Perwatakan:
> Seorang gadis yang ceria dan kaya dengan senyuman
> Dalam kalangan rakannya, hanya dia sahaja yang tidak berminat untuk mempunyai kekasih.
> Sebelum dia mengenali Hairul, dia hanya memahami dua maksud dalam kehidupannya iaitu Kekeluargaan dan Persahabatan
> Pada mulanya dalam diam dia menyukai Nazrul kekasih kepada rakannya Laila, namun sejak Hairul sentiasa berusaha mendekati dirinya lama kelamaan dia tertarik dengan sikap Hairul walaupun pada mulanya dia bersikap dingin terhadap Hairul.
> Berharap agar Hairul dan dia akan bersama sehingga akhir hayat mereka, kerana Hairul merupakan cinta pertamanya.
> Rakan zaman kanak - kanak Zarul dan Zarul menganggapnya sebagai adiknya sendiri.
Hairul |
Watak:
Khairul Nizam
Perwatakan:
> Baru berpindah ke SMK Sinar Jaya kerana dibuang dari sekolah lamanya akibat daripada masalah disiplin yang teruk.
> Seorang playboy dan kaki gaduh juga pernah dikhianati oleh kekasih pertamanya, Rika.
> Jatuh cinta dengan Riana pada pandangan pertama dan sentiasa berusaha agar Riana menerimanya.
> Pandai melukis, bertukang serta mengambil gambar yang cantik juga seorang yang romantik walaupun luarannya nampak kasar.
> Dalam dirinya dia cuma ingin ayahnya kembali semula kepada keluarganya, ingin menghawini Riana apabila mereka dewasa nanti serta ingin menjadi seorang fotografer dan pelukis.
Zarul |
Muhammad Zarul Mikail
> Rakan zaman kanak - kanak Riana dan menganggap Riana sebagai adiknya.
> Rakan baik kepada Aisyah dan Zarul, mereka bersahabat sejak dari sekolah menengah.
> Setelah ayahnya yang bekerja sebagai seorang doktor meninggal dunia akibat dibunuh oleh pemberontak di luar negara, dia bertekad untuk menjadi seorang doktor.
> Sentiasa menghiburkan hati Riana jika dia berduka, memahami isi hati Riana.
> Sentiasa memberikan lolipop kepada Riana jika dia melihat Riana sedang menangis.
Kayla |
Perwatakan:
> Rakan baik kepada Riana dan Laila.
> Perwatakannya sangat berbeza daripada kawan - kawannya. Meskipun telah berkali - kali dipermainkan oleh lelaki namun dia tetap untuk mencari cinta sejatinya.
> Akhirnya dia telah menemui cinta sejatinya iaitu Aril.
> Cita - citanya ingin menjadi seorang jururawat seperti ibunya.
> Dalam kalangan rakan - rakannya dia seorang gadis penasihat fesyen, Dia sering membawa bahan kosmetik seperti bedak muka, pelembap bibir dan minyak wangi ke sekolah agar lelaki tertarik dengan dirinya
Aril |
Maxril
Perwatakan:
>Rakan baik kepada Hairul dan sama juga seperti Hairul dia turut dibuang sekolah kerana masalah disiplin yang teruk.
> Pada mulanya dia amat meminati Riana namun lama - kelamaan hatinya terbuka untuk menerima Kayla dalam hidupnya.
> Impiannya ingin menjadi seorang pengubah lagu serta penyanyi.
> Dia sentiasa membantu Hairul jika Hairul memerlukan pertolongannya dan juga seorang yang jujur dalam berkawan.
> Cinta pertama dan terakhirnya ialah Kayla.
Laila |
Nur Laila Anisa
Perwatakan :
> Rakan baik kepada Riana dan Kayla.
> Dia seorang yang sentiasa menasihat rakannya jika rakannya dalam masalah.
> Berfikiran terbuka dan menyukai Nazrul.
> Pada mulanya dia meluahkan perasaannya yang sebenar terhadap Nazrul kepada Riana dan akhirnya dia juga mendapati bahawa Nazrul juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.
> Seorang gadis yang bijak dan pandai menyelesaikan masalah.
Nazrul |
Watak :
Nazrul Fuad
Perawatakan:
> Pengawas yang bertanggungjawab serta amat menyukai Laila.
> Pada mulanya, dia menggunakan Riana untuk mendekati Laila, namun lama - kelamaan dia dapat meluahkan perasaannya kepada Laila.
> Seorang yang bijak dan berpengaruh.
> Cita - citanya ingin menjadi seorang doktor.
Rika |
Erika Safina
Perwatakan:
> Bekas Kekasih Hairul
> Ingin menghancurkan hubungan Hairul dan juga Riana kerana dia inginkan Hairul semula meskipun dia telah mengkhianati Hairul.
> Sentiasa melakukan hal yang buruk kepada Riana
> Akhirnya dia menyesal dengan perbuatannya setelah Riana menyelamatkannya daripada sesuatu yang buruk terjadi kepadanya.
Miza |
Shamiza Erisa
Perwatakan:
> Kakak kepada Hairul dan seorang kakak yang prihatin terhadap adiknya.
> Dia terhutang budi kepada Hairul yang pernah menyelamatkannya daripada sesuatu yang buruk terjadi kepadanya.
> Seorang pengubah lagu dan sentiasa bersikap baik kepada Riana.
> Juga seorang yang peramah kepada orang yang baru dikenalinnya.
Aisyah |
Nur Aisyah Zafinah
Perwatakan:
> Kakak kepada Riana.
> Dia juga seperti Miza prihatin terhadap adiknya Riana dan sentiasa menasihati adiknya jika adiknya dalam masalah.
> Akhirnya dia berkhawin dengan Erzul lelaki yang dikenalinya semenjak sekolah menengah.
> Rakan baik kepada Zarul dan juga senior kepada Zarul.
> Kadangkala dia menasihati ibu bapanya agar jangan melebihkan dia dari Riana dan menganggap bahawa mereka sama sahaja.
Erzul |
Erzul Azwandi
Perwatakan:
> Kekasih kepada Aisyah dan akhirnya berkhawin dengan Aisyah
> Seroang yang memahami keadaan keluarga Aisyah dan juga rakan baik kepada Zarul
> Senior kepada Zarul di sekolah menengahnya dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan