Tumblr Scrollbars

My Friend

Isnin, 9 September 2013

Cinta Itu Indah ( Bab 21 - 24 )

Bab 21
Hampir enam bulan Hairul dan Riana kembali seperti dahulu. Hari itu genap lah Hairul berusia 21 tahun. Meskipun Riana tua enam bulan daripada Hairul namun itu semua tidak menghalang percintaan mereka. Hari itu juga Hairul dibenarkan keluar daripada Hospital pelbagai tempat yang Hairul rancang untuk pergi bersama dengan Riana.
        “ Huh… sampai pun hampir 20 minit dia tunggu Riana tau.” Riana yang baru sahaja sampai ke rumah Hairul tercungap – cungap kerana penat berlari. Miza mengeluh kerana begitu lama menunggu Riana.
        “ Maaf. Hairul, kak Miza.” Riana meletakkan beg yang berisi makanan untuk perkelahannya bersama dengan Hairul di bakul basikal milik Hairul.
        “ Berseronoklah.” Miza memberikan senyuman kepada Riana dan Riana membalasnya. Riana dan Hairul mengangguk menandakan ya.
        “ … setelah sekian lama, akhirnya tugas Hairul kembali semula. Cepat Riana ! Cepat naik.” Hairul bersemangat dan hendak menaiki basikalnya.
        “ Hairul. Tidak apa ka Hairul yang bawa basikal ni, nanti Hairul kepenatan kan doktor sudah kata Hairul tidak boleh kepenatan.” Riana memegang tangan Hairul lalu menasihati Hairul.
        Hairul hanya menggeleng kepala lalu melepaska tangannya daripada Riana.” Ok, kalau macam tu Hairul duduk dekat belakang dan Riana yang kayuh.” Hairul tersenyum lebar mendengar kata – kata Riana, Riana membalasnya.
Sejurus kemudian, mereka berdua pun beroleh pergi dari rumah Hairul. Muka Riana berkerut kerana keberatan membonceng Hairul yang berada di belakangnya. Hairul geli hati melihat telatah Riana.
        “ Berat…” Riana mengeluh.” Hati – hati ada jalan besar dekat depan tu.” Hairul tergelak lalu mengingati Riana bahawa di hadapannya merupakan jalan raya besar.
Seperti yang sudah berada dalam jadual Hairul. Tempat pertama yang mereka kunjungi ialah muzium galeri. Kelihatan terdapat banyak lukisan dan fotografi yang berada di dalam muzium itu. Hairul tersenyum lalu membayangkan jika suatu hari nanti hasil lukisan dan fotografinya menjadi terkenal.
        Lamunanya terhenti apabila Riana menyergahnya daripada belakang.” Mesti terbayang mengenai lukisan dan fotografinya jika menjadi terkenal seperti di hadapan ini.” Mata Riana dan Hairul saling bertatapan, Hairul tersengih. Riana berasa begitu gembira melihat Hairul berada di sisinya.
        “ Jika la suatu hari nanti Hairul hasil seni Hairul dipamerkan seperti begini kan bagus.” Ujar Hairul lalu beroleh pergi dari situ.
        “ Boleh la, Hairul harus berusaha. Riana akan sentiasa menyokong Hairul, Riana akan sentiasa berada di sisi Hairul.” Riana memberi semangat kepada Hairul.
Hairul mengusap kepala Riana, Riana tersenyum lalu mengejar Hairul daripada belakang. Sejam kemudian, mereka pun beroleh pergi dari tempat itu pada mulanya Riana berasa risau jika berlaku apa – apa kerana Hairul ingin ke sekolah lama mereka juga tempat di mana Hairul dan Riana pertama kali bertemu.
        Nasib mereka baik kerana pengawal keselamatan membenarkan mereka masuk ke dalam SMK Sinar Jaya.” Ingat tidak tempat ini?” Sampai sahaja di sebuah tempat yang berdekatan dengan bilik guru. Hairul segera mengajukan pertanyaan kepada Riana.
        “ Mesti la ingat. Tempat ni… tempat di mana pertama kali kita bersua.” Riana tergelak kecil.
        Sejurus kemudian, mereka berdua masuk ke dalam dewan perhimpunan. “ Tempat ni… tempat Hairul mengatakan bahawa Hairul menyukai Riana, tempat kita…” Kata – kata Riana terhenti sebaik sahaja Hairul memotong perbicaraannya.
        “ Tempat kita berpisah, kita bergaduh. Pelbagai kenangan kita berdua di tempat ini, pelbagai kejadiaan yang berlaku.” Hairul mengeluh, Riana pula hanya mengangguk.
Riana tersenyum lebar sebaik sahaja dia melihat sebuah meja yang kelihatan usang berada berdekatan dengan pintu dewan tersebut, dia segera memeriksa jika sebuah buku ada di dalam laci meja tersebut. Nasibnya baik kerana buku itu masih berada di dalam laci itu di dalam buku itu terdapat sebatang pen yang kelihatan agak usang juga.
        “ Ni… tulisan Hairul kan.” Riana membuka buku itu lalu menunjukkan tulisan yang ada dalam buku itu kepada Hairul.
        Hairul tersenyum lebar. “ Jadi, betul la tulisan ni milik Riana.” Riana mengangguk. Perlahan – lahan Hairul mengambil pen tersebut lalu memotong perkataan yang pernah ditulisnya empat tahun yang lalu.
“Kadangkala cinta itu memang menyakitkan jika kita tidak menghargai maksud percintaan”
          “ Cinta itu menyakitkan…”
          “ Cinta itu tidak menyakitkan, bahkan cinta itu indah”
Mata mereka berdua saling bertatapan dan mereka saling membalas senyuman. Hati Hairul berbunga kerana dia begitu gembira dapat berada di sisi orang yang dicintainya itu. Sejurus kemudian, mereka ke tempat terakhir mereka pada hari itu. Hairul segera turun daripada basikalnya dan Riana meletakkan basikal Hairul berhampiran sebuah pokok.
        “ Nyamannya udara di sini. Keadaan sama sahaja tiada yang berubah setelah dua tahun Hairul tidak menjenguk tempat kegemaran Hairul ni.” Hairul mendepa kedua – dua tangannya lalu menghirup udara yang segar.
        Riana senyum lalu meletakkan beg yang berisi makanan di pangkin lalu dia turut duduk di dalam pangkin itu.” Meskipun hampir lima tahun kita berpisah tapi, Riana tidak pernah melupakan tempat ini.Jika Riana ada masalah, Riana sentiasa menjenguk tempat ini. Bahkan dahulu, hari kita berpisah Riana turut menunggu Hairul untuk datang ke sini dan memberi segala penjelasan sehingga lewat petang.” Riana memejamkan matanya lalu menghirup udara yang segar dia tersenyum mengingati kenangannya bersama dengan Hairul.
Hairul duduk bersebelahan dengan Riana lalu memegang tangan Riana dengan erat.” Tapi, mulai hari ini. Hairul tidak akan mengulangi perkara itu lagi. Hairul akan sentiasa berada di sisi Riana sehingga akhir hayat Hairul. Terima kasih Riana, terima kasih kerana sudi menerima Hairul dalam hidup Riana.” Mata mereka berdua saling bertatapan, Riana memberikan senyuman kepada Hairul lalu mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu.
Riana bangkit dari duduknya lalu mengeluarkan segala makanan yang ada dalam beg yang dibawanya tadi. Dia membantu Hairul membuka bekas makanan itu lalu menghulurkan kepada Hairul. Riana mengeluarkan sebuah bungkusan hadiah kepada Hairul dan mengucapkan selamat hari jadi. Hairul segera membuka bungkusan hadiah itu kelihatan sehelai topi beanie yang baru sahaja disiapkan. Hairul mengucapkan terima kasih kepada Riana. Sejurus kemudian, Riana duduk dalam keadaan menyimpuh manakala Hairul duduk berhadapan dengan sawah padi yang berada di hadapannya.
        Riana hanya menatap wajah Hairul yang berada di hadapannya itu. Dalam hatinya dia takut jika dia akan kehilangan Hairul buat kali kedua dan buat selama – lamanya. “ Bagaimana dengan masakan Riana?” Riana mengajukan soalan kepada Hairul yang berselera menikmati hidangan yang disediakan oleh Riana.
        Setelah selesai mengunyah makanan yang ada dalam mulutnya, Hairul menutup bekas makanan Riana setelah dia selesai menghabiskan makanan yang dihidangkan oleh Riana.” SEDAP!” Hairul bersemangat menjawab pertanyaan Riana lalu memberikan senyuman kepada Riana.
        “ Hairul… boleh Riana tanya mengenai sesuatu? Mengenai impian Hairul…” Riana mengajukan soalan kepada Hairul dengan riak muka yang serius.
        “ Tanya la, tanya apa sahaja Hairul akan setia menjawab soalan daripada Riana.” Hairul menjawab.
        “ Hampir semua impian yang Hairul ingin capai telah pun tercapai. Cuma… satu sahaja… apabila Hairul berusia 22 tahun nanti bukankah Hairul ingin menghawini Riana?” Riana gugup mengajukan soalan sebegitu rupa kepada Hairul. Senyuman di wajah Hairul mulai berubah menjadi serius.
        Hairul menundukkan wajahnya lalu mengetap bibirnya. Perlahan – lahan dia mengangkat wajahnya lalu memandang wajah Riana yang setia menunggu jawapannya.” Maaf, jika soalan Riana membuatkan hati Hairul terguris. Riana Cuma…” Kata – kata Riana terhenti sebaik sahaja Hairul meletakkan jari telunjuknya di bibir Riana.
        “ Ya, betul. Hanya itu sahaja impian Hairul yang belum tercapai. Mengenai impian itu… adakah Riana akan menyesal jika Hairul yang mempunyai penyakit dan mempunyai jangka hayat yang tidak lama ini menjadi suami Riana?” Hairul pula yang mengajukan soalan kepada Riana. Riana hanya menggeleng kepala dan memberikan senyuman yang lebar kepada Hairul.
Sejurus kemudian, Hairul kembali menundukkan wajahnya lalu mengetap bibirnya. Air matanya mulai jatuh dia tidak dapat mengawal kesedihannya lagi. Dia bangkit dari duduknya lalu berdiri di hadapan pangkin itu tulang kakinya tiba – tiba sahaja terasa sakit Hairul yang tidak dapat menahan kesakitan itu segera terduduk.
        “ Maaf Riana. Impian itu… impian itu tidak akan tercapai Riana.” Hanya itu sahaja yang dapat dikeluarkan daripada mulut Hairul. Riana segera menghampiri Hairul lalu duduk melutut menggosok – gosok belakang Hairul untuk menenangkan hati lelaki itu.
        “ Hairul… tidak mengapa. Riana yakin Hairul akan baik- baik sahaja.” Riana memberikan semangat kepada Hairul.
        “ Impian tu… Hairul memang mahukan sangat. Tapi… Hairul tak nak Riana akan kesunyian sepanjang hidup Riana. Tengok lah dengan keadaan Hairul ni, kesihatan Hairul semakin memburuk Riana. Sebentar lagi, pasti Hairul akan menghadapi dengan kematian. Hairul… takut Riana, Hairul ingin hidup lebih lama lagi Hairul ingin membina sebuah keluarga bersama dengan Riana.” Hairul menggenggam kedua – dua tangannya, Riana berasa sebak melihat tangisan Hairul.
        “ Hairul… Hairul, Riana tidak akan membiarkan Hairul pergi. Hairul harus kuat semangat. Hairul tidak boleh mengalah, Riana tidak akan membiarkan Hairul berada dalam ketakutan sebab Riana akan sentiasa berada di sisi Hairul.” Riana tidak henti – henti memberikan semangat kepada Hairul.
Hairul mengangkat wajahnya lalu tersenyum kepada Riana. Dia segera mendakap Riana dengan erat, Riana turut mendakapnya dan menggosok – gosok belakangnya untuk menenangkan hatinya.
        Hairul melepaskan Riana daripada dakapannya lalu meletakkan kedua tangannya ke pipi Riana.” Riana… Hairul cintakan Riana.” Hairul menyatakan cintanya kepada Riana lalu mendakap Riana semula.
Riana tersenyum lebar.” Itu… perkataan itu tidak pernah Hairul keluarkan. Pertama kali Hairul menyatakan itu kepada Riana. Riana juga… Riana juga mencintai Hairul.” Riana membalas dakapan Hairul dengan erat.
. . . . .
Hari silih berganti, hari itu genap setahun hubungan Riana dan Hairul kembali seperti dahulu. Hampir setiap hari Riana menemani Hairul di hospital sementara menunggu panggilan tawaran untuk bekerja.
        “ Hairul… mengapa Hairul boleh jatuh cinta dengan Riana?” Riana mengajukan soalan kepada Hairul yang khusyuk melukis. Hairul meletakkan pensil nya lalu memberikan senyuman yang lebar kepada Riana. “ Sebab, Riana lain daripada perempuan yang Hairul pernah temui. Ciri – ciri perempuan yang ada pada mak ada dalam diri Riana. Riana serupa dengan mak, Hairul hanya inginkan seorang perempuan yang mempunyai ciri – ciri seperti mak.” Riana tersenyum lebar mendengar jawaban Hairul.
        Hairul menyambung semula melukis lukisannya yang hampir siap itu.” Riana pula? Mengapa pula Riana memilih Hairul berbanding cinta kedua Riana?Bukankah dia lebih matang dan hebat dibandingkan dengan Hairul.” Giliran Hairul pula mengajukan soalan kepada Riana yang sedang mengubah bunga.
        Riana duduk berhadapan Hairul di atas katil.” Riana memilih Hairul berbanding dengan Zarul sebab… sebab Riana sedar yang Riana lebih cintakan Hairul berbanding dengan Zarul. Riana tidak boleh melupakan kenangan kita begitu sahaja, sukar bagi Riana untuk melupakan Hairul.” Riana menjawab dengan nada yang serius.
        “ Terima kasih.” Hanya itu sahaja perkataan yang dapat dikeluarkan daripada mulut Hairul.Riana bangkit dari duduknya lalu mengambil kamera Hairul yang berada di atas meja. Hairul menyambar kamerenya daripada tangan Riana, Riana mencebik.
        Hairul menarik tangan Riana lalu Riana terduduk di atas katil Hairul. Sejurus kemudian, Hairul menyatakan kepada Riana bahawa dia ingin mengambil foto mereka berdua. Riana bersetuju dan duduk dengan betul bersebelahan dengan Hairul.” 1…2…3” Hairul mengira lalu mengambil gambar mereka berdua.
Riana dan Hairul tersenyum lebar melihat foto mereka berdua. Sejurus kemudian, Hairul meletakkan kamernya di bawah bantal. Lalu mengemas lukisannya kerana dia mulai berasa kelesuan. Riana bangkit dari duduknya lalu mengambil benang dan jarum untuk mengait.
Bab 22
Empat bulan kemudian…
        “ Mak, ayah. Riana dah dapat. Riana dah ditawarkan pekerjaan untuk menjadi seorang peguam di Sabah.” Malam itu, sebaik sahaja Riana dan keluarganya menikmati hidangan makan malam Riana memberitahu ibu bapanya bahawa dia telah mendapat apa yang ingin dicapainya.
        “ Syukurlah, akhirnya kamu dah dapat apa yang kamu mahukan. Riana kamu harus bangga dengan diri kamu kerana kamu dah berjaya mencapai cita – cita kamu.” Puan Rabiatul senyum lebar melihat sehelai kertas yang menyatakan tawaran Riana untuk bekerja.
        Riana menundukkan wajahnya dan mengetap bibirnya. Dia menarik dan menghembuskan nafasnya. Puan Rabiatul dan Encik Khairi saling berpandangan.” Riana… Riana rasa Riana tak boleh terima.” Perlahan – lahan Riana mengangkat mukanya air matanya mulai mengalir di pipinya.
        “ Kenapa lagi ni Riana,adakah ini semua disebabkan Hairul juga?” Encik Khairi berkerut dan mengajukan soalan kepada Riana.” Riana… takut ayah, mak jika Riana berjauhan dengan dia. Riana tidak akan dapat bersama dengan dia buat selama – lamanya lagi, Riana takut jika dia menghilang buat selama – lamanya…” Riana menggenggam kedua – dua tangannya lalu mengetap bibirnya.
        Puan Rabiatul duduk bersebelahan dengan Riana lalu memeluk anaknya itu.” Riana… ini semua terpulang kepada kamu. Kamu dah besar bukan kanak – kanak lagi, kamu harus membuat keputusan yang terbaik untuk diri kamu sendiri. Jika kamu tidak ingin menerima tidak apa, jika kamu menerima mak dan ayah rasa itu yang terbaik untuk masa hadapan kamu.” Puan Rabiatul menenangkan hati Riana.
        “ Ya, Riana. Ini semua terpulang kepada keputusan kamu. Kami hanya mampu menyokong sahaja.” Encik Khairi bersetuju dengan kata – kata isterinya.
Riana mengesat air matanya dan memberikan senyuman yang lebar kepada ibu dan ayahnya. Dia hanya mampu mengangguk menandakan dia memahami apa yang dikatakan oleh ibu bapanya sebentar tadi.
. . . . .
        “ Makcik ni untuk makcik, Hairul kata urat kaki makcik sakit. Ubat ini bagus untuk mengubati kaki makcik yang sakit itu.” Sampai sahaja di hospital Riana menghulurkan ubat kaki kepada Puan Umairah yang sedang duduk di sisi Hairul.
        “ Terima kasih Riana. Riana, makcik harap kamu dapat menjaga gelang ni seperti kamu menjaga Hairul dan diri kamu. Ini tanda terima kasih makcik kepada kamu, kamu telah banyak berjasa kepada keluarga makcik kamu sentiasa menguatkan semangat Hairul untuk teruskan hidup dan melawan penyakitnya.” Puan Umairah mengambil ubat yang berada di tangan Riana, lalu mengenakan gelangnya kepada Riana.
        “ Saya ikhlas makcik. Saya ikhlas membantu keluarga makcik.” Hanya itu sahaja yang dapat dikeluarkan daripada mulut Riana. Hairul tidak mengendahkan mereka berdua. Dia hendak berseronok dengan dirinya sendiri, pelbagai benda yang dibuatnya sepanjang berada di hospital.
Sesekali Kayla dan Aril serta Laila dan Nazrul akan melawat Hairul di hospital. Hairul bangga mendapat kawan yang memahami sebegitu rupa. Laila dan Nazrul sah menjadi suami isteri sebaik sahaja Hairul pulang ke Malaysia. Riana tumpang gembira melihat kebahagiaan rakan – rakannya.
        “ Sepanjang Hairul terlantar di hospital ni, Hairul sentiasa habiskan masa yang terluang dengan mengambil gambar di sekeliling, melukis lukisan yang Riana sendiri pun tidak tahu apa yang dilukis oleh Hairul. Tidak bosan ka dengan membuat itu semua?” Riana yang sedang membaca sebuah buku menutup bukunya lalu mengajukan soalan kepada Hairul yang baring di hadapannya sambil mengambil gambar yang berada di sekelilingnya.
        “ Tidak bosan pun. Selagi Hairul dapat melihat wajah Riana, memang tidak membosankan bagi Hairul.” Hairul menjawab lalu mengambil gambar Riana yang berada di hadapannya. Riana tersenyum mendengar jawaban Hairul yang selamba. Beberapa minit kemudian, makanan Hairul telah pun sampai. Riana bangkit dari duduknya lalu mengambil makanan dan meletakkan makanan itu di meja katil Hairul.
Perlahan – lahan Hairul bangkit dari duduknya  dan hanya berdiam diri. Hairul menekup mulutnya dan mukanya berkerut,sejurus kemudian dia mual Riana segera membantu Hairul yang mual itu. Dia menggosok – gosok belakang Hairul sehingga Hairul kembali lega. Hairul segera menghempaskan badannya kembali di atas katil mukanya masih berkerut kerana badannya yang tidak selesa.
        “ Riana… maafkan Hairul. Hairul sentiasa menyusahkan Riana, dari dahulu hingga sekarang Hairul tidak pernah menggembirakan hati Riana.” Hairul memegang tangan Riana dengan erat dia tidak dapat menahan kesakitannya lagi. Mukanya bertambah berkerut, dia merasakan bahawa semua tulang – tulangnya telah patah kerana kesakitan.
        Riana menggeleng kepala dia duduk di sebuah kerusi plastik dan memberikan senyuman yang lebar kepada Hairul.” Tidak, meskipun Hairul sudah tidak berdaya… Riana akan tetap berasa gembira kerana dapat berada di sisi orang yang Riana sayangi. Bertahan la Hairul harus melawan penyakit ini.” Riana memberikan semangat kepada Hairul.
Sejurus kemudian, Hairul beransur lega. Kesakitannya tidak dapat dirasai lagi setelah dia memakan ubat yang diberikan oleh doktor. Dia bangkit dari duduknya lalu perlahan – lahan menikmati hidangan yang berada di hadapannya. Riana turut bangkit dari duduknya lalu meminta diri kepada Hairul untuk keluar sebentar. Hairul hanya mengangguk dan menyuruh Riana berhati – hati.
Sampai sahaja ke destinasi yang ingin dituju oleh Riana dia terserempak dengan Zarul yang duduk bersendirian di sebuah kafe hospital tersebut. Zarul lengkap berpakaian seorang doktor, selesai sahaja membayar barang yang telah dibelinya Riana masuk ke dalam kafe tersebut lalu menegur Zarul yang sedang menikmati makan tengah harinya.
        “ Hampir setahun kita tidak bertemu. Jadi, bagaimana hubungan awak dengan budak samseng tu?” Zarul mengajukan soalan kepada Riana yang baru sahaja duduk di hadapannya.
        “ Ya, hampir setahun juga kejadiaan yang … memalukan itu terjadi. Kami baik – baik sahaja Cuma… kesihatannya semakin memburuk. Zarul… awak mesti bencikan saya kan sebab saya lebih memilih dia berbanding dengan awak. Maaf sebab saya… awak terpaksa menanggung hampir semua kerugiaan perbelanjaan perkhawinan kita. Pasti mak awak pun membenci saya dan…” Kata – kata Riana terhenti apabila Zarul memberikan sebatang lollipop kepadanya.
        Riana mengambil lollipop tersebut lalu menyimpannya di dalam beg plastik yang berisi barang yang dibelinya tadi.” Riana saya tak pernah membencikan awak mama juga begitu. Kami redha dengan apa yang telah berlaku, sudah bukan jodoh awak dengan saya nak buat apa lagi kan. Riana… sehingga sekarang saya… hati saya hanya untuk awak seorang sahaja sebab saya masih cintakan awak Riana.” Riana kaget dengan kata – kata Zarul dia mengetap bibirnya lalu menundukkan wajahnya.
Sejurus kemudian, Zarul bangkit dari duduknya dan meminta diri untuk kembali bekerja. Zarul sempat mengusap kepala Riana sebelum beroleh pergi, perlahan – lahan Riana mengangkat mukanya lalu melihat Zarul yang semakin hilang dari pandangannya. Dia berasa bersalah dengan apa yang dilakukannya terhadap Zarul, dia dalam dilemma kerana dia amat mencintai Hairul dari segala apa yang ada.
        “ Siapa dia?!” Riana yang baru sahaja masuk ke dalam bilik Hairul segera diajukan soalan oleh Hairul yang terlentang di atas katil dengan nada yang tinggi. Kelihatan riak muka Hairul begitu serius.
        “ Dia? Maksudnya?” Riana bingung dengan soalan yang diajukan oleh Hairul kepadanya.
        Hairul menarik dan menghembuskan nafasnya untuk menenangkan hatinya. Riana meletakkan barang yang baru sahaja dibelinya sebentar tadi di atas meja. “ Lelaki yang berpakaian doktor tu? Siapa?” Hairul memberikan penjelasan lalu memandang wajah Riana dengan serius.
        “ … Bagaimana Hairul tahu mengenai…” Kata – kata Riana terhenti sebaik sahaja Hairul bangkit dari baringnya lalu duduk di atas katil itu, Riana masih tercegat berdiri di sisi katil.
        “ Riana … dia sesuai sangat menjadi suami Riana. ... Tinggalkan Hairul dan kembali kepada dia semula.” Riana kaget dengan kata – kata Hairul, Hairul memberikan senyuman kepada Riana dengan kata – katanya.
        “ Hairul, Riana tidak bermaksud untuk bersama dengan dia semula. Riana lebih sayangkan Hairul berbanding dengan dia, apa semua ni Hairul. Kenapa.. kenapa Hairul tidak pernah memahami perasaan Riana kepada Hairul? Riana tahu yang Riana… bukan yang terbaik untuk Hairul tapi tolonglah… tolonglah berikan peluang kepada Riana untuk membaiki diri Riana yang buruk ini.” Air mata Riana mulai mengalir di pipinya hatinya remuk sebaik sahaja mendengar kata – kata Hairul.
        “ Riana, Hairul akan pergi buat selama – lamanya. Belajarlah hidup tanpa Hairul di sisi Riana. Kembali lah bersama dengan dia, jika Riana bersama dengan dia hidup Riana akan bahagia. Cita – cita Riana akan tercapai jika Riana hidup bersama dengan dia berbanding dengan Hairul.” Hairul menoleh pandangannya daripada melihat wajah Riana.
        “ Bodoh! Hairul … sahaja yang terbaik buat Riana dari segalanya. Sampai bila pun Riana akan sentiasa… sentiasa mencintai Hairul, kerana Hairul sentiasa menyelamatkan Riana daripada bahaya. Hairul … berikan peluang kepada Riana, tolong berikan peluang kepada Riana untuk membuat Hairul bahagia.” Riana mengetap bibirnya, air matanya tidak henti – henti mengalir di pipinya.
Hairul memalingkan wajahnya kea rah Riana yang berdiri kaku di sebelahnya. Mata Hairul berkaca – kaca melihat tangisan Riana, sejurus kemudian Hairul bangkit dari duduknya lalu mendakap Riana dengan erat air matanya perlahan – lahan turut gugur dari kelopak matanya.
        “ Maafkan Hairul, selama ini Hairul Cuma lebihkan dan pentingkan diri Hairul berbanding dengan Riana.” Riana tersenyum dengan kata – kata Hairul.
        “ Tidak apa. Riana tidak pernah pedulikan itu semua, Riana Cuma ingin bersama dengan Hairul sepanjang masa itu sahaja yang Riana mahukan.” Jawab Riana, Hairul melepaskan Riana daripada dakapannya lalu memberikan senyuman yang lebar kepada Riana dan mengusap rambutnya yang berwarna kecoklatan itu.
Keesokan harinya …
Hari itu merupakan ulang tahun Riana yang ke 22 tahun. Riana tersenyum lebar melihat penampilan Hairul pada hari itu. Hairul mengenakan topi beanie yang dikaitnya dan juga cardigan yang pernah dihadiahkan kepada Hairul suatu ketika dahulu.
        “ Wah! Hairul terima kasih sebab Hairul masih simpan cardigan ni.” Riana duduk lalu terpegun dengan Hairul yang masih menyimpan Cardigan itu setelah hampir enam tahun Hairul menyimpannya.
Hairul hanya memberikan senyuman dia khusyuk melukis sesuatu. Riana hanya membiarkan Hairul melakukan kerja – kerjanya. Riana hanya menunggu ucapan selamat hari jadi daripada Hairul dia berasa pelik dengan Hairul kebiasaannya dia lah orang yang pertama mengucapkan selamat hari jadi kepadanya.
        Sejurus kemudian Hairul menghempaskan badannya di atas katil lalu mengeluh.” Harap suatu hari nanti lukisan yang Hairul siapkan selama ini akan dipamerkan. Pelbagai tema lukisan yang Hairul lukis, Riana… jika suatu hari nanti Hairul pergi buat selamanya Hairul mohon agar Riana bantu Hairul untuk mempamerkan lukisan – lukisan ini dan membuat kutipan derma. Hairul ingin membantu orang yang senasib dengan Hairul.” Hairul memberikan senyuman yang lebar kepada Riana dan Riana membalasnya.
        “ Um, Riana janji Riana akan melaksanakan apa sahaja yang dipinta oleh Hairul.” Riana mengangkat tangannya seperti mengangkat sumpah. Hairul tergelak melihat kelakuan Riana.
        “ Riana, jika Hairul tidak lagi berada di sisi Riana. Hairul ingin Riana tahu bahawa Hairul akan sentiasa menjaga Riana dari jauh, pergi sahaja ke tempat kegemaran kita dan lihat pemandangan padi yang terbentang luas. Andaikan sahaja bahawa Hairul merupakan sawah padi yang terbentang luas di hadapan Riana.” Hairul mengalihkan pandangannya ke arah Riana yang sedang khusyuk membaca sebuah novel.
        Riana tergelak mendengar kata – kata Hairul.” Mengalah kan… dulu Hairul kata Hairul ingin menjadi hati Riana sekarang Hairul betul – betul sudah mengalah dan ingin menjadi seperti sawah padi.” Hairul turut tergelak mendengar kata – kata Riana.
        “ Ya, Hairul rasa sawah padi lebih baik berbanding dengan hati Riana. Kerana hati Riana boleh berubah,Hairul fikir lebih baik menjadi sawah padi yang tenang sahaja.” Riana memberikan senyuman yang lebar kepada Hairul.
        “ Kata – kata Hairul… kenapa dengan kata – katanya? Kata – katanya seperti…. Seperti… seperti kata – kata terakhir dan aku tidak akan dapat mendengar suaranya lagi.” Riana bermonolog dalaman. Dia berasa hairan dengan kata – kata Hairul.
        “ Hairul, Riana akan sentiasa mengingati kenangan manis dan pahit yang kita lalui selama ini. Riana tidak akan melupakan Hairul.” Riana memegang tangan Hairul dengan erat, hanya itu sahaja yang dapat keluar daripada mulutnya.
        “ Terima kasih Riana. Hairul harap suatu hari nanti… Riana akan hidup dalam keadaan bahagia, maafkan Hairul atas kesilapan yang Hairul lakukan kepada Riana selama ini. Hairul… akan tetap mencintai Riana hingga akhir hayat Hairul.” Hairul turut memegang tangan Riana dengan erat, dia menguap sebaik sahaja jam menunjukkan angka 10.40 malam.
        “ Riana memang sudah lama memaafkan kesalahan Hairul. Riana juga… Riana akan tetap mencintai Hairul meskipun Hairul tidak sihat.” Riana memberikan senyuman yang lebar kepada Hairul.
        “ Selamat hari jadi…” Hairul menghulurkan sebuah kotak kecil yang berwarna merah kepada Riana.
        “… terima kasih, Riana sangka Hairul lupa akan…” Kata – kata Riana dipotong oleh Hairul sebaik sahaja dia hendak membuka kotak tersebut.
        “ Jangan buka, Hairul mahu Riana buka hadiah ini apabila Riana… apabila Riana bersedia sahaja, jangan sekarang.” Hairul memegang kotak kecil itu, Riana mengangguk lalu memberikan senyuman kepada Hairul dan Hairul membalasnya.
        “ Riana… Hairul cintakan Riana. Jangan bersedih…” Riana tersenyum melihat Hairul yang sedang bercakap dalam tidurnya. Dia bangkit dari duduknya lalu menyelimuti Hairul menggunakan selimut yang disediakan. Riana mengucup dahi Hairul lalu meletakkan kepalanya di atas katil Hairul dan memegang tangan Hairul dengan erat. Lama – kelamaan dia turut terlelap dalam keadaan duduk di sisi Hairul.
Bab 23
Burung mulai berkicauan mencari makanan sekaligus membangunkan seluruh makhluk manusia yang masih dibuai mimpi. Riana terjaga dari tidurnya sebaik sahaja suasana bilik Hairul menjadi kelam kabut. Kelihatan Hairul masih tidur dengan lena di atas katilnya, Riana bangkit dari duduknya apabila melihat seorang doktor dan dua orang jururawat yang kelam kabut mengenakan alat oksigen pada badan Hairul.
Sejurus kemudian, Hairul dikenakan alat oksigen pada mukanya. Riana kaget melihat keadaan Hairul, seorang jururawat menyuruhnya untuk berada di luar memandangkan keadaan Hairul semakin kritikal.       “ Hairul, bertahanlah Hairul kan seorang yang kuat. Tolonglah” Riana panik apabila melihat Hairul dalam keadaan yang tenat, kelihatan Puan Umairah dan juga Miza sudah siap menanti keadaan Hairul di luar. Riana menghampiri mereka berdua dan terduduk.
        “ Hairul… Jangan tinggalkan Riana…” Riana mengetap bibirnya matanya mulai berkaca – kaca. Dia berdoa agar keadaan Hairul baik – baik sahaja. Miza menghampiri Riana lalu memeluknya dengan erat dan menenangkan hati Riana.
Kelihatan doktor sedang berusaha untuk menyelamatkan nyawa Hairul. Beberapa minit kemudian, doktor bersama dengan jururawat keluar daripada bilik Hairul. Wajah doktor tersebut kelihatan bermuram durja doktor itu menarik dan menghembuskan nafasnya.
        “ Doktor bagaimana dengan keadaan anak saya doktor?” Encik Fariz yang baru sahaja sampai ke hospital segera menghampiri doktor itu.
        Doktor tersebut hanya menggeleng kepala dan memegang bahu Encik Fariz. Riana segera masuk ke dalam bilik Hairul,  Riana terduduk hatinya remuk sebaik sahaja melihat sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas katil. ” Hairul… Hairul, bangunlah Hairul kenapa Hairul tinggalkan mak.” Puan Umairah menangis teresak – esak lalu menggerakkan tubuh Hairul yang tidak bernyawa lagi.
Encik Fariz mencuba untuk menenangkan hati Puan Umairah.         “ Tidak… tidak mungkin Hairul meninggal dunia. Hairul… bangunlah jangan tinggalkan Riana. Hairul… impian kita… bagaimana dengan impian kita berdua?” Miza mencuba untuk menenangkan hati Riana. Air mata Riana tidak dapat keluar daripada matanya namun dia masih tidak mempercayai bahawa Hairul pergi buat selamanya dan tidak akan kembali lagi.
. . . . .
Kedengaran ayat – ayat suci al-quran di dalam rumah Puan Umairah. Sekujur tubuh yang tidak bernyawa berada di tengah – tengah orang ramai yang membaca surah yassin. Turut didengar ialah tangisan ahli keluarga Hairul. Aril, Kayla, Laila serta Nazrul turut berada di situ begitu juga dengan Encik Khairi dan Puan Rabiatul mereka berdua turut menyumbangkan bacaan al-quran kepada Hairul.
        Mata Riana tidak langsung teralih daripada mayat Hairul yang terbaring kaku di hadapannya. Dia hanya mampu terduduk dia seolah – olah tidak mempercayai bahawa Hairul telah pun pergi buat selama – lamanya.” Hairul belum matilah, dia ada dekat hospital. Bawa la dia balik ke hospital dia sakit tu.” Riana menghampiri mayat Hairul dan menyuruh Encik Fariz untuk membawa mayat Hairul kembali ke hospital.
Kayla dan Laila menarik tangan Riana agar Riana beroleh pergi dari situ. Riana dapat melepaskan dirnya daripada kedua rakannya itu. Dia tergelak lalu berlari pergi dari situ, tiada siapa yang dapat mengejarnya keran jejaknya mulai hilang.
        “ Riana, saya takziah terhadap Hairul.” Riana terserempak dengan Zarul yang berada di hadapan lif.
        “ Zarul… Hairul belum mati lagi.” Riana memberikan senyuman yang lebar kepada Zarul. Lalu beroleh pergi dari situ.
        “ Riana… awak nak pergi mana tu. Riana.” Zarul mengejar Riana daripada belakang namun dia turut kehilangan jejak Riana.
Riana berlari sekuat hatinya menuju ke destinasinya. Sampai sahaja di hospital, Riana segera masuk ke dalam bilik yang pernah ditempatkan oleh Hairul suatu ketika dahulu. Dia tersenyum apabila melihat bilik itu kosong dia menggelengkan kepalanya.
        “ Tidak, ini semua hanyalah mimpi. Aku masuk semula pasti Hairul ada.” Riana tersenyum kelat matanya mulai berkaca – kaca. Setelah hampir beberapa kali dia berbuat sebegitu rupa. Akhirnya dia terhenti sebaik sahaja Zarul datang dan memegang tangannya dengan erat, Riana mencuba sedaya upaya untuk melepaskan dirinya daripada Zarul namun tidak berhasil.
        “ Lepaskan aku. Hairul ada dekat dalam, aku mesti berada di sampingnya dia perlukan aku sekarang ni. Awak tidak tahu apa – apa tentang semua ni. Awak sama sahaja dengan mereka semua tu!” Riana meninggikan suaranya kepada Zarul lalu mencuba sedaya upaya untuk melepaskan tangannya daripada pegangan tangan Zarul.
        “ Riana, Hairul dah meninggal dunia Riana. Dia sudah tidak berada di dalam lagi, dia Cuma berada dalam imaginasi awak sahaja Riana. Tolonglah sedarkan diri awak, awak tidak kasihan ka dengan Hairul? Dia akan terseksa nanti, jika awak berbuat sedemikian rupa. Bukankah awak sangat menyayangi dia, kalau awak memang sangat menyayangi dia terimalah pemergiannya.” Riana terduduk mendengar kata – kata Zarul air matanya mulai mengalir dengan deras di pipinya, dia menangis dengan sekuat hatinya dan Zarul melepaskan tangan Riana serta menenangkan hatinya.
        “ Beberapa hari yang lalu, Hairul ada berjumpa dengan saya. Dia merayu kepada saya untuk menjaga awak dan menggantikan tempatnya. Meskipun dia teringin sangat untuk menghawini awak, namun dia terpaksa ikhlaskan hatinya untuk melepaskan impiannya itu. Dia tidak mahu awak menderita menjadi seorang janda seperti ibunya Riana. Bukan dia tidak mahu menghawini awak, dia takut jika awak akan menjadi kesunyian sehingga akhir hayat awak.” Zarul mendakap Riana untuk menenangkan hatinya.
        “ Hairul… kenapa… kenapa Riana harus tahu semua ini bukan dari Hairul sendiri? Kenapa Riana harus mendengar semua ini daripada orang lain…” Tangisan Riana semakin kuat.
        “ Dia bukan sengaja tidak mahu memberitahu awak semua itu dari mulut dia sendiri, tapi… dia tidak mahu awak terluka Riana. Dia ingin melihat awak hidup bahagia seperti orang lain. Meskipun saya tidak begitu mengenali Hairul dengan lebih rapat, tapi saya tahu apa yang tersimpan dalam isi hatinya.” Mata Zarul turut mulai berkaca – kaca dia teringat akan pesanan terakhir dan pertama daripada Hairul.
Keesokan harinya, Riana hanya berkurung di dalam biliknya sepanjang masa. Dia hanya termenung sendirian, sesekali air matanya mengalir di pipinya dan dia mengesat air matanya. Matanya mulai merah kerana air matanya yang tidak henti – henti mengalir. Puan Rabiatul serta Encik Khairi dan juga Aisyah hampir buntu dengan keadaan Riana. Begitu juga dengan Kayla dan Laila mereka buntu melihat keadaan Riana yang berubah itu.
        “ Riana… Miza mahu berjumpa dengan kamu.” Aisyah masuk ke dalam bilik adiknya lalu memberitahu Riana yang sedang baring di atas katil sambil melihat siling kipas.
        Riana hanya berdiam diri dan Aisyah hanya menggeleng kepala melihat kelakuan adiknya itu. Sejurus kemudian, Miza masuk ke dalam bilik Riana sambil membawa sebuah kotak yang bersaiz sederhana besar dan sebuah buku kecil. Riana tidak mengendahkan Miza yang susah payah membawa kotak itu ke dalam biliknya. Miza mengeluh lalu duduk di sisi Riana yang sedang baring.” … Riana, kamu tahu tidak dahulu sebelum Hairul jatuh cinta dengan kamu. Dialah orang yang paling bermasalah, dari segi disiplinnya teruk sangat sehingga dia dibuang sekolah. Tiga kali dia dibuang sekolah namun dia tidak juga berubah sehinggalah dia bersekolah di tempat kamu. Kasihan mak, dia terpaska menebalkan mukanya untuk merayu kepada pengetua untuk menerima Hairul bersekolah.” Riana tersedar daripada lamunannya dan segera menoleh kea rah Miza yang sedang tersenyum mengingat akan sikap Hairul.
        “ Dia selalu bergaduh kerana panas barannya itu. Yang peliknya hanya beberapa kali sahaja dia cedera kerana pergaduhannya, dia sentiasa menang jika bergaduh. Bukan itu sahaja, setiap hari ada sahaja seorang dua orang perempuan yang dipermainkannya dalam masa seminggu. Hairul menggunakan paras wajahnya yang ok itu untuk mempermainkan hati seorang perempuan, mak dan Hairul sentiasa bertekak kerana sikapnya itu sehinggalah suatu hari perangainya mulai berubah kea rah kebaikan. Sikap panas barannya mulai menghilang, cara da bercakap dengan mak juga semakin berubah, dia tidak lagi meninggikan suaranya terhadap kami berdua. Pada awalnya kakak dan juga mak memang berasa pelik dengan perangai Hairul yang tiba – tiba sahaja berubah.” Perlahan – lahan Riana bangkit dari baringnya, Miza dan Riana saling berpandangan. Miza tersenyum melihat Riana yang berminat dengan ceritanya.
        Dia kembali semula dengan ceritanya lalu menarik dan menghembuskan nafasnya.” Suatu hari tu, dia tidak berada di rumah kakak curi – curi masuk ke dalam bilik dia. Bilik dia bukan main kemas lagi dari yang sebelum – sebelumnya. Tiba – tiba sahaja mata kakak tertumpu kea rah sebuah kotak muzik yang hampir disiapkan, kakak berasa pelik dengan kotak muzik itu kerana baru kali itu Hairul membuat sesuatu menggunakan tangannya sendiri untuk seorang perempuan. Dari situ kakak dan mak faham kenapa perangai Hairul tiba – tiba sahaja berubah dia benar – benar jatuh cinta dia jatuh cinta pada pandangan pertama dia jatuh cinta pada pandangan pertama dengan kamu Riana.” Riana tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya yang berwarna putih. Air matanya mulai mengalir deras di pipinya dia mengetap bibirnya,begitu juga dengan Miza air matanya turut bergelimpangan di pipinya mereka berdua saling berdakapan.
        Miza melepaskan dakapannya lalu bangkit dari duduknya menuju kea rah kotak dan mengambil sebuah buku kecil yang dibawanya sebentar tadi.” Riana… ini untuk kamu. Semuanya mengenai Hairul ada dalam buku ini dan kotak ini kakak juga tidak tahu apa yang ada di dalam kotak ni kerana Hairul tidak mengizinkan kakak untuk melihat. Dia hanya menyuruh kakak untuk memberi kotak ini kepada kamu. Kakak minta diri dahulu.” Miza memberikan buku yang berada di tangannya kepada Riana lalu beroleh pergi.
Hari silih berganti, hari itu genap seminggu sejak kematian Hairul. Namun sikap Riana tetap tidak berubah sikapnya hanya berubah jika seseorang menceritakan mengenai Hairul kepadanya. Pagi itu, selesai sahaja membersihkan dirinya dan menjamu sedikit sarapan dia menuju ke tempat kegemarannya bersama dengan diari yang diberikan oleh Miza kepadanya.
        Sampai sahaja ke destinasinya Riana duduk di atas pangkin tersebut. Matanya liar melihat pemandangan sawah yang terbentang luas di hadapannya. Riana segera bangkit dari duduknya apabila dia melihat kelibat Hairul di tepi sawah yang terbentang luas itu. Riana tersenyum lalu berjalan kea rah tepi sawah padi itu, senyumannya dibalas oleh Hairul. Langkahnya terhenti apabila tiba – tiba sahaja Hairul hilang dari pandangannya di depannya jelas kelihatan tali air yang mengalir deras.    “ Riana!” Zarul menyeru nama Riana dengan kuat sebaik sahaja dia melihat Riana yang hampir terjatuh ke dalam tali air itu. Zarul sempat menyelamatkan Riana daripada terjatuh ke dalam tali air yang mengalir deras itu. Diari yang berada di tangan Riana terlepas daripada pegangannya. Perlahan – lahan Riana bangkit dari jatuhnya lalu mendekati diari yang terselit sebuah gambar.
Zarul turut bangkit dari jatuhnya dan hanya tercegat berdiri di belakang Riana. Riana mengangkat buku tersebut lalu sebuah gambar yang terselit di dalam buku itu tiba – tiba sahaja terjatuh, dia memungut gambar itu dan mengetap bibirnya. Foto tersebut diambil kira – kira  tujuh tahun yang lalu kelihatan dalam foto itu ialah Riana dan Hairul berlatarkan sawah padi yang terbentang luas di hadapan mereka.
Perlahan – lahan Riana membuka diari kepunyaan Hairul. Kelihatan, sesetengah tulisan dari dairi tersebut ditulis dengan pelik seperti Hairul sedang menulis dairi tersebut ketika dia menahan sakit.

23/11
Apa  yang  terjadi  kepada  aku?  Kenapa  aku  merasakan  sendi dan  tulang  aku  berasa  begitu  sakit? Aku  harap  ianya  tidak begitu  serius…

28/11
Setelah  enam hari  berlalu,  aku  tiba – tiba  sahaja  pengsan. Mak  dan  kak Miza  begitu risau dengan keadaan aku, mak berkeras untuk membawa aku ke hospital aku hanya berkata kepada mak bahawa aku hanya kepenatan.

4/12
Hari  ini  genap  usia  ku   ke  16  tahun  dan   ini  merupakan  pertama  kali  aku  menyambut  ulang  tahun ku  bersama  dengan  perempuan  yang  aku sayangi  selain  dari  mak.  Kesakitan ini bertambah dan hanya reda jika aku memakan ubat yang diberi oleh doktor. Aku  berharap  kesihatan  aku  akan  pulih  seperti  sedia  kala  
22/12
Kesakitan ini bertambah semula bahkan kesakitannya semakin bertambah, sekali lagi aku jatuh pengsan. Mak dan Kak Miza begitu risau dengan keadaan aku. Mereka berdua terus memaksa aku untuk ke hospital seperti biasa aku tidak mengendahkan mereka.

30/12
Aku tidak tahan lagi dengan kesakitan ini. Akhirnya aku mengalah, mak menemani aku ke hospital. Aku berasa pelik kerana sampel darah aku dan dna aku juga doktor ingin periksa. Aku hanya mampu berdoa semoga tiada apa yang berlaku kepada aku…

01/01
Segala persoalan mengenai kesakitan yang aku alami akhrinya terjawab. Aku disahkan menghidap leukemia… Apa yang harus aku lakukan… tidak mungkin aku akan memberitahu Riana mengenai penyakit ini. Dia akan bersedih lagi dan aku tidak mahu melihat dia bersedih lagi, cukuplah dengan apa yang telah dia alami sepanjang perhubungan kami. Aku …. Buntu…

03/03
Aku mencuba untuk menjauhkan diri aku daripada Riana namun…. Aku tidak tahan lagi melihat air matanya. Maafkan Hairul Riana… Hairul tidak berniat untuk tidak memberitahu Riana yang sebenarnya.

05/06
Aku tidak dapat datang ke sekolah hari ini… Riana datang ke rumah aku, aku tahu mak ingin memberitahu yang sebenarnya kepada Riana namun mak tidak mahu menganggu hubungan kami.

11/7
Aku semakin menjauhkan diri aku daripada Riana. Aku sengaja tidak menghantar serta mengambilnya dari sekolah seperti kebiasaannya. Maaf Riana…

19/9
Maaf Riana… hari ini merupakan hari terakhir Hairul mengambil Riana daripada sekolah. Aku memang kejam… apa yang aku telah lakukan kepada Riana? Aku menyesal telah membuat Riana jatuh cinta dekat aku. Aku tidak mahu ini semua berlaku…

20/9
Aku memang kejam… Maaf Riana. Aku nekad aku akan melepaskan Riana meskipun aku tahu hati aku masih mencintai dia. Aku telah melukakan hatinya di hari ulang tahun perhubungan kami.

22/9
Hubungan kami… berakhir. Riana tidak henti – henti berusaha untuk mempertahankan hubungan kami, maaf Riana.

25/9
Aku sengaja membuat Riana membenci akan diri aku. Tapi ianya bukan mudah… aku ingin sangat mendengar suara Riana namun aku tidak berdaya dengan apa yang telah aku lakukan kepadanya sebentar tadi. Mujur kak miza ingin membatu aku, aku menyuruh kak Miza untuk menyuruh Riana agar melupakan aku buat selama – lamanya… Maaf Riana, hubungan kita memang tidak dapat dipertahankan lagi…

29/9
Riana tidak bersekolah, aku dapat mengetahui hal ini daripada kayla bahawa Riana jatuh sakit. Aku ingin sangat menemui Riana, aku ingin sangat memberikannya semangat untuk sembuh semula seperti yang selalu dibuatnya kepada aku. Maaf Riana, Hairul tidak berniat untuk memburukkan Riana di hadapan rakan Riana sendiri.

30/9
Riana kembali ke sekolah. Namun, nasibnya malang pada hari itu kasihan Riana baru sahaja dia sembuh daripada sakitnya, dia telah dirotan sehingga tangannya menjadi bengkak. Itu semua disebabkan aku… dia ingin membela aku kerana dia tidak ingin hati aku disakiti. Riana… kenapa sukar untuk Riana melupakan Hairul? Aku memang kejam… aku menambahkan kesakitan Riana di dalam hatinya. Aku berkasar dengan dia dari segi fizikal dan mental, aku simpati akan Riana sebaik sahaj melihat tangannya yang lebam itu. Aku membantunya merawat lukanya, air matanya mengalir dan jatuh tepat di tangan aku namun aku tidak mengendahkannya. Aku ingin sangat mengesat air mata Riana, namun… aku ingin membuat Riana membenci aku.

10/10
Kesakitan ini kembali semula… aku seolah – olah sudah mengalah dengan penyakit ini. Aku tidak tahan lagi. Riana nyaris cedera hari ini, aku berjaya menyelamatkannya daripada cedera. Meskipun hari ini genap dua bulan kami berpisah namun… mengapa aku dan dia masih saling mencintai? Maaf Riana… Hairul memang ingin kita kembali seperti dahulu, tapi Hairul tidak ingin Riana kesunyiaan sepanjang hayat


03/03
Slip SPM aku telah pun dapat, aku bersyukur kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang. Aku mengambil masa yang terluang untuk menjenguk persekitaran sekolah aku. Tempat yang terakhir aku pergi… dewan perhimpunan. Aku tertarik melihat sebuah meja berhampiran dengan pintu dewan tersebut. Aku terlihat sebuah buku yang terjatuh di bawah meja, buku itu begitu unik aku membeleknya sehingga ke suatu muka surat. Aku menjawab soalan yang ditulis di dalam buku itu meskipun aku tidak tahu tulisan siapa ka itu.

29/5
Aku telah mendapat tawaran university dalam bidang fotografi sesuai dengan apa yang aku impikan selama ini. Begitu juga dengan Riana, aku tumpang gembira dengan tawaran universitinya dalam bidang undang – undang, aku rindu akan Riana…

4/6
Kesihatan aku semakin memburuk. Dalam seminggu aku mesti jatuh sakit, dan aku juga kerap pengsan. Sedikit demi sedikit, rambut aku mulai gugur akibat daripada komeoterapi yang dijalankan. Aku rindu akan Riana… bagaimana dengan keadaannya sekarang?

10/6
Hari ini, setelah pulang sahaja daripada hospital aku singgah ke tempat kegemaranku. Sejurus kemudian, penyakit aku datang semula aku terus sahaja pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terserempak dengan Riana yang nyaris kena langgar dan aku berjaya menyelamatkannya. Sekali lagi, aku melihat deraian air matanya mengalir hati aku hancur melihat air matanya itu.

1/6
Tiga tahun berlalu, hari ini aku terserempak lagi dengan Riana. Dari riak wajahnya aku dapat merasakan bahawa dia dalam keadaan yang bahagia. Aku... ingin sangat menyatakan yang sebenarnya kepada Riana namun… aku ingin melepaskannya pergi bersama orang lain. Aku ingin dia hidup dalam keadaan bahagia meskipun hati aku akan terluka…

Riana tersenyum air matanya tidak henti – henti mengalir sehinggalah sebuah gambar terjatuh sekali lagi di halaman yang seterusnya. Dia tersenyum sehingaa menampakkan giginya apabila melihat gambar tersebut. Tertera wajahnya berada dalam gambar itu, dia kembali membaca diari kepunyaan Hairul.

12/10
Aku ingin sangat untuk pergi ke tempat kegemaranku, namun aku terpaksa dimasukkan ke hospital memandangkan kesihatan aku semakin bertambah teruk. Aku meminta bantuan Aril untuk mengambil gambar persekitaran tempat itu, secara sengaja aku tidak sangka Aril mengambil gambar Riana secara senyap. Aku gembira apabila dapat melihat wajahnya meskipun hanya daripada gambar, aku berasa seolah – olah kesakitan aku tidak terasa lagi.

20/5
Empat tahun berlalu….Kenapa penyakit ini memilih aku? Aku semakin mengalah dengan penyakit ini. …. Sebentar lagi, Riana akan menjadi hak orang lain. Harap dia boleh hidup bahagia bersama pilihan hatinya.

10/6
Hari ini… Riana sah menjadi isteri orang lain… kenapa aku masih tidak dapat melupakan dia?Penyakit ini…. Penyakit ini kenapa ia bertambah teruk? Aku tidak dapat menanggung lagi kesakitan ini.

10/6
Semuanya kembali seperti dahulu, Setelah Riana mengetahui yang sebenarnya dia memilih aku berbanding bakal suaminya. Terima kasih Riana… aku… akan menghabiskan masa aku dengan Riana.

11/6
Sekali lagi aku jatuh pengsan… Aku tahu apa yang tersimpan dalam hati Riana dia pandai menyimpan kesedihannya.

20/7
Setiap hari, Riana menjaga aku. Aku sangat beruntung dapat mengenali dia.

30/8
Hari ini, aku meluangkan masa aku bersama dengan Riana ke tempat yang ingin aku pergi. Seperti yang aku agak, tulisan dalam buku itu kepunyaan Riana. Hari ini, Riana menyatakan kepada aku bahawa dia ingin berkhawin dengan aku. Tapi… aku tidak dapat melakukannya kerana aku tidak ingin dia hidup kesunyian.

11/10
Hasil lukisan yang sentiasa bermain dalam benak fikiran aku hampir disiapkan. Hanya tinggal lukisan aku dan Riana sahaja lagi. Aku harap… jika aku pergi buat selamanya… Riana akan gembira melihat lukisan ini.

12/11
Maaf Riana… Hairul sentiasa menyusahkan Riana. Adakah aku harus melepaskannya buat kali kedua? Tidak… aku tidak mahu ianya berlaku, aku sudah membuatkan Riana jatuh hati dekat aku dan aku tidak ingin melepaskannya hanya kerana penyakit ini.

13/11
Penyakit ini datang semula bahkan ianya semakin teruk. Kenapa dengan aku? Kenapa aku merasakan bahawa aku tidak akan berada di dunia ini lagi? Adakah saat aku bersama dengan Riana sampai di sini sahaja? Aku harap perasaan gusar ini akan berakhir dengan cepat.

13/11
Riana … terima kasih buat segalanya… Hairul sentiasa mencintai Riana sehingga akhir hayat Hairul…

Sampai sahaja di muka surat terakhir, Riana mengesat air matanya lalu memandang sawah padi yang terbentang luas di hadapannya.
       
        “ Bodoh... hampir semua yang dia tulis mengenai saya. Hairul… akan sentiasa berada dalam hati Riana. Riana janji Riana akan hidup bahagia meskipun bukan bersama dengan Hairul. Terima kasih atas segalanya.” Riana meletakkan tangannya di dalam cardigan yang digunanya, dia mengeluarkan sebuah kotak kecil yang pernah diberi Hairul kepadanya. Dia tergelak kecil apabila melihat isi di dalam kotak kecil tersebut kelihatan sebentuk cincin di dalam kotak itu.
        Zarul yang berada di belakang Riana segera mendekatinya.” Jom, kita pulang.”
Riana hanya mengangguk dia sempat menoleh kea rah sawah padi yang terbentang luas di hadapannya. Dia turut tersenyum melihat pemandangan sawah padi yang hijau dan tenang, pelbagai kenangan pahit dan manis yang pernah dilaluinya bersama dengan Hairul.
Bab 24
        “ Jadi begitulah cerita dan pengalaman yang pernah saya lalui suatu ketika dahulu. Eh…?” Selesai sahaja menceritakan kepada pengalaman peribadinya kepada para wartawan kelihatan para wartawan mengesat air mata mereka yang mengalir dan ada juga yang menahan sebak. Riana hairan melihat para wartawan yang menangis.
        “ Maaf puan. Cerita cinta puan ini memang sangat terharu. Saya mewakili rakan – rakan saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menceritakan pengalaman peribadi puan kepada kami semua.” Seorang wartawan lelaki berkaca mata bangkit dari duduknya lalu bersalaman dengan Riana.
        “ Sama – sama. Terima kasih juga kerana sudi mewawancara saya. Maaf semua, buat kamu semua menangis.” Riana tersenyum melihat para wartawan yang mengalirkan air mata mendengar cerita peribadinya.
        “ Tidak apa puan. Kami minta diri dahulu puan, terima kasih sekali lagi kerana sudi diwawancara.” Sejurus kemudian, semua wartawan dari majalah serta akhbar keluar daripada bilik mesyuarat tersebut meninggalkan Riana bersendirian.
Riana kembali duduk dan menarik serta menghembuskan nafasnya untuk menenangkan dirinya. Dia tersenyum apabila melihat cincin yang pernah diberikan oleh Hairul kepadanya suatu ketika dahulu, Miza pernah menyatakan bahawa  Hairul membeli cincin tersebut daripada wang yang pernah dikumpulnya untuk menghawini Riana suatu ketika dahulu.
        “ Aku tidak boleh bersedih. Hairul… akan sentiasan berada dalam hati Riana dan Riana tidak akan sesekali melupakan Hairul begitu sahaja. Kerana Hairul… cinta pertama Riana. Hairul mengajar Riana erti percintaan, cinta itu… cinta itu indah.” Riana bangkit dari duduknya lalu menuju ke tingkap bilik mesyuarat itu, matanya khusyuk melihat langit sambil tersenyum.
Riana mengimbas kembali saat pertama kali dia bertemu dengan Hairul, kira – kira 13 tahun yang lalu.Dia memegang gelang kepunyaan arwah neneknya juga menandakan detik perhubungan mereka berdua. Lamunannya terhenti sebaik sahaja sebuah kereta berjenama bmw berwarna kelabu membunyikan honnya ke arah Riana.
        Riana tersenyum apabila melihat Kayla dan Aril bersama anak perempuan mereka keluar daripada kereta tersebut.Riana segera turun daripada bangunan itu menuju kea rah rakannya itu.” Riana, aku nak bagi kau kejutan!” Kayla segera memegang tangan Riana manakala Aril mengangkat anaknya itu.
        “ Ya. Kejutan untuk kau Riana. Tak sia – sia usaha kita, hasil lukisan Hairul. Dapat sambutan hangat, lukisannya telah habis dijual. Sekarang kita dah boleh dermakan duit hasil daripada lukisan itu kepada pesakit leukemia!” Aril menghampiri Riana dan menguntumkan senyuman kepada Riana.
        Riana menekup mulutnya, lalu membukanya kembali. Dia tersenyum puas lalu memeluk Kayla.” Terima kasih, sebab sudi bantu aku untuk buat ini semua. Kau memang sahabat semati aku.” Kayla turut tersenyum lalu tergelak kecil mereka berdua memang kelihatan begitu gembira.
        “ Jangan lupa, Laila turut membantu kita bahkan dia menjual lukisan tersebut sehingga ke luar Negara.” Aril memberi peringatan kepada Riana. Riana mengangguk lalu melepaskan dakapannya.
        “ Hampir lima tahun, Hairul pergi meninggalkan kita semua.” Riana melihat kea rah langit yang biru dan kelihatan tenang. Dia tersenyum lalu meletakkan tangannya di dadanya memandangkan Hairul akan sentiasa berada di hatinya.
Pulang sahaja ke rumah, Riana disambut baik oleh Laila, Nazrul, Aisyah, Erzul serta Puan Rabiatul dan Encik Khairi. Mereka memberikan kejutan kepada Riana di atas kejayaan novelnya yang mendapat sambutan yang hangat.
Sejurus sahaja, jamuan makan tengahari berakhir. Riana meminta diri untuk pergi ke pusara milik Hairul. Sebelum itu, dia sempat singgah di tempat kegemarannya bersama dengan Hairul. Dia memejamkan matanya lalu menarik dan menghembuskan nafasnya, air matanya mengalir di pipinya. Dia tersenyum puas dengan apa yang telah dilaluimya bersama dengan Hairul selama ini.
Riana mengesat air matanya lalu bangkit dan menuju ke pusara milik Hairul. Riana menyedekahkan surah yassin kepada Hairul, beberapa minit kemudian muncul sebuah kereta berjenama Prado. Riana tersenyum puas melihat dua orang yang keluar daripada kereta tersebut.
. . . . .
        “ Hairul! Janganlah lari – lari, nanti jatuh.” Ujar Riana kepada anak lelakinya yang aktif. Beberapa hari kemudian, Riana meluangkan masanya bersama dengan anak dan juga suaminya di sebuah tempat rekreasi yang dihiasi dengan air terjun.
        “ Hampir enam tahun, Hairul pergi. Terima kasih sebab sudi menerima saya dalam hidup awak semula.” Zarul dan Riana saling bertatapan.
Riana memegang tangan Zarul lalu menguntumkan senyumannya kepada Zarul. Zarul membalasnya, dua tahun selepas kematian Hairul Zarul melamar Riana buat kali kedua dan Riana menerimanya. Riana ingin Hairul senang apabila melihat dirinya dalam keadaan bahagia.
        Riana mengeluarkan makanan daripada beg perkelahan lalu Zarul memanggil anaknya. “ Pandai la anak mama ni kan sayang. Sekali sahaja papa panggil dah datang.” Riana mengusap kepala anaknya yang kehausan itu.
Sejurus kemudian Kayla, Aril, Nazrul serta Laila datang bersama dengan anak mereka. Mereka turut mengikuti perkelahan Riana bersama dengan keluarganya. Meskipun Hairul tidak lagi bersama dengan mereka namun, persahabatan mereka tetap diteruskan. Mereka juga tidak pernah melupakan kenangan bersama dengan Hairul terutamanya Aril dan juga Riana.

Aril dan Hairul bagaikan adik beradik kerana sejak kecil lagi mereka berteman. Susah senang Hairul dan Aril hadapi bersama, mereka berdua bagaikan kembar tak serupa. Aril memang setiakawan kepada Hairul, sebab itu Hairul menerima Aril meskipun pada mulanya dia selalu mempergunakan Aril untuk kebaikannya.” Cinta itu… memang indah. Cinta itu memang indah jika kita pandai menghargainya.” Riana bermonolog dalaman sambil tersenyum, kehidupannya bertambah bahagia dengan sahabat dan suami serta keluarga yang memahami. Dia yakin bahawa Hairul pasti senang hati apabila melihat kebahagiannya yang telah dikecapi meskipun impiannya untuk berkhawin dengan Hairul terkabur begitu sahaja.

                                            ...Tamat...

              Layan lagu ni tajuk dia Cinta Mati-6ixth sense ^_^

                                            
 Iqa rasa lagu ni sesuai dengan tema novel ni sebab cinta Hairul terhadap Riana memang dah cinta mati. Hairul sanggup korbankan perasaannya terhadap Riana kerana dia ingin Riana hidup dalam keadaan bahagia. Begitu juga dengan Riana bertahun lamanya mereka berpisah dan dia tidak dapat juga melupakan Hairul dalam hidupnya sehingga perkhawinannya dengan Zarul dibatalkan hanya kerana dia masih mencintai Hairul. CINTA ITU INDAH ^_^ 









1 ulasan:

  1. Sedihnya bahagian Hairul mati tu .. Aq sngd2 brharap yg c hairul tu sembuh .. Rpa2nya mati ..Menangis sia oo mmmbaca novel ney ! Pa2puwn mmg trbaik lh ini Novel !! (Y)

    BalasPadam

Ask Me