Hari itu, seperti biasa Zafirah akan menghantar adik-adiknya
sebelum menuju ke SMK Indera yang hanya terletak di sebelah sekolah adiknya.
Sekali lagi, dia terlewat pada hari itu semalaman dia asyik memikirkan apa yang
diperkatakan oleh Haizal kepada dirinya semalam. Dia terinjut-injut menuju ke
dalam kelas 5 Harmoni itu, dari luar sudah kedengaran suara cikgu Maria yang
begitu tegas. Tiada siapa yang berani untuk datang lewat ke kelasnya kecuali
Zafirah yang tidak pernah serik dimarahi.
“ Maafkan saya
cikgu, hari ini saya terlewat lagi.” Hanya itu sahaja yang dapat dikeluarkan
daripada mulutnya. “ Sudah! Pergi duduk di tempat kamu, saya sudah malas
bertekak dengan kamu lagi. Kalau kamu tidak dapat mengubah perangai tidak
berdisiplin kamu ni, hmm saya tidak tahu la apa yang akan jadi dengan masa
depan kamu nanti.” Bentak Cikgu Maria kepada Zafirah sambil menulis sesuatu di
papan putih.
Zafirah tidak mengambil hati dengan kata-kata pedas daripada
Cikgu Maria sebentar tadi. Dia tahu
bahawa kata-kata cikgu Maria itu merupakan cabaran untuk dia meneruskan
usahanya untuk mencapai cita-cita yang diimpikan selama ini. Dia ingin menjadi
seorang doktor agar dia dapat membuatkan keluarganya hidup dalam keadaan
bahagia.
“ Zafirah,
kau ok tak ni? Aku tengok kau macam tak sihat ja. Tu mata kau apasal lebam, kau
tak cukup tidur lagi ka?” Zira yang duduk bersebelahan dengan Zafirah pelik
memandang wajah sahabatnya yang sugul itu.
“ Aku, ok la. Janganlah risau aku Cuma
risau dengan SPM yang akan kita tempuhi tidak lama lagi.” Ujar Zafirah dan
memegang tangan rakannya itu dengan erat lalu melemparkan senyuman. Zira
membalas senyumannya lalu kembali menumpuhkan perhatian di hadapan kelas.
Zafirah mengetap bibirnya, konsentrasinya terhadap pelajaran
pada hari itu kurang memuaskan. Dia langsung tidak menumpuhkan perhatian, dia
masih tidak boleh melupakan apa yang diperkatakan oleh Haizal kepada dirinya
semalam. Sekali-sekala, dia mencuri pandang ke arah Haizal yang sedang khusyuk
memberi tumpuan kepada pembelajaran. Dia ingin penjelasan daripada Haizal
mengenai kata-katanya.
“ KRING!!!” Jam loceng berbunyi menandakan
waktu rehat sedang berlangsung. Zafirah mengeluarkan borang kokurikulum yang
diisi oleh Haizal semalam lalu bangkit dari duduknya menuju kea rah Rafiq yang
sedang khusyuk menulis sesuatu. Rafiq segera menyembunyikan kertas tersebut
sebaik sahaja Zafirah muncul di hadapannya. Rafiq tersengih kelat manakala mukanya
mulai merah seperti menyembunyikan sesuatu.
“ Kenapa
dengan awak ni. Pelik semacam ja.” Soal Zafirah sambil berpeluk tubuh lalu
meletakkan jari telunjuk kanannya di bawah dagunya yang licin itu. Persis lagak
seperti seorang detektif menyoal siasat penjenayah. Rafiq menggeleng kepala
lalu bangkit dari duduknya. “ Eh kejap,kejap! Nah, tugas saya dah selesai.”
Sebaik sahaja Rafiq bergerak untuk keluar daripada kelas itu, Zafirah segera
menahannya lalu memberikan borang kokurikulum kepunyaan Haizal kepada lelaki
berkulit sawo matang itu.
“ Terima kasih,
Zafirah. Akhirnya…. Dia isi juga borang ni. Awak guna teknik apa ni sehingga
dia cair dengar kata-kata awak?” Sebaik sahaja menerima borang tersebut, Rafiq
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Zafirah.
“ Adalah… dah
pergi hantar borang ni. Hampir sebulan kan cikgu minta borang ni. Cepat, jangan
berlengah lagi.” Jawab Zafirah dengan nada yang serius. Rafiq tersenyum puas
lalu keluar daripada kelas tersebut.
Mira,Maya dan Zira yang dari tadi khusyuk menyaksikan
gelagat Zafirah dan Rafiq segera mengajak Zafirah pergi ke kantin meninggalkan
Haizal bersama dua orang pelajar lelaki di dalam kelas tersebut.
Sebaik sahaja membeli makanan daripada kantin, mereka
berempat duduk di sebuah sudut kantin di belakang lalu menjamah makanan
masing-masing. Kelihatan Mira sedang membaca sesuatu sambil tersenyum-senyum.
Maya, Zira dan Zafirah saling berpandangan melihat telatah rakan mereka.
“ Wah, kawan kita
yang seorang ni dah ada secret admire
Nampak. Dah berapa surat kau dapat ni Mira?” Maya sengaja menyakat Mira yang
sedang khusyuk membaca sehelai kertas berwarna merah jambu. Muka Mira mulai
merah mendengar soalan daripada Maya.
“ Aaah la Mira,
hari-hari aku tengok kau ni asyik tersenyum-senyum ja baca surat dari peminat
kau tu. Jangan kata dekat aku, kau dah mula syok dengan peminat rahsia kau ni.”
Tambah Zira.
Zafirah hanya berdiam diri melihat telatah rakan-rakannya.
Dia tidak henti-henti memikirkan apa yang dikatakan oleh Haizal kepada dirinya
semalam. Lamunannya terhenti sebaik sahaja, Zakri muncul di hadapannya.
“ Haizal?”
Mereka berempat kaget tatkala mendengar perkataan yang keluar daripada mulut
Zafirah. Zafirah memegang tangan adiknya dengan erat dan tidak henti-henti
menyeru nama Haizal. Mereka bertiga tertawa melihat telatah Zafirah yang
mencuit hati itu. Maya tersenyum sinis, sebentar lagi pasti dia akan menyakat
rakannya itu.
“ Kakak, ni Zakri
la bukan Haizal!” Zakri melepaskan tangannya daripada rangkulan kakaknya itu. “
Kakak, hari ni Zakri pulang lewat sebab hari ni Zakri ada latihan bola sepak.
Kakak tolong bagi tahu mak ok.” Zafirah tersedar daripada khayalannya, lalu
tersenyum kelat menahan malu. Zafirah hanya sekadar mengangguk lalu kembali
menjamah hidangannya, Zakri meminta diri namun Zafirah tidak mengendahkannya.
Ketiga-tiga sahabatnya itu menahan tawa melihat kelakuan Zafirah yang cemas
itu.
“ Kau minat dekat
Haizal kan?” Soal Maya lalu tersenyum penuh makna. Zafirah tersedak mendengar
kata-kata rakannya itu. Manakala Mira segera memberikan sebotol mineral
kepunyaannya kepada Zafirah. “ Kalau ya
pun kau nak tanya soalan macam tu, janganlah tanya masa dia sedang makan habis
anak dara orang terbatuk-batuk.” Zira mencuba untuk menenangkan Zafirah dengan mengosok-gosok
belakang gadis berambut panjang separas pinggang itu.
“ Yalah, sorry Fira. Aku tak tahan tengok kau
tadi, asyik layan khayalan kau ja. Rupa-rupanya dalam diam kau fikirkan
mengenai Haizal rupanya. Kemarin… bukan main lagi kau kan dengan dia. Macam
sepasang kekasih dah aku tengok, korang ada apa-apa ka ni? kongsi la dengan
kami semua.” Zafirah kembali lega setelah meneguk beberapa liter air. Maya
memohon maaf atas kesilapan yang dilakukannya sebentar tadi lalu memegang
tangan Zafirah dengan erat. Mata mereka bertiga mulai tertumpu ke arah Zafirah
yang dalam keadaan gelisah itu.
“ Kemarin tu…
aku, aku Cuma nak bantu Rafiq ja tolong dia pujuk Haizal untuk isi borang
kokurikulum. Jadi kemarin, lepas ja diorang gaduh aku curi-curi la sembunyikan
buku kesayangan budak tu. Lepastu, masa pulang aku cakap la dekat dia aku
jadikan buku dia sebagai tebusan, kalau nak balik buku tu mesti isi borang tu
dulu. Dia ambil ja borang tu dari aku dan tarik tangan aku masuk dalam kereta
dia. Aku sangka dia nak culik aku, rupa-rupanya dia ajak aku temankan dia
jalan-jalan. Sebagai balasannya, dia isi la borang tu dan aku bagi balik la
buku dia. Sampai dekat situ ja tiada apa-apa yang berlaku.” Jelas Zafirah lalu
menguntumkan senyuman yang lebar. Rakan-rakannya terpaku tatkala mendengar
penjelasan Zafirah.
“ Ha!
Sekarang apa yang jadi? Kamu bertiga pula yang berkhayal kan. Sudah hapuskan
khayalan korang, jom kita bergerak ke makmal. Aku tak sabar nak belajar biologi
ni!” Zafirah segera bangkit dari duduknya lalu mengajak rakan-rakannya yang
dibuai khayalan untuk pergi dari situ menuju ke makmal kimia. Maya berlari-lari
anak mendapatkan Zafirah yang berada di hadapan mereka lalu tersenyum puas.
“ SAH! Betul kan
apa yang aku kata? Dia dah mula jatuh cinta dekat kau sebenarnya tu, ala dia tu
sengaja ja tak nak luahkan dekat kau sebab kau tahu la kan dia tu sombong
habis!” Zafirah mengeluh mendengar kata-kata Maya yang suka menyakat
rakan-rakannya itu. “ Sudah-sudah la tu
Maya, kau ni kan asyik fikirkan tentang cinta, cinta dan cinta ja.Mana ada dia
jatuh cinta dekat aku. Sebab dia…” Kata-kata Zafirah terhenti sebaik sahaja
mereka sampai di depan pintu makmal biologi itu. Kelihatan para pelajar
berpusu-pusu masuk ke dalam makmal tersebut kerana kerusi di dalam makmal itu
sangat terhad.
Mereka berdua segera mengambil tempat yang berada di
bahagian belakang sekali. Nasib mereka baik kerana kerusi yang berada di tempat
mereka cukup-cukup untuk mereka berempat. Zafirah yang ingin duduk di atas
kerusi kayu berwarna coklat itu terjatuh namun Haizal berjaya menahannya
daripada jatuh. Mata mereka berdua saling bertatapan dan membuatkan jantung
Zafirah semakin berdegup kencang. Zira,Maya dan Mira tersenyum lebar melihat
keadaan mereka berdua. Sebaik sahaja cikgu Halim masuk ke dalam makmal
tersebut, Rafiq berdehem lalu Haizal melepaskan Zafirah daripada pegangganya
membuatkan Zafirah terjatuh di atas lantai.
Haizal
mengambil kerusi milik Zafirah, lalu menghulurkan tangannya kepada Zafirah
untuk segera bangkit dari jatuhnya. Zafirah menepis tangan Haizal lalu bangun
menuju kea rah Haizal yang sudah sedia duduk di atas kerusi miliknya sebentar
tadi. “ Itu kerusi saya la, kenapa dengan awak ni. Bagi balik kerusi saya pergi
cari yang lain dekat makmal sebelah.Cepatlah, saya nak belajar ni.” Haizal
hanya berdiam diri dengan telatah Zafirah yang merengek seperti budak berumur 6
tahun yang tidak dibelikan mainan. Hampir semua pelajar 5 Harmoni
berbisik-bisik dengan telatah mereka berdua yang seperti kebudak-budakan itu.
“ Ok, class. Today we will learn new chapter, chapter 6. Turn to page 70. We will
learn about variation. Refer at page 70 at 6.1 Variation inside organism.There
are difference between organisms from same species.” Hanya beberapa orang
pelajar sahaja yang memberi tumpuan semasa Cikgu Halim sedang menjelaskan
mengenai subjek biologi. Pengajaran Cikgu Halim terhenti sebaik sahaja dia
melihat pelajarnya tidak menumpuhkan perhatiaan. Pen penanda yang berada di
tangannya segera dihumban tepat ke arah Haizal dan Zafirah yang tidak
henti-henti berebut kerusi itu lalu menghampiri mereka berdua. Para pelajar
mulai menumpuhkan perhatiaan ke arah papan putih yang kosong itu.
“ Kenapa
dengan kamu berdua ni ha! Saya paling pantang ketika saya mengajar ada budak
yang buat perangai. Kamu berdua memang tidak sedar – sedar lagi kan, SPM kamu
sebentar lagi akan berlangsung tapi apa yang kamu berdua lakukan? Berebut
kerusi bagai macam budak tadika sahaja. Tiada kata maaf lagi untuk kamu berdua!
Keluar dari sini cepat, sebagai denda. Cikgu mahu kamu berdua bersihkan makmal
kimia, siap bersih semuanya baru cikgu izinkan kamu belajar di kelas ini
semula.” Haizal dengan lagaknya yang sombong tidak mengendahkan nasihat cikgu
Halim, tangan kanannya khusyuk menari-nari di atas buku latihan. Hanya Zafirah
sahaja yang mengangguk tanda mengerti. Manakala Maya dan Zira terkekek-kekek
melihat riak muka Zafirah yang kelihatan merah menahan malu. Mira menggeleng
kepala melihat Maya dan Zira lalu mencubit tangan kedua orang kawannya itu.
“ Saya suruh
buat apa tadi Haizal! Ini sekolah jangan nak berlagak sakan. Cepat kemaskan
makmal kimia! Terhegeh-hegeh. Ingat! Siap bersih semuanya baru boleh masuk.”
Zafirah segera berganjak keluar daripada makmal tersebut diikuti oleh Haizal
dengan lagaknya yang sombong itu. Cikgu Halim sempat mengingatkan mereka berdua
mengenai amarannya sebentar tadi.
Zafirah mencuba untuk membuka kunci makmal kimia yang hampir
sebulan tidak dikunjungi itu kerana guru mereka yang mengajar subjek kimia cuti
bersalin. Hampir dua minit Zafirah mencuba untuk membuka kunci makmal tersebut
namun tidak juga terbuka. Haizal mengeluh lalu merampas kunci makmal yang
berada di tangan Zafirah. Zafirah mencebik dengan kelakuan Haizal yang tidak
beradab itu.
“ Harapkan kau
buka pintu ni, alamatnya tak siap – siap la kerja kita nanti.” Haizal berjaya
membuka pintu makmal tersebut lalu memberikan kunci itu kepada Zafirah. Zafirah
hanya tersenyum lebar lalu segera mengambil penyapu,bulu ayam untuk mengelap
tingkap dari habuk,plastik hitam dank ain basah untuk mengelap tingkap. Haizal
hanya berdiri kaku melihat gerak geri Zafirah, kerja pembersihan pun bermula.
Zafirah langsung tidak mengendahkan Haizal yang sedang bersandar di belakang pintu
sambil meletakkan tangan kanannya di dalam poket seluarnya persis seorang model
yang sedang berposing. Habis sahaja selesai menyapu sampah-sampah yang berada
di dalam makmal tersebut Zafirah membuang ke dalam plastik hitam yang
diambilnya sebentar tadi lalu mengikat rapi. Zafirah berdiri tegak berhadapan
dengan Haizal yang bersandar malas lalu memeluk tubuh melihat kelakuan lelaki
yang berada di hadapannya itu.
(^___^)
“ Awak! Tolong
la saya bersihkan makmal ni. Awak pun kena denda juga tau, bukan saya ja. Tak
kira awak kena juga bersihkan makmal ni.” Zafirah mengeluh lalu menghulurkan
penyapu bulu ayam kepada Haizal.
“ Ni, semua disebabkan
kau la bodoh bukannya aku. Cuba kau tak merengek macam budak kecil tadi, tak
adalah kita kena denda macam ni. Buat la sendiri, aku tak nak masuk campur.” Haizal
kembali menghulurkan penyapu bulu ayam yang berada di tangannya kepada Zafirah
semula. “ Aduh ! Sakit la bodoh. Habis seluar aku kotor disebabkan kasut koyak
kau tu.” Zafirah yang geram dengan sikap Haizal menendang kaki Haizal sekuat
hatinya lalu mengetap bibirnya. Haizal kesakitan lalu mengurut-urut kakinya
yang sakit itu.
“ Padan muka
awak, siapa suruh salahkan saya. Kalau awak tak ambil kerusi saya tadi, tak la
saya jadi macam ni. Lantak awaklah nak buat apa,saya dah bosan nak bertekak
dengan awak lagi.” Jelas kelihatan muka Zafirah merah. Marahnya begitu
meluap-luap seperti air panas yang mendidih. Haizal bangkit dari tunduknya lalu
memberikan senyuman kepada Zafirah. Kemarahan Zafirah semakin beransur pulih
dia menarik dan menghembuskan nafasnya untuk memulihkan dirinya yang dihujani
dengan kemarahan.
“ Aku tengok
kalau kau marah lagi cantik la. Kau ambil serius kan dengan apa yang aku kata
semalam? Betul kan apa yang aku cakap?” Haizal semakin mendekatkan dirinya
kepada Zafirah yang mengetap bibirnya sehingga Zafirah tersandar di belakang
meja. “ Nak kena pelempang ka? Saya boleh bagi sekarang juga.” Zafirah
menghayunkan tangan kanannya ke arah Haizal namun berjaya ditangkas oleh
Haizal. Sekali lagi Haizal memberikan senyuman yang ikhlas kepada Zafirah,
Zafirah melepaskan tangannya daripada genggaman Haizal.
“ Aku, tanya
kau jawab ja la. Kau ni kan, muka ja cantik tapi bodoh, selekeh. Macam mana nak
jadi teman wanita aku kalau perangai kau macam ni. Betul kan, apa yang aku
cakap kau ambil serius kan dengan kata-kata aku semalam?” Sekali lagi Haizal
membuatkan hati Zafirah jadi tidak tentu hala mukanya merah padam. Suatu
perasaan yang aneh mulai timbul dalam dirinya, perasaan yang dia sendiri tidak
pasti apakah maksud disebalik perasaan itu.
Zafirah memandang tajam ke arah anak mata hazel milik Haizal
lalu tersenyum lebar. Haizal membalas senyuman itu, hati Zafirah berbunga-bunga
tatkala melihat senyuman itu. Jelas kelihatan ketampanan Haizal yang mempunyai
campuran cina itu apabila tersenyum. Mereka berdua masing-masing dibuai
khayalan tanpa menyedari ada sepasang mata yang asyik melihat telatah mereka.
“ Ehemm!” Zira
selaku penolong ketua kelas 5 Harmoni memeriksa keadaan Zafirah dan Haizal.
Sebaik sahaja melihat keadaan mereka berdua, Zira membuat – buat batuk untuk
mengembalikan mereka berdua ke alam nyata. Zafirah segera menyambung
pekerjaannya manakal Haizal hanya tersenyum melihat gelagat Zafirah yang kelam
kabut itu.
“ Korang berdua
ni bukan main lagi kan,cikgu kalau Nampak ni memamng habis la korang kena
bebel. Cikgu suruh korang bersihkan makmal bukannya pergi dating bagai.” Zira sempat menasihatkan mereka berdua sebelum
kembali ke makmal biologi.
“ Kau janganlah
ambil serius dengan apa yang aku kata semalam, aku Cuma bergurau ja. Kau jangan
risau, aku Cuma uji diri aku ja untuk meluahkan perasaan dan kau jadi
eksperimen aku. Aku suka dekat budak yang semalam kita jumpa tu dah la cantik,
pandai pula tu. Kita kan dah jadi kawan, jadi setahu aku kawan harus tolong
kawan dia bukan? Boleh tak kau tolong aku? Arrogant
aku dah hilang dah jangan risau. Aku layan kau baik punya.” Haizal merampas
penyapu bulu ayam yang berada di tangan Zafirah lalu menyuruhnya turun daripada
kerusi.
Zafirah
tersenyum kelat lalu mengambil kain basah untuk mengelap meja yang kotor itu. “
Jadi, awak dah anggap saya ni kawan awak la. Bagus la kalau macam tu, saya pun
malas juga tengok sikap awak yang arrogant
tu. Kalau ya pun awak nak uji diri janganlah jadikan saya sebagai bahan
eksperimen. Saya ni perempuan mudah cair dengan kata-kata lelaki, lebih-lebih
lagi kalau soal percintaan macam ni. Hmm, nak saya tolong apa?” Jelas terdampar
wajah kekecewaan dalam diri Zafirah. Namun perasaan itu terhapus jua disebabkan
keceriaan dalam diri Zafirah mulai bertambah. Dia berasa gembira kerana
akhirnya Haizal dapat menerima dia sebagai sahabat.
“ Tolong aku…
buat Keysha jatuh cinta dekat aku. Boleh kan? Ala senang ja bukannya susah mana
pun. Kau kan kawan aku, kena la bantu aku.” Kerja yang dilakukan oleh Zafirah
terhenti sebaik sahaja dia mendegar kata-kata Haizal. “ Ok, kalau itu boleh
buat arrogant awak hilang. Saya akan
bantu awak Cuma dengan satu syarat.” Haizal dan Zafirah saling berpandangan
lalu berbalas senyuman.
“ Syarat apa
pula? Ok, aku sedia melakukan syarat itu.” Haizal turun daripada kerusi yang
dinaikinya untuk mengelap tingkap lalu duduk bersebelahan dengan Zafirah.
“ Baru kali ini,
dia layan aku macam ni. Akhirnya aku dah buat arrogant dia semakin menghilang. Tapi kenapa dengan aku… adakah aku
telah jatuh cinta dekat dia. Kenapa aku rasa cemburu,kenapa aku rasa berat
untuk membantu dia, kenapa aku rasa sayang dekat dia.” Zafirah bermonolog dalaman
lalu mulai berkhayal.
“ Fira!” Zafirah
tersedar daripada lamunannya sebaik sahaja Haizal menyergahnya. “ Pertama kali dia panggil aku
dengan nama panggilan aku.” Sekali lagi Zafirah bermonolog dalaman sambil
tersenyum puas.
“ Maaf, saya…
syarat dia, awak kena buang arrogant awak dan layan kami semua dengan baik.
Terutamanya orang yang lebih tua dari awak. Kalau saya dapat tahu awak langgar
syarat ni, saya tak akan bantu awak lagi. Awak usaha la sendiri untuk
mendapatkan cinta si Keysha tu.” Haizal mengangguk menandakan dia memahami
syarat yang diminta oleh Zafirah lalu bangkit dari duduknya keluar daripada
makmal tersebut meninggalkan Zafirah yang sedang membuang sampah di belakang
makmal.
Setelah menyiapkan denda yang dikenakan oleh Cikgu Halim
sebentar tadi, beberapa minit kemudiaan jam loceng berbunyi menandakan subjek
biologi telah pun berakhir. Zafirah tersenyum puas tatkala melihat kelakuan
Haizal kepada rakan sekelasnya mulai berubah sedikit demi sedikit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan