Tumblr Scrollbars

My Friend

Isnin, 4 November 2013

Tentang Kita ( Bab 2 )






BAB 2

Matahari sudah tegak berdiri di atas muka bumi, kebanyakan manusia sudah bangun daripada mimpi yang indah untuk meneruskan aktiviti seharian mereka. Datuk Sharif dan Datin Zainab turut bersiap untuk bekerja. Haizal baru sahaja bersiap untuk ke sekolah, turun sahaja daripada rumah banglo tersebut lelaki dengan potongan rambut pacak itu terus sahaja menikmati sarapannya tanpa mengendahkan ibu bapanya yang berada di hadapannya itu.
            
         “ So, macam mana dengan suasana sekolah baru kamu tu? Dah ada kawan baru ka?” Datuk Sharif yang sedang menjamah hidangan sarapan mengajukan soalan kepada Haizal yang sedang menghirup teh panas yang dihidangkan.
          
         “ Sekolah lama lebih baik dari sekolah baru ni. Tak ingin la Haizal nak berkawan dengan budak selekeh macam diorang semua tu tolong lah mama, papa hantar lah Haizal ke Kuala Lumpur semula. Haizal bosan lah tinggal di tempat macam ni.” Jawab Haizal dengan nada yang tinggi lalu mengeluh kerana terpaksa berpindah daripada Kuala Lumpur.
            
          “ Maaflah Haizal, mama tak nak tinggalkan kamu seorang lagi dekat Kuala Lumpur. Habis duit yang mama dan papa kirim dekat kamu, habis begitu sahaja. Kamu hanya tahu berfoya-foya dengan wang yang kami berikan. Jangan tunggu kami, kami lewat pulang jangan merayap tak tentu hala lagi faham tu.” Datin Zainab bingkas bangun daripada duduknya diikuti oleh Datuk Sharif meninggalkan Haizal yang masih menikmat sarapannya.

Haizal mengeluh lalu mengetap bibirnya. Sepanjang 17 tahun dia hidup di dunia ini, tidak pernah sekali pun ibu bapanya menghiraukan dirinya. Ibu bapanya tidak pernah memahami akan dirinya dan tidak pernah meluangkan masa bersama dengannya. Kereta yang dipandu oleh Pak Mail yang membawa Datin Zainab dan Datuk Sharif telah pergi dan semakin menghilang dari halaman rumah tersebut.

Setelah selesai menjamah sarapannya, Haizal bangkit dari duduknya dan bersiap sedia menuju ke sekolah dengan menaiki sebuah kereta BMW yang dipandu oleh Pak Ali.
            
         “ Abang, ceraikan Akma sahaja. Akma rela menjadi ibu tunggal daripada terus menderita hidup bersama dengan abang. Dalam sebulan hanya dua minggu sahaja abang berada di rumah, abang balik sahaja ke rumah ni abang selalu menjadikan kami mangsa keadaan abang selalu pukul kami semua. Saya penat bang… saya penat melayan karenah suami yang dayus seperti abang!” Zafirah, Zahid,Zarif dan Misha hanya menjamah sarapan mereka tanpa mengendahkan pergaduhan ibu bapa mereka.
           
        “ Makan cepat, nanti lambat pula ke sekolah.” Zafirah mengingatkan adiknya yang menjamah sarapan sedikit demi sedikit.” Pang!” Zafirah segera menoleh ke arah ibunya yang terduduk oleh tamparan ayahnya itu.

Zafirah segera bangkit dari duduknya lalu membantu ibunya bangkit perlahan-lahan. Mereka berdua terduduk sekali lagi setelah Encik Rusdy menghambat Zafirah dan ibunya menggunakan tali pinggangnya. Zafirah mengetap bibirnya menahan sakit, air matanya mulai mengalir kerana kesakitan. Dia rela menjadi hambatan ayah kandungnya sendiri asal ayahnya tidak mencederakan ibu serta adik-adiknya.
            
          “ Kau, jangan nak masuk campur hal kami. Sampai hati kau kata aku dayus ha! Dasar perempuan tak sedar diri, jangan harap aku lepaskan kau. Aku tak akan ceraikan kau selagi tanah kepunyaan ayah kau tu tak dijual. Kau faham tu!” Encik Rusdy menyuruh Zafirah pergi dari situ namun Zafirah tetap berkeras untuk melindungi ibunya daripada pukulan ayahnya itu. Encik Rusdy menarik rambut Puan Akma dengan kuat sambil membentaknya.
            
            “ Kau memang dayus pun, bapa yang tak sedar diri. Kau tak pernah berikan nafkah kepada kami semua, yang kau tahu hanya menghabiskan wang mak sahaja. Kau tu tak layak menjadi bapa kami, kau memang bapa yang kejam!” Perlahan-lahan Zafirah bangkit dari duduknya lalu merenung tepat ke arah ayahnya sambil membentak orang tua itu.
Zahid,Zarif dan Misha bangkit dari duduk mereka dan mengambil beg sekolah masing – masing dan pergi begitu sahaja. Mereka tidak ingin masuk campur hal keluarga mereka seperti yang sentiasa dinasihati oleh Zafirah.
Tanpa berlengah lagi, Encik Rusdy menghayunkan buku limanya tepat ke arah wajah Zafirah. Zafirah terduduk, bibirnya mulai berdarah kerana tumbukan daripada Encik Rusdy itu. Encik Rusdy keluar daripada rumah tersebut meninggalkan Zafirah dan Puan Akma yang tercedera akibat daripada pukulannya sebentar tadi.
            “ Maafkan mak sayang. Maafkan mak… disebabkan mak hidup kamu dan adik – adik menderita seperti ini. Ini semua salah mak sayang, maafkan mak.” Tangisan Puan Akma mulai kedengaran diikuti oleh Zafirah.

Zafirah memberikan senyuman kepada ibunya lalu mengesat air mata orang tua yang berumur dalam lingkungan 30 an itu. Zafirah segera memeluk ibunya yang rasa bersalah itu.
           
           “ Mak, tak apa la mak. Fira redha dengan apa yang berlaku kepada kita. Mak bersabar ya, Fira akan sentiasa menyokong mak dan Fira janji Fira akan mengeluarkan kita semua daripada keseksaan ini.” Puan Akma mengucup dahi Zafirah yang licin itu lalu mengelap darah yang keluar dari bibir gadis itu sebentar tadi.

Beberapa minit kemudian,setelah menenangkan diri masing – masing Zafirah mula merapikan dirinya untuk ke sekolah. Puan Akma bangkit dari duduknya lalu memanggil nama Zafirah.
           
      “ Fira, hari ni kamu tak payah la pergi sekolah dahulu. Badan kamu masih sakitkan, ni pipi kamu ni lebam ni. Nanti apa pula yang cikgu kata.” Puan Akma melarang Zafirah untuk ke sekolah sambil memegang pipi anak gadisnya yang lebam itu.

Zafirah hanya melemparkan senyuman kepada ibunya lalu senyumannya dibalas oleh ibunya. Sejurus kemudiaan, Zafirah pergi begitu sahaja meninggalkan ibunya yang masih tercegat berdiri.

(^___^)

Sampai sahaja di perkarangan sekolah, Zafirah membuka ikatan rambutnya lalu hanya membiarkan rambutnya yang panjang itu terurai begitu sahaja. Dia mencuba untuk menyembunyikan kesan lebam di pipinya. Badannya masih terasa begitu sakit akibat hambatan datipada ayahnya itu.
            
            “ Maafkan saya cikgu. Hari ni saya datang lewat ke sekolah sekali lagi sebab saya ada masalah cikgu.” Zafirah meminta maaf kepada Cikgu Siti yang bertudung ungu dan mengenakan cermin mata itu. Mujur sahaja cikgu Siti seorang cikgu yang baik dan memahami. Dia hanya mengangguk dan menyambung sesi pembelajaran semula.

Hampir seluruh pelajar lelaki di dalam kelas 5 Harmoni terpaku melihat penampilan Zafirah dengan rambut terurai itu. Jelas kelihatan kejelitaan dan feminin Zafirah dengan gaya sebegitu rupa.  Hanya Haizal sahaja yang tidak berminat dengan penampilan Zafirah namun begitu, dia turut merenung Zafirah untuk melihat apa yang keistimewaan penampilan gadis itu. Zafirah tersedar bahawa Haizal yang berada di sebelahnya merenungnya dengan tepat, dia segera menoleh ke arah Haizal dan lama – kelamaan mata mereka saling bertatapan. Zafirah melemparkan senyuman kepada Haizal namun senyumannya dibalas dengan jelingan yang tajam.
            Beberapa jam menimba ilmu, akhirnya jam loceng berbunyi menandakan masa rehat sedang berlangsung. Kelihatan para pelajar di setiap kelas mulai turun ke bawah dan kebanyakan mereka menuju ke kantin. “ Haizal! Tunggu sekejap!” Rafiq keluar tergesa – gesa membawa sehelai kertas di tangannya mengejar Haizal yang sudah jauh keluar daripada bilik darjah tersebut. Hanya tinggal Zafirah dan Mira sahaja lagi yang tinggal di bilik darjah kerana mereka bertugas untuk menyapu sampah pada hari itu.
Mereka berdua hanya berdiam diri kerana Mira seorang yang pendiam dan tidak pandai berkomunikasi. Zafirah yang kepanasan kerana rambutnya yang terurai itu mengambil getah rambut berwarna hitam di dalam poket baju kurungnya yang lusuh itu. Tanpa disedari, Mira kaget melihat pipi Zafirah yang bengkak itu.
            
         “ Meluat betul aku dengan budak berlagak tu, hmm baru seminggu sekolah dekat sini makin menjadi-jadi pula perangai dia tu.” Masuk sahaja ke dalam bilik darjah Rafiq mengeluh lalu menumbuk meja guru yang berwarna coklat itu. Zafirah dan Mira kaget melihat kelakuan Rafiq itu lantas Zafirah mendekati Rafiq dengan beraninya.

Zafirah menguntumkan senyuman yang lebar kepada Rafiq lalu duduk bersebelahan dengan lelaki berkaca mata itu. Rafiq tidak membalas senyuman Zafirah malahan dia hanya mengetap bibirnya sambil menggenggam kedua tangannya dan melihat ke arah papan putih yang kosong itu.
            
              “ Rafiq… kenapa lagi dengan Haizal? Dia tak nak isi borang kokurikulum ni  lagi ka?” Soal Zafirah lalu memandang tepat ke arah Rafiq. Rafiq mengalihkan pandangannya tepat ke arah Zafirah yang sedia menunggu jawapannya.
            
              “ Ya, macam biasa la dengan lagak dia tu. Saya memang dah tak boleh sabar dah dengan perangai dia ni. Eh, pipi awak ni kenapa pula bengkak? Awak bergaduh ka?” Jawab Rafiq lalu melihat pipi Zafirah yang bengkak akibat tumbukan daripada ayahnya awal pagi tadi.
Zafirah menundukkan wajahnya daripada Rafiq mukanya mulai berkerut menahan sakit. Mira yang sedang khusyuk menyapu sampah meletakkan penyapu tersebut di belakang pintu kelas lalu menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Zafirah dan Rafiq.
            
                Zafirah tersengih kelat dan memberikan senyuman menyembunyikan rasa sakit yang dialaminya. Dia hanya menggeleng kepala dan menundukkan wajahnya yang bujur itu.           “ Fira, kami berdua kan kawan awak bagi tahu la kami apa yang terjadi. Kami akan membantu menyelesaikan masalah awak ni.” Mira menggenggam tangan Zafirah untuk menenangkan hati rakannya yang sedih itu.
            
            “ Ya, betul tu Fira. Kami berdua akan membantu awak dan kami janji kami tidak akan memberitahu sesiapa dan kami tidak akan membuka rahsia ini.” Tambah Rafiq dengan nada yang perlahan. Zafirah mengangkat wajahnya lalu bangkit dari duduknya.
Dia mengetap bibirnya lalu memberikan senyuman sekali lagi. Zafirah membuka ikatan rambutnya dan membiarkan rambutnya kembali terurai seperti awal pagi tadi untuk menyembunyikan kesan lebam tersebut.
            “ Saya ok. Saya jatuh tadi, tahu la kan saya ni cuai. Kamu berdua janganlah risau saya baik – baik sahaja.” Zafirah mulai berganjak dari situ dan keluar daripada bilik darjah meninggalkan pelbagai persoalan dalam minda Rafiq dan Mira.
Air mata Zafirah mulai mengalir sebaik sahaja dia keluar daripada bilik darjah tersebut. Hatinya hampa mendapat seorang ayah yang tidak bertanggungjawab seperti Encik Rusdy. Dia menundukkan wajahnya lalu menekup bibirnya untuk menyembunyikan air matanya menuju ke tandas untuk merapikan dirinya yang selekeh itu.
            “ Dop!” Secara tidak sengaja, Zafirah melanggar Haizal yang sedang membaca sebuah buku. Mereka berdua saling bertatapan, Haizal memandang Zafirah dengan pandangan yang pelik manakala Zafirah mengetap bibirnya untuk menahan air matanya untuk jatuh sekali lagi di pipinya.
            “ Kau ni kan kalau jalan tu boleh tidak jalan betul – betul. Habis baju aku kotor disebabkan baju kau yang selekeh tu.” Haizal menutup buku tebalnya lalu meninggikan suaranya kepada Zafirah yang sedang mengesat air matanya itu.
            “ Maaf…” Kata maaf Zafirah terhenti sebaik sahaja Haizal menghampirinya dengan lebih dekat. Haizal menatap mata Zafirah dengan tatapan yang tajam. Hati Zafirah menjadi tidak tentu arah melihat kelakuan Haizal terhadap dirinya. Zafirah mengetap bibirnya dan berundur ke belakang sehingga dia tersandar ke dinding. Keadaan persekitaran tersebut sangat sunyi hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ memandangkan hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi sesi pembelajaran diteruskan semula.
            “ Kau ni kan, boleh tak sehari aku tak nampak muka kau lalu – lalang depan mata aku cukup-cukuplah aku dah tengok muka kau yang selekeh ni dekat kelas. Apa pasal kau tundukkan kepala kau bila aku cakap dengan kau ni?! Kau nangis ka?!” Haizal mengeluh dengan kelakuan Zafirah yang sentiasa muncul di sekelilingnya. Zafirah menundukkan wajahnya lalu tersedu sedan sekaligus air matanya mulai mengalir sekali lagi di pipinya. Haizal memegang dagu Zafirah dan perlahan-lahan muka Zafirah mula terangkat.
Zafirah menepis tangan Haizal dengan kasar daripada dagunya. Haizal kaget dengan kelakuan Zafirah ke atas dirinya lalu Zafirah hanya pergi begitu sahaja daripada pandangannya. Dia sempat menarik tangan Zafirah kerana tidak berpuas hati dengan kelakuan Zafirah kepada dirinya.
            “ Eh, perempuan kau belum jawab lagi pertanyaan aku. Apa pasal kau menangis ni ha?!” Zafirah mendengus lalu melepaskan tangannya daripada pegangan Haizal. Kelihatan tangannya yang biru semakin membengkak disebabkan pegangan Haizal yang terlalu ketat.
            “ Kenapa tiba-tiba awak nak ambil berat pasal saya ni? Saya mengaku memang saya ni selekeh, saya hodoh,saya miskin dan saya perempuan yang tak tahu malu. Awak… pernah tak awak hargai perasaan mereka semua yang ingin besahabat dengan awak?! Awak pernah tak sedar yang awak tu sombong ! Awak tahu tak awak tu sombong! Saya dah cuba sedaya upaya saya untuk bersahabat dengan awak tapi apa yang saya dapat! Awak layan saya macam saya ni seorang penjenayah. Awak tu langsung tak pernah pedulikan perasaan orang lain, yang awak tahu perasaan awak ja yang nak dijaga! Lepaskan tangan saya!” Air mata Zafirah mulai mengalir deras di pipinya, dia tersedu sedan lalu meninggikan suaranya kepada Haizal. Rasa bersalah dalam diri Haizal langsung tidak ada dalam hatinya.
Zafirah merenung tajam ke arah anak mata Haizal yang berwarna hazel itu, begitu juga dengan Haizal dia turut merenung tajam kea rah mata Zafirah yang sedikit sepet dan besar itu. Tiada senyuman manis yang menguntum dari mulut Zafirah seperti selalunya dia bergelut dengan tangan Haizal untuk melepaskan dirinya.

            “ Ada aku kesah semua tu?! Dah pergi dari sini, aku benci diorang semua lebih – lebih lagi kau! Jangan harap la hati aku terbuka untuk menerima kamu semua sebagai sahabat aku termasuk kau!”  Kata Haizal dengan nada yang tinggi kepada Zafirah. Haizal melepaskan tangan Zafirah lalu Zafirah segera pergi dari situ meninggalkan Haizal yang dipenuhi dengan pelbagai persoalan mengenai air mata Zafirah.

1 ulasan:

Ask Me