BAB 8
Sinaran matahari pada tengahari itu sungguh terik sehingga
terasa bahang kepanasan di seluruh alam. Keliahatan pelbagai bentuk dan warna
payung yang dapat dilihat di sekitar kawasan yang terasa bahang kepanasan itu.
Mujur sahaja waktu itu,waktu persekolahan tiada siapa yang keluar daripada
kelas itu memandangkan Cikgu Amran berada di situ.
Selesai sahaja menjawab soalan yang diberikan oleh Cikgu
Amran, Zafirah kembali melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi kayu
berwarna coklat di dalam makmal Biologi. Sejam berlalu, pegajaran dan
pembelajaran subjek Biologi pada hari itu telah pun tamat. Pelajar 5 Harmoni
kembali ke kelas masing-masing memandangkan hanya tinggal satu lagi subjek pada
hari itu.
Sesekali
Zafirah mengerling kea rah kerusi dan meja milik Haizal yang kosong. Rasa risau
dalam dirinya semakin menuju ke kemuncaknya namun dipendamkan juga perasaan
risau itu. “ Aik, Zafirah… seminggu prince
charming kau tak datang seminggu jugalah kau bermuram durja. Macam orang
yang baru habis kehilangan suami ja aku tengok.” Seperti biasa, Zira yang suka
menyakat rakannya itu membuat tugasnya semula.
“ Yalah,beb
kau ni. Dah la tu jangan la sedih-sedih lagi mungkin dia sakit atau ahli
keluarga dia yang sakit. Kalau tak pun dia ada masalah kot. Janganlah risau dia
tak lari dari kau punya,dia kan selalu kata macam ni “ aku akan selalu ada
untukmu Zafirah” Tambah Maya membuatkan mereka berempat memecahkan ketawa.
“ Weyh,beb dengar-dengar Haizal tak hadir
pergi sekolah sebab dia teruk kena belasah kan. Tapi, lagi teruk orang yang dia
belasah tu dia kerjakan. Sampai macam tu sekali dia…” Tiba-tiba sahaja Mira
yang berdiam diri dari tadi bersuara, gelak tawa mereka mulai terhenti.
“ Dari
mana kau tahu ni Mira?” Soal Maya dan Zira serentak.
“ Ala rumours tu dah heboh dah pun satu
sekolah. Ada budak yang Nampak time
balik sekolah minggu lepas. Habis pecah muka dia dikerjakan, tapi lagi teruk
dia belasah orang tu cukup-cukup. Eh, Fira kau kan rapat dengan dia tak kan kau
tak tahu hal ni.”
Zafirah
sekadar mengangguk. Mira,Maya dan Zira terlopong saat mengetahui hal itu
benar-benar terjadi. “ Maafkan aku sebab… sebab aku tak bagi tahu korang hal
yang sebenar. Sebenarnya hal ni terjadi pun disebabkan aku.” Zafirah
menundukkan wajahnya lalu memberikan penjelasan mengenai hal yang terjadi
kepada Haizal. Beberapa minit kemudiaan, Cikgu Tina guru yang mengajar subjek
bahasa inggeris masuk ke dalam kelas dan sesi pembelajaran dimulakan semula.
Keadaan menjadi tegang saat mereka mendengar penjelasan
daripada Zafirah. Rasa bersalah dalam diri Zafirah mulai berada di
kemuncaknya,konsentrasinya terhadap pelajaran turut terganggu. Perlahan-lahan
Zira meletakkan tangannya di atas tangan Zafirah lalu mereka berbalas pandangan
dan Zira memberikan senyuman untuk menenangkan hati Zafirah yang gelisah itu.
“ Sayang…
kenapa boleh jadi macam ni? Siapa yang buat sayang macam ni nak kena saman ni,
tak…tak bukan kena sama kena gantung terus hmm padan muka diorang buat sayang
macam ni.” Haizal terjaga daripada tidurnya sebaik sahaja Keysha masuk ke dalam
biliknya. Perlahan-lahan dia bangkit dari baringnya lalu duduk bersandar di
kepala katil biliknya yang bersaiz king
itu.
“ Saya ok…
jangan risaulah diorang dah kena tangkap kan. Biarlah polis yang buat hukuman
dekat diorang, tak payah susah-susah nak saman . Saya baru ja keluar dari
hospital semalam jadi hampir sihat sepenuhnya la.” Jawab Haizal ringkas.
Keysha duduk
di atas katil Haizal lalu mengambil makanan kepunyaan Haizal yang sedia
terhidang di atas sebuah meja bersebelahan dengan katil milik Haizal. “ Saya
suapkan awak eh…awak kan tak sihat lagi. Tengok tu tangan awak masih patah lagi
kan. Apa lah orang gaji dekat rumah ni, bukannya nak tolong suapkan. Orang
sakit dapat layanan macam ni, keterlaluan betul!” Rungut Keysha sambil
menyuapkan bubur ayam ke dalam mulut Haizal.
“ Kan bagus
kalau Zafirah yang suap aku macam ni. Apasal la aku rindu sangat dekat kau ni
Zafirah. Apa yang kau buat sekarang ni Zafirah? Kau memang hebat Zafirah… kau
hebat sebab kau dah buat aku jatuh cinta dekat kau. Perempuan selekeh macam kau
aku suka, happy go lucky tapi kuat
nangis.Ya aku rindu tangisan kau, aku rindu nak buli kau dan kerjakan kau
cukup-cukup.” Monolog Haizal dalam hati.
“ Zafirah
kalau makan tu elok-elok la tengok dah tersedak. Minum air cepat.” Zafirah
segera meneguk air putih yang berada di atas meja makan tersebut setelah
berkali-kali dia terbetuk-batuk.
“ Ya mak,
Fira dah makan elok-elok ni. Mesti ada orang yang sedang mengata saya ni kalau
tak pun…. Mesti ada orang tengah rindu aku.” Zafirah tersenyum sendirian lalu
bangkit dari duduknya setelah selesai menjamu makan malamnya.
Selesai sahaja membantu ibunya mencuci pinggan, Zafirah
masuk ke dalam biliknya untuk mengulang kaji pelajaran. Beberapa minit
kemudiaan, telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej telah masuk. Dia
mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas katil lalu tersenyum lebar
sebaik sahaja Haizal menghantar pesanan ringkas kepadanya.
“
Kau rindu aku tak?”
“ Rindu ^_^ ” Balas Zafirah dengan penuh perasaan.
“ Kau nak kena tonjol kepala dengan aku lagi kan? Ala kau ni emo sangat la… aku
langsung tak rindu kan kau tahu tak!” Haizal tersenyum puas sebaik sahaja menerima pesanan
ringkas daripada Zafirah.
“ Eh? Apa
yang aku tulis ni alamak macam mana nak cover
ni” Zafirah menghempaskan badannya di atas katil sebaik sahaja dia tersedar
bahawa dia tersilap untuk menjawab pesanan ringkas daripada Haizal.
“ Perasan la awak ni maksud saya, saya rindu nak kena buli
dengan awak. J”
“ Oh,aku sangka kau rindu dekat aku ok
lah bye… assalamualaikum. Selamat malam ;)”
“ Loh, itu ja ? Hmm tu lah sombong sangat kan, oh aku
tersedak tadi pun gara-gara kau rupanya. Kau rindukan aku, pandai nak cover bagai. Hmm pi lah!” Zafirah kembali
mengulang kaji pelajarannya dengan penuh semangat. Rasa bersalah dalam dirinya
mulai menghilang.
(
^___^ )
Awal pagi lagi, Haizal bersemangat untuk ke sekolah .
Balutan tangannya dibuka menandakan tangannya yang patah telah pun sembuh.
Selepas sahaja menjamu sarapannya bersama dengan ibu bapanya dia segera
mengambil kunci kereta daripada Pak Ali lalu memandu kereta berjenama BMW itu
ke sekolah. Ibu bapanya hanya menggeleng kepala dengan kelakuan Haizal yang
keterlaluan itu.
“ Beb, prince charming kau dah datang. Kau
tengok dekat bawah tu, banyak betul kan peminat dia. Serius dia kacak dan
bergaya pula tu pandu kereta BMW pergi sekolah. Untung kau kan Fira rapat
dengan dia.” Sebaik sahaja masuk ke dalam kelas, Maya segera mengambil
tempatnya lalu menjenguk telatah sekumpulan pelajar sekolah perempuan dan
lelaki yang mengerumuni Haizal melalui tingkap.
“ Dia bukan prince charming aku la. Biarlah dia aku
tak kesah pun dia kan memang dah dikurniakan paras rupa dan juga kekayaan. Aku
tak untung pun rapat dengan dia sebenarnya. Banyak orang tak suka aku sebab
diorang tengok aku dan Haizal rapat macam ni. Tapi… aku beruntung dapat kawan
macam kau,macam Zira dan juga Mira.” Ujar Zafirah dengan nada yang serius
sambil membelek – belek sebuah buku ilmiah.
“ Jangan la
nak emo sangat beb. Aku gurau ja, aku pun sama aku beruntung sangat dapat kawan
macam kau,Zira dan Mira. Eh,esok kau ada date
lagi tak dengan Haizal? Jom kita lepak esok, dekat tempat biasa.” Balas
Maya lalu duduk bersebelahan dengan Zafirah. Zafirah hanya mengangguk lalu
memberikan senyuman yang manis kepada Maya. Hanya segelintir pelajar sahaja
yang dapat kelihatan di dalam kelas tersebut memandangkan masa masuk ke kelas
30 minit sahaja lagi.
Beberapa minit kemudiaan Haizal masuk ke dalam kelas lalu
mengambil tempatnya. Zafirah khusyuk membaca sebuah artikel tanpa menyedari
bahawa semakin ramai pelajar yang masuk ke dalam kelas termasuk Zira dan juga
Mira.
“ Apasal kau
tak jaga tempat aku sepanjang aku ambil mc
ni ?” Rungut Haizal kepada Zafirah sebaik sahaja dia melihat laci mejanya penuh
dengan sampah.
“ Eh? Bila awak
sampai?”
“ Tahun lepas
aku sampai, kau ni kan aku kan dah kata kalau aku tak hadir ke sekolah tolong
jagakan tempat aku macam aku jaga kau dalam dan luar sekolah.” Haizal bangkit
dari duduknya lalu menonjol kepala Zafirah. Zafirah menggosok-gosok kepalanya
lalu mencebik.
“ Sakit lah main
tonjol-tonjol kepala ni.”
“ Ada aku kesah!
Pergi buang sampah aku ni cepat, kalau tak aku khawin dengan kau dekat Lombok kang
padan muka kau.” Zafirah membuang sampah yang berada di dalam laci Haizal ke
dalam tong sampah yang berada di belakang kelas. Zira,Maya dan Mira tertawa
terkekek-kekek melihat rakan mereka dikerjakan sekali lagi.
Pada hari itu, Layka ponteng sekolah untuk menemani sepupu
kesayangannya membeli-belah di pusat membeli-belah kiara. Hanya itu sahaja
pusat membeli-belah yang berada di daerah itu.
“ You… you tahu
tak I dengan Haizal betul-betul hampir berpasangan tau. Hanya tinggal beberapa step ja lagi mara ke hadapan. Teruja tak
you?” Layka memeluk tubuh dan
meneggelengkan kepalanya kea rah Keysha yang sedang membelek-belek pakaian di
dalam sebuah butik.
“ Kenapa pula tak
teruja ni you? Hmm ni mesti pasal budak miskin tu kan? Dia tu kan memang tau
tak sedar diri ada hati nak rampas Haizal dari I.”
“ Dia tu kan
memang tak sedar diri, pelik la apa pasal Haizal rapat dengan dia tu ek? Ni
yang pelik ni.” Sambung Layka sambil mengekori Keysha kea rah pakaian lain.
Subjek terakhir pada hari itu ialah subjek Sejarah yang
memang terkenal dengan cikgu yang berdisiplin dan menepati masa. Cikgu
berketurunan india yang bernama Nirmala itu memang seorang yang sentiasa
menepati masa. Pada hari itu, dia telah memberi sebuah tugas untuk membuat peta
minda kepada anak muridnya yang berada di 5 Harmoni.
Hampir
seluruh pelajar telah pun keluar daripada bilik darjah tersebut begitu juga
dengan Zira dan Maya. Hanya Mira dan Zafirah dan beberapa orang pelajar sahaja
lagi yang masih belum menyiapkan tugasan yang diberikan. “ Cepatlah sikit aku nak date dengan kau hari ni!”
“ Awak
pergi la date sana seorang-seorang,
jangan ganggu saya la. Saya belum siap lagi ni.” Haizal menarik kertas Zafirah
lalu memberikan kertas tersebut kepada Cikgu Nirmala. Zafirah mencebik lalu
mengemas barang-barangnya untuk pulang. Mira juga turut menghantar kertas
lukisan lalu mengemas barangnya dan mulai berganjak keluar dari situ.
Zafirah hanya mengekori Haizal daripada belakang menuju ke
tempat letak keretanya. Haizal membuka pintu keretanya lalu menyuruh Zafirah
masuk ke dalam. Sejurus kemudiaan, Haizal turut masuk ke dalam keretan BMW
berwarna hitam itu lalu mula menghidupkan injen keretanya.
“ Awak nak
bawa saya ke mana pula ni? Janganlah laju sangat awak!” Zafirah mengetap
bibirnya sebaik sahaja riak muka Haizal begitu serius memandu kereta dengan
laju.
“ Aku nak
bawa lari kau ke Lombok sebab aku nak khawin dengan kau.” Jawab Haizal selamba.
Zafirah hanya mencebik sebaik sahaja mendengar gurauan
Haizal. Hampir beberapa kali juga dia menguap kerana mengantuk perlahan-lahan
matanya mulai tertutup sehinggalah dia tertidur di dalam kereta milik Haizal
itu. Kelihatan hujan lebat mulai turun membasahi bumi, Haizal hanya tersenyum
melihat Zafirah yang tertidur.
“ Kau ni kan
cantik dari Keysha juga kan sebenarnya. Tapi tu la kau ni selekeh sangat. Kalau
kau khawin dengan aku kan best, tak…tak…tak
apa yang aku fikirkan ni. SPM aku pun belum lepas, tapi aku akan tetap tunggu
kau dan aku akan lamar kau sebaik ja cita-cita aku jadi doktor tercapai. I love you… sayang.” Sebaik sahaja
sampai ke destinasi yang dituju, Haizal mengambil sehelai cardigan miliknya yang
diletakkan di belakang kereta lalu meletakkan cardigan tersebut di atas badan
Zafirah yang kesejukan. Lama-kelamaan Zafirah memang sudah terpahat dalam
hatinya, perasaan cinta dan sayang mulai hadir dalam dirinya untuk diberikan
kepada gadis yang berada di sebelahnya itu.
Beberapa jam kemudiaan, Zafirah terjaga dari tidurnya lalu
menggosok-gosok matanya. Matanya liar melihat Haizal, namun kelibat Haizal
langsung tidak kelihatan. Sejurus kemudiaan, kelibat Haizal mulai kelihatan
lalu lelaki itu masuk ke dalam kereta. Zafirah bingung melihat penampilan
Haizal yang berubah itu.
“ Bangun
pun kau, sangka kau tak pandai nak bangun dah. Sudah turun cepat.” Haizal
mematikan injen kereta yang dipandunya lalu menyuruh Zafirah turun dari kereta
tersebut.
“ Mall Kiara lagi?” Soal Zafirah seperti
mamai.
“ Sudah
ikut aku, jangan banyak tanya.”
“ Masuk,
kau mesti bagi posing yang cantik punya faham tu! Nahas kau kalau buat posing
macam orang selekeh.” Masuk sahaja ke dalam pusat membeli, Haizal mengajak
Zafirah untuk masuk ke dalam sebuah gerai gambar untuk mengambil gambar
pasangan.
Zafirah tergelak sebaik sahaja melihat foto mereka berdua.
Haizal tersenyum melihat gelak tawa Zafirah. Cukuplah hanya melihat gelak tawa
Zafirah membuatkan dirinya terasa begitu bahagia meskipun ibu bapanya tidak
pernah mempedulikannya.
“ Awak….
Terima kasih buat stress saya menghilang. Terima kasih, selalu lindungi saya
dari bahaya.” Zafirah memberikan senyuman yang lebar kepada Haizal namun Haizal
hanya membalasnya dengan senyuman yang sinis.
“
Toleh belakang. Kau jangan pula pandai-pandai buka rantai ni. Rantai ni
menandakan hubungan kita maksud aku persahabatan kita tidak akan pernah putus
dan kalau suatu hari nanti aku mati, aku harap kau jaga rantai ni baik-baik
macam aku jaga kau. Nahas kau kalau aku dapat tahu rantai ni hilang.” Zafirah
tersenyum penuh gembira sebaik sahaja melihat rantai yang diberikan oleh Haizal
kepadanya sebentar tadi.
“ Terima
kasih. Awak suka dekat saya kan… ala awak janganlah cover sangat nanti kalau ada orang booking saya macam mana?” Gurau Zafirah.
“ Turun
cepat, jangan banyak cakap.” Zafirah mencebik lalu turun daripada kereta milik
Haizal.
“ I love
you…” Luah Haizal kepada Zafirah yang sudah turun daripada kereta tersebut.
“ Eh, apa
dia cakap tadi tu? E…luv…u? Pelik la dia tu. I love you… Haizal.” Luah Zafirah
lalu tersenyum lebar lalu masuk ke dalam rumahnya, kelibat Haizal tidak lagi
kelihatan. Masing-masing antara mereka berdua sudah menunjukkan bahawa mereka
mencintai antara satu sama lain. Cuma ego yang berada dalam diri Haizal dan
juga Zafirah yang membuatkan mereka tidak mengetahui bahawa mereka saling cinta
mencintai. Keperibadiaan Zafirah yang ceria itu sedikit sebanyak telah
membuatkan keangkuhan Haizal semakin berkurang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan