Tumblr Scrollbars

My Friend

Isnin, 4 November 2013

Tentang Kita ( BAB 3 )





Bab 3

Seperti biasa, Zafirah akan membantu ibunya menjual kuih muih dan menghantar nasi lemak masakan ibunya ke sebuah gerai makanan sebelum ke sekolah. Kelihatan matanya sembap kerana air matanya yang tidak henti-henti mengalir semalaman.
Pulang sahaja daripada menjual dan menghantar kuih muih dan nasi lemak tersebut dia segera merapikan dirinya untuk ke sekolah. Kelihatan adik –adiknya sedang menunggu dirinya sambil menonton televisyen.
            “ Mak, mak. Mak mana?” Selepas bersiap Zafirah turun ke bawah lalu mencari ibunya yang langsung tidak kelihatan seharian itu. Puas dia mencari ibunya di sekitar rumahnya namun tidak juga kelihatan dia segera bertanyakan keberadaan ibunya kepada adik-adiknya.
            “Entah la kak, kitorang pun tak nampak mak lagi. Mungkin mak ada dalam bilik dia?” Jawab Misha yang sedang khusyuk menonton televisyen.
Zafirah segera naik ke atas untuk mencari ibunya di dalam bilik ibunya itu. Masuk sahaja ke dalam bilik tersebut,dia kaget apabila melihat ibunya mengerang kesakitan dan ada kesan darah pada baju ibunya. Ibunya mengerang kesakitan sambil memegang perutnya. Di sebelah ibunya terdapat sebilah pisau yang tajam. Dia yakin bahawa ayahnya yang telah menusuk ibunya menggunakan pisau tersebut.
            “Zakri! Tolong kakak cepat!” Zafirah segera meletakkan kepala ibunya di atas pangkuannya lalu menggenggam tangan orang tua tersebut dengan erat. Dia berasa cemas dengan keadaan ibunya yang sudah tidak bermaya. Lama-kelamaan mata Puan Akma tertutup sekaligus membuatkan air mata Zafirah mulai jatuh bergelimpangan di pipinya.
            Sejurus sahaja,Zakri masuk ke dalam bilik ibunya dia turut kaget melihat keadaan ibunya itu.“ Zakri! Cepat telefon ambulans! Cepat!” Zakri segera mencapai telefon bimbit ibunya di atas katil bersaiz king lalu menghubungi ambulans. Beberapa minit kemudian,ambulans datang ke rumah mereka lalu meletakkan Puan Akma di atas pengusung dan memasukannya ke dalam ambulans.
Kempat-empat adik beradik tersebut segera masuk ke dalam ambulans menemani Puan Akma yang sedang bertarung nyawa. Misha menangis teresak-esak melihat ibunya yang dikenakan alat oksigen itu. Zakri dan Zarif serta Zafirah hanya mampu berdoa agar ibunya berjaya diselamatkan.
            “ Kamu semua jangan risau, kak Fira yakin mak pasti selamat. Kita berdoa ek Misha supaya mak berjaya diselamatkan.” Sampai sahaja di hospital mereka berempat duduk di sebuah bangku untuk menunggu pemeriksaan doktor. Dalam hati Zafirah dia berasa begitu bimbang akan keselamatan ibunya namun dia ingin menenangkan hati adik-adiknya yang gusar itu.
Beberapa minit kemudian, seorang doktor wanita yang berkaca mata dengan rambut bersanggul keluar daripada ruang kecemasan tempat Puan Akma ditempatkan. Zafirah segera bangkit dari duduknya lalu menuju ke arah doktor tersebut.
            “ Doktor, bagaimana dengan keadaan mak saya? Dia baik-baik sahaja kan doktor?” Soal Zafirah. “ Mak kamu dalam keadaan yang stabil. Jangan risau kesan kecederaan tersebut tidak begitu dalam.Mak kamu akan ditahan di dalam hospital selama seminggu.” Jawab doktor tersebut, Zafirah mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut lalu memberikan senyuman.
Sejurus kemudian, empat beradik tersebut terus sahaja masuk ke dalam bilik yang ditempatkan oleh Puan Akma lalu berdiri di sisi ibu mereka itu. Rasa sebak dalam diri mereka berempat mulai menerpa. Mereka yakin bahawa ayah merekalah yang telah mencederakan ibunya.
            “ Zafirah…Zafirah…Zafirah!” Selaku guru kelas 5 Harmoni sebelum memulakan pelajaran Cikgu Umairah akan mengambil kedatangan pelajarnya. Berkali-kali nama Zafirah disebut namun tidak langsung menujukkan sebarang tindakan.
            Zira mengangkat tangannya lalu bangkit dari duduknya. “ Cikgu, hari ni pun Fira tak datang sekolah lagi cikgu.” Kata Zira lalu duduk semula ditempatnya. “ Eh, hari ni pun tak datang sekolah lagi dah seminggu lebih dah dia tak datang ni.” Keluh Cikgu Umairah lalu meneruskan pengajaran dan pembelajaran.
Mata Haizal tertumpu ke arah kerusi milik Zafirah yang kosong selama seminggu itu. Dia teringat akan kata – kata yang diungkapkan oleh Zafirah kepada dirinya beberapa hari yang lepas. Rasa bersalah dalam dirinya tiba – tiba sahaja menerpa dalam dirinya dan menyebabkan tumpuannya terhadap pelajaran turut terganggu.
(^___^)
Cuaca pada hari itu cukup cerah tidak begitu panas dan tidak juga begitu mendung. Setelah hampir seminggu berada di hospital akhirnya Puan Akma dikeluarkan daripada Hospital tersebut. Manakala Encik Rusdy berjaya diberkas oleh pihak polis ketika Encik Rusdy sedang khusyuk mengambil dadah. Akhirnya Puan Akma dan Encik Rusdy bercerai setelah Puan Akma menuntut cerai dengan meminta pertolongan daripada seorang peguam.
            “ Mak, Fira pergi sekolah dulu. Mak rehat la, nanti kitorang pulang sekolah Fira masak.” Sebelum ke sekolah Zafirah akan bersalaman dengan ibunya sebelum ke sekolah. Begitu juga dengan adik-adiknya, terpancar wajah ceria dari muka mereka sekeluarga setelah ayah mereka telah berjaya diberkas pihak polis.
            “ Fira, terima kasih.” Air mata Puan Akma mulai bergelimpangan jatuh di pipinya yang berkedut itu, Zafirah segera memeluk ibunya dengan erat. Dia mencuba untuk menahan air matanya daripada jatuh di pipinya.
            “ Tak apa la mak. Sekarang mak jangan takut lagi, orang tua tu dah tak wujud dalam keluarga kita lagi.” Kata Zafirah lalu melepaskan ibunya daripada dakapannya. Puan Akma memberikan senyuman yang manis kepada Zafirah dan Zafirah membalasnya.
Seperti biasa, empat beradik tersebut akan menunggu bas awam di stesen bas menuju ke sekolah masing-masing. Beberapa minit kemudian, bas awam yang ditunggu – tunggu telah pun tiba mereka segera masuk ke dalam bas lalu duduk di satu sudut paling belakang.
Mereka hanya berdiam diri melihat pelbagai ragam manusia di dalam bas tersebut, sejurus kemudian mereka sampai ke destinasi lalu menuju ke sekolah masing-masing. Masuk sahaja di dalam kelas, Zafirah terus sahaja duduk di tempatnya yang hampir dua minggu kosong itu. Hanya kelihatan beberapa orang murid sahaja yang baru masuk ke dalam kelas manakala yang lainnya belum sampai ke sekolah dan ada juga yang masih tercegat di luar kelas.
Zafirah menguntumkan senyuman kepada Haizal yang baru sahaja masuk ke dalam kelas namun seperti biasa senyumannya tidak dibalas. “ Fira! Rindunya kami dengan kau, lama tak nampak kau. Eh,dengar-dengar bapa kau yang penagih dadah tu kan dah kena tangkap oleh polis kan? Malang sungguh nasib kau kan Fira dapat bapa macam tu, dah la tak bertanggungjawab, memusnahkan hidup mak kau, buat kamu sekeluarga terseksa. Oh, ya lagi satu kan aku dengar-dengar kan mak kau tu nak kena pecat oleh papa aku. Ambil kau, padan muka korang memang sesuai untuk orang tak sedar macam mak kau tu…” Baru sahaja Zafirah hendak duduk di tempatnya Layka dan kawan-kawannya yang terkenal dengan sifat gedik mereka masuk ke kelas 5 Harmoni. Seperti biasa, hampir setiap hari keluarga Zafirah akan dihina oleh Layka dan kawan-kawannya. Mereka sengaja untuk membuat Zafirah yang terkenal dengan sifat cerianya itu mengalami kemurungan namun perbuatan mereka itu hanya sia-sia sahaja. Satu tamparan dikenakan pada pipi Layka dan membuat gadis berwajah kacukan itu terhenti meneruskan kata-katanya.
Zira,Mira dan Maya yang baru sahaja masuk ke dalam kelas kaget dengan kejadiaan sebentar tadi. Begitu juga dengan Haizal yang khusyuk membaca sebuah buku, matanya mulai tertumpu kea rah Zafirah dan juga Layka. “ Kau jangan nak hina mak aku depan aku, kau tu yang sebenarnya tak sedar diri. Kalau kau nak cari gaduh jangan dengan aku cari orang lain. Jangan sesekali kau nak cari gaduh atau nak buli kawan-kawan aku dalam kelas ni. Kau faham tu ! Tak sedar diri muka macam plastik,gedik pula tu.” Zafirah mengeluarkan segala yang tersirat dalam hatinya dia tidak tahan akan sikap Layka dan kawan-kawannya terhadap dirinya dan rakan sekelasnya. Tiba-tiba sahaja Manaf yang sememangnya terkenal dengan sikapnya yang panas baran muncul di hadapan mereka. Manaf yang tergila-gilakan Layka segera membuat buku lima untuk dikenakan pada pipi Zafirah namun sempat ditangkas oleh Haizal.
“ Bukan dia yang salah tapi perempuan ni yang salah. Kau jangan masuk campur hal diorang, lagi satu kau ni kan memang seumpama mak nyah! Kau faham tu, Kau tu seumpama mak nyah sebab apa kau tu seumpama mak nyah sebab sampai hati kau nak pukul perempuan. Cuba lah jadi gentle sikit bro !” Haizal cuba melindungi Zafirah daripada Manaf lalu memberikan kata – kata yang membuatkan marah Manaf semakin membara lalu menepu-nepuk bahunya. Layka dan kawan –kawannya beroleh pergi dari situ sebelum pergaduhan antara Manaf dan Haizal akan berlaku.
Zafirah mengetap bibirmya lalu bangkit dari duduknya, dia segera memegang tangan Haizal untuk menyuruhnya berhenti. Haizal melepaskan tangannya daripada Zafirah dengan kasar lalu Manaf dan Haizal saling bertatapan mata.
            “ Kau tunggu apa lagi! Blah la dari sini!” Sekali lagi Haizal meninggikan suaranya kepada Manaf lalu menghalaunya pergi dari kelas mereka. Tanpa berlengah lagi Manaf segera pergi dari situ kerana dia tidak ingin dibuang sekolah. Hampir beberapa kali dia mempunyai masalah disiplin kerana sering berkelahi di dalam dan luar sekolah.
Zafirah menarik dan menghembuskan nafasnya dia lega kerana pergaduhan tidak lagi terletus di dalam kelas 5 Harmoni. Haizal kembali duduk lalu menyambung bacaannya semula, Zafirah tersenyum melihat kelakuan Haizal lalu duduk di tempatnya semula. Zira, Mira dan Maya saling berpandangan melihat kelakuan Haizal terhadap Zafirah sebentar tadi.
            “ Awak… terima kasih sebab…” Zafirah kembali berdiri lalu berlutut di hadapan Haizal dan mengucapkan terima kasih. Kata-katanya terhenti apabila Haizal memotong perbicaraannya.
            “ Kau jangan perasan pula dengan apa yang baru aku lakukan dekat kau tadi, aku Cuma tak suka orang spesis aku cederakan orang spesis kau. Lagi satu kalau betul la mak kau kena pecat oleh majikan dia, tawarkan dia bekerja tempat ibu bapa aku. Sudah pergi dari sini aku tak nak tengok muka kau depan aku.” Ujar Haizal sambil khusyuk membaca sebuah buku yang berhalaman tebal. Zafirah mengangguk lalu tersenyum puas.

            “ Nampaknya kali ni dah masuk 4 kali dah dia backup kau! Awesome la dia tu dah la kacak, pandai tapi tu lah dia tu sombong sangat. Beruntung kau Fira kalau dia jadi boyfriend kau.” Maya yang duduk di belakang Zafirah segera mengayat rakannya itu mereka bertiga tergelak dengan kata-kata Maya dan membuatkan muka Zafirah bertambah merah. Maya yang terkenal dengan suara yang lantang itu membuatkan Haizal terdengar akan perbualan mereka dan secara senyap dia tersenyum dengan kata-kata Maya.

1 ulasan:

Ask Me