Tumblr Scrollbars

My Friend

Rabu, 13 November 2013

Tentang Kita (BAB 10 )





BAB 10

Keysha mencapai telefon bimbit berjenama Samsung s3 yang berada di atas meja soleknya lalu menyentuh bahagian kenalan. Sebaik sahaja berjaya mencari nombor telefon orang yang ingin dihubunginya dia tersengih-sengih lalu bergelak sendirian persis seperti perempuan gedik yang tidak waras.
       “ Moshimoshi! Konichiwa Haizal-kun” Sebaik sahaja mendapat panggilan daripada Keysha, Haizal tidak menerima panggilan tersebut lalu menyentuh punat merah pada telefon bimbitnya yang berjenama Nokia Asha 501 itu. Hari itu, sepanjang hari Haizal langsung tidak melihat kelibat Zafirah di dalam perkarangan sekolah apalagi di dalam kelas.
Dia ada juga bertanyakan mengenai Zafirah kepada Maya,Zira dan Mira namun mereka hanya berkata bahawa mereka juga tidak mengetahui punca Zafirah  tidak ke sekolah pada hari itu.Setelah selesai menjalani latihan bola sepak, Haizal menghampiri Zakri yang sedang duduk di dalam dewan perhimpunan sambil bersembang bersama dengan rakan-rakannya.
      “ Assalamualaikum…boleh aku duduk?”
      “ Waalaikumsalam…eh kapten rupanya. Duduklah.” Jawab Zakri bersama rakannya serentak. Haizal melabuhkan punggungnya di atas lantai lalu duduk bersila menghadap antara satu sama lain.
    “ Kapten nak tanya pasal kak Zaf kan?” Zakri tersenyum tatkala melihat Haizal dalam kegelisahan lalu membisik sesuatu kea rah telinganya.
    Haizal hanya tersengih tatkala mendengar bisikan Zakri. “ Kakak kamu tu… dah ada pakwe ke?” Zakri tergelak mendengar pertanyaan yang diajukan oleh Haizal.
     “ Kapten… Macam tak kenal dengan akak saya tu macam mana orangnya. Hal macam tu langsung tak terlintas pun dalam minda dia. Kalau dia suka dekat seseorang tu pun dia akan simpan dalam hati. Dia tu berahsia la orangnya, mak kitorang pun tak tahu apa masalah dia, dia tu pandai sangat simpan masalah dan rahsia dia. Kita semua Nampak muka dia ceria,kaya dengan senyuman tapi kita tak tahu kalau dia ada masalah.” Haizal tersenyum sebaik sahaja mendengar omongan Zakri. Zakri membalas senyuman tersebut lalu bangkit dari duduknya mereka berdua saling berpandangan lalu sekali lagi berbalas senyuman.
        “ Kapten jangan risau, kak Zaf tak sekolah hari ni sebab… sebab. Hmm maaf lah tak boleh bagi tahu, tapi jangan risau kak Zaf baik-baik ja dekat rumah tu. Saya minta diri dulu kapten, assalamualaikum.” Zakri memegang bahu Haizal lalu beroleh pergi meninggalkan Haizal yang masih duduk bersila bersendirian di dalam dewan tersebut.
Berkali-kali Puan Akma mengetuk pintu bilik anak gadisnya itu namun tidak menunjukkan sebarang reaksi. Perasaan risau,gelisah dan panik kini bercampur baur dalam hati Puan Akma mengenai Zafirah. Awal pagi tadi, sebelum Zafirah berangkat ke sekolah kelihatan mukanya begitu pucat dan selera makannya juga tidak kelihatan. Zafirah terpaksa akur dengan permintaan ibunya untuk tidak ke sekolah pada hari itu.
 Hampir seminggu Puan Akma berasa pelik dengan keadaan Zafirah. Semalam pula, sebaik sahaja Zafirah pulang daripada kompleks membeli-belah Kiara Zafirah mengalami demam panas. Namun oleh kerana sifat Zafirah yang degil tidak mahu ke Klinik, Puan Akma terpaksa akur dengan keputusan anaknya itu.
     Puan Akma mengambil kunci pendua yang berada di dalam biliknya lalu membuka pintu bilik Zafirah yang berada bersebelahan dengan bilik tetamu.            “ Astaghfirullahalazim,Zaf…Zaf…Zaf kenapa ni Zaf? Bangunlah Zaf!” Puan Akma mengetap bibirnya sebaik sahaja melihat Zafirah jatuh pengsan di atas lantai. Kelihatan bibirnya begitu pucat dan biru,di tapak tangan Zafirah pula ada kesan darah begitu juga dengan mulutnya. Pernafasan gadis itu turut tidak teratur, Misha dan Zarif yang berada di tingkat bawah segera naik ke tingkat atas setelah mendengar ibu mereka memanggil nama Zafirah berkali-kali.
         “ Terima kasih Kapten, sudi hantar saya pulang.” Haizal hanya mengangguk sebaik sahaja ucapan terima kasih kedengaran di corong telinganya. Belum sempat Zakri turun daripada kereta berjenama Honda Civic itu, Zarif berlari-lari anak mendapatkan abangnya.
        “ Abang… kak Zaf…Kak Zaf” Zarif tercungap-cungap kerana dicampur dengan kegelisahan dan panic sebaik sahaja melihat keadaan kakaknya yang tenat itu.
       Zakri membuka  tingkap kereta tersebut lalu dapat mendengar apa yang diperkatakan oleh Zarif. “ Kak Zaf pengsan… cepatlah abang tengok Kak Zaf tu.” Zakri dan Haizal terkejut besar tatkala mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Zarif. Zakri menoleh kea rah belakang untuk memberitahu kepada Haizal mengenai keadaan Zafirah namun lelaki itu sudah jelas tidak kelihatan lagi. Haizal sudah berlari dengan pantas masuk ke dalam rumah mereka lalu menuju ke tingkat atas.
Puan Akma menangis teresak-esak melihat keadaan Zafirah yang semakin tenat itu. Tanpa berlengah lagi, Haizal segera mengangkat Zafirah masuk ke dalam keretanya diikuti dengan Puan Akma dan juga Misha. Haizal segera memecut pacuan empat rodanya menuju kea rah Hospital yang berhampiran.
Tangannya mulai berpeluh-peluh dan terketar-ketar memegang stereng kereta, Zakri cuba menenangkan hati Haizal yang gelisah dengan menyuruhnya untuk berzikir. Sampai sahaja ke destinasi yang dituju,tiga orang  jururawat yang bertugas segera menarik pengusung beroda yang disediakan di luar hospital. Perlahan-lahan Haizal mendukung Zafirah lalu meletakkan gadis itu di atas pengusung beroda yang disediakan.
Zafirah masih tidak sedarkan diri, muka dan juga bibirnya semakin pucat. Mereka berlima mengiringi Zafirah masuk ke dalam ruang kecemasan, Puan Akma berdoa di dalam hati agar anak gadisnya itu dihindari daripada penyakit yang berbahaya. Anak mata Haizal tajam merenung kea rah wajah pucat milik Zafirah itu,rasa bersalah mulai menerpa dirinya. Dalam hatinya pasti Zafirah berasa begitu penat memikirkan pertolongan yang dipintanya daripada gadis itu.
Beberapa saat kemudiaan, mereka sampai di hadapan ruang kecemasan. Zafirah memegang tangan Haizal dengan erat membuatkan Haizal kaget dengan kelakuan Zafirah. Haizal mencuba untuk melepaskan tangan Zafirah namun pegangan tangan Zafirah begitu erat.Jururawat yang bersanggul dan berketurunan cina itu melepaskan tangan Haizal daripada genggaman Zafirah, perlahan-lahan pegangan tangan mereka mulai terlerai.
Kelibat Zafirah tidak lagi kelihatan setelah dia dibawa masuk ke dalam ruang kecemasan, Haizal mengeluh lalu mengetap bibirnya. Puan Akma,Misha dan Zarif  duduk di sebuah kerusi yang disediakan dan setia menanti Zafirah di luar ruang kecemasan. Kelihatan mulut Puan Akma terkumat-kamit membaca zikir untuk menenangkan hatinya yang dalam kegelisahan itu.
        “ Kapten, jangan lah risau dengan keadaan kak Zaf. Dia akan ok juga nanti, dia tak apa-apa. Saya kenal sangat dengan kak Zaf tu, dia tu kuat orangnya semua masalah dia dapat atasi dengan sendiri. Kalau kapten rasa gelisah juga, solat hajat agar kak Zaf dalam keadaan yang baik sahaja.” Zakri menenangkan hati Haizal yang berdiri kau di hadapan ruang kecemasan lalu beroleh pergi dari situ menuju ke surau yang disediakan di Hopital itu.
           “ Ya Allah ya tuhanku aku bermohon kepada mu ya Allah, kau kuatkan lah semangat gadis yang aku cintai agar dia dalam keadaan yang baik-baik sahaja ya Allah. Sesungguhnya hati dan perasaan cinta aku hanya untuknya  sahaja ya Allah. Dia lah yang telah mengajar aku erti kehidupan di dunia ini. Aku mohon ya Allah, selamatkanlah dia ya Allah.” Sejurus sahaja menunaikan solat hajat, Haizal memanjatkan doa kepada ilahi agar Zafirah akan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Zakri tersenyum, dia tahu apa yang bermain dalam minda Haizal mengenai kakaknya itu.
Beberapa minit kemudiaan, seorang doktor wanita yang bertudung putih keluar daripada ruang kecemasan dengan riak wajah yang begitu sugul. Puan Akma bangkit dari duduknya lalu menghampiri doktor tersebut.
        “ Doktor… bagaimana dengan keadaan anak saya doktor? Dia baik-baik sahaja kan doktor?” Haizal dan Zakri yang baru sahaja sampai ke ruang kecemasan turut menghampiri doktor yang bernama Marisa itu.
       “ Maafkan kami… anak puan mengalami Pneumonia atau erti kata lain Jangkitan Kuman di Paru-Paru. Dia terpaksa ditahan di dalam Hospital memandangkan penyakitnya bertambah serius. Kami harap puan boleh bersabar.” Kaki Haizal seperti terketar-ketar bagai terkena renjatan elektrik sebaik sahaja mendengar penjelasan doktor tersebut.
      “ Doktor…sekarang kami boleh masuk kan doktor?” Soal Puan Akma dengan suara yang terketar-ketar. Timbul suatu perasaan yang sebak dalam dirinya setelah mendengar penjelasan doktor tersebut.
    “ Boleh Puan. Saya harap Puan sekeluarga dapat bersabar.” Jawab doktor Marisa lalu beroleh pergi dari situ meninggalkan Puan Akma serta anak-anaknya dan juga Haizal yang sudah terduduk di atas kerusi di luar ruang kecemasan.
Sebaik sahaja membuka pintu bilik Zafirah, perlahan-lahan Puan Akma mengucup dahi anak perempuannya yang masih tidak sedarkan diri itu. Perasaan sebaknya mula bertukar menjadi air mata yang mulai berjatuhan di pipinya apabila melihat Zafirah dikenakan alat bantuan pernafasan dan juga Cecair Intravena pada urat tangannya. Jelas kelihatan begitu teruk keadaan Zafirah yang dijangkiti dengan Pneumonia itu.
Setelah hampir dua jam berada di dalam wad wanita yang ditempatkan oleh Zafirah, Puan Akma dan ketiga orang anaknya keluar daripada wad tersebut. Kelihatan Haizal masih duduk bersendirian di ruang kecemasan sambil menundukkan kepalanya memandang lantai yang kosong itu.
        “ Haizal, masuk la ke dalam Zafirah sedang tunggu kamu tu.” Perlahan-lahan Haizal mengangkat mukanya setelah mendengar omongan Puan Akma. Puan Akma memberikannya senyuman dan Haizal mengangguk serta membalas senyuman Puan Akma. Haizal bangkit dari duduknya lalu masuk ke dalam wad wanita yang ditempatkan oleh Zafirah.
Kelihatan Zafirah terbaring kaku di atas katil pesakit,mukanya kelihatan begitu tenang dengan senyuman yang terukir dari bibirnya meskipun mukanya begitu pucat. Haizal tersenyum sinis kea rah Zafirah lalu melabuhkan punggungnya di kerusi plastik yang berada di sisi katil gadis tersebut.
         “ Kau ni, dah sakit pun masih boleh tersenyum lagi kan tapi tambah cantik pula tu. Zaf…bangunlah aku kesunyiaan ni, a..ak… aku tak boleh buli kau lagi. Cepatlah se..darkan diri,kau kan kuat malah kau ….lebih kuat…berbanding aku. Aku..tak nak kehilangan kau,aku tak nak kehilangan…orang yang aku cintai. Aku menyesal sangat… dengan apa yang aku dah buat, aku tipu perasaan aku sendiri.” Anak mata Haizal tajam memandang tepat kea rah wajah Zafirah yang dipasang dengan alat bantuan pernafasan. Dia bermonolog tanpa disedari air matanya gugur jatuh di pipinya yang putih langsat itu.
         Haizal mengusap air matanya daripada jatuh sekali lagi dia mengeluh lalu tersengih kelat. “ Hebat kau kan boleh buat aku menangis, oi cepatlah sedarkan diri kau. Kau sedar nanti aku nak buli kau puas – puas sebab kau dah buat aku nangis.” Haizal bermonolog lalu mengusap kepala Zafirah dengan lembut,rasa sayangnya terhadap gadis itu semakin berada di kemuncaknya.
        “ Sabar la Haizal, Zaf tu akan ok punya. Macam ja kau baru kenal dia semalam yakin ja dia akan ok.” Rafiq menepuk bahu Haizal sebaik sahaja dia bersama dengan Mira,Zira dan Maya  masuk ke dalam wad yang ditempatkan oleh Zafirah.
        “ Um…betul tu Zaf akan ok punya. Dia kan kuat orangnya, awak sabar ja ok. Doakan dia agar dia akan kembali sihat seperti dulu.” Tambah Mira. Maya dan Zira hanya berdiam diri melihat rakan mereka yang terbaring kaku di atas katil ditemani alat bantuan pernafasan dan juga cecair Intravena. Perlahan-lahan air mata mereka gugur lalu menangis teresak-esak. Mira yang melihat keadaan mereka berdua segera memeluk rakannya yang menangis teresak-esak itu dengan erat.
            “ Korang… Zaf akan ok. Jangan risau, kita doakan dia ek dia akan ok ja.” Hanya itu sahaja yang dapat dikeluarkan daripada mulut Mira, dia turut berasa sebak melihat rakan mereka yang dalam keadaan yang tenat itu.
( ^___^ )
Hampir tiga hari Zafirah dimasukkan ke dalam wad kecemasan namun gadis itu masih tidak sedar-sedarkan diri lagi. Sejurus sahaja pulang daripada sekolah, Haizal melawat Zafirah dengan membawa sejambak bunga mawar merah kegemaran Zafirah.
Dia meletakkan Bunga tersebut di atas meja lalu melabuhkan punggungnya duduk di atas kerusi plastik berwarna hijau yang diletakkan di sisi katil pesakit. Haizal menguntumkan senyuman yang lebar kepada Zafirah lalu perlahan-lahan bangkit dari duduknya, mahu sahaja dia mengucup dahi Zafirah dia tersedar bahawa mereka berdua bukan muhrim. Dia kembali duduk di atas kerusi tersebut lalu mengeluh, perlahan-lahan Zafirah menggerak-gerakkan jarinya.
Haizal segera bangkit dari duduknya dan tersenyum lebar tatkala melihat keadaan Zafirah yang mempunyai perubahan. Belum sempat dia memanggil jururawat yang bertugas, Zafirah memegang tangannya dengan erat. Perlahan-lahan Zafirah membuka alat bantuan pernafasannya lalu memberikan senyuman yang lebar kepada Haizal, Haizal membalas senyuman tersebut lalu kembali duduk di atas kerusi hijau.
          “ Awak… tah…tahniah sebab Key…Keysha dah terima… cinta awak. Maaf sebab saya… saya lambat ucapkan tahniah kepada awak.” Zafirah melepaskan tangan Haizal lalu gugup mengucapkan tahniah kepada Haizal.
Haizal mengetap bibirnya lalu menundukkan wajahnya. Timbul satu perasaan sebak dalam dirinya tatkala mendengar kata-kata Zafirah. Perlahan-lahan air matanya jatuh setitik demi setitik di pipinya, Zafirah tergelak kecil melihat Haizal menangis.
          “ Kau ni kan… itu juga yang kau nak ucapkan dekat aku. Hebat juga kau ni… kau orang pertama yang buat aku menangis.” Haizal mengesat air matanya yang jatuh lalu tersengih kelat.
          “ Pertama kali saya tengok awak nangis, kali ni biar saya yang buat awak menangis. Selalunya awak yang buat saya menangis kan, terima kasih. Terima kasih sebab sentiasa mengambil berat mengenai saya, terima kasih sebab sentiasa menjaga saya dan melindungi saya ketika saya dalam kesusahan. Saya…saya sayangkan awak sebagai sahabat saya.”
 Haizal bangkit dari duduknya lalu pergi meninggalkan Zafirah untuk mencari doktor Marisa yang bertugas untuk merawat Zafirah. Zafirah mengetap bibirnya dan timbul suatu perasaan sedih dalam hatinya tatkala Haizal hanya pergi begitu sahaja. Air matanya mulai jatuh dari pipinya yang putih mulus itu, lalu dia tersenyum kelat.
          “ Memang sah la dia tak sayang aku meskipun hanya sebagai seorang sahabat. Jangan perasan la Zaf…hati dia hanya untuk Keysha seorang sahaja bukan untuk kau.” Zafirah bermonolog dalaman rasa kecewa dalam dirinya semakin menerpa. Hatinya berasa begitu luluh tatkala Haizal hanya pergi begitu sahaja setelah dia meluahkan rasa sayangnya kepada jejaka itu.
Dua minit kemudiaan, Doktor Marisa bersama dengan seorang jururawat masuk ke dalam wad yang ditempatkan oleh Zafiraha untuk memeriksa keadaan gadis tersebut. Haizal menghubungi Puan Akma yang berada di kantin Hospital yang sedang menemani Misha dan Zarif menjamu makan tengah hari mereka.
         “ Keadaan Zafirah baik-baik sahaja. Dia hanya perlu menjalani rawatan di sini dalam seminggu atau dua minggu lagi sehingga dia betul-betul sihat.” Doktor Marisa menjelaskan keadaan Zafirah kepada Puan Akma yang sedang berdiri di luar wad. Puan Akma tersenyum lebar tatkala mendengar keadaan Zafirah yang semakin pulih.
          “ Oi! Kau kata tadi kau sayang aku kan? Kalau begitu maksudnya kau Cuma sayangkan aku ja. Aku sayangkan kau dan aku sukakan kau…sebagai sahabat tak lebih dari itu. Kau cepat sikit sembuhnya…aku nak buli kau lagi, kau lemah macam ni tak boleh buli lagi. Aku nak balas dendam dekat kau sebab kau dah buat aku menangis macam lelaki bunga.” Zafirah memberikan senyuman yang lebar tatkala Haizal meluahkan perasaan sayangnya. Haizal hanya membalas dengan senyuman yang kelat lalu pergi dari situ meninggalkan Zafirah yang berada dalam keadaan yang gembira.

Haizal meminta diri daripada Puan Akma yang berada di luar wad untuk pulang ke rumahnya. Hatinya berasa begitu lega tatkala meluahkan perasaan sayangnya terhadap Zafirah meskipun perasaan cintanya masih belum diluahkan. Dia tersenyum sinis sebaik sahaja masuk ke dalam keretanya yang berjenama Honda Civic itu.
          “ Kau dah terkena dengan perangkap cinta aku…kau juga berjaya buat aku jatuh cinta sehingga cinta mati dekat kau. Kau memang hebat dah buat aku menangis tapi… aku akan buat yang lebih teruk dari ini.” Luahnya dalam hati sebelum memecut pacuan empat rodanya menuju ke destinasinya.


        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me