BAB
7
Selesai sahaja menghadiri kelas
tambahan, Haizal menunggu Zafirah di pusat membeli-belah Kaira. Jam berjenama
Casio yang berada di pergelangan tangannya sesekali dikerlingnya, hampir 30
minit dia menanti gadis tersebut namun tidak muncul-muncul juga.
“ Maaf, saya lambat. Kenapa
awak tak masuk dalam, panas terik ni. Nanti habis kulit awak yang putih gebu tu
jadi hitam.” Zafirah yang baru sahaja sampai ke dalam pusat membeli – belah
Kiara tercungap-cungap kerana kepenatan berlari. Tanpa disedari tergaris satu
senyuman yang lebar di bibir Haizal. Zafirah memetik-metik ibu jarinya untuk
menyedarkan Haizal daripada lamunannya.
“ Apasal dengan kau ni, lambat
sangat la. Ni yang aku malas jadi budak tak sombong ni, aku tak boleh la jadi
tak arrogant. Aku langgar salah satu
sayarat kau k. Tengok kalau aku tak arrogant
habis kepala aku kena pijak. Jom masuk aku tak sabar nak jumpa Keysha ni.”
Zafirah kaget dengan kata-kata daripada Haizal, sifat sombong dalam diri Haizal
kembali menghambat lelaki itu. Zafirah mencebik lalu berjalan beriringan dengan
Haizal.
Sampai sahaja di sebuah restoran western
Zafirah dan Haizal mengambil tempat di satu sudut bersebelahan dengan dinding
restoran tersebut lalu duduk berhadapan, belum sempat Zafirah ingin mengambil
pesanan. Haizal mengetuk meja makan tersebut membuatkan pelayan yang sedang
berdiri tegak bersebelahan dengan Zafirah mencebik.
“ Kau dah lupa ka motif kita datang
sini ha? Aku ajak kau datang sini untuk makan atau untuk lakukan rancangan kita
ni? Sudah kau pergi cari tempat duduk yang lain kalau tak pun pergi keluar dari
restoran ni pergi tempat kegemaran kau ka beli baju baru untuk diri kau yang
selekeh tu ka. Pergi sana cepat sebelum Keysha datang sini. Habis hancur
rancangan kita ni!” Zafirah mengetap bibirnya lalu bangkit dari duduknya, luluh
hatinya sebaik sahaja mendengar kata-kata Haizal yang kasar itu. Dia merasakan
bahawa seolah-olah dirinya dihina oleh lelaki yang berada di hadapannya itu,
timbul pula suatu perasaan cemburu dalam hatinya tatkala mendengar nama Keysha
yang dibangga – banggakan oleh lelaki yang sedang membuatkan dia seolah-olah
jatuh cinta.
Zafirah mulai berganjak pergi dari
situ meninggalkan Haizal yang sedang mengemaskan rambutnya yang berpacak itu.
Haizal tidak mengendahkan Zafirah yang sedang beroleh pergi dari situ, langkah
Zafirah terhenti sebaik sahaja Haizal menyeru namanya.
“ Dia ni pelik la apa yang dia nak dari
aku ni? Aku keluar dia suruh masuk balik, nak bodoh-bodohkan aku ka apa dia
ni?” Monolog Zafirah lalu memulakan langkahnya kembali kea rah Haizal.
“ Ala kau ni, ni yang aku cair ni muka
monyok ja aku minta tolong dekat kau ni. Kau suka dekat aku kan sebenarnya? Kau
cemburu dengan Keysha juga kan?” Sebaik sahaja Zafirah kembali semula duduk di
hadapan Haizal, Haizal rasa bersalah dengan riak muka Zafirah yang berubah itu.
Perlahan – lahan Haizal mengangkat dagu Zafirah yang tunduk itu lalu memberikan
bertalu-talu soalan kepada gadis berikat rambut separuh itu.
Zafirah menepis tangan Haizal lalu
menggosok-gosok dagunya yang baru sahaja sebentar tadi dipegang oleh Haizal. “
Eee… awak ni kan kalau ya pun janganlah pegang-pegang, kita bukan muhrim kalau
orang lain Nampak awak tak malu ke? Jangan perasan la saya tak suka dekat awak
pun apa lagi nak cemburu dengan si Keysha tu. Saya rasa… saya rasa sensitive ja
awak cakap kasar dekat saya macam tu. Macam menghina diri saya ja, sudah –
sudah sekarang ni saya keluar ada barang yang saya nak beli dan awak tunggu
sini kalau ada apa-apa hubungi saya.” Zafirah bangkit dari duduknya dan sempat
membuat isyarat tangan telefon sebelum beroleh pergi dari situ.
Haizal mencebik sebaik sahaja
kelibat Zafirah tidak kelihatan. “ Sekurang-kurangnya apa salahnya kalau kau
cakap bye dengan aku. Kalau kau marah
macam ni, bertambah cantik pula aku tengok. Apasal dengan aku ni jadi mamat
bunga la pula, tak boleh jadi macam ni aku kena jadi arrogant ja. Kalau aku jadi mamat bunga, tak pasal-pasal pula aku
kena main dengan perempuan. Pandai kau Zafirah buat aku cair macam ni, kau
tunggu ja nanti karang aku pula yang buat kau cair. Cair melebihi cair
aiskrim!” Haizal bermonolog dan tanpa disedari segaris senyuman dibibirnya
mulai kelihatan tatkala dia dibuai khayalan akan wajah Zafirah sedang berada
dihadapannya.
“ Dah tunggu lama?” Beberapa minit
kemudian Keysha muncul lalu duduk berhadapan dengan Haizal. Haizal khusyuk dibuai
khayalan akan wajah Zafirah sedang berada di hadapannya tanpa menjawab soalan
daripada Keysha.
“ Awak…. Maaf ek saya lewat tadi.
Saya ada problem sikit tadi. Ada….”
Sambung Keysha sambil merapikan rambutnya yang panjang paras pinggang itu.
Omongannya terhenti apabila melihat Haizal yang langsung tidak mengendahkan
keberadaannya itu.
“ Awak… hello! Eh,awak kenapa ni! Sayang!” Keysha mencuba untuk menyedarkan
Haizal daripada lamunannya sehingga kesabarannya mulai hilang. Haizal mulai
tersedar daripada lamunannya sebaik sahaja Keysha memanggilnya dengan geleran
sayang. Persis perempuan gedik yang ingin mulakan perangai gedik mereka.
Haizal hanya menguntumkan senyuman
yang ikhlas kepada Keysha yang mengenakan sepasang gaun berparas lutut yang
berwarna merah hati dan mempunyai ribbon di tengah gaun tersebut. “ Apasal
dengan aku ni, asyik fikirkan pasal dia ja. Tak boleh jadi ni! aku? Zafirah?
Tak,tak,tak! Aku dengan Keysha baru sesuai hmm betul aku dengan Keysha lagi
sepadan dari aku dengan si Zafirah tu. Selekeh!” Haizal bermonolog sambil
menjuihkan mulutnya. Keysha mengangkat kening kirinya sebaik sahaja melihat
riak wajah Haizal yang berubah itu.
Pelbagai ragam manusia yang dapat
kelihatan di dalam kedai buku Popular di pusat membeli-belah Kiara itu. Zafirah
khusyuk membelek – belek buku sejarah yang berada di tangannya, sedar tidak
sedar hanya tinggal dua bulan sahaja lagi peperangan besar antara mereka akan
berlangsung apa lagi kalau bukan SPM. Sesekali dia mengerling kea rah
jam,hampir sejam tiga puluh minit juga dia meninggalkan Haizal yang berada di
Restoran Western bersama dengan Keysha.
“ Apasal mamat ni tak hubungi
aku, apa dia ingat aku tiada kerja lain ka nak buat. Tunggu dia macam tunggu
buah yang hampir masak.” Zafirah mengeluh sendirian sambil matanya tajam
melihat skrin telefon bimbitnya. Langsung tiada satu pun panggilan yang tidak
berjawab daripada lelaki berlagak itu.
“ Datang sini cepat! Sekarang juga! Date kami dah nak habis ni, kau
lewat seminit aku tinggalkan kau dalam mall ni tiada kata maaf untuk kau lagi!”
Selesai
sahaja membayar buku yang dibelinya sebentar tadi, telefon bimbit berjenama
nokia yang berada ditangannya berbunyi menandakan mesej telah masuk. Seperti
yang dijangka Haizal yang memberikan mesej kepadanya.
Zafirah mencebik tatkala membaca
pesanan ringkas daripada Haizal, tanpa berlengah lagi dia segera turun ke bawah
untuk kembali semula ke Restoran Western tersebut.
“ Apalah, dia ni. Dia ingat aku ni kuli
dia ke apa? Pandai-pandai ja dia arah –
arahkan aku macam ni. Sudah la aku yang aturkan date dia semua apa, ish memang tak pandai nak bersyukur langsung!
Keterlaluan betul!” Keluh Zafirah dalam hati sambil berjalan dengan laju
seperti sebuah kereta drift yang sedang berlumba.
Sebaik sahaja kelibat Zafirah mulai
kelihatan, Haizal dan juga Keysha turut
keluar daripada Restoran Western tersebut. Keysha tersenyum sinis sebaik
sahaja melihat Zafirah yang sedang berdiri kaku bersebelahan dengan menu
Restoran Western tersebut yang diletakkan di atas sebuah meja. “ Terima kasih… sudi
date dengan saya, sayang! Esok kita
jumpa lagi ek, um jangan lupa malam ni call
saya.” Zafirah hanya mampu tersenyum sebaik sahaja melihat kemesraan antara
Haizal dan Keysha, persis seperti sepasang kekasih. Sepadan! Dia hanya mampu tumpang
gembira dengan kata-kata yang baru sahaja didengarnya daripada Haizal sebentar
tadi meskipun dalam hatinya mempunyai sedikit calar tanda cemburu.
“ All
for you sayang!” Keysha sengaja membuatkan Zafirah yang kelihatan ceria itu
cemburu. Dia sengaja meletakkan tangannya di sebalik tangan Haizal, meskipun
dalam diam Haizal berasa rimas akan kelakuan Keysha itu namun ditahannya juga
hanya kerana ingin melihat Zafirah cemburu.
“ Eh, kau pun ada juga dekat sini
rupanya budak selekeh. Dengar-dengar sepupu aku demam gara-gara kau kan.Apa
yang kau dah buat dengan sepupu kesayangan aku tu,perempuan? Kau simbah sepupu
aku guna air sirap kan ha? Habis malu dia kau kerjakan sampai demam! Hei, kau
ni kan memang nak kena la ni yang aku pantang ni aku cakap orang tak dengar!
Kau…” Keysha mulai memulakan langkahnya menuju kea rah Zafirah yang sedang
berdiri kaku melihat gelagat Haizal dan Keysha. Omongan Keysha terhenti sebaik
sahaja Haizal menyentuh bahunya.
“ Kau ni kan memang dasar perempuan murahan kan! Apasal kau buat sepupu
aku macam tu ha! Muka kau tu dah la buruk,selekeh,miskin pula tu. Ada hati nak
makan dekat tempat macam ni…”
“ Aku sedar la aku ni buruk,miskin dan selekeh! Eh muka plastik kau
dengar sini baik – baik, bukan aku tau yang nak simbah sepupu gedik ka tu guna
air sirap. Tapi, dia sendiri yang nak sangat kena simbah dengan air sirap tu.
Siapa suruh hina keluarga aku depan aku, tu balasan dia.” Balas Zafirah lalu
mendekatkan dirinya ke arah Keysha, Keysha yang geram akan omongan Zafirah
mengetap bibirnya lalu menggenggam kedua – dua belah tangannya.
Keysha sedia menghayunkan tangan
kanannya kea rah pipi Zafirah namun berjaya ditangkas oleh Haizal yang berada
di belakangnya. “ Sudah la tu Keysha, jangan la dengar cakap dia ni. Dia ni
bukannya betul sangat pun, jom kita pergi dari sini. Saya hantar sayang pula
ek. Jom.” Haizal memegang tangan Keysha lalu menarik tangan gadis itu untuk
pergi dari situ meninggalkan Zafirah yang masih dalam keadaan marah itu.
“ Tunggu aku! Kau jangan
pergi mana-mana pula.” Haizal sempat memberi amaran kepada Zafirah sebelum
beroleh pergi dari situ. Zafirah terduduk di sebuah bangku bersebelahan dengan
Restoran Western tersebut untuk menenangkan dirinya. Matanya mulai berkaca-kaca
tatkala mendapat penghinaan terhormat daripada Keysha.
Hampir tiga puluh minit dia melayan
perasaannya sambil menunggu kelibat Haizal. Perlahan-lahan air matanya mulai
jatuh di pipinya yang putih mulus itu. Dia langsung tidak mengendahkan orang yang
lalu – lalang melihat dirinya yang dalam kesedihan itu.
“ Nah!” Beberapa minit kemudiaan,
kelibat Haizal mulai kelihatan lalu memberikan sebotol air mineral kepada
Zafirah yang sedang menangis teresak-esak itu. Zafirah hanya mengambil botol
mineral tersebut tanpa berkata apa-apa.
“ Kau nangis ka? Maaf la aku kata,
kau tak betul tadi. Aku Cuma tak nak kau kena tampar lagi.” Haizal memberikan
sehelai sapu tangan kepunyaannya kepada Zafirah dan Zafirah pula hanya berdiam
diri melayan perasaannya yang sedih itu.
“ Awak tak faham perasaan saya. Awak
tahu tak betapa sakitnya hati saya selalu kena hina macam ni. Kenapa semua
orang benci saya, apa salah saya. Saya tak pernah pun sakitkan hati sesiapa.
Kenapa mereka… mereka selalu hina saya macam ni. Awak pun sama… kenapa awak
buat saya macam ni, dulu awak kata awak bencikan saya. Kenapa sekarang ni awak
selalu lindungi saya? Saya bingung awak…. Saya bingung dengan apa yang awak
buat dengan saya.Tolonglah jawab… kenapa awak selalu lindungi saya.. tolonglah…”
Air mata Zafirah terus mengalir deras di pipinya, Haizal mengetap bibirnya
sebaik sahaja mendengar omongan Zafirah yang sayu itu. Rasa bersalah dalam
dirinya mulai menyapa.
“ Saya lindungi awak sebab saya
sukakan awak…. Saya minat dekat awak… semua ciri-ciri perempuan yang saya suka
ada dekat awak…” Zafirah tersenyum lalu memalingkan wajahnya di hadapan Haizal,
senyumannya semakin lebar tatkala mendengar kata-kata Haizal. Dia sentiasa
menanti kata-kata tersebut keluar daripada mulut Haizal. Haizal membalas
senyuman Zafirah namun senyuman tersebut hanya sebentar sahaja. Haizal menonjol
kepala Zafirah lalu bangkit dari duduknya. Zafirah mencebik lalu memegang
kepalanya
“ Senang ja nak pujuk kau ni
sebenarnya bagi ayat-ayat jiwang sikit. Bagi ja ayat-ayat bunga ni terus la kau
diam. Senyum sampai ke telinga, jom ikut aku. Aku nak make over kau hari ni. Ni sebagai hadiah aku sebab kau dah berjaya
buat Keysha cair dekat aku.” Haizal sempat mengenyitkan mata kirinya kepada
Zafirah sebelum beroleh pergi dari situ. Zafirah hanya mengikut langkah Haizal
menuju kea rah pusat kecantikan yang berada di tingkat atas bersebelahan dengan
sebuah butik baju.
“ Awak! Tak payah lah make over tu. Jom lah kita pulang,nanti
mak saya risau pula saya balik lewat.” Masuk sahaja ke dalam pusat kecantikan
yang dimaksudkan,Zafirah menarik baju Haizal untuk menolak hadiah yang
diberikan oleh Haizal itu.
“ Kau ni kan memang anak mak betul
la. Pandai-pandai la kau bagi alasan nanti, sekarang ni aku nak date dengan kau pula. Miss tolong ubah penampilan dia ni kuku
dia yang panjang ni tolong potongkan, rambut dia yang kusut masai ni pula
tolong dandankan biar jadi kemas.” Perintah Haizal lalu duduk di sebuah bangku
berwarna turquoise yang berada di hadapan kaunter pembayaran.
Zafirah terpaksa akur dengan
perintah Haizal lalu mengikuti pendandan berbangsa cina itu ke dalam sebuah
bilik rawatan. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik tersebut Zafirah terpegun
dengan warna dan kertas dinding pada bilik tersebut. Terlalu cantik bagaikan
berada di dalam sebuah bilik istana.
Gadis itu hanya berdiam diri sebaik sahaja
dirinya sedang didandan. Sesekali dia melemparkan senyuman kepada pedandan
berbangsa cina yang berada di hadapannya itu. Sesekali Haizal mengerling kea
rah jamnya, hampir dua jam Zafirah berada di dalam bilik itu dan langsung tidak
keluar-keluar daripada bilik tersebut.
“ Apa yang aku cakap dekat dia
tadi tu. Kenapa aku pujuk dia dengan cara macam tu, tak kan lah aku betul-betul
dah jatuh cinta dekat dia? Betul juga kan apa yang dia cakap tu, apasal aku
selalu back up dia ni? Zafirah…Zafirah
apa yang kau dah buat dengan aku ha?” Haizal mengimbas kembali apa yang
diperkatakan kepada Zafirah sebentar tadi. Sekali lagi tanpa disedari ada
segaris senyuman mulai terpancar dari bibirnya.
Khayalan lelaki itu menghilang
begitu sahaja tatkala melihat penampilan baru Zafirah di hadapannya.
Perlahan-lahan dia bangkit dari duduknya apabila melihat keayuan dan kejelitan
Zafirah. Perasaannya bercampur baur melihat wajah Zafirah bagai ada suata aura
yang mulai menyapa dirinya. Suatu perasaan yang tidak pernah betul-betul
dirasainya.
“ Adakah kau ditakdirkan untuk aku
Zafirah? Jujur hati aku mulai tergerak untuk mencintai kau Zafirah. I love you….Zafirah”. Haizal bermonolog
lalu saling berbalas senyuman dengan Zafirah yang berada di hadapannya.
( ^___^ )
“ Beb cantiknya kau, selekeh kau dah
tak ada la. Siapa yang buat kau macam ni beb? Kau…” Sebaik sahaja masuk ke
dalam kelas selepas rehat, Zira terpegun dengan perubahan penampilan Zafirah.
Zafirah hanya tersenyum sehingga menampakkan giginya yang putih itu. Omongan
Zia terhenti sebaik sahaja Rafiq dan Haizal berada di belakang mereka.
“ Tengok la siapa yang buat,si Haizal tu dia akan selalu ada buat si
Zafirah! Dia akan buat Zafirah sentiasa kelihatan cantik dan ceria. Betul tak
bro! ” Rafiq menepuk-nepuk bahu Haizal membuatkan muka Zafirah mulai merah
padam menahan malu.
Sejurus kemudiaan, kelibat cikgu
Maria yang terkenal dengan perangainya yang garang seperti singa masuk ke dalam
kelas 5 Harmoni dan sesi pembelajaran selepas rehat berlangsung semula. Zafirah
mencuri pandang ke arah Haizal yang berada di sebelahnya, Haizal yang menyedari
akan perbuatan Zafirah mengenyitkan mata kepada Zafirah lalu memberikan
senyuman yang lebar. Serius terserlah ketampanan Haizal membuatkan hati Zafirah
semakin cair. Dia segera memalingkan wajahnya ke hadapan memberikan sepenuh
perhatiaan kepada pengajaran cikgu Maria.
“ Hai, Zafirah! Boleh kami
duduk sini, kami nak merasa juga tengok penampilan baru awak yang serius cute giler macam Barbie doll ni.” Hampir setiap hari Zafirah akan diganggu oleh
pelajar di SMK Indera dengan penampilan barunya yang cantik itu apabila
menunggu adiknya pulang daripada sekolah. Dia hanya berdiam diri sahaja, dia
hanya akan melawan jika mereka akan menyentuhnya.
“ Sombong la awak ni! Sombong
–sombongla lantaklah! Hey,Zafirah jom couple.
Serius semua orang akan jealous punya.Awak
pun tak akan kena hina lagi kan.” Ketiga-tiga lelaki tersebut semakin berani
untuk mendekatkan diri mereka dengan Zafirah. Salah seorang daripada tiga
lelaki tersebut yang bernama Zakri sengaja menyentuh bahu Zafirah lalu
mengajaknya untuk bercinta.
Zafirah sedaya upaya melepaskan
dirinya daripada ketiga-tiga lelaki itu. Hanya mereka berempat sahaja yang
kelihatan memandangkan stesen bas tersebut sangat sunyi. Zafirah bangkit dari
duduknya untuk melarikan dirinya dari tiga lelaki samseng itu. Namun
kekuatannya terbatas sebaik sahaja ketiga-tiga lelaki yang berbadan besar itu
mengepungnya. Dia hanya mampu berdoa kepada tuhan agar ada seseorang akan
membantunya melepaskan diri dari ketiga-tiga lelaki psiko tersebut.
“ Tolonglah lepaskan saya,
korang nak apa dengan saya ni. Saya tak ada barang berharga la saya miskin.
Tolonglah lepaskan saya.” Zafirah mengetap bibirnya lalu merayu untuk
dilepaskan dia tiada jalan lain melainkan itu sahaja yang mampu dilakukannya.
“ Ala, kitorang Cuma nak awak ja. Bukannya nak
harta awak. Jom ikut kitorang si manis jelitawan.” Lelaki yang bernama Fadil
mula menarik tangan Zafirah dengan kuat. Terasa sesak nafas dalam diri Zafirah,
nafasnya tidak dapat teratur sebaik sahaja kerisauan dalam dirinya mulai
menerpa.
Doanya termakbul sebaik sahaja
seorang lelaki yang berpakaian sekolah menghampiri mereka lalu memberikan buku
lima kepada lelaki yang memegang tangan Zafirah dengan erat. Fadli tersungkur
jatuh ke tanah, darah dari hidung dan sikunya mulai mulai kelihatan dan mengerutkan dahinya kerana kesakitan. Zafirah
beransur lega setelah melihat Haizal menyelamatkannya daripada ketiga-tiga
lelaki tersebut.
Haizal yang tidak dapat mengawal
kemarahannya memberikan pukulan bertubi-tubi kepada Fadli. Zakri dan Rizal
mulai berasa gerun melihat rakan mereka yang tidak dapat bermaya untuk berlawan
itu. “ Awak, dah la tu. Saya dah ok,sudah la. Awak nak bunuh dia ka apa ni?”
Kemarahan Haizal mulai reda tatkala Zafirah menyuruhnya untuk berhenti.
“ Lu ni siapa sebenarnya? Potong
stim betul la, lu jangan! Gua panggil geng-geng gua nanti habis pecah muka lu
kami kerjakan. Lu pergi cari perempuan yang murah macam dia ni dekat tempat
lain la. Ni gua dan geng-geng gua dah cop mohor dah perempuan ni gua punya!”
Rizal mempertahankan rakannya yang cedera akibat pukulan daripada Haizal
sebentar tadi.
Haizal menghayunkan
tendangannya kea rah tepat pada perut
Rizal, hampir terjatuh lelaki berwajah bengis itu dibuatnya. Zafirah memegang
baju sekolah Haizal daripada belakang semakin erat. Dia ingin menghentikan
pergaduhan itu namun dia langsung tidak berdaya untuk meleraikan pergaduhan
itu.
“ Gua tak takut pun dengan geng-geng
lu semua. Semua pengecut macam maknyah! Yang lu pergi kacau awek gua kenapa!
Apa masalah lu semua ha!” Haizal menggertak ketiga-tiga lelaki tersebut.
Zafirah memegang baju sekolah Haizal daripada belakang semakin erat dan semakin
erat. Dia takut jika ketiga-tiga samseng tersebut akan mencederakan lelaki yang
berada di hadapannya itu.
“ Jangan takut, aku akan
kembalikan maruah diri kau. Aku tak akan biarkan mereka semua ganggu hidup kau
lagi.”
Zakri yang tidak dapat melihat
rakannya diperlekehkan sebegitu rupa segera menghayunkan kaki kirinya kea rah
Haizal. Haizal terselamat daripada tendangan itu sebaik sahaja dia berundur ke
belakang.
Perlahan-lahan Fadli bangkit dari
jatuhnya begitu juga dengan Rizal. Mereka bertiga mulai berkerjasama untuk
membalas semula perbuatan Haizal terhadap diri mereka sebentar tadi.Fadli
menarik tangan Zafirah dengan kuat sehingga pegangan tangan Zafirah pada baju
Haizal mulai terlepas. Rizal dan Zakri mengumpulkan seluruh tenaga mereka untuk
memegang kedua-dua belah tangan Haizal. Haizal tidak lagi dapat melepaskan dirinya
daripada kedua orang lelaki berbadan lebih besar daripadanya itu.
Fadli meramas buku limanya lalu
tersenyum sinis ke arah Haizal yang sedang berusaha untuk melepaskan dirinya
daripada Rizal dan Zakri. Sejurus kemudiaan, dengan sekuat tenaga yang
dikumpulkan sebentar tadi Fadli mulai membalas balik tumbukan yang diberikan
oleh Haizal sebentar tadi. Haizal hanya tersenyum sinis dengan pukulan yang
baru sahaja diterimanya sebentar tadi.
“ Hmm, bro itu ja yang kau
mampu buat? Tiada yang power punya lagi
ka? Gua dah lama memang tak kena pukul
ni. Bagi la…” Haizal mulai mencabar Fadli tanpa berlengah, sekali lagi Fadli
memberikan satu tumbukan pada pipi Haizal. Kali ini dia membalas semula perbuatan
yang Haizal lakukan kepadanya sebentar tadi. Rizal dan Zakri melepaskan tangan
Haizal dan membuatkan Haizal jatuh tidak bermaya. Dengan sekuat tenaga mereka
menerajang badan Haizal yang terbaring kaku bertubi-tubi. Dengan gelak tawa
yang nyaring antara mereka bertiga membuatkan trauma dalam diri Zafirah
mengenai ayahnya mulai menerpa.
Gadis itu mulai teringat akan
perbuatan yang pernah ayahnya lakukan kepada dirinya dan juga ibunya sebelum
ayahnya ditahan polis. Zafirah segera menghampiri mereka bertiga untuk menyuruh
mereka berhenti namun mereka tidak mengendahkan rayuan Zafirah. Teruk juga apa
yang mereka lakukan kepada Haizal sehingga membuatkan badan Haizal mulai terasa
sakit. Tulang rusuknya seperti ada yang patah,nafasnya pula mulai tidak teratur
dia hanya mempu tersenyum sinis dengan dirinya yang tidak bermaya itu.
“ Lain kali jangan cabar kami
bro… tengok apa yang jadi. Pecah kan, pecah macam kaca. Muka lu pun dah pecah
habis dah tu.” Setelah hampir penat memberikan tendangan yang hebat pada badan
Haizal, Fadli sempat memberikan amaran kepada Haizal sambil menarik rambut
pacaknya itu.
Belum sempat mereka beroleh pergi,
perlahan-lahan Haizal yang hampir tidak bermaya bangkit sambil memegang
perutnya yang sakit itu lalu membalas semula pukulan yang diterimanya sebentar tadi.
Kali ini lebih teruk dari apa yang diterimanya daripada mereka sehingga
membuatkan mereka bertiga jatuh pengsan.
Dahi Haizal yang licin itu mulai
berkerut menahan sakit dalam badannya,tangannya kananya patah manakala terdapat
kesan lebam pada mukanya tulang rusuknya terasa seakan-akan patah dan matanya
mulai kabur manakala kepalanya mulai berpinar-pinar. Sejurus kemudiaan, dia
jatuh betul-betul di hadapan Zafirah.
“ Haizal! Haizal… Haizal bangunlah
Haizal.” Zafirah segera mendapatkan Haizal yang jatuh pengsan itu lalu
meletakkan kepala Haizal di atas pangkuannya. Matanya mulai berkaca-kaca sebaik
sahaja dia tidak merasakan degupan jantung dan nadi dalam badan Haizal lagi.
“ Awak… awak janganlah mati.
Janganlah tinggalkan saya… tolonglah janganlah mati. Haizal…” Zafirah meletakkan tangan kanan Haizal pada
pipinya.Air mata Zafirah mulai mengalir jatuh di atas tangan Haizal bagaikan
mutiara. Tangisan Zafirah mulai kedengaran namun tiada seorang pun yang melalui
kawasan yang sunyi itu. Zafirah mencuba untuk mengerak-gerakkan badan Haizal
namun tidak juga berhasil.
“ Tolonglah jangan mati saya cin…”
Kata-kata Zafirah terhenti sebaik sahaja Haizal membuka matanya dan memberikan
senyuman yang lebar kepada Zafirah.
“ Sayang juga kan kau dekat aku
rupanya. Kau nangis ka Fira?” Perlahan-lahan Haizal bangkit dari baringnya lalu
duduk berhadapan dengan Zafirah. Zafirah segera melepaskantangan Haizal lalu
mengesa air matanya. Mukanya mulai kelihatan merah menahan malu.
“ Awak ni… ni bukan lawak la! Awak cedera teruk ni, jomlah kita pergi
Hospital. Saya tak sanggup nak tengok muka awak macam ni…” Haizal meletakkan
jari telunjuknya di bibir Zafirah lalu bangkit dari duduknya perlahan-lahan.
“ Aku dah biasa la! Kau jangan risau
la, dulu dekat Kuala Lumpur aku kena lagi teruk dari ini. Nasib baik aku tak
koma, yang ni aku ok lagi. Kau ni pun satu yang kau tunggu adik kau dekat sini
apa pasal? Sengaja cari pasal kan kau ni. Nasib baik aku ada tau, kalau aku tiada
tadi habis la kau kena bawa lari pergi Lombok.” Haizal jalan terinjut-injut
diiringi oleh Zafirah. Dia sengaja tidak menjelaskan riak wajah kesakitan
meskipun badannya terasa begitu sakit. Sesekali, dia berjalan seperti terhuyu hayang
seperti orang mabuk.
“ Ya la. Saya faham, terima kasih awak!
Sekali lagi awak selamatkan saya, maafkan saya sebab… sebab disebabkan saya
awak teruk kena pukul macam ni.” Suara Zafirah kembali tidak bermaya, rasa
bersalah dalam dirinya mulai muncul.
“ Kau janganlah nak cair sangat… jangan
risaulah aku ok ja ni.”
“ Kalau aku jadi imam kau, kau terima
tak? Kalau aku jadi imam kau nanti tiadalah orang yang berani kacau kau.”
Haizal mencuba untuk membuat lawak untuk mengembalikan keceriaan Zafirah.
Gelak tawa Zafirah mulai muncul
kembali, keceriaan dalam dirinya mulai timbul. Sampai sahaja di hadapan SK
Indera, Misha dan Zarif melambaikan tangan mereka ke arah Zafirah. Tidak
ketinggalan Haizal turut melambaikan tangannya ke arah Misha dan Zarif, Zafirah
hanya tersenyum lebar melihat gelagat Haizal yang mencuit hati.
“ Adik kau comel la, macam … kakak
dia juga.” Selesai sahaja menyebrang jalan raya ke SK Indera, Haizal memuji
wajah Misha dan Zarif tidak ketinggalan juga Zafirah.
“ Terima kasih.”
“ Jom aku hantar kamu semua pulang.
Tu Pak Ali kesian dia, tunggu lama-lama.” Zafirah hanya mengangguk dengan
tawaran daripada Haizal.
“ Arrogant
awak semakin hilang…. Bahkan seperti dah lama hilang…” Zafirah bermonolog
dalaman sebaik sahaja kereta milik Haizal yang dipandu oleh Pak Ali selamat
sampai ke rumahnya.
Haizal mengerang kesakitan sebaik
sahaja masuk ke dalam biliknya. Dia berteriak dengan sekuat hatinya menahan
kesakitan dalam badannya. Pak Ali dan Mak Semah berasa begitu khuatir dengan
keadaan Haizal yang cedera teruk itu. Berkali – kali Datin Zainab
mengetuk-ngetuk pintu bilik putra tunggalnya itu namun tidak juga dibuka. Hanya
kedengaran suara Haizal yang mengerang kesakitan sahaja daripada luar.
Perlahan-lahan Haizal bangkit dari
baringnya lalu membuka pintu bilik tersebut. Alangkah terkejutnya Datin Zainab
sebaik sahaja melihat wajah Haizal yang teruk dibelasah itu. Mata Haizal mulai
kabur dari pandangan perlahan-lahan kepalanya turut pusing.
Sejurus kemudiaan, dia mulai rebah
jatuh di hadapan ibunya. Kali ini, dia betul-betul tidak tahan akan kesakitan
yang dialaminya.Dia sanggup menggadaikan nyawanya asalkan Zafirah mendapatkan
maruahnya semula agar tiada lelaki yang berani mendekati gadis yang mulai
disayangi dan terpahat dalam hati serta tertulis dalam kamus hidupnya itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan