Tumblr Scrollbars

My Friend

Selasa, 12 November 2013

Tentang Kita ( BAB 9 )



BAB 9

Seperti biasa sebelum berangkat ke sekolah, Zafirah dan juga ketiga-tiga orang adiknya akan menjamu sarapan yang disediakan oleh ibunya. Kebahagiaan dalam keluarga mereka semakin membaik semenjak Encik Rusdy telah dipenjara atas kesalahan mengedar dadah.
        “ Jadi, Zakri keputusan perlawanan bola sepak kamu tu macam mana? Sekolah kamu dapat tempat ke berapa?”Setelah hampir beberapa minit berdiam diri, Puan Akma memecahkan kesenyapan itu dengan menanyakan kepada Zakri mengenai keputusan perlawanan bola sepaknya yang telah berakhir semalam.
          “ Dapat tempat kedua ja mak.” Jawab Zakri ringkas.
         “ Ala, tempat kedua pun ok apa. By the way,congrats.” Balas Zafirah memberikan kata-kata semangat kepada Zakri lalu menghirup air teh panas yang dihidangkan oleh ibunya sebentar tadi. Zakri hanya mengangguk lalu saling berbalas senyuman dengan kakaknya.
       “ Hmm,kamu pula Misha? Akak dengar kamu dapat tempat pertama dalam kelas dan dalam pertandingan melukis betul ka?” Tambah Zafirah lalu meletakkan cawan yang berada di tangannya di atas meja makan semula.
       “ Betul la tu akak, nanti kalau Misha dah besar Misha nak jadi pelukis dan buka sebuah galeri. Lepas tu nanti hidup kita jadi senang la, hmm ni mak untuk mak Misha lukis gambar keluarga kita dan hadiah dia Misha dapat duit mak. Tapi mak ja la yang simpan.” Jawab Misha lalu mengeluarkan sebuah lukisan dan juga sampul surat berwarna biru di dalam beg sekolahnya. Sampul surat dan lukisan tersebut bertukar tangan kepada Puan Akma.
      Zafirah tersenyum mendengar kata-kata Misha. Puan Akma turut bangga mendapat anak seperti mereka berempat yang masing-masing mempunyai wawasan dan bakat yang tersendiri. “ Zarif pula macam mana? Minggu lepas kamu ikut pidato peringkat daerah kan? Tiada pun berita mengenai pidato kamu tu.” Kali ini Zakri pula yang menyoal Zarif yang hanya berdiam diri.
        Zarif mengeluarkan sebuah piala dari dalam beg sekolahnya lalu menghulurkan kepada Puan Akma. “ Dapat tempat ketiga ja mak.”
        “ Tak pa, lain kali usaha lagi sampai dapat juara.” Jawab Puan Akma lalu mengusap kepala anak lelakinya itu.
             “ Mak bangga dapat anak macam kamu berempat. Mak harap kamu belajar rajin-rajin lepastu nanti hidup kamu bila besar nanti tak adalah sengsara macam mak.” Nasihat Puan Akma lalu menguntumkan senyuman kepada anak-anaknya yang berada di hadapannya.
Setelah selesai menjamu sarapan, Zakri bangkit dari duduknya. Dia sempat bersalaman dengan ibunya sebelum berangkat ke sekolah. Begitu juga dengan Misha dan Zarif mereka turut bangkit dari duduknya lalu meminta restu dengan ibunya itu. Hanya Zafirah yang masih menjamu mi goring yang dimasak oleh ibunya itu.
          “ Kak Zaf, kawan kak Zaf dah datang.” Sebaik sahaja membuka pintu rumahnya, Misha sempat memberitahu Zafirah apa yang dilihatnya sambil memakai sepasang kasut.
Puan Akma dan Zafirah saling berpandangan dengan pandangan yang pelik. Memang pelik baru kali itu seorang tetamu mengunjungi rumah mereka pada awal pagi buta begitu.
         “Hmm, kenal-kenal. Kak Zaf, abang Haizal ada dekat depan la akak. Cepat la akak, kitorang boleh tumpang juga malas la jalan kaki. Penat.” Zakri mengangguk kepala lalu melambaikan tangannya kea rah Haizal yang sedang bersandar di sebuah kereta ayahnya yang berjenama Vios Sport yang berwarna kelabu itu. Zakri amat mengenali lelaki yang berada di hadapan rumahnya itu. Setiap kali, latihan bola sepak dijalankan Zakri sentiasa melihat kelibat Haizal maklumlah Haizal seorang kapten bola Sepak di SMK Indera.
Zafirah tersedak sebaik sahaja mendengar nama Haizal berada di gegendang telinganya. Puan Akma tersenyum terlihat telatah anaknya lalu memberikan segelas air suam kepada Zafirah. Puan Akma bangkit dari duduknya lalu menggosok-gosok belakang Zafirah dengan lembut.
         “ Ai akak, sampai macam tu sekali akak terkejut. Tenang la akak,sempoi ja janganlah poyo sangat. Relaks sis…relaksss” Zakri sempat menyakat kakaknya sebelum membuka pagar rumahnya yang berwarna putih itu.
          “ EEE… buat apa lah mamat tu datang awal-awal pagi buta macam ni. Macam la dekat sekolah tak boleh jumpa, ni yang aku tak suka ni. Habis la aku oleh adik-adik aku ni. Habislah, dekat sekolah kena dengan kawan dekat rumah pula kena dengan adik aku.” Muka Zafirah berkerut dengan masalah yang akan dihadapinya sebentar lagi sambil bermonolog. Dia segera bangkit dari duduknya lalu bersalaman dengan ibunya yang dari tadi berdiri di sebalik pintu rumahnya. Ketiga orang adiknya tidak lagi kelihatan, dia tidak menyedari bahawa lamunannya begitu jauh.
          “ Dekat sekolah nanti awak tak boleh jumpa saya ka? Nak juga dekat sini? Menyampah betul saya dengan awak ni!” Zafirah mengeluh sambil berpeluk tubuh dengan kelakuan Haizal pada hari itu. Haizal hanya tersenyum melihat Zafirah yang marah-marah manja di hadapannya itu.
           “ Kau dah lupa ka…dengan perjanjiaan kita empat bulan yang lepas?” Haizal mendekatkan mukanya kea rah Zafirah, Zafirah melepaskan peluk tubuhnya lalu berundur setapak ke belakang.  Haizal semakin mendekatkan mukanya kea rah Zafirah semakin dekat dan semakin dekat sehingga Zafirah memejamkan matanya terasa suatu suara yang halus di gegendang telinganya.
        “ Aku ulang lagi sekali,kau dah lupa ka dengan perjanjian kita? Aku dan Keysha macam mana? Kenapa sehingga sekarang hubungan kami tak jalan-jalan lagi ni?” Haizal menjauhkan mukanya daripada Zafirah lalu masuk ke dalam keretanya. Zafirah hanya berdiri kaku sebaik sahaja mendengar kata-kata Haizal, hatinya bercampur baur sebaik sahaja mendengar kata-kata Haizal lalu mengeta bibirnya. Tanpa disedari ketiga-tiga orang adiknya telah lama berada di dalam kereta Haizal melihat gelagat mereka berdua.
       “ Pon….Pon…Pon” Haizal mengetap bibirnya lalu menekan hon kereta tersebut berkali-kali menyebabkan Zafirah tersedar daripada khayalannya.
       “ Kau tunggu apa lagi cepatlah masuk! Terhegeh-hegeh.” Perlahan-lahan Zafirah membuka pintu kereta berjenama Vios Sport itu lalu masuk ke dalam.
      “ Kenapa sehingga sekarang, kau tak pernah sedar yang aku cinta mati dekat kau. Kenapa la aku boleh jatuh cinta dengan budak macam kau ni. Kenapa kau tak pernah pun berputus  asa dengan apa yang aku buat dengan kau ni.” Haizal bermonolog sebaik sahaja dia memandu kereta tersebut menuju ke sekolahnya. Sesekali dia mencuri pandang kea rah Zafirah yang sedang duduk di sebelahnya sambil termenung jauh. Hanya suara dari corong radio sahaja yang dapat didengar dalam kereta tersebut.
          “ Bestnya kalau hari-hari abang Haizal hantar kitorang pergi dan balik sekolah. Tak payah la lagi naik bas yang sesak tu.” Zarif yang bersandar di tempat duduk kereta tersebut bergerak ke hadapan lalu mengeluarkan isi hatinya kepada Zafirah dan juga Haizal.
      “ Jangan nak teruja sangat la, dah jom turun.” Sebaik sahaja sampai di perkarangan sekolah,Haizal memberhentikan keretanya di tempat letak kereta. Zafirah menyuruh ketiga-tiga orang adiknya untuk turun daripada kereta tersebut begitu juga dengan dirinya. Beberapa saat kemudiaan, bayangan dua beradik itu tidak kelihatan lagi.
Zakri sempat mengucapkan terima kasih sebelum beroleh pergi dari situ meninggalkan Zafirah yang penuh dengan kemarahan serta Haizal yang diserbu rasa tidak puas hati dengan kelakuan Zafirah pada hari itu.
      Zafirah menjelingkan matanya kea rah Haizal, Haizal berkerut sebaik sahaja melihat kemarahan Zafirah semakin membuak-buak. Dia sempat mengejar Zafirah yang sudah jauh pergi meninggalkannya. “ Apa pasal dengan kau ni? Yang kau nak emo sangat ni kenapa? Tak pasal-pasal adik kau yang kena. Kau nak marah aku kan, marah la… marah. Marah sepuas-puasnya!” Haizal sempat menahan Zafirah dari meneruskan langkahnya menuju ke kelas.
      “ Astaghfirullahalazim, kenapa dengan aku ni. Aku emo sangat la dengan dia ni. Betul –betul ke ni aku dah mula syok dekat dia. Ni yang aku lemah ni asal ja dia buat aku macam ni dah start la aku buat perangai. Aku sendiri yang nak tolong dia dan dia pula dah berjaya laksanakan tanggubgjawab dia nak kurangkan sombong dia tu. Aku pula, hanya beberapa kali ja aku tolong dia.” Zafirah mengucap sebaik sahaja dia menyedari bahawa emosinya tidak terkawal.
     “ Maafkan saya. Maafkan saya emosi sangat, esok awak jumpa saya dekat tempat biasa. Saya akan aturkan temu janji awak yang kedua dengan…Keysha.” Zafirah memberikan senyuman kepada Haizal lalu beroleh pergi dari situ, tanpa disedari pipinya basah disebabkan air matanya yang mengalir membasahi pipinya yang putih mulus itu.
      “ Aku tak boleh nangis, aku mesti kuat. Banyak lagi lelaki yang lebih baik dari dia di luar sana.” Zafirah tersenyum bermonolog dalaman lalu mengesat air matanya, tanpa disedari Haizal mencuri pandang ke arahnya yang sedang mengesat air mata yang mengalir.
        “ Kenapa dengan dia tu? Menangis ka apa? Padan muka kau kalau terjerat dengan cinta aku. Semakin senang la aku nak mengayat kau.”
Pada hari itu, selepas sahaja waktu persekolahan berakhir Zafirah ingin menemui Layka di kantin untuk berbincang mengenai sesuatu. Sejurus kemudiaan, kelibat Layka bersama dengan rakan-rakannya jelas kelihatan.
        “ Terima kasih sudi jumpa saya.” Zafirah memberikan senyuman lebar kepada Layka namun senyumannya hanya dibalas dengan jelingan yang maut.
       “ Cepatlah! Kau nak apa dengan kitorang ni? Panas ni, tau tak panas!” Layka mengipas mukanya menggunakan tangannya seperti berlagak diva yang popular! Padahal kantin tersebut tidak la begitu panas kerana dilindungi dengan atap dan mempunyai lima buah kipas yang terpasang di situ.
     “ Saya nak nombor telefon Keysha boleh? Ada suatu hal yang saya nak bincangkan dekat dia. Hal tentang dia dan Haizal, saya nak bantu dia rapatkan diri dia dengan Haizal.” Zafirah tidak berabasa – basi meskipun hatinya begitu rasa perit berkata terus – terang.
      “ Hey perempuan, kau dengar sini elok-elok kau ada telinga kan. Aku nak pinjam telinga kau sekejap, kau… tak layak dengan Haizal! Jangan perasan la yang kau tu ha serasi sangat konon dengan si Haizal tu. Macam aku tak tahu tadi pagi korang berdua, bukan main lagi kan siap tumpang-menumpang pula kan. Sekali lagi aku ingatkan kau, Haizal Cuma untuk Keysha!”Setelah memberikan nombor telefon sepupunya kepada Zafirah, Layka sempat menghina Zafirah lalu memberikan amaran kepada Zafirah.
        Zafirah hanya tersenyum sinis dengan kata-kata Layka. “ Aku sedar la diri aku siapa! Jangan risau la, aku tak akan rampas Haizal dari Keysha sebab Haizal mempunyai perasaan yang sama dengan Keysha.” Zafirah hanya beroleh pergi dari situ meninggalkan Layka dan rakan-rakannya yang terkebil-kebil mendengar kata-kata Zafirah.

( ^___^ )

Awal pagi lagi, Zafirah bangun dari tidurnya untuk mengatur temu janji Haizal dan juga Keysha. Semalaman dia asyik memikirkan mengenai temu janji antara dua insan tersebut sambil ditemani lagu yang bertajuk ‘Tetap Menantimu’ dia asyik tersenyum sendirian apabila mendengar bait-bait awal lagu tersebut.
       “ Aku menyedari telah jatuh cinta… tapi aku tak bisa mengungkapkan… terasa bahagiaku mencintaimu… walaupun kau belum mencintaiku… aku d sini kan slalu menunggu…. Yang selalu ada di setiap waktumu…selalu menanti jawabanmu…Untuk cinta yang terkahir… Haizal kalaulah awak tahu awak cinta pertama saya. Saya Cuma mampu suka awak dalam diam ja, saya Cuma mampu doakan kebahagiaan awak dalam doa saya ja saya harap perasaan Keysha terhadap awak tidak akan berubah.” Dalam perjalanan menuju ke Kompleks membeli-belah Kiara dengan menaiki bas awam, Zafirah sempat mendengar lagu bertajuk “tetap menantimu” lalu bermonolog dalaman.
Sampai sahaja ke destinasi yang di tuju,Zafirah memulakan langkahnya menuju ke Restoran Western yang berada di tingkat dua di dalam kompleks membeli belah tersebut.
        Kelibat Haizal mulai kelihatan di suatu sudut, Zafirah tersenyum “habis la aku kena buli lagi aku lewat lagi hari ni” Dia bermonolog lalu duduk di hadapan Haizal yang asyik bermain dengan telefon bimbitnya.
       “ Assalamualaikum… maaf saya terlewat lagi.” Ujar Zafirah lalu menarik kerusi di hadapan Haizal da melabuhkan punggungnya di atas kerusi plastik tersebut.
       “ Waalaikumsalam… kau memang asyik lewat ja dalam kepala otak kau. Aku tiada mood nak buli kau hari ni, tengok ni ok tak tempat aku dan Keysha candle light dinner malam ni?” Haizal sempat mengetuk kepala Zafirah lalu menghulurkan telefon bimbitnya kepada gadis tersebut. Zafirah mencebik lalu menggosok-gosok kepalanya yang sakit itu.
      “ Sesuai sangat, hmm dekat sini awak bagi tahu la dia yang awak cintakan dia ok. Tambah muzik background juga biar suasana jadi romantik sikit dan jangan lupa berikan dia bunga rose merah.” Zafirah mengangkat ibu jari kanannya lalu memberikan senyuman yang lebar kepada Haizal. Dia mengambil minuman kepunyaan Haizal lalu menghirupnya.
       “ Zaf… aku ada hal nak bagi tahu kau ni. Aku cintakan kau… sejak hari pertama aku tererempak dengan kau,aku mulai jatuh cinta dekat kau.” Luah Haizal lalu memberikan senyuman yang lebar kepada Zafirah.
     Zafirah tersedak sebaik sahaja mendengar luahan hati Haizal, riak mukanya bertukar serius. “ Aik… kau ok ke ni? Aku Cuma test untuk Keysha ja la. Aku tak tahu pula kau sensitif hal macam ni.” Haizal tergelak sebaik sahaja melihat wajah Zafirah merah padam.
Zafirah hanya tersengih kelat lalu mengetap bibirnya. Mukanya yang putih mulus itu bertukar menjadi merah padam sebaik sahaja mendengar ujian luahan hati Haizal untuk Keysha malam nanti.
      “ Memanglah, perempuan jiwang macam saya memang la sensitif  hal macam ni. Awak ni pun satu, kalau nak uji tu agak-agak la sikit jangan uji time saya tengah minum. Awak nak saya mati cepat ke apa?” Zafirah mengerutkan dahinya lalu mencebik.
      “ Ok, super terbaik kalau awak cakap macam tu dekat dia. Jangan luahkan lagi, maksud saya jangan buat saya uji kaji awak untuk luahkan hati kepada Keysha.” Tambah Zafirah dalam nada yang rendah.
       “ Kau tak payah la layu sangat buruk semacam ja aku tengok. Macam muka orang meroyan ja aku tengok, aku nak tanya kau satu hal ni boleh ke tidak?”
       “ Tanya apa?” Jawab Zafirah ringkas.
      “ Kau dengan Rafiq tu ada apa-apa ke? Aku tengok korang berdua rapat semacam ja.” Soal Haizal lalu mendekatkan mukanya kea rah Zafirah yang sedang menghirup air kepunyaan Haizal sebentar tadi.
    “ Kitorang Cuma kawan ja, memang sah la kitorang rapat sebab kitorang kawan dari kecil lagi. Kenapa? Awak cemburu ek tengok kitorang rapat? Kalau ya pun kitorang ada apa-apa kenapa pula?” Kali ni Zafirah pula yang membalas balik untuk menyakat Haizal.
     “ Jangan nak perasan la, siapa la nak cemburu dengan kau tu dan lantak aku lah nak cemburu ke apa ke. Aku tanya ja tak boleh ke? Kau pun bukannya sesuai dengan dia pun kau Cuma sesuai dengan aku ja. Maksud aku kau sesuai dengan orang yang macam aku ni aah kau sesuai dengan orang yang macam aku ja.” Berpeluh-peluh Haizal apabila  mulutnya tersalah tingkah, hampir ketahuan apa yang tersirat dalam hatinya mengenai Zafirah.
Zafirah tertawa terkekek-kekek tatkala melihat tapak tangan Haizal yang basah itu. Haizal hanya mencebik melihat gelak tawa Zafirah yang menjadi-jadi itu. Meskipun dia berasa begitu meluat melihat kelakuan Zafirah namun dalam diam dia tersenyum melihat keceriaan yang terpancar dalam riak muka Zafirah.
         “ Semoga berjaya untuk malam ni. Awak…luahkan perasaan awak dekat dia ek sebab…. Dia…dia pun mempunyai perasaan yang sama dekat awak. Saya akan sentiasa  sokong awak dari belakang. Saya yakin kalau awak dah luahkan perasaan awak dekat dia… masalah korang berdua akan berkahir dan awak tak payah lagi minta tolong dengan saya.” Masih terngiang-ngiang lagi di gegendang telinga Haizal mengenai kata-kata Zafirah pagi tadi. Hampir 20 minit dia menanti Keysha di Restoran Lovely yang terkenal dengan lamaran setiap pasangan lelaki terhadap pasangan wanita.
       “ Apa yang aku buat ni. Kenapa aku harus tipu perasaan aku sendiri, apa ni Haizal Mikail… kau betul-betul dah dilamun cinta dengan Zafirah Syatina ka.” Keluh Haizal lalu meletakkan kepalanya di atas tangannya yang diselang.
       “ Hai sayang.” Lamunan Haizal terhenti setelah melihat Zafirah berada di hadapannya. Mereka berdua saling berbalas senyuman, Zafirah begitu cantik pada malam itu dengan mengenakan gaun panjang berlengan panjang berwarna biru. Haizal begitu kaget melihat Zafirah berada di hadapannya. Baru kali itu, Zafirah memanggilnya dengan gelaran sayang.
       “ Zaf…cantiknya kau ” Zafirah hanya memberikan senyuman yang lebar kepada Haizal lalu meletakkan tangan kanannya dia atas tangan Haizal.
     “ Haizal… you ok ke ni?” Soal Keysha tatkala melihat Haizal dibuai khayalan lalu mengerak-gerakkan tangan Haizal.
     “ Sayang…wake up la…wake up!” Haizal tersedar daripada lamunannya, Keysha memandangnya dengan pandangan yang pelik. Kegelisahan dalam diri Haizal mulai menerpa.
      “ Sorry.” Hanya itu sahaja yang dapat keluar daripada mulut jejaka itu. Keysha hanya memberikan senyuman kepada Haizal dan Haizal hanya mengeluh sendirian.
Setelah hidangan yang dipesan sampai kepada mereka, Keysha dan Haizal saling bertukar cerita. Kadangkala cerita mereka disertakan dengan lawak jenaka dengan berlatarkan alunan muzik yang dimainkan oleh penyanyi Restoran Lovely.
        “ Adakah ini keputusan yang tepat? Bukankah ini yang aku rancang bersama dengan dia sejak perjanjian itu. Dia telah berjaya melaksanakan syarat yang aku minta tapi aku… kenapa aku tak serius dengan bantuan yang dia perlukan dari aku?” Zafirah bermonolog dalaman sambil merenung kea rah luar jendela biliknya memandang jalan raya yang lenggang.
       “ Keysha… I ada sesuatu nak bagi tahu you. Sebenarnya dah lama I simpan perasaan ni dekat you.” Haizal memberikan Keysha sejambak bunga Ros yang digubah oleh Zafirah sendiri lalu mencuba untuk memberitahu sesuatu kepada gadis itu.
      “ You… apa dia? Cepatlah bagi tahu I, apa yang you simpan dekat I tu?” Keysha memaksa Haizal untuk segera memberitahu apa yang tersirat dalam hatinya.
      “ I love You… Keysha!” Keysha tersenyum lebar sebaik sahaja mendengar luahan hati Haizal kepada dirinya. Haizal membalas senyuman tersebut namun senyuman tersebut bukanlah senyuman yang ikhlas yang sentiasa diberikan kepada Zafirah setiap hari.
 “ Salam….Oi! misi aku dan kau dah berhasil. Keysha terima cinta  aku. Thanks sudi tolong aku selama beberapa bulan ni…” Zafirah terjaga daripada tidurnya setelah telefon bimbitnya yang diletakkan di bawah bantal berbunyi dan bergetar menandakan mesej telah pun masuk. Zafirah mengetap bibirnya sebaik sahaja membaca mesej tersebut. Matanya mulai berkaca-kaca tatkala mendengar bahawa Keysha dan Haizal saling mencintai.
          Haizal masuk ke dalam biliknya lalu menghempaskan badannya di atas katil. Hampir 15 minit dia menghantar mesej kepada Zafirah, namun gadis itu tidak membalas mesej tersebut. “ Apa yang aku buat ni? Kenapa aku mesti tipu perasaan aku sendiri. Aku sebenarnya cintakan Zafirah bukan…Keysha.” Haizal menguap, lama-kelamaan matanya tertutup dan terlena bersebelahan dengan telefon bimbitnya. Dia dibuai mimpi yang indah bertemankan malam yang sepi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me