Tumblr Scrollbars

My Friend

Ahad, 3 November 2013

Tentang Kita ( Bab 1 )

                                                                    
                    


                                                                               BAB 1
            
             “ Alamak! Aku dah lewat ni, macam mana la aku boleh terlewat bangun baru hari kedua aku naik ke tingkatan 5 hari ni alahai!” Seorang gadis berkulit putih dan bermata besar dan berbulu mata panjang dan lebat mengeluh dan segera bangkit dari tidurnya setelah jam menunjukkan angka 6.30 pagi. Selepas sahaja menunaikan solat subuh dia tidur semula kerana kepenatan.
Setelah selesai bersiap, dia berlari – lari anak menuruni anak tangga rumah teres dua tingkat itu. Puan Maisara, ibu kepada Zafirah hanya menggeleng kepala melihat telatah anak gadisnya itu.
            “ Kak Fira! Kenapa lambat sangat ni? Lama dah kitorang tunggu kak Fira, tengok abang dah jalan dah dari tadi tunggu kak Fira lama sangat.” Keluh gadis kecil bertocang dua juga adik kepada Zafirah yang berusia sebelas tahun.
            “ Maafkan kak Fira, buat kamu semua tunggu kak Fira lama sangat. Jom cepat, nanti kena denda pula.” Sebelum ke sekolah Zafirah sempat bersalaman dengan ibunya tanpa menjamu sarapan paginya. Dia segera menyuruh adiknya yang sedang duduk di sofa bangkit untuk ke sekolah.
            “ Zafirah! Kamu tak nak sarapan dahulu ka?” Puan Maisara sempat memberikan peringatan kepada Zafirah. Namun anak gadisnya itu hanya menggeleng kepala dan memberikan senyuman.
Sampai sahaja di perhentian bas, tiga beradik itu kelihatan begitu gusar kerana lewat ke sekolah pada hari itu. Rasa bersalah dalam diri Zafirah semakin berada di kemuncaknya, disebabkan dia, adiknya lewat ke sekolah pada hari itu. Beberapa minit kemudian, bas telah pun sampai tiga beradik itu segera masuk ke dalam perut bas awam itu.
            “ Maafkan Kak Fira ek Misha dan Zarif. Disebabkan akak korang berdua lewat ke sekolah.” Sampai sahaja ke destinasi yang ingin dituju, seperti biasa Zafirah akan menghantar adiknya ke sekolah sebelum dia menjejakkan kaki masuk ke dalam sekolahnya. Zafirah sempat memohon maaf kepada kedua orang adiknya atas kesalahannya.
Misha dan Zarif hanya mengangguk lalu beroleh pergi meninggalkan kakaknya yang masih berdiri kaku di luar sekolah mereka. Lama – kelamaan, Misha dan Zarif hilang dari pandangannya dan Zafirah tersedar daripada lamunannya.
Dia segera berlari menuju ke sekolahnya yang hanya bersebelahan dengan Sk Indera. Nasibnya baik kerana, pagar sekolah tersebut belum ditutup. Kelihatan para pelajar yang lewat segera berlari menuju ke perkarangan sekolah dan ke kelas masing – masing termasuk Zafirah.
            Zafirah mengeluarkan seluruh tenanganya berlari menuju ke dalam kelas memandangkan pada awal pagi itu ialah subjek Matematik Tambahan yang diajar oleh Cikgu Maria juga merupakan cikgu yang garang “ Dup!” Secara tidak sengaja, Zafirah terlanggar seorang pelajar lelaki yang lalu di hadapannya. Buku – buku yang dipegang oleh pelajar lelaki tersebut habis berselerakan di atas lantai. Zafirah segera memungut buku yang berselerakan di atas lantai itu lalu memberikan semula buku tersebut kepada lelaki berwajah bengis itu. “ Maaf…” Kata maaf Zafirah terhenti apabila lelaki itu pergi begitu sahaja.
Zafirah mencebik dengan kelakuan lelaki tersebut. Dia segera masuk ke dalam kelasnya sebelum dia menerima nasib yang sama seperti rakan – rakannya yang sentiasa lewat untuk masuk ke kelas cikgu Maria. Masuk sahaja di dalam kelas, Zafirah memberi alasan kepada cikgu Maria atas kelewatannya pergi ke sekolah pada hari itu.
            “ Baru sahaja hari kedua persekolahan kamu sudah lewat datang ke sekolah. Apa lagi masalah kamu ni ha Zafirah?! Dari tahun lalu hinggalah sekarang cikgu sentiasa dengar alasan yang sama sahaja. Cikgu sudah…” Bebelan Cikgu Maria terhadap Zafirah terhenti sebaik sahaja Encik Arman selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Indera masuk ke dalam kelas 5 Harmoni.
            Zafirah masih tercegat berdiri di hadapan Cikgu Maria. Dia hanya menundukkan wajahnya dan mengetap bibirnya. Sejurus kemudian, seorang pelajar lelaki berambut pacak dan bermuram durja masuk ke dalam kelas 5 Harmoni. Zafirah menelan air liurnya sebaik sahaja melihat lelaki yang baru sahaja dilanggarnya sebentar tadi.Mata mereka berdua saling bertatapan, Zafirah memberikan senyuman kepada lelaki itu namun senyumannya tidak dibalas. “ Ha! Tercegat di sini buat apa lagi pergi duduk di tempat kamu.” Zafirah kaget apabila mendengar sergahan Cikgu Maria. Dia segera duduk di tempatnya sebelum cikgu tersebut menyambung semula bebelannya.
            “ Nampaknya ada seorang hero yang telah menyelamatkan kau daripada bebelan yang pedas daripada cikgu Maria.” Zira yang duduk bersebelahan dengan Zafirah memberikan usikan kepada Zafirah yang baru sahaja duduk bersebelahannya. Zafirah mencubit tangan rakannya itu.
            “ Jadi Cikgu saya amanahkan pelajar ini kepada Cikgu. Saya minta diri dulu, saya ada mesyuarat lepas ni.” Encik Arman memberikan penjelasan kepada Cikgu Maria lalu beroleh pergi.
Cikgu Maria mengangguk dan matanya mulai tertumpu ke arah pelajar baru yang berada di hadapannya itu.
            “ Selamat datang ke SMK Indera dan syabas kerana bejaya masuk ke dalam kelas 5 Harmoni. Sila kenalkan diri kamu kepada rakan – rakan baru kamu.” Cikgu Maria meminta lelaki itu untuk memperkenalkan dirinya.
            “ Haizal.” Hanya itu sahaja yang dapat dikeluarkan daripada mulut lelaki bernama Haizal itu. Cikgu Maria berasa kaget begitu juga dengan pelajar 5 Harmoni. “ Ok, Haizal kamu duduk bersebelahan dengan Zafirah hanya itu sahaja meja yang kosong di dalam kelas ini.” Haizal berjalan ke arah meja yang dinyatakan oleh Cikgu Maria sebentar tadi.
Zafirah memberikan senyuman kepada Haizal namun senyumannya tidak dibalas. Zira mencebik melihat kelakuan Haizal yang sombong itu.

(^___^)

Loceng berbunyi menandakan masa rehat telah pun berlalu, sebentar lagi pelajar 5 Harmoni akan masuk ke makmal kimia untuk mempelajari subjek Biologi. Zafirah bangkit dari duduknya meningalkan rakan-rakannya Zira, Maya dan Mira untuk mengambil buku biologinya di dalam kelas. Zira,Maya dan Mira pula terus sahaja masuk ke dalam makmal kimia bersama dengan buku biologi yang dibawa mereka sebentar tadi.
            “ Boleh tak kau jaga sikit perangai kau tu. Aku tahu la kau tu budak baru dekat kelas ni. Janganlah berlagak sakan, aku layan kau baik – baik ini balasan kau dengan aku. Memang nak kena ni.” Dalam perjalanan Zafirah menuju ke kelasnya dia terdengar akan suara Rafiq yang sedang membentak seseorang. Rafiq sememangnya terkenal dengan sifat panas barannya, Rafiq juga merupakan ketua kelas 5 Harmoni yang bertanggungjawab dan tegas.
            “ Rafiq, kenapa ni?” Zafirah segera menyergah Rafiq sebelum marahnya semakin membara. Rafiq menarik dan menghembus nafasnya untuk menenangkan dirinya. Rafiq tidak menjawab pertanyaan Zafirah dan pergi begitu sahaja meninggalkan Zafirah bersama dengan Haizal yang dibentaknya sebentar tadi.
Tanpa berlengah, Zafirah mengambil buku biologinya di dalam beg sekolah sebelum dia dimarahi oleh Cikgu Halim yang terkenal dengan disiplinnya itu. Zafirah pergi begitu sahaja, namun langkahnya terhenti sebaik sahaja menuju ke arah luar kelas.
            Dia menoleh ke arah Haizal yang masih tercegat duduk sambil membaca sebuah buku. “ Haizal, sekarang ini masa Biologi jom ikut saya. Awak kan tak tahu arah makmal kimia, biar saya tunjukkan.” Zafirah memulakan langkahnya menuju ke arah Haizal sambil menawarkan Haizal mengikuti dirinya ke makmal Kimia.
Haizal tidak mengendahkan Zafirah, Haizal menutup buku tebalnya dan membuatkan Zafirah berasa kaget. Haizal bangkit dari duduknya bersama dengan buku biologinya dan meninggalkan Zafirah yang masih tercegat berdiri. Haizal memberhentikan langkahnya dan menoleh ke arah belakang.
            “ Yang kau tercegat berdiri macam tunggul kayu tu buat apa lagi, cepatlah jalan. Kalau lambat nanti kau nak salahkan aku pula?!” Haizal tiba – tiba sahaja bersuara, Zafirah tersengih lalu mempercepatkan langkahnya keluar daripada kelas tersebut diikuti oleh Haizal.
            Zafirah sengaja memperlahankan langkahnya lalu menghulurkan tangannya kepada Haizal dan memberikan senyuman. " Awak belum tahu nama saya lagi kan, nama saya Nur Zafirah Syatina nama popular saya Fira." Zafirah memperkenalkan dirinya kepada Haizal, Haizal mengetap bibirnya dan mejeling kepada Zafirah.
            " Aku dah tahu nama kau dan..." Kata-kata Haizal terhenti apabila Zafirah menghentikan langkahnya dan berdiri berhadapan dengan Haizal." Eh! Macam mana awak tahu nama saya? Oh, awak tanya kawan - kawan saya ka? Apa lagi yang awak tahu pasal saya? Mesti awak syok dekat saya kan sebab..." Soal Zafirah dengan nada yang teruja kata-katanya terhenti apabila Haizal merenung tepat ke arahnya dengan renungan yang tajam.        
            " Kau jangan nak perasan boleh tak! Aku tahu nama kau pun sebab tanda nama kau tu la bodoh!" Haizal membentak Zafirah lalu menolak kepala gadis itu menggunakan jari telunjuknya. Haizal tidak mempedulikan Zafirah dan terus sahaja lalu di hadapan gadis itu.
Zafirah memegang kepalanya lalu mencebik. Dia segera mengejar lelaki itu yang sudah jauh pergi meninggalkan dirinya. Sampai sahaja di dalam makmal Kimia, Cikgu Halim dengan muka yang bengis menunggu Zafirah di luar makmal.
            " Baru sahaja masuk hari kedua sekolah dah buat hal. Apa la yang nak jadi dengan kamu ni ha! Kamu ni siapa pula?" Sekali lagi, Zafirah terpaksa mendengar bebelan daripada gurunya. Dia hanya menundukkan wajahnya.
            Haizal tidak menjawab dia hanya berdiri bersebelahan dengan Zafirah lalu merenung wajah Cikgu Halim dengan tajam. " Dia budak baru dalam..." Zafirah bersuara mewakilkan Haizal yang kelihatan begitu sombong. Kata-katanya terhenti sebaik sahaja Cikgu Halim membentaknya.
            " Cikgu bukan tanya kamu, cikgu tanya budak sebelah kamu ni. Kamu ni bisu ka atau peka? atau kedua duanya sekali?" Cikgu Halim bercekak pinggang melihat kelakuan Haizal.
Tumpuan pelajar 5 Harmoni terhadap kelas terganggu dengan kelakuan Haizal yang tidak menghormati orang yang lebih tua daripadanya itu. Hanya Rafiq sahaja yang masih memberi tumpuan terhadap kelasnya, amarahnya belum reda lagi dengan kelakuan Haizal terhadapnya sebentar tadi.
            " Nama aku Haizal, aku budak baru dalam kelas ni. Zafirah tidak salah cikgu, aku yang salah jadi aku minta cikgu jangan denda Zafirah boleh kan? Kalau cikgu nak denda juga cikgu denda la saya disebabkan saya Zafirah lewat masuk ke kelas." Seluruh pelajar 5 Harmoni hampir ternganga mendengar kata-kata Haizal. Begitu juga dengan Zafirah, dia segera menolehkan pandangannya ke arah Haizal yang membela dirinya sebentar tadi.
Cikgu Halim menggeleng kepala dengan kelakuan Haizal yang kasar itu. Cikgu Halim menyuruh mereka berdua masuk ke dalam makmal dan meneruskan sesi pembelajaran semula.
            " Nampaknya hero kau tu tolong kau lagi buat kali kedua." Zira mengusik Zafirah yang sedang mengeluarkan pennya di dalam kotak pensil berwarna biru itu. Zafirah hanya tersenyum dengan kata-kata Zira.
Pulang sahaja dari sekolah, Zafirah menunggu Haizal di luar bilik darjah. Haizal dengan lagaknya yang sombong itu, keluar daripada bilik darjah tanpa menoleh ke arah sesiapa pun. Zafirah menyergah Haizal lalu melemparkan senyuman yang lebar kepada lelaki bebaju lengan panjang itu.
            " Awak! Terima kasih sebab bantu saya tadi." Haizal hanya lalu begitu sahaja di hadapan Zafirah tanpa mengucap sepatah kata pun. " Sombong! Patutlah tiada orang yang nak layan awak." Langkah Haizal terhenti sebaik sahaja mendengar kata-kata Zafirah, dia segera menoleh ke arah belakang lalu menyergah Zafirah yang masih tercegat berdiri.
            " Oi mata besar! Kau cakap apa tadi?! Aku nak dengar sekali lagi." Zafirah kaget dengan sergahan Haizal, dia mengetap bibirnya dan hanya menggeleng kepalanya. Sejurus kemudian, dia memulakan langkahnya untuk pergi dari situ sebelum Haizal melakukan sesuatu yang buruk kepadanya.



Ask Me