BAB
6
“ Ada orang dah
jatuh cinta dengan budak sombong tau. Dia senyum seorang-seorang, berkhayal
seorang-seorang. Aku tengok kamu berdua macam saling jatuh cinta ja, buktinya
sanggup pula dia terima syarat kau dan kau pula sanggup pula tolong dia.
Padahal hal-hal cinta ni bukan kau anti sangat ka?” Seperti biasa,Zira akan
menyakat Zafirah sebaik sahaja sampai ke sekolah.
“ Sah! Korang
berdua memang dah jatuh cinta antara satu sama lain. Ala, dia tu sengaja ja
minta kau tolong dia untuk buat pa nama Keysha ka jatuh cinta dekat dia.
Padahal hakikatnya, dia nak berdua-duaan dengan kau. Ai, yang seorang ni pun
sama tengah angau tersenyum-senyum pula baca surat dari admire dia tu” Tambah Maya lalu menyakat Mira yang sedang membaca
surat dari peminat rashsianya.
“ Apa la Korang
berdua ni, asyik fikir pasal benda tu ja. Aku pergi sekolah bukan sebab tu ok
aku pergi sekolah sebab nak belajar bukan bercinta. Lagi satu, aku belum jatuh
cinta lagi la dekat dia, dia pun sama dia Cuma suka dengan Keysha ja sepupu si
Layka tu. Aku nak arrogant dia hilang
sebab tu aku bagi dia syarat.” Tegas Zafirah, membuatkan rakan-rakannya
terdiam.
“ Eh, kau marah
ka Fira? Sorry, aku tak sengaja. Aku…”
Kata-kata Maya terhenti sebaik sahaja Zafirah rebah di atas lantai. Suasana 5
Harmoni mulai menjadi huru-hara, Haizal yang baru sahaja masuk ke dalam kelas meletakkan
beg sekolahnya di atas meja dan segera mengangkat Zafirah masuk ke dalam bilik
rehat ditemani oleh Zira, Maya dan Mira. Manakala Rafiq segera memberitahu guru
mereka mengenai keadaan Zafirah.
Jelas kelihatan muka dan telapak tangan Zafirah mulai
berpeluh-peluh. Sementara menunggu doktor masuk ke dalam bilik rehat tersebut
mereka menemani Zafirah yang sedang tidur lena di atas katil bilik rehat
sekolah tersebut. Secara sembunyi, mereka bertiga mencuri pandang ke arah
Haizal yang kelihatan gelisah dan risau itu.
“ Haizal…
boleh tak kami tanya awak sesuatu?” Zira mulai bersuara setelah hampir 3 minit
mereka berada di bilik rehat itu. Haizal yang duduk di kerusi di sisi Zafirah
terus sahaja tersedar daripada lamunannya. Dari tadi dia hanya memandang ke
arah wajah Zafirah yang pucat itu.
“ Tanya apa?”
“ Awak
sebenarnya sukakan Zafirah kan? Cuma awak takut, dia tak terima awak?” Sambung
Maya.
Haizal segera bangkit
dari duduknya sebaik sahaja cikgu Umairah bersama dengan seorang doktor masuk
ke dalam bilik rehat tersebut. Mereka berempat keluar daripada bilik rehat
tersebut sebaik sahaja cikgu Umairah menyuruh mereka untuk masuk semula ke
dalam kelas. Mereka berempat berjalan beriringan, Zira dan Maya setia menanti
jawapan daripada Haizal.
“ Aku tak
sukakan dia. Aku dan dia Cuma kawan biasa ja, aku Cuma minta tolong dengan dia
sebagai balasannya aku kena ikut syarat-syarat dia.” Jawab Haizal lalu duduk
semula di tempat duduknya.
Zira dan Maya
mencebik mendengar jawaban daripada Haizal. “ Ini la yang diperkatakan indah
khabar dari rupa. Mulut kata lain hati kata lain. Apa la diorang berdua ni.”
Maya sempat berbisik sesuatu kepada Zira dan Mira. Zira mengangguk manakala
Mira hanya menggeleng kepala.
“ Kamu dah sedar,
kamu baik – baik sahaja kan?” Setelah hampir sejam tidak sedarkan diri,
perlahan-lahan Zafirah membuka matanya lalu menguntumkan senyuman kepada Cikgu
Umairah sebaik melihat wanita yang berusia dalam lingkungan 20 an itu.
“ Saya ok cikgu.
Apa yang jadi dekat saya cikgu?” Perlahan-lahan Zafirah bangkit dari baringnya
lalu duduk bersandar di belakang katil hospital itu.
Cikgu Umairah
duduk bersebelahan dengan Zafirah lalu memegang tangan gadis itu dengan erat.
Zafirah kaget melihat kelakuan cikgu Umairah kepada dirinya. “ Kata doktor kamu
Cuma kepenatan sahaja. Zafirah cikgu tanya kamu, jawab jujur ok.” Jantung
Zafirah mulai berdegup kencang sebaik sahaja mendengar kata-kata cikgu Umairah.
Zafirah hanya
sekadar mengangguk. “ Siapa yang buat tangan dan kaki kamu lebam dan biru ni?”
Soal cikgu Umairah lalu menyelangkan tangan Zafirah.
“ Saya jatuh cikgu,
saya tak apa-apa.”
“ Cikgu dah tahu
semuanya Zafirah, kamu jangan la sembunyikan masalah kamu dengan cikgu. Tempoh
hari kamu tak datang ke sekolah hampir dua minggu sebab mak kamu masuk hospital
disebabkan ayah kamu kan. Yang ni pula tangan dan kaki kamu lebam disebabkan
ayah kamu juga kan? Cikgu tahu semua ni disebabkan adik kamu. Adik kamu yang
selalu mengadu dekat cikgu.” Air mata Zafirah mulai mengalir di pipinya, tanpa pengetahuan
mereka Haizal sedang mencuri dengar perbualan mereka berdua disaksikan oleh
Zira dan Rafiq yang sedang membantu guru mereka mengangkat buku latihan
memandangkan mata pelajaran pertama pada hari itu telah berakhir.
“ Awak, rasa kan
Haizal tu suka tak dekat Zafirah? Sebab saya tengok dia tu selalu risau dengan
keadaan Zafirah kalau sesuatu yang buruk terjadi kepada dia. Contohnya tempoh
hari, first time dia masuk dalam
sekolah ni bukan main lawan cakap cikgu Halim hanya disebabkan dia backup si Zafirah tu. Hari tu pun sama
juga nasib baik dia tak bergaduh dengan kekasih gelap si Layka tu. Hari ni pula
bukan main dia risau tengok si Fira pengsan hinggap sanggup angkat si Zafirah
tanpa tunggu cikgu masuk ke dalam bilik rehat dekat bawah tu. Tadi awak tengok
sendiri kan, sanggup pula dia stalker
si Fira tu.” Tidak puas dengan jawaban daripada Haizal, Zira mulai menyoal
Rafiq pula sambil meletakkan jari telunjuk kanannya dibawah dagunya.
“ Rasa-rasanya ya
kot. Selalunya kan kalau seorang lelaki tu, betul-betul suka atau cinta dengan
seorang perempuan ni dia akan buat apa yang si Haizal buat dekat c Fira
tu.” Jelas Rafiq lalu berbisik kea rah
anak telinga milik Zira.“ Tapi saya tengok diorang dua tu memang serasi.”
Bisiknya lalu meneruska langkah menuju ke dalam kelas.
“ Setuju!” Zira
menggengam tangan kanannya lalu bersemangat.
Pulang sahaja dari sekolah, seperti biasa Zafirah akan
menunggu adik-adiknya di luar perkarangan SK Indera. Panas terik pada hari itu
membuatkan kepala Zafirah semakin pening, dia meletakkan tangan kanannya di
atas kepala lalu mengurut-urut kepalanya. Beberapa minit kemudiaan, panas terik
yang membahang dirinya mulai terasa terlindung. Dia kaget apabila melihat
Haizal yang sedang memegang sekaki payung melindunginya daripada panas terik
yang melanda.
“ Terima kasih.
Terima kasih atas segalanya… awak dah banyak tolong saya. Tapi saya… Cuma
kenakan syarat dekat awak kalau awak nak minta tolong dari saya. Maafkan saya.”
Kedengaran suara Zafirah begitu lemah tatkala mengucapkan kata terima kasih dan
maaf kepada Haizal.
“ Sama-sama.Kau
tak payah la nangis bagai. Aku temankan kau di sini pun sebab aku nak tanya
kau, macam mana dengan rancangan kita. Maksud aku apa rancangan kau nak buat
Keysha jatuh cinta dekat aku?” Zafirah mengeluh sebaik sahaja mendengar
kata-kata Haizal, hatinya bagai bunga yang layu sebaik sahaja Haizal menyebut
nama Keysha dalam perbualan mereka.
“ Kenapa la dengan
dia ni, aku sakit-sakit macam ni sempat lagi dia nak tanya pasal tu.” Monolog
Zafirah sambil meninjau-ninjau ke dalam sk Indera, kelihatan adiknya sudah pun
menghampiri keluar daripada sekolah tersebut.
“ Maaf
Haizal, saya akan fikirkan malam ni. Maafkan saya sebab hampir seminggu awak
minta tolong dekat saya tapi saya belum laksanakannya. Bye…. Assalamualaikum.”
Perlahan-lahan Zafirah berganjak pergi dari situ meninggalkan Haizal yang masih
berdiri kaku. Tanpa disedari, air mata Zafirah mengalir setitik demi setitik
dari kelopak matanya. Dia segera mengelap air mata tersebut lalu tersenyum. “
Aik, yang dia emo sangat ni apasal?” Haizal sempat bermonolog dalaman lalu
pergi dari situ dan masuk ke dalam keretanya.
“ Kenapa dengan
aku ni… baru empat bulan ja dia masuk sekolah. Baru seminggu kami jadi kawan,
tak kan aku dah jatuh cinta dekat dia. Kenapa ni Zafirah Syatina, hilangkanlah
rasa cinta tu kau tak layak dengan dia Zafirah. Dia tu kacak,anak orang kaya
sesuai dengan Keysha ja. Aku pula miskin,selekeh pula tu.” Zafirah bermonolog
dalaman sedar tidak sedar dia telah pun duduk di dalam bas awam tersebut menuju
ke rumahnya.
Sesudah sahaja menjamu makan malam,seperti biasa Zafirah
akan mengulangkaji pelajaran memandangkan SPM akan berlangsung tidak lama lagi.
Puan Akma masuk ke dalam bilik Zafirah lalu duduk di atas katil milik anak
gadisnya itu, Zafirah memberikan senyuman kepada ibunya lalu bangkit dari
duduknya dan baring meletakkan kepalanya di atas pangkuan ibunya.
“ Mak, terima
kasih lahirkan Fira di atas muka bumi ini. Merasakan kebahagiaan
hidup,persahabatan, kekeluargaan. Fira janji dengan mak, Fira akan sentiasa
berusaha untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam SPM supaya Fira boleh jadi
doktor lepastu Fira akan belikan mak sebuah rumah banglo yang besar paling
kecil pun kondominium yang mewah.” Zafirah menggenggam tangan ibunya dengan
erat lalu Puan Akma mengusap lembut kepala anaknya itu.
“ Terima kasih
sayang. Mak beruntung dapat anak macam kamu, dah la cantik, bijak. Terima kasih
juga sebab sedarkan mak yang ayah kamu tu patut ceraikan mak.” Zafirah bangkit
lalu memeluk ibunya dengan erat.
(^___^)
“ Nah
spesial untuk awak.” Sebelum bergerak ke kantin, Zafirah sempat memberikan
sehelai kertas yang berlipat kepada Haizal yang sedang berbincang dengan rakan-rakannya.
Haizal membuka kertas yang dilipat itu perlahan-lahan lalu
tersenyum puas sebaik sahaja membaca isi kandungan kertas yang ditulis oleh
Zafirah.
Awak,
ni saya ada bagi senarai cara buat Keysha
Jatuh
cinta dekat awak, saya harap ianya dapat
membantu
awak ^_^
1.
Ajak dia date budak perempuan memang
suka cara macam ni buat date yang
romantic punya.
2.
Awak bagi apa yang dia suka
3.
Contact dia tanya khabar dia
4.
Kalau boleh luahkan la yang awak
cintakan dia
Ok. Itu ja yang saya rasa awak perlu
lakukan ^_^
Haizal tersengih-sengih sebaik sahaja membaca surat yang
ditulis oleh Zafirah, rakan-rakannya saling berpandangan melihat keadaan Haizal
yang tersenyum-senyum sendirian itu.
“ Zafirah, kau
ok tak ni? Aku tengok kau lain macam ja, selalunya kau yang banyak mulut. Kali
ni kau pula yang diam seribu bahasa. Janganlah macam ni firah kitorang tak suka
la tengok Fira yang ini.” Mira mengeluh sebaik sahaja melihat Zafirah yang diam
seribu bahasa, fikirannya ligat berfikir cara membantu Haizal membuat Keysha
jatuh cinta dengan lelaki itu.
“ Maaf…maaf.
Korang tak pelik tak dengan Haizal? Dia suruh aku bantu dia buat Keysha jatuh
cinta dekat dia. Tapi tempoh hari, kali pertama kami berjumpa aku tengok Keysha
memang dah suka dengan Haizal la. Siap suruh Haizal temankan dia lagi shopping tapi Haizal menolak dia
temankan aku balik pula. ISHH!! Aku bingung la dengan si Haizal tu pelik bin
ajaib betul.” Rasa curiga dalam diri Zafirah mulai menerpa, lagak seperti
seorang pembahas Zafirah bangkit dari duduknya lalu mengeluh.
“ Betul juga apa
yang kau kata tu. Jangan-jangan dia buat semua tu…” Kata-kata Maya terhenti. “
Sebab dia dah jatuh cinta dekat kau sebenarnya!” Tambah Zira sambil mengangkat
jari telunjuk kanannya.
“ Sudah….sudah!
Tiada la semua tu, sekarang kita study
dulu baru fikir pasal cinta-cinta ni.” Tiba-tiba sahaja mood Zafirah Syatina
berubah dan segera menukar topik. Ketiga-tiga orang rakannya berasa pelik
dengan perubahan perangai Zafirah Syatina yang berubah drastik.
“ Tadi, bukan
kau ka yang mulakan dulu. Pelik la kau ni.” Mira yang hanya berdiam diri tiba-tiba
sahaja bersuara dengan nada yang tinggimembuatkan Zira,Maya dan Zafirah Syatina
kaget dengan kelakuan Mira sebentar tadi.
“ Maaf,aku tak
sengaja.” Sambung Mira dengan riak muka yang bersalah. Zafirah memberikan
senyuman kepada Mira lalu Mira membalas senyuman itu.
“ Aku pun sama,
aku pun nak minta maaf juga. Aku yang mulakan topik ni dan aku marah-marah
korang pula.” Zira dan Maya bangkit dari duduk mereka lalu memeluk Mira dan
Zafirah. Kelakuan mereka membuatkan orang yang lalu-lalang di kawasan kantin
tersebut tertumpu kea rah mereka.
Layka bersama dengan rakan-rakannya, Suzie, Rika, Amy dan
Cristina menghampiri empat sahabat tersebut lalu bertepuk tangan melihat mereka
berpelukan. Perlahan-lahan pelukan mereka terlerai apabila menyedari geng LSRAC
berada di hadapan mereka melayan gedik masing-masing.
“ Wah! Budak
selekeh dan kawan-kawannya buat reunion
la. Tak ajak kitorang pun, eh dengar-dengar mak kau dah kena pecat kan. Padan
muka korang kan, siapa suruh asyik minta duit ja dengan papa aku tengok apa
yang jadi. Kena pecat, bertambah miskin dan selekeh la keluarga kau kan. Lagi
satu aku nak bagi kau satu pesanan dari cousin….
Kata-kata Layka terhenti sebaik sahaja Zafirah menapak ke hadapan lalu
menyimbah muka Layka menggunakan air sirap yang dibelinya sebentar tadi.
“ What’s wrong with you ugly betty. You want a
fight? Huh? You want it right? I can give you, if you want!” Layka kaget
dengan kelakuan Zafirah sebentar tadi, baju pinafore yang digunannya habis
basah dengan air sirap berwarna merah itu. Hampir semua orang yang menyaksikan
kejadiaan itu tertawa terkekek-kekek. Termasuk Zafirah Syatina,Zira,Mira dan
Maya.
“ Ini Malaysia
la bukannya New York atau Amerika. Apa la kau ni, kau yang buat diri kau jadi
macam ni tau. Bukannya aku, lain kali tengok orang siapa yang kau nak hina. Kau
boleh hina aku tapi kau jangan pernah nak hina keluarga aku lebih-lebih lagi
mak aku. Dengar sini, kalau kau nak tahu ayah kau tu yang bagi mak aku duit,
bukan mak aku yang berhutang dengan dia. Kalau kau nak tahu juga, ayah kau tu
dah banyak bagi rasuah dekat…” Kata-kata Zafirah terhenti sebaik sahaja Layka
memberi tamparan yang kuat pada pipi Zafirah sehingga membuatkan pipi Zafirah
bengkak dan merah.
“ Layka! Sudah
la, teruk dah ni.” Suzie segera menghampiri Layka lalu memegang tangan rakannya
dengan erat. Zafirah tersenyum puas sambil memegang pipinya tatkala melihat
Layka yang dalam keadaan marah yang membara. Bagai gunung berapi yang akan
terletus bila-bila masa sahaja.
“ Kau tahu
pula,marah aku kalau aku hina ayah kau macam ni. Apa yang kau sedang rasa
begitu jugalah dengan apa yang orang kau selalu hina rasa! Tu belum cukup lagi
tu, kenapa? Nak bunuh aku? Bunuh la aku tak takut pun.” Hampir seluruh kawasan
kantin menjadi riuh-rendah dengan pergaduhan yang terletus antara Zafirah dan
juga Layka. Sekali lagi, Zafirah mencuba untuk membuat marah Layka semakin
membara.
Layka menolak Suzie ke tepi lalu membuka kasutnya untuk
melakukan hasratnya. Zafirah setia menanti apakah yang akan Layka berikan
kepadanya nanti. Manakala Mira,zira dan Maya berasa risau dengan apa yang akan
Layka lakukan terhadap sahabat mereka itu.
“ Sudah-sudah
la tu Layka, apa yang kau tak puas hati dengan Zafirah ni? Setahu aku,
sepanjang lima bulan aku sekolah di sini dia tak pernah pun cari pasal dengan
siapa-siapa. Sudah la tu nanti cikgu Amran datang lagi naya kamu dua, pergi
bersihkan baju kau yang melekat ni. Rika,Amy,Suzie,Cristina pergi bawa kawan
kamu bersihkan baju dia yang kotor ni.” Mahu sahaja Layka menghayunkan kasut
yang berada di tangan kanannya di kepala Zafirah, Haizal datang lalu segera
mengambil kasut yang berada di tangan Layka. Haizal mencuba untuk meredakan kemarahan
Layka dan memujuk gadis kacukan jepun itu. Rika dan Suzie yang meminati Haizal
sempat mengenyitkan mata ke arahnya sebelum menarik tangan Layka menuju ke
tandas. Terserlah kegedikan mereka.
Zafirah menjeling tajam kea rah mereka berlima lalu duduk
semula di kerusi kantin tersebut untuk menenangkan dirinya yang gusar itu.
Zafirah menarik dan menghembuskan nafasnya lalu mulai meneguk segelas air
mineral kepunyaan Mira. Mira turut duduk bersebelahan dengan Zafirah lalu
mengosok-gosok belakang Zafirah untuk menenangkan dirinya. Maya dan Zira tidak
henti-henti tertawa terkekek-kekek melihat Layka yang basah kuyup itu.
“ Nasib baik
awak datang tepat pada masanya, kalau tak mesti kepala Zafirah benjol
disebabkan si Layka tu.” Zira berdiri bersebelahan dengan Haizal yang sedang
duduk melutut di sebelah Zafirah sambil anak matanya tajam merenung pipi
Zafirah yang bengkak dan merah itu. Zafirah tidak menyedari bahawa Haizal
sedang memberi perhatian terhadap pipinya yang bengkak dan merah itu, dia hanya
melayan marahnya yang belum reda lagi.
“ Ok, girl’s. Aku kena pergi ni, jaga Zafirah
aku baik-baik tau. Jangan biar dia kena buli atau kena hina macam ni. Kalau
kamu semua tak dapat lawan orang yang hina dia, panggil aku. Bye..bye.” Haizal bangkit dari duduknya untuk
beroleh pergi dari situ lalu mengingatkan Zira,Mira dan Maya untuk menjaga
Zafirah jika sesuatu berlaku kepada gadis itu.
“ Eh, dengar
tak apa dia cakap tadi? Atau aku yang salah dengar?” Zira mencuba untuk
meyakinkan dirinya dengan apa sahaja yang baru Haizal katakan kepada mereka. “
Jaga Zafirah aku baik-baik, weyh beb Zafirah aku la bukan Zafirah ja, siap ada
aku dia lagi selalunya kalau orang cakap macam tu untuk orang special bagi dia ja. Serius giler macam ni, aku pun
ikut bingung la dengan dia tu. Dia ni kacak,kaya pandai pula tu tapi pelik la
susah juga orang pelik macam ni. Zafirah jangan-jangan betul la apa yang kami
agak, dia memang jatuh cinta dekat kau.” Tambah Maya, Mira hanya sekadar
mengangguk. Dalam diam Zafirah tersenyum. Senyuman yang penuh makna dan hanya
dia sahaja yang mengetahui apa maksud di sebalik senyuman itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan