Tumblr Scrollbars

My Friend

Jumaat, 15 November 2013

Tentang Kita ( BAB 11 )






Bab 11

Setelah hampir dua minggu berada di Hospital Seri Setia, Zafirah akhirnya dibenarkan pulang setelah keadaannya semakin bertambah  pulih. Sejak keluar daripada Hospital Seri Setia, Zafirah tidak lagi mengambil peduli hal mengenai hubungan Haizal dan juga Keysha. Dia ingin menenangkan mindanya daripada segala masalah yang dihadapi,tumpuannya kini hanya lah berada di hadapan iaitu SPM yang akan menentukan masa hadapannya.
Seperti yang dijanjikan, Mira,Maya dan Zira mengunjungi rumah teres dua tingkat kepunyaan Puan Akma yang diwariskan oleh ayahnya iaitu datuk Zafirah yang telah lama meninggal dunia kira-kira empat tahun yang lalu. Dahulu sebelum datuk dan neneknya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya selepas balik daripada menunaikan haji, datuk dan neneknya tinggal bersama-sama dengan mereka. Maklumlah hanya Puan Akma merupakan anak bongsu dari tiga beradik yang hanya mempunyai seorang lelaki.
Dahulu sebelum ibu bapa Puan Akma menghembuskan nafas yang terakhir, Encik Rusdy hanya bersikap baik kepada isteri dan juga anak-anaknya. Namun di sebalik  kebaikan itu ada rancangan yang tersirat dalam hati kecilnya itu. Dia hanya ingin menghawini Puan Akma kerana harta ayahnya yang melimpah itu.
       “ Assalamualaikum.” Tiga sekawan itu memberikan salam dari luar pagar rumah mereka.
      “ Waalaikumsalam, korang ni lambat sangatlah hampir 30 minit aku tunggu tahu tak.Masuklah.” Jawab Zafirah lalu mempelawa rakan-rakannya masuk ke dalam.
      “ Ala beb… relax la kit kat kan ada.” Jawab Zira selamba lalu menghulurkan tiga bar coklat Kit Kat bersama dengan sekuntum bunga mawar merah kegemaran Zafirah kepada rakan mereka itu. Zafirah mengambil coklat dan bunga mawar tersebut lalu mempelawa rakan-rakannya untuk masuk ke dalam biliknya.
     “ Tu, Haizal yang bagi tau bukan kitorang.” Mira bersuara lalu mengeluarkan sebuah buku subjek Kimia di dalam beg sekolahnya.
     “ Eh? Apa pasal dia utuskan kawan – kawan aku ni jadi poswoman ni? Sadiss pandai-pandai ja dia kan suruh kawan-kawan kesayangan aku ni hantar macam ni dekat aku.” Zafirah mengeluh sambil menghidu kuntuman bunga mawar merah yang berada di pegangannya. Namun tanpa disedari, timbul segaris senyuman dari bibirnya.
     “ Mana la kitorang tahu, tadi pagi kitorang terserempak dan dia suruh kitorang bagi dekat engkau. Dia Cuma kata “ samapaikan sayang aku dekat Zaf” lepastu dia bagi la kitorang bunga dengan coklat ni.Untunglah kau beb, ada secret admire yang hot macam Haizal tu. Aku ni… hmm harap kan siapa la yang nak jadi secret admire aku.” Keluh Maya lalu mula membuka helaian demi helaian sebuah buku subjek Kimia yang berada di atas meja belajar.
     “ Dia bukan secret admire aku la. Lagipun…dia…dia dan Keysha…” Zafirah melabuhkan punggungnya di atas katil bujangnya. Kata-katanya terhenti sebaik sahaja Maya memegang tangannya dengan erat.
     “ Maaf… kami tak tahu.” Lembut suara Maya memujuk rakannya yang kelihatan sedih itu.
    “ Tak apa. Eh, jomlah kita start study.” Jawab Zafirah ringkas lalu menukar topik perbualan mereka. Dia bangkit dari duduknya lalu mengambil buku teks kimia yang berada di atas meja belajarnya.
   “ Zaf… kalau kitorang tanya kau hal ni…kau jangan marah ek.” Sebaik sahaja Zafirah duduk bersila berhadapan dengan rakan-rakan mereka, Zira mengajukan soalan kepada Zafirah dalam nada yang rendah. Dia risau jika soalan itu akan membuatkan persahabatan mereka retak.
       “ Soalan apa? Aku tak marah la jangan risau.” Zafirah membelek-belek helaian demi helaian buku kimia yang berada di atas tangannya itu.
          “ Jujur… kau…kau sebenarnya sukakan Haizal kan? Kau sukakan dia lebih dari seorang sahabat?” Tambah Mira lalu mengetap bibirnya.
Tangan Zafirah terhenti daripada membelek-belek helaian demi helaian buku Kimia tersebut. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya lalu melihat wajah rakan-rakannya seorang demi seorang dengan pandangan yang tajam.
           “ Korang…korang memang sahabat aku. Aku… aku…aku dah cuba…aku dah cuba untuk menghapuskan cinta aku dekat dia. Tapi…tapi tak boleh. Semakin aku mencuba untuk melupakan dia… semakin…semakin kuat rasa cinta aku dekat dia.” Air mata Zafirah mulai bercucuran jatuh dari kelopak matanya lalu menundukkan wajahnya dan mengetap bibirnya.
           “ Beb…dah la. Maafkan kitorang…kitorang tak bermaksud nak buat kau sedih macam ni. Tapi kitorang tak boleh tahan tengok kau termenung seorang-seorang, sembunyikan masalah seorang diri. Kita kan kawan, jadi kalau di antara kita ada masalah jangan lah simpan.” Pujuk Zira lalu menggosok-gosok tangan Zafirah yang digenggam itu.
Zafirah mengangguk lalu memberikan senyuman yang lebar kepada ketiga-tiga rakannya. Senyumannya di balas lalu mereka berdua mula menelaah pelajaran yang terbentang di hadapan mereka itu.
( ^___^ )

Hanya tinggal dua bulan sahaja lagi mereka akan menduduki SPM yang akan menentukan masa hadapan mereka. Sebelum pulang daripada sekolah, Zafirah sengaja melambat-lambatkan dirinya menyusun buku-buku teks kepunyaannya yang berada di atas meja.
              “ Awak…awak dengan Keysha macam mana?” Setelah hampir beberapa minit berdiam diri Zafirah mengeluarkan apa yang tersirat dalam hatinya kepada Haizal yang sedang menyalin nota yang berada di papan putih yang belum disiapkannya.
Haizal hanya berdiam diri, matanya hanya tertumpu kea rah papan putih yang berada di hadapannya. Sekali lagi Zafirah mengulangi pertanyaannya terhadap Haizal yang bermuram durja itu. Haizal masih tidak menjawab pertanyaan daripada Zafirah.
Zafirah mencebik lalu mengulangi soalan yang diajukan sebentar tadi. Haizal mengeluh keras lalu menumbuk meja dengan kuat kelihatan tangannya mulai bengkak dan merah. Zafirah tersentak,suasana yang tadinya sunyi kini bertukar menjadi semakin suram.Hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam kelas 5 Harmoni manakala rakan-rakan mereka telah lama keluar daripada kelas tersebut.
            “ Kau ni kan… boleh tak kalau kau ajukan soalan yang lain? Aku dah muak dengan soalan mengenai Keysha…Keysha dan Keysha. Kau nak sangat kan aku buat macam ni, terima la padahnya. Sekali lagi… kau tanya pasal Keysha… jangan harap aku nak kawan dengan kau lagi. Nak menyibuk hal aku apa pasal, aku tak pernah pun sibuk hal kau tu!” Haizal melepaskan semua geramnya kepada Zafirah dengan nada yang kuat.
Zafirah mengetap bibirnya matanya mulai berkaca-kaca setelah mendengar kata-kata Haizal yang pedas itu,dia sendiri berasa pelik dengan kelakuan Haizal. Haizal menarik dan menghembuskan nafasnya untuk menenangkan dirinya yang gelisah itu. Rasa bersalah dalam dirinya mulai menjelma setelah melihat riak muka Zafirah yang berubah itu.
            “ Hmm… ni yang aku cair dengan muka kau masam semacam ni. Yelah…yelah aku minta maaf. Aku berkasar dengan kau tadi… aku dan dia semakin bagus. Terima kasih la kau dah tolong aku. Ha… puas?” Haizal menyusun buku-buku teksnya sebelum pulang ke rumah.
          Zafirah tersenyum lebar sebaik sahaja mendegar bahawa hubungan Haizal bersama Keysha baik-baik sahaja. “ Oi… yang kau tercegat duduk dekat sana buat apa lagi?” Zafirah tersedar daripada lamunannya sebaik sahaja Haizal memanggilnya. Haizal berdiri membelakangi pintu sambil meletakkan tangan kanannya ke dalam poket seluarnya.
Zafirah tersengih kelat namun dia langsung tidak bangkit dari duduknya. Haizal mencebik apabila melihat reaksi Zafirah yang selamba itu.
           “ Awak pergi la, kejap lagi saya balik.” Jawab Zafirah ringkas. Haizal menyengetkan mulutnya lalu berganjak pergi dari situ meninggalkan Zafirah yang masih tercegat duduk.
Zafirah menyembamkan mukanya di atas tangannya yang diselangkan sebentar tadi. Tangannya mulai basah dengan air matanya yang jatuh dari kelopak matanya, rupa-rupanya dia terasa dengan kata-kata pedas daripada Haizal sebentar tadi. Dia mulai menangis teresak-esak dia menggenggam bajunya dengan erat, hatinya terasa begitu sakit mendengar kata-kata Haizal.
            “ Kenapa dengan dia tu… kenapa dia tak pernah faham perasaan aku. Kenapa…” Kata-kata Zafirah terhenti sebaik sahaja mendengar suara orang berdehem di sebelahnya.
Dia segera mengangkat wajahnya, matanya membulat sebaik sahaja melihat Haizal berada di sebelahnya. Riak wajahnya mulai bertukar merah menahan malu… kantoi! Habis semuanya kantoi, dia mengesat air matanya lalu menyusun buku-buku yang berada di dalam lacinya untuk berganjak keluar dari situ.
              “ Apa pasal kau nangis ni? Kau terasa ka dengan kata – kata aku tadi?” Haizal mengajukan soalan kepada Zafirah yang berasa cemas itu. Zafirah hanya menggelengkan kepalanya, pekerjaannya terhenti sebaik sahaja Haizal menahan bukunya lalu mereka berdua saling berbalas pandangan.
            “ Kau bisu ka apa? Jawab la soalan aku!” Haizal mendekatkan mukanya ke arah Zafirah. Zafirah menelan air liurnya, lalu mengetap bibirnya dan bangkit dari kerusi.
           “ Mana ada… mana ada saya terasa. Mata saya masuk habuk la, ok lah saya nak balik dulu.” Zafirah segera keluar daripada kelas tersebut sebelum drama antara dia dan Haizal bermula.
Haizal tersenyum sinis melihat gelagat Zafirah yang kelam kabut itu. Dia menoleh kan kepalanya kea rah kerusi dan meja  yang selalu diduduk oleh Zafirah.
Senyuman sinisnya mula bertukar menjadi senyuman yang manis dan lebar. Dia mulai ketawa terbahak-bahak melihat gelagat Zafirah yang selama ini sentiasa berada di sisinya.

        Gelak tawa Haizal semakin perlahan lalu dia tersenyum sinis semula.“ Kau dah buat aku semakin gila kan kau Zaf… aku memang dah gilakan kau. Malah aku semakin gilakan kau… tunggu aku…. Tunggu aku lamar kau tujuh tahun nanti. Tunggu…aku akan buat kau terkejut beruk punya. Kau sangka aku tak tahu ke kau pun ada perasaan cinta dekat aku. Dari riak muka kau pun aku dah boleh tengok la.” Haizal bermonolog dalaman lalu bangkit dari duduknya keluar daripada kelas tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me