Tumblr Scrollbars

My Friend

Rabu, 11 September 2013

Sinopsis Novel Cinta Itu Indah




Minat Habis dengan diorang dua ni sejak tengok filem Koizora AKA Sky Of Love ^_*





Assalamualaikum w.b.t ^ _ ^ Konichiwa ! Akhrinya novel yang iqa buat kali kedua telah pun berjaya disiapkan. Memang lama la masa yang diambil untuk menyiapkan novel ni. Hampir dua bulan juga lah Iqa menyiapkan novel ini. Orang lain sibuk beraya, Iqa pula sibuk membuat novel tapi tetap enjoy la buat novel ni. Ok tanpa membuang masa.... Iqa nak bagi sinopsis untuk novel cerita mengenai remaja ni...

                                                         Cinta Itu Indah

Cerita ini mengisahkan Riana, seorang gadis yang hanya mengenali dua maksud dalam hidupnya iaitu kekeluargaan dan persahabatan. Dalam kalangan rakan - rakannya, hanya dia sahaja yang tidak berminat untuk mempunyai seorang kekasih sehingga dia bertemu dengan Hairul seorang pelajar baru disekolahnya. Hairul berpindah ke SMK Sinar Jaya disebabkan dia dibuang sekolah akibat daripada masalah disiplin yang teruk. Hairul jatuh cinta pada pandangan pertama kepada Riana, namun Riana tidak menyukai Hairul kerana sikapnya yang teruk itu. Dalam diam Riana turut menyukai Nazrul, seniornya di sekolah namun Nazrul hanya menganggapnya sebagai sahabat kerana dia menyukai Laila rakan kepada Riana dan Kayla.
Lama-kelamaan, hati Riana mulai terbuka untuk menerima Hairul apa seadanya setelah mendengar kisah hidup Hairul melalui Aril, rakan kepada Hairul yang turut meminati Riana. Apakah yang akan berlaku kepada kisah Riana dan juga Hairul? Adakah Riana akan mencintai Hairul seperti mana Hairul mencintai dirinya? Bagaimana pula kisah rakan - rakan Riana? Jangan lupa untuk membaca novel CINTA ITU INDAH ^ _ ^

Novel CINTA ITU INDAH klik creation lepastu cari tajuk dia ^ _ ^ Enjoy....

1 ulasan:

Ask Me