidur. Riana memegang tangan Zarul yang tercedera lalu membantunya merawat lukanya yang dalam itu.
        “ Nah dah siap!” Selesai sahaja Riana membalut luka Zarul Riana memberikan senyuman yang lebar kepada Zarul, Zarul membalasnya dan menepuk – nepuk kepala Riana dengan perlahan.
        “ Wah pandainya awak buat. Baik awak jadi seorang jururawat berbanding dengan lawyer.” Zarul memuji Riana.
        “ Masa tingkatan 4 dahulu kan saya ada belajar sains sukan. Cikgu ada ajar macam mana nak rawat tangan orang yang tercedera sebab tu saya pandai. Suka hati la mahu jadi seorang jururawat atau peguam.” Riana kembali bersandar di tempat duduknya.
Zarul hanya menggeleng kepala melihat telatah Riana. Sejurus kemudian, mereka menuju ke rumah Rika yang terletak jauh dari situ. Mereka berdua hanya berdiam diri sesekali Riana mengalihkan pandangannya ke wajah Rika yang sedang tidur nyenyak di sebelahnya. Dia berasa pelik, wajah Rika mempunyai persamaan dengan Hairul tapi tidak diendahkannya sehinggalah Rika terjaga dari tidurnya.
Sampai sahaja ke rumah Rika, Riana dan Zarul turun daripada kereta milik Zarul lalu mengetuk pintu rumahnya. Riana kaget apabila lelaki yang membuka pintu tersebut ialah Encik Fariz juga ayah kepada Hairul. Encik Fariz turut kaget melihat Riana bersama dengan Rika. Sejurus kemudian, muncul seorang wanita dalam 40 an menjemput mereka masuk ke dalam. Pada mulanya Riana menolak namun setelah dipaksa oleh Encik Fariz akhirnya mereka pun mengalah dan masuk ke dalam rumah.
        Riana mewakili Rika untuk menceritakan kepada ayahnya itu apa yang telah terjadi. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibir kedua orang tua Rika, Rika meminta maaf kepada ibu bapanya sambil menangis teresak – esak. Encik Fariz dan Puan Anita memaafkan anak mereka lalu menyuruh Rika masuk ke dalam biliknya. “ Encik, maksudnya semua ni… Rika dan Hairul tu adik beradik tiri?” Riana mengetap bibirnya lalu meminta kepastian daripada Encik Fariz.
        “ Ya. Rika dan Hairul adik beradik tiri…” Encik Fariz memberhentikan kata – katanya.
        “ Kalau boleh makcik tahu, di mana Hairul dan keluarganya? Makcik… makcik ingin memohon maaf kepada mereka kerana… kerana makcik telah merampas ayah dia daripada mereka sekeluarga.” Puan Anita kesal dengan perbuatannya dahulu.
        “ Ya, Riana… pakcik juga sama. Setelah mendengar apa yang kamu katakana dua tiga tahun yang lalu pakcik menyesal sangat dengan perbuatan pakcik.” Encik Fariz turut kesal dengan perbuatannya.
Riana menulis alamat rumah Hairul dalam sehelai kertas lalu menghulurkan kepada Encik Fariz. Encik Fariz mengucapkan ribuan terima kasih kepada Riana. Riana memberikan senyuman kepada Encik Fariz lalu menikmati hidangan yang disediakan di hadapan mereka.
Mereka berdua meminta diri untuk pulang. Rika segera menghampiri Riana dan meminta maaf dengan apa yang dilakukan kepada Riana beberapa tahun yang lalu. Riana mengangguk lalu memberikan senyuman kepada Rika, Rika membalasnya.
. . . . .
Setahun Kemudian…
        “ Riana, makcik harap kamu dapat jaga cincin ini seperti kamu jaga nyawa kamu sendiri. Ini arwah ayah Zarul yang bagi dekat makcik, terima kasih sudi menerima anak makcik menjadi suami kamu.” Puan Melisa menyarungkan sebentuk cincin di jari manis Riana.
        “ Ya makcik saya janji akan jaga cincin ini. Um, terima kasih juga sudi merstui hubungan kami.” Ujar Riana lalu memberikan senyuman kepada Puan Melisa.
        “ Karina beruntung sangat akan dapat kakak ipar yang cantik dan baik hati macam kak Riana.” Karina memeluk Riana, Riana berasa amat gembira dengan bakal keluarga baharunya itu.
        “ Ok. Sudah orang nak ambil hak orang balik.” Zarul menyakat Puan Melisa dan Karina. Riana bangkit dari sofa yang diletakkan di ruang tamu lalu beroleh pergi.
Riana dan Zarul menuju ke sebuah butik untuk mencari baju pekhawinan mereka. Riana mencadangkan baju pernikahan mereka berwarna putih yang dicampurkan dengan biru aqua. Zarul hanya bersetuju dengan cadangan Riana, sejurus kemudian seorang pereka fesyen baju pengantin menghulurkan sepasang baju perkhawinan kepada mereka.
Riana mengenakan baju perkhawinan itu di bilik persalinan. Sejurus kemudian,Riana keluar daripada bilik persalinannya dan menunjukkan kea rah Zarul. Zarul terpegun melihat kejelitaan Riana, Riana tersenyum.
        “ Cantik. Cepatlah majlis perkhawinan kita berlangsung saya dah tak sabar nak jadikan awak tanggungjawab saya.” Zarul menghampiri Riana lalu mengusap kepalanya.
Sejurus kemudian, setelah siap memesan baju pernikahan. Mereka ke sebuah kedai yang membuat kad jemputan perkhawinan. Kali itu, Zarul pula yang memberi cadangan dan Riana hanya bersetuju. Beberapa jam kemudian, mereka pun beroleh pergi dari situ. Zarul menghantar Riana ke rumahnya.
        “ Tak lama lagi, anak mak yang sorang ni pun jadi tanggungjawab orang. Tinggal la mak dengan ayah dekat rumah ni tanpa anak di sisi.” Malam itu, Puan Rabiatul mengeluh kerana sebentar lagi Riana turut keluar daripada rumahnya selepas bernikah.
        “ Ala mak nya… bukannya Riana pergi jauh pun. Dia ikut suami dia, cuti nanti dia datang la rumah kita betul tak Riana.” Jawab Encik Khairi sambil membaca surat khabar.
        Riana yang sedang mengait benang tergelak kecil mendengar luahan ibunya.” Ya, betul tu ayah. Cuti nanti Riana balikla ke rumah, mak jangan lah risau. Bukankah mak dah kenal lama sangat dengan Zarul tu.” Riana meyakinkan ibunya bahawa dia baik – baik sahaja.
Keesokan harinya, seawal jam Sembilan pagi lagi Riana menuju ke tempat kegemarannya. Sekali lagi dia terserempak dengan Aril yang sedang sibuk mengambil beberapa gambar.
        “ Hai Riana.” Aril mengambil gambar sambil memberi ucapan selamat kepada Riana yang duduk di pangkin.
        “ Hai juga. Aril, apasal kau selalu ambil gambar ni semua? Bukankah kau minat muzik takkan la kau dah tukar minat kau?” Riana mengajukan soalan kepada Aril.
        “ Bukankah aku pernah bagi tahu kau yang Hairul minta aku tolong dia ambil semua gambar – gambar ni? Riana… dia…” Riana setia menunggu jawapan yang akan keluar daripada mulut Aril mengenai Hairul.
        “ Dia sibuk… aah dia sibuk denga lukisan dia. Sebab tu, dia minta aku tolong dia buatkan dia assigment untuk ambil semua foto – foto ni la. Um, macam tu la tiada kena mengena dengan aku pun. Kebetulan aku ada masa aku tolong la dia.” Aril menyatakan sebab Hairul meminta bantuannya.
Riana mengeluh lalu melihat langit biru. Sekali lagi Aril mencuri mengambil gambar Riana. Sejurus kemudian, Aril meminta diri kepada Riana. Riana hanya mengangguk lalu menghempaskan tubuhnya di atas pangkin itu.
        “ Dahulu Aril pernah berkata dekat aku, aku pasti menemui kebenaran di sebalik semua ini. Apa maksudnya?” Riana merungut bersendirian. Dia mencapai telefon bimbit yang berada di poketnya lalu menghubungi Kayla. Dia rindu akan sahabatnya itu hampir sebulan mereka tidak berhubungan.
        “ Ok. Aku pergi rumah kau dalam 20 minit begitu. Bye.” Jawab Kayla setelah Riana menyatakan hasaratnya untuk menemui rakannya itu.
Dia bangkit dari baringnya lalu pulang ke rumah. Hari itu, Encik Khairi dan Puan Rabiatul tidak berada di rumah kerana mereka ingin ke rumah Aisyah. Tinggalah Riana bersendirian di rumah teres dua tingkat itu kerana dia ingin mengambil ujian untuk konvokesyen yang akan diadakan dalam dua tiga hari lagi.
        “ Ada apa kau nak jumpa aku ni?” Kayla duduk di atas katil Riana. Manakala Riana hanya memandang keluar tingkap melihat orang yang lalu – lalang.
        “ Saja, aku rindu dekat kau la dekat Laila juga. Aku mesti habiskan keseronokan aku di zaman remaja aku ni. Sebentar lagi aku akan jadi isteri orang dah tak boleh lepak macam ni.” Riana menghampiri Kayla lalu mendakap rakannya itu dengan erat.
        “ Oh, aku sangka kan apa. Aku pun rindu dekat kau dan Laila la, kan bagus kalau dia pun ada dekat sini sekarang ni. Kalau kau dah jadi isteri orang kita dah tak boleh lepak lama – lama macam ni.” Kayla merungut sambil memeluk Riana.
Riana mengangguk lalu melepaskan Kayla daripada dakapannya.”Semuanya dah disiapkan hanya tinggal menunggu aku konvokesyen lepas tu selang beberapa bulan kemudian, majlis perkhawinan aku akan berlangsung.” Riana bangkit dari duduknya lalu menuju ke arah tingkap. Dia tersenyum lalu memandang langit.
Dua hari kemudian, Riana mengambil ujian terakhirnya sebelum dia mengambil konvokesyen. Dia berusaha bersungguh – sungguh untuk menjawab soalan yang kebanyakannya mengenai undang – undang. Dia harus lulus dalam ujian terakhirnya itu agar cita – citanya untuk menjadi seorang peguam akan segera tercapai.
Sejurus kemudian, Zarul mengambil Riana daripada kampusnya dan menuju ke sebuah perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran. Meskipun sudah setahun dua tahun yang lalu Zarul menghabiskan kuliahnya namun dia ingin menemani Riana mengulang kaji pelajarannya untuk ujian yang akan dihadapinya esok dan seterusnya.
        Zarul setia menanti Riana menyelesaikan ulang kajinya. Sesekali Zarul menyakat Riana yang kelihatan serius mengulang kaji pelajaran.           ” Yang ni betul, betul, betul, semua betul ada satu sahaja kesalahan.” Zarul memeriksa buku latihan Riana, meskipun dia bukan dalam bidang undang – undang namun ibunya pernah menjadi seorang peguam suatu ketika dahulu.
        “ Pandai. Sudah la cantik, perangai yang baik pandai pula tu.” Zarul memuji Riana secara berlebihan sambil mengusap kepalanya. Riana tersenyum mukanya kelihatan merah kerana menerima pujian yang berlebihan.
Senyuman Riana hilang apabila dia melihat kelibat seseorang yang seperti memerhatikan dia bersama dengan Zarul. Lamunan Riana terhenti apabila Zarul memetik – metik jarinya di hadapan Riana.
        “ Kenapa dengan Riana? Tak sihat?” Zarul mengajukan soalan kepada Riana yang pucat itu.
        Riana menggelengkan kepalanya lalu bangkit dari duduknya dan menyusun barang – barangnya.” Jom kita balik, saya dah siap ulang kaji.” Riana mengajak Zarul untuk pulang dan memulakan langkahnya beroleh pergi dari situ.
        Zarul mempercepatkan langkahnya kea rah Riana yang sudah jauh meninggalkannya yang masih tercegat duduk.” Riana, tunggulah.” Zarul memberikan sebatang lollipop kepada Riana dan Riana menerimanya.
        “ Kalau kita khawin nanti, dalam rumah kita mesti banyak lollipop ok.” Riana membuka bungkusan lollipop itu lalu menikmati keenakan lollipop berperisa vanilla yang berada di tangannya.
Zarul tergelak dengan kenyataan Riana. Riana turut tergelak dengan kata – katanya yang mengarut itu. Sejurus kemudian, Zarul menggerakkan keretanya dan beroleh pergi dari situ.
        “ Riana lulus!” Riana segera memeluk ibunya yang sedang menantinya di kantin kampus. Dua minggu kemudian, Riana mendapat tahu bahawa ujiannya lulus dan berjaya mengambil konvokesyen.
        “ Alhamdulillah. Akhirnya kamu dah lulus, mak dan ayah tak payah risau dengan masa depan kamu lagi. Lepas ni, kita hanya tunggu tawaran bekerja kamu sahaja.” Encik Khairi bersyukur dan bangga dengan anaknya itu.
Manakala Kayla, Aril serta Laila turut lulus dalam ujian akhir mereka. Laila pulang ke Malaysia apabila dia baru sahaja menyelesaikan pengajiannya di luar Negara. Dia hanya perlu menunggu setahun lagi untuk Nazrul menyelesaikan kuliahnya dalam bidang perubatan. Laila setia menanti Nazrul untuk pulang semula ke Malaysia.
Seminggu kemudian Riana pergi ke konvokesyen untuk mengambil ijazahnya. Setelah beberapa jam berada di dalam dewan, akhirnya Riana sekeluarga pulang ke rumah. Di dalam rumahnya Riana disambut baik oleh Aisyah dan Erzul. Riana tersenyum lebar melihat keluarganya yang bahagia.
        “ Lepas ni, hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi kita melangsungkan perkhawinan kita. Riana, saya dah capai cita – cita saya. Saya dah dapat tawaran bekerja di sebuah Hospital, saya akan menjadi seorang doctor!” Hari itu, Zarul dan Riana ke sebuah Restoran untuk menyambut kejayaan Riana itu. Zarul menghulurkan sehelai kertas yang bertajuk besar tawaran bekerja. Riana memberikan senyuman yang lebar kepada Zarul.
        “ Tahniah awak! Setelah dua tahun awak menanti saat ini akhirnya rezeki awak telah tiba.” Riana megucapkan tahniah kepada Zarul, Zarul mengucapkan terima kasih kepada Riana.
Sejurus kemudian, Zarul menghantar Riana pulang ke rumahnya. Lalu beroleh pergi dari situ. Hati Riana berasa tenang sebaik sahaja dia mencapai cita – citanya. Dia hanya perlu menunggu tawaran untuk bekerja.




Bab 20
Lapan Bulan Kemudian . . .
Pejam celik, pejam celik hari yang ditunggu – tunggu oleh Riana dan Zarul akhirnya akan berlangsung pada hari itu. Tepat pada hari jadi Riana, pelbagai kejadian yang berlaku pada tarikh lahir Riana. Aisyah yang pakar dalam mendandan khusyuk memberi solekan ke arah wajah adiknya itu. Sesekali Riana menghembus dan menarik nafasnya dia turut mengetap bibirnya.
        “ Kenapa ni Riana? Nervous ka?” Aisyah sempat menyakat Riana yang kelihatan gusar itu.
        “ Ya, nervous la akak. Tapi, semua kejadian sentiasa berlaku tepat pada tarikh lahir Riana. Kejadian pahit dan manis semuanya berlaku ketika tarikh lahir Riana.” Riana menyatakan apa yang tersimpan dalam hatinya.
        “ Pasti disebalik semua itu terdapat hikmahnya. Tapi seronoklah kamu tepat pada hari jadi kamu juga pernikahan kamu berlangsung. Sedar tak sedar kamu dah berusia 21 tahun sebentar lagi akan jadi mak budak. Tapi, kakak dulu pun nervous juga kalau boleh kakak nak putar masa balik. Kakak nak kembali ke zaman kanak – kanak kakak.” Riana tergelak mendengar kata – kata Aisyah.
Sejurus kemudian, dandanan Riana telah pun siap perlahan – lahan dia bangkit dari duduknya lalu turun ke bawah. Kelihatan Zarul duduk berhadapan dengan Encik Khairi selaku wali kepada Riana. Muka Zarul kelihatan berkerut dia turut gusar dengan apa yang akan berlaku sebentar lagi.
Sebaik sahaja Riana turun ke bawah, Zarul tergumam melihat keayuan yang terserlah dalam wajah Riana. Riana duduk di bahagian belakang Puan Rabiatul dan Puan Melisa duduk di sisi Riana. Hanya Laila sahaja yang kelihatan manakala Kayla dan Aril belum lagi berada di situ.
        Beberapa minit kemudian, Encik Khairi memberi isyarat kepada Zarul untuk bersedia. Zarul mengangguk lalu menarik dan menghembuskan nafasnya.” Aku nikahkan dikau dengan anak aku Nur Riana Zafirah binti Mohd Khairi dengan mas khawinnya sebanyak RM 10,0000 tunai.” Zarul menghulurkan tangannya kepada Encik Khairi lalu Encik Khairi memulakan akad nikahnya.
Riana mengimbas kembali saat dia bersama dengan Hairul, jika mereka berdua tidak berpisah mereka juga akan melangsungkan pernikahan mereka pada tahun hadapan. Kerana itu janji Hairul kepada Riana dia ingin menghawini Riana sebaik sahaja mereka menginjak ke usia 22 tahun.
        “ Aku terima nikahnya Nur Riana…” Akad nikah Zarul tidak dapat disambungkan lagi setelah Kayla dan Aril yang tiba – tiba sahaja menyuruh mereka berhenti. Semua hadirin tertumpu kea rah Aril dan Kayla yang tercungap – cungap di luar rumah Riana.
        “ Berhenti! Riana ikut kami, kau mesti mengetahui kebenaran ini atau kau akan menyesal seumur hidup.” Kayla segera menarik tangan Riana, para hadirin saling berpandangan dengan kejadian itu. Encik Khairi dan Zarul saling bertatapan menimbulkan pelbagai persoalan dalam minda mereka.
Kayla menarik tangan Riana sehingga ke luar rumah. Riana melepaskan tangannya dengan kasar daripada Kayla. Riana merenung mata Kayla dengan dalam sehingga Kayla menundukkan wajahnya.
        “ Apa semua ni Kayla! Bukan kah kau tu sahabat aku? Kenapa kau hancurkan segalanya apa lagi yang kau nak dari aku ha?” Riana meninggikan suaranya kepada Kayla.
        “ Riana! Kau harus tahu hal ni, kau harus tahu kebenaran di sebalik semua ni.” Kayla mengangkat wajahnya lalu memegang tangan Riana.
Riana memejamkan matanya dan membukanya semula. Dia menengkan dirinya. Lalu menanti apa yang akan dikatakan oleh Aril dan Kayla.
        “ Ini… berkenaan dengan Hairul. Kita tidak akan dapat berjumpa dengan dia lagi buat selama – lamanya. Dia akan meninggal sebentar lagi Riana jangka hayatnya tidak panjang. Dia sentiasa menanti kehadiran kau…” Kata – kata Kayla terhenti setelah Riana memotong perbicaraannya.
        “ Apa maksud kau?” Riana dan Kayla saling bertatapan.
        “ Hairul… dia menghidap kanser, leukemia jenis akut.” Kayla tidak dapat meneruskan perbicaraannya tangisannya mulai mengalir.
        “ Tak… tak mungkin ianya boleh berlaku kepada Hairul! Jangan bergurau mengenai ini semua!” Riana meninggikan suaranya kepada Kayla dan Aril.
        “ Riana, Kayla juga baru mengetahui hal ini. Dia terserempak dengan Hairul kemarin dia tidak dapat menyimpan lagi rahsia ini. Kami tidak bergurau Riana ianya betul – betul terjadi kepada Hairul.” Aril membela Kayla yang menangis teresak – esak itu.
        “ Dia sedang berjuang bersendirian melawan kansernya. Hampir setiap malam dia berpeluh dan demam. Dia hanya dapat menyebut nama Riana sahaja, aku dah tak tahan lagi tengok penderitaannya.” Aril mengetap bibirnya.
        “ Sejak bila dia menghidap penyakit ini?” Riana mengajukan soalan kepada Aril yang sedang membelakangkan badannya.
        “ Sejak kita berada di tingkatan lima. Lima tahun yang lalu, dia berjuang melawan penyakitnya lima tahun berturut – turut.” Aril menundukkan wajahnya. Sejurus kemudian, mereka berdua beroleh pergi dari situ meninggalkan Riana yang berdiri kaku.
Riana mengimbas kembali saat Hairul memutuskan hubungan mereka berdua.Riana terduduk dia tidak dapat mengeluarkan kesedihannya, air matanya tidak dapat keluar daripada matanya. Zarul yang mencuri dengar kata – kata mereka bertiga segera mendekati Riana yang terduduk kaku.
        “ Zarul… apa yang harus saya lakukan? Adakah saya begitu kejam kerana tidak mengetahui hal ini dan hanya mementingkan diri saya sahaja? Awak… saya buntu. Dia sedang berjuang melawan penyakitnya dan sentiasa menunggu saya namun saya sedang berseronok di belakangnya.” Zarul memeluk Riana daripada belakang matanya mulai berkaca – kaca menahan air matanya.
        “ Zarul! Cakap sesuatu, cakap la mengenai zaman kanak – kanak kita, tentang masa hadapan kita, berikan jenaka kepada saya. Kenapa awak diam… “ Sejurus kemudian, Riana menundukkan wajahnya air matanya mulai mengalir di pipinya.
Di dalam rumah Riana, para hadirin mulai berang kerana majlis pernikahan mereka tiba – tiba sahaja dibatalkan. Aisyah dan Erzul segera keluar daripada rumah untuk melihat apa yang terjadi.
        Zarul tersenyum sinis lalu melepaskan Riana daripada dakapannya.   ” Pergilah. Saya lepaskan awak, saya tahu awak masih cintakan dia. Buat apa saya melarang awak untuk kembali bersama dia semula? Saya cintakan awak lebih dari nyawa saya sendiri hulurkan tangan awak.” Zarul menangkat muka Riana yang tunduk itu lalu menyuruhnya untuk pergi menemui Hairul
        Riana menghulurkan tangannya kepada Zarul. Zarul memberikan senyuman kepada Riana lalu membuka cincin yang disarungkan oleh Puan Melisa tempoh hari.” Nah, cepatlah pergi. Kalau dia buat sesuatu yang menyakitkan hati awak tahu la saya apa yang saya akan lakukan. Saya akan mencuri hati awak jika dia tidak menghargai awak.” Riana dan Zarul bangkit dari duduk mereka lalu Zarul menutuh Riana untuk segera pergi dari situ.
Aisyah menghampiri Riana lalu memberikan senyuman kepada Riana.” Jika ini yang terbaik untuk Riana buatlah. Kakak tak mahu Riana akan menyesal seumur hidup.” Aisyah memberikan kata semangat kepada adiknya itu.
“ Pergilah, saya tak nak menangis depan awak. Saya mesti tunjukkan teladan yang baik kepada awak.” Zarul memusingkan badan Riana ke hadapan lalu Riana memberikan senyuman kepada Zarul dan beroleh pergi dari situ.
Para hadirin yang berang segera keluar daripada rumah Riana. Encik Khairi, Puan Rabiatul dan Puan Melisa tergamam melihat kelakuan Zarul terhadap Riana sebentar tadi. Tiada apa yang mereka dapat lakukan, mereka hanya berdiam diri dan tidak ingin masuk campur hal anak – anak mereka.
Zarul turut beroleh pergi dari situ dan membaawa keretanya dan tidak tahu hala tujunya. Laila minta diri untuk pulang ke rumahnya dia bingung melihat kejadian itu. Karina menemani ibunya yang terdiam kaku seribu bahasa.
. . . . .
Sampai sahaja di Hospital Seri Melati, tempat di mana Hairul diletakkan. Riana berjalan dengan perlahan menuju ke bilik yang ditempatkan oleh Hairul seperti yang dikatakan oleh Kayla. Kelihatan semua orang awam yang berada di situ tertumpu ke arah Riana yang lengkap berpakaian pengantin.
        “ Ini… adakah ini realiti?” Mata Riana berkaca – kaca apabila tertera nama Hairul di luar bilik itu. Tangannya teragak – agak untuk membuka tombol pintu bilik tersebut.
        Riana menarik dan mengembuskan nafasnya, dia mengetap bibirnya lalu masuk ke dalam bilik Hairul.” Mana gambar yang aku suruh kau ambil tu?” Hairul kaget apabila melihat Riana di hadapannya, dia menyangka bahawa Aril yang datang menjenguknya.
        “ Bodoh! Kenapa Hairul tidak memberitahu hal yang sebenarnya kepada Riana?! Pentingkan diri sendiri! Jadi… jadi sebab ini kita berpisah?! Dan Hairul… Hairul masih menggunakan cincin itu…” Air mata Riana mulai mengalir di pipinya. Dia menangis teresak – esak lalu meninggikan suaranya kepada Hairul.
Hairul menutup cincin yang berada di jarinya, cincin yang menandakan hubungan mereka berdua.” Aku tidak akan bagi tahu kau sebab aku tahu kau akan sentiasa berada dalam keadaan ketakutan, kerisauan. Terima kasih Riana, terima kasih sedarkan ayah aku. Terima kasih juga kerana sudi datang menjenguk aku.” Perlahan – lahan Hairul bangkit dari baringnya lalu berterima kasih kepada Riana. Dia turut melemparkan senyuman kepada Riana.
Riana mengetap bibirnya lalu mengesat air matanya.” Kembali semula kepada suami kau. Kembali semula kepada dia, dia lebih baik dari aku. Dia mempunyai masa hadapan yang cerah berbanding aku. Riana… aku telah banyak membuat kau menderita, kadangkala pelajaran kau turut terganggu disebabkan aku. Aku harap kau akan bahagia… Pulanglah Riana, tahniah atas perkhawinan kau. Selamat hari jadi!” Hairul memberikan senyuman kepada Riana, wajahnya kelihatan begitu pucat.
“  Hairul… hari ni… Hairul masih mengingati hari jadi Riana dan itu bermaksud Hairul masih mencintai Riana kenapa Hairul harus korbankan perasaan Hairul demi melihat kebahagiaan Riana? … Riana tak jadi khawin dengan dia sebab… sebab Riana memilih Hairul bukannya dia. Riana ingin kita berdua hidup bahagia bersama – sama seperti yang Hairul impikan suatu ketika dahulu…” Kata – kata Riana terputus apabila Hairul memotong perbicaraannya.
“ Riana, jangka hayat aku tidak panjang. Aku tidak dapat memberikan kebahagiaan kepada kau. Aku sakit Riana… aku tidak dapat hidup normal seperti orang lain. Kau akan mengalami kesengsaraan jika kau bersama dengan aku dan…” Mata Hairul mulai berkaca – kaca, Riana memotong perbicaraannya. “ Riana… Riana akan sentiasa mencintai Hairul.” Riana segera memeluk Hairul, Hairul mengetap bibirnya air matanya mulai mengalir di pipinya. Hairul turut membalas dakapan Riana, Riana tersenyum mereka berdua menangis teresak – esak.
Keesokan harinya, Riana mengambil sebuah kotak besar yang berada di atas almarinya lalu mengeluarkan sebuah kotak kecil. Dia tersenyum sambil melihat isi kotak kecil itu, kelihatan sebentuk cincin dan seutas rantai yang pernah diberi oleh Hairul kepadanya lima tahun yang lalu.Riana mengenakan cincin dan rantai itu lalu beroleh pergi ke hospital.
        “ Terima kasih, Riana. Disebabkan kamu Hairul kembali ceria, kamu dah memberi impian dia. Dia dah jumpa ayah dia, cita – citanya sebagai seorang fotografer semakin mara ke hadapan dan… kamu sudi menerima dia semula meskipun dia sudah dalam keadaan yang lemah.” Sampai sahaja di hospital, Puan Umairah mengucapkan terima kasih kepada Riana ditambahkan oleh Miza.
Riana yang sedang khusyuk mengait topi beanie (Digunakan oleh pesakit kanser untuk menutup rambut mereka kerana keguguran akibat kemoterapi) untuk Hairul mengangguk lalu memberikan senyuman kepada Puan Umairah dan Miza.
        “ Kami berdua minta diri dahulu. Kalau ada apa – apa telefon kami Riana.” Miza dan Puan Umairah meminta diri untuk pulang ke rumah meninggalkan Riana dan Hairul.
Hairul khusyuk melukis sebuah lukisan, sesekali Riana menoleh kea rah Hairul dan Hairul segera menutup lukisannya itu. Riana bangkit dari duduknya lalu ingin mencapai lukisan Hairul, Hairul berjaya menyelamatkan lukisannya itu.
Riana mencebik lalu ingin keluar daripada bilik Hairul.” Ok, tak mahu bagi tengok tidak apa. Riana nak keluar sekejap, Riana lapar la. Hairul tunggu sini sekejap ok.” Riana menggenggam tangan Hairul lalu beroleh pergi dari situ. Hairul hanya mengangguk kerana dia sedang fokus untuk menyiapkan lukisannya.
Hairul bangkit dari katilnya untuk mengambil minuman yang berada di atas meja. Tiba – tiba sahaja kepalanya terasa begitu berat, air yang berada di tangannya terjatuh daripada pegangannya dan tumpah membasahi lantai.
        Beberapa minit kemudian, Riana kembali semula ke bilik Hairul. Riana kaget apabila melihat Hairul yang pengsan di sisi sebuah katil. Dia segera meletakkan makanan yang berada di tangannya di atas meja lalu meletakkan kepala Hairul di pahanya.” Hairul… Hairul. Doktor ada kecemasan doktor tolong segera masuk ke bilik Melati.” Riana menggerak – gerakkan badan Hairul dan menyeru namanya beberpa kali. Riana menghubungi doktor menggunakan telefon hospital yang berada di atas sebuah meja.
Sejurus kemudian, Puan Umairah dan Miza sampai ke hospital. Kelihatan Riana sedang menanti doktor keluar daripada bilik Hairul. Riak muka Riana kelihatan begitu serius, dia bermain – main dengan kuku di tangan kirinya. Puan Umairah dan Miza segera duduk bersebelahan dengan Riana, Riana ingin menahan air matanya keluar daripada pipinya. Dia tidak mahu melihat Hairul rasa bersalah dengan kesedihannya itu.
        “ Riana… bersabarlah. Kakak yakin dia akan baik – baik sahaja, dia sanggup melawan penyakitnya selama lima tahun hanya kerana dia masih cintakan kamu Riana. Bukan itu sahaja, dia sanggup melawan penyakitnya kerana dia mahu mencapai impiannya sebelum dia menghembus nafasnya yang terakhir.” Miza memegang bahu Riana lalu melemparkan senyuman kea rah Riana.
        “ Ya, Riana betul apa yang dikatakan oleh Miza. Terima kasih Riana, kerana kamu dia hampir mencapai impiannya.” Puan Umairah segera memeluk Riana, Riana tersenyum lalu membalas pelukan Puan Umairah.
Sejurus kemudian, seorang doktor lelaki bersama seorang jururawat keluar daripada bilik Hairul. Mereka bertiga segera bangkit dari duduk mereka lalu mendekati doktor berkaca mata itu.
        “ Keadaan Hairul baik – baik sahaja, seperti yang puan tahu itu salah satu daripada simptom kanser leukimia. Jangan biarkan dia tidur terlalu lewat dan jangan biarkan dia penat. Itu sahaja.” Ujar doktor itu kepada Puan Umairah.
Mereka bertiga segera masuk ke dalam, kelihatan Hairul baru sahaja sedar daripada pengsannya. Puan Umairah mendekati anak lelakinya itu begitu juga dengan Miza dia turut mendekati adiknya. Riana berada di hadapan Hairul dan melemparkan senyuman yang lebar kepada Hairul. Hairul membalas senyumannya.
Riana berlagak seperti tiada yang berlaku. Dia mencapai plastik yang berisi bekas makanannya lalu menjamu makan tengah harinya. Puan Umairah dan Miza saling berpandangan melihat kelakuan Riana yang berubah itu.


        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me