Tumblr Scrollbars

My Friend

Ahad, 3 November 2013

Sinopsis Tentang Kita



                          

Mereka pertama kali bertemu ketika berada di bangku sekolah. Ketika itu,mereka masih tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan cinta. Dua insan yang mempunyai personaliti yang berbeza kadangkala akan menyebabkan salah faham terjadi.
 Haizal, dibesarkan dalam keluarga yang berada. Namun sayang ibu bapanya tidak pernah mengendahkan dan memahami perasaannya. Itu menyebabkan sifat sombong dalam dirinya semakin menjadi-jadi. Lama-kelamaan sifat sombong dalam dirinya semakin menghilang disebabkan seorang gadis yang sentiasa ceria meskipun pelbagai masalah yang dihadapi gadis tersebut.
 
Kalau aku kata aku suka kau, kau nak buat apa? Kau masih nak kata yang kita ni berlainan darjat? Bukan kau ka yang nak sangat kita kawan ? Atau kau dah mengalah? => Haizal Mikail      

 “ Kau belum jawab soalan aku lagi. Kalau aku kata aku suka kau, kau masih nak jadi pasif macam ni lagi ka? Jawab la soalan aku.” Haizal berusaha untuk membuat Zafirah kembali ceria. => Haizal Mikail

Zafirah, seorang gadis yang sentiasa ceria dan pandai menyembunyikan masalah. Seperti Haizal dia turut mempunyai masalah keluarga bahkan lebih berat jika dibandingkan dengan Haizal. Persahabatan yang mulai terjalin antara dirinya dengan Haizal menimbulkan rasa cinta dengan jejaka yang tampan itu. Dia tidak ingin meluahkan perasaannya itu sehingga suatu tragedi berlaku kepada Haizal. Tragedi yang membuatkan sifat cerianya berkurangan dan senyuman yang jelas tidak kelihatan lagi.
 
     Awak ni… awak ni memang pelik. Maafkan saya, saya tak faham apa yang awak katakan. Tapi… kalau awak cakap macam ni dekat saya lagi, saya tak akan pernah layan awak lagi.  => Zafirah Syatina

Sebelum tragedi tersebut berlaku, Haizal dan Zafirah mengalami persilisihan faham yang terjadi disebabkan oleh seorang gadis yang bernama Keysha Hajima. Sebelum berpindah ke SMK Indera, Haizal dan Keysha merupakan sahabat yang akrab dan dalam diam Haizal menyimpan perasaan terhadap Keysha. Begitu juga dengan Keysha yang turut mempunyai perasaan terhadap Haizal.
     
       Saya kata, saya bukan Haizal Mikail! Saya Izham Naufal awak tak reti bahasa ka ha! Saya tahu muka kami sama, tapi kami bukan orang yang sama. Awak masih tak reti bahasa ka?! Belajar jauh-jauh tapi tak faham bahasa lagi. Buat malu sahaja !=> Izham Naufal

        Awak boleh madukan saya, asal dengan satu syarat. Awak... awak harus berusaha meneruskan kehidupan awak dan jangan pernah menyerah dengan cabaran yang awak hadapi. Cuba ingat semula diri awak yang sebenarnya ! => Zafirah Syatina

Selepas tragedi tersebut berlaku, hampir tujuh tahun senyuman Zafirah yang manis itu tidak kelihatan. Dia membawa diri ke luar Negara untuk menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan. Sebaik sahaja dia pulang ke Malaysia, dia ditawarkan bekerja di sebuah Hospital. Senyumannya kembali manis tatkala melihat wajah pengarah muda hospital tersebut mempunyai paras muka yang sama seperti Haizal juga perangai mereka yang sombong hampir serupa. Siapakah Izham Naufal yang sebenarnya? Adakah sinar cahaya dalam hidup Zafirah akan kembali semula dalam dirinya? Apakah tragedi yang berlaku kepada Haizal yang membuatkan senyuman di bibir Zafirah tidak kelihatan lagi?

Ask Me