Tumblr Scrollbars

My Friend

Rabu, 6 November 2013

Tentang Kita ( Bab 4 )




Bab 4

Burung mulai berkicauan sekaligus membangunkan seluruh makhluk manusia yang dibuai mimpi untuk meneruskan kerja seharian mereka. Hari itu, genap sebulan Haizal bersekolah di SMK Indera namun sikap berlagak dan sombongnya itu tidak pernah berubah.
            “ Haizal! Tolong isi borang kokurikulum ni. Disebabkan kau, aku teruk kena marah oleh cikgu Umairah tau. Sepatutunya dia marahkan kau ni aku pula yang kena. Kau nak ikut ka tak nak ikut terserah tapi aku nak kau isi borang ni sekarang juga!” Masuk sahaja ke dalam kelas, Rafiq segera meletakkan beg sekolahnya lalu menuju ke arah meja Haizal yang sedang khusyuk mebelek-belek sebuah buku. Rafiq tidak dapat mengawal perasaan marahnya lagi terhadap Haizal lalu terus sahaja memaksanya untuk mengisi borang kokurikulum.
            Haizal segera bangkit dari duduknya lalu membuat buku lima di atas meja tersebut dengan kuat.“ Kalau aku kata tak nak jadi jawapannya tak nak la. Aku bukannya kesah pun kau kena marah oleh cikgu. Tu salah kau sendiri tak pandai nak tanya betul-betul asyik layan baran kau tu ja. Jujur aku memang tak suka dengan perangai kau yang panas baran ni.” Rafiq yang tidak dapat mengawal marahnya dengan kata-kata Haizal sebentar tadi segera membuat buku limanya lalu menumbuk pipi Haizal membuatkan Haizal tersungkur jatuh, pipinya mulai lebam dan terdapat darah yang keluar daripada bibirnya.
Zafirah yang baru sahaja masuk ke dalam kelas kaget dengan kejadiaan yang dilihatnya sebentar tadi. Matanya membulat dan membesar melihat pergaduhan yang baru sahaja diletuskan sebentar tadi. Haizal segera bangun lalu membalas tumbukan daripada Rafiq juga membuatkan bibir Rafiq turut tercedera. Zafirah segera menyuruh mereka berdua berhenti namun mereka berdua tidak mengendahkan amaran Zafirah dan terus sahaja berkelahi.
            “ Rafiq! Haizal! Apa yang kamu berdua lakukan ni ha! Ikut saya ke pejabat sekarang juga! Kamu Zafirah ikut sama!” Beberapa minit kemudian Cikgu Amran selaku ketua disiplin SMK Indera segera masuk ke dalam kelas 5 Harmoni setelah mendengar aduan daripada pelajar mengenai pergaduhan yang berlaku. Zafirah meletakkan beg sekolahnya di tempat duduknya,  langkahnya menuju ke bilik disiplin terhenti sebaik sahaja melihat buku kepunyaan Haizal terjatuh. Dia mengambil buku tersebut lalu tersenyum lebar, ada sesuatu yang dia ingin lakukan kepada lelaki sombong itu.
            “ Apa yang berlaku tadi ha! Rafiq bukankah kamu ketua kelas yang sentiasa menjadi contoh kepada rakan-rakan kamu, kenapa dengan kamu ni kenapa letuskan pergaduhan ni? Jawab!” Rotan yang bersaiz panjang yang berada di tangan kanan cikgu Amran segera dihambat di atas meja.
            “ Maafkan saya cikgu. Saya Cuma… saya Cuma ingin meminta Haizal untuk mengisi borang kokurikulum. Tapi… dia…saya…” Kata-kata Rafiq terhenti sebaik sahaja Haizal memotong perbicaraannya. “ Aku yang salah cikgu, dia tak salah. Dia Cuma menjalankan tugasnya sebagai ketua kelas. Cuma aku ja yang tidak membuat apa yang dimintanya selama ini. Dia juga sentiasa berusaha keras meminta aku untuk mengisi borang yang tak penting tu. Aku…” Kata – kata Haizal turut terhenti sebaik sahaja Cikgu Amran menghambat rotannya sekali lagi.
            “ Ini kah yang kamu pelajari di Kuala Lumpur Haizal! Biadab betul cara kamu menjawab, saya tahu kamu tu anak datuk dan datin. Sudah buang masa saya sahaja dengar jawapan kamu tu.” Zafirah tersenyum sinis mendengar bentakan daripa Cikgu Amran.
            “ Padan muka. Dasar mulut tak ada insuran, tahu berlagak ja.” Zafirah bermonolog dalaman, dia sendiri tidak menyukai cara Haizal menjawab jawapan yang dipinta oleh Cikgu Amran. “ Zafirah! Kamu Nampak mereka berkelahi, tapi apasal kamu tidak mengadu kepada saya. Nak tunjuk hebat ka suruh diorang berhenti berkelahi ha! Oleh sebab, kamu Nampak kejadiaan tu ceritakan kepada saya sekarang juga.” Sekali lagi, Cikgu Amran meninggikan suaranya kali ini kepada Zafirah pula.
            “ Maafkan saya cikgu. Saya… um… saya tak tahu cikgu.” Zafirah gugup menjawab soalan cikgu Amran, sekali lagi cikgu Amran menghambat rotannya ke arah meja pejabatnya.
            “ Ok. Zafirah kamu boleh keluar.” Kata Cikgu Amran lalu memegang penghujung rotannya. “ Terima kasih cikgu.” Jawab Zafirah dia sempat mengalihkan pandangannya ke arah Haizal.
            “ Hulurkan tangan kamu berdua! Pang!” Sebuah hambatan mula dikenakan kea rah tangan milik Haizal. Tidak ada sebarang riak wajah menahan sakit yang terpancar dari wajah Haizal yang putih mulus itu. Beberapa minit kemudiaan, Haizal keluar daripada bilik disiplin itu diikuti oleh Rafiq.
Zafirah setia menanti dua lelaki itu keluar daripada bilik disiplin. Zafirah kaget apabila melihat Haizal yang hanya lalu begitu sahaja di hadapannya, dia segera mengejar Haizal.
            “ Awak, tunggu saya.” Haizal tidak mengendahkan Zafirah yang menyuruhnya menunggu gadis itu. Zafirah mengalah lalu menghentikan langkahnya, Rafiq yang berada di belakang Zafirah duduk di sebuah bangku lalu mengeluh.
Zafirah melabuhkan pungunggnya duduk bersebelahan Rafiq. Dia memandang wajah lelaki itu dengan tajam tanpa berkelip mata. Zafirah bangkit dari duduknya lalu menuju ke arah pejabat am untuk mendapatkan peti kecemasan lalu kembali duduk bersebelahan dengan Rafiq.
            “ Mana borang kokurikulum tu?” Zafirah menuam pipi Rafiq yang bengkak itu lalu menghulurkan tangannya kepada Rafiq untuk meminta borang kokurikulum yang mengakibatkan pergaduhan sebentar tadi terletus.
Rafiq hanya berdiam diri. Dia menolak tangan Zafirah daripada pipinya lalu beroleh pergi begitu sahaja meninggalkan Zafirah yang masih tercegat duduk di bangku bersebelahan dengan pusat sumber itu.
Zafirah mengeluh lalu bangkit dari duduknya membawa peti kecemasan kembali ke bilik guru. Sejurus kemudian, dia kembali ke kelas untuk menelaah pelajaran semula.
Beberapa jam kemudiaan, hari persekolahan pada hari itu telah pun tamat. Setelah memasukkan buku dan kotak pensil ke dalam beg sekolahnya, Zafirah segera menghampiri Rafiq lalu menguntumkan senyuman.
            “ Rafiq, saya nak tolong awak buat sesuatu boleh?” Rafiq membulatkan matanya sebaik sahaja mendengar kata-kata Zafirah.
            “ Awak nak tolong apa?” Soal Rafiq sambil memasukkan bukunya ke dalam beg sekolahnya. Kelihatan para pelajar 5 Harmoni telah pun keluar daripada bilik darjah tersebut begitu juga dengan kawan – kawan Zafirah. Hanya tinggal Zafirah,Rafiq,Haizal dan dua orang pelajar lelaki sahaja lagi yang berada di dalam kelas tersebut.
            “ Minta borang kokurikulum yang korang gaduhkan tadi.” Bisik Zafirah kepada Rafiq. Rafiq mengeluarkan borang tersebut di dalam beg sekolahnya lalu menghulurkan kepada Zafirah.
            “ Terima kasih sudi bantu saya. Harap awak berjaya lembutkan hati si putera sombong tu untuk mengisi borang ni.” Kata Rafiq lalu memberikan senyuman kepada Zafirah, Zafirah membalas senyuman itu lalu mengangguk. Sejurus kemudiaan Rafiq keluar daripada bilik darjah tersebut begitu juga dengan dua pelajar tadi meninggalkan Haizal yang sedang mencari sesuatu dan Zafirah yang sedang membuka zip beg sekolahnya untuk mengambil sesuatu.
Haizal mulai menyedari bahawa hanya tinggal dia bersama dengan Zafirah sahaja lagi berada di dalam kelas. Haizal keluar daripada kelas meninggalkan Zafirah yang masih tercegat berdiri. Zafirah turut keluar daripada bilik darjah itu lalu mengejar Haizal daripada belakang.
            “ Awak, tunggu lah saya. Awak! Cari ni kan?” Zafirah tercungap-cungap berjalan dengan laju mengejar Haizal yang berjalan seperti kereta api itu. Zafirah menghentikan langkahnya lalu mengalihkan perhatian Haizal. Di tangannya jelas kelihatan buku kepunyaan Haizal yang dicari-cari selama ini.
Haizal menoleh kea rah belakang lalu mengeluh. Tanpa berlengah lagi dia memulakan langkahnya menuju kea rah Zafirah yang tersenyum puas sambil memeluk tubuh. Haizal menghulurkan tangannya kepada Zafirah namun Zafirah tidak mengendahkannya.
            “ Kalau awak nak buku ni semula. Saya ada satu syarat, sekarang ni buku awak jadi tebusan. Faham tu.” Jelas Zafirah lalu merenung tepat kea rah wajah Haizal. Haizal mendengus dan membuatkan Zafirah tergelak kecil. Gelak tawanya terhenti sebaik sahaja Haizal membentaknya.
            “ Kenapa berhenti?! Sambung la lagi gelak tawa kau yang lucu sangat tu. Kau nak apa dengan aku ha! Kau ni kan memang nak kena kan, aku tiada masa nak bertekak dengan kau. Bagi balik buku aku cepat, aku tiada masa nak bermain dengan orang macam kau ni!” Zafirah mengetap bibirnya sebaik sahaja Haizal menengkingnya. Tapak tangannya mulai berpeluh mendengar kata-kata Haizal. Mukanya turut merah menahan malu melihat orang yang lalu – lalang tertumpu kea rah mereka.
            “ Saya tak nak apa – apa pun dekat awak. Cuma tolong isikan borang kokurikulum ni, boleh kan? Itu sahaja yang saya nak dari awak, kalau awak isi borang ni baru saya akan kembalikan novel awak ni.” Jawab Zafirah gugup sambil menundukkan kepalanya.
Haizal mengeluh lalu menghulurkan tangannya sekali lagi kepada Zafirah. Perlahan-lahan Zafirah mengangkat wajahnya lalu memandang tepat kea rah anak mata berwarna hazel milik Haizal.
            “ Yang kau blur ni apasal? Mana borang tu cepat bagi aku. Aku tiada masa nak layan kau ni. Banyak kerja lagi yang aku nak buat. Cepat!” Zafirah segera menghulurkan borang kokurikulum yang berada di tangannya kepada Haizal.
            “ Ikut aku.” Haizal menarik tangan Zafirah dan Zafirah berjaya melepaskan tangannya. Dia hanya menggeleng kepala menundukkan wajahnya.
            “ Kau ni peka ka! Kalau kau betul – betul peka padan muka. Cepat ikut aku, kau jangan nak ambil kesempatan larikan buku aku tu.” Haizal segera menarik tangan Zafirah dengan erat. Zafirah tidak dapat melepaskan lagi tangannya daripada lelaki yang lebih jauh tinggi daripadanya itu.
            “ Lepaslah, saya boleh jalan sendiri la awak. Lepas, awak orang tengok tu lagipun kita bukan muhrim nak pegang-pegang ni.” Zafirah mempertahankan dirinya sehingga Haizal menyuruh Zafirah masuk ke dalam kereta ayahnya yang berjenama BMW.
            “ Pak Ali. Tercegat apa lagi, cepatlah jalan!” Bentak Haizal kepada orang tua berbaju putih itu. Zafirah berasa simpati akan nasib pemandu peribadi Haizal.
            “ Awak nak bawa saya ke mana ni? Awak nak culik saya kan? Encik tolong turunkan saya di sini, saya…” Kata-kata Zafirah terhenti wajahnya jelas kelihatan pucat melihat air muka Haizal yang berubah itu.
            “ Kau ni kan! Aku kan dah kata ikut aku, siapa la nak culik orang macam kau ni. Selekeh! Pak Ali, turunkan kitorang dekat Pusat membeli – belah Kiara dan pulang nanti pandai-pandai la aku naik bas.” Sekali lagi Haizal membentak Zafirah dan membuatkan Pak Ali berasa kaget. Sejurus kemudian, setelah beberapa minit berdiam diri Haizal memberi perintah kepada Pak Ali untuk ke sebuah kafe.
            “ Ya, baiklah. Haizal.” Zafirah yang simpati akan nasib pemandu yang berusia dalam lingkungan 60 an itu mencebik melihat kelakuan Haizal yang sombong itu.
Sampai sahaja ke destinasi yang dituju, Haizal turun daripada kereta tersebut manakala Zafirah masih tercegat duduk di dalam kereta. Haizal mengeluh panjang melihat Zafirah yang kebingungan itu lalu segera mengetuk tingkap kereta itu.
Zafirah tersedar daripada lamunannya dia mengucapkan terima kasih kepada Pak Ali lalu turun daripada kereta tersebut. “ Pak Ali, pulang nanti jangan risau dan jangan ambil aku. Aku tahu pulang sendiri.” Perintah Haizal.
“ Tapi, bukankah Haizal tidak tahu arah jalan di kawasan ni. Haizal…” Kata-kata Pak Ali terhenti. “ Jangan risau la. Aku tahu la apa yang aku nak buat. Jom Zafirah kau jangan nak tercegat dekat situ lagi.” Pintas Haizal lalu menarik tangan Zafirah masuk ke dalam kompleks membeli belah itu.
Pelbagai ragam manusia yang dapat kelihatan di dalam kompleks membeli belah itu. Tidak ketinggalan juga segelintir pelajar sekolah juga turut kelihatan. Haizal melepaskan tangan Zafirah lalu meneruskan perjalanannya.
            Zafirah mengurut - urut pergelangan tangannya. “ Awak ni memang tak berhati perut langsung. Awak tahu tak pakcik tu pun ada perasaan tau, awak layan dia macam dia tu hamba awak. Saya tahu lah yang awak tu anak orang berada, tapi apa salahnya awak layan pakcik tu elok-elok. Awak… awak dengar tak apa yang saya kata ni?” Zafirah mempercepatkan langkahnya ke arah Haizal yang berada di hadapannya.
            “ Awak… dengar tak apa yang saya kata ni? Sombong!” Haizal menghentikan langkahnya lalu menoleh kea rah belakang. Sememangnya dia tidak menyukai perkataan sombong kerana dia tahu bahawa dia seorang yang sombong.
            “ Yang kau nak masuk campur ni apahal? Kau tu tak faham apa yang berlaku dalam hidup aku sehingga aku jadi macam ni. Tiada siapa yang pernah tahu apa yang berlaku dalam hidup aku termasuk ibu bapa aku diorang semua tu tak pernah dengar masalah aku. Aku kesunyiaan kau faham tak aku kesunyiaan. Ibu bapa aku Cuma pentingkan pekerjaan mereka berbanding aku. Semua kawan-kawan aku yang sentiasa dengar masalah aku hilang disebabkan ibu bapa aku yang pindahkan aku dalam kawasan ni.” Zafirah menundukkan wajahnya, mata Haizal berkaca-kaca sebaik sahaja mengungkapkan isi hatinya kepada Zafirah.
Haizal meneruskan langkahnya begitu juga dengan Zafirah. Mereka berdua masuk ke dalam sebuah kafe lalu duduk di sebuah sudut.
            Setelah memesan apa yang diinginkan Haizal mengisi borang kokurikulum tersebut di hadapan Zafirah manakala Zafirah membelek-belek buku kepunyaan Haizal. “ Awak… maafkan saya sebab saya tengking awak saya…” Zafirah memohon maaf kepada Haizal, kata maafnya terhenti sebaik sahaja mata mereka saling bertatapan.
Haizal tersenyum sinis melihat wajah Zafirah yang kelihatan bersalah itu lalu menyambung semula mengisi borang yang berada di hadapannya itu. Sejurus kemudian, pelayan kafe tersebut datang membawa pesanan yang mereka pesan sebentar tadi.
            “ Awak pun suka baca novel bertajuk Kelam ni?  first time saya jumpa lelaki suka baca novel.” Zafirah menikmati hidangan lalu membelek-belek buku yang berada di tangannya itu.
            “ Novel tu bukannya untuk perempuan ja lelaki pun boleh baca novel la. Novel tu pun bukannya ada unsur romantik pun Cuma ada unsur misteri dan penyiasatan ja” Setelah siap mengisi borang, Haizal merampas bukunya yang berada di tangan Zafirah lalu menjelaskan kepada Zafirah bahawa lelaki juga boleh membaca novel.
Zafirah tersenyum tatkala melihat borang tersebut akhirnya berjaya diisi oleh Haizal. Dia membuka beg sekolahnya lalu menghulurkan Haizal plaster untuk membalut pipinya yang cedera akibat terkena buku lima Rafiq pada pagi tadi.
            Haizal tidak mengambil plaster tersebut dia hanya menikmati hidangan yang dipesannya sebentar tadi. “ Awak, kalau badan awak masuk kuman macam mana. Sini saya tolong.” Zafirah membantu Haizal melekatkan plaster tersebut di pipinya. Jelas kelihatan lebam pada pipi Haizal.
Haizal kaget dengan kelakuan Zafirah terhadap dirinya. Secara sembunyi dia tersenyum, senyuman yang mempunyai makna yang tersendiri. Setelah beberapa minit berada di kafe itu akhirnya hidangan yang dipesan oleh mereka telah pun selesai dihabiskan.
            “ Kenapa awak ajak saya ke sini? Awak suka saya kan?” Haizal tersedak sebaik sahaja mendengar kata-kata Zafirah.
            “ Perasan la kau ni. Aku bukannya ada hati pun dekat kau, aku ajak kau ke sini pun sebab aku nak pastikan kau tak curi buku aku tu.” Jawab Haizal, Zafirah mencebik.
            “Awak… maafkan saya sebab saya buat awak kecil hati. Sebenarnya saya juga mempunyai masalah keluarga malah lebih teruk dari awak. Ayah saya Cuma tahu meminta ja dari mak saya. Mak saya yang sentiasa bekerja untuk mencari nafkah buat kami sekeluarga malah ayah saya pula hanya menganggur. Kalau ayah tak puas hati kami semua akan jadi mangsa, dia akan… um… lupakan ja apa yang saya kata ni.” Zafirah mengeluarkan semua isi hatinya kepada Haizal. Haizal tertarik untuk mendengar cerita hidup Zafirah namun Zafirah tidak menghabiskan cerita hidupnya. Dia tidak mahu membuka aib ayahnya meskipun ayahnya sentiasa membuatkan mereka menderita.
            “ Kau tak payah la nak minta maaf dekat aku. Aku belanja kau tak payah bayar.” Jawab Haizal lalu membayar hidangan yang mereka pesan sebentar tadi. “ Awak terima kasih.” Zafirah memberikan senyuman yang lebar kepada Haizal namun tidak dibalas. Haizal keluar daripada kafe tersebut diikuti oleh Zafirah.
            “ Kau nak ikut aku pergi mana lagi ni? Kau nak apa lagi dari aku? Aku dah ikut semua apa yang kau nak.” Haizal menghentikan langkahnya tatkala dia menyedari bahawa Zafirah mengikutinya.
Zafirah tersengih kelat. “ Tak, saya tak ikut awak pun saya Cuma nak bagi tahu awak ja jalan keluar dari kompleks beli-belah ni bukan dekat sini. Tapi jalan keluarnya dekat depan sana.” Zafirah terus sahaja meninggalkan Haizal menuju ke sesuatu tempat. “ Tunggu aku!” Zafirah menghentikan langkahnya sebaik sahaja Haizal menyuruhnya untuk menunggu lelaki itu.
“ Awak kan tak nak saya ikut awak. Saya tinggalkan awak la.” Jawab Zafirah lalu memberikan senyuman lebar kepada Haizal. “ Kau ikut aku, tunjukkan aku arah dalam kompleks beli – belah ni.” Arah Haizal kepada Zafirah, Zafirah mengangguk lalu memulakan langkahnya menuju ke tempat yang ingin ditujunya sebentar tadi sambil diiringi oleh Haizal.
Belum sempat Zafirah ingin masuk ke dalam sebuah kedai buku, Haizal menarik tangannya masuk ke dalam sebuah butik. Zafirah kebingungan dengan sifat Haizal dan melepaskan tangannya daripada lelaki itu.
            “ Kita buat apa kat sini awak? Saya…” Kata-kata Zafirah terhenti sebaik sahaja Haizal memotong perbicaraannya.      
            “ Aku bawa kau ke sini untuk temankan aku. Aku dah belanja kau makan, aku hantar kau ke sini. Sekarang masa kau pula temankan aku.” Jawab Haizal sambil membelek – belek pakaian yang tergantung kemas di butik yang menjual pakaian wanita dan lelaki.
            “ Tapi awak, nanti mak saya risau saya balik lewat. Saya…” Sekali lagi Haizal memotong perbicaraan Zafirah.
           “ Kau ni kan, tak payah risau. Tahu la aku nanti apa yang aku nak buat. Sudah, jangan risau pulang nanti aku hantar kau.” Jawab Haizal dengan selamba.
Zafirah mencebik, matanya rambang melihat pelbagai jenis baju yang tergantung dan terlipat kemas di setiap almari. Dia teringat bahawa hanya beberapa hari sahaja lagi, ibunya akan meraikan ulang tahun yang ke 43 tahun.
         “ Awak… saya pergi sana dulu.” Haizal hanya mengangguk mendengar Kata-kata Zafirah. “ Eh… kau jangan pula lari dari aku.” Zafirah mengangguk tanda mengerti. Haizal mengalihkan perhatiannya kea rah Zafirah, lama – kelamaan kelibat Zafirah tidak lagi kelihatan. Dia tersedar daripada lamunannya lalu membelek-belek baju yang terlipat kemas di satu almari.
Meskipun Zafirah tahu bahawa dia tidak akan dapat membeli sehelai baju untuk ulang tahun ibunya, namun dia ingin juga untuk mencari sehelai baju agar ibunya berasa gembira. Beberapa jam kemudiaan, Haizal ke kaunter pembayaran untuk membayar baju yang dipilihnya sebentar tadi. Kelibat Zafirah masih tidak kelihatan, Haizal mengeluh panjang lalu melihat kea rah jam yang berada di pergelangan tangannya.
        “ RM 79.00. Mampu ka aku nak beli untuk mak.” Zafirah mengeluh setelah melihat tanda harga sehelai baju kemeja berlengan panjang dan berwarna ungu yang bercorak bunga. “ Cepatlah, kau ni kan. Aku suruh kau temankan aku, yang kau sibuk cari baju tu apasal?” Bentak Haizal daripada belakang setelah habis membayar baju yang dibelinya sebentar tadi.
       “ Maaf.” Hanya itu sahaja yang dapat dikeluarkan daripada mulut Zafirah. “ Jom, pulang.” Zafirah memulakan langkahnya keluar daripada butik tersebut setelah Haizal mengajaknya untuk pulang ke rumah.
Zafirah hanya bermuram durja kerana kecewa tidak dapat membeli kemeja tersebut. Haizal pula sibuk dengan telefon bimbitnya yang berjenama Samsung s 4. Langkah Zafirah terhenti sebaik sahaja secara tidak sengaja dia telah melanggar seorang gadis yang berwajah kacukan persis pelakon jepun. Haizal turut tercengang melihat gadis tersebut lalu melemparkan senyuman kepada gadis itu, senyumannya dibalas oleh gadis itu. Zafirah kaget setelah melihat Layka bersama gadis itu. Layka tersenyum sinis melihat Zafirah yang bermuram durja itu.
           “ Haizal… lama saya tak Nampak awak. Kami semua rindukan awak la terutamanya… terutamanya saya.” Gadis tersebut memulakan perbicaraannya kepada Haizal lalu tunduk sebaik sahaja dia mengeluarkan isi hatinya.
       “ Saya kan dah pindah, memang la lama tak Nampak. Saya pun sama, saya rindukan kamu semua begitu juga dengan awak. Ah… kenalkan ni Zafirah, Zafirah ni Keysha Hajima kawan spesial aku memang cantik orangnya tak macam kau selekeh ja.” Jawab Haizal lalu memperkenalkan Zafirah kepada Keysha. Tanpa disedari Zafirah terasa dengan kata-kata Haizal kepada dirinya namun dia hanya menyembunyikannya.
        “ Awak dah berminat ka nak kawan macam ni? Memang selekeh ja saya tengok. Tiada kelas la kawan dengan orang miskin tengok tu baju sekolah pun lusuh ja, kasut sekolah pula bukan main koyak rabak. Layka ni sepupu saya, awak.” Keysha menghina Zafirah namun Zafirah hanya berdiam diri. Layka hanya tersenyum sinis manakala Haizal pula hanya tersenyum mendengar kata-kata Keysha.
       Zafirah yang hilang kesabarannya menghayunkan tangannya kea rah wajah Keysha yang putih langsat itu namun berjaya ditahan oleh Haizal. “ Memang la kalau orang misikin macam kau ni tiada kelas langsung. Orang macam kau ni tak sesuai masuk dalam kompleks membeli-belah macam ni. Haizal, sayang jomlah ikut kitorang nanti otak awak pun ikut sama lemah macam dia ni.” Sekali lagi Keysha merendah-rendahkan Zafirah, ditambahkan pula dengan kata-kata pedih dari Layka membuatkan mata Zafirah mulai berkaca-kaca.
Zafirah melepaskan tangannya daripada Haizal lalu pergi meninggalkan mereka bertiga yang masih tercegat berdiri di hadapan sebuah butik. Rasa bersalah dan simpati dalam diri Haizal mulai timbul. Air mata Zafirah mulai mengalir, dia tidak dapat menahan air matanya lagi. Di luar hujan lebat mulai turun membasahi bumi. Kelibat Zafirah mulai tidak kelihatan manakala Haizal mengikuti Keysha dan Layka ke destinasi yang ingin mereka kunjungi.
           Haizal menghentikan langkahnya lalu meminta diri daripada Keysha dan Layka. Hasratnya untuk menemani Keysha dan Layka membeli-belah pada hari itu terbatal, sebaik sahaja dia mengingati bahawa dia telah berjanji dengan Zafirah untuk menghantarnya pulang ke rumah. “ Haizal, awak cintakan saya kan. Kenapa dengan awak ni, saya dah berusaha untuk menerima cinta awak tapi tak boleh. Jadi macam tu, awak lebihkan perempuan miskin tu berbanding saya? Ha! Ok fine. Pergilah” Haizal tidak mengendahkan kata-kata Keysha lalu pergi meninggalkan kedua-dua gadis tersebut.
         Haizal keluar daripada pusat membeli-belah tersebut sehingga dia terlihat kelibat Zafirah yang menuju kea rah stesen bas dalam keadaan yang basah kuyup. Haizal segera mengejar gadis tersebut lalu berlari sepantas kilat untuk mendapatkan Zafirah. “ Zafirah! Tunggu aku!” Zafirah tidak mengendahkan suara Haizal dan hanya meneruskan perjalanannya.
       “Zafira!” Zafirah menghentikan langkahnya lalu menoleh kea rah belakang. Jelas kelihatan dia sedang menangis tersedu –sedan. Hatinya hancur dihina sedemikian rupa.           “ Awak nak apa lagi? Saya dan awak berlainan darjat. Awak anak orang kaya sementara saya? Cuma la anak seorang kerani. Saya tak nak awak tanggung malu disebabkan orang seperti saya. Anggap sahaja yang kita tidak pernah berjumpa, kita tidak mengenali satu sama lain.” Zafirah mengetap bibirnya lalu mengeluarkan isi hatinya.
Haizal mengeluarkan sehelai cardigan yang berlengan panjang yang baru sahaja dibelinya sebentar tadi lalu meletakkan di atas kepala Zafirah. Air mata Zafirah semakin deras mengalir, lalu mereka berdua meneruskan perjalanan menuju kea rah stesen bas.
      “ Kau tak payah la nak menangis. Dia tu memang macam tu, selalu buat lawak yang menyakitkan hati. Maafkan aku dah buat kau menangis lagi.” Pujuk Haizal kepada Zafirah sebaik sahaja mereka berdua duduk di dalam stesen bas tersebut. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam stesen bas tersebut dan kawasan tersebut kelihatan begitu sunyi.
       Zafirah tersenyum lalu mengesat air matanya. “ Awak… pertama kali saya dengar awak minta maaf dekat seseorang. Tapi… awak sepatutnya temankan diorang sahaja, tak usah temankan saya balik ke rumah. Saya dah biasa kena hina macam ni, awak ada rupa,kaya. Saya pula selekeh,miskin.” Zafirah mengetap bibirnya lalu menundukkan wajahnya dan memberikan cardigan yang berada di tangannya kepada Haizal semula.
        “ Aku yang bawa kau ke sini. Kau sangka aku ni tak pandai nak bertanggungjawab ka? Mungkir janji? Aku kan dah kata pulang nanti aku hantar kau, lain la kalau kau yang bawa aku ke sini. Jangan haraplah aku temankan kau. Kalau aku kata aku suka kau, kau nak buat apa? Kau masih nak kata yang kita ni berlainan darjat? Bukan kau ka yang nak sangat kita kawan? Atau kau dah mengalah?” Haizal mengeluh panjang lalu mengeluarkan kata-katanya. Zafirah tercengang tatkala mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Haizal sebentar tadi. Air matanya tidak lagi kelihatan dia mengetap bibirnya lalu tunduk semula memandang jalan raya yang sunyi itu.
Zafirah hanya berdiam diri. Diam seribu bahasa tatkala mendengar kata-kata yang baru sahaja didengarnya daripada Haizal sebentar tadi. Beberapa minit kemudiaan, bas yang ditunggu-tunggu telah pun sampai. Zafirah berasa lega lalu segera bangkit dari duduknya masuk ke dalam bas berwarna biru itu. Lalu diikuti oleh Haizal yang berada di belakangnya.
      “ Kau belum jawab soalan aku lagi. Kalau aku kata aku suka kau, kau masih nak jadi pasif macam ni lagi ka? Jawab la soalan aku.” Haizal berusaha untuk membuat Zafirah kembali ceria. Dalam dirinya mula timbul satu perasaan yang membuatkan dia bingung. Dia sendiri tidak tahu apakah perasaan tersebut dan perasaan tersebut hanya timbul apabila dia bersama dengan Zafirah.

       “ Awak ni… awak ni memang pelik. Maafkan saya, saya tak faham apa yang awak katakan. Tapi… kalau awak cakap macam ni dekat saya lagi, saya tak akan pernah layan awak lagi. Terima kasih sudi menemani saya pulang, belanja saya makan dan buat saya gembira. Maafkan atas kesalahan yang saya lakukan kepada awak sebelum ni.” Sampai sahaja ke destinasi yang dituju,Zafirah dan Haizal turun daripada bas yang mereka naiki. Zafirah mengeluarkan isi hatinya kepada Haizal lalu memberikan senyuman yang lebar meninggalkan Haizal yang berdiri kaku mendengar kata-kata Zafirah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ask Me